Drama Review | Military Prosecutor Doberman (2022)

Tuesday, 6 September 2022


Director : Jin Chang-gyu
Writer : Yoon Hyun-mo
Cast : Ahn Bo-hyun, Jo Bo-ah, Oh Yeon-su, Kim Young-min, Kim Woo-seok, Kang Mal-geum, Yu Tae-woong, Kang Young-seok, Nam Kyung-eup, Park Jin-woo, Ko Gun-Han, Kim Han-na, Jo Hye-won
Production Companies: Studio Dragon, Logos Film
Distributor : tvN, Netflix
Genre : Crime / Legal
Running Episodes :16 episodes (40 minutes per episode)
Release Date : 28 February 2022 – 26 April 2022  
Trailer :


Selama ni tak pernah pula tahu tentang pendakwaraya askar sebab ingatkan askar akan dibicarakan di mahkamah awam rupanya ada mahkamah khas untuk tentera. Tak pasti bidang kuasa martial court di Malaysia, mungkin kes khas yang melibatkan anggota. Disebabkan latar profesion yang diketengahkan dalam Military Prosecutor Doberman dari Studio Dragon ni, buat I tertarik untuk layan drama tayangan terbaru di Netflix ni. 

Do Bae-man (Ahn Bo-hyun) kehilangan kedua orang tuanya dalam nahas kemalangan dan mengalami PTSD sehingga dia cari jalan untuk tidak terlibat dalam latihan ketenteraan. Malangnya tahap akademi dia menghalang Bae-man untuk jadi peguam di firma biasa maka Yong Moon-goo (Kim Young-min) tawarkan dia sesuatu yang dia tak boleh tolak. 


Do Bae-man perlu masuk dalam kem askar sebagai pendakwaraya tentera selama 5 tahun untuk kacau perbicaraan di dalam. Habuan yang dia dapat juga tinggi, lebih dari cukup untuk lunaskan hutang dia. Tamak atau kemahiran hidup yang tinggi, Do Bae-man bercita-cita untuk jadi orang kanan pengarah IM Defense, No Tae-nam (Kim Woo-seok). Kuasa, wang dan populariti jadi misi hidup Do Bae-man. 

Beberapa hari sebelum dia tamat bertugas, pegawai Cha Woo-in (Jo Bo-ah) masuk daftarkan diri dan dedahkan No Hwa-young (Oh Yeon-su) adalah pembunuh kedua orang tua Do Bae-man. Dari situ bermula perjalanan mereka berdua untuk menuntut bela kerana ayah pegawai Cha juga dibunuh dengan kejam oleh tangan yang sama. 


Penceritaan Military Prosecutor Doberman bergerak laju dengan kes jenayah seperti korupsi, buli pembunuhan dan juga gangguan seksual yang berlaku dalam kem tentera. Plot utamanya terarah pada korupsi lah bila watak Komander No Hwa-young guna pangkat untuk dapat apa yang dia nak. Walaupun banyak watak sampingan dan subplot yang ditambah tapi masing-masing punya ruang untuk dipaparkan dengan baik lantas menjadikan penceritaan drama ni menarik. 

Namun watak heroin sepatutnya diberikan kepada pelakon lain bila kebanyakan masanya Jo Bo-ah nampak kaku dan tiada chemistry langsung dengan Ahn Bo-hyun. Dinamik terjejas disebabkan heroin yang tak ada screen presence dan susah untuk deliver babak beremosi sedangkan watak Cha Woo-in merupakan peguam yang sensitif manakala Do Bae-man lebih menggunakan akal licik. Tak suka langsung bila pengarah letak babak percintaan antara pelakon utama, meleret dan hambar. Memang kena bercinta ke? Skip!


Lebih baik penulis bagi screentime yang banyak dekat Bolt sebab impak dia lebih kuat. Nak pula bila Do Bae-man digelar Doberman, baka anjing yang sama dengan Bolt. Garang tapi manja, licik tapi setia. Dalam poster team production letak muka Bolt tapi penulis tak guna Bolt sepenuhnya. It’s a missed opportunity lah sebab ada beberapa babak yang menarik kalau Do Bae-man bawa Bolt sekali beraksi. Ada jugak dialog Do Bae-man bagitahu Tae-nam yang Bolt sesuai dengan aktiviti ketenteraan tapi pengarah tak bagi peluang pun dekat Bolt. 


Panjang kan I membebel pasal Bolt? Sebab suka tengok Bolt dengan No Tae-nam, comel betul bila Bolt rindu dengan tuan dia. Dalam drama ni watak Tae-nam yang diolah dengan cemerlang, dari menyampah sebab kelakuan dia tapi berubah bila tahu kenapa dia jadi macam tu. Menangis bila Tae-nam trauma dan terpaksa berpisah dengan Bolt. 

Pelik juga lah dengan drama ni sebab Do Bae-man tak dikenakan hukuman langsung sedangkan Cha Woo-in dan Kang Ha-joon (Kang Young-seok) terima hukuman untuk perbuatan mereka? Ending pun tergesa dihabiskan sebab dok tunggu rahsia apa yang Komander No Hwa-young dok canang pada Woo-in rupanya tak ada apa yang mengejutkan pun. Build up suspense for nothing. 


Dekat episod-episod hujung ada banyak unnecessary fillers, baik pengarah letak flashback macam mana No Hwa Young tu naik jadi Komander walaupun jari dia hilang dan terima layanan buruk sebab perempuan. Kalau nak letak fillers jugak, baik letak scene Do Bae-man training supaya kekal fit sebagai askar. Perfect betul Ahn Bo-young lakonkan watak Do Bae-man, tinggi, dada bidang, muka kacak, otak bijak. Nikmat yang tak terdustakan.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.3/10

Drama Review | Delhi Crime Season 2 (2022)


Director : Richie Mehta, Tanuj Chopra
Writer : Richie Mehta
Cast : Shefali Shah, Rasika Dugal, Adil Hussain, Rajesh Tailang, Tillotama Shome, Gopal Datt, Denzil Smith, Avijit Dutt, Yashaswini Dayama
Production Companies: Golden Karavan, Ivanhoe Productions, FilmKaravan, Poor Man's Productions
Distributor : Netflix
Genre : Crime / Drama
Running Episodes : 5 episodes (40 minutes per episode)
Release Date : 26 August 2022 
Trailer :


Lepas kejayaan Delhi Crime (2019) dengan membawa pulang anugerah Best Drama Series di International Emmy Awards 2020, Richie Mehta kembali dengan musim kedua yang berkisar tentang jenayah Chaddi Baniyan Gang. 

Deputy Commissioner of Police (DCP) Vartika Chaturvedi agak ragu-ragu dengan pembunuhan dua pasangan warga emas di kawasan elit Delhi kerana geng ni popular pada zaman 90-an. Tak mungkin geng ni muncul kembali tapi Bhupendra (Rajesh Tailang) keluarkan kemungkinan generasi baru atau copy cat sebab modus operandi mereka sama. 


Serang warga emas yang kaya, bunuh dengan kejam dan curi barang kemas kepunyaan mangsa. Badan mereka disapu minyak supaya tak ada sesiapa yang berjaya tangkap geng tersebut. Cara pakaian mereka juga sama, menggunakan singlet dan boxer dengan bahagian muka dan kepala ditutup dengan kain pelikat. 

Sebelum ni tak pernah dengar lagi pasal geng Chaddi Baniyan di Delhi sebab tak pernah diceritakan dalam mana-mana movie atau drama. Kalau ada dalam akhbar mungkin I terlepas pandang. Geng ni memang kejam sebab serang warga emas yang tak mampu nak lawan tenaga, dibunuh pula dengan kejam. Kalau dalam Delhi Crime semua watak kata geng ni terhenti di zaman 90-an tapi realitinya masih ada lagi sampai sekarang. Rasanya ni social awareness dari team Delhi Crime untuk bagitahu penduduk India supaya berhati-hati. 


Dalam drama geng jenayah ni mencari mangsa melalui watak Karishma (Tillotama Shome) yang bekerja sebagai beautician di salon mewah. Pelanggan yang datang rata-ratanya warga emas yang kaya. Sebab tu mudah untuk geng ni target siapa mangsa mereka. Orang perempuan kalau bercerita faham sendiri lah macam mana. Sama juga in real life, ketua geng akan menyamar sebagai tukang polish kasut atau pengemis supaya dapat cari mangsa.

Berbeza dengan musim pertama, Delhi Crime terbitan hasil kerjasama Golden Karavan, Ivanhoe Productions, FilmKaravan dan Poor Man's Productions hanya mempunyai 5 episod. Lebih pendek dari sebelumnya yang mempunyai 7 episod dengan durasi sepanjang 40 minit. Dalam musim pertama mungkin sebab kisah peribadi Vartika dipaparkan bersama, berbeza dengan musim kedua bila anak perempuan tunggal dia, Chandu (Yashaswini Dayama) belajar di Toronto. Ada dramanya juga tapi pendek je. 


Elemen drama lebih terarah pada IPS Neeti Singh (Rasika Dugal) bila mak mentua dia guna kereta kerajaan untuk pergi pasar atau beli barang. Sama juga dengan perangai suami dia yang susah nak faham kerjaya sebagai polis bahagian jenayah. Malam tak balik rumah sebab kena siasat kes. Cuti pun susah nak approve sebab banyak kes besar di Delhi. 

Sama seperti musim pertama, pengarah tak fokus pada babak ngeri walaupun jenayah pembunuhan tapi masa scene Vartika cuci kasut sebab terpijak cebisan kulit mangsa tu dah boleh agak keadaan mayat macam mana. Sama juga bila Karishma bunuh orang dengan tukul sebab reaksi muka dia memang tak ada belas langsung. Sound effect pun menguatkan lagi screenplay tersebut. 


Sinematografi masih lagi menggunakan khidmat Johan Heurlin Aidt cuma kali ni macam rimas sikit tengok sebab lighting terlampau malap padahal berlatarkan kawasan elit. Kalau kawasan kelas bawahan boleh faham lah kenapa suram je tona warna tu. Kalau kawasan elit Delhi rumah penuh dengan lampu sana-sini tapi suram je. Nak tengok bukti pun susah. 

Delhi Crime musim kedua mungkin tak sekuat musim pertama namun penceritaan masih lagi terikat dengan dunia nyata. Selain jenayah, pengarah paparkan juga diskriminasi terhadap kaum minoriti, salahguna kuasa dan rasuah dalam badan beranggota. Hopefully ada musim ketiga dengan jenayah lebih menggerunkan di Delhi. Kudos to Shefali Shah and Delhi Crime team. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10


FILEM KOMEDI SERAM PERTAMA ARAHAN LIYANA JASMAY ‘CIKGU VS HANTU’ PAPAR MISTERI SIRI KEMATIAN DI SEKOLAH
  | “Gandingan Komedi Oleh Pelakon Hebat Tanah Air Dato Afdlin Shauki & Khir Rahman”

Filem komedi seram terbaru ‘CIKGU VS HANTU’ menjadi taruhan pertama oleh pengarah, pelakon, penyanyi berbakat besar serta pemenang Pelakon Wanita Terbaik melalui Festival Filem Malaysia ke-22, Liyana Jasmay dalam genre komedi seram. Ini sekali gus memperlihatkan keupayaan Liyana dalam tampil sisi berbeza dalam pengarahan kerana terdahulu beliau lebih fokus dalam mengangkat genre romantik komedi atau kisah remaja. Menariknya, filem ini bukan sekadar mengetengahkan elemen komedi dan seram, tetapi jalan ceritanya turut mengajak penonton mengimbau kenangan-kenangan di sekolah, lebih lagi kisah-kisah misteri. 


Antara daya tarikan utama filem terbitan Mermaid Studios ini adalah barisan pelakon yang membintanginya. Ia menyaksikan buat julung kali pelakon hebat Malaysia Dato Afdlin Shauki digandingkan bersama Khir Rahman dalam sebuah filem. Kehandalan mereka dalam mempersembahkan adegan komedi tidak dapat dinafikan dan kemunculan mereka di dalam filem Cikgu VS Hantu pasti mampu membuat penonton ketawa tidak kering gusi. 

Pelakon lain yang turut menjayakan filem ini adalah Che Puan Juliana Evans, Zahiril Adzim, Shuk Sahar, Fathil Dani, Mohd Fadhli Masoot, Muhamad Muntazar Ghani dan penampilan istimewa Syafiq Kyle. 


Menurut Penerbit Eksekutif Cikgu VS Hantu dan Wakil Mermaid Studios, Adriana Jasmay berkata, “Pihak kami rasa teruja untuk mempersembahkan filem Cikgu VS Hantu kepada masyarakat di luar sana. Tambahan pula ini adalah kali pertama kami tampilkan genre komedi seram dan tidak dinafikan ada cabaran dalam menyempurnakan naskhah ini. Antaranya, sesi penggambaran dijalankan ketika fasa pandemik, jadi banyak limitasi dan garis panduan yang perlu dipatuhi; kemudian cabarannya adalah penggambaran ketika waktu malam jadi suasana seram memang terasa, di samping tekanan untuk menghasilkan filem seram komedi memandangkan ini adalah pengalaman kami yang pertama. Namun pihak penerbit, pengarah, barisan pelakon serta kru telah pun berikan yang terbaik dan kami harap penonton terhibur dan ‘enjoy’ menonton Cikgu VS Hantu seperti mana kami teruja menghasilkan filem ini. Sementara itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak FINAS dan Astro kerana memberi kepercayaan kepada produksi kami menerusi dana Program TV/OTT untuk menghasilkan filem ini.” 


Manakala, Pengarah Cikgu VS Hantu, Liyana Jasmay turut berkongsi rasa gembira filem arahan pertamanya untuk OTT akan menemui penonton kelak. “Kali ini saya ingin pertaruhkan kelainan dalam bakat pengarahan dengan memberi sentuhan berbeza dalam genre komedi seram. Bekerjasama sekali lagi dengan Dato Afdlin Shauki, Khir Rahman, Che Puan Juliana Evans, Zahiril Adzim serta pelakon lain pastinya memberi pengalaman menarik. Setelah menghasilkan filem ini, ia menyuntik semangat saya untuk menyahut lebih banyak cabaran dalam menghasilkan variasi filem. Dalam pada itu, istimewanya filem ini adalah jalan ceritanya dekat dengan penonton iaitu ‘sekolah’. Malah, naskhah ini turut mengangkat golongan guru yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dan menonjolkan sikap bersaing secara sihat.”

Cikgu VS Hantu mengisahkan tentang permusuhan di antara Cikgu Daud dan Cikgu Samad dalam merebut untuk menjadi cikgu terbaik. Namun, persaingan tersebut telah merapatkan hubungan mereka tanpa sedar apabila muncul hantu Cikgu Syima dan Ismail. Kematian Cikgu Syima dan Ismail di sekolah mereka meninggalkan tanda tanya siapakah dalang yang membunuh mereka. 


Saksikan filem komedi seram Cikgu VS Hantu yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 8 September 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak.

Tajuk : CIKGU VS HANTU
Genre : HORROR COMEDY
Pengarah : LIYANA JASMAY
Produksi : MERMAID STUDIOS SDN BHD
Bahasa : MELAYU
Durasi Filem: 104 MINIT
Jumlah Hari Penggambaran: 15 HARI
Tarikh Penggambaran: SEPTEMBER 2021
Lokasi Penggambaran: KUALA LUMPUR
Tarikh Tayangan di Astro First: 8 SEPTEMBER 2022


BARISAN PELAKON
DATO’ AFDLIN SHAUKI SEBAGAI CIKGU DAUD
KHIR RAHMAN SEBAGAI CIKGU SAMAD
CHE PUAN JULIANA EVANSSEBAGAI CIKGU SYIMA
SHUK SAHAR SEBAGAI ISMAIL
ZAHIRIL ADZIM SEBAGAI UCOP

TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh: MERMAID STUDIOS SDN BHD
Penerbit Eksekutif : ADRIANA JASMAY
Penerbit : ADRIANA JASMAY
Penerbit Set: FARAH AL AMIN
Pengarah: LIYANA JASMAY
Skrip: FATEN SYAMIMIE
Cerita Asal: LIYANA JASMAY
Lakon Layar: LIYANA JASMAY
Pengurus Produksi: DICKY SOPHIAN SAED 
Pengarah Fotografi : KHALID ZAKARIA
Penyunting: MINK STUDIOS
Kesan visual: MOTIOFIXO SDN BHD
Muzik Skor: ZAIDI ABD RAHMAN
Penata Bunyi: ZAIDI ABD RAHMAN
Pereka Busana: ASHWAWA
Penata Tatarias: NUR ATIQAH ABDUL HADEI

SINOPSIS


Cikgu VS Hantu mengisahkan tentang permusuhan di antara Cikgu Daud dan Cikgu Samad dalam merebut untuk menjadi cikgu terbaik. Namun, persaingan tersebut telah merapatkan hubungan mereka tanpa sedar apabila muncul hantu Cikgu Syima dan Ismail. Kematian Cikgu Syima dan Ismail di sekolah mereka meninggalkan tanda tanya siapakah dalang yang membunuh mereka. 

Warnakala Studios dengan berbesar hati mengumumkan siri animasi kanak-kanak popularnya hasil usahasama dengan Astro, ‘Didi & Friends’ kembali dengan siri terbaharu ‘Didi & Friends Rescue Squad’ yang berkisarkan tentang keselamatan dan adiwira-adiwira. 

Pengisian kandungan siri ini lebih padat dengan intipati pembelajaran awal bagi kanak-kanak tentang cara-cara untuk mengendali kecemasan serta sikap-sikap positif yang perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan ketika berada dalam keadaan kecemasan. Musim baharu ini merangkumi 8 episod dan akan disiarkan di Astro Ceria (saluran 611) bermula pada 8 September ini. 


Kejayaan siri lagu-lagu  dan animasi 3D Didi & Friends yang bertemakan pelbagai jenis kenderaan penyelamat seperti ambulans, polis, bomba, helikopter dan kapal selam pada musim terdahulu telah mencetuskan sebuah konsep dan panduan untuk ‘Didi & Friends Rescue Squad’. Lagu-lagu ini telah mendapat banyak perhatian dan tontonan di platform penstriman Astro, On Demand dan dalam platform linear serta YouTube Didi & Friends dalam masa 2 tahun. Antara jumlah tontonan tersebut adalah :

i. Jumlah tontonan di platform penstriman Astro, On Demand:
Kereta Polis – 782 ribu tontonan 
Ambulans – 977 ribu tontonan
Trak Bomba – 877 ribu tontonan 
Helikopter – 940 ribu  tontonan 

ii. Jumlah tontonan di YouTube Didi & Friends Malaysia:
Kereta Polis – 26 juta tontonan 
Ambulans – 17 juta tontonan
Trak Bomba – 9.7 juta tontonan 
Helikopter – 8.3 juta tontonan 

Susulan kejayaan ini, Warnakala Studios dan Astro telah mengembangkan tema ini menjadi sebuah siri spin-off terbaharu mereka, ‘Didi & Friends Rescue Squad’. Musim terbaharu ini juga merupakan permintaan daripada ibu bapa yang inginkan lebih kandungan berpandukan pendidikan dan pembelajaran di luar bilik darjah serta tinjauan daripada para penonton yang sukakan lagu-lagu bergenre wira yang memberi inspirasi kepada kanak-kanak.


Episod-episod siri terbaharu ‘Didi & Friends Rescue Squad’ memegang tema utama iaitu untuk mengajar kanak-kanak cara untuk mengelak diri daripada keadaan yang berbahaya dan kaedah untuk bertindak dengan tenang semasa kecemasan. Karakter kegemaran kanak-kanak ini termasuk Didi, Nana dan Jojo akan memakai kostum baharu yang menarik serta alatan-alatan seperti gajet, gear dan menaiki kenderaan untuk menyelamatkan dan mempertahankan warga Pekan Horey yang menghadapi pelbagai keadaan bahaya dan kemalangan. Dengan kata sepakat “Respon dengan Tenang, Susah Jadi Senang”, Didi dan rakan sekumpulannya akan sentiasa bersedia untuk mengharungi pelbagai pengembaraan, sama ada di darat, udara atau pun di laut.

Farah Fauzana Zainul Kamar, Pengurus Kandungan Kanak-Kanak Astro, berkata “Rata-rata kita dapat saksikan reaksi positif kanak-kanak terhadap francais Didi & Friends, di mana mereka mengenali karakter-karakter dan menghafal lagu-lagu daripada siri ini. Di sini kami nampak betapa pentingnya untuk Didi & Friends sentiasa menampilkan sesuatu yang baru selaras dengan perkembangan minda dan trend kanak-kanak zaman sekarang. Oleh itu, Didi Rescue Squad ditampilkan untuk menjadi inspirasi baharu mereka dengan harapan untuk menerapkan nilai-nilai murni berbuat baik dan sentiasa suka menolong orang di sekeliling, seperti seorang adiwira yang sebenar.”
 
“Reaksi positif yang kami telah terima daripada peminat-peminat salah satu lagu daripada Didi & Friends musim keempat iaitu Ambulans telah mendorong kami untuk menghasilkan siri terbaharu ‘Didi & Friends Rescue Squad’ ini. Kami percaya ini merupakan petunjuk bahawa para peminat Didi & Friends mahukan sesuatu yang berbeza, lantas siri yang bertemakan adiwira ini dihasilkan untuk menemui citarasa mereka. Kami yakin kanak-kanak yang meminati siri animasi ini akan menantikan perjalanan terbaharu Didi & Friends.” - Khairul Ammar Jamal, Ketua Pegawai Kandungan Warnakala Studios dan Pengarah Didi & Friends Rescue Squad


Hairulfaizalizwan Bin Ahmad Sofian, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Warnakala Studios Sdn Bhd, pula berkata “Kami telah lama menulis dan mencipta lagu-lagu untuk Didi & Friends dan kali ini, kami memerlukan sesuatu yang baharu dan berbeza. Begitulah ‘Didi & Friends Rescue Squad’ telah terhasil. Kami percaya siri terbaharu ini bersesuaian dengan kanak-kanak di bawah umur enam tahun kerana ia mempunyai intipati yang boleh mengajar mereka tentang tingkah laku yang baik seperti membantu orang yang memerlukan dan banyak lagi. ‘Didi & Friends Rescue Squad’ akan pasti lebih menyeronokkan dan mendebarkan para penonton!”

Sempena musim terbaharu ‘Didi & Friends Rescue Squad’ ini, Didi & Friends telah berkolaborasi dengan Fire Fighter Industry Sdn Bhd, iaitu sebuah Syarikat Keselamatan Kebakaran No.1 di Malaysia. Misi mereka adalah “fireproof Malaysia” dan kolaborasi ini bertujuan untuk mendidik kanak-kanak tentang keselamatan kebakaran, di mana syarikat tersebut telah menghasilkan beberapa Alat Pemadam Api DRS edisi terhad yang juga kids-friendly untuk kanak-kanak. 


Didi & Friends juga telah menganjurkan beberapa usaha untuk mempromosikan siri ini sebagai sebahagian daripada pengenalan kepada musim terbaharunya iaitu dengan pemberian Didi & Friends Rescue Box kepada selebriti-selebriti yang sudah bergelar ibu serta anak-anak mereka. Didi & Friends Rescue Box mempunyai beberapa barangan edisi terhad daripada ‘Didi & Friends Rescue Squad’  seperti alat pemadam api mesra kanak-kanak, pelitup muka edisi terhad, baju T-Shirt DRS dan juga kad perantis DRS. Setiap yang menerima kotak tersebut akan membuka dan memuat naik rakaman video “unboxing” mereka ke platform media sosial atau YouTube masing-masing. 

Untuk aktiviti hujung minggu bersempena cuti sekolah pada bulan September ini, Didi & Friends akan menganjurkan sebuah kempen ‘Jom Kenali Didi & Friends Rescue Squad’ pada 9 hingga 11 September 2022 ini di Quill City Mall, Kuala Lumpur. Pelbagai aktiviti yang menarik termasuk Mini Muzikal Didi & Friends, kemunculan maskot dan penjualan barangan Didi & Friends pada harga istimewa akan diadakan untuk ibu bapa dan anak-anak cilik mereka bagi meluangkan masa bersama karakter-karakter Didi & Friends. 

Siri animasi ‘Didi & Friends Rescue Squad’ ini akan ditayangkan bermula 8 September 2022, jam 3.00 petang secara eksklusif di Astro Ceria (saluran 611). Siri ini turut boleh distrim melalui platform On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Selain itu, siri animasi terbaharu ini juga boleh ditonton di Youtube Didi & Friends Malaysia setiap hari Khamis bermula 15 September ini. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Didi & Friends, sila layari https://www.warnakala.com/

Pengalaman Jadi Live Audience Terpaling Juara TV3

Sunday, 4 September 2022

 

Bulan lepas Kak Liya bagitahu dia jadi live audience untuk program Terpaling Juara TV3, menjerit lah masa dia bagitau tu sebab ada Kapten Akim. Terus Kak Liya ajak join sekali jadi supporters untuk Aqeesh. I onzzz je sebab Aqeesh anak didik Akim dalam program ni. Sambil jerit Aqeesh, boleh lah jerit nama Akim sekali. 

Program Terpaling Juara ni bersiaran setiap hari Ahad jam 9 malam jadi audience kena datang sebelum jam 8.30 malam di Plaza Alam Sentral. Tapi I tersalah baca dan pergi ke Plaza Shah Alam. Happy dinner dekat Starbucks jam 7.30 malam lepastu pergi cari Tingkat 5. Kemain melenggang tapi tak jumpa lepastu pakcik guard tu tegur cari apa. I cakap cari program Terpaling Juara, TV3. 

'Dik, plaza ni belum pernah lagi buat program dengan TV3. Tu Plaza Alam Sentral. Takpe, tempatnya dekat je dengan sini'

Mencicit kitorang lari pergi ke parking sebab masa tu dah pukul 8 lebih. Dah lah salah plaza lepastu salah masuk simpang lepastu salah jalan sesat entah ke mana. I nak pergi tengok Akim Ahmad je kot, dah kenapa penuh pancaroba perjalanan nak ke sana entah. Dah nak nangis dah masa salah jalan tu sebab takut tak sempat masuk tapi Kak Liya kata takpe, belum start pun lagi. Pintu studio pun baru je bukak. 

8.20 malam sampai jugak ke Plaza Alam Sentral, park kereta dekat basement terus naik lif pergi Tingkat 4 then naik eskalator ke Tingkat 5. Lega bila nampak meja pendaftaran. Check nama, tunjuk IC, covid test result dengan MySejahtera kemudian dapat sticker hijau dari staff. Settle terus masuk set. 


I dengan adik dapat seat sebelah parents Aqeesh. Belakang seat I ada Team Kerja Gila Akim. Row sebelah fan club Rahmad MEGA, Row sebelahnya fan club Shaz dengan Hazami. Belakang ada fan club Aina Abdul. 

Sebelum program start, crew test suara crowd level mana. Crew pesan supaya jangan main phone bila kamera shoot muka audience. Boleh update dekat socmed, boleh record tapi kena jadi audience yang sporting. Onzzzz!



Jauh jugak seat dengan para mentor. Akim nampak seperti bilis. 


Best jugak jadi live audience ni sebab boleh tengok depan mata, macam pergi mini konsert. Nak pulak lagu untuk Minggu Ke-3 semuanya lagu best. Start dengan Aqmal perform lagu fav, Rashidah Taman Utama. Nampak api keluar depan mata, dengar fan club Aqmal cheers bagi support. Kalau tengok dekat TV mana nampak semua tu. Feel dia tak sama. 

Lepastu sambung performance kedua, Sepi Sekuntum Mawar Merah dari Ifa Raziah. Masa ni suasana agak tegang jugak lah sebab Dato Hattan tegur kenapa tak perform elok-elok then Ifa jawab dia nak terjatuh sebab dress dia. Masa dia perform tu bukan dengar sangat sebab I karok dekat bawah hahahaha. Member kat atas stage dah nak tersembam dah. 



Happy tengok Aqeesh perform Tak Tercapai Akalmu sebab sesuai dengan suara dia yang boleh reach high note even energy level Aqeesh pun mantap. Akim puji performance Aqeesh malam tu sebab dia kata masa rehearsal biasa je. Rupanya simpan untuk perform depan juri. Sama juga dengan Shaz yang perform lagu Purnama Merindu. Memang bagus dia keluar dari bayang Tokti tapi yang tak bagusnya banyak salah lirik. Mungkin nervous. 

Seat I walaupun tak masuk dalam TV tapi kira cun jugak lah sebab artis lalu sebelah untuk pergi ke backstage. Tak semua tapi dapat jumpa Shaz, Rahmad MEGA, Ifa Raziah dengan dress dia, Aina Abdul siap small pat dekat bahu adik I. Aina Abdul wehhhhh. 

Naim Daniel minta tunjuk ajaar dari juri

Masa commercial break boleh nampak juri jemputan dengan kesemua kapten Terpaling Juara buat apa. Susah betul nak nampak Akim masa ni, asal break je dia hilang. Macam ada something come up but don't know what hihu. 

Penat sebenarnya jadi live audience ni, mana nak jadi fangirl Akim Ahmad, nak pegang banner Aqeesh, nak rakam momen, nak ambil gambar, nak buat story, nak live tweet, nak menyanyi, nak menari lagi pergghhh peminat terpaling busy nyahhhh. 

Haziq, Hael Husaini dan maskot Vivo

Kelakar masa commercial break fans Shiha Zikir jerit nama Shiha sampai dia pun terkejut. Kemain panjang dia menjerit. Tu kalau tak dapat jumpa lepas habis program mesti kecewa. Najwa bagitahu masa performance Rahmad MEGA dengan lagu Ghazal Untuk Rabiah tu ada dancer dan pemain muzik dari ASWARA. No wonder lah menari cantik je. 

Tak sangka dekat hujung program ni ada plot twist sebab sepatutnya minggu ketiga ada penyingkiran dan bottom 2 adalah Ifa Raziah (Kapten Naim Daniel) dengan Hazami (Kapten Akim). Dato' Hattan tak setuju buat penyingkiran sebab baru lagi bertanding. Tak patut lah buat penyingkiran sebab masing-masing baru nak warm-up. Terpinga Shiha dengan Haziq contact pihak produksi untuk kelulusan tiada penyingkiran. 

Dato' Hattan taknak final nanti ada dua kapten je padahal Hazami dengan Ifa Raziah berbeza kapten. Mungkin high possibility ada kapten yang akan habis kerja awal kot tapi adat pertandingan lah kan? I macam tak setuju lah dekat sini tapi kalau pihak poduksi dah luluskan, kita enjoy the show je lah. 

Habis program tu kitorang tunggu dekat luar untuk bergambar dengan artis dan selebriti. Najwa kata ada Amir Masdi sekali malam tu tapi tak nampak lah pulak. Aman Aziz pun sama. Tahu tahu ghaib dah. 



Haziq kira mesra peminat lah, dah habis kerja pun sporting je layan semua yang tunggu dekat luar. Memang ramah orangnya selain handsome. Naim Daniel pun comel jumpa fan clubs dia sekejap sementara tunggu turn dia interview dengan media. 

Hael Husaini keluar kejap untuk bergambar tapi tak buka mask pun. PA dia bagi masa sekejap je untuk bergambar sebab Hael kena rushing pergi schedule lain pulak. I tak sure schedule lain ataupun kena balik awal. 

Shaz was soooo pretty that night


Haruslah bergambar dengan Aqeesh kan? I baru tahu Aqeesh iKONIC tapi tak pasti lah dia ID ataupun fandom lain haha tak sempat sembang banyak pun sebab dah lewat malam dah. Esok nak masuk kerja on time. Lama jugak tunggu Aqeesh sebab dia ada interview dengan media sebelum keluar. Bila tanya mana Akim rupanya dah balik dah. Me sad :(

Anyway, all the best Aqeesh untuk performance minggu ni. Nak karok puas-puas sebab lagu minggu Ke-4 ada Rampas dan Mewangi hiksss!

 

Last time I jumpa Datin Kinah masa anak sulung dia Zubayr umur setahun. Sekarang ni Zubayr dah ada adik nama Zylkarnain. Tak tahu kenapa anak datin semuanya ada huruf Z sebab husband dia initial S, datin pun S jugak. Care to explain Datin?

Memandangkan dah lama tak jumpa dan birthday I jatuh on weekend, maka datin ajak lah keluar lepak Setia City Mall. Dari rumah I dalam 30 minit je, dari rumah datin pulak 15 minit. Ikutkan nak cari hadiah untuk adik sekali tapi keluar rumah pun dah pukul 3 petang, sampai sana dah nak menginjak pukul 4 dah, mana sempat nak berjalan sangat. 

Sampai je dekat Setia City Mall datin ajak makan sebab diorang satu family belum lunch lagi. Masa lunch tu baru nak berkenalan dengan Zylkarnain. Comel orangnya, muka ikut abang dia jugak masa kecik dulu. Mata besar, pipi gebu. Senang ramah dengan orang pulak tu, sembang sikit je tapi dia punya reaction tu A+, sama macam parents dia jugak. 


Lepas habis lunch kitorang pergi ambil angin dekat padang dataran yang famous dekat Setia City Mall. Awan mendung tapi tak ada tanda nak hujan pun. Mendung berangin, just nice lah untuk budak-budak main. Ada yang main bubble, ada yang bagi makan ikan. Tak perasan ada yang terbangkan layang-layang ke tak masa tu.



Zubayr yang tidur dari awal kitorang jumpa tadi terus terjaga bila ayah dia park stroller dekat taman. Bertuah perangai, bab main laju je buka mata. Nampak je padang terus switch play mode. Sebab ramai yang main bubble, ayah dia pun sewa satu bekas. Ada 2 bubble maker stick orang kedai tu bagi. Syok lah nak main bubble masa ni sebab tak payah beria tiup pun, angin tolong tiupkan. 





ayah Zubayr sewa bubble maker ni untuk anak dia tapi I pulak yang beria main hshshs sorry lah Zubayr


Percubaan Zubayr tiup bubble.... gagal



Padang dataran ni berlecak jugak masa tu. Tak pasti lah sebab bubble banyak sangat ataupun sebab dah hujan pagi tu. Over nau orang main bubble banyak sangat sampai basah ye dak? Nasib baik lah Zubayr pakai crocs, tak la terjejas sangat. Zylkarnain je biar dekat dalam stroller sebab dia baru di fasa merangkak. Kang habis basah seluar dia kalau lepas dekat bawah. 

Dah habis air sabun sebekas, awan pun makin gelap, kitorang pun bergambar sebab dah nak balik dah. 


Tapi nak dapat satu gambar yang elok dengan Zylkarnain memang mencabar ye. Patutnya ada Zubayr sekali tapi dia tengah seronok berlari sana-sini. 




Masa nak balik tu kemain Zubayr menangis sebab tak puas main. I pun tak puas jumpa datin tapi nak buat macam mana, terpaksa gerak jugak sebab ada schedule lain. Walaupun kejap je tapi happy dapat spend time dengan datin sekeluarga. Terima kasih bagi hadiah birthday. Ada rezeki lagi, kita spend time sama-sama :)

Makan-makan di SANTAN, Setia City Mall

Kalau pergi mall yang tak pernah pergi mesti blur nak makan apa lepastu mula la pilih restoran merepek macam santan ni. Patutnya kitorang take the hint dah kenapa restoran ni kosong tak ada orang sedangkan restoran lain penuh. Tapi mana lah nak tahu yang restoran ni menyedihkan. Tu lah, percaya lagi cakap ibu mengandung T.T

Nak makan dekat santan ni kena order dulu dekat kaunter menu apa yang kita nak. Memandangkan menu dia pun tak banyak yang menarik I ambik popcorn chicken, indo mee goreng, teh ais dan nescafe ais. 


Masa Indo mee dia sampai I macam speechless sebab kosongnya lah mee kau noks. Ada mee, sambal satu sudu, telur mata dengan timun dua keping. Portion ni besar tapak tangan dengan harga RM7.50. Better I makan dekat mamak lah, mee goreng ayam RM8 menimbun dalam pinggan. Rasa dia sedih. Rasa tak nak datang dah makan sini. 


Sama lah dengan popcorn chicken dia, bekas je besar tapi ayam berapa ketul je dia letak. Dah la kecil potongannya, ayam pulak keras liat macam ayam tak habis semalam goreng balik untuk hari ni. Sos korea dia entah lah, orang korea pun tak mengaku tu sos dia. Total semua ni RM27 include sst bagai tapi trauma yang I dapat is priceless.