Drama Review | Imitation (2022)

Tuesday, 19 July 2022


Director : Han Hyun-hee
Writer :  Choi Sun-young, Kim Min-jung
Cast : Jung Ji-so, Lee Jun-young, Jeong Yun-ho, Park Ji-yeon 
Production Company : Hidden Sequence
Distributor :  KBS, Netflix
Genre :  Romantic / Drama
Running Episodes :  12 episodes (60 minutes per episode)
Release Date :  7 May 2021 – 23 July 2021
Trailer :



Tahun lepas memang banyak video TikTok diambil dari drama ni tapi baru sekarang dapat tengok. Reason utama tengok pun sebab ternampak ada Jun U-KISS dalam trailer. Rupanya dia watak utama. Tak tahu pula dia aktif berlakon lepas U-KISS dah menyepi. Nampak San dengan Jongho ATEEZ juga dalam trailer terus tekan button play dekat Netflix hshshs

Drama yang diadaptasikan dari webtoon Imitation hasil karya Park Kyung-ran berlatarkan kehidupan trainee dan idol group di Korea Selatan. Dalam drama sebanyak 12 episod ni boleh nampak lah macam mana azam belia di Korea Selatan yang bercita-cita untuk jadi penyanyi. Kenapa ramai yang berebut untuk debut dalam idol group syarikat besar boleh jamin masa depan yang cerah dan kenapa terseksa debut dalam syarikat kecil seperti watak Lee Ma-ha (Jung Ji-so). 


Sudah lah ditolak pergi ke syarikat kecil, baru saja nak debut dapat pula berita bekas ahli bunuh diri. Terpaksa lah dibubarkan kerana tiada syarikat yang mahu terlibat dengan skandal tersebut. Tak putus asa, Ma-ha berlakon sebagai ekstra dalam drama ataupun ambil gig kecil dengan impersonate penyanyi terkenal, La Ri-ma (Park Ji-yeon). 

Bila pengurus lari tinggalkan Ma-ha di set penggambaran di kawasan terpencil, Ryoc (Lee Jun-young) tawarkan untuk hantar dia balik dengan selamat. Rasa bersalah juga sebab dia cederakan Ma-ha tanpa sengaja di set. Tapi polisi syarikat NOG Entertainment halang untuk dia berbuat demikian sebab khuatir reputasi sebagai idol terjejas. Tambahan pula Ryoc adalah ahli kumpulan SHAX yang popular dan mempunyai ramai peminat juga sasaengs (peminat fanatik). 


Ryoc tak kisah pun dengan peminat sebab dia dah lemas hidup dihurung peminat sampai privasi diganggu tapi dia tak boleh pentingkan diri bila 4 orang ahli kumpulan lain akan terjejas sama. Dalam diam sebenarnya Ryoc dah lama jatuh hati dengan Ma-ha sejak dia belum jadi trainee lagi tapi macam mana dia nak bagitahu perasaan dia kepada Ma-ha? Kalau peminat dia serang Ma-ha? 

Penceritaan Imitation ni lebih terarah pada kisah cinta Ryoc dengan Ma-ha tapia da sub-plot lain yang dimasukkan untuk menambahkan elemen drama. Tak tahu kenapa penulis lebih berminat untuk guna genre drama walhal dia boleh adun dalam templat komedi yang lebih menarik macam drama Sh**ting Star (2022)


Kalau kisah cinta Ryoc dengan Ma-ha yang jadi sub-plot macam boleh terima lah jugak sebab kisah cinta diorang tak menarik sangat pun sebab chemistry tak kuat satu hal, merepek pun satu hal juga. Peminat Ryoc serang Ma-ha bila penulis nak wujudkan konflik je, bila nak bina suasana romantik hilang dah kerisauan yang wujud di awal cerita tu. 

I lagi suka tengok kisah cinta Ri-a (Minseo) dengan Yi-hyun SHAX (Hwiyoung) sebab comel. Sama lah dengan Yujin (Yunho) dan Hyun-ji (Lim Na-young) tapi both couples tak dapat screentime yang banyak pun sebab nak bagi laluan dekat lead pairing. 


Selain konflik peminat yang melampau batas ni, penulis masukkan juga macam mana syarikat besar macam NOG Entertainment mengambil kesempatan ke atas idol group yang tandatangan kontrak dengan mereka. Bagaimana syarikat penerbitan ataupun produser makan rasuah dengan agensi besar untuk aniaya idol group kecil macam Tea Party. 

Tapi konflik tu masuk tanpa penyelesaian lah sebab wujudnya konflik tersebut untuk menambahkan rencah. Sebab tu I prefer drama Imitation ni dibikin dalam genre romcom so we can just brush it off. For me dating ban is nothing serious pun kalau nak dibandingkan dengan agensi yang memperalatkan idol dengan kontrak yang tak munasabah. Tengok jadual idol group pun dah padat, mana nak ada masa untuk bercinta pun. JYP sampai suruh idol dia keluar rasa bercinta tu macam mana untuk jadikan lagu ciptaan diorang lebih deep dan ada jiwa. Gituhhhh!


I terbaca komen dia sedih idol group SHAX tu tak peduli dengan fans pun tapi drama ni bukan berpijak di dunia nyata sangat pun. Ramai je idol dekat luar sana yang appreciate fans diorang. Well at least I know my bias loves his fans hshs

Rating untuk drama Imitation agak rendah walaupun barisan pelakon terdiri dari idol group G.O.D, U-KISS, T-ARA, ATEEZ dan SF9. Mungkin sebab watak utama tak pandai berlakon padahal jalan cerita not bad lah. Disebabkan drama ni jadi suka pulak dengan Jongho ATEEZ sebab dia pandai berlakon dan kelakar. Sebelum ni dah tertarik dengan dia masa layan Kingdom : Legendary of War (2021) sebab suara dia sedap dan boleh tarik tinggi. Now I can add another reason lah hehe


Sinematografi, wardrobe dan props yang digunakan membantu penceritaan drama Imitation untuk dipaparkan dengan lebih cantik dan menarik. Di bahagian credits dalam Episod 12 boleh nampak macam mana production crew spend time untuk create beberapa stage yang digunakan dalam drama terbitan Hidden Sequence. Ada juga beberapa babak yang tunjuk cara beberapa pihak yang terlibat bekerja dalam industri hiburan. Music album quite average sebab ada lagu yang tak best sangat tapi I suka sangat lagu Constellation dengan gubahan lagu IU - My Old Story oleh Ryoc dan La Ri-ma. 


Imitation ni ada potensi untuk jadi drama yang menarik dan medium untuk naikkan nama beberapa idol tapi sayang lah ada kelemahan dalam beberapa aspek. But fret not, drama ni nice je nak layan untuk tontonan santai. 

Movie Review | Anek (2022)


Director : Anubhav Sinha 
Writer : Anubhav Sinha
Cast : Ayushmann Khurrana, Andrea Kevichüsa, Manoj Pahwa, Kumud Mishra, J.D. Chakravarthy
Production Company : T-Series, Benaras Media Works
Distributor : AA Films, Netflix
Genre : Action / Thriller
Running Time : 147 minutes
Release Date : 27 May 2022
Trailer:


Menggunakan tema geopolitik, Anubhav Sinha mengangkat permasalahan yang wujud di bahagian Utara-Timur India sejak berdekad lamanya. Kumpulan separatist yang diketuai oleh Tiger Sangha (Loitongbam Dorendra) mempunyai pengikut yang ramai di kawasan tersebut tampil ke pejabat Menteri untuk capai kata sepakat berhubung permintaannya untuk keluarkan kawasan tersebut dari negara India. 

‘It’s Indian people. And it’s government. Diversity is not acceptable to you. You call us “Chinkis”. You call Kashmiris as Pakistanis, “Khalistani”, Naxalites”, etc. Local identity? You people don’t like it. In your definition, all Indians must be of the same color. That’s not a diverse democracy.’ – Tiger Sangha


Di mata Tiger Sangha, kerajaan India tak menjaga rakyatnya dengan baik dan memberi layanan yang teruk. Disebabkan itulah juga dia mengugut untuk keluar dan fahaman ini disebarkan sejak sekian lama. Aman (Ayushman Khurrana) alias Joshua adalah watak penting yang memantau kawasan tersebut dalam operasi undercover oleh Kementerian. 

Kerana operasi tersebut, dia menubuhkan kumpulan Johnson atas arahan pihak atasan yang bertujuan untuk menekan puak pemberontak Long Tiger. Malangnya puak yang ditubuhkan tersasar dari matlamat asal dan bergerak sendiri dengan menentang manifesto keamanan yang dicanangkan oleh Kerajaan. 


Dalam masa yang sama Aman bercinta dengan Aido (Andrea Kevichüsa) untuk dapat maklumat tentang ayahnya, Wangnao yang merupakan orang kuat dalam Johnson. Aido tahu mengenai perjuangan ayahnya tapi dia juga mempunyai perjuangan sendiri dengan melayakkan diri menjadi wakil negara India untuk sukan tinju. 

Kena lah dengan tagline filem Anek – Jeetega Kaun? Hindustan! (Siapa yang akan menang? India!). Kawasan yang menjadi latar tempat utama dalam naskhah Anek tidak didedahkan lokasinya. Hanya menggunakan ‘kawasan tersebut’ setiap kali muncul dalam perbincangan mana-mana watak dalam babak tertentu. Tajuk filem juga unik kerana aNEk tak ada makna. NE merujuk kepada North East manakala A dan K berkemungkinan besar ialah Aman atau Ayushmann Khurrana sebab dia watak utama. 


Naskhah Anek agak berat dengan ideologi dan perbahasan yang dicanangkan dari awal hingga ke hujung filem. Tiada hitam ataupun putih mahupun siapa yang benar dan siapa yang salah dalam naskhah Anek. Yang ada persoalan demi persoalan melalui perbahasan dan monolog dalaman. Beberapa babak menjadi medium untuk membincangkan persoalan berat tentang politik dan kehidupan. Dialog Anjaiah Bellamkonda (J.D. Chakravarthy) mengenai keamanan yang bersifat subjektif ataupun perbualan Aman dengan Abrar (Manoj Pahwa) tentang suara rakyat. Persoalan tentang kemenangan yang diraikan pun menarik perhatian juga. 


‘Peace is a subjective hypothesis, Thomas. One man’s peace could be another man’s chaos.’ - Anjaiah Bellamkonda

Watak Niko mungkin adalah hasil dari pergelutan antara 3 pihak tersebut di mana anak muda menganggap perjuangan dan pemberontakan adalah sesuatu yang mengujakan. Babak dia cuba provok askar dengan melempar batu ataupun babak dia ingin menjadi penonton paling hadapan ketika bom meletup digambarkan dengan cemerlang bagaimana sesebuah perjuangan tersasar dan menjadi lemah.

 
Lepas bekerjasama dengan Anubhav Sinha dalam filem Article 15 (2020), kali ni Ayushmann diberi kepercayaan dengan tanggungjawab lebih berat sebagai undercover agent. Dekat awal filem dia nampak seperti seorang yang licik untuk mengawal keadaan yang terjerat dalam kemelut geopolitik tapi semakin filem bergerak, dia semakin keliru dan menimbulkan pertanyaan besar tentang pegangan dia sendiri. 

Watak Aido dan semangat dia kurang menarik perhatian untuk dijadikan subplot dalam Anek. Lebih menarik kalau Anubhav Sinha cuma focus pada pergelutan Kerajaan India, puak Long Tiger dan Johnson. Subplot sukan tinju taka da plot penting, tak meninggalkan impak mahupun mempunyai plot twist menarik. Dari awal dah boleh tahu Aido akan menang dan mewakili India. Lain lah kalau kemenangan dia tak diterima dari awal filem lantas menjadikan watak Aido seorang rebel dan menyokong perjuangan Johnson.

 
Editing antara kelemahan besar yang mencacatkan cerita bila ada babak yang draggy dan ada pula yang dipotong sampai menimbulkan tanda tanya. Durasi Anek agak panjang terutamanya pada second half. Soundtrack juga passable. 

Naskhah Anek mungkin akan jadi lebih kuat sekiranya Anubhav Sinha ceritakan dengan jelas mengenai punca terjadinya sifat rasis kepada penduduk Utara-Timur sejak zaman British. Masalah dalam filem Anek lebih kurang dengan masalah negara kita lah bila British wujudkan sistem pecah dan perintah. Sampai sekarang terkesan dengan sistem tersebut dan digunakan sebagai propaganda bebrapa pihak untuk kepentingan peribadi. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 6.2/10

Drama Review | KUASA (2022)

Sunday, 17 July 2022


Pengarah : Kroll Azry
Penulis Skrip :  Sharmaine Othman, Leysha Al-Yahya
Pelakon : Nazim Othman, Nadia Brian, Ridzuan Hashim, Ning Baizura, Dazrin Kamarudin, Izzy Reef, Nia Atasha, Alicia Amin, Syanie Hisham, Azri Iskandar.
Syarikat Produksi : Astro Shaw, Skop Productions
Penyiaran : Astro Citra
Genre : Drama / Thriller
Jumlah Episod : 8 Episod (40-45 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan : 11 April sehingga 30 Mei 2022
Trailer :


Berlatarkan industri perfileman di mana syarikat Wira Entertainment sebagai penerbit yang gah dipelopori oleh Tan Sri Dhameer (Ridzuan Hashim). Namun dek kerana kesihatannya yang kian merosot, dia umumkan untuk bersara dan akan melantik chairman baru. 


Tak senang duduk semua orang terutamanya Delaila (Nadia Brian) kalau usaha kerasnya tersia bila Darius (Nazim Othman), anak sulung yang ambil takhta tersebut. Walaupun Darius bukan anak kegemaran Tan Sri dan Puan Sri Lily (Ning Baizura) tapi semua pekerja atau pihak lain senang bekerja dengan Darius kerana kreativitinya. Semua filem yang diterbitkan oleh Darius mendapat sambutan hangat di box office. 

Dharma (Izzy Reef) yang baru saja habis belajar juga pulang dengan kekasihnya, Natalie (Nia Atasha) dipujuk untuk menjadi pengarah di Wira Foundation. Susah untuk menolak arahan keluarga tapi susah juga untuk sesuaikan diri untuk tinggal di Malaysia bila Natalie tak diterima bekerja sebagai model kerana fizikalnya. 


Naskhah drama arahan Kroll Azry mungkin memaparkan tema yang segar iaitu perebutan kuasa namun lemah pada penceritaan untuk menghidupkan drama dari pelbagai pihak. Sepanjang 8 episod tak diceritakan dengan baik setiap watak penting termasuklah Darius dan Delaila sendiri. Dua adik-beradik ni nampak seperti watak yang kuat tapi tak mampu berdiri tanpa bantuan papa. Sama juga lah dengan Dharma yang berani melawan cakap tapi apartment pun papa yang beli. 

Dari episod pertama suka dengan watak Delaila dan Puan Sri Lily sebab kuat dalam dunia mereka yang sentiasa diperalat oleh kaum lelaki walaupun kaum tersebut datang dari keluarga sendiri. Kesian betul dengan watak Puan Sri Lily sebab dapat menantu tak semenggah macam Emma (Alicia Amin) dan bakal menantu pemalas macam Natalie. Dah la anak-anak bawa masalah, menantu pun sama level je. Puas hati sangat bila dia tampar Emma dan bagi nasihat ‘Natalie sayang, jangan bodoh!’. Berbaloi lah Ning buat homework dari pelbagai sumber sebab lakonan dia padu. 


Nak sembang pasal sinematografi dari Zulkefli Mat zin memang menarik lah dengan drone shot kota Kuala Lumpur di waktu malam dan keindahan visual dalam babak lain. Ada lah beberapa babak yang nampak lebih menarik kalau guna wide shot instead of close up. 

Wardrobe team pun mainkan peranan bila menambahkan impak pada karakter setiap watak. Props team lah yang bermasalah sikit macam babak yang melibatkan duit tu nampak benar duit palsu sebab material keras. Baju kemeja putih Dharma masa dia bincang pasal majlis kahwin dengan Natalie pun beria betul comot dengan watercolour sampai ke belakang. 


Soundtrack lagu Kuasa dari Joe Flizzow dengan Azlan & The Typewriter lah agak annoying sebab dia dah cantik guna Bahasa baku tapi bila chorus, dia sebut kuase. Kalau sebut kuasa boleh tinggalkan impak yang kuat pada lagu. Tapi ni personal opinion je lah. 

Tak tahu lah team production akan kekalkan penulis yang sama kalau ada sekuel nanti tapi seeloknya cari yang kreatif lahirkan elemen drama dan thriller lah. Sayang dah ada barisan pelakon yang bagus dalam drama Kuasa terbitan Astro Originals dan Skop Productions tapi penulisan pula lemah. Buat plot twist sana sini lepastu terbabas. Menyedihkan juga lah sebab paparkan industri sendiri pun tak mampu come up dengan naskhah yang mantap.


Patutnya kisah cinta Arman dengan Delaila tak patut ada. Watak Emma pun patut dikurangkan sebab merepek. Lakonan Alicia Amin pun lemah dan tenggelam bila ada pelakon senior dalam babak yang sama. Watak Tan Sri Aziz merepek masa dekat episode last tu. Watak tak penting tapi tiba-tiba ada plot twist lepastu drag cerita dengan kecuaian sendiri. 

Kecewa bila tengok dari awal dok build up rasa teruja nak tengok level singa Puan Sri Lily tapi dia tahap kucing daring je. Dengan watak picisan beria lah tapi bila manage syarikat habis tunggang-langgang. 

Sama lah dengan Darius yang kononnya licik dan hebat tapi bila wife lari mula cari dadah dengan arak. Rasa nak kutuk berguni sebab watak Emma tu negatif dari awal sampai habis tapi Darius ni macam kena makan nasi kangkang. Kenapa dia tak mampu nak track Emma dekat mana pun kelakar. Emma nak bunuh mak dia pun dia boleh maafkan padahal duduk villa tu pun papa dia yang hadiahkan. Okay je kalau dia nak ambil hadiah papa tapi lebih padu lah kalau dia bagitahu papa dia hadiah ni sebab hasil usaha dia untuk Wira Entertainment. 


Sama lah dengan babak dia mandi kononnya nak move on. Ingatkan babak dia mandi dalam shower tu sebagai simbolik dia buang diri dia yang lama and start over rupanya setakat mandi je. Lepastu meroyan balik cari bini dekat mana. Apooooo! Kalau tengok drama ni memang banyak lah perbuatan setiap watak yang menjadi persoalan. Too easy to execute and too easy to forgive. Mehhhh.

Watak sampingan macam watak Arman (Dazrin) pun menyakitkan hati juga bila tak sudah tonjolkan kebodohan dengan nyata. Tak faham kenapa Tan Sri Dhameer berkenan betul dengan Arman sampai nak kahwinkan dengan Delaila. Jaga syarikat sendiri pun gagal, buat pembentangan bajet pun gagal, tu belum sembang bab uruskan sesuatu hal. Hujungnya mesti Delaila atau Tan Sri yang kena take over. Berangin betul tengok babak dekat hotel tu bila dia yang tahu pasal kejadian tu tup tup call Delaila sebab dah trending dekat Twitter dengan gambar close-up. Dah kalau media dengan polis tak sampai lagi mesti lah dia punca berita tersebar. 


Watak Atikah (Anna Jobling) je la kot yang menarik dari awal sampai habis dalam drama Kuasa ni walaupun tak faham kenapa dia wujud. Suka tengok lakonan Anna dalam drama ni. Looking forward to watch Melur Untuk Firdaus! Tibehhh

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4/10


ERA memperkenalkan segmen baharu ‘3 Pagi ERA’, ‘101 ERA’ dan ‘Daebak ERA’ bersama personaliti baharu bermula 18 Julai | 
Dengar di udara atau melalui aplikasi SYOK

Gandingan Personaliti Baharu dan Pengisian Terkini di ERA

Para peminat ERA, jenama radio No. 1 di Malaysia, boleh menantikan barisan personaliti baharu dengan pengisian-pengisian terkini dan terus berhibur dengan segmen-segmen terbaik di ERA mulai 18 Julai ini, setiap Isnin hingga Jumaat, di udara dan juga di aplikasi SYOK. 

Segmen pagi baharu ‘3 Pagi ERA’, jam 6 hingga 10 pagi, akan menampilkan Nabil, Azad dan Radin, gandingan 3 jejaka versatil yang bakal menemani peminat. ‘3 Pagi ERA’ akan merangkumi perbincangan topik semasa, interaksi bersama peminat dan tawa jenaka dengan pengisian baharu, termasuk:

o Lagu Berantai: Permainan menyanyikan rangkap lagu bersama peminat dengan menggunakan perkataan yang diberikan.

o Flex Jap: Ruang bebas untuk peminat berkongsi cerita tentang pencapaian yang dimiliki dari segi kehidupan, kerjaya dan perniagaan yang dijalankan.

o CeKePi: Sketsa perbincangan isu-isu tular di media sosial yang dilakonkan dengan konsep di kedai makan oleh personaliti ERA.

o Sembang: Peminat boleh membuat panggilan untuk berinteraksi dan berkongsi aktiviti harian.

o Lu Pikir: Pandangan dan nasihat tentang perkara sekeliling dikongsikan oleh Nabil.

Di segmen baharu ‘101 ERA’ pula, jam 4 petang hingga 8 malam, keserasian gandingan hebat personaliti radio Haniff dan Ray akan tampil dengan interaksi bersama peminat dengan perbincangan yang informatif. Pengisian terkini di ‘101 ERA’ merangkumi: 

o Topik: Haniff dan Ray akan mengulas topik menarik dan pendengar boleh membuat panggilan untuk berkongsi pendapat.

o Teacher Teacher: Ray akan mempelajari perkataan Inggeris dan maksud di sebalik perkataan yang diberikan oleh Haniff. 

o Lirik Petik, setiap Jumaat: Haniff dan Ray akan menjemput pemanggil bermain permainan untuk mencipta lagu dengan menggunakan perkataan yang di ‘petik’.

Di waktu malam pula, peminat ERA boleh menantikan kehadiran Fazziq Muqris, personaliti baharu ERA, bergandingan bersama Munaa Bella dalam segmen ‘Daebak ERA’, jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Munaa dan Fazziq akan menceriakan waktu malam peminat dengan: 

o Hanguko: Munaa akan berkongsi perkataan Korea.

o Pentas Daebak: Peminat dapat berhibur dengan lagu dari artis-artis baharu.

o Top 20: Lagu-lagu undian peminat dimainkan di aplikasi SYOK.

o TikTok 10 ERA, setiap Jumaat: Peminat boleh mendengarkan lagu-lagu carta teratas TikTok.


Terus Berhibur Dengan Pengisian-Pengisian Terbaik di ERA


Selain itu, pada hari Isnin hingga Jumaat, peminat boleh terus berhibur dengan segmen:
o ‘Port-ERA’ bersama Danial Zaini, dari jam 10 pagi hingga 1 petang dengan:
W-O-N-T (What’s On The News Today) di mana Danial membawa watak ‘Bro Paprik’ dan berkongsi cerita-cerita semasa yang tular.
FYE (For Your Eye) di mana peminat boleh berkongsi topik-topik perbualan di media sosial dengan tanda pagar #FYE dan topik terbaik akan dikongsikan oleh Danial.
o ‘Gempak Hit ERA’ bersama Isha Norsham, dari jam 1 hingga 4 petang, di mana Isha akan menemani peminat dengan topik perbualan menarik merangkumi hiburan, cerita artis tempatan dan luar negara,  berita sukan dan isu-isu tular di media sosial yang diterbitkan oleh portal Astro Gempak. Peminat juga berpeluang membuat permintaan lagu menerusi Instagram ERA.


Pada hujung minggu pula, semua peminat boleh menghitung kedudukan lagu terbaik dalam ‘Carta ERA 40’ dan berhibur dengan segmen-segmen menarik seperti ‘The best of 3 Pagi ERA’, ulangan babak-babak terbaik; ‘Hallyu ERA’, pilihan 10 lagu terbaik Korea dari permintaan pendengar; ‘Flow ERA’, lagu-lagu bergenre Hip Hop & Rap dari artis tempatan dan luar negara; serta ‘Non Stop ERA’, putaran lagu-lagu popular tanpa henti. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.era.je atau ikuti ERA di platform media sosial. 

Ulasan daripada Hani Fadzil, Pengurus Kandungan ERA


“Kami teruja untuk memperkenalkan ERA terkini dan diperbaharui buat pendengar, dengan segmen baharu 3 Pagi ERA bersama Nabil, Azad dan Radin, 101 ERA bersama Haniff dan Ray, serta Daebak ERA bersama personaliti baharu, Fazziq dan suara yang dikenali ramai, Munaa Bella. Melalui pembaharuan yang ditampilkan ini, kami teruja menyajikan pengisian relevan dan pelbagai buat 2.9 juta pendengar mingguan kami. Kami berterima kasih kepada semua pendengar atas sokongan mereka yang menakjubkan serta berterusan dan berharap mereka menikmati pengisian terkini di ERA.”

Ikuti laman media sosial ERA:









INTISARI RANCANGAN ASTRO RIA 18 – 24 JULAI 2022

Saturday, 16 July 2022


 INTISARI RANCANGAN ASTRO RIA 18 – 24 JULAI 2022


Monday, Jul 18

06:00 Demi Rindumu 0004

07:00 Impiana S4 0008

07:30 Sedapur Bersama 0008

08:00 Lara Oh Lara! 0008

08:30 The House S1 0009

09:00 Kapsul Pesona Pengantin S4 0016

09:10 Kapsul expeRIAnce: Know My Name 0001

09:20 Kapsul Impiana S4 0016

09:30 Projek Theme Park 0008

10:00 Ratu Ten Pin 2: Shalin 0004

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0090

12:30 Jangan Menangis Cinta 0027

13:30 The Best of Gegar Vaganza 2022 0007

14:00 Karaoke Superstar 0007

15:30 Kak Kek & Abe Mmasok 0007

16:00 Jodohku Babysitter 0006

17:00 Royal Feast 0003

18:00 Drama Chat  0002

18:00 Kapsul Stage 104 0022

18:10 Kapsul Pesona Pengantin S4 0016

18:20 Kapsul Impiana S4 0016

18:30 h+ 0003

19:00 MegaDrama: Rindu Awak Separuh Nyawa 0040

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0091

21:00 Tolonglah, Cik B! 0004

21:30 The Lucky Bini Show 0009

22:00 Jodohku Babysitter 0007

23:00 Ratu Ten Pin 2: Shalin 0005

00:00 Unplugged 2019 Filler 0012

00:10 Kapsul Pesona Pengantin S4 0016

00:20 Kapsul Impiana S4 0016

00:30 Go SHop

01:30 Roti Canai Love Story 

03:30 Semanis Fondant 0008

04:00 Kampong Pisang Bersiri Siri 0013

05:00 Projek Theme Park 0008

05:30 Apa Ada Dengan Cinta 0008


Tuesday, Jul 19

06:00 Demi Rindumu 0005

07:00 Pesona Pengantin S4 0008

07:30 Teroka Lokal 0008

08:00 Hairul Hanis Junior 0008

08:30 Sesat 0001

09:00 Kapsul Pesona Pengantin S4 0017

09:10 Kapsul expeRIAnce: Know My Name 0002

09:20 Kapsul Impiana S4 0017

09:30 expeRIAnce:Travel Like Local x Aussie 0008

10:00 Ratu Ten Pin 2: Shalin 0005

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0091

12:30 Jangan Menangis Cinta 0028

13:30 The Best of Big Stage 0003

14:00 Bibik Aku Nak Kahwin 

16:00 Jodohku Babysitter 0007

17:00 Royal Feast 0004

18:00 Mind Your Jawi 2021 0002

18:30 Tolonglah, Cik B! 0004

19:00 MegaDrama: Rindu Awak Separuh Nyawa 0041

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0092

21:00 (L) MeleTOP S10 0038

22:00 Jodohku Babysitter 0008

23:00 Ratu Ten Pin 2: Shalin 0006

00:00 Unplugged 2019 Filler 0013

00:10 Kapsul Pesona Pengantin S4 0017

00:20 Kapsul Impiana S4 0017

00:30 Go Shop

01:30 Jihan Nak Disiplin Anak 

03:30 Variarasa Sunquick S2 0008

04:00 Kampong Pisang Bersiri Siri 0014

05:00 expeRIAnce:Travel Like Local x Aussie 0008

05:30 Di Balik Idola 0008

Wednesday, Jul 20

06:00 Demi Rindumu 0006

07:00 Romantika S8 0009

07:30 Teroka Lokal Battle 0008

08:00 The Adventure of Aqeef AmyrAmar 0008

08:30 GeneRIAsi Gap 0001

09:00 Kapsul Pesona Pengantin S4 0018

09:10 Kapsul expeRIAnce: Know My Name 0003

09:20 Kapsul Impiana S4 0018

09:30 Ready, Set, Action! 0008

10:00 Ratu Ten Pin 2: Shalin 0006

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0092

12:30 Jangan Menangis Cinta 0029

13:30 Roda Panas S2 0001

14:00 Mimi Amah Diva 

16:00 Jodohku Babysitter 0008

17:00 Royal Feast 0005

18:00 Kapsul Dewi Remaja 2022 0002

18:10 Kapsul Pesona Pengantin S4 0018

18:20 Kapsul Impiana S4 0018

18:30 The Lucky Bini Show 0009

19:00 MegaDrama: Rindu Awak Separuh Nyawa 0042

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0093

21:00 Gempak TV 2022 0011

21:30 The Maid 2 0003

22:00 Jodohku Babysitter 0009

23:00 Ratu Ten Pin 2: Shalin 0007

00:00 Kapsul Dewi Remaja 2022 0002

00:10 Kapsul Pesona Pengantin S4 0018

00:20 Kapsul Impiana S4 0018

00:30 Go Shop

01:30 Bibik Aku Nak Kahwin 

03:30 Michael Ang's Halal Kitchen S2 0008

04:00 Projek: Anchor SPM 0001

05:00 Ready, Set, Action! 0008

05:30 Unplugged 2018 0008


Thursday, Jul 21

06:00 Demi Rindumu 0007

07:00 Taste Selebriti 0008

07:30 baikpunya 0008

08:00 Pa & Ma S7 0001

08:30 Fan Fanatik 0003

09:00 Naura Shorts: Mini Me Bakes 0003

09:10 Kapsul expeRIAnce: Know My Name 0004

09:20 Naura Shorts: Teroka Lokal 0005

09:30 expeRIAnce:Fantasy Escape 0008

10:00 Ratu Ten Pin 2: Shalin 0007

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0093

12:30 Jangan Menangis Cinta 0030

13:30 Laser Bertemu Laser 0001

14:00 Bila Kau Datang 

16:00 Jodohku Babysitter 0009

17:00 Royal Feast 0006

18:00 Kapsul Karaoke Superstar 0008

18:15 Kapsul Dewi Remaja 2022 0002

18:20 Naura Shorts: Teroka Lokal 0003

18:30 Apa Ada Dengan Dot Dot Dot S3 0008

19:00 MegaDrama: Rindu Awak Separuh Nyawa 0043

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0094

21:00 Dukun Diva 0002

22:00 Jodohku Babysitter 0010

23:00 Ratu Ten Pin 2: Shalin 0008

00:00 Kapsul Karaoke Superstar 0008

00:15 Kapsul Dewi Remaja 2022 0002

00:20 Naura Shorts: Teroka Lokal 0003

00:30 Go Shop

01:30 Mimi Amah Diva 

03:30 Datin Masak, Dato' Suka 0009

04:00 Projek: Anchor SPM 0002

05:00 expeRIAnce:Fantasy Escape 0008

05:30 Inspirasi hlive 2017 0009

Friday, Jul 22

06:00 Demi Rindumu 0008

07:00 Obsesiku 0008

07:30 Halal Maps 0008

08:00 Oh My Family S2 0003

08:30 Extreme Roadtrip 0008

09:00 Kapsul Karaoke Superstar 0008

09:15 Naura Shorts: Teroka Lokal 0006

09:30 Jejak Jepun Jihan S3 0008

10:00 Ratu Ten Pin 2: Shalin 0008

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0094

12:30 Jangan Menangis Cinta 0031

13:30 Gempak TV 2022 0011

14:00 Mama Zoomba 

16:00 Jodohku Babysitter 0010

17:00 Royal Feast 0007

18:00 Kapsul Tolonglah, Cik B! 0005

18:15 Kapsul Karaoke Superstar 0008

18:30 The Maid 2 0003

19:00 MegaDrama: Rindu Awak Separuh Nyawa 0044

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0095

23:30 MeleTOP S10 0038

00:30 Go Shop

01:30 Bila Kau Datang 

03:30 Apa Rasa? 0008

04:00 Projek: Anchor SPM 0003

05:00 Jejak Jepun Jihan S3 0008

05:30 Awak Kat Mana? 0008

Saturday, Jul 23

06:00 Imaan 0010

07:00 Go Shop

08:00 Tolong Saya Encik Dinosaur 

10:00 Laser Bertemu Laser 0001

10:30 3 Gadis Manis 0002

11:00 (L) Go Shop

12:00 hlive! 2022 0095

12:30 Gempak TV 2022 0011

13:00 Karaoke Superstar 0007

14:30 Media Hiburan Throwback 0007

15:00 Ali Baba Bujang Lapok 

17:30 Bintang Minggu Ini SR 2 0004

19:00 PHD Muzik 0006

20:00 (L) AWANI 7:45/ Sinar AWANI 

20:30 hlive! 2022 0096

21:00 Dewi Remaja 2022 0002

22:00 Paddington 2 

00:00 Mind Your Jawi 2021 0002

00:30 Go Shop

01:30 Seiras Seirama 0003

03:00 Alternatif 2018 0015

03:30 Lagenda Budak Setan 

05:30 Hlive Special 2022 0002


Sunday, Jul 24

06:00 Imaan 0011

07:00 Go Shop

08:00 Cerai 

10:00 MeleTOP S10 0038

11:00 (L) Go Shop

12:00 h+ 0004

12:30 The Maid 2 0003

13:00 Kal Ho Na Ho (HD 

16:30 Kak Kek & Abe Mmasok 0007

17:00 Tolonglah, Cik B! 0004

17:30 The Lucky Bini Show 0009

18:00 Dewi Remaja 2022 0002

19:00 Superbike 

21:00 Karaoke Superstar 0008

22:30 Nafsu Mental 

00:30 Go Shop

01:30 Seiras Seirama 0004

03:00 Alternatif 2018 0016

03:30 Lagenda Budak Setan 2 


 INTISARI RANCANGAN ASTRO WARNA  18 – 24 JULAI 2022


Monday, Jul 18

00:00 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0011

00:05 Otai Can Do It! 0001

00:30 Annyeonghaseyo Cikgu Maryam 0002

01:00 J-POP 0002

02:00 Potong 0002

03:00 Ini Malam Kita Punya (HD) 0003

04:00 Maharaja Lawak Mega 2014 (HD) 0002

05:55 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0007

06:00 Kalau Berani 1 vs 0 0004

07:00 J-POP 0007

08:00 Chapalrela 0007

09:00 Potong 0007

10:00 Opah Popular 0007

10:30 Kuali Terbalik 0007

11:00 Kiah Pekasam 0007

11:30 Lawak Ke Dik? 0007

12:00 Layan Je! Opera Zero 0034

12:05 Layan Je! Arena Panas: Pro VS Bro 0001

12:10 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0025

12:15 Ragam Cucu & Atuk 0001

12:30 JOZAN 0006

13:30 Super Spontan All Stars 0006

15:00 Lawak Minggu Ini 0008

16:00 Pecah Perut 0007

16:30 Ini Malam Kita Punya (HD) 0006

17:25 Gelak Gempak 0007

18:25 Sembang Teh Tarik 0007

18:55 Di Balik Tawa 0007

19:25 Betul Ke Bohong? S4 0007

19:55 MLM Terbaik 2014 (HD) 0001

20:55 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0035

21:00 Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0007

22:00 The Masked Singer Malaysia 0007


Tuesday, Jul 19

00:00 Redah Kasi Pecah Ekstravaganza 0006

01:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0006

02:00 Interpretasi Rabak 3 0007

02:30 Tele Berkembar 2 0007

04:00 Juara Parodi 2015 (HD) 0007

05:55 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0008

06:00 Kalau Berani 1 vs 0 0005

07:00 J-POP 0008

08:00 Chapalrela 0008

09:00 Potong 0008

10:00 Opah Popular 0008

10:30 Kuali Terbalik 0008

11:00 Kiah Pekasam 0008

11:30 Lawak Ke Dik? 0008

12:00 Layan Je! Opera Zero 0035

12:05 Layan Je! Arena Panas: Pro VS Bro 0002

12:10 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0026

12:15 Ragam Cucu & Atuk 0002

12:30 JOZAN 0007

13:30 Super Spontan All Stars 0007

15:00 Lawak Minggu Ini 0009

16:00 Pecah Perut 0008

16:30 Ini Malam Kita Punya (HD) 0007

17:25 Gelak Gempak 0008

18:25 Sembang Teh Tarik 0008

18:55 Di Balik Tawa 0008

19:25 Betul Ke Bohong? S4 0008

19:55 MLM Terbaik 2014 (HD) 0002

20:55 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0036

21:00 Mami Jarum Junior 

23:00 Bocey & Friends Live 0005


Wednesday, Jul 20

00:00 Redah Kasi Pecah Ekstravaganza 0007

01:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0007

02:00 Interpretasi Rabak 3 0008

02:30 Tele Berkembar 2 0008

04:00 Juara Parodi 2015 (HD) 0008

05:55 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0009

06:00 Kalau Berani 1 vs 0 0006

07:00 J-POP 0009

08:00 Chapalrela 0009

09:00 Potong 0009

10:00 Opah Popular 0009

10:30 Kuali Terbalik 0009

11:00 Kiah Pekasam 0009

11:30 Lawak Ke Dik? 0009

12:00 Layan Je! Opera Zero 0036

12:05 Layan Je! Arena Panas: Pro VS Bro 0003

12:10 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0027

12:15 Ragam Cucu & Atuk 0003

12:30 Mystery Ranking Show Malaysia 0009

13:30 Super Spontan All Stars 0008

15:00 Lawak Minggu Ini 0001

16:00 Pecah Perut 0009

16:30 Ini Malam Kita Punya (HD) 0008

17:25 Gelak Gempak 0009

18:25 Sembang Teh Tarik 0009

18:55 Di Balik Tawa 0009

19:25 Betul Ke Bohong? S4 0009

19:55 MLM Terbaik 2014 (HD) 0003

20:55 Kapsul Zon Lawak 0157

21:00 123 Glamour 0003

21:30 DUMMY 

22:00 Abe Zizan Can Do It! 0004

22:30 Opocot Melatah Budak Pejabat S2 0004

23:00 Bocey & Friends Live 0006


Thursday, Jul 21

00:00 Redah Kasi Pecah Ekstravaganza 0001

01:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0008

02:00 Interpretasi Rabak 3 0009

02:30 Tele Berkembar 2 0009

04:00 Juara Parodi 2015 (HD) 0009

05:55 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0010

06:00 Kalau Berani 1 vs 0 0007

07:00 J-POP 0010

08:00 Chapalrela 0010

09:00 Potong 0010

10:00 Opah Popular 0010

10:30 Kuali Terbalik 0010

11:00 Kiah Pekasam 0010

11:30 Lawak Ke Dik? 0010

12:00 Layan Je! Mystery Ranking Show Malaysia 0017

12:05 Apa Cer? Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0008

12:10 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0028

12:15 JOZAN 0008

13:15 Super Spontan All Stars 0009

14:45 Lawak Minggu Ini 0002

15:45 Pecah Perut 0010

16:15 Ini Malam Kita Punya (HD) 0009

17:15 Gelak Gempak 0010

18:15 Sembang Teh Tarik 0010

18:45 Countdown Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0013

18:50 Di Balik Tawa 0010

19:20 Betul Ke Bohong? S4 0010

19:50 Countdown Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0014

19:55 MLM Terbaik 2014 (HD) 0004

20:55 Kapsul Zon Lawak 0158

21:00 (L) Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0008

22:05 Abe Zizan Can Do It! 0005

22:30 Opocot Melatah Budak Pejabat S2 0005

23:00 Bocey & Friends Live 0007


Friday, Jul 22

00:00 Redah Kasi Pecah Ekstravaganza 0003

01:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0009

02:00 Interpretasi Rabak 3 0010

02:30 Tele Berkembar 2 0010

04:00 Juara Parodi 2015 (HD) 0010

05:55 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0011

06:00 Kalau Berani 1 vs 0 0008

07:00 J-POP 0011

08:00 Chapalrela 0011

09:00 Potong 0011

10:00 Opah Popular 0011

10:30 Kuali Terbalik 0011

11:00 Kiah Pekasam 0011

11:30 Lawak Ke Dik? 0011

12:00 Layan Je! Mystery Ranking Show Malaysia 0018

12:05 Chia Chia Chia Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0008

12:10 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0029

12:15 Kapsul Karaoke Superstar 0008

12:30 Arena Panas: Pro VS Bro 

13:30 Arena Panggang: Marah Marah Sayang 

14:55 Maharaja Lawak Mega 2021 0010

17:55 Pendekar Bujang Lapok (HD) 

19:55 Sepahtu Reunion Live 2022 Part 2 0008

20:55 Kapsul Zon Lawak 0159

21:00 (DUMMY) MLS 3 

23:30 Best Of The Masked Singer Malaysia S2 0001


Saturday, Jul 23

00:00 Warung Sepahtu 0007

01:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0010

02:00 Interpretasi Rabak 3 0011

02:30 Tele Berkembar 2 0011

04:00 Juara Parodi 2015 (HD) 0011

05:55 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0012

06:00 Kisah Tok Kadi S1 0003

07:00 #havocwarna 0003

08:00 Tiga Serumah 0004

09:00 Lawak Solo 0003

10:30 Lawak Ke Dik? 0003

11:00 Saka Sisters 0009

11:30 Saka Sisters 0010

12:00 Saka Sisters 0011

12:30 Saka Sisters 0012

13:00 Punchline 0003

14:00 Miss Lawak 0003

15:00 Opocot The Movie 

17:00 Super Spontan 2013 0003

18:30 Karoot Komedia 0004

19:30 Betul Ke Bohong Sayang (HD) 0003

20:00 Bas Stop! 0001

20:30 Sepahtu 0003

21:00 The Grand Master Asia 0005

23:00 Mystery Ranking Show Malaysia 0009


Sunday, Jul 24

00:00 Annyeonghaseyo Cikgu Maryam 0003

00:30 J-POP 0003

01:30 Potong 0003

02:30 Ini Malam Kita Punya (HD) 0003

03:30 Maharaja Lawak Mega 2014 (HD) 0003

05:55 Klip The Masked Singer Malaysia S2 0013

06:00 Kisah Tok Kadi S1 0004

07:00 #havocwarna 0004

08:00 Tiga Serumah 0005

09:00 Lawak Solo 0004

10:30 Lawak Ke Dik? 0004

11:00 Saka Sisters 0013

11:30 Saka Sisters 0014

12:00 Saka Sisters 0015

12:30 Saka Sisters 0016

13:00 Punchline 0004

14:00 Miss Lawak 0004

15:00 Shiro, Bermula Sebuah Cerita (HD) 

17:00 Super Spontan 2013 0004

18:30 Karoot Komedia 0006

19:30 Betul Ke Bohong Sayang (HD) 0004

20:00 Bas Stop! 0002

20:30 Sepahtu 0004

21:00 Maharaja Lawak Mega 2021 0007

23:00 Life At Thinker 0002

23:30 Tak Kot 0004