Book Review | Sekali Lagi (2018)
Friday, 16 September 2022
Penulis : Auni Zainal
Penerbit : IMAN Publication Sdn Bhd
Helaian : 333 mukasurat / 26 bab 1 epilog
Genre : Misteri / Fiksyen / Drama
Tarikh Cetakan : Cetakan Pertama – April 2018, Cetakan Kedua – Jun 2018
Harga : RM 28.00 (Semenanjung Malaysia), RM 30.00 (Sabah & Sarawak)
Sinopsis:
"Walau apa pun niat kau, hasilnya takkan sama Nadiah. Takkan sama!"
***
Nadiah mula menulis apa saja yang ingin diluahkan perasaannya pada waktu itu. Tidak semena-mena, Nadiah terasa kepalanya berpusing. Semuanya menjadi gelap.
***
Nadiah membuka mata perlahan-lahan. Dia sedang terbaring di atas katil. Fikirnya, mesti Ilyani yang memapahnya. Dia tidak ingat apa yang berlaku sebelum itu, tiba-tiba semuanya gelap.
"Nad, pukul 6.15 pagi dah. Bangunlah. Dah empat kali aku kejut kau ni."
"Kenapa? Ada apa?" tanya Nadiah kebingungan.
"Bangun nak pergi sekolahlah. Kau mamai ek?"
"Sekolah?"
Review:
Sinopsis membuatkan tertarik untuk baca kisah Nadiah yang merentas masa dan kembali ke zaman sekolah dia lantas dia berniat untuk ke Alam Shah untuk berjumpa suaminya, Khalis Effendi. Namun suaminya masih lagi lelaki yang tegas, skema dan garang orangnya. Sikit pun dia tak kenal Nadiah siapa.
Nadiah yang sekarang kehilangan Khalis yang meninggal dalam kemalangan jalan raya, 8 bulan selepas kematian anak perempuan mereka, Tanis Yamnuska. Dek kerana saranan kawan baik dia, Dr. Ilyani, Nadiah menulis dalam sebuah diari merah supaya dapat kurangkan kemurungan yang dialami. Tanpa mereka sedar, diari merah tersebut mempunyai keajaiban dia tersendiri bila Nadiah balik ke masa lampau sebaik saja menulis tentang dirinya.
Orang pertama yang dia jumpa adalah kawan baik dia di zaman sekarang, Ilyani tapi pada zaman sekolah, Ilyani bukanlah kawan baik dia. Bukan saja Ilyani malah semua orang menganggap Nadiah adalah pelajar yang gila. Kerana takut dan sunyi, Nadiah beranikan diri berterus-terang dengan Ilyani. Respon Ilyani, walaupun Nadiah dapat merentas masa tapi perjalanan hidup tak sama. Akibat perubahan pada zaman lampau maka berubah la juga di zaman dewasa Nadiah nanti.
Menarik lah kisah Sekali Lagi karya penulisan Auni Zainal ni sebab jalan cerita fiksyen boleh diterima logik akal. Walaupun berlatarkan pelajar sekolah tapi watak utama ada sisi kematangan yang tinggi. Mungkin juga sebab pelajar sekolah pandai dan masing-masing ada tanggungjawab tersendiri. Macam Ilyani ada ibu yang sakit sementara Khalis pula galas tanggungjawab sebagai ketua pelajar SMITH.
Masa baca novel Sekali Lagi ni tertarik dengan kisah cinta Nadiah dan Khalis tapi penulis banyak ketengahkan kisah mereka masa Nadiah merentas dan agak singkat diceritakan kisah sebenar mereka. Masa Nadiah merentas tu pun Khalis bukannya layan Nadiah sangat, pandang pun menyampah sampai kita yang baca pun jadi geram sebab tak tahu selama mana Nadiah boleh berada dalam dunia tu. Kisah Nadiah dengan Ilyani pun singkat sangat dan tamat secara mendadak.
Kesian dengan watak Nadiah sebab diari merah tak bantu dia pun untuk hilangkan sunyi dan kemurungan. Makin bertambah murung adalah sebab dia tak ada kawan, tak ada siapa pun sudi dengar luahan hati dia yang rindukan suami dan anak. Dia pun tak boleh ubah apa-apa sebab akan bahayakan nyawa orang lain di sekeliling dia. Tinggi harga yang perlu dibayar hanya untuk berjumpa dengan Khalis dan belajar erti terima ketentuan juga ujian Tuhan dengan hati terbuka.
Cumanya macam over jugak lah bila penulis masukkan angle gangster yang berdendam dengan Khalis tu sebab pengusaha makanan je pun, kemain beria berdendam. Mungkin lagi kena kalau masukkan watak antagonis dengan wujudkan geng buli. But that’s just my 2 cents.
Plot twist usahawan tu pun macam singkat sangat dan tergesa nak habis. Mungkin penulis akan panjangkan lagi dekat sekuel kot. Tak sabar nak baca dunia Khalis yang berubah kerana diari merah pula dalam Sedetik Lagi.
p/s: Terima kasih Perpustakaan Anggerik Mokara MBSA sebab sediakan bahan bacaan menarik ni!
1. Author +1, 2. Plot +0.6, 3. Genre +0.7, 4. Social Message +1, 5. Personal Thought +0.7 = 4/5
Bahan-bahan:
Tepung Terigu, Minyak Nabati (mengandung Antioksidan TBHQ), Gula, Whey, Cokelat Bubuk (5%), Maltodekstrin, Pati Jagung, Pengemulsi (Lestin Kedelai), Garam, Perisa Sintetik (Cokelat), Pengembang (Natrium Bikarbonat)
Memandangkan I beli double choco rasa dia lebih terarah pada coklat lah, hilang terus rasa Oreo tu sebab biskut oreo kan ada rasa masin bila makan krim dia. Yang ni rasa coklat biasa dengan kepingan rangup wafer. Kalau makan wafer ni confirm bersepah sebab rapuh betul wafer tu. Tak ada apa yang menarik pun dengan wafer dari Oreo ni sebab sedap lagi Muzic cube wafer. Saiz dia sesuai untuk masuk mulut dan tak bersepah dengan crumbs sana sini.
Wonderbrew Homecraft Kombucha the Kampung Leprechaun | Amra Green Tea
Thursday, 15 September 2022
FILEM AKSI HEIST TERBAIK INDONESIA TAHUN 2022, ‘MENCURI RADEN SALEH’ TEMUI PENONTON MALAYSIA DI PAWAGAM BERMULA 22 SEPTEMBER | “6 Anak Muda, 1 Lukisan, 1 Rompakan Terbesar Abad Ini”
Filem aksi heist terbaik Indonesia tahun ini, MENCURI RADEN SALEH kini temui penonton Malaysia di seluruh pawagam tanah air bermula 22 September. Filem terbitan Visinema Pictures, Jagartha, Blibli dengan kerjasama Astro Shaw telah ditayangkan di Indonesia pada 25 Ogos lalu dan berjaya meraih kutipan lebih 1.2 juta penonton dalam tempoh kurang satu minggu tayangan.
Kekuatan filem Mencuri Raden Saleh bukan hanya pada jalan cerita yang segar dan sarat dengan babak aksi mendebarkan, tetapi turut mengetengahkan kisah golongan gen-Z yang dijayakan oleh barisan pelakon muda yang telah mengukir nama menerusi filem-filem box office Indonesia seperti Iqbaal Ramadhan (pelakon filem no 1 genre romantik drama Indonesia, filem Dilan), Angga Yunanda (Habibie & Ainun 3), Aghniny Haque (filem no 1 paling laris Indonesia, KKN di Desa Penari), Rachel Amanda (Dua Garis Biru), Umay Shahab (Danur 3) dan Ari Irham (Generasi 90an : Melankolia).
Setiap watak mempunyai peranan dan tugas berbeza dalam misi pencurian ini serta diberi jolokan masing-masing seperti Piko - "The Forger", Ucup - "The Hacker", Fella - "The Negotiator", Sarah - "The Brute", Gofar - "The Handyman", dan Tuktuk - "The Driver".
Selain itu, turut membintangi filem Dwi Sasono, Atiqah Hasiholan, Ganindra Bimo, Andrea Dian, Muhammad Khan, Reza Hilman, Joshua D Pandelaki, Ratna Karya Riantiarno, Jenny Zhang, Tegar Satrya dan ramai lagi.
Filem ini diarahkan oleh Angga Dwimas Sasongko yang juga merangkap sebagai Penerbit Eksekutif, lakon layar, idea asal Mencuri Raden Saleh. Angga Dwimas Sasongko berkata, “Idea menghasilkan Mencuri Raden Saleh tercetus pada tahun 2018 dan mengambil masa lebih tiga tahun untuk menyempurnakan dari proses penulisan sehingga ke penerbit; dan mengambil masa satu tahun untuk menghimpunkan kesemua enam pelakon anak muda yang menerajui watak utama filem ini. Kami rasa amat gembira filem ini berjaya mendapat sambutan baik daripada penonton Indonesia dan mengharapkan kehadiran filem ini di Malaysia juga mampu menerima reaksi baik daripada penonton.”
Manakala, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “Astro Shaw rasa berbesar hati dapat meneruskan kerjasama dengan Visinema Pictures menerusi filem terbaru Mencuri Raden Saleh. Filem aksi heist ini diarahkan oleh pengarah box office Indonesia, Angga Dwimas Sasongko dan kami rasa amat teruja berpeluang berkolaborasi serta bertukar idea kreatif dengan pengarah dan penerbit hebat ini. Kami percaya bahawa usaha sama sebegini adalah langkah untuk industri terus maju ke hadapan dalam mengangkat filem ke persada dunia yang lebih mampan. Kami bersedia dan teruja untuk mempersembahkan filem ini kepada peminat dan penonton di Malaysia. Tambah lagi jalan cerita yang segar dan genre yang ditampilkan dalam Mencuri Raden Saleh sememangnya menepati cita rasa penggemar filem di Malaysia. Kami harap kerjasama strategik di antara kedua-dua pihak ini mampu memberi manfaat besar buat penonton dan sekali gus memperluaskan landskap perfileman dua negara dalam mempelopori industri perfileman serantau Asia.”
Antara komen-komen daripada penonton di Indonesia tentang filem Mencuri Raden Saleh:
“Saya betul-betul ‘enjoy’ menonton filem ini. Cukup dengan pelbagai elemen seperti komedi, mendebarkan, sedih. Sebuah filem wajib tonton!” @dhaniaputrisyah.
2. “Menonton Mencuri Raden Saleh buat saya menangis! Bukan kerana jalan cerita yang sedih tetapi kerana terlalu bagus! Bangga dengan karya Indonesia yang tampil dengan kelainan iaitu filem bertemakan heist dengan kualiti produksi dan jalan cerita yang baik. 2 jam 30 minit amat berbaloi menonton dan berhibur dengan filem ini. @HabisNontonFilm.
3. “Mencuri Raden Saleh sebuah filem yang di luar kotak. Sangat menghiburkan! Rasa bangga akhirnya Indonesia mampu hasilkan sebuah filem bertemakan heist dengan jalan cerita menarik! @WatchmenID
4. Mencuri Raden Saleh tampil sesuatu yang luar biasa. @dacann
5. Lakonan mantap oleh barisan pelakon. @nurfadilah.dil
Filem Mencuri Raden Saleh mengisahkan tentang enam remaja yang mempunyai kepakaran berbeza (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) bergabung dan merancang untuk merompak sebuah lukisan Raden Saleh atas arahan seorang yang berpengaruh dan berkuasa. Namun, misi mereka dikhianati dan mereka menjadi buruan polis. Justeru, mereka nekad untuk membalas dendam dengan mencuri kembali lukisan Raden Saleh serta membersihkan nama baik mereka.
Saksikan filem aksi heist, Mencuri Raden Saleh di pawagam seluruh Malaysia bermula 22 September ini. Gunakan #MencuriRadenSaleh dan #FilmMencuriRadenSaleh di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.
PRODUCTION NOTES
Tajuk : Mencuri Raden Saleh
Genre : Aksi
Pengarah : Angga Dwimas Sasongko
Penerbit : Cristian Imanuell
Terbitan: Visinema Pictures
Syarikat Penerbitan : Visinema Pictures
Bahasa: Bahasa Indonesia
Durasi Filem: 02:32:15
Jumlah Hari Penggambaran: 33 Hari
Lokasi Penggambaran: Jakarta, Surabaya, Pasuruan
Tarikh Tayangan di Pawagam : 25 Ogos 2022 (Indonesia), 22 September 2022 (Malaysia)
BARISAN PELAKON
PIKO - IQBAAL RAMADHAN
UCUP - ANGGA YUNANDA
SARAH - AGHNINY HAQUE
FELLA - RACHEL AMANDA
GOFAR - UMAY SHAHAB
TUKTUK - ARI IRHAM
PERMADI - TYO PAKUSADEWO
BUDIMAN - DWI SASONO
DINI - ATIQAH HASIHOLAN
DETEKTIF ARMAN - GANINDRA BIMO
DETEKTIF SITA - ANDREA DIAN
RAMA - MUHAMMAD KHAN
REZA - REZA HILMAN
MARWAN - JOSHUA D PANDELAKI
NENEK SARAH - RATNA KARYA RIANTIARNO
IBU FELLA - JENNY ZHANG
GITO - TEGAR SATRYA
DONI - FRANGKY LUCAS MANUHUTU
TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh: Visinema Pictures
Syarikat Penerbitan: Visinema Pictures
Penerbit Eksekutif: Angga Dwimas Sasongko, Raja Jastina Raja Arshad, Fx Iwan, Kenneth Destian Tali, Kusumo Martanto, Ricky Wijaya, Yonathan Nugroho
Penerbit: Cristian Imanuell
Penerbit Penyelaras: Syaiful Wathan
Pengarah: Angga Dwimas Sasongko
Skrip: Muhammad Husain Atmodjo, Angga Dwimas Sasongko
Cerita Asal: Angga Dwimas Sasongko
Lakon Layar: Angga Dwimas Sasongko
Pengurus Produksi: Awaludin Saffad, Robbie Purnama
Pengarah Fotografi: Bagoes Tresna Adji
Penyunting: Hendra Adhi
Pengarah Lagak Ngeri:Dinar Safari (Abah)
Kesan Visual: Afterlab
Muzik Skor & Komposer: Abel Hurray
Penata Bunyi: Aufa R. Triangga
Pereka Busana : Marcello Hizky
Penata Tatarias: Chassey Julian
Jurugambar Di Sebalik Tabir: Jozz Felix
OFFICIAL SOUNDTRACK
1. Juragan & Tuan
Artis: Tuan TigaBelas
Durasi: 4:33
Komposer: M. Syaifullaj
Lagu: Misty
Durasi: 3:38
Komposer: Errol Garner, Johnny Burke
2. Sebuah Kisah Klasik
Artis: Rendy Pandugo
Durasi: 3:31
Komposer: Eros Chandra
SINOPSIS
Enam mahasiswa biasa yang mempunyai keahlian special masing-masing (The Painter, The Mastermind, The Brute, The Negotiator, The Handyman, The Driver) dipaksa untuk menjalankan rencana pencurian lukisan asli Raden Saleh atas permintaan seorang jahat yang berkuasa, demi imbalan yang menggiurkan. Ternyata, beliau justru mengkhianati mereka dengan menjadikanya buronan. Keenam pemuda ini pun bertekad untuk membalas dendam dengan cara mencuri kembali lukisan Raden Saleh dari rumah markas penjahat untuk membersihkan nama baik mereka.
Rakyat Malaysia akan mengibarkan Jalur Gemilang pada minggu ini untuk menyambut Hari Malaysia. Tatkala kita meraikan semangat perpaduan dan menghayati perbezaan kita pada cuti hujung minggu yang panjang ini, jangan lupa untuk merehatkan badan dan minda anda. Bagi menyemarakkan sambutan, Disney+ Hotstar telah menyediakan pelbagai rancangan menarik yang bertemakan warna-warna Jalur Gemilang!
1. Merah melambangkan kegigihan dan keberanian
Berbekalkan keberanian dan niat yang betul, seseorang mampu mencapai apa sahaja yang diimpikan. Nilai kegigihan ini telah ditonjolkan oleh watak-watak dalam Big Mouth yang tidak mengenal lelah memperjuangkan keadilan. Dibintangi Lee Jong-suk dan Im Yoon-ah, Big Mouth akan membawa anda menelusuri kehidupan seorang peguam kelas dua yang gigih menentang penjenayah yang terkenal di dunia serta kerajaan yang korup. Sarat dengan adegan pembunuhan, kecurian, dan ‘peperangan akal’ yang tidak berkesudahan, saksikan siapa yang bakal muncul sebagai ‘survivor’ dalam episod terakhir yang akan ditayangkan secara perdana pada Hari Malaysia.
WEBTVASIA PERKENAL BINTANG MUDA BAHARU, AHIRINE AHIRUDIN
Wednesday, 14 September 2022
Ahirine Ahirudin, atau mesra dengan panggilan E, merupakan graduan Ijazah Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Sebelum melangkah ke dalam dunia lakonan, gadis jelita ini pernah terlibat dalam dunia media sebagai wartawan penyiaran di salah sebuah syarikat produksi televisyen popular Malaysia. Tidak hanya itu, Ahirine juga pernah mengutip pengalaman sebagai penulis automotif untuk salah satu akhbar Inggeris terkemuka negara. Merupakan anak kedua daripada 3 beradik, Ahirine pernah menanam cita-cita untuk menjadi seorang pelakon dan juga berhasrat untuk menjelajah satu dunia bersama ‘buah hati’ beliau iaitu, motorsikalnya.
Ahirine kemudian beralih angin menjadi pelakon aksi dan lagak ngeri untuk beberapa buah filem yang bakal ditayangkan nanti. Semakin serius dalam memacu kerjaya seninya, gadis lasak dan penuh berbakat ini bakal membintangi filem usahasama Malaysia dan Singapura, What! The Heist arahan Matt Lai, yang mana beliau memegang watak Bangkok, serta filem Remp-It 2 yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Majlis Sesi Ramah Mesra bersama Ahirine ini diadakan untuk memperkenalkan secara rasmi artis baharu di bawah naungan Prodigee Asia Talent (PAT). PAT, adalah sebuah syarikat pengurusan artis di bawah WebTVAsia yang juga merupakan syarikat hiburan digital terbesar di Asia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif serta pengasas WebTVAsia, Fred Chong, “Ahirine mempunyai personaliti yang unik dan sangat special. Peluang untuk beliau melebarkan sayapnya di dalam industri lakonan ini sangat luas. Pihak pengurusan juga sentiasa menggalakkan Ahirine menceburkan diri dalam pelbagai bidang bukan sahaja di dalam negara, tetapi di luar negara. Kami sentiasa menyokong segala minat dan aktivitinya samada dalam sukan permotoran atau bidang lakonan. Kami pasti, Ahirine bakal menjadi bintang filem yang hebat pada satu hari nanti. Harapan kami juga, semoga beliau terus berdedikasi dan komited sebagai seorang anak seni yang mempunyai pelbagai kebolehan dalam dunia hiburan tempatan untuk mencuba segala peluang di depan mata. WebTVAsia juga selalu menggalakkan artis-artis di bawah naungan kami untuk aktif di laman sosial, kerana platform ini turut memberi impak yang besar dalam menaikkan lagi profil mereka.
Ahirine yang juga aktif dalam sukan lasak dan aktiviti permotoran turut berkongsi, “Saya amat bersyukur kerana WebTVAsia memberi peluang kepada saya untuk mengembangkan lagi bakat saya serta menyokong kerjaya saya sebagai bakat baharu di dalam industri hiburan tempatan. Saya juga berharap lebih ramai orang yang mengetahui kewujudan saya di dalam industri hiburan tempatan supaya saya dapat menonjolkan lagi bakat yang saya ada. Bersama keluarga baharu saya, WebTVAsia, saya yakin pihak pengurusan banyak menyusun dan mengajar saya mengenai selok belok dunia hiburan, lakonan mahupun pengacaraan. Saya juga masih mentah dalam industri ini, masih banyak yang perlu saya belajar dan perbaiki”
Ahirine juga menyatakan keinginannya bekerjasama dengan produksi - produksi filem hebat tempatan serta antarabangsa. Akhir sekali, Ahirine berharap agar orang ramai dapat menyokong dan menantikan kemunculan beliau akan datang. Antara aktiviti terkini Ahirine, WebTVAsia bakal menerbangkan Ahirine ke Thailand, untuk mengendalikan sebuah program sukan permotoran bertaraf dunia bersama salah sebuah produksi televisyen antarabangsa. Selain itu, Ahirine turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama terkenal seperti Armor All, Yamaha, Toyota, Colgate, SpoTV dan banyak lagi.
Untuk sebarang berita dan maklumat lanjut berkenaan Ahirine Ahirudin, sila layari laman Facebook rasmi Prodigee Asia Talent.
Platform media sosial Ahirine Ahirudin : Instagram | Facebook | Twitter | Tiktok
MURDER, COVER-UPS AND VENGEANCE FLOURISH IN “REVENGE OF OTHERS” A NEW KOREAN DRAMA COMING THIS NOVEMBER EXCLUSIVELY TO DISNEY+ HOTSTAR | Starring a highly talented up and coming cast, this Original series will leave audiences on the edge of their seats from first period to the last bell
When a student at a high school suddenly dies without explanation, the rest of the semester will be filled with vengeance against those responsible in Revenge of Others, a thrilling Original series coming to Disney+ Hotstar this November.
Following the suspicious death of her twin brother, Ok Chanmi, a shooting athlete, takes the extraordinary step of transferring to her brother’s school in an attempt to uncover the truth and find out why the police and the school seemed to have covered up his death. Driven by her love for her brother and a need to understand what happened, Chanmi will partner with another student Ji Suheon, to exact revenge by proxy on those who bully others. Filled from the opening bell with mystery, intrigue and a series of strange incidents being thrown at Chanmi, audiences will be left champing at the bit for each new episode of Revenge of Others.
Starring an up and coming cast of talented Korean actors, Revenge of Others stars Shin Yeeun (A-TEEN, He is Psychometric, Meow the Secret Boy, More Than Friends) as Ok Chanmi, a star shooting athlete whose brother dies under mysterious circumstances; Lomon (All of Us Are Dead) as Ji Suheon, a student committed to taking revenge on other people’s bullies; Seo Jihoon (Seasons of Blossom, Drama Stage: Midnight) as Seok Jaebeom, someone who is able to trace events through lost memories; Chae Sangwoo (Wretches, Nokdu Flower) as Ji Oseong, Lee Soomin (Two Universes, Pumpkin Time) as the secret-hiding Guk Jihyeon, and Chung Subin (Rookie Cops, Dark Hole) as Tae Soyeon.
Written by Lee Hee Myung and directed by Kim Yoojin, Revenge of Others will cover entirely new ground in the teen thriller drama genre, using the mystery and tension that arises from the protagonist’s search for the truth to take audiences on a wild ride together with its exceptional cast.
Revenge of Others is the latest Korean drama to be announced as part of the ever-expanding library of world-class local APAC storytelling available to audiences on Disney+ Hotstar. Fans of quality Korean programming can also look forward to the September 8 premiere of THE ZONE: Survival Mission, a laugh-out-loud Korean variety show starring Yu Jaeseok, Lee Kwangsoo and Kwon Yuri as they are thrown into a range of unexpected situations including battling against zombies. Audiences can also currently enjoy a wealth of Korean shows including: Big Mouth about an inept lawyer who is falsely imprisoned and accused of being the country’s most notorious conman; Grid, an edge-of-your-seat mystery thriller about a shadowy figure who once saved humanity but who has now been identified as an accomplice to murder; Link: Eat, Love, Kill about a world-famous chef who has a breakdown in front of his customers and who must revisit his traumatic past; Soundtrack #1, about unrequited love between two close friends; Rookie Cops, a campus romance drama that follows the lives of a group of reckless freshmen at the Korean National Police Academy; as well as the breakout sensation Snowdrop, starring BLACKPINK’s Jisoo, in a story about a university student who goes against her family and her country to help the man she loves.
Stream Revenge of Others this November, only on Disney+ Hotstar.
Twitter: @DisneyPlusMY
Instagram: @DisneyPlusHotStarMY
Facebook: @DisneyPlusHotStarMY
TikTok: @DisneyPlusMY
Hashtag: #RevengeOfOthers