Drama Semakin Menjadi-Jadi Menerusi ‘The Maid 2’

Thursday, 30 June 2022


Drama Semakin Menjadi-Jadi Menerusi ‘The Maid 2’
| Susulan Kejayaan Musim Pertama Menembusi Pasaran Filipina 

Drama bersiri popular terbitan Gempak, ‘The Maid’ berjaya mencipta fenomena tersendiri apabila ditayangkan pada awal tahun 2021. Bukan sahaja membawakan genre misteri pembunuhan atau ‘whodunnit’ yang jarang dipersembahkan dalam nuansa tempatan, ‘The Maid’ menjadi bualan kerana elemen komedinya yang bersahaja dan diperkuatkan dengan barisan pelakon terkemuka.

‘The Maid’ bukan sekadar mencuri perhatian penonton Malaysia, malah idea yang dicetuskan oleh Sham Hashim, penulis dari Gempak ini turut menarik minat stesen televisyen terkemuka Filipina, GMA. Stesen penyiar itu kini menayangkan ‘The Maid’ musim pertama yang dialih suara dalam Bahasa Tagalog.

Kejayaan ini merupakan satu rekod baru untuk industri penyiaran tempatan apabila ‘The Maid’ menjadi drama bersiri pertama Malaysia yang ditayangkan di kaca televisyen Filipina. Susulan kejayaan demi kejayaan, ‘The Maid 2’ bakal menemui pengikut setianya dengan pengembaraan terbaru yang lebih dramatik. Peminat bakal menyaksikan kesinambungan telatah Suhana, Nadia dan Fika selepas mereka diceraikan oleh Jay, penulis novel Payung Emas yang kini mempunyai isteri baharu bernama Qina.

Jay dituduh merampas kesemua harta milik bekas isteri-isterinya setelah memperdayakan mereka. Ketika Jay dan Qina melancarkan sebuah resort di Pulau Dao, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori mereka dengan hasrat untuk membunuh Jay. Namun belum sempat mereka melaksanakan apa yang dirancang, Jay ditemui mati. Kini ketiga-tiga bekas isteri terperangkap di resort tersebut dan menjadi suspek utama pembunuhan.

Sekuel dengan 12 episod ini mengembalikan semula barisan pelakon asal seperti Sherry Alhadad, Datin Seri Paduka Eina Azman, Ezzaty Abdullah, Ieda Moin, Nabil Aqil dan Norman Hakim. Musim terbaharu ini juga memperkenalkan watak-watak baru lakonan Marsha Milan, Yuna Rahim, Sean Lee, Hazeeq Dean dan Aniq Suhair.

Masih mengekalkan penulis skrip seperti Sham Hashim dan Nazri Vovinski, ‘The Maid 2’ merupakan arahan bersama dua sutradara popular, Michael Ang dan Hadith Omar. ‘The Maid 2’ akan ditayangkan pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam mulai 6 Julai 2022 melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Khas untuk pelanggan Astro, mereka berpeluang menyaksikan dua episod pertama secara serentak, juga pada 6 Julai 2022 mulai jam 9.30 malam secara strim menerusi On Demand. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati siri komedi ini di Astro.

Selain itu, ‘Video Pengakuan The Maid 2’ (Digital Extension) boleh ditonton secara percuma di platform Gempak.com setiap Rabu pukul 10.05 mulai 6 Julai. Video Pengakuan ini menampilkan temubual secara intim dengan karakter-karakter seperti pengakuan Suhana, Nadia, Fika, Qina dan ramai lagi mengenai apa yang berlaku setiap minggu.

Syazwan Zakariah - Ketua Content Studio, Astro

“Jenama Gempak Originals Series terus mensasarkan variasi konten menarik dan segar dengan idea-idea yang jarang dipersembahkan di kaca televisyen. Melihat siri original terbitan kami sebelum ini seperti ‘The House’, ‘Ahli Bapak Bapak Club’, ‘Ex Aku Pontianak’, ‘Tikam’ dan ‘Beriani Gam Kak Aspalela’, ia bukan sahaja berjaya mencipta kelompok pengikut tersendiri, malah boleh dinikmati penonton pelbagai peringkat usia.

Misi ini diperkukuhkan lagi apabila ‘The Maid’ musim pertama berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Drama bersiri ini telah dialihsuara ke bahasa Tagalog dan kini ditayangkan di saluran televisyen popular Filipina, GMA mulai 20 Jun lalu. Satu rekod baru untuk produksi terbitan Gempak.

Sokongan padu dari penonton Malaysia dan kejayaan menembusi pasaran luar mendorong kami untuk muncul dengan sekuelnya iaitu ‘The Maid 2’ yang bakal ditayangkan mulai 6 Julai ini. Walaupun mengambil masa setahun untuk menyempurnakannya, kami yakin peminat masih setia menanti apakah cerita terbaru Mr Jay dan isteri-isterinya serta pembantu-pembantu mereka.

Apa yang boleh saya katakan, bersiap sedialah untuk satu pengembaraan misteri terbaharu dengan plot yang lebih dramatik serta mendebarkan dan sinematografi yang lebih memukau berlatarkan sebuah resort. Setiap episod akan membuatkan anda tidak senang duduk, malah ternanti-nanti apakah yang bakal berlaku seterusnya.”

TRIVIA MENARIK DRAMA BERSIRI ‘THE MAID 2’

1. Drama ini mengambil masa hampir setahun untuk menyelesaikan penggambarannya.

2. ‘The Maid 2’ memulakan penggambaran pada bulan Ramadan 2021 tetapi penggambaran terpaksa dihentikan atas sebab-sebab berikut:

• Beberapa pelakon dan krew dijangkiti Covid-19.

• Kesukaran pihak produksi mendapatkan jadual para pelakon atas kekangan SOP PKP dan cabaran logistik.

• Ezzaty Abdullah sempat hamil dan bersalin sepanjang penggambaran dihentikan.

3. Penggambaran dilakukan sepenuhnya di Grand Lexis, Port Dickson.

4. Kesemua pelakon utama seperti Sherry, Eina, Ezzaty dan Ieda merancang untuk memakai busana dalam tona warna yang sama agar mereka kelihatan sebagai satu unit yang bersatu.

5. Berkonsepkan rumah agam, ‘The Agam’ merupakan lokasi untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan, acara korporat, majlis hari jadi dan sebagainya. Terletak di Kampung Sungai Penchala, Kuala Lumpur, The Agam mampu memuatkan 800 orang tetamu pada masa yang sama dengan pelbagai kemudahan yang disediakan. Antara kemudahan-kemudahan yang ada termasuk sebuah halaman luar yang luas, tiga suite peribadi untuk tetamu bermalam, kolam renang, dapur yang lengkap dan juga dua buah dewan tertutup. The Agam semestinya pilihan yang terbaik untuk memenuhi apa sahaja keperluan mana-mana majlis serta mampu mencipta kenangan manis untuk hari bersejarah anda.

PECAHAN WATAK DRAMA BERSIRI ‘THE MAID 2’

Sherry Alhadad - Suhana

Datin Seri Paduka Eina Azman - Nadia

Ezzaty Abdullah - Fika

Marsha Milan - Qina

Norman Hakim - Jay

Yuna Rahim - Kiambang

Eida Moin - Kak Mel

Nabil Aqil - Remy

Sean Lee - Dean

Hazeeq Dean - Inspektor Kasri

Aniq Suhair - Sa’abon

LOGLINE DRAMA BERSIRI ‘THE MAID 2’

Selepas diceraikan oleh Jay, Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori bekas suami mereka ke sebuah resort dengan perancangan untuk membunuh Jay. Namun, Jay telah dibunuh oleh pembunuh misteri sebelum mereka sempat berbuat apa-apa.

SINOPSIS DRAMA BERSIRI ‘THE MAID 2’

Drama bersiri ini mengisahkan tentang Suhana, Nadia dan Fika yang baru sahaja diceraikan oleh Jay selepas Jay mengahwini Qina, isterinya yang paling baharu dan muda. Situasi mereka bertambah buruk apabila harta mereka telah berpindah milik kepada Jay setelah Jay berjaya memperdayakan mereka untuk menandatangani satu surat. Justeru, Suhana, Nadia dan Fika mula berbaik dengan satu sama lain dan merancang untuk membalas dendam kepada Jay.

Jay dan Qina pergi bercuti di sebuah resort yang terletak di Pulau Dao. Resort itu baru sahaja diambil alih oleh Qina. Suhana, Nadia, Fika dan Kak Mel mengekori Jay ke resort itu dengan senyap untuk membunuhnya. Ketika mereka berada di resort, mereka terserempak dengan Remy yang kini bekerja sebagai Ketua Pengawal Keselamatan. Remy berasa hairan kerana mereka semua check in ke dalam hotel itu menggunakan identiti palsu. Namun, sebelum mereka sempat melaksanakan perancangan untuk membunuh Jay, Jay telah ditemui mati di kolam renang resort itu.

Situasi bertambah buruk apabila resort itu diarahkan untuk tutup dan dikawal dengan ketat supaya tiada sesiapa pun dapat melarikan diri ketika siasatan dijalankan. Keadaan menjadi lebih bahaya apabila mereka semua turut diancam oleh pembunuh misteri. Siapakah pembunuh misteri pada kali ini?

RATU TEN PIN KEMBALI DENGAN KISAH RATU BOLING NEGARA, SHALIN ZULKIFLI

Monday, 27 June 2022

Astro Ria membawa drama bersiri ‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ yang merupakan sambungan kepada siri ‘Ratu Ten Pin’ hasil terbitan JS Pictures Sdn Bhd. Penceritaan menerusi 20 episod ini diinspirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifli termasuk bibit-bibit permulaan dirinya berkecimpung dan menyertai pasukan boling negara.

Menerusi musim kedua, Mem Maria menjemput Shalin menyertai pasukan boling negara kerana kagum melihat kebolehannya. Setelah melihat kebolehan ahli baharu pasukan negara itu, Norma dan Sandra mula mencemburui kebolehan Shalin dan berpura-pura berbaik dengannya. Mereka berhasrat untuk menjatuhkan Shalin kerana merasakan diri mereka terancam dengan kehadirannya. Penonton juga akan dapat menyaksikan bagaimana hubungan Shalin dan Azidi bermula hingga akhirnya membawa ke jinjang pelamin.

Drama yang berunsurkan genre sukan ini mengangkat barisan pelakon popular seperti Jasmine Suraya, Yusuf Bahrin, Elisya Sandha, Nazim Othman dan Sheila Rusly. Drama ‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ merupakan arahan sutradara Hj Azman Hj Yahya (Jinggo) dan turut didukung oleh barisan pelakon terkenal tanah air seperti Nasz Sally, Wani Kayrie, Linda Onn, Riezman Khuzaimi, Dato’ Fizz Fairuz dan juga bekas pemain profesional tenpin boling Malaysia, Syaidatul Afifah.

‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 11 Julai 2022 secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

Muhammad Idlan Afiq bin. Mohamad Zahari - Pengurus Saluran Astro Ria

“Mengangkat kisah Shalin Zulkifli sebagai naratif utama, pihak Astro berbangga kerana diberikan peluang untuk menjadi platform untuk memaparkan kisah ratu boling negara. Drama bersiri ini menjanjikan pelbagai kelainan- sepertimana kita tahu, ia berunsurkan sukan boling dan bagaimana kompetitifnya arena sukan tersebut. Drama ini mengangkat watak-watak wanita muda yang progresif dan berdaya saing, lantas menjadi role model kepada anak-anak muda, terutamanya mereka yang menceburi bidang sukan.

Jasmine Suraya mengubah dirinya bukan sahaja dari segi perwatakan tetapi juga secara fizikal demi menjiwai watak Shalin. Perubahan ini amat mengagumkan. Pastinya para penonton akan terkejut melihat transformasinya itu.

Pihak Astro turut berterima kasih dengan JS Pictures Sdn Bhd kerana meneruskan penceritaan Ratu Ten Pin, drama rantaian yang lain daripada lain. Kesungguhan Azman & Sheila serta krewnya untuk meneruskan genre drama sukan seperti ini amat kami kagumi.

Kami berharap agar penonton terhibur dengan sambungan Ratu Ten Pin yang berpaksikan kisah Shalin, iaitu ikon sukan negara. Sudah pastinya ramai ingin menonton kisah permulaan Shalin dalam melakar namanya di persada dunia sukan boling.”

Hj Azman Hj Yahya (Jinggo) - Pengarah Drama ‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’

“Jarang sekali kita lihat seni kreatif mengeluarkan drama yang berunsur sukan, lebih-lebih lagi apabila ia membawa naratif yang menunjukkan bibit-bibit realiti kesusahan di sebalik pencapaian mereka. Dari mulanya penceritaan drama ini, kami ingin mengubah landskap dan trend drama tempatan yang biasa dan terapkan unsur-unsur yang mampu membanggakan para penonton.

Signifikan drama ini adalah Shalin itu sendiri. Dia adalah ikon atau orang yang lebih dikenali dengan dunia sukan boling. Sejak kecil, saya ikuti cerita dia. Dari usia muda, dia telah mewakili negara dengan pelbagai kemenangan. Pada musim pertama, kita lebih kepada intro, namun untuk musim kedua pula memang kami buat cerita mengenai Shalin untuk mengelak jalan cerita yang sama. 

Penceritaan kali ini lebih banyak kepada pengorbanan dan kepayahan Shalin dalam mencipta nama sebagai Ratu Ten Pin negara. Cerita kepayahan dan kesusahan ditambah dengan subplot yang lain untuk dijadikan bahan-bahan atau fakta yang menyokong ceritanya. Kalau kita buat cerita Shalin sahaja, 2 episod sudah habis. Kita tokok tambah untuk menjadikan ceritanya lebih menarik.

Selain itu, dalam musim kali ini ada watak-watak yang kami gugurkan dan ada juga watak- watak baharu yang kami tambah. Watak yang kami bawa dalam musim kedua ini ialah pemain boling negara kita sendiri. Kesemua 9 bekas pemain boling negara kita dibawa dan diajar cara untuk berlakon dan watak-watak ini dibawa lebih kepada untuk meredakan ceritanya. Untuk mengetahui mereka, nantikan tayangan drama ini.

Untuk watak utama dalam musim ini pula, kami bawakan Jasmine Suraya kerana dia merupakan seorang pemain boling juga, cumanya level dia tidak sama seperti Shalin. Jadi, kami dapatkan Shalin untuk melatih Jasmine. Jasmine Suraya sangat komited dan bekerja keras untuk wataknya sebagai Shalin. Malah, dia sanggup memotong rambutnya dan menaikkan badannya untuk menjadi seperti Shalin yang sebenar. Berapa ramai pelakon yang sanggup melakukan seperti itu? Jadi saya memang sangat gembira dengan lakonannya.

Saya berharap para penonton akan suka dengan Ratu Ten Pin 2 ini dan boleh menerima jalan ceritanya dengan baik. Semoga penceritaan tentang Ratu Boling Ten Pin negara kita ini boleh dijadikan sebuah karya yang boleh saya sumbangkan kepada penonton-penonton di Astro”.

TRIVIA MENARIK DRAMA ’RATU TEN PIN 2: SHALIN’

1. Drama bersiri ini merupakan sambungan daripada musim pertamanya, ‘Ratu Ten Pin’.

2. Diinspirasikan daripada kehidupan Shalin Zulkifli, pemain boling 10 pin profesional Malaysia dan bekas pemain nombor 1 Asia.

3. 9 orang bekas pemain boling negara juga berlakon dalam drama ini.

4. Penggambaran dilakukan ketika keadaan Covid-19 masih getir, semua kru dan pelakon bergilir-gilir dijangkiti wabak tersebut.

5. Jasmine Suraya yang memegang watak Shalin menggunting rambutnya untuk menggambarkan watak Shalin Zulkifli yang sebenar.

PECAHAN WATAK DRAMA ’RATU TEN PIN 2: SHALIN’

Jasmine Suraya sebagai Shalin

Yusuf Bahrin sebagai Azidi

Elisya Sandha sebagai Norma

Nazim Othman sebagai Arief

Wani Kayrie sebagai Suzana

Nasz Sally sebagai Nurin

Sheila Rusly sebagai Maria

Syaidatul Afifah sebagai Sandra

LOGLINE DRAMA ’RATU TEN PIN 2: SHALIN’

Diinspirasikan daripada kisah kehidupan ratu boling negara, Shalin Zulkifli, ‘Ratu Ten Pin 2: Shalin’ mengisahkan perjuangan, cabaran dan keperitan yang perlu dilalui oleh Shalin, ahli baharu pasukan boling negara dalam perjalanannya untuk menjadi juara dunia.

SINOPSIS DRAMA ’RATU TEN PIN 2: SHALIN’

Norma, Reez, Sandra dan Suzana kini telah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun, Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut. Walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi, Reez tetap memilih untuk mengutamakan masanya bersama dengan keluarga setelah persengketaan dengan bapanya menjadi baik untuk menguruskan legasi bisnes keluarganya.

Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Maria, jurulatih pasukan tersebut mengambil Shalin sebagai pemain baharu untuk mencukupkan bilangan pemainnya. Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. 

Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan boling tetapi tidak pernah berjumpa dengannya. Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara dan menganggap dirinya sebagai Ratu Ten Pin berasa terancam dengan kehadiran Shalin. Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukannya.


Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (21:02 minutes for episode 10)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video : 


Episod terakhir The Ramyeonators Idol bersambung dari Episod 9 di mana Hyunsuk dengan Jihoon berkhemah di kawasan Gunung Baekdu di Inje. Hyunsuk dan Jihoon diarahkan untuk set up khemah supaya mereka berdua dan staff lain dapat tidur di situ dengan selesa. Betul lah Jihoon cakap dalam Episod 8 yang diorang memang tak pandai set up khemah. 3 jam habiskan masa untuk bina Casa de Bitteul Bitteul. 

Comel sangat Jihoon dengan Hyunsuk deco khemah diorang dengan Teulights di kiri dan kanan khemah. Bukan Teume je bawa Teulight pergi mana-mana tapi Treasure pun sama. Our heart is one gitewww. Untuk makan malam Hyunsuk dengan Jihoon kena masak sendiri supaya vibe berkhemah lebih terasa.  


Jadi Hyunsuk pilih untuk masak  gambas yang mak dia selalu masak dekat rumah. Jihoon pula masak dumpling dan juga jagung keju. Writer bagitahu cameramen akan balik pada jam 10 malam kemudian Hyunsuk dengan Jihoon kena rakam guna smartphone masing-masing. Hyunsuk dengan Jihoon ada masa selama sejam lebih sebelum cameraman balik kalau nak footage cantik.

Jihoon: Hyunsuk hyung now already know how to slice garlic.
Hyunsuk: There are so many things I try for the first time after The Idol Ramyeonators.


Masa dalam Treasure Map Season 1 Episode 15 dulu Jihoon yang ajar Hyunsuk macam mana nak potong bawang dengan sayur. Lepas masuk Rakkidol ni, Hyunsuk dah pandai buat sendiri dah walaupun ambil masa yang lama untuk prep. 

Dalam Episod 2 pun Junkyu bagitahu Hyunsuk ambil masa untuk berlatih memasak lepas habis dance practice ataupun lepas shooting. Orang lain dah tidur pun Hyunsuk masih berjaga. Hopefully YG Entertainment benarkan Treasure shoot Treasure Map 3 ataupun join lebih banyak variety show supaya diorang boleh belajar banyak benda sepanjang jadi idol. Dapat pengalaman dan dapat penonton lebih ramai juga dalam masa yang sama. 


‘I like it. Your cooking skills clearly improved.’ – Rakkidol staff

Sebelum tidur Hyunsuk dan Jihoon menyembang dengan staff yang tak balik rumah tentang pengalaman mereka sepanjang shoot Rakkidol. Ramyeon mana yang paling sedap antara semua ramyeon yang diorang makan atau masak sepanjang rancangan ni. 


Esok paginya Jihoon dengan Hyunsuk bangun untuk masak breakfast menggunakan ramyeon mengikut menu pilihan. Writer puji muka Jihoon tak kembang bila bangun pagi tapi maintain sama macam biasa. Bangun pagi dah boleh terus shoot dah tanpa perlu tunggu muka dia normal pun. Dekat dalam Treasure Map pun dah banyak kali nampak muka bangun tidur ahli Treasure. Asahi yang serabai pun tetap comel bila bangun pagi. Yoshi pun maintain comel. 

Jihoon masak Tomato Hangover Ramyeon sementara Hyunsuk guna dua bahan asas kalau buat hangover ramyeon iaitu tofu lembut dengan taugeh. Resipi Jihoon tak susah pun sebab dia masukkan sebiji tomato je. I pernah masak maggi ikut resipi Jihoon and yuppp, sedap! 


Untuk ramyeon Hyunsuk, belum pernah cuba lagi masukkan taugeh. So far, I pernah masak guna tofu lembut dengan telur je. Mungkin next time boleh guna taugeh pulak sebab taugeh rangup jadi bila makan tu rasa nikmat bila menguyah. 

Sedih betul bila tengok episod terakhir sebab dah tak ada peneman bila makan lepas ni. Semua episod best layan dan setiap episod juga lah kitorang tengok sambil makan ramyeon untuk elakkan terliur tahap gaban. Sebab rancangan ni juga dapat banyak resipi untuk ramyeon. Keluar dari kepompong Maggi juga sebab dah tahu nak guna Nongshim yang mana. 


Terima kasih kepada team The Idol Ramyeonators yang beri peluang kepada Hyunsuk dan Jihoon untuk belajar memasak dan cuba resipi baru setiap minggu. Thanks to Jihoon and Hyunsuk to for cheer us up on every weekend with their funny characters. 

‘Every making ramyeon was new to me, but now I feel more confident than ever before. It’s become my thing. It left us good memories.’ – Hyunsuk and Jihoon


1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (25:20 minutes for episode 9)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video : 


Berdasarkan permintaan terakhir Hyunsuk dengan Jihoon untuk rancangan The Idol Ramyeonators dalam Episod 8, Rakkidol team bawa mereka berdua masuk ke dalam hutan. Bukan untuk mencari bahan masakan di dalam hutan tapi untuk berkhemah dan makan ramyeon di dalam hutan. 

‘You look flashy. Why did you guys dress up? Your shoes look flashy too. Film it when they still look nice. This can be the last time.’ – Rakkidol team


Untuk aktiviti glamping dalam episod ni, Hyunsuk dengan Jihoon dibawa ke Inje pint di Gunung Baekdu. Dalam Episod 3, Hyunsuk dengan Jihoon berjalan sejauh 20km untuk makan ramyeon tapi kali ni mereka berdua cuma perlu berjalan sejauh 10km sahaja. 

Comel sangat bila Hyunsuk dengan Jihoon tukar pakai baju trekking. Sebelum ni dalam vlive, Jihoon pernah cakap dia dengan Hyunsuk ibarat Naruto dan Sasuke di perkampungan Kanoha. Dalam episod 9 ni dapat lah tengok diorang menyerupai avatar tersebut. 


‘All I see is brown, green and blue sky. The sky is so clear. The smell of grass. It is so nice.’ – Hyunsuk

Hyunsuk dengan Jihoon minta semua penonton beri sokongan dengan tepuk tangan 3 kali dan upload di Instagram masa tengok The Idol Ramyeonators Episod 9. Baru tahu cameraman bekerja macam mana setiap kali rakam aktiviti mereka semua. Bukan kerja yang mudah untuk dapatkan shot yang cantik. Sama juga dalam Episod 5 bila cameraman steady je rakam walaupun Jihoon dengan Hyunsuk dah mabuk laut bila bot dipukul ombak besar. 


Banyak betul bunyi keluar dari mulut diorang bila berjalan dekat sungai sebab air sungai sejuk walaupun cuaca panas. Batu dekat sungai tu pun banyak juga. Licin pulak tu. Kalau tak hati-hati boleh terpele’ot dekat situ. 

Comel tengok chemistry Jihoon dengan Hyunsuk. Nampak lah keakraban diorang tu sebab Jihoon tahu Hyunsuk malu lepas jatuh dekat batu besar sebab tu dia tak nak pandang. Dia biar Hyunsuk ambil masa untuk turun. Bila Hyunsuk bagitahu dia takut nak turun, Jihoon bagi semangat supaya dia berani lompat tanpa cedera. Teringat masa YG Treasure Box (2018) dulu Jihoon yang peluk Hyunsuk lepas dia kalah dalam dance battle dengan baby cow. Precious ship ever in Treasure. 


Rakkidol team bagi peluang untuk Jihoon dengan Hyunsuk buat portfolio shoot supaya Treasure boleh dapat penaja sukan aktiviti luar. Shot dengan editing memang cantik tapi Hyunsuk gagal bertahan dalam tempoh masa yang producer bagi. Baik betul team Na PD ni sebab selalu bagi ruang dan peluang untuk talents. Ada yang kata Na PD tengah train Jihoon dan Hyunsuk sebelum diambil masuk ke rancangan Journey To The West memandangkan Mino WINNER dah nak enlist. Well, let’s pray that to happen. I will be the proudest fan to witness this. Jinjjayeo!

Lepas berjalan jauh dan sampai ke tapak perkhemahan, Hyunsuk dengan Jihoon dapat peluang untuk berehat sementara tunggu staff masak ramyeon sup tulang lembu. Hyunsuk guna masa rehat sebaiknya sebab dia breakfast dengan secawan kopi je. 


Resipi ramyeon sup tulang ni staff guna ramyeon Nongshim dengan 1000ml sup tulang lembu. Masukkan lada hitam, bawang putih hancur dengan daun bawang. Hyunsuk sediakan kimchi juga untuk semua staff yang ada dekat situ. Tengok diorang makan pun dah tahu sedap sebab sup tulang lembu kot dia guna. Mesti wangi sup tulang tu. Lagi wangi kalau dia reneh lama. Fuhhhh terliur! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (24:02 minutes for episode 8)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video : 


Dah puas makan spicy noodles ramyeon dalam Episod 7, Rakkidol team tunaikan permintaan Jihoon dengan Hyunsuk untuk bakar kalori. Tepat sangat lah permintaan tu sebab tuan rumah ada kebun yang agak besar di kawasan belakang rumah dia. 

Lepas tukar baju yang sesuai untuk berkebun, Jihoon dan Hyunsuk dibawa ke kebun yang sebesar padang sekolah. Ada 2 tugas untuk Hyunsuk dan Jihoon bila mereka perlu tanam pokok jagung dan juga pokok cili. 











Nak tanam pun ada cara dia bila mereka kena pasang plastik hitam atas batas kemudiannya buat lubang secara zig zag. Lepas siap, baru masukkan anak pokok ke dalam lubang tersebut dan siram air secukupnya. 

Masa diorang tengah fokus berkebun tu tiba-tiba ada katak melompat keluar. Kelakar tengok Jihoon hilang nyawa sebab terkejut sangat. Ada Teume tanya Jihoon takut dengan katak ke? Dia kata kalau katak tu tak keluar mengejut macam tu mungkin dia lebih bertenang. Kit apun terkejut jugak kalau ada benda tiba-tiba melompat keluar. Kesian cameraman terkejut sekali sebab diorang menjerit kuat sangat.
 

‘I always think it can’t get any harder, but it is harder every time. I thought nothing could be harder than blue crabs.’ – Hyunsuk

Lepas satu jam bekerja Hyunsuk dengan Jihoon berehat sebentar sementara team Rakkidol ambil anak pokok untuk ditanam di atas batas tersebut. Hyunsuk ajak makan ramyeon balik tapi Na PD bagitahu diorang baru je makan tadi. Satu jam tu tak lama mana pun tapi Jihoon dengan Hyunsuk dah lapar balik dah. 

Jihoon : How long does it take for corn to grow?
Na PD : When do you guys eat corn?
Jihoon : When I’m hungry


Jawapan Jihoon tu tak ada salahnya sebab memang kita makan masa lapar pun haha comel betul muka dia bila Na PD gelak berdekah. Jagung antara buah yang sentiasa ada dekat kedai sebab jangka masa untuk dituai pun tak lama. Bila tahu jawapan tu Hyunsuk ajak team Rakkidol pergi glamping. Jihoon kata diorang tak pandai set up khemah. Dia tahu kalau pergi glamping mesti team Rakkidol bagi task untuk bina khemah. Selagi tak siap, selagi tu lah tak dapat makan. 

Lepas dah penat bekerja team Rakkidol sediakan peralatan memasak dan Nongshim juga daging mentah untuk dimasak bersama. Memandangkan Hyunsuk dan Jihoon dah bekerja keras, tuan rumah benarkan diorang ambil apa saja bahan yang diperlukan untuk masak ramyeon. Best sangat tengok kebun tu penuh dengan pokok bawang, cendawan, salad, strawberry dan tanaman lain. Reban ayam pun ada so boleh ambil telur ayam free. 


Hyunsuk : Wow it smells like rubber
Jihoon : Robber? 

Terliur tengok Hyunsuk dengan Jihoon makan ramyeon dalam episod 8, I terus buat sebab resipi dia senang je. Nongshim ramyeon tu pun ada jual dekat Family Mart lepastu guna Jang Kimchi, beli dekat NSK. 


I tak pernah suka makan kimchi sebab semua kimchi yang I makan tak sedap tapi gamble betul beli Jang Kimchi bila tengok rating tinggi. Sebab takut tekak tak boleh go dengan kimchi, I guna kimchi sikit je lah dalam 4 sudu macam tu. Serious talk, feeling dia sama macam Jihoon dengan Hyunsuk makan dalam episod ni. You guys should try this recipe! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (18:33 minutes for episode 7)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video : 


Cantik betul lokasi penggambaran The Idol Ramyeonators untuk Episod 7 bila diorang shoot dekat salah satu rumah staff. Rumah berkonsepkan garden dipenuhi pokok bunga yang cantik dengan dua ekor anjing peliharaan yang comel – Dooly dan Seri. 

Wardrobe Hyunsuk dengan Jihoon pun mengikut tema musim bunga sebab diorang guna warna pastel. Hyunsuk nampak comel dengan warna lembut macam tu. Sementara Jihoon tak pernah gagal nampak kacak dalam persalinan baju berwarna putih. Done hype idol sendiri! 


Q : What do you add in your spicy cold noodles?
Hyunsuk : Pork belly, always.
Jihoon : Whelks

Na PD bagitahu untuk episod ni Hyunsuk dengan Jihoon tak payah bekerja keras pun untuk dapatkan ramyeon. Episod 7 ni cuma untuk eksperimen dengan ramyeon dan bahan terpilih sahaja. Jihoon macam tak percaya sebab mudah sangat arahan Na PD tu. Hyunsuk pulak rasa anxious lepas dengar permintaan yang mudah. Kalau sebut Iksan je mesti teringat Treasure berjalan dengan Iksan Boys (Park Jeongwoo & So Junghwan) dalam Treasure Map Season 1 Episode 8


Tengok pada tajuk episod ‘How Did Rain Special End Up As Spicy Cold Noodle Special’ boleh nampaklah team Rakkidol nak bereksperimen pula dengan spicy cold noodles. Betul ke ramyeon menu ni sedap dimakan semasa atau selepas waktu hujan dengan bahan-bahan yang menarik. Antara 5 bahan yang dipilih sebagai penambah rasa oleh Rakkidol team ialah daging mentah, whelks (sejenis siput), dumpling goreng, gandingan buah pir dan timun dan juga telur rebus. 

‘I’ve never seen pears in spicy cold noodles. We can add pears in seasoned raw beef.’- Hyunsuk


Na PD kata Hyunsuk dengan Jihoon boleh pilih semua bahan ni untuk dimakan bersama spicy cold noodles tapi dengan satu syarat. Mereka berdua kena main game yang disediakan oleh Rakkidol team. Setiap kali mereka gagal, satu topping akan dipilih untuk dikeluarkan. Kalau berjaya pula boleh ambil semua topping. Konsep dia sama macam dalam rancangan Game Caterers : YG Family Episode 7 & 8

Game pertama agak mudah lah sebab sepak bulu ayam je sampai 10 tapi disebabkan masing-masing pening dengan masa training dengan masa pertandingan. Hyunsuk yang suka main bola sepak pun tak mampu nak sepak banyak kali. Tu lah masa main asyik injured sampai hilang skills haha. 


Game kedua main lompat tali sebanyak 12 kali sebab Treasure ada 12 orang ahli. Setiap kali lompat Hyunsuk dengan Jihoon kena sebut nama setiap ahli. Jihoon memang certified appa Treasure sebab lupa nama anak-anak walhal belum lompat pun lagi. 

Game ketiga pula Hyunsuk dengan Jihoon kena pusing gajah sebanyak 10 kali kemudian high five. Jihoon cakap dia bagus main game ni sampai MINO WINNER impressed. Tapi Jihoon ni sembang je lebih, semua dia cakap dia bagus sudahnya kelaut dalam. Lepastu ajar anak dia, Jeongwoo buat perangai macam tu jugak. 


Untuk resipi dalam episod ni I tak pernah try buat lagi. Macam sesuai sangat nak try makan waktu sekarang sebab dah start hujan setiap hari. Balik kerja makan ramyeon dengan buah pir macam sedap je sebab buah tu kan banyak air pastu sejuk pulak tu. Siput tu macam pelik pulak nak ganti dengan siput sedut sebab siput sedit agak slimy. Kembang pulak tekak kalau makan nanti. Kalau gantikan dengan lala sedap tak ek? Kena try ni! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Choi Hyunsuk (Leader of Treasure), Park Jihoon (Leader of Treasure)
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 11 episode& 2 bonus clip (20:25 minutes for episode 6)
Release Date : 15 April 2022 – 17 June 2022
Video : 


Sekali lagi impian Hyunsuk dengan Jihoon jadi kenyataan bila team Rakkidol tinggalkan mereka berdua di sebuah pulau terpencil tanpa sesiapa di situ. Na PD tinggalkan bersama cameraman untuk rakam aktiviti dua orang idol ni untuk uji survival skill diorang dalam hutan. Dah macam Law Of The Jungle versi makan ramyeon. Tu lah, mulut masin sangat masa Episod 0 dulu, kan dah mendapat. 

‘Jihoon-ah~! Hyunsuk-ah~! Make ramyeon. Mix rice. Then you guys can leave.’ – Writer


Awalnya Jihoon ingatkan ada pekan di sebalik pula utu tapi pula utu memang kosong. Sunyi sepi tak ada orang langsung. Boleh je kalau Jihoon dengan Hyunsuk tak masak ramyeon tapi sampai ke sudah lah diorang stuck dekat situ. Abang cameraman pun tak boleh diajak nego sebab diorang dah kebal. Lagi lama Jihoon dengan Hyunsuk stay dekat situ lagi bertambah banyak lah airtime diorang dapat untuk episod 6. 

‘Hitting branches. Picking up shells. What a crazy collaboration.’ – Editor


Bukan senang nak hidupkan api guna batang besi walaupun ada tutorial dekat Youtube. Tak semua ranting kayu sesuai jadi kayu api juga. Lama juga Jihoon dengan Hyunsuk bekerjasama untuk hidupkan api. Comel je tengok Jihoon tenangkan Hyunsuk bila dia dah give up nak hidupkan api. Tapi bila Hyunsuk dah semangat balik nak hidupkan api, Jihoon pulak pergi main dengan ikan dekat laut. 

Hampir rabak mental Hyunsuk bila dah berjaya hidupkan api tapi canteen tu pulak jatuh dari kayu sampai air keluar dari bekas gara-gara Jihoon tambah beban. Kalau Jihoon tak angkat betul-betul lepastu canteen jatuh lagi confirm diorang dah tak ada air untuk masak nasi dengan ramyeon. Tak boleh keluar lah cerita dia. Kalaupun diorang boleh guna air laut, sanggup ke nak makan nanti? 


Kalau dah guna api besar dari kayu api tu tak payah tunggu lama lah untuk masak macam dalam Treasure Map Season 2 Episode 42 dulu bila Hyunsuk masak pizza sementara Jihoon masak sujebi. Bila air dah mendidih boleh lah masukkan ramyeon dengan rencah dia dalam canteen. Ramyeon yang Hyunsuk dengan Jihoon guna untuk episod ni ialah Nongshim AnSungTangMyun. Ramyeon jenis ni nipis je mi dia tapi kenyal. Kuah dia pun pedas sikit dari biasa dengan empingan rumpai laut. Rasa kuah dia lebih kurang sama macam sup miso lah. 

Bila mi dah masak, baru la masukkan telur dalam canteen tapi Jihoon being Jihoon lah. Hyunsuk barai terus hadap member jenis clumsy macam dia. Malang betul nasib diorang dekat pulau tu. Kalau masuk Law Of Jungle entah boleh survive entah tidak dua hari dekat dalam hutan tu. Kalau YG nak hantar baik hantar Doyoung ataupun Jeongwoo lah pergi masuk hutan. 


Masa makan tu macam kagum jugak lah dengan Jihoon sebab dia boleh telan kerak nasi hangit dalam canteen tu. Kalau I nasib berkerak sikit pun tak nak makan sebab keras. Kadang tu sebab pahit bila dah hangit tapi Jihoon elok je makan siap cakap sedap. Rare breed.

Dalam episod ni benda sedih kena tinggal pun jadi kelakar sebab Jihoon dengan Hyunsuk kepala otak gila-gila. Tu belum masuk reaction Hyunsuk lagi. Tak tahu lah macam mana dia boleh bersabar dengan perangai clumsy Jihoon sepanjang 5 tahun diorang berkawan rapat. Kalau dekat tempat dia dah lama kena beduk dah Jihoon tu. Kalau dengan member Treasure lain nampak lah perangai tegas Jihoon tapi bila dengan Hyunsuk, nampak comel betul. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10