Jalan-Jalan Japan salah satu port menyelam untuk barangan preloved dari Jepun sejak tahun 2016 lagi. Tak pasti lah ramai yang familiar dengan preloved store ni ataupun tidak sebab kebanyakan store terletak di mall yang jarang orang pergi. Macam One City Mall ni mati segan, hidup tak mahu ibaratnya. Hidup sebab ada Bizmilla dengan beberapa kedai makan.
Jalan-Jalan Japan di One City Mall ni ada dua tingkat di mana tingkat atas penuh dengan pakaian lelaki, bag, bagasi, toys, alat tulis, decoration, barangan bayi, topi dan kasut. Dekat tingkat bawah pula ada pakaian perempuan, pakaian kanak-kanak, barangan rumah, peralatan dapur dan lain-lain.
Yang selalu pergi Bon Odori best lah beli kimono dekat sini sebab murah, corak pun cantik.
2 jam juga lah mencari barang dekat dalam preloved store ni dan sangkut lama dekat bahagian pakaian wanita sebab cari blazer. Kebanyakan blazer cantik dan ada saiz tapi tebal sangat, kalau pakai dekat pejabat confirm berlecak lah. Nak pakai masa pergi event apatah lagi. Bab harga of course murah boleh dapat dengan harga RM10 dengan kualiti masih baik. Tak ada benang tertetas, butang tercabut ataupun koyak dekat tempat tersembunyi.
Tang nak cari kemeja dengan dress memang susah sikit lah sebab kebanyakannya saiz kecil dan lengan pendek. Ada yang terlampau nipis macam see through jugak. Seluar pun kecil, tak ada saiz besar sebab orang Jepun majoritinya badan slim cantik.
Naik tingkat atas nak cari heels atau wedges yang selesa lah tapi kebanyakan kasut semuanya saiz kecil ataupun terlampau besar. Saiz 7 tak jumpa pulak dekat sini padahal kalau pergi kedai kasut, saiz 7 lah paling senang dapat. Bila jumpa yang cantik mesti tak muat sebab kecil haihhhh patah hati.
Tak banyak pun hasil tangkapan yang dapat, belek dekat bahagian home deco pun tak banyak decoration yang sesuai dengan selera. Masa tengah membelek tu jadi tak syok sebab banyak bahagian yang ditutup sebab pekerja dia nak susun barang baru sampai tapi boleh je kot kalau susun tanpa perlu tutup? Kalau rasa taknak diganggu tutup je lah store tu untuk susun barang. Nasib baik lah menyinggah sebab attend majlis dekat sini, kalau pergi sebab store ni semata memang sakit hati dapat layanan tak best macam tu. Memang tak lah nak datang lagi.
One thing yang bagus dekat sini ialah cashier counter dia laju walaupun panjang barisan untuk beratur tapi sekejap je dah settle bayar tanpa perlu tunggu lama. Yang lain hmmmm ikut luck masing-masing lah kot.