Sejak dari tahun 1998 lagi firma Ram Reza & Muhammad membantu anak guam yang bergiat aktif dalam dunia industri hiburan negara sama ada industri perfileman ataupun muzik menerusi spektrum visual juga audio.
Jikalau masyarakat awam banyak memandang masalah guaman yang melibatkan anak seni hanyalah kerana kontroversi, skandal panas ataupun masalah penyalahgunaan bahan-bahan terlarang, industri hiburan melangkaui lebih dari itu.
Dalam rutin harian mereka sebenarnya mempunyai banyak dokumen rasmi yang perlu ditandatangani, banyak kontrak yang perlu disaring atau diteliti terlebih dahulu sama ada berpihak secara adil ataupun tidak terhadap anak seni. Ada kes di mana pelakon dibayar harga pelakon pembantu walhal pegang watak utama dan dipaksa bekerja lebih dari tempoh jam yang sepatutnya. Kes bayaran tertunggak juga sudah biasa berlaku baik pelakon di set ataupun teater persembahan.
Menjadi peguam Dato' Seri Siti Nurhaliza, kebanyakan kontrak atau perjanjian seperti Perjanjian Konsert, Perjanjian Memorandum Persefahaman, Perjanjian Persembahan, Perjanjian Duta Produk, Perjanjian Kolaborasi dan banyak lagi akan dinilai terlebih dahulu sebelum ditandatangani oleh kedua belah pihak yang terlibat. Antara duta produk ternama yang pernah dikendalikan oleh Ram Reza & Muhammad ialah AEON, JUSCO, Maybank, Maxis, Cuckoo, VIVO, Vantage, Jovian dan terbaru, Swarovski.
Sama juga seperti proses pembikinan lagu di mana setiap karya, harta intelek malah logo akan didaftarkan atau dipatenkan terlebih dahulu di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) kerana Ram Reza & Muhammad mempunyai kepakaran tersebut menerusi MyIPR. Dan kerana kepakaran ini telah memudahkan anak guam untuk berkarya tanpa perlu pening, terkeliru atau teraniaya.
"Ada dalam kalangan penggiat seni sebagai contoh penyanyi dan pemuzik, apabila menandatangani sesuatu kontrak, malangnya dia tidak begitu memahami apa yang ditandatangani dan kemudiannya dia berhadapan dengan masalah hak cipta." - Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM),2020
Selain Dato' Seri Siti Nurhaliza, Ram Reza & Muhammad juga pernah berurusan dengan selebriti tanah air yang lain seperti almarhum Pak Ngah, Malique Too Phat, Faizal Tahir, Aubrey Suwito, Aizat Amdan, Fathia Latif, Aiman Hakim Redza, Maria Farida, Fasha Sandha, Dato' Aaron Aziz, Dato' Jalaluddin Hassan, Dato' Hattan, Search, XPDC, Bumiputra Rockers, Ayahanda Rani Kulup, Akim, Black, Tomok, Hazama, Sissy Iman dan ramai lagi. Untuk artis dari negara seberang pula, Wali Band, Oki Setiana Dewi, Kris Dayanti juga Radja.
Mungkin nama Encik Nor Hisham bin Haji Muhammad tidaklah dikenali ramai kerana beliau lebih selesa bekerja di bawah radar dan lensa kamera. Namun pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam profesion undang-undang juga perniagaan membuatkan klien lebih selesa bekerja dan titipkan kepercayaan untuk mengendalikan kes dan dokumen mereka.
Sesuai dengan jabatan korporat yang dibuka dan dibantu oleh Encik Izharul Effendy untuk memastikan peranan sebagai peguam korporat berjalan dengan lancar, cawangan Ram Reza & Muhammad yang terletak di Ara Damansara memudahkan klien dalam industri seni berurusan dengan selesa. Selebriti yang mempunyai syarikat miliknya menggunakan khidmat Ram Reza & Muhammad sebagai setiausaha syarikat seperti Dato' Aaron Aziz dengan restoran Kidz & Creme.
Selain mempunyai tunjang yang kuat, Encik Nor Hisham juga percaya dengan kekuatan kerjasama dari sesebuah pasukan. Maka penting untuk beliau sentiasa berkongsi ilmu, tips dan pengetahuan melalui training class dan perbincangan santai bersama peguam muda yang mengorak langkah dengan kreativiti atau skills masing-masing untuk menyelesaikan pelbagai jenis masalah dalam profesion guaman walaupun beliau sendiri sibuk sebagai ahli jawatankuasa dalam Advocates and Solicitors Disciplinary Board (“ASDB”), ahli Jawatankuasa Induk Pelaburan Universiti Putra Malaysia, ahli Jawatankuasa Yayasan Pelajaran MARA dan juga sebagai ketua keluarga.
Memandang industri hiburan sebagai salah satu penjana ekonomi negara, Encik Nor Hisham Hj Muhammad sentiasa berkongsi nasihat dan memujuk supaya lebih ramai anak seni baik yang baru saja menceburi dunia hiburan mahupun yang sudah lama bertapak dengan mempunyai jumlah peminat yang ramai agar sentiasa mencari bantuan guaman sebelum menandatangani sebarang kontrak.
Buanglah pemikiran skeptikal yang bersifat negatif di mana khidmat guaman mahal dan membebankan kerana kos turun naik mahkamah lebih mahal harganya. Sama juga dengan nasib harta intelek yang masih lagi dipandang enteng untuk dijaga.
Mungkin jika lebih ramai yang datang untuk dapatkan khidmat nasihat undang-undang akan tercetus idea untuk mencipta rang undang-undang baru untuk menjaga anak seni dan mengurangkan masalah eksploitasi. Sudah masanya sebuah pembaharuan budaya kerja dalam industri seni diangkat ke tahap yang lebih selamat dan beretika.