Movie Review | Jogi (2022)

Friday, 7 October 2022


Director : Ali Abbas Zafar
Writer : Sukhmani Sadana, Ali Abbas Zafar
Cast : Diljit Dosanjh, Amyra Dastur,  Kumud Mishra, Mohammed Zeeshan Ayyub, Hiten Tejwani
Production Company : AAZ Films
Distributor : Netflix
Genre : Drama
Running Time : 116 minutes
Release Date : 16 September 2022
Trailer :


Diinspirasikan dari tragedi sebenar yang berlaku di India pada 31 Oktober 1984 di mana dua orang Sikh dikhabarkan telah membunuh Perdana Menteri Indira Gandhi hingga mencetuskan rusuhan antara kaum India dan Sikh. Sebelum ni dah pernah tengok tentang rusuhan ni dalam filem #1st October (2015) tapi lebih kepada menceritakan bagaiman satu keluarga survive. 

Jogi pula lebih menarik kerana watak Joginder (Diljit Dosanjh) cuba untuk selamatkan penduduk yang berketurunan Sikh keluar dari Delhi menuju ke Amritsar. Perjalanan tu bukan mudah kalau tanpa bantuan Rawinder (Mohammed Zeeshan Ayyub) yang bekerja sebagai pegawai polis tanpa disyaki oleh pihak atasan. 

Banyak cabaran yang mereka berdua perlu tempuh untuk hantar orang awam ke Amritsar macam dapatkan minyak diesel di hub kepunyaan Menteri Tejpal Arora (Kumud Mishra). Semua minyak perlu didaftarkan supaya semuanya digunakan untuk bakar orang Sikh dan kediaman mereka di Delhi. Sempadan negeri juga disekat dengan pegawai polis yang bertindak mengikut arahan Tejpal. 

Naskhah Jogi bergerak laju menceritakan bagaimana kawasan kejiranan Sikh yang meriah tiba-tiba diserang kerana berita tergempar tersebut. Tak sempat langsung sesiapa selamatkan diri. Kalau tak kena serang di tempat kerja, di jalan atau laluan biasa, mereka akan diserang di rumah. Bayangkan tengah sibuk bekerja di pejabat tiba-tiba ada orang kunci pintu keluar masuk dan bakar premis. 

Seram dan gerun bila tengok ada yang berlari sebab sakit badan marak terbakar. Ada pula kena pukul dan tetak sehingga mati. Tak boleh bayang langsung kalau ada dalam situasi tu. Mesti badan kaku sebab takut sangat. Belum hilang lagi rasa gerun dengan ketegangan antara Muslim dan Hindu di sempadan Kashmir dalam filem The Kashmir Files di awal tahun, hujung tahun disuap pula filem rusuhan terhadap Sikh dalam Jogi. Apa yang ditunjukkan tu cuma sedikit dari tahap kengerian sebenar yang berlaku di dunia nyata. Sinematografi dari Marcin Laskawiec sedikit sebanyak menceritakan trauma yang dilalui oleh kaum Sikh kepada generasi baru supaya tak sewenangnya meminta generasi lama lupa dan ambil mudah. 

Watak Jogi yang dikarang oleh Sukhmani Sadana dan Ali Abbas Zafar ni berbeza dengan watak tipikal kaum Sikh bila mereka agak ‘bising’ dan hyper. Baik Jogi mahupun Rawinder, kedua-duanya soft spoken dan lebih banyak berdiam diri. Kisah cinta Jogi dan Kammo (Amyra Dastur) juga digarap dengan cantik lantas menjadikan sub-plot yang menguatkan penceritaan untuk watak antagonis Lali (Hiten Tejwani). 

Lakonan Kumud Mishra sebagai Menteri yang salah guna kuasa pun menguatkan lagi keterdesakan Jogi untuk selamatkan Sikh yang lain. Sakit hati bila dia ugut Rawinder supaya buat ‘kerja’ yang dia arahkan. Pengarah tak takut langsung nak tunjuk yang rusuhan ni berlaku berpunca dari orang yang ada kuasa mengatasi undang-undang dan resources yang banyak. 

Walaupun penceritaan Jogi menyerlah dari kebanyakan aspek tapi personally tak berapa suka dengan penghujung yang cuba untuk meningkatkan lagi elemen dramatik. Sebab dah hujung sangat, boleh sangat kalau pengarah tambah luka saja. 

Nevertheless performance Diljit tak pernah mengecewakan dan buktikan yang dia mampu berdiri standing dengan pelakon A-list yang lain. Terkejut juga dia sanggup reveal rambut sedangkan sebelum ni dia berpegang dengan agama tapi tu lah, sama macam pelakon agama lain, ada yang tanggal sana sini juga sebab nak berlakon. No offense cuma terkejut sajo. Recommended to those yang belum familiar dengan salah satu tragedi hitam India ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1 , 6. Genre + 0.8, 7. Themes +1 , 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7  =  9.3/10

Selepas hampir sedekad bergiat aktif dalam mempersembahkan sketsa dan jenaka dalam rancangan Sepahtu Reunion Live di saluran Astro Warna, kini kumpulan SEPAHTU yang dianggotai Jep, Rahim, Pak Ya bersama Ebby Yus bakal menjelajah tiga buah negeri untuk Sepahtu Reunion Live TOUR yang akan berlangsung bermula 14 Oktober 2022 ini.

Masih mengekalkan konsep asal yang berbentuk sitkom komedi, penjelajahan atau tour ini diadakan buat pertama kali untuk mengenali dan mendekati para peminat setia rancangan tersebut. Intipati setiap sketsa yang sarat dengan pengajaran tentang isu-isu semasa secara lakonan spontan mereka berjaya menarik perhatian ramai penonton di pelbagai negeri sehingga mencipta fanbase yang besar. Kini sketsa-sketsa ini akan dibawa ke negeri-negeri tersebut untuk dipersembahkan secara LIVE di hadapan ribuan peminat sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka.

Penjelajahan ini merangkumi enam persembahan yang akan diadakan di tiga buah negeri. Lokasi pertama akan dilakukan di Pasir Gudang, Johor pada 14 dan 21 Oktober. Sepahtu Reunion Live TOUR ini akan disambung di Gong Badak, Terengganu pada 28 Oktober dan 4 November. Penjelajahan ini akan berakhir di Sultan Abdul Halim, Kedah pada 11 dan 18 November.

Antara tarikan utama rancangan ini adalah penampilan rakan-rakan selebriti dalam setiap sketsa yang juga akan mengikuti bersama dalam jelajah ini seperti Erra Fazira, Uqasha Senrose, Fouziah Gous, Afifah Nasir dan ramai lagi tetamu-tetamu undangan misteri yang akan membuat kemunculan.

Aktiviti kemuncak yang bakal berlangsung di setiap lokasi adalah ‘Live Audience Award’ yang akan melibatkan para penonton dalam kategori-kategori yang berbeza termasuk pemilihan Best Dress of the Week dan The Most Happening Audience of the Week.

Selain itu, ahli kumpulan SEPAHTU juga akan mencari bakat-bakat baharu di lokasi-lokasi terbabit dengan pemilihan The Best ‘Bakat Tempatan’ di kalangan penonton yang mempunyai personaliti menghiburkan dan kelakar.

Sepahtu Reunion Live TOUR ini akan berlangsung pada setiap hari Jumaat pada pukul 9.00 malam di setiap negeri yang terlibat. Para peminat di setiap negeri yang ingin menonton SEPAHTU secara LIVE boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my dengan harga RM50 (Zone 1), RM40 (Zone 2), RM30 (Zone 3) dan RM20 (UPPER Tier).



Eksklusif untuk para pelanggan Astro, mereka boleh memenangi lima tiket dengan menjawab tiga soalan yang mudah di laman sesawang Astro Rewards iaitu https://rewards.astro.com.my/bm/details/sepahtu.

Sepahtu Reunion Live TOUR akan menjelajah di tiga lokasi iaitu Johor, Terengganu dan Kedah bermula 14 Oktober hingga 18 November 2022. Rancangan sitkom komedi ini akan dipersembahkan secara siaran langsung oleh ahli-ahli Sepahtu yang dilaksanakan sebanyak dua hari di setiap lokasi. Persembahan mereka juga akan dipaparkan secara langsung di Astro Warna (saluran 107) pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam. 

KENYATAAN RASMI KETUA SALURAN ASTRO WARNA, NORZEHA MOHD SALLEH


“SEPAHTU bukanlah nama asing di dalam industri hiburan seni tanah air. Setelah bertapak lebih daripada 10 tahun di arena lawak, mereka kini menjadi inspirasi kepada generasi muda yang sedang berjinak  dalam industri komedi persembahan. Kehadiran mereka dalam pelbagai rancangan khususnya di Astro Warna sangat digemari ramai. Malah penampilan tetap mereka dalam rancangan Sepahtu Reunion Live sering terpahat di hati para penonton 

Akhirnya SEPAHTU akan turun padang dan berjumpa peminat di tiga buah lokasi. Peluang seperti ini jarang sekali berlaku terutamanya ketika negara menghadapi kekangan yang disebabkan oleh Covid-19. Dengan peralihan negara kita ke norma normal, Astro dengan menggembiranya akan membawa kumpulan SEPAHTU menerusi Sepahtu Reunion Live TOUR ke tiga buah negeri iaitu Johor, Terengganu dan Kedah. SEPAHTU akan membuat dua persembahan di setiap negeri. 


Seperti mana yang kita tahu, rancangan SEPAHTU sentiasa menampilkan artis-artis tersohor negara sebagai artis jemputan. Kali ini tidak kurang hebatnya. Penampilan Erra Fazira, Uqasha Senrose dan juga undangan-undangan misteri sudah pastinya akan mengujakan para penonton di negeri-negeri tersebut. Bukan sahaja mereka akan dihiburkan dengan lawak spontan yang hebat tetapi juga dengan kilauan bintang yang bergemerlapan. Malah sketsa-sketsa yang dipersembahkan merupakan persembahan yang paling hebat yang akan dilakukan oleh SEPAHTU. 

Kami berharap setiap negeri akan memberi aura tersendiri yang akan memangkinkan lagi persembahan kumpulan SEPAHTU. Akhir kata, pihak Astro tidak sabar untuk bersama-sama rakyat Malaysia dan pelanggan-pelanggan Astro di Johor, Terengganu dan Kedah. 


ASTRO ORIGINALS PERSEMBAHKAN DRAMA PREMIUM DIINSPIRASIKAN DARIPADA PERISTIWA YANG BERLAKU DI MALAYSIA, ‘ONE CENT THIEF’ |
“Naskhah Pertama Malaysia Tampilkan Kisah Rompakan 1 Sen”

Astro Originals mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan.  One Cent Thief mengisahkan tentang Iman Shah seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah  menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.


One Cent Thief membawakan subjek ‘heist’ dan kelainan berbanding naskhah lain adalah ia pertama kali dalam Malaysia mahupun karya luar negara yang membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai.  

One Cent Thief mempunyai 8 episod, bakal temui penonton bermula 8 Oktober, setiap hari Sabtu, jam 9 malam. Menariknya buat julung kali drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa seperti Astro Ria HD saluran 104, Astro Vinmeen HD saluran 202, Astro Shuang Xing HD saluran 307 (episod 1 tayangan serentak 8 Oktober, 9.00 malam, manakala episod berikutnya setiap Sabtu, jam 11 malam), dan PRIMEtime saluran 704. Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baru seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12.00 tengah malam menerusi strim di platform Astro GO atau On Demand. 


Meskipun subjek utama adalah ‘heist’, namun One Cent Thief membawakan mesej-mesej positif serta memaparkan cabaran kehidupan setiap lapisan masyarakat yang amat dekat dengan penonton seperti kehidupan golongan atasan dengan kemewahannya, golongan medium yang bersungguh-sungguh mencari rezeki dan mencapai cita-cita, serta golongan yang terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja sehingga ada yang terpaksa berdepan dengan pinjaman haram dan kongsi gelap.

Sementara itu, dari sudut produksi pula ia menonjolkan babak menggodam yang diinspirasikan daripada cara sebenar yang dipraktikkan oleh jenayah siber geng Carbanak yang jarang ditampilkan dalam karya tempatan. 


Selain itu penonton turut dihidangkan dengan babak-babak aksi yang mendebarkan hasil lakonan hebat para pelakon terkemuka tanah air dari pelbagai latar seperti Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin. Selain itu, turut menampilkan kemunculan istimewa Tan Sri Nazir Razak.
Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan, “Menerusi Astro Originals, kami terus komited mempersembahkan karya-karya berkualiti yang mampu memberikan pengalaman berbeza kepada penonton dan sekali gus mengangkat drama tempatan setanding dengan naskhah antarabangsa. Kali ini penerbit Astro menampilkan sebuah drama premium yang diinspirasikan daripada peristiwa yang pernah berlaku di Malaysia dan lebih menarik ia adalah naskhah pertama negara yang membawakan jalan cerita tentang penggodam siber yang mencuri hanya wang berjumlah 1 sen daripada setiap penyimpan bank. Kami percaya jalan cerita segar yang dipersembahkan melalui One Cent Thief mampu diterima oleh penonton daripada pelbagai latar dan naskhah ini akan ditayangkan di saluran Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina. Kami harap One Cent Thief dapat dilihat sebagai sebuah karya berkelas internasional dan menjadi satu naskhah seni kebanggaan negara; bukan sahaja itu malah mampu menarik penonton dari  negara luar seterusnya mengalihkan pandangan dunia kepada hasil karya-karya terbaik Malaysia.”


Drama premium mengetengahkan genre jenayah thriller merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo dan beliau turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki. Alfie Palermo terdahulu tampil dengan idea asalnya menerusi drama premium Dukun Diva, di samping pernah memenangi anugerah Skrip Terbaik di Anugerah Internasional Motivational Film Festival Bridge of Arts (IMFF), Rusia pada tahun 2016 dan Lakon Layar Terbaik di Anugerah Lawak Warna 2015. Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.

Menurut Showrunner, Pencipta & Penulis One Cent Thief,  Alfie Palermo berkata, “Idea menghasilkan drama premium in tercetus ekoran selepas membaca kes ‘pencuri satu sen’ dan ia memberi inspirasi untuk menggarap sebuah karya dengan jalan cerita baru dan segar. Menerusi One Cent Thief, saya cuba ketengahkan isu keselamatan data serta sistem perbankan, di mana betapa mudahnya digodam oleh penjenayah; di samping mengetengahkan isu konflik yang amat dekat dengan masyarakat iaitu ‘wang’ - adakah wang mampu menyelesaikan masalah dan menjanjikan kebahagiaan. Harapan saya agar siri ini sedikit sebanyak dapat membuka mata masyarakat pada isu-isu keselamatan data yang semakin meruncing kebelakangan ini. Pada masa sama, saya berharap penonton akan terhibur dan moga membawa manfaat untuk semua. ”


Manakala Pengarah One Cent Thief, Ariff Zulkarnain berkata, “Sebagai pengarah saya cuba memberi sentuhan berbeza pada setiap karya yang dihasilkan. One Cent Thief bukan hanya menonjolkan isu teknologi dunia siber, malah saya cuba kupas kehidupan masyarakat yang berbeza kelas terutamanya masyarakat marhaen yang hidup dalam kesempitan sehingga sanggup melakukan jenayah. Cabaran utama menghasilkan karya ini adalah untuk menvisualkan jalan cerita ke skrin, misalnya babak yang melibatkan teknologi siber perlu di buat berhati-hati agar dapat memberi kefahaman kepada penonton. Malah, kami juga mendapatkan khidmat penasihat sekuriti siber dari pakar yang bertauliah sepanjang penggambaran. Cabaran lain adalah mendapatkan hasil terbaik meskipun berdepan dengan limitasi sepanjang penggambaran yang diadakan dalam tempoh pandemik. Saya mengharapkan One Cent Thief dapat diterima oleh penonton Malaysia dan penonton dapat menilai cerita ini dari sudut positif. Secara peribadi, saya juga mengharapkan lebih ramai lagi pembikin filem di Malaysia berpeluang untuk bereksperimen dengan konten-konten segar yang membawa isu yang dekat dengan masyarakat seperti yang dipaparkan dalam naskhah-naskhah di bawah jenama Astro Originals, demi pembaharuan konten kreatif tempatan.” 

One Cent Thief, turut jalin kerjasama bersama air minuman Gong Cha dalam pemasaran. Penonton boleh menikmati minuman dari Gong Cha dengan harga promosi 1 sen bermula 7 Oktober sehingga 21 Oktober 2022.  


Terdahulu Astro Originals telah menampilkan deretan drama siri premium daripada pelbagai genre, nilai hiburan berbeza serta olahan jalan cerita segar seperti diinspirasikan dari pendedahan isu-isu yang sememangnya berlaku dalam kalangan penonton seperti ‘Kampong Pisang Bersiri-Siri’ (francais filem komedi nombor 1 negara), ‘Projek: Anchor SPM’ (memperkenalkan genre coming of age), ‘I-Tanggang’ (mengetengahkan isu realiti penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy), ‘Dukun Diva’ (angkat kisah female con artist dan anti-heroes), ‘Kuasa’ (kisah fiksyen sebuah keluarga berpengaruh dalam dunia hiburan), ‘Histeria The Series’ (kesinambungan filem box office 2008, Histeria), Murder By Moon Light (ketengahkan genre Witty Murder Mystery “Whodunnit”). 

Saksikan drama siri premium, One Cent Thief  yang akan ditayangkan serentak di saluran Astro Ria HD, Astro Vinmeen HD, Astro Shuang Xing HD (episod 1 tayangan serentak 8 Oktober, 9.00 malam, manakala episod berikutnya setiap Sabtu, jam 11 malam), dan PRIMEtime pada jam 9.00 malam, setiap hari Sabtu, bermula 8 Oktober ini atau strim di Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun TikTok, Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. 

PRODUCTION NOTES

Tajuk: One Cent Thief
Genre: Crime/Thriller
Pencipta/Showrunner: Alfie Palermo
Pengarah: Ariff Zulkarnain
Penulis: Alfie Palermo
Penerbit: Zurina Ramli, Alfie Palermo, Natasha Azlan 
Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan : Independent Pictures Sdn Bhd
Bahasa: Bahasa Malaysia-Inggeris
Durasi Filem: 48 – 55 minit x 8 Episod
Jumlah Hari Penggambaran : 48 hari
Lokasi Penggambaran: Kuala Lumpur & Selangor
Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2022



Barisan Pelakon

Pelakon Utama

Syafiq Kyle sbg Iman Shah
Faizal Hussein sbg Abah
Azira Shafinaz sbg Intan
Fabian Loo sbg Ash Lee
Sofia Jane sbg Ibu Zara
Aghonderan Sahadevan sbg Devan
Amerul Affendi sbg Kadak

Pelakon Pembantu

Carmen Soo sbg Irene
Sathisvaran Magesvaaran sbg Dinesh
Krishna Kumar Nair sbg Sathish
Rubi Rubini sbg Mimi
Amir Nafis sbg Wan Zairol
Fadhli Masoot sbg Shemad
Aleza Shadan sbg Mak Iman
Syed Irfan sbg Iman Muda
Airiezara Jasmin sbg Intan Muda



Tunggak Utama 

Dipersembahkan oleh: Astro Shaw Sdn Bhd
Syarikat Penerbitan: Independent Pictures Sdn Bhd
Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad
Penerbit: Zurina Ramli, Alfie Palermo, Natasha Azlan 
Penerbit Penyelaras: Redza Taib 
Pencipta/Showrunner: Alfie Palermo
Pengarah: Ariff Zulkarnain
Penulis: Alfie Palermo
Pasukan Penulis: Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki
Penolong Pengarah: Syuqri Rabiay
Pengarah Fotografi: Tan Teck Zee
Pengarah Seni: Maliq Hussein
Pereka Busana: Jessie Yeow 
Penata Tatarias: Marlia Ieryani Ghazali

OST
Tajuk: Diskusi 
Penyanyi: Lil J &  Putera Muhammad
Komposer: Amy Bong, Wan Saleh
Penulis Lirik: Amy Bong,Ateh Zack, Lil J

SINOPSIS

Terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang Abahnya kepada sebuah geng ceti, seorang pekerja bank menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar… tetapi ini hanya membawa mereka ke situasi yang semakin membahayakan.

A SHOCKING LIE IS IMMEDIATELY REVEALED AS FIRST EPISODE OF “PINK LIE” IS AVAILABLE FREE TODAY | The first episode of the new Korean dating reality will be available free on YouTube today, along with reveal of first two episodes on Disney+ Hotstar. 

In celebration of today’s release of the exciting and experimental new Disney+ Hotstar Korean dating reality show Pink Lie, which sees a group of young singles, each with a lie they want to hide, put into a house with the sole goal of finding love - audiences can enjoy a sneak peek at what to expect this season, with the first episode of the show available free on the Disney+ Hotstar official YouTube channel here today. 

Hosted by Super Junior’s Kim Heechul, Lee Sunbin (Work Later, Drink Now, Air Murder), Song Wonseok (Business Proposal, One the Woman), and YouTube influencer Ralral, Pink Lie sees a group of contestants each armed with one lie about themselves come together in an attempt to find their one true love. In each episode, contestants will be required to bond and complete challenges, but are not allowed to tell their potential partners their critical lie. Along the way, select participants are given special privileges in the form of a “pink moon” which allows them to find out another participant’s lie, and decide for themselves whether or not they want to continue the relationship.

Developed by the creative minds behind Weekend Playlist, Pink Lie gives participants a second chance at love by removing prejudice and allowing a bond to form before testing the strength of that connection.

Pink Lie will be available today with the first two episodes available on Disney+ Hotstar and new episodes launching every week.


Twitter: @DisneyPlusMY

Instagram: @DisneyPlusHotStarMY

Facebook: @DisneyPlusHotStarMY

TikTok: @DisneyPlusMY 

Hashtag: #DisneyPlusHotstarMY #PinkLie

Musim baharu ‘Confession Bilik Gelap’ rungkai pengakuan tulus daripada insan-insan hebat di Malaysia | Strim di aplikasi dan laman rasmi SYOK

Siri SYOK Podcast ‘Confession Bilik Gelap’ Musim Ketiga

Semua peminat audio podcast boleh menikmati musim ketiga siri SYOK Podcast ‘Confession Bilik Gelap’ dengan menampilkan figura hebat tanah air dan suara anak tempatan dari pelbagai latar belakang yang menceritakan liku-liku kehidupan penuh inspirasi buat rakyat Malaysia. Siri ketiga ‘Confession Bilik Gelap’ boleh distrim sekarang menerusi aplikasi dan laman rasmi SYOK. 

Musim baharu ‘Confession Bilik Gelap’ mengetengahkan kisah jatuh bangun, ujian hidup, takdir tidak dijangka serta kecekalan dan kebangkitan yang diharungi oleh insan-insan hebat termasuk ahli politik disegani, suri mantan Perdana Menteri, pelantun irama dangdut Malaysia, pejuang anak autistik dan ramai lagi. Perkongsian santai dan bermanfaat ini dihoskan oleh Rosie Haslinda Nasir, penulis buku dan novel tempatan.  

Para peminat ‘Confession Bilik Gelap’ boleh strim dan menantikan episod-episod dalam musim ketiga ini, termasuk:
  • Episod 1: Syed Saddiq - Antara Khianat Dan Suri Hari Yang Dia Cari
  • Episod 2: Ifa Raziah - Dari Flat Pekeliling, Mogul Perniagaan Dan Manusia Yang Menikam
  • Episod 3: Iman Wan Tuck Meng - Jihad Seorang Ayah Mengasuh Anak Autistik
  • Episod 4: Ahirine Ahirudin - Wanita dan Dunia Lasak
  • (Sila rujuk lampiran untuk sinopsis kisah-kisah ini)

Nantikan episod-episod baharu siri SYOK podcast ini yang akan disediakan pada setiap Isnin, bermula jam 10 pagi menerusi aplikasi dan di laman rasmi SYOK. Para peminat boleh menantikan episod selanjutnya pada minggu-minggu berikutnya.

Untuk maklumat lanjut tentang siri SYOK Podcast ‘Confession Bilik Gelap’ Musim Ketiga, layari bm.syok.my/podcast atau muat turun aplikasi SYOK. 

Tajuk Dan Sinopsis ‘Confession Bilik Gelap’ Musim Ketiga


Episod 1: Syed Saddiq - Antara Khianat Dan Suri Hari Yang Dia Cari

Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, ligat di Instagram dan TikTok, petah berbahas di meja debat. Apa lagi yang baharu tentang suara muda ini? Dengarkan curahan hati Syed Saddiq tentang khianat, perjuangan dan suri hati yang dia cari selama ini.

Dengar sekarang di aplikasi SYOK.


Episod 2: Ifa Raziah - Dari Flat Pekeliling, Mogul Perniagaan Dan Manusia Yang Menikam

Dari Flat Pekeliling, kini Ifa Raziah membina legasi perniagaan, sambil terus menghiburkan peminat. Di Tanah Suci, Ifa Raziah menangisi hidupnya dan niat Ifa amat tulus. Namun mengapa dia ditikam, diputar belit dan disalah erti? 

Dengar di aplikasi SYOK bermula 10 Okt, 10 pagi.


Episod 3: Iman Wan Tuck Meng - Jihad Seorang Ayah Mengasuh Anak Autistik

Iman Wan Tuck Meng, mantan komposer terkenal Malaysia. Iman menceritakan memori luka sebelum dia bertemu nur Islam. Juga tentang pengorbanan mengurus Adam, anak autistiknya yang amat disayangi. 

Dengar di aplikasi SYOK bermula 17 Okt, 10 pagi.


Episod 4: Ahirine Ahirudin - Wanita dan Dunia Lasak

Ahirine Ahirudin, wajah baru dalam industri hiburan, miliki sisi berbeza pasca remaja penuh warna. Pernah memenangi anugerah dalam sukan Muay Thai, Ahirine kini mewakili generasi muda yang patut di contohi

Dengar di aplikasi SYOK bermula 24 Okt, 10 pagi.

Ikuti SYOK Podcast 



Book Review | Sedetik Lagi (2020)

Tuesday, 4 October 2022


Penulis : Auni Zainal

Penerbit : IMAN Publication Sdn Bhd

Helaian : 258 mukasurat / 28 bab 1 epilog

Genre : Misteri / Fiksyen / Drama

Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – Mac 2020

Harga : RM 28.00 (Semenanjung Malaysia), RM 30.00 (Sabah & Sarawak)

Sinopsis:

9 tahun Khalis terperangkap di masa lalu akibat diari merah itu.

Khalis ingin kembali ke masa asalnya namun dia tidak tahu bagaimana. Dia takut andai dia gunakan diari itu untuk mengubah takdir, akan ada kesan yang lebih buruk menimpa diri dan orang di sekeliling.

Apabila muncul orang-orang yang mengaku mereka juga terperangkap seperti dia, Khalis ragu-ragu. Adakah patut dia mempercayai mereka atau perlukah dia melindungi diari tersebut agar tidak disalahgunakan oleh sesiapa pun?

Bagi Khalis, dia hanya ada dua pilihan; memilih untuk terus bersembunyi atau mengambil risiko dalam meraih kebahagiaan.

Sekiranya kita diberi peluang sedetik lagi demi bersama orang yang tersayang, apakah harga yang sanggup kita bayar?

Review:

Sekuel naskhah merentas masa melalui diari merah ajaib kini dikembangkan lagi perjalanan Khalis ke masa lalu. 9 tahun dia menderita seorang kerana takut diari ni akan diambil oleh Ghazali. Dia tak tahu apa akan jadi tapi dia sentiasa dihantui oleh mimpi ngeri tersebut. Sama macam Nadiah, Khalis juga merasa sunyi dan rindu. 

Selain kisah Khalis, Ghazali dan Nadiah yang pernah diceritakan dalam Sekali Lagi (2018), ada pertambahan watak Nik - remaja sekolah yang pintar, Liana – perempuan berumur 30-an dan juga Pak Cik Leh yang kelihatan uzur dan sentiasa memanggil anaknya, Tariq. Orang tua tersebut sentiasa menceritakan tentang arwah isterinya, Yah dan ada kalanya dia beri pantun 4 kerat yang sukar difahami maknanya. 

Bukan curang kuatur tertib, 

Mana muka dibawa pulang, 

Tertampan jalan pena mencatit, 

Bertitik-tolak kisah berulang.


Berdampil lemah bersanggit, 

Berpisah kuat bertentang, 

Elok lemah asal dipamit, 

Dari kuat ditinggal seorang.

Dari mereka bertiga lah Khalis tahu ada harapan untuk dia pulang ke masa sebenar tapi harapan tersebut agak tipis. Diari merah tersebut tak boleh ada pemilik baru selagi belum ada yang pulang ke masa asal. Dan kalau wujud pemilik baru maka mereka semua akan ‘terbang’ bersama pemilik baru. 

Nik agak baran orangnya sebab dia masih remaja. Kata Liyana, dia paranoid dan takut dengan gelap akibat merentas masa dan ‘terbang’. Kerana pertengkaran antara Nik dengan Khalis, mereka semua terbang lagi sekali kerana pemilik baru. 

Khalis dalam Sedetik Lagi agak jauh berbeza dengan Khalis dalam Sekali Lagi sebab Khalis ni lebih pesimis orangnya. Mudah putus asa juga sebab dia tak dapat berjumpa dengan Nadiah dan ragu-ragu dengan Ghazali. Lega bila dapat tahu Ghazali yang banyak ajar Khalis supaya pandang musibah ni sebagai ujian. Mungkin ada perkara yang Tuhan nak ajar ataupun tunjuk kepada Khalis. 

“Melepaskan tidak bermaksud pasrah. Kalau tawakal itu maksudnya tidak berbuat apa-apa, maka kita telah menganggap bahawa Tuhan itu tidak adil. Sedangkan Allah Maha Berkuasa. Dia menyusun takdir mengikut usaha yang kita lakukan pada hari ini.” – Auni Zainal 

Jalan cerita Sedetik Lagi lebih misteri dan kompleks sebab tak tahu macam mana mereka semua nak pulang ke masa asal. Nak bertanyakan pada Nadiah pun, dia sudah pulang ke sana tapi kalau ikutkan ada sebenarnya penulis dah bagi hint dalam Sekali Lagi cuma I je yang tak perasan. Mungkin terfikirkan sesuatu yang lebih kompleks juga kot. Tapi kalau bukan pun, I rasa ada part yang tak jelas macam mana Khalis dan Pak Cik Leh jumpa pen tu. 

Flow cerita dalam Sedetik Lagi ni agak berat sampai kena focus betul-betul dari awal sampai habis sebab ada banyak part ‘terbang’ dan kena baca Sekali Lagi dalam masa terdekat untuk faham apa yang mereka semua maksudkan. But all in all, semua pun dapat happy ending yang mereka nak. Nasib baik lah happy ending sebab sepanjang dua jilid ni rasa murung dengan keresahan masing-masing. Kita baca memang lah rasa sekejap tapi yang mengalami tu sampai makan tahun. 

Pokoknya, mesej yang I dapat lepas baca kedua-dua buah buku, I boleh kata yang hargailah waktu sekarang dan tak perlu risaukan sangat masa depan. Jangan pula terlampau berpegang dengan masa lalu. 

. Author +1, 2. Plot +0.6, 3. Genre +0.7, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +1 = 4.3/5

Movie Review | Shamshera (2022)

Monday, 3 October 2022


Director : Karan Malhotra
Writer : Neelesh Misra, Khila Bisht, Piyush Mishra (dialogues)
Cast : Ranbir Kapoor, Sanjay Dutt, Vaani Kapoor, Ronit Roy, Saurabh Shukla, Chitrak Bandhopadyay, Saurabh Kumar, Rudra Soni
Production Company : Yash Raj Films
Distributor : Yash Raj Films, amazon Prime Videos
Genre : History / Action
Running Time : 159 minutes
Release Date : 22 July 2022
Trailer :


Berlatarkan tahun 1871 ketika British berkuasa di tanah India, puak Khameran hidup dalam keadaan yang terancam kerana kasta mereka paling rendah berbanding penduduk kota Kaza yang lain. Raja-raja dan orang kaya menyerahkan emas dan barang kemas kepada askar British supaya puak Khameran diusir dari hutan. 

Shamshera (Ranbir Kapoor) tak mahu bertarung hingga menggadaikan nyawa yang lain tambah pula isterinya sedang sarat mengandung. Namun janji Shuddh Singh (Sanjay Dutt) menyebabkan puak Khameran dikurung dalam kubu yang dibina jauh dari kota Kaza. Puak Khameran dilayan seperti hamba, dirantai dan dipaksa bekerja tanpa upah. Shamshera yang kecewa ditipu dan gagal melindungi puaknya, berjanji mencari jalan untuk keluar supaya dapat bebaskan puak Khameran.


Dalam kubu tersebut ada satu terowong rahsia yang menghubungkan telaga dengan sungai Aazaad. Malangnya belum sempat Shamshera keluar dari kubu tersebut, dia dibunuh dengan kejam oleh puaknya sendiri. 

25 tahun kemudian, Balli (Ranbir Kapoor) pula bercita-cita untuk jadi pegawai polis sebab geram dituduh anak pengkhianat sejak kecil. Dengan ilmu seni pertahankan diri yang diajar oleh Pir Baba (Ronit Roy), kawan baik Shamshera, Balli berjumpa Shuddh Singh tapi pada hari penilaian tersebut dia dapat tahu kisah sebenar ayahnya dan perjuangan terhadap puak Khameran. Balli keluar dari kubu tersebut dan pergi ke kota Nagina untuk sambung perjuangan tersebut bersama Sona (Vaani Kapoor) dan Doodh Singh (Saurabh Shukla). 


Dah lama tunggu movie Shamshera ni keluar sebab berita dah keluar sejak 2018 lagi tapi tertangguh sebab pandemik. Bila dah keluar 22 Julai 2022 lepas, tak banyak pun yang buat review untuk filem ni sebab ada kempen untuk boikot filem Bollywood. Terpengaruh dengan negative reviews, batalkan je lah niat untuk tengok dekat cinema dan tunggu keluar dekat streaming platform. 

Penceritaan Shamshera agak panjang sebab pengarah Karan Malhotra masukkan 6 buah lagu dalam filem. Patutnya lagu Fitoor dengan Hunkara buat untuk promo material sebab mengganggu penceritaan. Lagu Parinda dengan Shamshera tu okay lah sebab bergerak seiring dengan cerita dan lirik dia pun sesuai dengan situasi pada babak tersebut. 



Sinematografi dari  Anay Goswamy tampak meyakinkan dengan set rekaan untuk menggambarkan kawasan kota Kaza, kubu Khameran dan juga kawasan hutan tapi tidak untuk kota Nagina. Nampak sangat set yang dibikin untuk menempatkan pembesar dan orang kaya. Sedangkan kubu untuk kurung puak Khameran juga set rekaan di studio Film City, Mumbai. Penggunaan VFX juga tak kemas terutamanya bila melibatkan sekawan burung gagak dan keretapi.
 
Kekuatan Shamshera terletak pada lakonan Ranbir Kapoor yang menggalas dua watak utama dan berbeza – Shamshera dan Babli. Walaupun bawa dua watak yang seakan sama fizikal dan karakter, tetap nampak perbezaan antara keduanya. Masa Balli berjumpa dengan Shamshera rasa hanyut sekali dalam babak tu. Screen presence Ranbir memang sesuai lah dengan aura ketua puak yang dibawa dalam naskhah Shamshera. Masa Shuddh Singh duduk sebelah Shamshera tu, tenggelam terus aura Sanjay Dutt padahal fizikal Ranbir lagi kecil dari dia. Hilang terus avatar villain yang dia bawa sejak zaman Agneepath (2012) dulu. 


Action stunt pun kemas dan menarik walaupun cuma pakai kapak besar berlawan dengan askar British yang guna senapang dan pistol. Babak Balli bertarung dengan Colonel Freddy Young (Craig McGinlay) pun best tengok sebab banyak guna hand-to-hand combat. 

Pelik juga kenapa pengarah masukkan burung gagak dan bawa roh Shamshera masa berjumpa dengan Balli dekat atas gunung rupanya burung gagak adalah penghubung antara dunia nyata dan kematian. Selain bertindak sebagai mediator, burung gagak adalah simbol kepada kelahiran semula. 


Pertama kali Ranbir bekerja dengan Vaani dan tak sangka langsung chemistry diorang menyengat. Sayangnya watak Sona tak dapat banyak ruang pun sebagai tulang belakang dan peniup semangat Balli. Kerja dia menjerit dan mengharapkan Balli datang selamatkan setiap kali ditangkap. Masa perang antara Khameran, askar British dan polis India pun Sona dukung anak dan menjerit saja. Sedih betul tengok. 

Naskhah Shamshera boleh jadi penebus untuk Yash Raj Films lepas gagal dengan filem Thug Of Hindustan (2017) namun malangnya, YRF masih lagi terperangkap dengan templat yang sama. 

1. Team Production +0.7 , 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5  = 7.8/10

Movie Review | Janhit Mein Jaari (2022)

Sunday, 2 October 2022


Director : Jai Basantu Singh
Writer : Raaj Shaandilyaa, Shaan Yadav
Cast : Nushrratt Bharuccha, Paritosh Tripathi, Vijay Raaz, Brijendra Kala, Anud Singh Dhaka, Tinu Anand 
Production Companies: Thinkink Picturez, Bhanushali Studios Limited, Shree Raghav Entertainment, Take 9 Entertainment 
Distributor : Zee Studios
Genre : Comedy / Drama
Running Time : 146 minutes
Release Date : 10 June 2022
Trailer :


Penulis skrip filem Dream Girl (2019) kembali dengan naskhah komedi drama dengan mengetengahkan kepentingan kondom. First half movie Janhit Mein Jaari memaparkan kisah Manokamna Tripathi a.k.a. Mannu (Nushrratt Bharuccha) yang terpaksa bekerja sebagai eksekutif jualan di Little Umbrella yang menjual kondom. 

Susah untuk fresh grad seperti dia dapat pekerjaan di kawasan luar bandar seperti Chanderi. Kalau dia menganggur, parents dia pula akan kahwinkan dengan entah siapa yang datang meminang. Awalnya agak sukar untuk Mannu jual sekotak kondom tambah pula dia seorang perempuan. Tebalkan muka dan pekakkan telinga dengar orang mengata atau gelakkan pekerjaan dia. 


Dengan bantuan Devi (Paritosh Tripathi), makin lama makin ramai pelanggan Mannu. Dalam masa yang sama Mannu jatuh cinta dengan Manoranjan (Anud Singh Dhaka) dan berkahwin. Masuk second half baru jadi masalah bila keluarga mentua dia malu Mannu berkerja di kilang kondom. Lepas Mannu berhenti dan jadi penjual Tupperware, ada kenalan dia yang meninggal kerana gugurkan anak. Baru dia sedar yang pekerjaan dia sebagai penjual kondom bukan pekerjaan semata malah satu tanggungjawab. 

Naskhah Janhit Mein Jaari sarat dengan mesej sosial tentang overpopulation dan sex protection. Setakat tahun 2022, populasi India dah pun mencecah 1.5 billion dan jika tidak dibendung, populasi India akan kalahkan China pada tahun 2023. India pula bukan negara yang kaya dan sering dilabel sebagai negara kelas ketiga yang mempunyai masalah kadar miskin tegar yang tinggi juga masalah kekangan sumber makanan juga air bersih. 


‘Millions of girls die due to illegal abortions. What confuse me is, people spend a fortune on abortions, but can’t buy a condom for 10 rupees.’ - Mannu

Sinematografi yang berlatarkan masyarakat Gwalior jelas menyokong screenplay dan penceritaan bila kawasan luar bandar yang sentiasa sesak dengan penduduk kampung. Malah kedua belah keluarga baik Mannu mahupun Ranjan hanya cukup-cukup makan setiap bulan. Walaupun Devi ada bisnes sendiri pun tak mampu berkembang jauh kalau bukan kerana Mannu. Sama juga dengan Ranjan yang hanya bekerja sebagai pelakon agama. 


Kekuatan Janhit Mein Jaari juga terletak pada music album yang menarik hasil karya komposer Prini Siddhant Madhav, Amol - Abhishek dan Sadhu Sushil Tiwari. My personal favourites are Parda Daari and Udaa Gulaal Ishq Wala. Chemistry Nushratt dengan Anud pun cantik sebagai suami isteri dan juga kawan baik. Ada masanya Anud persis Sushant Singh Rajput. I hope someone discover his talent and offer him a good role especially in romantic genre. 



Lakonan Nushratt sebagai Mannu yang menggalas kebanyakan momen dan babak nampak menjadi dalam avatar gadis luar bandar dan komited dengan tanggungjawab dan kerja. Sayangnya tak banyak babak tegang antara Mannu dengan Keval Prajapati (Vijay Raaz) sebab dua watak utama ni yang membentuk elemen drama dari konflik tentang pekerjaan dan perbezaan cara hidup antara dua generasi. 

Paritosh Tripathi yang banyak galas babak komedi dengan riak muka yang sentiasa sendu akibat kena reject dengan crush zaman kecil. Even kamera tak fokus dekat dia pun boleh tergelak dengan lakonan dia dekat belakang. Babak komedi yang lain pun menghiburkan juga dari awal sampai habis cerita. 


Walaupun diolah dalam templat komedi, filem ini masih menjalankan tugas kecuali pada second half yang agak meleret dan masukkan syarahan pada hujung cerita. Sepatutnya penulis atau pengarah habiskan cerita bila besan Mannu selamat bersalin saja dan hantar laddoo kepada semua pekerja Little Umbrella. 

Overall, naskhah yang diterbitkan di Zee Studios ni menarik untuk ditonton bukan saja kerana mesej sosial malah ketabahan setiap perempuan sebagai anak perempuan, menantu, isteri dan juga ibu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Movie Review | Cuttpulli (2022)


Director : Ranjit M. Tewari
Writer : Aseem Arora, Ram Kumar
Cast : Akshay Kumar, Rakul Preet, Joshua LeClair, Chandrachur Singh, Sargun Mehta
Production Company : Pooja Entertainment
Distributor : Disney+ Hotstar
Genre : Psychological / Crime / Thriller
Running Time : 134 minutes
Release Date : 2 September 2022
Trailer:


Cuttpulli yang bermaksud boneka mengisahkan tentang Sub-Inspector Arjan Sethi (Akshay Kumar) yang dihantar bertugas di Kasaulli cuba membongkar kes pembunuhan bersiri. Modus operandi pembunuhan tersebut ialah mayat pelajar perempuan dikorek matanya, dihentak kepala dengan tukul, gigi yang retak atau patah, muka dikelar dan pembunuh akan tinggalkan satu kotak hadiah berwarna biru yang diisi kepala boneka Cinderella dengan kesan luka yang sama pada mangsa. 

Sebelum daftarkan diri sebagai polis, Arjan buat kajian selama 7 tahun tentang semua pembunuhan yang melibatkan psikopat baik dalam India mahupun antarabangsa. Mudah untuk dia dapat akses maklumat kes jenayah di India kerana ayah dia juga seorang polis. Arjan guna semua data yang dia dapat untuk tulis skrip filem psikologi jenayah thriller tapi semua produser tolak kerana terlampau mengerikan. 


Walaupun dia ada semua material mengenai kes jenayah pembunuh bersiri namun tiada sebarang petunjuk yang dia dapat dari pembunuhan boneka ni. Lambat dia jumpa petunjuk, makin banyak lah keluarga yang akan meratapi pemergian anak tersayang. 

Naskhah Cuttpulli ni merupakan official remake kepada filem Tamil, Ratsasan (2018) di mana penulis Ram Kumar turut bekerjasama dengan pengarah Ranjit M. Tewari dan penulis Aseem Arora. Memandangkan dah pernah tengok Ratsasan, boleh lah nampak perbezaan antara dua naskhah thriller ni. 


Perbezaan yang ketara bila pace Cuttpulli lebih laju dan skrip lebih kemas garapannya. Sebelum ni dalam review Ratsasan, I menyampah bila filem tu nak tunggu hero yang berlawan dengan watak antagonis sedangkan pelakon sampingan ada peluang untuk bunuh tapi dalam Cuttpulli, penulis ubah dan wujudkan jalan cerita yang lebih baik. Cuttpulli antara naskhah remake yang belajar dari kesilapan sebelumnya dan hasilkan naskhah yang mantap penceritaannya. 

Cuma tak boleh nak hadam bila Akshay Kumar bawa watak muda dan jadi adik kepada Seema Sethi (Hrishitaa Bhatt) sedangkan ketara sangat perbezaan umur tu. Kalau ikutkan pelakon asal untuk watak Arjan ialah Ayushmann Khurrana tapi tak tahu kenapa ubah last minute. Kalau bukan Ayushmann pun bagi lah dekat pelakon lain yang lebih muda sebab action stunt tak banyak dan tak susah pun. 

Chemistry Akshay dengan Rakul pun tak strong onscreen. Masuk babak romantik mesti rasa cringe. Sama lah juga bila Divya (Rakul Preet) petik pasal feminism dalam dialog dia. Nampak forced dan ehhh sangat sebab kawasan luar bandar tapi ada woke feminist. Mungkin sebab over sangat kot tuduhan yang dilemparkan tu. 


Sinematografi yang berlatarkan kawasan pergunungan di Himanchal Pradesh tak lah digunakan sebaiknya untuk babak romantik atau menambahkan lagi impak pada penceritaan. Kawasan tersebut hanya untuk menguatkan plot kenapa pihak polis dan juga watak Arjan gagal untuk dapatkan petunjuk kerana kawasan luar bandar dan tidak terdedah dengan teknologi. Babak klimaks pun antara kelemahan Cuttpulli sebab dibikin di kawasan gelap sedangkan babak tegang dan penuh dengan elemen drama. 

Music album gubahan komposer Tanishk Bagchi dan juga komposer lain juga tak meninggalkan kesan baik pada penceritaan mahupun minat pendengar. Sayang lah Pooja entertainment tak laburkan duit pada music album sedangkan dah ada skrip menarik. Baik tak payah letak lagu terus kalau sekadar untuk tambah elemen hiburan.



Overall naskhah Cuttpulli menarik untuk yang belum tonton Ratsasan dan masih lagi menarik biarpun sudah pernah layan original sebab olahan ada sedikit perbezaan. Tertarik dengan persembahan lakonan Sargun Mehta yang menyerlah sebagai SHO Gudia Parmar. Tak hairan lah boleh menang Best Actress di Punjabi Awards. Hopefully ada peluang untuk dia dapat watak yang bagus dengan screentime lebih panjang di Bollywood. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

Terkejut masa HR bagitahu awal bulan September nanti ada intern student nak masuk. Terkejut sebab kali terakhir RRM Oasis ada intern student masa pertengahan tahun 2019. Itupun tak ada apa sangat task yang dia buat sebab internship period bukannya lama pun, sebulan lebih je. Nak ajar beria pun dapat catch up apa lah sangat dalam masa sebulan. Boleh kata internship sebulan ni ibarat nak ken suasano jahhhh. 


Internship student kali ni bukan calang-calang orang lah sebab anak kepada top clients untuk department Corporate. Kalau sebut semua orang macam 'oh ye ke?!' haa so kita biar yang tahu je tahu. Disebabkan Adzran intern dekat RRM untuk penuhi keinginan papa dia dan dia anak yang menurut kata and everytime bercerita pasal decision mesti menyebut papa so I panggil dia 'anak papa'. 

Not a slur, not an insult or whatsoever... it just macam comel lah. Everytime dia sembang pasal family dia, kitorang terbayang Mustapha Kamal, papa suka minum fresh orange, kerja dekat Megah Holdings dalam drama maghrib tivitiga. 

Selama sebulan lebih dekat sini, kitorang senang lah ada Adzran sebab dekat office kan tak ramai lelaki. Bila ada lampu berkelip, boleh minta Adzran tukarkan. Kalau nak cari file, Adzran sedia membantu sebab dia tinggi. Ringan tulang pulak tu orangnya. Kalau bagi apa-apa task pun semua dia mampu deliver. Tak kisah lah buat draft agreement, translation, presentation slide, flowchart, adhoc task hatta join meeting dan event pun dia sentiasa bagi yang terbaik. Bab menyembang pun selesa lah tak sombong macam anak papa kayangan sampai kitorang rasa selesa lah nak berborak atau bergurau. 

Last day tu cadangnya nak belanja Adzran Starbucks sebab dia banyak tolong itu ini. Kebetulan masa tu Starbucks launch menu kolaborasi dengan Dato' Fazley Yaakob. Rasa nak cuba Kuih Bakar Burnt Cheesecake sebab kuih bakar is my favorite. Curious nak tahu apa rasa dia bila kuih bakar bergabung dengan cheesecake. 


Sambil order sendiri punya, sambil kutip order untuk yang lain dekat office jugak. Tup tup bila nak bayar, orang sebelah dah tap debit card dia dekat machine. Dia macam aikkk tapi dalam masa yang sama woaaaa jugak. 





Memandangkan Adzran suruh buat review, rasa kuih bakar burnt cheesecake ni macam kuih bakar campur cheese. Sebenarnya rasa dia macam cheesecake tapi dekat bahagian atas tu je rasa sama macam kuih bakar. Tapi kuih bakar nak rasa apa lah sangat, rasa pandan lepastu rasa terbakar dengan cruchy bijan. Cuma cheesecake ni tak fluffy dan moist sangat sebab tak nak lari jauh dari rasa kuih bakar yang guna tepung gandum tu. Kalau tanya sedap ke tak, haruslah sedap sebab orang belanja hshshs


Anyway, terima kasih Adzran sebab sudi sumbangkan masa, tenaga, ilmu dan kerjasama selama buat internship dekat Ram Reza & Muhammad. All the best untuk second internship kalau dah buat keputusan dekat mana nanti. Take care dekat universiti and hopefully dapat keputusan yang cemerlang. Nanti dah decide nak buat chambering dekat RRM, roger roger tau! I nak buat banner gantung depan ruang depan tu sempena menyambut kedatangan anak papa ;)