Drama Review | Sekali Lagi Cinta Kembali (2022)
Friday, 4 November 2022
Pengarah : Riza Baharudin
Penulis Skrip : Rehal Nuharis
Pelakon : Siti Khadijah Halim, Aniq Suhair, Zaki Azeman, Siti Hariesa, Fazlina Ahmad Daud, Kismah Johar
Syarikat Produksi : A. Aida Production Sdn Bhd
Penyiaran : TV3 & IQIYI
Genre : Drama / Cinta
Jumlah Episod : 28 Episod (42 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 13 September 2022 – 20 Oktober 2022
Trailer : N/A
Selalu je nampak drama ni trending dekat Twitter tapi tak rasa nak layan pun sebab panjang sampai 28 episod tapi disebabkan video kompilasi Zafran dekat TikTok terus decide nak tengok dekat iQIYI. Tengok yang trending pun ramai kata syok macam drama Korea so layan je la kan walaupun Zafran (Zaki Azeman) tu watak abang hero. Pasrah je kalau screentime dia tak banyak.
Drama arahan Riza Baharudin ini mengisahkan tentang Aira (Siti Khadijah) yang terpaksa bekerja sebagai penjaga Nek Som (Kismah Johar) bila dia melulu bagi saranan kepada bekas isteri Zafra, Alisa (Izzendra Ariffin). Nek Som menghidap dementia dan berperangai seperti kanak-kanak. Dah ramai penjaga yang lari sebab tak tahan dengan kerenah Nek Som.
Awalnya susah juga untuk Aira menjaga Nek Som tapi memikirkan wang pampasan yang terpaksa dibayar akibat perbuatannya terpaksalah dia bertahan di situ. Malang juga untuk dia sebab pernah bergaduh dengan Hayyat (Aniq Suhair), adik Zafran di supermarket. Ada saja yang Aira buat nampak tak kena di mata Hayyat sampai lah mereka berdua jatuh cinta lalu mendirikan rumahtangga.
Perkahwinan mereka tak direstui oleh ibu aira, Rozita (Kuza) sebab dia berniat untuk jodohkan Aira dengan Imran (Ellyas Abdullah). Sekurangnya tak lah hidup berjauhan dengan Aira dan ada juga yang boleh tolong jaga Imran.
Kalau ikutkan kisah cinta Aira dengan Hayyat adalah cerita cinta klise drama maghrib TV3 tapi disebabkan ada watak Zafran yang buatkan cerita ni jadi kelakar dan bearable untuk ditonton. Sepanjang masa menyampah dengan watak Hayyat sebab lebih suka berdiam dan mengalah. Kononnya tak suka bergaduh atau lukakan hati orang lain tapi bila Hayyat buat macam tu lagi bertambah teruk masalah yang ada.
Nasib baik lah watak Aira tak senang dipijak walaupun ada masanya dia pun kalah dengan serangan Tasha (Nina KSC) ataupun Heliza (Che’ Puan Syamim Farid). Walaupun Siti Khadijah baru pertama kali bekerja bersama dan masih baru lagi dalam dunia lakonan namun chemistry bersama Aniq nampak sepadan bersama. Mungkin jadi salah satu sebab kenapa cerita cinta ni mencecah 60 juta tontonan dan cipta fanbase tersendiri.
28 episod agak panjang untuk ceritakan kisah cinta mereka berdua sebenarnya sebab ada part yang stretchy dan draggy sedangkan penulis boleh masukkan kisah cinta Zafran dengan Amirah (Siti Hariesa) yang lebih kelakar dan comel. Geram je tengok Zafran kacau Amirah masa sebelum kahwin. Bila dah kahwin dah tone down pulak sebab nak bagi laluan dekat Hayyat dengan konflik yang tak sudah dan berulang.
Watak Umi tu pun macam merepek juga kadang sebab cara dia buat keputusan sama macam Hayyat. Ajak Heliza tidur rumah padahal dah tahu Aira tak berkenan dengan orang tu. Dia pun boleh nampak Heliza tu tak semenggah tapi tetap juga buat baik. Merepek juga bila dia suka marah anak dia pegang sana sini padahal sebelum dia tegur tu diorang dah lebih dari pegang pun.
Sinematografi yang berlatarkan alam semulajadi di kawasan luar bandar antara tarikan drama Sekali Lagi Cinta Kembali. Cantik sangat rumah keluarga Hayyat dekat atas bukit tu. Masa shooting mesti sejuk je dekat situ. Rumah keluarga Aira pun kaya dengan senibina orang Melayu. Lagu tema sesuai lah dengan perjalanan kisah cinta Hayyat dengan Aira tapi tak menambahkan impak sangat. Mungkin bukan taste I.
Kalau ikutkan drama Sekali Lagi Cinta Kembali ni tak ada pun vibe drama Korea sangat cuma ada reference dari beberapa drakor famous. Masih lagi sendu sebabak meleweh pusing sana sini. Watak Heliza sakit kanser pun macam tak meyakinkan langsung dia tunggu masa je nak mati. Hati hitam serupa dah taknak masuk syurga. Masa Aira minta ruang dari Hayyat pun tulis nota guna kertas kajang padahal whatsapp ada.
Selain Zafran, suka juga tengok Nina KSC dengan lidah pelat dia menjerit ‘Mummy!’ sebab comel. Watak dia ada character development menarik tapi sayanglah tak dapat tengok lebih banyak watak Sha yang berdikari lepas sedar hidup dia bukan berpaksikan Hayyat. I tak berkenan langsung Sha kahwin dengan watak si polan tapi tu lah dah penulis nak macam tu, kita layan je lah.
I rasa A.Aida Productions kena tekankan mesej sosial ataupun letak banyak sikit edutainment scenes tak pun buat watak membina sikit sebab drama dia ramai yang tengok. Anyway I bersyukur team production tak proceed dengan pelakon utama asal. Orang kata ada hikmah atas semua yang terjadi cuma cara tu tak syok la.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5 , 4. Storyline +0.5 , 5. Casting +0.7 , 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4 , 10. Personal Thought +0.4 = 5.6/10