INTISARI RANCANGAN ASTRO OASIS 12 – 18 SEPT 2022

Thursday, 8 September 2022


 INTISARI RANCANGAN ASTRO OASIS 12 – 18 SEPT 2022

Monday, Sep 12

06:30 Bacalah 0015

07:30 Nasihat 0022

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0031

10:00 Done Ibadah 0006

10:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0032

11:30 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0005

12:00 Moslem, Lifestyle & Art 0019

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur Musim 14 (HD) 0009

14:00 Geng Ta'alim 0001

14:30 Done Ibadah 0005

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0161

16:05 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0117

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Merenung KalamMu 0003

17:30 Rasa Halal Vietnam 0001

18:00 Sunnah Home 0009

18:30 Nasihat 0023

19:00 Indahnya Iman 

19:35 Geng Ta'alim 0002

20:05 Indahnya Iman 

20:30 Diari Tok Kadi 0001

21:00 Presint Iman 0009

21:30 Menjejak Hamka 0007

22:00 Geng Ta'alim 0002

22:30 Atlas Masjid Nusantara 0009

23:00 Inspirasi Syukur Sukur 0001

23:30 Sah X Sah 0005

00:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0032

01:00 Sunnah Home 0001

01:30 Fiqh Wanita 0004

02:00 Tanah Kubur S12 (HD) 0010

02:30 Mengaji: Back To Basics 0008

03:00 Into Taqwa With Mizz Nina 0003

04:00 Demi Pengorbanan 0003

04:30 Tazkirah Malam Jumaat S4. 0003

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0168

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0148

05:40 Indahnya Iman 



Tuesday, Sep 13

06:30 Bacalah 0016

07:30 Mengaji: Back to Basics 0006

08:00 Moslem, Lifestyle & Art 0020

10:00 Done Ibadah 0007

10:30 Story From The Times S1 0006

11:00 Suara Wanita 0003

11:30 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0006

12:00 Moslem, Lifestyle & Art 0020

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur Musim 14 (HD) 0010

14:00 Berbicara Tentang Bidadari 0003

14:30 Done Ibadah 0006

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0162

16:05 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0118

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Merenung KalamMu 0004

17:30 Rasa Halal Vietnam 0002

18:00 Sayang Islam 0003

18:30 Nasihat 0024

19:00 Indahnya Iman 

19:35 Kisahnya Sahabat 0004

19:52 Alif Ba Ta 0004

20:08 Indahnya Iman 

20:33 Diari Tok Kadi 0002

21:00 Geng Ta'alim 0002

21:30 Aku Bukan Malaikat. 0007

21:59 Kisahnya Sahabat 0004

22:15 Alif Ba Ta 0004

22:32 Atlas Masjid Nusantara 0010

23:00 Inspirasi Syukur Sukur 0002

23:30 Sah X Sah 0006

00:00 Moslem, Lifestyle & Art 0015

01:00 Sunnah Home 0002

01:30 Fiqh Wanita 0005

02:00 Tanah Kubur S12 (HD) 0011

02:30 Mengaji: Back To Basics 0009

03:00 Into Taqwa With Mizz Nina 0004

04:00 Demi Pengorbanan 0004

04:30 Tazkirah Malam Jumaat S4. 0004

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0169

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0149

05:40 Indahnya Iman 

Wednesday, Sep 14

06:30 Bacalah 0017

07:30 Kisahnya Sahabat 0004

07:45 Alif Ba Ta 0004

08:00 Berbicara Tentang Bidadari 0004

08:30 Ala Kazim Musim 2 0004

10:00 Tanya Cik Man Musim 2 0012

10:30 Story From The Times S1 0007

11:00 Geng Ta'alim 0002

11:30 Trek Asatizah 0007

12:00 Tanya Ustazah 0004

12:30 Done Ibadah 0006

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur Musim 14 (HD) 0012

14:00 Berbicara Tentang Bidadari 0004

14:30 Tanya Cik Man Musim 2 0007

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0163

16:05 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0119

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Merenung KalamMu 0005

17:30 Rasa Halal Vietnam 0003

18:00 Atlas Masjid Nusantara 0009

18:30 Nasihat 0025

19:00 Indahnya Iman 

19:35 Masih Ada Jalan 

20:05 Indahnya Iman 

20:30 Kisahnya Sahabat 0004

20:46 Alif Ba Ta 0004

21:02 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0008

21:30 Diari Tok Kadi 0001

22:00 Masih Ada Jalan

22:30 Atlas Masjid Nusantara 0011

23:00 Inspirasi Syukur Sukur 0003

23:30 Sah X Sah 0007

00:00 Moslem, Lifestyle & Art 0016

01:00 Sunnah Home 0003

01:30 Fiqh Wanita 0006

02:00 Tanah Kubur S12 (HD) 0012

02:30 Mengaji: Back To Basics 0010

03:00 Into Taqwa With Mizz Nina 0005

04:00 Demi Pengorbanan 0005

04:30 Tazkirah Malam Jumaat S4. 0005

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0170

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0150

05:40 Indahnya Iman 


Thursday, Sep 15

06:30 Bacalah 0018

07:30 Aura Wanita 0001

08:00 Berbicara Tentang Bidadari 0005

08:30 Ala Kazim Musim 2 0005

10:00 Tanya Cik Man Musim 2 0013

10:30 Story From The Times S1 0008

11:00 Kisahnya Sahabat 0004

11:15 Alif Ba Ta 0004

11:30 Trek Asatizah 0008

12:00 Tanya Ustazah 0005

12:30 Done Ibadah 0007

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur Musim 14 (HD) 0012

14:00 Nasihat 0015

14:30 Tanya Cik Man Musim 2 0008

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0164

16:05 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0120

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Moslem, Lifestyle & Art 0032

18:00 Kisahnya Sahabat 0004

18:16 Jom Arab Sesikit 0005

18:32 Nasihat 0026

19:00 Indahnya Iman 

19:35 Alif Ba Ta 0016

19:51 Satu Juz Sehari 0016

20:07 Indahnya Iman 

20:31 Aura Wanita 0001

21:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0033

22:00 Alif Ba Ta 0016

22:16 Satu Juz Sehari 0016

22:32 Change Makers 0001

23:00 Geng Ta'alim 0002

23:30 Sah X Sah 0008

00:00 Menjejak Hamka 0002

00:30 Al Kisah Tok Bad 0012

01:00 Alif Ba Ta 0016

01:15 Satu Juz Sehari 0016

01:30 Fiqh Wanita 0007

02:00 Tanah Kubur S12 (HD) 0013

02:30 Kisahnya Sahabat 0004

02:45 Alif Ba Ta 0004

03:00 Aura Wanita 0001

03:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0009

04:00 Atlas Masjid Nusantara 0008

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0030

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0171

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0151

05:40 Indahnya Iman 


Friday, Sep 16

06:30 Bacalah 0019

07:30 Alif Ba Ta 0016

07:45 Satu Juz Sehari 0016

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0033

10:00 Moslem, Lifestyle & Art 0015

11:00 Jom Arab Sesikit 0005

11:15 Kisahnya Sahabat 0004

11:30 Trek Asatizah 0009

12:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0016

12:30 Kisahnya Sahabat 0004

12:45 Alif Ba Ta 0004

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tanah Kubur Musim 14 (HD) 0013

14:00 Suara Wanita 0004

14:30 Tanya Cik Man Musim 2 0009

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0165

16:05 Kapsul Akhir Dunia 0001

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Moslem, Lifestyle & Art 0033

18:00 Lelaki Kiriman Tuhan 0009

19:00 Indahnya Iman 

19:35 Jom Arab Sesikit 0006

19:51 Kisahnya Sahabat 0004

20:07 Indahnya Iman 

20:31 Alif Ba Ta 0016

20:47 Satu Juz Sehari 0016

21:03 Kisah Dari Mekah 0011

21:30 Akhir Dunia 0005

22:00 Jom Arab Sesikit 0006

22:16 Alif Ba Ta 0006

22:32 Geng Ta'alim 0002

23:00 Rockstar Ke Masjid 0007

23:30 Kejar Pahala 0013

00:00 Menjejak Hamka 0003

00:30 Al Kisah Tok Bad 0013

01:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0033

02:00 Imam Mudaku Romantik (HD) 0013

02:30 Aura Wanita 0001

03:00 Alif Ba Ta 0016

03:15 Satu Juz Sehari 0016

03:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0010

04:00 Atlas Masjid Nusantara 0009

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0031

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0172

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0152

05:40 Indahnya Iman 

Saturday, Sep 17

06:30 Bacalah 0020

07:30 Pejuang Agama 0006

08:00 Mengaji: Back to Basics 0006

08:30 R & R Kehidupan Musim 2 0004

10:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0033

11:00 Alif Ba Ta 0016

11:15 Satu Juz Sehari 0016

11:30 Trek Asatizah 0010

12:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0017

12:30 Aura Wanita 0001

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Moslem, Lifestyle & Art 0019

14:30 UAS Tour 2.0 0017

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0166

16:05 Kapsul Akhir Dunia 0002

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Kisah Dari Mekah 0008

17:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0011

18:00 Lelaki Kiriman Tuhan 0010

19:00 Indahnya Iman 

19:35 My Generation (Oasis) 0005

20:05 Indahnya Iman 

20:30 Sunnah Home 0009

21:00 Kisah Dari Mekah 0012

21:30 Akhir Dunia 0006

22:00 My Generation (Oasis) 0005

22:30 Presint Iman 0004

00:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0033

01:00 Islam & Niaga 0005

01:30 Kelas Tajwid 0007

02:00 Imam Mudaku Romantik (HD) 0014

02:30 Alif Ba Ta 0016

02:45 Satu Juz Sehari 0016

03:00 Presint Iman 0002

03:30 Moslem, Lifestyle & Art 0016

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0032

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0173

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0153

05:40 Indahnya Iman


Sunday, Sep 18 

06:30 Bacalah 0021

07:30 Kejar Pahala 0003

08:00 Mengaji: Back to Basics 0007

08:30 R & R Kehidupan Musim 2 0005

10:00 Tanah Kubur S13 (HD) 0007

10:30 Tanah Kubur S13 (HD) 0008

11:00 Tanah Kubur S13 (HD) 0009

11:30 Tanah Kubur S13 (HD) 0010

12:00 Pencuri Cinta Kelas Satu 0004

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0033

14:30 UAS Tour 2.0 0018

16:00 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0167

16:05 Kapsul Akhir Dunia 0003

16:10 Indahnya Iman 

17:00 Kisah Dari Mekah 0009

17:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0012

18:00 Lelaki Kiriman Tuhan 0011

19:00 Indahnya Iman 

19:35 Sah X Sah 0003

20:05 Indahnya Iman 

20:30 Geng Ta'alim 0002

21:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0033

22:00 Sah X Sah 0003

22:30 Kembara Chef Wan 2022 0006

00:00 Rockstar Ke Masjid 0002

00:30 Geng Ta'alim 0002

01:00 Islam & Niaga 0006

01:30 Kelas Tajwid 0008

02:00 Imam Mudaku Romantik (HD) 0015

02:30 Kejar Pahala 0010

03:00 Bidadari Dunia 0006

03:30 Moslem, Lifestyle & Art 0017

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0033

05:30 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0174

05:35 Kapsul Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0154

05:40 Indahnya Iman 


Omar & Hana Melancarkan My Salah Mat, Sejadah Interaktif Pertama Bagi Pembelajaran Solat yang Menyeronokkan untuk Kanak-Kanak

Kuala Lumpur, 30 Ogos 2022 – Animasi Omar & Hana hakcipta bersama Digital Durian Animation dan Astro Malaysia serta kolaborasi bersama My Salah Mat, melancarkan sebuah produk bertujuan untuk membuatkan pembelajaran solat yang lebih mudah dan menyeronokkan bagi kanak-kanak beragama Islam. Pertemuan di London pada tahun 2019 di antara dua pengasas syarikat, Kamal Ali (Pengarah My Salah Mat) dan Sinan Ismail (Ketua Pengarah Eksekutif, Digital Durian Animation) membawa kepada potensi kedua syarikat itu untuk berkolaborasi. Namun hasrat itu terpaksa ditangguhkan kerana cabaran pandemik COVID-19. Pada tahun ini, My Salah Mat Omar & Hana tersedia di pasaran Malaysia dan antarabangsa. 


Sejadah ini direka untuk melatih kanak-kanak tentang sebutan yang tepat di dalam solat dengan cara yang lebih menyeronokkan. Dengan menekan butang di sejadah ini, ia akan mengeluarkan audio yang mempunyai informasi tentang waktu solat, cara mengambil wuduk, bacaan surah lazim, doa-doa dan banyak lagi.

Sejadah interaktif Omar & Hana ini berinteraksi dengan menggunakan suara Omar & Hana dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.

Kamal Ali berkata, “Kami mengalami beberapa kesukaran, antaranya dalam memastikan sejadah ini dapat memberi sebutan Bahasa Arab yang tepat sepertimana rakyat Malaysia membacanya. Secara amnya, praktikal solat semua adalah sama tetapi ia mempunyai sedikit perbezaan.” 

“Ini agak memakan masa untuk merakamkan audio sekali lagi bagi memastikan pembelajaran solat ini sempurna bagi kanak-kanak di Malaysia,” tambah beliau.

Istimewanya sejadah ini adalah kerana ia datang bersama buku aktiviti mesra kanak-kanak dan buku manual percuma sebagai panduan kepada ibu bapa tentang proses pembelajaran ini.


“Kami juga ingin memastikan bahawa buku aktiviti dan sejadah ini mempunyai karakter Omar & Hana yang berbahasa Melayu. Kami yakin bahawa kami telah menghasilkan sesuatu yang istimewa buat kanak-kanak di Malaysia.”

Sinan Ismail berkata, “Apabila saya berjumpa dengan Kamal di UK pada 3 tahun yang lalu, saya berasa teruja apabila mengetahui bahawa Kamal menghasilkan sesuatu yang interaktif dan menyeronokkan untuk pembelajaran solat untuk kanak-kanak. Pada saat itu, saya tahu Omar & Hana adalah karakter yang sesuai dan Alhamdulillah, sejadah interaktif Omar & Hana kini sudah berada di pasaran. Kami sangat berharap ibu bapa dan anak-anak akan mendapat kebaikan daripada kolaborasi ini. Kebaikan di dunia dan di akhirat. InshaAllah.”


Rakyat Malaysia boleh mendapatkan sejadah interaktif ini pada hujung bulan Ogos 2022 ini. Anafiya MY telah dilantik sebagai ejen jualan dan ibu bapa boleh membeli melalui laman web mereka di https://anafiya.my pada harga RM 299.00 (tidak termasuk kos penghantaran).

Untuk maklumat lanjut tentang Omar & Hana, layari media sosial Omar & Hana di Facebook dan Instagram.

************************

About Digital Durian Animation

Digital Durian Animation is a leading Malaysian animation company with over 10 years of experience in creating fun edutainment content, making a difference for preschool children all over the world. With its brand, ‘Omar & Hana’ showing growth over the years, Digital Durian is poised to scale to new heights and broaden their reach to further deepen their impact. Both brands have penetrated Asia, Europe, USA, MENA and Africa.

ABANG LONG FADIL 3 BERJAYA RAIH KUTIPAN SNEAK PREVIEW RM1.2 JUTA

Wednesday, 7 September 2022

Filem komedi aksi terbaik tahun ini, Abang Long Fadil 3, arahan Syafiq Yusof berjaya raih kutipan ‘sneak preview’ semalam sebanyak RM 1.2 juta! Terima kasih penonton Malaysia yang telah menonton filem terbitan Skop Productions & Astro Shaw. Teruskan menyokong filem lokal dengan menonton di pawagam berhampiran anda. Abang Long Fadil 3 akan ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh negara bermula 8 September. 

Berikut adalah review penonton terawal yang telah menonton Abang Long Fadil 3 di sneak preview semalam:

1. OMG! Abang Long Fadil 3 is the entertainment blockbuster of the year! Great movie that is value for money. Ada action yang sangat wow! Comedy yang buat korang release from stressful life – twitter @afnanshahrim

2. Just watched Abang Long Fadil 3 Super Funny – twitter @Ashley91570268

3. Maya Karin cantik & kelakar dalam #abanglongfadil 3 – twitter @nabil_Luqman_

4. Btw Abang Long Fadil 3 best, kelakar gilak, ada part peril banyak, ada running gag, memacam la..Korang pergi la tengok dan support industri filem tempatan – twitter @idraki

5. Abang Long Fadil 3 memang best. Semua watak punyai peranan penting tersendiri. Boleh bawak anak2 sebab ada serius dan banyak kelakar.. Rasa nak repeat lagi – facebook @sitiazlinaabdulrahman 

6. Abang Long Fadil 3 is doneee. Bapak kelako. Berdekah la tanpa rasa bersalah. Kahkahkah – facebook @jijahdelejen 

7. Aksi, komedi, terbahak-bahak aku. Terbaik! 9.5/10 – twitter @nrozrorae 

8. Settle layan alf3, sangat sangat best, lawak pecah perut. Aku bagi 100 bintang – twitter @themat7eenhansei Abang Long Fadil 3 sumpah crack giler!😂 every 20 minutes akan ada je punchline and action pack lagi gempak dari ALF 1/2.5⭐️. – twitter @Waibesocmed 

9. Gabungan Jozan memang mantap dan membuatkan anda ketawa tidak henti daripada awal sehingga penamat filem ini. – twitter @hanishans

10. Abang long fadil 3 mmg best... dan kali nie mmg xde tiru citer memane... elizabeth tan mmg sesuai la jd watak tu... harap leh tgk dia blakon lg watak mcm tu utk cite2 akan dtg... korg boleh pg tgk... – twitter @afdhalluddin

Abang Long Fadil 3 adalah idea asal serta diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof. Terdahulu, beliau telah menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 dan mencipta fenomena tersendiri apabila Abang Long Fadil 2 berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta. Uniknya ketiga-tiga francais Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi konsep cerita di mana francais pertama menonjolkan tema dunia gengster, manakala francais kedua ketengahkan Fadil dalam dunia mafia, dan naskhah terbaru paparkan Fadil dalam konsep spy.

Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. 

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. 

Saksikan filem daripada francais komedi aksi no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3, kini di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Movie Review | HIT: The First Case (2022)

Tuesday, 6 September 2022


Director : Sailesh Kolanu
Writer : Sailesh Kolanu, Girish Kohli (dialogue)
Cast : Rajkummar Rao, Sanya Malhotra, Akhil Iyer, Jatin Goswami, Shilpa Shukla, Dalip Tahil, Milind Gunaji
Production Company : Dil Raju Productions, T-Series Films
Distributor : Netflix
Genre : Crime / Drama / Mystery
Running Time : 132 minutes
Release Date : 15 July 2022
Trailer :


Vikram Jaisingh (Rajkummar Rao) merupakan pegawai polis yang berkhidmat di Jabatan Homicide Intervention Team (HIT) di Rajashtan. Lepas tragedi hitam yang berlaku, psikiatri yang merawat dia nasihatkan supaya berhenti bekerja di jabatan tersebut kerana beberapa kes jadi punca kepada PTSD attack. 

Vikram geram bila kekasih dia, Neha (Sanya Malhotra) juga minta untuk dia berhenti kerja. Bukan dia tak nak berhenti tapi hanya dengan sibukkan diri dengan kerja saja dia boleh lupa sekejap dengan trauma tersebut. Malas panjangkan pergaduhan dengan Neha, Vikram mohon cuti selama seminggu dan bawa diri. 


Malangnya Vikram dapat panggilan telefon berkenaan kehilangan Neha dan dia dituduh sebagai suspek utama kerana mempunyai motif untuk menculik dan mencederakan Neha. Vikram minta kebenaran ICP Ajit Singh (Dalip Tahil) untuk siasat kes Neha tapi ditolak namun dia dibenarkan untuk siasat kes Preeti yang berlaku tak lama sebelum Neha hilang. Kerana kes Preeti, Vikram dapat beberapa klu dan jawapan ke mana hilangnya Neha. 

Movie HIT : The First Case merupakan remake kepada movie Telugu dengan tajuk yang sama kerana dihasilkan oleh penulis dan juga pengarah yang sama, Sailesh Kolanu. So macam mana movie asal, macam tu lah juga movie dalam versi Bollywood ni. Misteri yang diketengahkan dalam HIT memang susah juga nak crack sampai Vikram jumpa sendiri di hujung cerita. Dah boleh agak siapa yang buat cuma ada beberapa watak juga yang disyaki. Pandai lah penulis olah supaya tak kantoi awal. 


Yang tak cantiknya bila pengarah tak guna kekuatan pada dua pelakon utama tapi bagi screentime lebih pada watak sampingan macam Akshay yang cemburu dengan Vikram. Watak dia tak perlu ada pun tak apa sebab ramai yang excited nak tengok movie ni bila ada Sanya dengan Rajkummar Rao. Pertama kali dua pelakon ni bekerja dalam satu movie tapi tak banyak pun screentime bersama. Poster letak muka berdua tapi kena scam. 

Walaupun Sanya tak dapat screentime yang banyak tapi chemistry dia dengan Raj nampak comel sangat. Hopefully ada pengarah yang nak cast Sanya dengan Raj lagi dalam romantic comedy ataupun romantic drama. Raj buat yang terbaik dalam movie HIT iaitu sebagai pegawai polis dan juga sebagai pesakit PTSD. Masa tengok dia menjerit, merayu depan pembunuh tu rasa meremang sebab nampak real. Siapa tak trauma kalau nampak orang kita sayang kena bakar depan mata tanpa sebab. Lagi rasa terbeban bila kerja sebagai polis tapi bila ada masalah tak mampu nak bantu. 


Tengok production companies ada T-Series Film tapi kualiti movie ni agak teruk, dah macam layan movie B-grade sebab screenplay tak menarik dan pelakon sampingan tak ada langsung yang boleh berlakon dengan bagus kecuali Milind Gunaji. Merepek betul bila Vikram beria soal siasat Sheela sampai guna third-degre method padahal dia boleh fokus dekat klu lain. 

Sebelum ni kalau movie yang ada muka Rajkummar Rao memang dijamin puas tonton sampai habis tapi sekarang macam questionable pula. I don’t blame Sanya much sebab nama dia tak besar nak dibandingkan dengan Raj. Pengarah pilih Raj sebab dia tahu audience akan tertarik tapi dah masuk 3 kali kecewa dengan Raj. Of course he’s good in delivering his role but the whole story is crap. 


Nasib baik lah movie HIT: The First Case ni masuk Netflix dan bukannya keluar dekat panggung. Mungkin ni first and last case untuk jabatan HIT. Tskkkk

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 4.5/10

Movie Review | Seoul Vibe (2022)


Director : Moon Hyun-sung
Writer : Sua Shin
Cast : Yoo Ah-in, Go Kyung-pyo, Lee Kyu-hyung, Park Ju-hyun, Ong Seong-wu, Kim Sung-kyun, Jung Woong-in, Moon So-ri, Oh Jung-se
Production Companies : Andmarq Studio, MCMC, United Artist Agency
Distributor : Netflix
Genre : Action / Comedy
Running Time : 138 minutes
Release Date : 26 August 2022
Trailer:


Berlatarkan Sukan Olimpik Seoul 1998, pendakwaraya Ahn Pyung-wook (Oh Jung-se) jalankaan operasi rahsia untuk memberkas Kang In-sook (Moon So-ri) kerana penggubalan duit haram. Memandangkan Chairwoman Kang mencari pemandu upahan untuk hantar barang dengan selamat, pendakwaraya Ahn minta Sanggye Supreme Team yang diketuai oleh Park Dong-wook (Yoo Ah-in) untuk menyamar. 

Misi mereka mudah, hanya perlu dapatkan buku lejar akaun rahsia Chairwoman Kang. Walaupun kelihatan mudah namun ada risikonya kerana Pengarah Lee Hyun-kyun (Kim Sung-kyun) adalah bekas tentera dan sentiasa memerhati pergerakan semua pekerja. 


Sementara Dong-wook dan ahli lain laksanakan tugas sebagai penghantar barang berharga, Oh Woo-sam (Go Kyung-pyo) pula menyamar sebagai DJ di kelab di bangunan yang sama. Misi dia adalah pikat Kim Yoon-jae (Kim Chae-eun), setiausaha Chairwoman Kang untuk dapatkan kunci bilik kebal di mana buku lejar tersebut disorok. 

Pengarah Moon Hyun-sung menggunakan aura 80-an sebagai keunikan pada penceritaan baik dari music score mahupun visual semuanya dipaparkan dengan baik. Scene Joon Gi (Ong Seong-wu) teruja bila nampak bungkusan McDonald comel, scene Dong-wook happy tengok koleksi barangan trendy zaman tu pun tepat ekspresinya. Sayangnya pada second half kebanyakan sinematografi dan visual yang bergantung dengan CGI tampak lemah. 


Paling menarik perhatian adalah babak-babak yang melibatkan kereta pada era tersebut macam babak Bok Nam (Lee Kyu-hyung) mengidam Mercedes-Benz GLS dalam gudang kerajaan. Kena lah dengan tagline team Sanggye Supreme Team, ‘Keep it Real’. Selain babak yang menggunakan kereta dan teknik pemanduan yang menarik, strategi team Sanggye mencipta kereta versi mereka pun perlu diberi perhatian juga. 

“First, the outer part will be the Pony pick-up, so that it’ll look cool.” – Dong-wook


Boleh kata movie Seoul Vibe ni sesuai untuk penggemar kereta sebab koleksi kereta yang ditayangkan lebih menarik dari penceritaan yang boleh dikatakan santai. Mungkin ada yang tak suka dengan plot Seoul Vibe tapi tengok gaya team production macam boleh nampak main attraction bukan pelakon atau skrip tapi pada kereta dan vibe 80-an di Korea Selatan. Nama movie pun Seoul Vibe kan? 

Tak mustahil kalau ada sekuel atau prekuel untuk movie ni sebab Korea belum pernah ada movie franchise yang mengetengahkan car racing ataupun skilled driver macam Fast & Furious. Penerimaan pun kebanyakannya positif sampai Hyundai terbitkan koleksi kereta 80-an di game ZEPETO. Salah satu objektif producer terbitkan movie ni pun untuk kenalkan kereta klasik yang cool pada Generasi Z. Sebab tu I tak kisah jalan cerita dia santai dan mudah dijangka flow dia. 


Excited pulak tu tengok scene Dong-wook guna parachute untuk kereta dia sebab scene tu Bollywood start dulu dalam Race 2 (2014) lepastu Fast & Furious 8 copy. Masa Bollywood ramai yang kutuk tapi sekarang dah jadi trend dalam movie. 

Chemistry antara semua pelakon utama pun menyerlah sebab kesemuanya pernah bekerja dalam movie atau drama lain. I tengok movie ni pun sebab nak tengok Mino WINNER. Walaupun screentime dia sikit tapi setiap kali keluar dia akan pastikan semua mata tertumpu pada dia. Hopefully ada producer atau pengarah nak cast Mino dalam naskhah komedi sebab sesuai sangat dengan karakter dia. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

Director : Jin Chang-gyu
Writer : Yoon Hyun-mo
Cast : Ahn Bo-hyun, Jo Bo-ah, Oh Yeon-su, Kim Young-min, Kim Woo-seok, Kang Mal-geum, Yu Tae-woong, Kang Young-seok, Nam Kyung-eup, Park Jin-woo, Ko Gun-Han, Kim Han-na, Jo Hye-won
Production Companies: Studio Dragon, Logos Film
Distributor : tvN, Netflix
Genre : Crime / Legal
Running Episodes :16 episodes (40 minutes per episode)
Release Date : 28 February 2022 – 26 April 2022  
Trailer :


Selama ni tak pernah pula tahu tentang pendakwaraya askar sebab ingatkan askar akan dibicarakan di mahkamah awam rupanya ada mahkamah khas untuk tentera. Tak pasti bidang kuasa martial court di Malaysia, mungkin kes khas yang melibatkan anggota. Disebabkan latar profesion yang diketengahkan dalam Military Prosecutor Doberman dari Studio Dragon ni, buat I tertarik untuk layan drama tayangan terbaru di Netflix ni. 

Do Bae-man (Ahn Bo-hyun) kehilangan kedua orang tuanya dalam nahas kemalangan dan mengalami PTSD sehingga dia cari jalan untuk tidak terlibat dalam latihan ketenteraan. Malangnya tahap akademi dia menghalang Bae-man untuk jadi peguam di firma biasa maka Yong Moon-goo (Kim Young-min) tawarkan dia sesuatu yang dia tak boleh tolak. 


Do Bae-man perlu masuk dalam kem askar sebagai pendakwaraya tentera selama 5 tahun untuk kacau perbicaraan di dalam. Habuan yang dia dapat juga tinggi, lebih dari cukup untuk lunaskan hutang dia. Tamak atau kemahiran hidup yang tinggi, Do Bae-man bercita-cita untuk jadi orang kanan pengarah IM Defense, No Tae-nam (Kim Woo-seok). Kuasa, wang dan populariti jadi misi hidup Do Bae-man. 

Beberapa hari sebelum dia tamat bertugas, pegawai Cha Woo-in (Jo Bo-ah) masuk daftarkan diri dan dedahkan No Hwa-young (Oh Yeon-su) adalah pembunuh kedua orang tua Do Bae-man. Dari situ bermula perjalanan mereka berdua untuk menuntut bela kerana ayah pegawai Cha juga dibunuh dengan kejam oleh tangan yang sama. 


Penceritaan Military Prosecutor Doberman bergerak laju dengan kes jenayah seperti korupsi, buli pembunuhan dan juga gangguan seksual yang berlaku dalam kem tentera. Plot utamanya terarah pada korupsi lah bila watak Komander No Hwa-young guna pangkat untuk dapat apa yang dia nak. Walaupun banyak watak sampingan dan subplot yang ditambah tapi masing-masing punya ruang untuk dipaparkan dengan baik lantas menjadikan penceritaan drama ni menarik. 

Namun watak heroin sepatutnya diberikan kepada pelakon lain bila kebanyakan masanya Jo Bo-ah nampak kaku dan tiada chemistry langsung dengan Ahn Bo-hyun. Dinamik terjejas disebabkan heroin yang tak ada screen presence dan susah untuk deliver babak beremosi sedangkan watak Cha Woo-in merupakan peguam yang sensitif manakala Do Bae-man lebih menggunakan akal licik. Tak suka langsung bila pengarah letak babak percintaan antara pelakon utama, meleret dan hambar. Memang kena bercinta ke? Skip!


Lebih baik penulis bagi screentime yang banyak dekat Bolt sebab impak dia lebih kuat. Nak pula bila Do Bae-man digelar Doberman, baka anjing yang sama dengan Bolt. Garang tapi manja, licik tapi setia. Dalam poster team production letak muka Bolt tapi penulis tak guna Bolt sepenuhnya. It’s a missed opportunity lah sebab ada beberapa babak yang menarik kalau Do Bae-man bawa Bolt sekali beraksi. Ada jugak dialog Do Bae-man bagitahu Tae-nam yang Bolt sesuai dengan aktiviti ketenteraan tapi pengarah tak bagi peluang pun dekat Bolt. 


Panjang kan I membebel pasal Bolt? Sebab suka tengok Bolt dengan No Tae-nam, comel betul bila Bolt rindu dengan tuan dia. Dalam drama ni watak Tae-nam yang diolah dengan cemerlang, dari menyampah sebab kelakuan dia tapi berubah bila tahu kenapa dia jadi macam tu. Menangis bila Tae-nam trauma dan terpaksa berpisah dengan Bolt. 

Pelik juga lah dengan drama ni sebab Do Bae-man tak dikenakan hukuman langsung sedangkan Cha Woo-in dan Kang Ha-joon (Kang Young-seok) terima hukuman untuk perbuatan mereka? Ending pun tergesa dihabiskan sebab dok tunggu rahsia apa yang Komander No Hwa-young dok canang pada Woo-in rupanya tak ada apa yang mengejutkan pun. Build up suspense for nothing. 


Dekat episod-episod hujung ada banyak unnecessary fillers, baik pengarah letak flashback macam mana No Hwa Young tu naik jadi Komander walaupun jari dia hilang dan terima layanan buruk sebab perempuan. Kalau nak letak fillers jugak, baik letak scene Do Bae-man training supaya kekal fit sebagai askar. Perfect betul Ahn Bo-young lakonkan watak Do Bae-man, tinggi, dada bidang, muka kacak, otak bijak. Nikmat yang tak terdustakan.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

Drama Review | Delhi Crime Season 2 (2022)


Director : Richie Mehta, Tanuj Chopra
Writer : Richie Mehta
Cast : Shefali Shah, Rasika Dugal, Adil Hussain, Rajesh Tailang, Tillotama Shome, Gopal Datt, Denzil Smith, Avijit Dutt, Yashaswini Dayama
Production Companies: Golden Karavan, Ivanhoe Productions, FilmKaravan, Poor Man's Productions
Distributor : Netflix
Genre : Crime / Drama
Running Episodes : 5 episodes (40 minutes per episode)
Release Date : 26 August 2022 
Trailer :


Lepas kejayaan Delhi Crime (2019) dengan membawa pulang anugerah Best Drama Series di International Emmy Awards 2020, Richie Mehta kembali dengan musim kedua yang berkisar tentang jenayah Chaddi Baniyan Gang. 

Deputy Commissioner of Police (DCP) Vartika Chaturvedi agak ragu-ragu dengan pembunuhan dua pasangan warga emas di kawasan elit Delhi kerana geng ni popular pada zaman 90-an. Tak mungkin geng ni muncul kembali tapi Bhupendra (Rajesh Tailang) keluarkan kemungkinan generasi baru atau copy cat sebab modus operandi mereka sama. 


Serang warga emas yang kaya, bunuh dengan kejam dan curi barang kemas kepunyaan mangsa. Badan mereka disapu minyak supaya tak ada sesiapa yang berjaya tangkap geng tersebut. Cara pakaian mereka juga sama, menggunakan singlet dan boxer dengan bahagian muka dan kepala ditutup dengan kain pelikat. 

Sebelum ni tak pernah dengar lagi pasal geng Chaddi Baniyan di Delhi sebab tak pernah diceritakan dalam mana-mana movie atau drama. Kalau ada dalam akhbar mungkin I terlepas pandang. Geng ni memang kejam sebab serang warga emas yang tak mampu nak lawan tenaga, dibunuh pula dengan kejam. Kalau dalam Delhi Crime semua watak kata geng ni terhenti di zaman 90-an tapi realitinya masih ada lagi sampai sekarang. Rasanya ni social awareness dari team Delhi Crime untuk bagitahu penduduk India supaya berhati-hati. 


Dalam drama geng jenayah ni mencari mangsa melalui watak Karishma (Tillotama Shome) yang bekerja sebagai beautician di salon mewah. Pelanggan yang datang rata-ratanya warga emas yang kaya. Sebab tu mudah untuk geng ni target siapa mangsa mereka. Orang perempuan kalau bercerita faham sendiri lah macam mana. Sama juga in real life, ketua geng akan menyamar sebagai tukang polish kasut atau pengemis supaya dapat cari mangsa.

Berbeza dengan musim pertama, Delhi Crime terbitan hasil kerjasama Golden Karavan, Ivanhoe Productions, FilmKaravan dan Poor Man's Productions hanya mempunyai 5 episod. Lebih pendek dari sebelumnya yang mempunyai 7 episod dengan durasi sepanjang 40 minit. Dalam musim pertama mungkin sebab kisah peribadi Vartika dipaparkan bersama, berbeza dengan musim kedua bila anak perempuan tunggal dia, Chandu (Yashaswini Dayama) belajar di Toronto. Ada dramanya juga tapi pendek je. 


Elemen drama lebih terarah pada IPS Neeti Singh (Rasika Dugal) bila mak mentua dia guna kereta kerajaan untuk pergi pasar atau beli barang. Sama juga dengan perangai suami dia yang susah nak faham kerjaya sebagai polis bahagian jenayah. Malam tak balik rumah sebab kena siasat kes. Cuti pun susah nak approve sebab banyak kes besar di Delhi. 

Sama seperti musim pertama, pengarah tak fokus pada babak ngeri walaupun jenayah pembunuhan tapi masa scene Vartika cuci kasut sebab terpijak cebisan kulit mangsa tu dah boleh agak keadaan mayat macam mana. Sama juga bila Karishma bunuh orang dengan tukul sebab reaksi muka dia memang tak ada belas langsung. Sound effect pun menguatkan lagi screenplay tersebut. 


Sinematografi masih lagi menggunakan khidmat Johan Heurlin Aidt cuma kali ni macam rimas sikit tengok sebab lighting terlampau malap padahal berlatarkan kawasan elit. Kalau kawasan kelas bawahan boleh faham lah kenapa suram je tona warna tu. Kalau kawasan elit Delhi rumah penuh dengan lampu sana-sini tapi suram je. Nak tengok bukti pun susah. 

Delhi Crime musim kedua mungkin tak sekuat musim pertama namun penceritaan masih lagi terikat dengan dunia nyata. Selain jenayah, pengarah paparkan juga diskriminasi terhadap kaum minoriti, salahguna kuasa dan rasuah dalam badan beranggota. Hopefully ada musim ketiga dengan jenayah lebih menggerunkan di Delhi. Kudos to Shefali Shah and Delhi Crime team. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10


FILEM KOMEDI SERAM PERTAMA ARAHAN LIYANA JASMAY ‘CIKGU VS HANTU’ PAPAR MISTERI SIRI KEMATIAN DI SEKOLAH
  | “Gandingan Komedi Oleh Pelakon Hebat Tanah Air Dato Afdlin Shauki & Khir Rahman”

Filem komedi seram terbaru ‘CIKGU VS HANTU’ menjadi taruhan pertama oleh pengarah, pelakon, penyanyi berbakat besar serta pemenang Pelakon Wanita Terbaik melalui Festival Filem Malaysia ke-22, Liyana Jasmay dalam genre komedi seram. Ini sekali gus memperlihatkan keupayaan Liyana dalam tampil sisi berbeza dalam pengarahan kerana terdahulu beliau lebih fokus dalam mengangkat genre romantik komedi atau kisah remaja. Menariknya, filem ini bukan sekadar mengetengahkan elemen komedi dan seram, tetapi jalan ceritanya turut mengajak penonton mengimbau kenangan-kenangan di sekolah, lebih lagi kisah-kisah misteri. 


Antara daya tarikan utama filem terbitan Mermaid Studios ini adalah barisan pelakon yang membintanginya. Ia menyaksikan buat julung kali pelakon hebat Malaysia Dato Afdlin Shauki digandingkan bersama Khir Rahman dalam sebuah filem. Kehandalan mereka dalam mempersembahkan adegan komedi tidak dapat dinafikan dan kemunculan mereka di dalam filem Cikgu VS Hantu pasti mampu membuat penonton ketawa tidak kering gusi. 

Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Che Puan Juliana Evans, Zahiril Adzim, Shuk Sahar, Fathil Dani, Mohd Fadhli Masoot, Muhamad Muntazar Ghani dan penampilan istimewa Syafiq Kyle. 


Menurut Penerbit Eksekutif Cikgu VS Hantu dan Wakil Mermaid Studios, Adriana Jasmay berkata, “Pihak kami rasa teruja untuk mempersembahkan filem Cikgu VS Hantu kepada masyarakat di luar sana. Tambahan pula ini adalah kali pertama kami tampilkan genre komedi seram dan tidak dinafikan ada cabaran dalam menyempurnakan naskhah ini. Antaranya, sesi penggambaran dijalankan ketika fasa pandemik, jadi banyak limitasi dan garis panduan yang perlu dipatuhi; kemudian cabarannya adalah penggambaran ketika waktu malam jadi suasana seram memang terasa, di samping tekanan untuk menghasilkan filem seram komedi memandangkan ini adalah pengalaman kami yang pertama. Namun pihak penerbit, pengarah, barisan pelakon serta kru telah pun berikan yang terbaik dan kami harap penonton terhibur dan ‘enjoy’ menonton Cikgu VS Hantu seperti mana kami teruja menghasilkan filem ini. Sementara itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak FINAS dan Astro kerana memberi kepercayaan kepada produksi kami menerusi dana Program TV/OTT untuk menghasilkan filem ini.” 


Manakala, Pengarah Cikgu VS Hantu, Liyana Jasmay turut berkongsi rasa gembira filem arahan pertamanya untuk OTT akan menemui penonton kelak. “Kali ini saya ingin pertaruhkan kelainan dalam bakat pengarahan dengan memberi sentuhan berbeza dalam genre komedi seram. Bekerjasama sekali lagi dengan Dato Afdlin Shauki, Khir Rahman, Che Puan Juliana Evans, Zahiril Adzim serta pelakon lain pastinya memberi pengalaman menarik. Setelah menghasilkan filem ini, ia menyuntik semangat saya untuk menyahut lebih banyak cabaran dalam menghasilkan variasi filem. Dalam pada itu, istimewanya filem ini adalah jalan ceritanya dekat dengan penonton iaitu ‘sekolah’. Malah, naskhah ini turut mengangkat golongan guru yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dan menonjolkan sikap bersaing secara sihat.”

Cikgu VS Hantu mengisahkan tentang permusuhan di antara Cikgu Daud dan Cikgu Samad dalam merebut untuk menjadi cikgu terbaik. Namun, persaingan tersebut telah merapatkan hubungan mereka tanpa sedar apabila muncul hantu Cikgu Syima dan Ismail. Kematian Cikgu Syima dan Ismail di sekolah mereka meninggalkan tanda tanya siapakah dalang yang membunuh mereka. 


Saksikan filem komedi seram Cikgu VS Hantu yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 8 September 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak.

Tajuk : CIKGU VS HANTU
Genre : HORROR COMEDY
Pengarah : LIYANA JASMAY
Produksi : MERMAID STUDIOS SDN BHD
Bahasa : MELAYU
Durasi Filem: 104 MINIT
Jumlah Hari Penggambaran: 15 HARI
Tarikh Penggambaran: SEPTEMBER 2021
Lokasi Penggambaran: KUALA LUMPUR
Tarikh Tayangan di Astro First: 8 SEPTEMBER 2022


BARISAN PELAKON
DATO’ AFDLIN SHAUKI SEBAGAI CIKGU DAUD
KHIR RAHMAN SEBAGAI CIKGU SAMAD
CHE PUAN JULIANA EVANSSEBAGAI CIKGU SYIMA
SHUK SAHAR SEBAGAI ISMAIL
ZAHIRIL ADZIM SEBAGAI UCOP

TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh: MERMAID STUDIOS SDN BHD
Penerbit Eksekutif : ADRIANA JASMAY
Penerbit : ADRIANA JASMAY
Penerbit Set: FARAH AL AMIN
Pengarah: LIYANA JASMAY
Skrip: FATEN SYAMIMIE
Cerita Asal: LIYANA JASMAY
Lakon Layar: LIYANA JASMAY
Pengurus Produksi: DICKY SOPHIAN SAED 
Pengarah Fotografi : KHALID ZAKARIA
Penyunting: MINK STUDIOS
Kesan visual: MOTIOFIXO SDN BHD
Muzik Skor: ZAIDI ABD RAHMAN
Penata Bunyi: ZAIDI ABD RAHMAN
Pereka Busana: ASHWAWA
Penata Tatarias: NUR ATIQAH ABDUL HADEI

SINOPSIS


Cikgu VS Hantu mengisahkan tentang permusuhan di antara Cikgu Daud dan Cikgu Samad dalam merebut untuk menjadi cikgu terbaik. Namun, persaingan tersebut telah merapatkan hubungan mereka tanpa sedar apabila muncul hantu Cikgu Syima dan Ismail. Kematian Cikgu Syima dan Ismail di sekolah mereka meninggalkan tanda tanya siapakah dalang yang membunuh mereka. 

Warnakala Studios dengan berbesar hati mengumumkan siri animasi kanak-kanak popularnya hasil usahasama dengan Astro, ‘Didi & Friends’ kembali dengan siri terbaharu ‘Didi & Friends Rescue Squad’ yang berkisarkan tentang keselamatan dan adiwira-adiwira. 

Pengisian kandungan siri ini lebih padat dengan intipati pembelajaran awal bagi kanak-kanak tentang cara-cara untuk mengendali kecemasan serta sikap-sikap positif yang perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan ketika berada dalam keadaan kecemasan. Musim baharu ini merangkumi 8 episod dan akan disiarkan di Astro Ceria (saluran 611) bermula pada 8 September ini. 


Kejayaan siri lagu-lagu  dan animasi 3D Didi & Friends yang bertemakan pelbagai jenis kenderaan penyelamat seperti ambulans, polis, bomba, helikopter dan kapal selam pada musim terdahulu telah mencetuskan sebuah konsep dan panduan untuk ‘Didi & Friends Rescue Squad’. Lagu-lagu ini telah mendapat banyak perhatian dan tontonan di platform penstriman Astro, On Demand dan dalam platform linear serta YouTube Didi & Friends dalam masa 2 tahun. Antara jumlah tontonan tersebut adalah :

i. Jumlah tontonan di platform penstriman Astro, On Demand:
Kereta Polis – 782 ribu tontonan 
Ambulans – 977 ribu tontonan
Trak Bomba – 877 ribu tontonan 
Helikopter – 940 ribu  tontonan 

ii. Jumlah tontonan di YouTube Didi & Friends Malaysia:
Kereta Polis – 26 juta tontonan 
Ambulans – 17 juta tontonan
Trak Bomba – 9.7 juta tontonan 
Helikopter – 8.3 juta tontonan 

Susulan kejayaan ini, Warnakala Studios dan Astro telah mengembangkan tema ini menjadi sebuah siri spin-off terbaharu mereka, ‘Didi & Friends Rescue Squad’. Musim terbaharu ini juga merupakan permintaan daripada ibu bapa yang inginkan lebih kandungan berpandukan pendidikan dan pembelajaran di luar bilik darjah serta tinjauan daripada para penonton yang sukakan lagu-lagu bergenre wira yang memberi inspirasi kepada kanak-kanak.


Episod-episod siri terbaharu ‘Didi & Friends Rescue Squad’ memegang tema utama iaitu untuk mengajar kanak-kanak cara untuk mengelak diri daripada keadaan yang berbahaya dan kaedah untuk bertindak dengan tenang semasa kecemasan. Karakter kegemaran kanak-kanak ini termasuk Didi, Nana dan Jojo akan memakai kostum baharu yang menarik serta alatan-alatan seperti gajet, gear dan menaiki kenderaan untuk menyelamatkan dan mempertahankan warga Pekan Horey yang menghadapi pelbagai keadaan bahaya dan kemalangan. Dengan kata sepakat “Respon dengan Tenang, Susah Jadi Senang”, Didi dan rakan sekumpulannya akan sentiasa bersedia untuk mengharungi pelbagai pengembaraan, sama ada di darat, udara atau pun di laut.

Farah Fauzana Zainul Kamar, Pengurus Kandungan Kanak-Kanak Astro, berkata “Rata-rata kita dapat saksikan reaksi positif kanak-kanak terhadap francais Didi & Friends, di mana mereka mengenali karakter-karakter dan menghafal lagu-lagu daripada siri ini. Di sini kami nampak betapa pentingnya untuk Didi & Friends sentiasa menampilkan sesuatu yang baru selaras dengan perkembangan minda dan trend kanak-kanak zaman sekarang. Oleh itu, Didi Rescue Squad ditampilkan untuk menjadi inspirasi baharu mereka dengan harapan untuk menerapkan nilai-nilai murni berbuat baik dan sentiasa suka menolong orang di sekeliling, seperti seorang adiwira yang sebenar.”
 
“Reaksi positif yang kami telah terima daripada peminat-peminat salah satu lagu daripada Didi & Friends musim keempat iaitu Ambulans telah mendorong kami untuk menghasilkan siri terbaharu ‘Didi & Friends Rescue Squad’ ini. Kami percaya ini merupakan petunjuk bahawa para peminat Didi & Friends mahukan sesuatu yang berbeza, lantas siri yang bertemakan adiwira ini dihasilkan untuk menemui citarasa mereka. Kami yakin kanak-kanak yang meminati siri animasi ini akan menantikan perjalanan terbaharu Didi & Friends.” - Khairul Ammar Jamal, Ketua Pegawai Kandungan Warnakala Studios dan Pengarah Didi & Friends Rescue Squad


Hairulfaizalizwan Bin Ahmad Sofian, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios Sdn Bhd, pula berkata “Kami telah lama menulis dan mencipta lagu-lagu untuk Didi & Friends dan kali ini, kami memerlukan sesuatu yang baharu dan berbeza. Begitulah ‘Didi & Friends Rescue Squad’ telah terhasil. Kami percaya siri terbaharu ini bersesuaian dengan kanak-kanak di bawah umur enam tahun kerana ia mempunyai intipati yang boleh mengajar mereka tentang tingkah laku yang baik seperti membantu orang yang memerlukan dan banyak lagi. ‘Didi & Friends Rescue Squad’ akan pasti lebih menyeronokkan dan mendebarkan para penonton!”

Sempena musim terbaharu ‘Didi & Friends Rescue Squad’ ini, Didi & Friends telah berkolaborasi dengan Fire Fighter Industry Sdn Bhd, iaitu sebuah Syarikat Keselamatan Kebakaran No.1 di Malaysia. Misi mereka adalah “fireproof Malaysia” dan kolaborasi ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak tentang keselamatan kebakaran, di mana syarikat tersebut telah menghasilkan beberapa Alat Pemadam Api DRS edisi terhad yang juga kids-friendly untuk kanak-kanak. 


Didi & Friends juga telah menganjurkan beberapa usaha untuk mempromosikan siri ini sebagai sebahagian daripada pengenalan kepada musim terbaharunya iaitu dengan pemberian Didi & Friends Rescue Box kepada selebriti-selebriti yang sudah bergelar ibu serta anak-anak mereka. Didi & Friends Rescue Box mempunyai beberapa barangan edisi terhad daripada ‘Didi & Friends Rescue Squad’  seperti alat pemadam api mesra kanak-kanak, pelitup muka edisi terhad, baju T-Shirt DRS dan juga kad perantis DRS. Setiap yang menerima kotak tersebut akan membuka dan memuat naik rakaman video “unboxing” mereka ke platform media sosial atau YouTube masing-masing. 

Untuk aktiviti hujung minggu bersempena cuti sekolah pada bulan September ini, Didi & Friends akan menganjurkan sebuah kempen ‘Jom Kenali Didi & Friends Rescue Squad’ pada 9 hingga 11 September 2022 ini di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti yang menarik termasuk Mini Muzikal Didi & Friends, kemunculan maskot dan penjualan barangan Didi & Friends pada harga istimewa akan diadakan untuk ibu bapa dan anak-anak cilik mereka bagi meluangkan masa bersama karakter-karakter Didi & Friends. 

Siri animasi ‘Didi & Friends Rescue Squad’ ini akan ditayangkan bermula 8 September 2022, jam 3.00 petang secara eksklusif di Astro Ceria (saluran 611). Siri ini turut boleh distrim melalui platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Selain itu, siri animasi terbaharu ini juga boleh ditonton di Youtube Didi & Friends Malaysia setiap hari Khamis bermula 15 September ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Didi & Friends, sila layari https://www.warnakala.com/