Misi Mencari Makanan Korea di K Plus Food Market, The Curve Damansara

Monday, 31 October 2022


Disebabkan dah lama tak menjejak kaki ke The Curve ni maka tak tahu juga yang K Plus Food Market mula beroperasi. Masa kitorang pergi ni pun tengah ada promosi pembukaan jadi baru sangat lah lagi dia buka. Tak lah ketinggalan sangat hehe. K Plus Food Market ni ganti Metrojaya yang bertapak sebelum ni. 

Happy tengok ada food market yang besar di The Curve ni sebab kalau terjumpa resipi makanan Korea boleh lah cari bahan dekat sini. Cumanya kena berhati-hati lah ketika membeli sebab K Plus Food Market ni letak tanggungjawab sepenuhnya pada pelanggan untuk check sendiri produk yang dijual ada tanda halal ataupun tidak. 



Ruang pertama terletak di pintu utama adalah bahagian sayur dan buah-buahan. Menangis tengok harga buah pir Korea. Dekat NSK murah lagi lah sebab RM10 je sebiji sedangkan di food market ni RM32 sebiji. Kualiti tak tahu lah siapa yang menang tapi tengok pada harga pun boleh agak sendiri kan? 

Dekat bahagian Fresh Salad tu ada pelbagai jenis salad sayur dan buah yang staff pek untuk pelanggan pilih. Di belah kanan pula ada salad yang ditanam secara hidroponik oleh K Plus Food Market. Bukan setakat salad, ada juga pokok lain macam basil, parsley dan lain-lain. Nak beli pot beserta baja pun boleh juga tapi dekat rumah dah ada 3 pasu pokok basil so tak perlu lah kot nak beli lagi hehe




Masa kitorang pergi ni tengah ada promo kopi BTS bersempena pembukaan di Damansara. Dari harga RM10 sebotol turun jadi RM8.90. Memandangkan sebelum ni dah pernah rasa dan biji kopi dia tak ngam dengan tekak, I pandang sekali lalu je lah promosi ni. 


Di bahagian makanan kering ada baaaaaaanyak mi segera jenama Nongshim!!! Nongshim here, Nongshim there, Nongshim everywhere! Macam mana TREASURE happy tengok Nongshim, macam tu jugak lah masa jumpa Nongshim dekat K Plus Food Market ni. Siapa yang dah tengok RAKIDOL The Idol Ramyeonators tu faham lah kebahagiaan dia macam mana. 


Banyak juga snek dari negara Korea dijual di sni tapi I tak jumpa pula kopi MAXIM dekat sini padahal kopi tu famous kot. Selalu sangat muncul dalam Kdrama terutamanya Vincenzo (2021). I tak jumpa snek perisa mint chocolate langsung which is kinda disppointed lah sebab I suka flavor tu. Dekat Korea ada banyak tapi dekat Malaysia ni makin pupus sebab ramai yang lebih suka matcha :(


Ada juga bahagian Lifestyle yang menjual barangan rumah tapi better pergi beli dekat pasaraya biasa kita pergi ataupun Lotus dekat belakang sebab dekat sini agak pricey lah. Barang dia pun tak ada lah jauh beza sangat dengan barang dekat pasaraya lain. Tak ada yang unik pun, biasa saja. 


Dekat hujung kedai ada bahagian frozen dan poultry - Meating Your Expectations tapi kecewa jugak sebab tak banyak sangat jenis daging yang available dekat sini. I mencari bahagian rib sebab nak buat menu LA Beef tapi malangnya hampa sebab tak ada. 



Ada la bahagian rib macam yang I nak tu tapi dah diperap. Tak boleh lah beli yang tu sebab bahan perapan dia tak sama dengan bahan perapan yang I nak buat tu. Penat juga cari bahagian rib ni ek no wonder lah makan masa celebrate something special je. 

Menariknya dekat sini ada pek Samgyetang (Ginseng Chicken) dijual. Dekat dalam pek tu ada seekor ayam dah siap dicuci, jujube, pati kuah, akar ginseng korea, bawang putih, beras pulut dan garam korea. Mudah sangat set ni sebab tinggal masuk je semua bahan dalam periuk. 



Memandangkan tak boleh nak masak menu yang diidamkan, maka kita borong ready to eat menu je la di bahagian tepi market ni. Meriah betul bahagian ni sebab ada jeon, japchae, gimbap, kimchi, dakganjung, nasi goreng, ramyeon, topokki dan lain-lain. Ada juga sashimi tapi tak berani nak beli sebab takut tak lalu nak makan. Sebelum ni pernah try makan dekat Seoul Garden tapi macam tak boleh go.





 

Sebelah cashier counter, ada Plus Cafe untuk pelanggan K Plus Food Market makan dekat sini. Ruang dia terhad tapi selesa, wangi dengan bau kopi juga. Memandangkan kitorang nak balik makan dekat rumah so tak menyinggah lah dekat sini. 


Malam tu try makan japchae dengan fried mandu dari K Plus Food Market. Happy lah makan japcahe dia sebab bahan banyak sangat, ada daging, ada hirisan ayam, ada hirisan telur dadar, black fungus, sayur dan bijan. Makan japchae ni je pun dah boleh kenyang. 


Fried dumpling dia agak mengecewakan sebab inti dekat dalam sikit je, selebihnya oksigen. Nak marah pun tak boleh sebab sedap. Kalau panas-panas mungkin lagi sedap, makan pula dengan tomato ceri yang rangup tu. 


Next time kalau pergi K Plus Food Market boleh beli lagi dua menu ni ataupun try gimbap dengan dakgangjung. Berbaloi lah spend duit untuk rasa yang sedap. Boleh juga try marinated beef nanti sebab malas dah nak buat bahan perap sendiri. Kalau ada yang ready made, buat apa susahkan diri perap sendiri, ye dak? Tinggal bakar lepastu makan je. Nyum!

(Dari kiri) Deemike, Nicky, Dewi, Addnan, Ily Lia Affiqah (Pengurus Kandungan ERA Sabah), Keewon, Mijul, Emma, Skye dan Adam

Nikmati personaliti dan pengisian baharu ERA Sabah bermula 31 Oktober 2022 | Dengar di udara atau melalui aplikasi SYOK

Personaliti dan Pengisian Baharu di ERA Sabah

Peminat ERA Sabah, jenama radio No. 1 di Sabah kini boleh berhibur bersama personaliti baharu dengan pengisian terkini yang lebih menghiburkan, setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam, di udara dan di aplikasi SYOK.

Gandingan baharu di ‘Pagi ERA Sabah’, bermula 6 hingga 10 pagi, menampilkan Unduk Ngadau  Hosiani Keewon, personaliti baharu yang berpewatakan ceria dan periang, bakal menemani Addnan dan Mijul, dua jejaka berbakat besar dalam dunia pengacaraan dan penyiaran radio. Pendengar boleh menikmati ‘Pagi ERA Sabah’ bersama Addnan, Mijul dan Keewon dengan kandungan terkini termasuk:
o Besthrees: Perbualan santai tiga sahabat baik tentang topik semasa yang tular.
o Topik: Personaliti ERA Sabah mengupas pelbagai perbincangan harian berkaitan merangkumi berita semasa, cerita selebriti, dan perkara yang melucukan.
o FYI ERA: Di mana Addnan, Mijul dan Keewon berkongsi tentang fakta, sejarah dan latar belakang berkaitan negeri Sabah bersama pendengar.
o Cakap Laju: Pendengar diberi peluang untuk membuat meneka perkataan yang disebut secara laju dan menang hadiah wang tunai.

Para pendengar juga boleh terus berhibur dan menikmati segmen baharu ‘GEN E’ bersama Skye, bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari. Skye akan membawa pendengar berhibur dengan pengisian seperti ERApedia, perkongsian perkataan dari Bahasa Inggeris dan cara penggunaannya dalam membentuk ayat. Manakala, segmen ‘Okay Go!’ bersama Emma, dari 1 tengah hari hingga 4 petang pula menampilkan segmen Makan-Makan, di mana Emma akan berkongsi tempat-tempat menjamu selera yang menarik di sekitar Sabah bersama pendengar. Emma juga akan memainkan pilihan lagu terbaik serta info terkini dari dalam dan luar negara.

Di sebelah petang, para pendengar boleh menantikan segmen baharu ‘ERAmaiti’ bersama Dewi, dari 4 petang hingga 8 malam. Dewi membawakan pelbagai kandungan terkini dan menarik, termasuk: 
o Kau Tau Ka?: Di mana Dewi berkongsi fakta dan info menarik tentang peristiwa yang berlaku pada hari yang sama, di tahun sebelumnya.
o Topik: Dewi berkongsi topik perbincangan harian yang menarik.
o    Sambung Nyanyi: Di mana pendengar boleh bermain permainan bersama Dewi dengan menyanyikan rangkap lagu.
o Superstar ERA:  Dewi akan menemu bual artis-artis jemputan dan baharu di ERA Sabah.

Di segmen baharu ‘ERAVERSE’ bersama personaliti baharu yang dikenali di dunia maya terutamanya TikTok, Nicky, bermula 8 malam hingga 12 tengah malam, para pendengar boleh menikmati kandungan terkini, seperti:
o 8 ERA: Nicky akan memainkan lagu-lagu terbaik di ERA Sabah.
o POV ERA: Di mana Nicky akan berkongsi pandangan santai tentang topik dan perbincangan harian. 
o Curhat: Di mana pendengar diberi peluang untuk meluahkan perasaan tentang pelbagai cerita dan dikongsikan bersama Nicky. 
o Galau Hour: Pendengar boleh melayani pilihan-pilihan lagu segar malar yang dimainkan menjelang lewat malam.

Untuk maklumat lanjut tentang personaliti baharu dan pengisian terkini di ERA Sabah, layari era.syok.my. 

Ulasan daripada Ily Lia Affiqah, Pengurus Kandungan ERA Sabah

“Kami teruja untuk mengumumkan ERA Sabah yang terkini dan diperbaharui kepada semua pendengar setia kami. Kami gembira menyambut kedatangan personaliti-personaliti baharu di ERA Sabah – Keewon di Pagi ERA Sabah serta Nicky di ERAVERSE – ke keluarga ERA Sabah. Bersama personaliti ERA Sabah yang tersedia, peminat dapat menikmati pelbagai pengisian terikini yang pasti menarik, menghiburkan dan lebih relevan kepada gaya hidup dan minat warga Sabah. Kami berterima kasih kepada semua pendengar atas sokongan yang berterusan daripada mereka kepada keluarga ERA Sabah.”


Mampukah seorang antagonis wanita berubah menjadi heroin? Penonton-penonton Astro Prima bakal disajikan dengan sebuah drama yang memaparkan kisah seorang wanita muda yang dahagakan kemewahan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mengekalkannya menerusi ‘Jesnita’. Jesnita yang merupakan heroin antagonis drama terkini Astro Prima untuk slot Tiara pasti akan memukau peminat-peminat drama tempatan dengan penceritaan yang penuh helah dan saspens.

Drama yang berunsurkan thriller, mystery dan crime sekali lagi mempertaruhkan wanita sebagai tunggak utama. Jesnita mempergunakan waris perniagaan kaya, Zaid untuk mengejar cita-citanya untuk menjadi kaya dan senang-lenang. Apabila suaminya di ambang muflis, Jesnita yang terdesak mengalihkan perhatiannya kepada Rafael, rakan niaga Zaid.

Perkahwinan Jesnita dengan Rafael yang sepatutnya menjadi kemenangan dicemari dengan kejutan bahawa dia merupakan isteri kedua. Kehidupan baharunya juga tidak aman apabila bekas ibu mentuanya kini berikrar untuk memusnahkan hidupnya sebagai balasan atas kesalahannya terhadap Zaid.

Drama saspens yang sarat dengan kisah kekeluargaan ini dibintangi Intan Najuwa sebagai Jesnita, Yusuf Bahrin sebagai Rafael serta menampilkan dua supermodel Malaysia terkenal yakni Nasha Aziz sebagai Syafinaz dan Malek McCrone sebagai Zaid. ‘Jesnita’ merupakan terbitan Zeel Production dan diarahkan oleh Emy Suffian. Drama ini turut didukung oleh barisan pelakon popular seperti Rozita Che Wan, Fikry Ibrahim, Nina Smith dan ramai lagi.

Love Novel turut akan berkolaborasi dengan Astro untuk mengadaptasi drama ‘Jesnita’ ke novel. Para penonton boleh menantikan pengumumannya menerusi laman Facebook Love Novel.‘Jesnita’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 7 November 2022 secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Prima

“Slot Tiara sekali lagi membawakan sebuah drama rantaian yang diterajui watak wanita yang kuat dan bijak. Menerusi ‘Jesnita’, kita diperkenalkan dengan seorang wanita yang tidak membiarkan sesiapa sahaja menentukan nasibnya, malah dia merupakan dalang di sebalik pelbagai helah untuk membolehkan dirinya mendaki status sosial yang tinggi.

‘Jesnita’ bukan sebarang watak mahupun drama yang ada dalam industri ini. Drama kali ini amat mencabar dan berbeza dengan pemotretan wanita dalam drama tempatan yang ada.

Tunggak utama merupakan seorang antagonis yang akan dibenci ramai kerana tipu helahnya, tapi masa yang sama dialah heroin kami yang bakal mengharungi pelbagai onak duri kelak. Watak anti-hero seperti ini selalunya dimainkan oleh lelaki tetapi kali ini seorang wanita yang naratifnya diperkasakan bakal membawa transformasi kepada erti anti-hero untuk drama-drama tempatan.

Pihak Astro rasa amat teruja dengan gandingan mantap yang bakal disajikan kepada peminat-peminat drama di platform kami. Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Fikry Ibrahim dan sudah semestinya Nasha Aziz bakal mengangkat slot Tiara ke tahap yang lagi gemilang.

Gandingan mantap antara muka-muka baharu serta yang berpengalaman merupakan strategi drama yang paling berkesan. Keseimbangan inilah yang bakal menjayakan sesebuah drama yang turut disulami tulisan skrip dan arahan yang hebat.

Kami berharap keterujaan kami dapat dirasai penonton-penonton Astro dengan garapan yang penuh saspens serta naratif yang bakal membuatkan mereka terpaut pada setiap cliffhanger di setiap episod. Kami di Astro akan sentiasa mencabar serta mengubah landskap pembikinan drama, lantas mengangkat mutu drama-drama tempatan ke tahap yang lebih tinggi.”

Emy Suffian Pengarah Drama ‘Jesnita’

“Pada mulanya, saya agak skeptikal dengan gandingan pelakon-pelakon generasi baharu untuk membawakan watak dan kekalkan momentum sepanjang 40 episod kerana ia bukan senang. Tambahan pula, semua artis utama mempunyai jadual padat. Lama kelamaan, saya dan team melihat sendiri chemistry yang baik antara semua pelakon.

Gandingan Nasha dan Intan amat menjadi. Malah semua babak dengan adanya Nasha, saya nampak dia begitu sungguh-sungguh untuk memberikan yang terbaik. Begitu juga Fikry Ibrahim yang kali ini memegang watak berat dan perlu bermain dengan emosi. Dia melakukannya dengan berkesan sekali.

Heroin, Intan Najuwa sebagai Jesnita amatlah mengagumkan. Kita juga melihat kematangan lakonan Intan Najuwa yang saya sendiri pun kagum sebab sebagai heroin dalam drama ni, watak dia berat dan tanggungjawab nak hidupkan watak ini juga berat tetapi dia memberikan segalanya. Kalau tidak percaya, tonton dan nilailah sendiri.

Segala apa yang berlaku dalam drama ini semuanya berkisar kepada Jesnita. Dia pembawa cerita, dia punca segala benda, dia ada emosi yang turun naik. Dia ada watak yang berbeza-beza. Kadang dia ketawa, kadang dia menangis. Dia juga menjadi rebutan tiga jejaka. Dia yang jadi mangsa cinta, mangsa perebutan harta dan sengketa. Hebat watak Jesnita yang menjadi nadi cerita drama ini!”

PECAHAN WATAK DRAMA ‘JESNITA’

Intan Najuwa - Jesnita

Nasha Aziz - Syafinaz

Malek McCrone - Zaid

Yusuf Bahrin - Rafael

Nina Smith - Dayana

Fikry Ibrahim - Zainal

Zach Zaffranz - Fauzi

Rozita Che Wan - Rosemila

LOGLINE DRAMA ‘JESNITA’

Kisah Jesnita yang meminta cerai daripada suaminya, Zaid yang kini menghadapi masalah kewangan untuk berkahwin dengan Rafael iaitu rakan niaga Zaid. Namun perkahwinan tersebut indah khabar dari rupa buat Jesnita yang rupanya isteri kedua.

SINOPSIS DRAMA ‘JESNITA’

Drama ini mengisahkan tentang Jenista yang merupakan seorang gadis yang menggilakan harta dan kekayaan. Demi mengecapi status yang sosial yang gah, dia berkahwin dengan pewaris perniagaan, Zaid. Namun, Zaid merupakan seorang yang boros dan mahukan isterinya, Jesnita bahagia dengan berbelanja demi segala kemahuannya. 

Ketika syarikat Zaid ditimpa masalah kewangan, Jesnita beralih pandangan kepada Rafael yang merupakan rakan niaga Zaid. Jesnita dan Rafael berkahwin namun drama menanti Jesnita termasuk isteri pertama Rafael, Dayana. Malah bekas ibu mertuanya, Syafinaz yang membencikannya kini berusaha untuk menjatuhkan Jesnita serta suami baharunya demi dendam tersemat di dalam hati seorang ibu yang dikhianati.

'HALIMUN’ BUKAN SEKADAR FILEM SERAM TETAPI TONJOLKAN KISAH MISTIK & PENGORBANAN

Friday, 28 October 2022


'HALIMUN’ BUKAN SEKADAR FILEM SERAM TETAPI TONJOLKAN KISAH MISTIK & PENGORBANAN | “Beto Kusyairy Pertama Kali Jayakan Babak Aksi Lagak Ngeri Sendiri & Nabila Huda Sekali Lagi Tampilkan Kelainan Menerusi Watak”

Filem Halimun terbitan Azura Pictures bakal temui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 November hadapan. Filem bergenre seram ini bukan sekadar filem elemen seram semata-mata, tetapi turut mengetengahkan kisah mistik dari sisi berbeza. Filem yang berdurasi 115 minit ini turut dipadatkan dengan elemen emosi kasih sayang dan pengorbanan yang dipaparkan menerusi watak Zahir dan Laila. 

Halimun mengisahkan tentang Zahir yang berkahwin dengan Laila tanpa mengetahui latar belakang Laila. Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh dan membawanya untuk meminta bantuan sahabat lama, Adi iaitu seorang penyelesai masalah para normal. Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan menjadi lebih tidak terjangka.

Halimun membariskan gabungan pelakon daripada pelbagai lapisan umur seperti Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim dan Puteri Balqis Azizi. Menariknya, pelakon hebat Beto Kusyairy buat pertama kali melakonkan sendiri aksi lagak ngeri dalam filem ini dengan pemantauan dari pengarah aksi lagak ngeri profesional bagi babak terbakar. Manakala, bagi menjayakan karakter Laila, Nabila telah diminta pihak pengarah untuk menjadikan salah satu watak dalam filem antarabangsa, Posession (1981) sebagai rujukan. Bagi watak Adi (lakonan Kodi Rasheed) adalah diinspirasikan dari watak novel seram ‘Siri Bercakap Dengan Jin’ iaitu watak Tamar Jalis.


Filem ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan beliau juga merupakan penulis skrip, idea asal bagi Halimun. Beliau mengambil masa 6 bulan untuk menyiapkan lakon layar filem ini dengan menjadikan novel seram tempatan dan filem seram antarabangsa sebagai rujukan.

Bagi skor muzik Halimun telah dihasilkan oleh Pemenang Skor Muzik Asal Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Reinchez Ng dan bagi penataan bunyi Halimun dihasilkan oleh Mohsin Othman yang merupakan calon Penataan Bunyi Terbaik untuk dua filem di Festival Filem Malaysia ke-31.

Sementara itu, poster rasmi Halimun memaparkan imej aneh apabila diterbalikkan. Konsep ini dikenali sebagai konsep ilusi Thatcher.


Menurut Penerbit Eksekutif Filem Halimun, Shafiq Haszerry Ahmad Jaffri, berkata, “Kami di Azura Pictures amat teruja dengan pembikinan filem ini di mana kami telah berpeluang bekerja dengan pelakon-pelakon hebat Malaysia daripada generasi yang berbeza, dan barisan tenaga produksi dalam kalangan yang terbaik di Malaysia dari bidang masing-masing. Terima kasih kepada pihak Finas kerana memberi kepercayaan dan sokongan kepada kami untuk berkarya melalui Dana Program TV/OTT di bawah program Dana Kandungan Digital (DKD) agihan Finas dengan kerjasama Astro. Harapan kami agar segala kreativiti kami dalam berkarya menerusi naskah ini akan mendapat tempat di hati penonton.” 


Sementara itu, Pengarah, Penulis Skrip, Idea Asal, Muzzamer Rahman, berkata, “Naratif Halimun ini adalah kombinasi kajian, bacaan dan tontonan saya terhadap filem-filem seram yang diadun dengan peristiwa saya inspirasikan daripada pengalaman orang sekeliling saya. Menerusi naskhah ini, saya cuba tampilkan kelainan dengan mempamerkan makhluk ghaib serta menyuntik elemen ketakutan apabila orang yang kita sayang ‘ghaib’, atau hilang. Alhamdulillah filem ini akhirnya akan menemui penonton dan antara cabaran terbesar semasa penggambaran adalah masa. Filem Halimun bergenre seram jadi persediaan sebelum merakam sesebuah babak perlu teliti. Kemudian liputan dan jumlah syot juga perlu cukup untuk memastikan suasana dalam cerita dapat disampaikan melalui visual dengan baik. Saya harap filem ini dapat diterima baik oleh penonton.”

Lagu tema Halimun iaitu “Kabus” merupakan nyanyian Afif Tirmizie, hasil ciptaan dan lirik oleh penyanyi dan composer Amylea Azizan berdasarkan interpretasinya terhadap skrip Halimun.

Saksikan filem seram Halimun yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 5 November 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro First.

**********************************************


Tajuk: Halimun
Genre: Seram
Pengarah: Muzzamer Rahman
Produksi: Azura Pictures Sdn. Bhd.
Bahasa: Bahasa Malaysia
Durasi Filem: 115 minit
Jumlah Hari Penggambaran : 14 hari
Tarikh Penggambaran: November 2021
Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur, Rawang, Pedas
Tarikh Tayangan di Astro First: 5 November 2022

BARISAN PELAKON
Beto Kusyairy  sbg Zahir
Nabila Huda sbg Laila
Kodi Rasheed sbg Adi
Chubb-E sbg Ashif


TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh: Azura Pictures Sdn.Bhd.
Penerbit Eksekutif : Shafiq Haszerry Ahmad Jaffri
Penerbit: Mimi Azura Ahmad Tajudin
Penerbit Penyelaras: Mimi Azura Ahmad Tajudin
Pengarah: Muzzamer Rahman
Skrip: Muzzamer Rahman
Cerita Asal: Muzzamer Rahman
Lakon Layar: Muzzamer Rahman
Pengurus Produksi:  Nana Azmi
Pengarah Fotografi: Idham Mad Din
Penyunting: Konda Kondi Studios
Pengarah Lagak Ngeri : Hafizd Razib
Kesan visual: Konda Kondi Studios
Muzik Skor: Reinchez Ng
Penata Bunyi: Technica Studios
Pereka Busana: Siti Farah Mohamed Yusoff
Penata Tatarias: Malya ArtWork & Malyaghazali
Jurugambar: Idham Mad Din


OST
Lagu: Kabus
Penyanyi: Afif Tirmizie
Lirik: Amylea Azizan
Komposer: Amylea Azizan


SINOPSIS

Zahir bertemu dengan Laila ketika sebuah insiden yang tidak dijangka. Tidak lama kemudian Zahir berkahwin dengan Laila tanpa mengetahui latar belakang Laila. Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh dan membuatkannya meminta bantuan sahabat lamanya, Adi iaitu seorang penyelesai masalah paranormal. Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan menjadi lebih tidak terjangka.

FILEM SERAM FANTASI INDONESIA, ‘JAGAT ARWAH’ BAKAL BUAT PENONTON MEREMANG DI PAWAGAM MULAI 27 OKTOBER INI | Tampilkan Efek CGI Berkelas Tinggi & Lakonan Hebat Oleh Ari Irham, Cinta Laura sampai Sheila Dara

Selepas bekerjasama menerusi filem Mencuri Raden Saleh, terbaharu, Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dengan penerbit hebat Indonesia, Visinema Pictures dengan mempersembahkan filem seram fantasi, Jagat Arwah kepada penonton Malaysia bermula 27 Oktober ini di pawagam seluruh Malaysia. Berbeza dengan filem seram yang lain, kelibat makhluk atau hantu dalam Jagat Arwah digambarkan sebagai ‘superhero’. Ini secara tidak langsung menyaksikan penerbit Visinema Pictures tidak tampil dengan filem seram yang ‘stereotype’ di mana kebiasaannya hantu sering memainkan peranan antagonis, dan dalam Jagat Arwah sebaliknya, iaitu menjadi pahlawan. 

Bukan itu sahaja, malah kekuatan naskah ini turut dilihat melalui kualiti teknik Computer Generated Imagery (CGI) yang memukau dan sangat meyakinkan serta rangkaian adegan penuh mendebarkan. Antara babaknya adalah cahaya-cahaya yang menjalari tubuh watak-watak ketika sedang bertarung, daun berterbangan, makhluk ghaib Genderuwo dengan taring menggerunkan. Ini mampu membuat para penonton tidak hanya menikmati tayangan penuh efek yang mengujakan, tetapi turut membawa penonton seolah-olah terlibat di dalam filem ini. 

Filem dengan aliran seram fantasi ini banyak mengangkat budaya jawa yang begitu dekat dengan latar belakang pengarahnya sendiri, iaitu Ruben Adrian, skrip oleh M. Rino Sarjono bersama Ruben Adrian. Jagat Arwah telah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia pada 29 September lalu dan menerima sambutan baik di sana. 

Jagat Arwah membariskan pelakon terkenal Indonesia seperti Ari Irham, Cinta Laura, Oka Antara, Sheila Dara, Ganindra Bimo, Kiki Narendra, Abdurrahman Arif, Muhammad Khan dan ramai lagi. 

Kisah Jagat Arwah bermula apabila kematian Sukmo iaitu ayah kepada Raga yang didapati mencurigakan. Kemudian Raga mendapat tahu dia merupakan keturunan Jagat Arwah dan mewarisi tradisi keluarganya. Dibantu temannya Jaya, Raga berusaha mengendalikan kekuatan yang ada di dalam dirinya dan bertemu dengan Nonik, Kunti dan Genderuwo. Pertemuan itu kemudian mengubah hidup Raga selamanya.   

Saksikan filem seram fantasi, Jagat Arwah di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Oktober 2022. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. 

KRU

Pengarah: Ruben Adrian

Penulis Skrip: M. Rino Sarjono, Ruben Adrian

Penerbit: Tersi Eva Ranti

Penerbit Eksekutif: Angga Dwimas Sasongko , Mike Wiluan, FX Iwan, Kenneth Destian Tali, Kusumo Martanto, Raja Jastina Raja,Arshad, Ricky Wijaya, Yonathan Nugroho

Penerbit Penyelaras: Syaiful Wathan

Pengarah Fotografi: Yadi Sugandi

Produksi & Penghasilan Watak: Adrianto Sinaga

Pengarah Seni: Asep Suryaman

Penyunting: Teguh Raharjo

Pengarah Kesan Visual: Fakhiran Hakim & Oscar Herry

Studio Kesan Visual: Dreamcatcher

Studio Post Produksi: Super 8mm

Post Penerbit: Luqman Thalib

Busana: Abam Jufen

Tatarias Kesan Khas: Ernaka Puspita Dewi

Tatarias: Verawati

Bunyi: Aufa Ariaputra

Muzik Skor: Alunan

Penata Bunyi: Andre Harihandoyo

Pengarah Lakonan: Widya Fadjriah

PELAKON

Ari Irham sbg RAGA

Oka Antara sbg  JAYA

Cinta Laura sbg  NONIK

Sheila Dara sbg KUNTI

Ganindra Bimo sbg  GENDERUWO

Kiki Narendra  sbg SUKMO

Abdurrahman Arif sbg ANGGOTA GETIH

Muhammad Khan sbg KUS

EPISOD AKHIR KESAH KANSER KU PENUTUP TIRAI DOKUMENTARI EKSKLUSIF PERJALANAN KANSER ELYANA | Dokumentari eksklusif bakal tiba ke penghujungnya, Elyana dedikasikan khas tanda terima kasih buat motivasi peminat dan masyarakat.

Perjalanan kisah kanser Elyana akhirnya sampai ke penghujungnya. Mengimbas kembali keputusan untuk berkongsi pengalaman dari awal menghidap kanser Limfoma bukanlah sesuatu yang mudah buat Elyana Emrizal. Malah, Kesah Kanser Ku merupakan kali pertama Elyana dan suami, Khairul Hussin mengambil langkah untuk kembali bertemu penonton melalui saluran YouTube Aku Elyana.

Kesah Kanser Ku merupakan sebuah dokumentari yang mengandungi 6 episod, di mana setiap episod merupakan perkembangan cerita dari saat pertama Elyana dan suami mengetahui kewujudan kanser limfoma tersebut. Malah, segala perubahan fizikal dan mental yang dilalui Elyana turut dikongsikan kepada peminat melalui episod kedua. Bukan itu sahaja, mungkin ramai yang masih ingat, pada tahun 2017, kali pertama Malaysia digegarkan dengan berita penyakit yang dihidapi beliau, segala cerita disebalik tabir momen tersebut turut disematkan dalam episod ketiga. 

Para penonton juga boleh menyaksikan Elyana menceritakan detik bagaimana beliau mengambil keputusan lari daripada hospital dan senyap selama beberapa tahun dan kesihatan beliau yang makin merosot semasa musim pandemik melalui episod 4 dan 5.

Buat episod terakhir Kesah Kanser Ku ini, para penonton bakal disajikan dengan cerita disebalik kejayaan Elyana Emrizal dalam melawan kanser. Sepanjang perjuangan melawan kanser tersebut, Elyana terpaksa mengorbankan bermacam benda termasuk masa berharganya bersama anak-anak yang tersayang.

“Untuk berada di tahap ini, ia mengambil masa lebih 10 tahun berjuang dan macam-macam yang kami lalui,” kata Khairul Hussin suami kepada Elyana.

Para penonton boleh menonton Episod Akhir Kesah Kanser Ku di saluran YouTube Aku Elyana

GET SPOOKY WITH DISNEY+ HOTSTAR

Bring out the pumpkins and dust off your costume because it’s finally Halloween again! In honor of the spooky season, we have prepared a list of spine chilling shows that are sure to scare. Get ready to sleep with the lights on! 

HOCUS POCUS 2  

Lock the doors and hide your children because the Sanderson Sisters are back! In the town of Salem, best friends Becca and Izzy are ready to start their yearly birthday/Halloween tradition but have inadvertently resurrected the family of witches. Fueled by rage and witchcraft, the Sandersons are on a mission to take revenge on the whole town of Salem. Now it’s up to Becca, Izzy and Cassie to stop the sisters… and maybe learn one or two spells along the way.

This fantasy comedy sequel starring Bette Midler, Sarah Jessica Parker and Kathy Najimy is available to stream on Disney+ Hotstar.

AMERICAN HORROR STORY

Death, blood, the macabre and gore, American Horror Story has it all with 11 different seasons for you to immerse yourself in. From haunted houses to an asylum, summer camps and cults, American Horror Story explores subversive modern horror tales in every setting. Pick your favourite and let the terror unfold.

Check out stars like Sarah Paulson, Jessica Lange and Evan Peters in American Horror Story on Disney+ Hotstar.

ZOMBITOPIA

Ready your running shoes, because Zombitopia will have you planning your escape route in the event of a zombie apocalypse! This Malaysian horror thriller follows the story of a group of humans who have managed to survive the initial virus outbreak as they now struggle to stay human. Be sure to catch local stars Sharifah Amani, Bront Palarae and Shaheizy Sam in Zombitopia.

KKN DI DESA PENARI

This Indonesian movie teaches us the importance of listening to our elders. Six friends are warned not to cross the forbidden bridge, but as the story goes, they do not listen to their elders and strange things start to happen. Find out what happens when a mysterious dancer starts showing interest in the group.  

ADA HANTU

Another spooky show that hits close to home is Ada Hantu. This Malaysian movie features a YouTuber named Alif. He gathers some friends at an old abandoned bungalow that used to be occupied by the Japanese Army during World War ll for his birthday and his friends decide to play a prank on him. What could possibly go wrong? Find out what happens in Ada Hantu.

THE WALKING DEAD (SEASON 11)

Want to get into the spooky spirit without the ghosts? We highly recommend the final season of The Walking Dead. After 11 seasons of chaos, fighting, surviving and love, it’s all coming to an end. Get your zombie apocalypse kit ready, but make sure you’ve packed tissues because we expect tears. Catch familiar and new faces in their final fight and tune in to see how their final days play out. 


Facebook: @DisneyPlusHotStarMY

Instagram: @DisneyPlusHotStarMY

Twitter: @DisneyPlusMY

TikTok: @DisneyPlusMY

Hashtag: #DisneyPlusHotstarMY