Drama Review | Military Prosecutor Doberman (2022)
Tuesday, 6 September 2022
Director : Jin Chang-gyu
Writer : Yoon Hyun-mo
Cast : Ahn Bo-hyun, Jo Bo-ah, Oh Yeon-su, Kim Young-min, Kim Woo-seok, Kang Mal-geum, Yu Tae-woong, Kang Young-seok, Nam Kyung-eup, Park Jin-woo, Ko Gun-Han, Kim Han-na, Jo Hye-won
Production Companies: Studio Dragon, Logos Film
Distributor : tvN, Netflix
Genre : Crime / Legal
Running Episodes :16 episodes (40 minutes per episode)
Release Date : 28 February 2022 – 26 April 2022
Trailer :
Selama ni tak pernah pula tahu tentang pendakwaraya askar sebab ingatkan askar akan dibicarakan di mahkamah awam rupanya ada mahkamah khas untuk tentera. Tak pasti bidang kuasa martial court di Malaysia, mungkin kes khas yang melibatkan anggota. Disebabkan latar profesion yang diketengahkan dalam Military Prosecutor Doberman dari Studio Dragon ni, buat I tertarik untuk layan drama tayangan terbaru di Netflix ni.
Do Bae-man (Ahn Bo-hyun) kehilangan kedua orang tuanya dalam nahas kemalangan dan mengalami PTSD sehingga dia cari jalan untuk tidak terlibat dalam latihan ketenteraan. Malangnya tahap akademi dia menghalang Bae-man untuk jadi peguam di firma biasa maka Yong Moon-goo (Kim Young-min) tawarkan dia sesuatu yang dia tak boleh tolak.
Do Bae-man perlu masuk dalam kem askar sebagai pendakwaraya tentera selama 5 tahun untuk kacau perbicaraan di dalam. Habuan yang dia dapat juga tinggi, lebih dari cukup untuk lunaskan hutang dia. Tamak atau kemahiran hidup yang tinggi, Do Bae-man bercita-cita untuk jadi orang kanan pengarah IM Defense, No Tae-nam (Kim Woo-seok). Kuasa, wang dan populariti jadi misi hidup Do Bae-man.
Beberapa hari sebelum dia tamat bertugas, pegawai Cha Woo-in (Jo Bo-ah) masuk daftarkan diri dan dedahkan No Hwa-young (Oh Yeon-su) adalah pembunuh kedua orang tua Do Bae-man. Dari situ bermula perjalanan mereka berdua untuk menuntut bela kerana ayah pegawai Cha juga dibunuh dengan kejam oleh tangan yang sama.
Penceritaan Military Prosecutor Doberman bergerak laju dengan kes jenayah seperti korupsi, buli pembunuhan dan juga gangguan seksual yang berlaku dalam kem tentera. Plot utamanya terarah pada korupsi lah bila watak Komander No Hwa-young guna pangkat untuk dapat apa yang dia nak. Walaupun banyak watak sampingan dan subplot yang ditambah tapi masing-masing punya ruang untuk dipaparkan dengan baik lantas menjadikan penceritaan drama ni menarik.
Namun watak heroin sepatutnya diberikan kepada pelakon lain bila kebanyakan masanya Jo Bo-ah nampak kaku dan tiada chemistry langsung dengan Ahn Bo-hyun. Dinamik terjejas disebabkan heroin yang tak ada screen presence dan susah untuk deliver babak beremosi sedangkan watak Cha Woo-in merupakan peguam yang sensitif manakala Do Bae-man lebih menggunakan akal licik. Tak suka langsung bila pengarah letak babak percintaan antara pelakon utama, meleret dan hambar. Memang kena bercinta ke? Skip!
Lebih baik penulis bagi screentime yang banyak dekat Bolt sebab impak dia lebih kuat. Nak pula bila Do Bae-man digelar Doberman, baka anjing yang sama dengan Bolt. Garang tapi manja, licik tapi setia. Dalam poster team production letak muka Bolt tapi penulis tak guna Bolt sepenuhnya. It’s a missed opportunity lah sebab ada beberapa babak yang menarik kalau Do Bae-man bawa Bolt sekali beraksi. Ada jugak dialog Do Bae-man bagitahu Tae-nam yang Bolt sesuai dengan aktiviti ketenteraan tapi pengarah tak bagi peluang pun dekat Bolt.
Panjang kan I membebel pasal Bolt? Sebab suka tengok Bolt dengan No Tae-nam, comel betul bila Bolt rindu dengan tuan dia. Dalam drama ni watak Tae-nam yang diolah dengan cemerlang, dari menyampah sebab kelakuan dia tapi berubah bila tahu kenapa dia jadi macam tu. Menangis bila Tae-nam trauma dan terpaksa berpisah dengan Bolt.
Pelik juga lah dengan drama ni sebab Do Bae-man tak dikenakan hukuman langsung sedangkan Cha Woo-in dan Kang Ha-joon (Kang Young-seok) terima hukuman untuk perbuatan mereka? Ending pun tergesa dihabiskan sebab dok tunggu rahsia apa yang Komander No Hwa-young dok canang pada Woo-in rupanya tak ada apa yang mengejutkan pun. Build up suspense for nothing.
Dekat episod-episod hujung ada banyak unnecessary fillers, baik pengarah letak flashback macam mana No Hwa Young tu naik jadi Komander walaupun jari dia hilang dan terima layanan buruk sebab perempuan. Kalau nak letak fillers jugak, baik letak scene Do Bae-man training supaya kekal fit sebagai askar. Perfect betul Ahn Bo-young lakonkan watak Do Bae-man, tinggi, dada bidang, muka kacak, otak bijak. Nikmat yang tak terdustakan.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10