Movie Review | Teka-teki Tika (2021)

Saturday, 9 July 2022


Pengarah : Ernest Prakasa
Penulis Skrip : Ernest Prakasa
Pelakon :  Sheila Dara Aisha, Morgan Oey, Dion Wiyoko, Ferry Salim, Eriska Rein, Jenny Zhang, Tansri Kemala
Syarikat Produksi : Starvision Plus, Indie Pictures, Imajinari, Fosa Pictures
Pengedar : Disney+ Hotstar Indonesia
Genre : Drama / Misteri
Durasi Tayangan : 83 minit
Tarikh Tayangan : 3 Disember 2021 (JAFF), 23 Disember 2021 (Indonesia), 6 Mei 2022 (Disney+ Hotstar)
Trailer :


Kisah bermula dengan kekusutan Pak Budiman (Ferry Salim) dan isterinya, Sherly (Jenny Zhang) dalam mencari ikhtiar untuk dapatkan dana bagi membayar semula hutang mereka. Rumah agam mereka menjadi cagaran kepada pelaburan berisiko tinggi tersebut. Belum selesai masalah besar, datang lagi satu masalah bila Tika (Sheila Dara Aisha) perkenalkan diri sebagai anak perempuan Budiman. 

Sherly lebih percaya dengan kata-kata Tika dari suaminya sendiri kerana dia pun tahu Budiman pernah selingkuh 20 tahun lalu. Selain skandal Budiman yang mengejutkan semua ahli keluarga, Tika juga beritahu tentang hubungan Laura (Eriska Rein) dan Andre (Morgan Oey). 


Dek kerana status Tika sebagai anak luar nikah dan hidup sebatang kara setelah ibunya meninggal lantas dihantar ke rumah anak yatim, dia minta Pak Budiman bayar sebanyak 100 juta rupiah sebagai pampasan. Jika jumlah tersebut dibayar maka dia akan pergi dan hilang tanpa membuat kecoh langsung. Jumlah yang diminta agak tinggi untuk Pak Budiman tunaikan dek kerana keadaan mereka yang terjerat dengan hutang. 

Naskhah Teka-teki Tika merupakan debut genre kepada pengarah dan juga penulis Ernest Prakasa kerana sebelum ini beliau lebih cenderung dengan genre komedi. Walaupun Teka-Teki Tika merupakan naskhah thriller namun masih banyak juga babak yang sarat dengan komedi santai. Watak Jane (Tansri Kemala) diwujudkan untuk elemen kelakar. Berdekah bila dia cakap Andre anjing tanpa rasa bersalah.

Tengok gambar keluarga dekat belakang tu pun dah boleh nampak siapa tulang belakang keluarga
 
Durasi naskhah yang berunsurkan misteri ni agak pendek dari filem kebiasaannya kerana durasinya sepanjang 83 minit saja. Kata Ernest naskhah ni terhasil akibat stress dengan pandemik Covid-19 yang berpanjangan. Disebabkan rasa ingin bebas tu terlahirlah naskhah yang menyindir budaya korupsi yang wujud di negara Indonesia. 

Kira power lah pengarah jenis kreatif ni sebab mampu hasilkan karya yang bagus dan menarik walaupun stress. Naskhah ni ringkas saja plotnya tapi tinggalkan impak yang kuat. Sampai sekarang masih terasa lagi penangan watak Tika yang muncul untuk menegakkan keadilan pada mangsa. 


Sinematografi hasil karya Arfian menambahkan lagi mood dan momentum penceritaan kerana tona warna yang digunakan tampak menarik ala filem Knives Out (2019). Mungkin sebab tu lah ramai yang letak expectation tinggi sebab terpedaya dengan promo material. Music score dari Rooftopsound terikat dengan tema misteri yang dibawakan oleh beberapa watak. Cukup untuk menghadirkan rasa saspen dan menyesakkan. 

Walaupun jalan cerita Teka-Teki Tika ni menarik dengan misteri dan plot twist tapi tetap ada kelemahannya juga bila tak banyak pun elemen misteri dan teka-teki yang diketengahkan. Senang sangat nak tahu watak mana yang membantu Tika untuk dapat maklumat atau rahsia gelap dalam keluarga tersebut dan tebakan tu juga betul bila muncul plot twist di hujung cerita. 


Sama juga lah dengan misteri rahsia Pak Budiman yang disimpan selama 20 tahun bila perwatakan dia berubah selepas berbincang bersama Arga (Whani Darmawan). Kalau setakat selingkuh rasanya mana-mana lelaki pandai simpan rahsia sampai tiba masanya untuk ketahuan. Tapi kalau dosa yang lebih besar, apatah lagi tanpa sengaja, perlukan lebih masa untuk tenangkan diri. 


Mungkin ada yang suka dan ada juga yang rasa kecewa sebab berbeza dari yang dijangka. I totally love this movie sebab kreativiti team production. Cuma macam terlampau awal bila filem bergerak ke target seterusnya yang lebih besar sedangkan pengarah perlu build up lagi watak Tika untuk jadi watak heroin kegemaran penonton. Mungkin boleh tambah dua filem prekuel sebelum berpatah kembali ke timeline yang diceritakan dalam installment pertama. Yes I have a strong hunch that this movie gonna be a powerful franchise! All the best! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.4/10

Movie Review | Major (2022)

Friday, 8 July 2022


Director : Sashi Kiran Tikka
Writer : Adivi Sesh, Abburi Ravi (Telugu dialogue), Akshat Ajay Sharma (Hindi dialogue)
Cast : Adivi Sesh, Prakash Raj, Sobhita Dhulipala, Saiee Manjrekar, Revathi, Murali Sharma, Anish Kuruvilla
Production Companies : Sony Pictures International Productions, G. Mahesh Babu Entertainment, A+S Movies
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Biographical / Action / Drama
Running Time : 149 minutes
Release Date : 3rd June 2022
Trailer:



Dari kecil lagi Mejar Sandeep Unnikrishnan tak kenal erti takut dan sentiasa ke depan untuk membantu sesiapa yang memerlukan baik ahli keluarga mahupun orang asing. Dek kerana semangat dan prinsip hidup dia, Sandeep sertai tentera darat setelah permohonan untuk masuk tentera laut ditolak gara-gara daya penglihatan yang lemah.

Tak ambil masa yang lama untuk Mejar Sandeep buktikan kemampuan dan dedikasi terhadap kerjaya bila dia dipandang tinggi oleh ahli pasukan dan juga pihak atasan. Dia merupakan pegawai latihan untuk 51 Special Action Group dalam National Security Guard – skuad elit pertahanan negara India untuk serangan pengganas. 


Malangnya, hidup peribadi Mejar Sandeep goyah kerana tiada masa untuk bersama dengan isterinya, Isha (Saiee Manjrekar) walaupun di saat genting. Isha kesunyian sampai keguguran pun Sandeep tak tahu. Hari yang sama Sandeep ingin pujuk Isha adalah hari di mana pengganas buat serangan di Hotel Taj, Mumbai. 

Memandangkan dah banyak filem dibikin berlatarkan serangan pengganas pada 26 November 2008 sama ada sebelum, semasa mahupun selepas tragedi hitam negara India. Jadi pengarah  Sashi Kiran Tikka lebih tekankan kehidupan peribadi Mejar Sandeep yang diceritakan melalui temubual bersama kedua orang tuanya. Sebab tu juga lah salah satu genre naskhah Major adalah drama.


Masuk second half baru tunjuk macam mana skuad NSG dalam Operation Black Tornado menentang pengganas dipaparkan. Tak kisahlah berapa banyak kali pun tengok movie yang berlatarkan 26/11 pun, setiap kali tu juga lah gerun dan ngeri tengok kekejaman pengganas. Tak boleh bayang macam mana nasib diri kalau ada dalam situasi tu. Lakonan Sobhita Dhulipala menguatkan lagi rasa ngeri sebagai mangsa yang terperangkap di dalam tragedi tersebut. 


Anxious juga masa tengok movie Major ni sebab semua mejar yang ketuai operasi tu tak pakai helmet untuk lindung kepala. Awalnya mengutuk dalam hati juga kenapa hero tak pakai helmet. Takkan sebab nak maintain muka kacak walaupun dalam scene intense macam ni? 

Rupanya ada netizen explain yang kerajaan India zaman tu mana ada duit jadi semua yang berpangkat tinggi berbekalkan kekuatan dan keberanian sahaja. Bila tengok beberapa babak baru perasan yang pangkat bawah je pakai serba-serbi lengkap. 


Scene Major Sandeep bertarung seorang diri dengan pengganas seramai 5 orang tu paling saspen dan paling menarik dalam filem ni. Boleh nampak lah kenapa dia boleh naik jadi Mejar untuk skuad tu. Mesti masa tu ramai anak buah yang kagum dengan dia sebab fight depan mata. Tapi kalau babak ni fiksyen, penonton je lah yang kagum sebab tambah point dengan action stunt and entertainment. 

Tengok pada budget movie Major ni boleh nampak lah hasil dia pun bagus cuma ada beberapa babak dalam Hotel Taj tu nampak macam dekat dalam set. But the rest still believable and beautiful to watch. Music album pun not bad and my personal fav is Oh Isha from Armaan Malik and Chinmayi also Saathiya sung by Javed Ali. 


Sebab filem Major ni lah I kenal Saiee Manjrekar walaupun dia debut dalam Dabangg 3 which I haven’t watch it yet. Cantik sangat Saiee ni walaupun tak banyak screentime dia dengan Adivi tapi chemistry tetap menyerlah. 


Dari awal filem sampai ke hujung filem I enjoy tengok Major sebab lakonan yang digalas oleh Adivi Sesh. Skrip filem ni pun dia yang karang jadi dia tahu lah dekat mana dia nak kembangkan dan masukkan semangat patriotism dalam Major. Muka Adivi pun lebih kurang sama dengan Mejar Sandeep sebenar so bila tengok tu rasa feel lebih sikit. Bila tengok ending berjurai lah air mata. Yang belum tengok Major, boleh layan dekat Netflix. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.3/10

Kerelaan hati untuk menuruti kemahuan ibu tersayang, namun hilang pendirian hidup yang diimpikan merupakan kisah utama yang diketengahkan dalam telemovie terkini Astro Ria iaitu ‘Amshar Bukan Asha’. Telemovie terbitan I Fabulous Art Media & Event Sdn Bhd ini sarat dengan emosi dan tangisan yang mampu menyayat hati setiap penonton tentang kasih sayang seorang anak kepada ibunya. 

Penceritaan berdurasi 96 minit ini mengisahkan Amshar, seorang remaja lelaki yang dijaga dan dididik dengan penuh kasih sayang oleh ibunya, Asmah. Namun berbeza daripada ibu-ibu yang lain, dia diasuh menjadi seorang yang berperwatakan lembut dan sopan, tidak menyerupai personaliti seorang lelaki. 

Malah, dia juga dipanggil dengan nama ‘Asha’ oleh ibunya sendiri. Walaupun terseksa dengan kutukan orang ramai tentang perwatakannya, Asha masih menuruti kemahuan ibunya kerana menyayanginya. Namun tindak-tanduk ibunya ini menolak impian Asha jauh daripada kehidupannya. 


Seperti remaja lelaki yang lain, Asha juga ingin bergaul dan bermain bersama mereka. Dia juga mempunyai minat dalam sukan bola sepak tetapi hanya boleh melihat dari jauh kerana segan tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman bermain sebelum ini atas menjaga perasaan ibunya. Dia terpaksa menuruti ibunya yang tidak gemar dengan perwatakan kelelakian kerana mengerti dengan perasaan dia yang mempunyai kisah silam yang buruk dengan suaminya.  

Telemovie yang menterjemahkan aspek perasaan dan pengorbanan serta menyoal kesan penderaan rumah tangga ini mengangkat Naim Daniel sebagai Amshar atau Asha dan Farah Ahmad sebagai watak ibu iaitu, Asmah.  


‘Amshar Bukan Asha’ merupakan arahan Eyra Rahman, pengarah yang dikenali ramai serta didukung oleh barisan pelakon yang berbakat seperti Syazwan Zulkifly, Haidar Hasanudin, Emma Sofea, Sahronizam Noor dan Raff Roslee. 

Telemovie ini akan ditayangkan pada hari Ahad, 10 Julai 2022, jam 10.00 pagi secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang fleksibel. 

PETIKAN KENYATAAN RASMI 

Eyra Rahman - Pengarah Telemovie ‘Amshar Bukan Asha’

“Setiap cerita yang mempunyai watak utama berkisahkan ibu dan anak pasti akan memberi sedikit tangisan kepada kita semua. ‘Amshar Bukan Asha’ merupakan sebuah telemovie yang penuh dengan emosi dan jalan cerita yang mampu membuat penonton tidak henti mengalirkan air mata.

Seperti saya sendiri, setiap manusia diasuh oleh ibunya. Itulah yang membuatkan ikatan anak dan ibu sangat berharga. Namun, penceritaan ini memaparkan kisah anak yang tidak menyukai cara asuhan ibu mereka. Tambahan pula dengan kisah di sebalik cerita masing-masing. Saya pasti penonton akan terikut dengan telemovie ini pada setiap saatnya.


Ketika penggambaran telemovie ini, cuaca sangat tidak menentu jadi ia merupakan sebuah cabaran kepada saya untuk menyiapkan penggambaran. Kami banyak melakukan penggambaran outdoor jadi kami perlu menukar jadual penggambaran mengikut kesesuaian dan budget yang telah ditentukan oleh producer. Oleh sebab itu, ada beberapa babak yang kami perlu tukarkan dari aspek skrip untuk menjadikan jalan penceritaan lebih cantik. 

Selain itu, barisan pelakon dalam telemovie kali ini semuanya berbakat. Farah Ahmad, Syazwan Zulkifly dan Shahronizam Noor merupakan pelakon yang berpengalaman jadi sangat senang bagi mereka untuk menjiwai watak masing-masing. Apa yang mereka berikan dalam telemovie ini sama seperti apa yang saya gambarkan. 


Untuk watak Amshar dan Asha juga, Naim Daniel mempunyai bakat yang sangat luar biasa. Bakatnya memang sangat luas dan dia juga merupakan seorang yang versatil. Semua orang tahu dia ialah seorang penyanyi dan komposer, malah dari segi lakonan pula dia juga bijak dalam menjiwai karakternya. Emosi yang disampaikan memang terasa dalam setiap jiwa. Tak dilupakan juga pelakon baharu seperti Emma, Haidar dan Raff yang antara pelapis baharu. Saya pasti mereka semua akan menyerlah suatu hari nanti, InshaAllah. 

Saya berharap penonton dapat menjiwai setiap yang diterjemahkan dalam telemovie ini kerana ini karya yang menyoalkan tentang perasaan dan pengorbanan. Dua perkara ini penting dalam kehidupan kita untuk memahami perasaan orang yang kita sayang. Yang pasti, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan selagi kita masih bernafas yang datangnya daripada Allah SWT. Jangan lah kita mementingkan diri sendiri dan wujudkan lah persefahaman dengan mereka yang kita sayangi. Setiap pengorbanan itu haruslah dihargai. Saya berharap telemovie ini dapat menghasilkan keyakinan pada diri semua penonton untuk menyuarakan kehendak diri masing-masing.”

PECAHAN WATAK TELEMOVIE ‘AMSHAR BUKAN ASHA’

Naim Daniel sebagai Amshar/Asha
Farah Ahmad sebagai Puan Asmah
Emma Sofea sebagai Yam
Syazwan Zulkifly sebagai Mazlan
Haidar Hasanudin sebagai Sahar
Raff Roslee sebagai Amirul
Sahronizam Noor sebagai Rusli

LOGLINE TELEMOVIE ‘AMSHAR BUKAN ASHA’


Perjalanan hidup seorang remaja yang terseksa kerana terpaksa berkorban demi ibu yang disayangi. Amshar mempunyai impian besar yang lama tersimpan jauh di sudut hatinya.

SINOPSIS TELEMOVIE ‘AMSHAR BUKAN ASHA’


‘Amshar Bukan Asha’ mengisahkan tentang kehidupan seorang remaja yang diberi nama timangan Asha. Asmah, ibu kepada Asha amat menyayanginya. Dari kecil Asmah lebih senang melihat anaknya berperwatakan lembut dan sopan. Setiap pemakaian anaknya ditentukan mengikut kemahuannya dari hujung rambut ke hujung kaki. Asha hanya menuruti sahaja permintaan ibunya. 

Walaupun mengharungi pelbagai liku kehidupan, Asha tetap tabah menjadi dirinya dan menjaga hati ibunya sebaik mungkin kerana dia amat menyayanginya. Namun, perwatakan lembut Asha itu bukanlah dirinya yang sebenar. Asha berperwatakan lembut seperti itu kerana diasuh ibunya sejak kecil lagi atas kebencian ibunya terhadap lelaki kerana pernah menjadi mangsa dera suaminya, iaitu ayah kepada Asha. 


Sejak nampak video Tiktok tentang kebaikan mineral silika kepada badan, memang selalu beli air Spritzer berbanding air mineral jenama lain. Air minuman Spritzer je yang ada kandungan mineral silika. 

Bagi yang tak tahu, mineral silika adalah mineral semulajadi yang ditemui dalam bentuk kristal dan boleh didapati dalam makanan atau minuman yang mampu diserap oleh tubuh badan kita. Kalau mineral semulajadi haruslah ada dalam sayur, buah-buahan dan air mineral semulajadi. 

Tak pasti kenapa air mineral lain tak ada tapi yang pastinya air mineral Spritzer memang ada kandungan silika. Sebab tu penutup botol dia warna hijau. Kalau nampak penutup botol berwarna putih, yang tu adalah air suling. Kalau berwarna biru yang tu air mineral jadi lebih baik pilih yang berwarna biru atau hijau. Air tapisan Cuckoo atau Coway pun ada kebaikan mineral kalsium, potassium, magnesium dan sodium tapi tak ada la silika sebab sumber air yang berbeza. 

Kebaikan mineral silika ni penting untuk pembentukan kolagen dalam badan. Kalau selalu ambil silika, rambut, kuku ataupun kulit akan jadi lebih sihat. Sistem pencernaan pun bertambah bagus sebab zat dari air mineral ni akan diserap oleh bakteria baik di kawasan perut dan usus. Sebab tu lah Neelofa minum Evian bila kandungan mineralnya penuh dengan mineral silika. 


Kita yang orang biasa ni minum air Spritzer pun dah okay tanpa perlu berbelanja mahal untuk supplemen atau produk kilang. Tengok dekat bahagian 'Kandungan Mineral' pada botol air Spritzer pun dah nampak mineral silika sebanyak 53.6mg/l dalam botol 600ml. Harga saiz botol kecil pun 2 ringgit lebih je bergantung pada kedai mana korang beli lah. Kalau beli dekat stesen petrol, tinggi sikit lah harga dia. 

Tapi kandungan tu pada packaging lama sebab Spritzer baru saja lancarkan packaging baru yang lebih tinggi silika dengan kuantiti sebanyak 60mg/l tapi yang tak syoknya kuantiti air dah berkurang kepada 550ml. Kandungan kalsium yang bagi khasiat kepada oral pun dah berkurang dari 3.1mg/l kepada 2.4mg/l. Bentuk botol dan warna pun dah berubah. I prefer yang lama sebab lagi cantik haha

Jenis punca air dan lokasi air dihasilkan masih lagi sama di Lot 1446, Jalan Reservoir Off Jalan Air Kuning, 34000 Taiping, Perak. So far dekat mana-mana kedai yang I pergi semuanya ada dua edisi sama da yang baru atau yang lama jadi ada kebebasan untuk pilih nak beli yang mana satu. Tapi benda ni bukan benda besar pun sebab misi utamanya nak ambil kebaikan mineral silika secara berterusan supaya badan lebih sihat. 

Perasaan cemburu, cinta yang tidak kesampaian,  perkahwinan yang penuh pancaroba serta kesanggupan menggunakan ilmu hitam dan santau untuk merealisasikan kehendak  merupakan titik utama yang diketengahkan dalam penceritaan drama terkini Astro Prima berjudul ‘Cinta Hilang Kata’. Drama terbitan Country & Universal Sdn. Bhd. serta  menampilkan Jalena Rejab selaku penerbit ini memaparkan kisah kehidupan seorang penulis  terkenal yang menjadi malang akibat perasaan cemburu dan dengki akan perkahwinan dan kerjayanya.

Penceritaan menerusi 40 episod ini mengisahkan kehidupan Nurul Masmin yang dikenali ramai ketika di univesiti sebagai seorang pengarang yang berbakat besar. Dia sering disokong oleh teman lelakinya, Rain Akhtar. Namun, kehidupannya menjadi tunggang-langgang apabila dia mengahwini Amirul demi mengikuti hasrat ibunya yang dipujuk oleh Jah Gayah, seorang pengasuh yang juga merupakan ibu kepada Amirul yang hanya mahukan kekayaan keluarga Nurul Masmin. 

Perkahwinan Nurul Masmin sering dicabar apabila Sabirah – pesaingnya di universiti dan dunia penulisan yang terus menggoda Amirul demi mahu merosakkan rumah tangganya. Dia juga sering dijampi ibu mertuanya sendiri kerana mahukan hartanya. Kehidupan Nurul Masmin yang dahulunya indah  kini persis mimpi ngeri.

Drama yang juga menyelit isu-isu kekeluargaan yang hancur serta perampasan harta benda yakni menceritakan realiti sesetengah masyarakat ini mengangkat heroin muda Sophia Albarakbah serta pelakon berpengalaman seperti Shahz Jaszle yang kembali ke layar televisyen sebagai hero dan Iqram Dinzly yang diberi tugasan membawakan watak antagonis utama dalam drama Astro Prima.

Drama ‘Cinta Hilang Kata’ merupakan arahan sutradara yang disegani ramai, Kyoll Hamzah dan turut didukung oleh barisan pelakon yang hebat seperti Liza Abdullah, Nelissa Nizam serta  Hariz Hamdan. 

‘Cinta Hilang Kata’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 petang mulai 18 Julai 2022 secara eksklusif di slot Tiara melalui saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro. 

PETIKAN KENYATAAN RASMI 

Norzeha Mohd Salleh - Pengurus Saluran Astro Prima


“Astro Prima memposisikan salurannya sebagai medium penceritaan masyarakat, terutamanya yang mengangkat karya-karya ciptaan wanita, tidak kiralah mereka yang berada di belakang tabir, mengolah atau menulis serta menerajui sebagai watak utama. Inilah antara ciri-ciri yang sering membezakan saluran Astro Prima dengan yang lain.  

Kali ini kami mengangkat novel karya novelis kontemporari popular, Lily Haslina Nasir yang turut merupakan antara penulis versatil di dalam industri hiburan negara. ‘Cinta Hilang Kata’ memberi pelbagai dimensi penceritaan. Jarang sekali protagonisnya seorang wanita yang berkecimpung di dalam dunia penulisan. Watak utama, Nurul Masmin merupakan seorang penulis wanita berjaya yang disegani ramai, pada masa yang sama,dicemburi sesetengah pihak. Gambaran fiksyen watak utama ini mirip-mirip sisi-sisi realiti yang sering terjadi di kalangan wanita berkerjaya pada zaman ini. 


Bukan itu sahaja, penceritaan kali ini juga diterapkan dengan kisah-kisah yang boleh dirasai para penonton dengan memberi penekanan kepada masalah yang berlaku dalam realiti kehidupan seperti konflik kekeluargaan, masalah rumah tangga serta sikap cemburu dan dengki yang dikatakan taboo untuk sesetengah pihak walaupun isu-isu tersebut berlaku dalam masyarakat kita. Dalam drama ini, kami menekankan penggunaan ilmu hitam untuk menghancurkan ahli-ahli keluarga demi melunaskan kecemburuan yang bersemat dalam hati. 

Walaupun agak berat dari segi penceritaannya, setiap yang diceritakan pasti membawa makna atau pengajaran yang berguna supaya penonton-penonton yang menggemari drama berunsurkan tema seperti ini akan mempelajari sesuatu yang baharu dan nilai-nilai yang baik. Nescaya, kebaikan akan sentiasa mengalahkan kejahatan.  

Paparan drama ‘Cinta Hilang Kata’ sekali lagi membawakan penceritaan menarik yang mempunyai gravitas emosi mendalam dan bakal meninggalkan impak di kalangan penonton-penonton kami. Susulan dengan pengakhiran ‘Dendam Seorang Isteri’, Astro Prima tidak akan henti daripada mengangkat naratif bertunjangkan wanita dan naskhah kali ini meneruskan penceritaaan yang berpaksikan kekuatan wanita mengharungi pelbagai dugaan dalam kehidupan mereka.


Sebagai peneraju kandungan tempatan premium di Malaysia, penghasilan kandungan-kandungan di slot drama kami amat menitik beratkan kualiti penceritaan, arahan dan lakonan. Lantas ‘Cinta Hilang Kata’ merupakan produksi yang menonjolkan kesemua kriteria tersebut. 

Selain daripada itu, drama kali ini memaparkan kombinasi pelakon muda serta yang berpengalaman menerusi gandingan  Sophia Albarakbah, Shahz Jaszle dan sudah semestinya, Iqram Dinzly serta Nellisa Nizam. Gandingan unik di bawah arahan pengarah berpengalaman, Kyoll Hamzah dengan tulisan Lily Haslina pasti akan mengujakan para peminat drama tempatan, malah turut akan menarik minat peminat-peminat baharu. Kami yakin ‘Cinta Hilang Kata’ akan menyambung sukses slot Tiara di Astro Prima.


Kami juga ingin memaklumkan bahawa ‘Dendam Seorang Isteri’ berjaya meraih minat dan sokongan dariapda para penonton sehingga menjadi drama No.1 di saluran Astro Prima untuk tahun 2022 setakat ini. Mengangkat tema ‘women empowerment’ dalam konflik rumah tangga, drama ini mendapat jumlah tontonan lebih daripada 5.5 juta, melebihi sasaran yang ditetapkan. ‘Dendam Seorang Isteri’ turut tersenarai sebagai ‘Top 10 programmes’ di aplikasi Astro GO dan On Demand selama 4 bulan berturut-turut dari Mac hingga Jun 2022. 

Oleh itu, kami akan melanjutkan penceritaan drama ini kepada 5 episod lagi untuk mengekalkan keterujaan peminat-peminat. Ini juga merupakan tanda penghargaan pihak kami kepada mereka yang sentiasa menyokong drama sensasi ini dari tayangan episod pertamanya sehingga kini. Terima kasih kami ucapkan. Kami berharap agar para peminat akan sentiasa menyokong slot Tiara yang sarat dengan drama-drama hebat dan bermutu tinggi.” 

Kyoll Hamzah - Pengarah Drama ‘Cinta Hilang Kata’


“Seperti tajuk yang kami berikan, drama ini membawa naratif seseorang yang tidak dapat merasai cinta yang dia inginkan. Malah, ia menunjukkan cabaran-cabaran yang perlu ditempuhi dalam perkahwinan yang dianggap tiada kasih sayang. Kami juga menyelitkan kisah keluarga untuk membawa aspek-aspek yang mungkin relevan kepada sesetengah masyarakat yang percaya bahawa ibu mertua selalunya mempunyai personaliti yang jahat. 

Nurul Masmin melambangkan naratif wanita berjaya yang terpaksa mengharungi pelbagai dugaan dan pancaroba kehidupan terutamanya setelah berkahwin. Melayari bahtera perkahwinan sudah semestinya bakal mengharungi ombak bergelora dalam pelbagai bentuk konflik termasuk dengki, tamak serta pengkhianatan. Namun keazaman heroin kita memang tidak dapat disangkalkan. Pastinya bagi mereka yang akan menonton drama ini dapat mengambil inspirasi daripada kekuatan Nurul Masmin.


Penceritaan menerusi drama ini memberi gambaran bahawa kebahagiaan itu berdasarkan dengan pemilihan kita sendiri. Memilih pasangan yang salah akan membawa malang kepada kita. Namun, memilih pasangan yang betul juga boleh membawa malang jika perasaan hasad dengki itu ada terutamanya pada orang ketiga. Justeru, penceritaannya sejajar dengan tagline “Jika Bahagia ialah Pilihan”.

Selain itu, pembikinan drama ini adalah antara cabaran yang saya hadapi kerana skrip yang kami keluarkan merupakan ‘on going script’. Kebiasaannya kami tidak tahu apa akan jadi seterusnya dalam penceritaannya jadi itu merupakan antara cabaran terbesar. Namun, pelakon-pelakon yang ada iaitu gabungan pelakon baharu dan pelakon lama memberikan tanggungjawab dan lakonan yang hebat. Mereka memang malu-malu pada awalnya tetapi lama-kelamaan mereka menjadi lebih serasi dan selesa untuk bekerja bersama. Kalau nak tahu bagaimana chemistry mereka boleh menjadi bagus, penonton haruslah ikuti cerita ini. 


Saya yakin novel ini mempunyai ikutan yang ramai, jadi mereka yang meminati jalan ceritanya pasti akan suka dengan kejutan-kejutan yang kami terapkan kerana kami tidak mengikuti jalan penceritaan novelnya 100 peratus. Drama ini merupakan hiburan ringan untuk seisi keluarga dan sangat banyak pengajaran yang boleh diambil terutamanya dari segi konsep kekeluargaan, persahabatan dan percintaan. Ia juga mengajar erti kedewasaan, kematangan serta menghargai insan-insan yang kita sayangi sebelum mereka tiada. Dari segi lain juga, ia mengajar kita untuk berjauhan dengan benda-benda syirik dan munafik dan hanya percaya kepadaNya.”

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘CINTA HILANG KATA’


1. Drama ini mengisahkan seorang penulis yang hidup dalam industri yang penuh dengan cemburu dan dengki.

2. Merupakan drama adaptasi novel 'Cinta Hilang Kata' karya Lily Haslina Nasir 

3. ‘Cinta Hilang Kata’ merupakan antara novel terlaris karya Lily Haslina Nasir.

4. Penceritaan drama ini merangkumi penggunaan syirik untuk menjatuhkan watak utamanya, Nurul Masmin. 

4. Penggambaran drama ini mengambil masa selama 110 hari di sekitar Lembah Klang. Untuk penggambaran di rumah kampung pula, pihak produksi telah pergi ke Ijok, Kuala Selangor. 

5. Ketika melakukan penggambaran untuk adegan hujan, pihak produksi telah menutup jalan dan menyembur air hujan mengikut masa. 


6. Drama ini turut menampilkan lagu runut bunyi dengan nyanyian bertenaga Liza Hanim dan Shila Amzah melalui lagu bertajuk Bahagiakan Dia.

7. ‘Cinta Hilang Kata’ akan turut memperlihatkan bakat lakonan kumpulan The Gadys dan Amelia Christie. 

8. Drama ini turut menampilkan pelakon-pelakon yang hebat iaitu Azhar Sulaiman, Syazwan Zulkifly, Aida Aris, Azri Iskandar, Talha Harith, Nadia Kesuma serta Fadilah Mansur.

PECAHAN WATAK DRAMA ‘CINTA HILANG KATA’

Sophia Albarakbah Nurul Masmin
Shahz Jaszle Rain Akhtar
Iqram Dinzly Amirul
Nelissa Nizam Sabirah
Liza Abdullah Jah Gayah
Hariz Hamdan Zaili

LOGLINE DRAMA ‘CINTA HILANG KATA’


Drama ini mengisahkan Nurul Masmin yang menjadi seorang pengarang yang dikenali ramai ketika di universiti dengan sokongan teman lelakinya, Rain Akhtar. Walau bagaimanapun, dia terkejut apabila ibunya bertegas agar dia berkahwin dengan Amirul, anak kepada Jah Gayah iaitu seorang pengasuh, dengan pujukannya. Nurul mengikuti hasrat ibunya dan meneruskan perkahwinan itu, tanpa meyedari bahawa  perkahwinan itu sebenarnya adalah sebuah penipuan Jah Gayah untuk mengambil kekayaan keluarganya. 

Jah Gayah sangat bencikan Nurul kerana cintanya pada ayah Nurul tidak berbalas. Perkahwinan kepada Nurul hanyalah pembukaan jalan kepada Jah Gayah untuk hidup dalam kemewahan semata-mata. Sepanjang perkahwinannya, Nurul tidak pernah berasa bahagia kerana semua yang dia lakukan adalah untuk menjaga hati ibunya sahaja.


Setelah kematian ibunya, Nurul tekad untuk bercerai. Tindakannya itu membuatkan Jah Gayah meradang. Nurul pula menderita akibat terkena sihir yang dilakukan oleh ibu Sabirah, rakan sekerjanya yang cemburu dengan kehidupannya. Mujur Nurul mempunyai rakan baik seperti Ezra, Wanie dan Deena yang sentiasa ada disisinya.

Rain pula tidak putus asa mengejar cinta Nurul. Nurul sering mengelak kerana trauma dengan apa yang pernah berlaku dan dia juga tidak mahu di gelar perampas. Bolehkah Nurul Masmin mencari cinta semula? Adakah kehidupannya akan menjadi bahagia?

Coke Zero Starshine Limited Edition

Thursday, 7 July 2022


Bulan lepas menyinggah dekat 7E ternampak botol tin warna pink di bahagian tepi kedai. Bila tengok dekat rupanya Coke Zero Starshine Limited Edition. Botol tin dia memang cantik lah sebab keluar dari warna hitam dan merah. Apa salahnya kalau beli pun sebab Coke Zero, tanpa gula. Katanya....

Beza Coke Zero Starshine Limited Edition dengan Coke Zero biasa tu adalah pada bahan yang digunakan. Kalau sebelum ni soda biasa cuma buang gula tapi coca-cola baru ni ditambah pati lobak merah dengan blackcurrant. 

“Thirty plus years after Coca-Cola went to space, Coca-Cola Starshine brings the inspiration back to earth through a simple sip. It is created with the vision that – in a world of infinite possibilities – somewhere in our universe, another kind of Coca-Cola product, another way of connecting with each other, might exist.”

Ayat marketing dia power kemain tapi rasa tak semenggah mana pun. Rasa dia sedikit pelik tapi masih boleh diminum. Pelik sebab carrot campur blackcurrant tapi bergas. Dia macam air asam boi pun ye jugak. Coke Zero Starshine ni ada rasa manis sebab dia letak pemanis so tanpa gula yang dicanangkan tu basically tak legit. 

Warna cola ni lebih cair dari cola biasa. Tin dia je lah fancy I rasa sebab tu lah nak simpan sebab cantik. Harga untuk satu tin ni RM3.70 ke atas depends dekat mana dijual lah. Tak pasti harga sekarang masih sama ataupun lebih mahal sebab masa beli ni tengah promo. 

Raikan Aidiladha Bersama Astro Oasis


Raikan Aidiladha Bersama Astro Oasis
| Saksikan gabungan rancangan realiti, dokumentari, telemovie dan banyak lagi dengan keluarga.

Program Pelbagai Ikatan Ukhuwah

Pelanggan Astro boleh berhibur dengan program kepelbagaian Astro Oasis pada Aidiladha ini seperti:

Program rancangan realiti ‘Geng Ngaji: Sebakul Kasih’ yang kembali dengan episod khas Aidiladha, ditayangkan pada 9 & 10 Julai sebanyak dua episod, jam 7.30 petang dan turut menampilkan Ustaz Tarmizi, Ustaz Fakhrul dan Farhatul

Sebuah rancangan permainan komedi Islam, Tahu Ke Tidok: Edisi PAFA, ditayangkan pada 11 Julai, jam 10.00 pagi dan turut menampilkan PU Azman sebagai pengacaranya

Telemovie Hebat, Pengajaran Padat

Sambutan Aidiladha tahun ini lebih bermakna bersama keluarga dan sanak saudara dengan koleksi telemovie tempatan istimewa yang akan menemani semua pada waktu petang. Astro Oasis (106) akan membawa seleksi telefilem hebat sepanjang Aidiladha termasuk:

Kisah Allahyarham Dato' S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Datin Umi Kalsom dalam Pintu No.9 Masjid Nabawi, ditayangkan pada 9 Julai, jam 5.00 petang.

Kisah kejadian pelik yang perlu disiasat menerusi Tanah Kubur, ditayangkan pada 11 Julai, jam 5.00 petang.

Kisah seorang anak OKU yang telah didera di rumah jagaan dalam Tanah Kubur Hati Hitam, ditayangkan pada 12 Julai, jam 5.00 petang.

Kisah penggunaan saka dalam ajaran yang dibawa dalam Tanah Kubur Peneman, ditayangkan pada 13 Julai, jam 5.00 petang.

Kisah seseorang yang telah difitnah oleh penduduk kampung dalam Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman, ditayangkan pada 14 Julai, jam 5.00 petang.

Dokumentari Ilmiah dan Pemahaman Hijrah

Bagi membuka mata penonton tentang pengalaman mereka yang mengerjakan haji sambil mencurah ilmu menepati semangat sambutan Aidiladha, Astro Oasis juga akan menayangkan dokumentari-dokumentari daripada pelbagai kisah perjalanan ibadah haji serta cabaran-cabaran yang dihadapi termasuk:

Kisah perjalanan ke Mekah dan Madinah dalam The Days of Hajj, ditayangkan pada 9 Julai, jam 10.00 pagi

Kisah pembersihan Masjidil Haram dalam One Day in The Haram, ditayangkan pada 10 Julai, jam 5.00 petang

Kisah perjalanan lima saudara Muslim berbangsa Cina mencapai impian menunaikan haji dalam The Chinese Haji, ditayangkan pada 10 Julai, jam 10.00 pagi

Kisah perjalanan umat Islam ke Mekah Al Mukaramah dalam Labayk Allahuma Labayk, ditayangkan pada 10 Julai, jam 1.30 petang

Kisah perjalanan ibadah haji bagi para jemaah yang terdahulu dalam Journey to Mecca, ditayangkan pada 11 Julai, jam 9.00 malam

Untuk maklumat lanjut mengenai kandungan menarik Astro Oasis sempena perayaan Aidiladha, layari https://content.astro.com.my/channels/Astro-Oasis-HD-315

1.Pintu No.9 Masjid Nabawi

9 Julai 2022, Sabtu, 5.00pm

Durasi: 120 minit

Kisah Allahyarham Dato' S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Datin Umi Kalsom yang bersama-sama mengerjakan ibadah umrah sebagaimana yang diceriterakan oleh anakanda mereka Seniwati Hajjah Noorkumalasari.

2. Tanah Kubur


11 Julai 2022, Isnin, 5.00pm
Durasi: 120 minit

Tok Adi cuba menyiasat kejadian pelik yang berlaku ke atas beberapa orang yang tinggal di daerah yang berbeza dan langsung tiada kaitan.

3. Tanah Kubur Hati Hitam


12 Julai 2022, Selasa, 5.00pm
Durasi: 120 minit

Kamaliah mengesyaki anaknya seorang OKU telah di dera ketika berada di rumah jagaan. Namun, Norma pengasuh rumah jagaan tersebut menafikan itu adalah perbuatannya tetapi Tok Adi tidak mempercayainya.

4. Tanah Kubur Peneman


13 Julai 2022, Rabu, 5.00pm
Durasi: 120 minit

Jebat menggunakan Saka untuk menipu pengikutnya tentang ajaran dibawanya. Tok Adi mula syak pada ajaran yang dibawa oleh Jebat setelah melihat perlakuan para pengikutnya yang terpesong.

5. Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman


14 Julai 2022, Khamis, 5.00pm
Durasi: 120 minit

Khatijah, janda yang mengandung telah menuduh Tok Adi merogolnya. Tok Adi telah ditangkap penduduk kampung. Dia menafikan semua tuduhan dan berdoa supaya Allah tunjukkan kebenarannya.

6. The Days of Hajj


9 Julai 2022, Sabtu, 10.00am
Durasi: 60 minit

Dokumentari ini membantu menambahkan pemahaman yang menyeluruh terhadap kisah perjalanan ke Mekah dan Madinah yang merupakan bandar kelahiran Nabi Muhammad SAW.

7. One Day in The Haram


10 Julai 2022, Ahad, 5.00pm
Durasi: 120 minit

Kisah hebat penyelenggaraan dan pembersihan seluruh kawasan yang dilakukan oleh para pekerja di Masjidil Haram.

8. The Chinese Haji


10 Julai 2022, Ahad, 10.00am
Durasi: 60 minit

Mengisahkan perjalanan 5 saudara Muslim berbangsa Cina iaitu seorang pemandu, ibu tunggal, guru pengajian Arab dan pasangan suami isteri yang bekerja sebagai petani. Mereka mengharungi pelbagai kepayahan bagi mencapai impian menunaikan haji pada tahun ini.

9. Labayk Allahuma Labayk


10 Julai 2022, Ahad, 1.30pm
Durasi: 60 minit

Labayk Allahuma Labayk mengisahkan perjalanan umat Islam ke Mekah Al Mukaramah untuk menunaikan ibadah haji. Dokumentari berbahasa Inggeris ini juga akan menyelami sejarah Kaabah dan Batu Hitam.

10. Journey to Mecca


11 Julai 2022, Isnin, 9.00pm
Durasi: 60 minit

Sebuah dokumentari tentang perjalanan ibadah haji bagi para jemaah yang terdahulu. Ia menyingkap bagaimana mereka menemukan jalan dalam menempuh kesusahan, kesulitan serta bahaya yang bakal mereka hadapi.

11. Geng Ngaji: Sebakul Kasih


9 & 10 Julai 2022, Sabtu & Ahad, 7.30pm
Episode: 2 Episod
Durasi: 30 minit
Pengacara: Ustaz Tarmizi, Ustaz Fakhrul & Farhatul

Kisah perjalanan trio sebak bertemu dengan pemanggil dan peminat Program Geng Ngaji di Astro Oasis. Saudara Fakhrul, UstTarmizi dan Farhatul akan menyantuni dengan rasa kasih dan memberi sedikit persembahan kepada orang ramai.

12. Tahu Ke Tidok: Edisi PAFA


11 Julai 2022, Isnin, 10.00am
Durasi: 60 minit
Pengacara : PU Azman

Program komedi Islam yang mengimbau kembali pembelajaran PAFA (Perkara Asas Fardhu Ain) di kalangan penonton serta selebriti tempatan. Berpandukan soalan-soalan asas PAFA yang dipelajari semenjak di bangku persekolahan. Disertakan juga dengan permainan teka lagu nasyid yang mengimbau kenangan kita pada masa lalu.

KOREAN STARS KICK BACK IN NEW TRAVEL REALITY SHOW “IN THE SOOP : FRIENDCATION” STREAMED EXCLUSIVELY ON DISNEY+ HOTSTAR | Featuring Park Seo-joon, Peakboy, Choi Woo-shik, Park Hyung-sik and V from BTS, this spin-off travel reality series gives viewers an up close and personal look at the lives of five celebrity friends as they unwind away from the spotlight.

This summer, prepare to kick back and relax alongside some of Korea’s biggest stars as they shrug off the stresses of global fame and head to the country for a surprise trip in IN THE SOOP : Friendcation, coming to Disney+ Hotstar July 22.

Starring Park Seo-joon, Peakboy, Choi Woo-shik, Park Hyung-sik and V from BTS, IN THE SOOP : Friendcation gives audiences a close look at the lives of these five celebrity friends, as they step away from their busy everyday lives to unwind together in a relaxing surprise trip.

Hidden away from the world, this brand-new travel reality series shows the friends taking time to enjoy nature and indulge in their favorite pastimes. Throughout the course of the four-episode series, viewers will get to see the stars relax over a well-earned break away from the pressures of day-to-day stardom.

Slated to be released weekly on Disney+ Hotstar from July 22, IN THE SOOP : Friendcation is a spinoff of the IN THE SOOP series.

IN THE SOOP : Friendcation is the latest series to join the ever-expanding library of endless entertainment available on Disney+ Hotstar. Fans of K-Pop can also enjoy BLACKPINK THE MOVIE today. Created as a love letter to BLACKPINK’s fan club - “BLINK” – BLACKPINK THE MOVIE features an insider’s look at the group’s two most recent tours as well as exclusive interviews with band members Jennie, Jisoo, Rosé and Lisa as they recount some of their favorite and most intimate memories from their whirlwind first five years.

Fans of Korean culture and captivating storytelling can also enjoy a wide range of riveting Korean dramas on Disney+ Hotstar, including the edge-of-your-seat mystery thriller Grid, about a shadowy figure who once saved humanity but who has now been identified as an accomplice to murder; Link: Eat, Love, Kill about a world-famous chef who has a breakdown in front of his customers and is forced to revisit his traumatic past and the mysterious disappearance of his sister; Soundtrack #1, about unrequited love between two close friends; Rookie Cops, a campus romance drama that follows the lives of a group of reckless freshmen at the Korean National Police Academy; as well as the breakout sensation Snowdrop, starring BLACKPINK’s Jisoo, in a story about a university student who goes against her family and her country to help the man she loves.

IN THE SOOP : Friendcation will stream exclusively on Disney+ Hotstar from 22nd July 2022.


About Disney+ Hotstar Malaysia

Disney+ Hotstar is the dedicated streaming home for global and Malaysian hits. It brings together blockbuster Hollywood movies and award-winning content from Disney, Marvel, Star Wars, Pixar, National Geographic, FX, 20th Century Studios and many more, which also includes exclusive premieres and blockbusters from leading Malaysian studios. 

Available on compatible internet-connected devices, Disney+ Hotstar offers commercial-free programming with a variety of original feature-length films, live-action and animated series, short-form content and documentaries, including titles such as Hawkeye, The Book of Boba Fett, Eternals, Shang- Chi and The Legend of The Ten Rings, Encanto, Turning Red and Moon Knight. Disney+ Hotstar also features an extensive library of highly acclaimed local language content from Asia Pacific, such as Snowdrop, Rookie Cops, Soundtrack #1, Ejen Ali, Upin & Ipin, J2: J Retribusi, Kisah Cinta Kita and more.