CU Jelly Ball Series | Jochiwon Peach Tea with White Jelly Ball

Tuesday, 30 August 2022

Lepas rasa syok minum Iced Latte CU  sebelum ni rasa nak try pula minuman lain. Kebetulan CU keluarkan CU Jelly Ball Series. Geng boba jugak cuma bezanya Jelly Ball CU ni lagi lembut dan kecil. Ada dua jenis Jelly Ball, satu Brown Sugar Jelly Ball dan satu lagi White Jelly Ball. 

Untuk CU Jelly Ball Series ni ada 6 minuman yang dihidangkan kepada pelanggan CU:

i. Iced Latte with Brown Sugar Jelly Ball
ii. Iced Chocolate with Brown Sugar Jelly Ball
iii. Iced Matcha Latte with Brown Sugar Jelly Ball
iv. Jochiwon Peach Tea with White Jelly Ball
v. K-Fusion Berry with White Jelly Ball
vi. Goguma Latte with White Jelly Ball


Tertarik dengan Iced Latte with Brown Sugar Jelly Ball tapi brown sugar jelly ball semuanya out of stock maka terpaksalah tukar kepada Jochiwon Peach Tea with White Jelly Ball. Tak berani nak ambil Goguma Latte sebab takut pekat sangat rasa keladi dia dan tak hingin juga minum K-Berry Fussion sebab sebelum ni order, rasa dia macam air ribena. I tak suka ribena!


Dekat bahagian atas peach tea tu ada white foam yang tebal. Bila shake supaya minuman ni bergabung sekata, nampak pelik dan aneh juga la rupa dia. Nasib baik lah peach tea tu pekat jadi tak lah tenggelam rasa dia bila bercampur dengan white foam. White Jelly Ball yang buat drinks ni bertambah sedap, minum sejuk-sejuk lepastu pop dalam mulut. Yang tak bestnya, straw dah habis so kena minum dari cup jadi banyak lah jelly ball tak masuk mulut. 

Masa beli Jochiwon Peach Tea with White Jelly Ball ni tengah craving spicy tteokbokki jugak. Lepas makan pedas, minum peach tea manis memang mashissoyo~!! Aaaa chua!

 Personaliti baharu ‘Pagi Di SINAR’, ‘Duo SINAR’ dan ‘R&R SINAR’


Para peminat radio SINAR kini boleh menikmati gandingan baharu di segmen ‘Pagi Di SINAR’, yang kini menampilkan Siti Elizad, menemani Jep, Angah dan Rahim; gandingan baharu di segmen ‘Duo SINAR’, bersama Hefny dan Falyq; serta berhibur bersama Putra Anuar, personaliti baharu di segmen ‘R&R SINAR’, di udara dan menerusi aplikasi SYOK. 

Segmen Pagi Di SINAR bersama Jep, Angah, Rahim dan Siti Elizad akan terus menghiburkan peminat di setiap pagi Isnin hingga Jumaat, dari 6 hingga 9 pagi, dengan pengisian berikut: 
o Satu Hari Satu Kata, di mana personaliti SINAR akan berkongsi satu perkataan yang jarang digunakan menurut rujukan daripada Kamus Dewan Bahasa.
o Kawan Tanya Ustaz Jawab, di mana peminat boleh bertanyakan soalan tentang ilmu agama di media sosial SINAR dan mendapatkan jawapan daripada Imam Muda Asyraf, selaku tetamu jemputan. 
o Meja Bulat, di mana personaliti ‘Pagi Di SINAR’ berkongsi topik perbincangan harian bersama peminat. 
o Jerat SINAR, peminat berpeluang untuk berinterasi bersama personaliti SINAR dan bermain permainan menarik.


Peminat boleh terus berhibur dengan segmen ‘Duo SINAR’, menampilkan Hefny dan Falyq, gandingan baharu pada setiap Isnin hingga Jumaat, dari 3 petang hingga 7 malam. Pelbagai pengisian menarik yang ditawarkan seperti Kisahnya, perkongsian topik semasa dan tular di media sosial; Kota Duo, permainan menarik bersama peminat; Korus SINAR, peminat boleh bernyanyi rangkap lirik dari lagu pilihan; dan Cer Citer Duo, perkongsian topik menarik bersama peminat dengan membuat panggilan di SINAR. 


Pada waktu malam pula, peminat SINAR ditemani Putra Anuar, personaliti baharu SINAR yang juga gemar mencipta kandungan di aplikasi TikTok. Putra akan bersama pendengar di segmen ‘R&R SINAR’, setiap Isnin hingga Jumaat, dari 8 malam hingga 12 tengah malam dan akan membawakan Berita sukan, perkongsian trivia dan topik menarik, serta pilihan lagu-lagu terbaik. Peminat boleh menantikan pengisian-pengisian terkini, termasuk: 
o Cerita Sukan, di mana Putra berkongsi info ringkas dan terkini tentang berita sukan 
o Nak Tahu?, di mana Putra akan menyampaikan fakta-fakta menarik bersama peminat
o Kata-Kata Tak Terungkap, di mana peminat boleh membuat permintaan lagu 
o Jiwang Jumaat, setiap hari Jumaat, di mana Putra akan memainkan lagu-lagu jiwang dan peminat boleh sampaikan ucapan buat yang tersayang.

Untuk maklumat lanjut tentang personaliti dan pengisian-pengisian baharu di SINAR, layari www.sinar.my atau ikuti platform media sosial. 

Ulasan Erman Zaki, Pengurus Kandungan SINAR

“Kami teruja untuk menampilkan barisan personaliti SINAR terkini yang diperbaharui untuk hiburan para pendengar, dengan kehadiran Siti Elizad di Pagi Di SINAR bersama Jep, Angah dan Rahim, Duo SINAR bersama Hefny dan Falyq, serta R&R SINAR bersama personaliti baharu, Putra Anuar. Kami berterima kasih kepada semua pendengar atas sokongan mereka dan berharap para peminat dapat terus berhibur dengan barisan personaliti dan pengisian menarik di SINAR.”

Hanya takdir dapat menentukan cinta yang berhak diterima - Antara cinta yang diatur atau cinta yang hadir tanpa diduga. Slot Tiara di saluran Astro Prima mempersembahkan ‘Takdir Cinta Dhia’ yang bakal memaparkan kisah tragedi cinta yang diduga dengan perasaan hasad dengki serta dendam keluarga. Malah penceritaan drama kali ini menyelit kisah jenayah dan drama kekeluargaan yang pasti memberi elemen saspens bertalu-talu kepada para penonton.

Penceritaan menerusi 40 episod ini mengisahkan kehidupan Dhia yang penuh cabaran apabila dia terpaksa tinggal di rumah abang iparnya - Fayyad - selepas kematian bapanya dalam sebuah kemalangan dalam perjalanan untuk bertemu dengan Huzair. Huzair adalah tunang Dhia yang diatur buat pertama kali. Fayyad ingin mengambil hak penjagaan Dhia daripada abang Dhia sendiri, Fikri. Namun di sebalik niat tersebut, terdapat rahsia gelap yang tidak mahu dibongkarkan. 

Niat asalnya untuk membunuh Dhia demi menutup jenayahnya, gagal apabila hadir perasaan cinta. Huzair pula pulang ke tanah air setelah kematian ayahnya dan ingin mencari gadis yang telah ditunangkan dengannya. Namun dia terpedaya dengan komplot Tasha untuk membuat Huzair percaya bahawa Nadia – adik ipar Dhia merupakan tunangannya.

Drama yang bergenre crime-thriller ini turut menyelit kisah-kisah keluarga yang bermasalah dengan menampilkan barisan pelakon pujaan ramai seperti Dato’ Aaron Aziz, Datin Elvina Mohamad dan Shah Jaszle. 

Drama terbitan pasangan Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Mohd Yusof ini diarahkan oleh Idora Abd Rahman serta didukung oleh barisan pelakon yang berbakat besar seperti Nada Nur Syuhada, Khalida Balqis dan Nazrief Nazri. 

‘Takdir Cinta Dhia’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 12 September 2022 secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro. 

PETIKAN KENYATAAN RASMI 

Norzeha Mohd Salleh - Pengurus Saluran Astro Prima


“Drama demi drama, itulah janji Astro Prima berikan kepada para penonton dan slot Tiara merupakan destinasi utama yang membawakan kisah-kisah dramatis yang menjadi ikutan ramai. 

Kali ini, kami mempertaruhkan judul ‘Takdir Cinta Dhia’ yang bakal menjanjikan saspens serta bibit-bibit percintaan yang romantis dan tidak dapat dilupakan.

Menyusuli kejayaan ‘Cinta Hilang Kata’, Astro Prima berteguh untuk mengekalkan momentum kejayaan drama-drama kami memandangkan impak yang diberikan amat besar di kalangan pengikut-pengikut drama tempatan.

Sinonim dengan itu, ‘Takdir Cinta Dhia’ merupakan drama yang bakal mengikut jejak langkah drama-drama terdahulu serta mampu mengukir sukses yang setanding dengan tajuk-tajuk yang lalu. 

Elemen penceritaan ‘Takdir Cinta Dhia’ yang dramatis merupakan antara daya tarikan yang mampu menarik minat peminat-peminat drama di negara kita. Drama ini turut membawa signature Slot Tiara sebagai slot drama yang memaparkan penceritaan yang berat dan sarat dengan permainan emosi. Penceritaan yang merangkumi perasaan dengki, kebencian dan dendam ditambah pula dengan perasaan cinta yang hadir sebagai plot twist antara watak utama untuk melembutkan hati para penonton yang membara. Elemen-elemen seperti inilah yang menjadi faktor penarik di kalangan penonton-penonton yang hauskan drama dengan jalan cerita yang sarat dengan pelbagai genre. 


Bukan itu sahaja, Dato Aaron Aziz kembali menyerikan Slot Tiara kali ini dengan gandingannya bersama Datin Elvina. Peminat pasti akan teruja dengan wataknya yang kali ini lebih kepada seseorang antagonis yang akhirnya luluh menjadi romantik kepada wanita pujaannya. Lakonan Dato Aaron yang mantap persis jejaka idaman setiap wanita dalam drama-drama pasti akan menarik hati lebih ramai peminat ke drama ini. 

Gandingannya bersama Datin Elvina juga merupakan satu pembaharuan yang kami bina dalam drama slot Tiara kami. Pastinya duo ini bakal menarik minat para penonton tersedia ada dan malah mereka yang baru sahaja berkecimpung di dalam dunia drama tempatan. Kami yakin kombinasi mereka akan membawa aura baharu yang akan terus meninggalkan impak di kalangan penonton-penonton kami bersama-sama dengan barisan pelakon hebat yang lain termasuk Shah Jaszle, Nada Nur Syuhada dan Nazrief Nazri. 

Kami turut berbangga bekerja dengan antara pengarah drama yang berbakat di negara kita, Idora Abd Rahman. Gaya garapannya yang begitu signifikan mampu menghasilkan lakonan yang efektif di kalangan para pelakonnya. Kami berharap hasil ini boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap mereka yang menonton. 

‘Takdir Cinta Dhia’ pasti memenuhi kemahuan mereka yang inginkan sesuatu yang boleh menggerakkan emosi mereka. Dengan penceritaannya yang penuh dengan pergolakan emosi, gandingan baharu antara watak utamanya serta hasil pengarahan daripada Idora yang sangat menitikberatkan kualiti, para penonton pasti akan teruja dalam menantikan episod baharunya hari demi hari. Kami berharap drama ini akan meninggalkan impak yang bakal menjadi topik perbualan peminat-peminat drama serta para pelanggan kami kelak.

Idora Abd Rahman - Pengarah Drama ‘Takdir Cinta Dhia’

“Takdir Cinta Dhia membawa penceritaan yang sarat dengan kisah konflik keluarga dan permainan perasaan antara lelaki dan wanita yang saya andaikan ramai boleh rasai. 

Bermula daripada kematian kedua-dua ayah watak Dhia dan Huzair yang sepatutnya disatukan sehinggalah apabila mereka cuba mencari pembunuh yang sebenar berkaitan dengan Fayyad. Drama yang intense kali ini diekspreskan oleh Dato’ Aaron Aziz yang kita tahu memang hebat dalam cerita-cerita aksi. Plot twist bermula apabila perasaan cinta daripada Fayyad ini terjadi. 


Walaupun agak berat penceritaannya, barisan pelakon yang ada mempunyai bakat tulen yang saya sendiri bangga. Tentu sahaja di kalangan pelakon baharu yang gementar apabila mereka terpaksa berhadapan dengan pelakon yang lebih berpengalaman tetapi mereka tidak kekok untuk belajar kerana watak utama kami seperti Dato’ Aaron Aziz, Datin Elvina Mohamad dan juga Shah Jaszle sangat memberikan sokongan. Mereka sentiasa berkongsi idea dan memberi teguran bagaimana untuk mencantikkan sesebuah adegan. 

Selain itu, apa yang diterapkan dalam drama ini untuk menjadi pengajaran buat para penonton ialah kemaafan itu merupakan dendam yang terindah. Kita janganlah terlalu cepat menghukum seseorang jika kita tidak tahu apa yang mereka terpaksa hadapi untuk hidup.  

Cabaran utama yang saya hadapi untuk menghasilkan drama ini tentulah apabila ia perlu dilakukan ketika  dalam era Covid-19. Tiga kali produksi terpaksa dihentikan kerana ada yang perlu kuarantin. Hal ini membawa kepada masalah kekangan masa kerana kami perlu mengejar ‘dateline’ untuk menghabiskan drama ini dengan secepat mungkin. 


Menerusi ‘Takdir Cinta Dhia’, saya berharap para penonton dapat melihat sisi-sisi yang baharu daripada pelakon-pelakon kami. Kita tahu Dato’ Aaron Aziz memang hebat dalam cerita yang melibatkan aksi dan permainan emosi. Dalam penceritaan kali ini, mereka akan dapat melihat kedua-dua perwatakan ini di mana ada kejahatan dan ada sisi-sisi romantik yang bersahaja, ditambah juga dengan sisi-sisi yang sedih air mata apabila melibatkan kisah keluarga. Para penonton pasti akan terikut dengan suka dukanya yang mengimbangi kesemua kriteria sesebuah drama.”

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘TAKDIR CINTA DHIA’

1.‘Takdir Cinta Dhia’ merupakan lakonan kedua Dato’ Aaron Aziz untuk slot Tiara selepas ‘Jodoh Jodoh Annisa’ sebagai antagonis.

2. Drama ini merupakan taruhan pertama Datin Elvina Mohamad untuk penonton-penonton slot Tiara. 


3. Skrip untuk drama ini adalah adaptasi hasil karya kerjasama penulis daripada Indonesia dan Malaysia. 

4. Drama ini dilakukan di sekitar Lembah Klang ketika PKP 2.0 dan PKP 3.0. 

5. Cinta Pasti Bersatu nyanyian Margosa bersama Aepol Roza merupakan runut bunyi utama drama ini. 

6. Dalam satu penggambaran drama ini, Datin Elvina telah cedera ketika melakukan babak kejar-mengejar dengan Dato’ Aaron Aziz. 

PECAHAN WATAK DRAMA ‘TAKDIR CINTA DHIA’


Datin Elvina Mohamad sebagai Dhia
Dato’ Aaron Aziz sebagai Fayyad
Shah Jaszle sebagai Huzair
Nada Nur Syuhada sebagai Tasha
Khalida Balqis sebagai Nadia
Nazrief Nazri sebagai Fikri

LOGLINE DRAMA ‘TAKDIR CINTA DHIA’

Kisah Dhia dan Huzair yang dipisahkan sebelum pertemuan mereka apabila tragedi menimpa keluarga masing-masing. Dhia kini di bawah jagaan abang iparnya, Fayyad yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia selama mungkin untuk mengelakkan kebenaran daripada terbongkar. 

SINOPSIS DRAMA ‘TAKDIR CINTA DHIA’

Drama ini mengisahkan tentang Dhia yang ditunangkan dengan anak Encik Amran – Huzair - yang tidak sabar untuk berjumpa buat pertama kali. Namun dalam perjalanan untuk bertemunya, mereka ditimpa kemalangan yang mengakibatkan kematian bapanya dan Encik Amran. Dhia tidak sempat untuk berjumpa dengan Huzair dan dibawa pulang ke rumah abang iparnya, Fayyad yang ingin mengambil hak penjagaan Dhia.  

Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Fayyad merupakan seorang ketua kumpulan samseng yang sudah lama membenci keluarga Dhia walaupun adiknya sendiri – Tasha - telah berkahwin dengan Fikri, abang sulung kepada Dhia. Tasha juga mempunyai perasaan dengki terhadap Dhia dan sering membuat kehidupannya yang kini sudah menjadi sebatang kara lebih sukar. 


Huzair pula pulang dari Eropah hanya untuk berdepan dengan berita tragik tentang bapanya. Dia mengambil keputusan untuk terus menetap di Malaysia dan mencari gadis yang ditunangkan dengannya. Pencariannya dikesan oleh Tasha yang terus berkomplot untuk mengahwinkan adiknya, Nadia kepada Huzair. Keadaan bertambah rumit apabila Fayyad sendiri telah jatuh cinta pada Dhia. 

Takdir menemukan Dhia, Fayyad dan Huzair namun hanya dua antara mereka yang bakal bahagia dan layak menemukan cinta.

Complimentary Gemilang Channel 100 for all Astro Customers, 21 August - 18 September 2022

Monday, 29 August 2022

Astro celebrates Hari Kebangsaan and Hari Malaysia with the best Malaysian stories and entertainment of over 150 favourite titles including variety, drama, documentaries, movies, telemovies, short films and kids genres on Gemilang Ch100 across TV, On Demand and Astro GO. The channel is complimentary for all Astro customers from 21 August to 18 September.

1. [PREMIERE] Damak Si Kuba (Telemovie)

Premiere Details: 17 Sep, Sat @ 9pm

A herdsman's son who lost his mother to cancer went through a difficult time when he had to part with his beloved buffalo in order to support his family financially. He tried to find various ways so that his father would not sell his beloved buffalo.

2. [PREMIERE] The Conservationist

Premiere Details:

i. 1 Sep, Thurs @ 9pm

ii. 1, 8, 15 Sep (3 eps only on Gemilang)

The Malaysian rainforests are home to many rare and precious species. But how well do you know them? The exploitation of the forest due to human greed has led to their extinction, depriving our children and grandchildren the chance to see these endangered species. 

There is a group of people in Malaysia who fight to save our wildlife, for their rights to live and to play a role in maintaining the health of the ecosystem.

The Conservationist takes you to the forest and the sea to learn more about the daily life of conservationists; and to document their friendship with the wildlife.

3. [PREMIERE] Malaysia In Their Eyes 

Premiere Details: 

i. 2 Sep, Fri @ 9.30pm 

ii. 2, 9, & 13 Sep (3 eps only on Gemilang)

Malaysia in Their Eyes, hosted by popular hosts Jentzen Lim and Darren Chong, features 8 foreign residents from different countries who will share their slice of life living in Malaysia. Through their eyes, perhaps we can also re-explore the place where we grew up, rediscover the beauty of this land, and reconnect our emotions with this country. 

4. [PREMIERE] Chit Chat Ceria 

Premiere Details:

i. 31 Aug, Wed @ 9pm

ii. 7, 9 & 14 Sep

This Merdeka, see how kids see Malaysia differently from adults through interaction with hosts Alif Satar, Sissy Iman and guests Datuk Aznil Haji Nawawi and Michael Ang. 

A talk show program for the kids, and all they have to say about their world around them. Starting with a Malaysian edition, Chit Chat Ceria gets serious about kids through Q&A interviews, reports, challenges and games, as well as invited guest adults. A hilarious and entertaining romp into all-things kids. The Merdeka edition features hosts Alif Satar, Sissy Iman, Keanu Azman, Ara Aziz, Nik Adam Mika and guests Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang and more.

5. [PREMIERE] PT6210  (Telemovie)

Premiere Details: 31 Aug, Wed @ 10pm

In 1970, at the heights of the racial divide. A Malay young man found himself having to return to his village in Kedah to see of his dying father and there is only one mean that can take him there, and the car is driven by a middle-aged Chinese man.

6. [PREMIERE] Satu Tong (Telemovie)



Premiere Details: 16 Sep, Fri @ 10pm 

Satu Tong is a story about regular Malaysians facing problems that we all can relate to - water supply disruption. This feel good story will remind us of the spirit and generosity of Malaysians.

7. [PREMIERE] AFundi Piring Bulat (Telemovie)


Premiere Details: 10 Sep, Sat @ 9pm
It’s 1996 and Haikal Chong bin Ramlee, son of Muhammad Ramlee and Chong Mee Lan, was captivated by the entertainment offered by Astro. He embarked on a mission to convince his parents to install Astro at home. But his effort was unsuccessful so he had to find other ways to watch the #1 show, Akademi Fantasia.

8. [PREMIERE] Junglemajig (Kids Short Series)


Premiere Details:  22 Aug, Mon @ 5:45pm

The adventures of three kids - AYDEN, a human boy with one pointy ear; OMAR, a shaman-in-training with a cloud on his head; and MARISSA, a young weretiger who cannot control her transformation as they unlock the secrets of the magical creatures in the jungle next to Kampung Kebayan.

9. [PREMIERE] The Dalang’s Tale (Kids Short Film)


Premiere Details: 6 Sep, Tue @ 9:30pm

Two stories intertwined: one of a workaholic father and his growing impatience with his young son as they make their way to watch a shadow puppet master or dalang's show, and the other of a man who dotes on his son but secretly inflicts acts of abuse on his wife before he disappears after a violent incident.

10. [PREMIERE] Kuihpocalypse (Kids Short Film)


Premiere Details: 13 Sep, Tue @ 9pm
When a new bakery becomes more popular than her mother’s shop, Jamiatul competes against new girl Sarah to bake the ultimate kuih and win back all the customers.

11. Framed Memories (Kids Short Film)


Details: 22 Aug, Mon @ 9pm
Set on the eve of Chinese New Year, an old man seeks to reconnect with his estranged son. He reminisces about the past, when his son was a young boy who loved to paint, and their relationship was better, but it all changed after an incident. 

12. The Batik Girl (Kids Short Film)


Details: 31 Aug, Wed @ 9:45pm
A newly orphaned young girl struggles adjusting to living with her grandmother. Her drawings of a girl and a shapeshifter magically come to life within a surreal world of a batik painting and from it, she learns to conquer her fears and embrace her new life.

13. Berbulu Dengan Burn


Details: 29 Aug, Mon @ 9:30pm
A special Merdeka episode with a patriotic themed by Burn.

14. Borak Borak Botak


Details:5 Sep, Mon @ 9:30pm
A special Merdeka episode with a patriotic themed by Abang Botak.

15. Sepahtu Reunion Live 2022: Al Merdeka


Details: 25 Aug, Thu @ 9pm
A special episode to commemorate Malaysia’s 65th year of independence.

16. All Together Now Malaysia Edisi Merdeka


Details: 28 Aug, Sun @ 9pm
The biggest celebrities studded show for Merdeka with 50 celebs representing multi-races across all generations, and 15 celebrity contestants vying for the ATN Merdeka Special trophy. Fans will enjoy the friendly competition between artists like Santesh, Daniel Lee; also let’s not forget our celebrity and special juries like Puan Sri Tiara Jacquelina, Thanuja, Adeline Tsen and many others who lends their wit to the show. 

17. Rail Payanangal (Telemovie)


Details: 8 Sep, Thu @ 12pm

Sweetha, a young physiotherapist falls in love with her old friend Vijay who is committed to Risha. While all of those takes place, Sweeta’s mother has found a suitable groom for her. Will Sweeta choose to marry Vijay?

18. Otrumaiye Balam - Merdeka Anthology


Details: 2 Sep, Fri @ 12pm

An anthology short film series consisting of 6 interesting stories that happened from 1950 to 2020 with an overarching theme of “Stronger Together” in conjunction of Merdeka Celebration.

19. Borneo Culinary Adventures – Sarawak


Details: 21 Aug, Sun @ 12pm
This food travelogue envisions to discover the sentimental stories behind each delicacy, including the challenges and evolutions across generations in order to conserve the local food culture. More than just a dish per se, these untold stories will definitely bestow a greater meaning on the Sarawakian cuisine.

20. Kampunglympics



Details:16 Sep, Fri @ 9pm

Malaysian celebrities and influencers battle it out in a series of traditional childhood games, set in fictional Kampung Merdeka.

21. 270 min Ke Piala Asia
Details:18 Sep, Sun @ 8pm


Dokumentari Khas perjuangan pasukan Bola Sepak Malaysia untuk melayak ke Piala Asia AFC 2023.

22. Speedy Tigers Ke Piala Dunia

Details: 31 Aug, Wed @ 10pm

Dokumentari tentang cabaran yang dilalu oleh skuad hoki kebangsaan untuk ke Piala Dunia 2023.

Malaysian All-time favourites

1. Ola Bola


Details: 30 Aug, Tue @ 10pm
Inspired by real events, the pride and passion set in the 1970s, a multicultural team of Malaysian football players struggle to overcome personal and collective hardships as a team. Together they create the most triumphant zero to hero story and gain a place at the Olympic Games.

2. The Journey


Details: 31 Aug, Wed @  11pm

A conservative father whose daughter is engaged to a foreigner sets his future son-in-law the task of travelling across Malaysia to deliver wedding invitations.

3. Paskal


Details: 13 Sep, Tue @ 10pm

PASKAL The Movie berkisarkan mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

4. Polis Evo


Details: 23 Aug, Tue @ 10pm
Rian yang melakukan penyamaran dalam misi khusus pemberantasan mafia pengedaran dadah. Namun, Rian sadar bahawa ada pengkhianat yang selama ini selalu membocorkan rencana polis kepada Riky sang pengedar dadah. 

5. Hantu Kak Limah


Details: 29 Aug, Mon @ 10pm
Hantu Kak Limah merupakan sebuah filem komedi seram Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Mamat Khalid. Ia merupakan kesinambungan daripada Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit (2013) serta yang ketiga dalam trilogi Hantu Kak Limah.[3] Ia berkisarkan Kak Limah yang baru sahaja berumah tangga, telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan di dalam kebun.

6. 6 Hari


Details: 25 Aug, Thu @ 12pm

Suzi merupakan isteri ketiga dan dia tinggal bersendirian di banglonya kerana suaminya hanya pulang selang enam hari. Semuanya indah sehinggalah pada suatu hari dia didatangi seseorang dari masa silamnya.

Bersempena dengan sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Kumpulan Syarikat Suria KLCC menganjurkan tawaran eksklusif dan aktiviti menarik terutamanya untuk kanak-kanak bagi menzahirkan semangat patriotik dan persekutuan yang simbolik dengan kempen Hari Merdeka. Kempen tersebut akan berlangsung di Pusat Beli-Belah Alamanda Putrajaya dan Mesra Mall Terengganu bermula pada hari ini dan bakal berakhir pada 16 September 2022.

PUSAT BELI BELAH ALAMANDA

Berikutan dengan kejayaan kolaborasi pada tahun 2020, Suria KLCC sekali lagi menjayakan kempen ini dengan hasil Kerjasama Komuniti Tukang Jahit (KTJ) yang mana keluaran T-Shirt Merdeka edisi terhad akan dihasilkan bersama jahitan poket bercorakkan batik.

Perusahaan sosial KTJ ditubuhkan dengan tujuan memperkasakan kaum wanita dari kumpulan B40 yang mencari hasil pendapatan melalui servis menjahit dari rumah. Hasil kerjasama ini adalah selaras dengan pemampatan usaha Tanggungjawab Sosial Korporat yang mempromosikan kesedaran 3R (Reduce, Reuse and Recycle) bagi mengurangkan pembuangan sisa dan hasil lebihan. Rekaan T-Shirt Merdeka lain daripada yang lain ini dihasilkan menggunakan lebihan fabrik batik dan yang lebih istimewa, T-Shirt Merdeka eksklusif ini boleh ditebus oleh para pembeli yang berbelanja RM500 dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih.

Tidak kurang dari tebusan T-Shirt Merdeka eksklusif, para pembeli yang berbelanja RM1,500 dalam dua resit di mana-mana kedai yang terpilih juga akan menerima Baucar Beli-Belah Alamanda yang bernilai RM50. Tebusan ini akan di berikan kepada 300 pembeli pertama sahaja.

Bagi kekal komited dalam pengibaran Jalur Gemilang, Jalur Gemilang istimewa akan diedarkan kepada 1000 pengunjung utama pada Hari Merdeka dan Hari Kebangsaan Malaysia.

Sejajar dengan musim cuti sekolah, Kempen Hari Merdeka kali ini juga akan dimeriahkan dengan pertandingan dan peraduan menarik untuk seisi keluarga. Aktiviti khusus yang akan dijalankan adalah untuk kumpulan VIKids yang berumur 7 hingga 12 tahun dan akan diadakan di perkarangan aras bawah di hadapan Aeon Big bermula dari 31 Ogos sehingga 11 September 2022. Kanak-kanak yang bukan terdiri daripada kumpulan VIKids digalakkan untuk mendaftar keahlian terlebih dahulu. Jumlah peserta untuk pertandingan ini adalah terhad dan terbuka kepada mana-mana pendaftaran yang terawal.

Berikut adalah indeks hadiah menarik untuk dimenangi:

1. Pertunjukan Fesyen Pakaian Tradisional Malaysia

Hadiah (Baucar Beli-Belah Alamanda)

Hadiah Utama: RM300

Hadiah Kedua: RM200

Hadiah Ketiga: RM100

2. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik 

Hadiah (Baucar Beli-Belah Alamanda)

Hadiah Utama: RM300

Hadiah Kedua: RM200

Hadiah Ketiga: RM100

3. Pertandingan Mewarna 

i. Kategori Junior (7 – 9 Tahun)

Hadiah (Baucar Beli-Belah Alamanda)

Hadiah Utama : RM150 + sijil

Hadiah Kedua : RM 100 + sijil

Hadiah Ketiga : RM 50 + sijil

ii. Kategori Senior (10 – 12 Tahun)

Hadiah (Baucar Beli-Belah Alamanda)

Hadiah Utama : RM150 + sijil

Hadiah Kedua : RM 100 + sijil

Hadiah Ketiga : RM 50 + sijil

Ahli VIKids juga berpeluang untuk menyertai pelbagai program menarik yang bertemakan kemerdekaan dengan percuma antaranya adalah, Hiasan Biskut Jalur Gemilang, Dekorasi Merdeka Seni Arca Pasir, Kertas Pusingan Jalur Gemilang dan juga Program Rantai Kunci Merdeka dan Penanda Buku Batik. 500 Jalur Gemilang mini juga akan diedarkan kepada peserta VIKids yang menyertai aktiviti-aktiviti yang tersenarai.


MESRA MALL

Mesra Mall turut serta menganjurkan kempen Hari Merdeka yang bakal berlangsung pada 26 Ogos sehingga 16 September 2022. T-Shirt Merdeka yang beredisi terhad hasil usaha sama KTJ juga akan disediakan untuk tebusan oleh para pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM350 keatas dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih.

Inisiatif diteruskan dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, dalam menjayakan aktiviti kesenian dan kraf untuk ahli VIKids. Kibar Jalur Gemilang, Hiasan Rantai Kunci, Kraf Kitar Semula dan Kit Kraf DIY adalah antara aktiviti-aktiviti yang akan diadakan. Aktiviti tersebut akan dijalankan pada hari setiap hari Jumaat dan Sabtu bermula dari 25 Ogos sehingga 10 September di perkarangan tengah “West Wing”.

Jalur Gemilang mini akan diedarkan kepada ahli VIKids pada 31 Ogos dan 16 September 2022. Jumlah Jalur Gemilang adalah terhad kepada 150 helai setiap hari dan para ahli dinasihatkan untuk tidak melepaskan peluang untuk memenangi sesi “giveaway” yang akan diadakan pada jam 12 tengahari sehingga 4 petang untuk kedua-dua hari tersebut.

Para pengunjung juga berpeluang untuk merasai pengalaman mercu kemerdekaan apabila dekorasi hiasan yang bertemakan semangat Hari Merdeka akan ditonjolkan bagi mengimarahkan lagi semangat perpaduan jitu yang cinta akan tanah air. Sebuah ‘Photo booth’ eksklusif akan di sediakan untuk para pengunjung memperingati sambutan Hari Kebangsaan yang ke 65.

Menurut Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, “Ini adalah kesempatan dan platform yang sangat penting untuk semua rakyat Malaysia untuk mendalami semangat berdiri teguh di atas kejayaan yang telah diperolehi oleh negara ini hasil perpaduan dalam kemasyarakatan. Kesinambungan tema kemerdekaan dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan mampu membentuk nilai kesepaduan bersama dan boleh menjadi titik peluang bagi kanak-kanak untuk mengenali kepelbagaian asimilasi budaya dan warisan negara Malaysia”.

“Sekali lagi, kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat bersama KTJ akan terus menjadi aspirasi yang bermakna. Selain dari memperhalusi elemen batik yang sinonim dengan kebanggaan dan identiti rakyat Malaysia, kami juga berpeluang untuk terus memberi komitmen dan kami sebagai perbadanan yang menyumbang impak positif terhadap alam sekitar”.

Untuk info lanjut, layari:

i. Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall

ii. Alamanda - www.alamanda.com.my / www.facebook.com/AlamandaShoppingCentre

iii. Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall

ZAYAN mengumumkan personaliti baharu Faizal Ismail untuk bersama Mawi dan Anas di ‘ZAYAN Pagi’ | Dengar di udara atau melalui SYOK, setiap Isnin - Jumaat, 6 hingga 10 pagi

Gandingan baharu di ‘ZAYAN Pagi’ bersama Mawi, Anas dan Faizal Ismail  


Jenama radio ZAYAN mengumumkan kemasukan Faizal Ismail, personaliti radio tempatan, bergandingan bersama Mawi dan Anas, menerusi segmen ‘ZAYAN Pagi’, menceriakan waktu pagi para peminat bermula hari ini, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi di ZAYAN. Peminat juga boleh strim ZAYAN dan mendengarkan ZAYAN Pagi bersama Mawi, Anas dan Faizal Ismail menerusi aplikasi SYOK. 

Faizal Ismail, juga dikenali dengan panggilan FBI (Faizal bin Ismail), personaliti radio dan pengacara TV yang berbakat besar, akan bersama Mawi dan Anas dengan perkongsian topik-topik menarik serta memberi pandangan dan ulasan tentang perkara-perkara yang menjadi tanda tanya dan sering dibangkitkan oleh peminat.

Para peminat ZAYAN dapat menikmati Sahabat ZAYAN Pagi, segmen baharu di ‘ZAYAN Pagi’, memberi peluang kepada semua untuk berkongsi cerita, pengalaman dan mendapat pandangan daripada Mawi, Anas dan Faizal Ismail. Perbincangan ini akan dilakukan secara santai dan topik-topik perbincangan harian juga boleh dikongsikan oleh semua pendengar menerusi panggilan telefon di udara dan di platform media sosial ZAYAN. 

Selain itu, peminat ZAYAN juga boleh terus berhibur dengan pengisian-pengisian menarik di ‘ZAYAN Pagi’ seperti Motivasi Pagi; perkongisan kata-kata motivasi; Takzirah Pagi, ceramah ringkas berkaitan Islam; Hadith of the Day, pilihan hadis harian, Mahir Bahasa Arab, pembelajaran perkataan Bahasa Arab; Kelas Tajwid, kelas mempelajari ilmu tajwid; Topik Pagi ZAYAN, sesi perkongsian topik menarik bersama peminat; Aura ZAYAN, perkongsian kata-kata berinspirasi daripada tetamu jemputan yang dikongsikan bersama peminat ZAYAN.

Untuk maklumat lanjut tentang perosonaliti-personaliti ZAYAN dan kempen-kempen, ikuti ZAYAN platform media sosial. 

Ulasan Wan Syahrul Amry, Pengurus Kandungan ZAYAN 

“Kami mengalu-alukan kedatangan Faizal Ismail ke dalam keluarga ZAYAN, untuk berganding bersama Mawi dan Anas di ZAYAN Pagi. Dengan pengalaman yang dibawa oleh Faizal, peminat-peminat ZAYAN boleh terus menikmati segmen-segmen menarik termasuk ‘Sahabat ZAYAN Pagi’, di mana peminat diberi peluang untuk bertanya sebarang persoalan dan meluahkan perkara yang terbuku di hati untuk mendapatkan pandangan dan ulasan daripada Mawi, Anas dan Faizal Ismail. Kami juga berterima kasih kepada semua peminat ZAYAN atas sokongan mereka dan sentiasa berusaha untuk menawarkan kandungan terkini yang dekat di hati mereka.”