Bergambar Atau Cari Buku Di Book Xcess MyTown?
Monday, 16 May 2022
Bergambar atau cari buku di Book Xcess MyTown ni? Jawapannya bergambar lah sebab kedai buku ni bergabung dengan rekaan senibina yang menarik dan kreatif. Selain rak buku yang tinggi, Book Xcess yang berkeluasan 31,200 square feet ni juga ada laluan berbatu sebagai tarikan dan interior menarik. Kena berhati-hati masa guna laluan berbatu sebab ada batu yang tajam juga. Risiko terpeleot juga tinggi.
Mesti dah ramai yang datang berkunjung dekat Book Xcess MyTown ni sebab dah lama pun wujud sebagai kedai buku ataupun sebagai port OOTD dan Instagram. Dari luar Book Xcess ni nampak kecil je tapi bila masuk boleh sesat jadinya sebab ada banyak lapisan di belakang. Cahaya pun agak malap dan susunan setiap rak lebih kurang sama jadi susah nak cari highlight point setiap ruang.
Mungkin juga sebab I masuk dalam masa yang singkat jadi tengok macam tu je sebab tu senang keliru dengan semua bahagian. Katanya dalam Book Xcess ni ada 17,000 buah bahan bacaan atau mungkin dah makin bertambah bilangannya.
Masa tengah ralit bergambar tu terdengar alunan piano dekat sebelah. Bila keluar tengok ada free show. Tak pasti Book Xcess memang invite pemain piano ataupun dia saja test skills dekat situ. Tak kisah yang mana satu, dia main piano sedap sangat, sesuai dengan suasana dekat situ. Nak stay lama lagi tapi tengah kejar masa :(
Kesemua buku dalam Book Xcess ni adalah bahan bacaan English dalam kategori fiksyen ataupun bukan fiksyen. Buku Khloe Kardashian pun ada dekat sini. Nak belek satu persatu setiap buku memang tak sempat tambah pula ada buku yang diletakkan tinggi. Boleh jadi satu hari duduk dekat sini sebab ada banyak buku boleh dibaca sinopsisnya dan bangku untuk berehat dengan selesa.
Uniknya dalam Book Xcess ni ada galeri seni Papu Art Gallery dengan beberapa jenis lukisan dari pelbagai artis. Rasanya lukisan dekat sini akan sentiasa bertukar sebab tengok dekat Google ada lukisan lain, masa pergi Book Xcess ni lukisan lain. Masa tu banyak lukisan yang lebih dark dan bertemakan perasaan. As you guys can see in my pictures ada bentuk hati, ada manusia yang lost, ada yang kusut, ada juga yang tenggelam dalam kegelapan.
Dekat dalam Book Xcess ni ada dua tempat makan, satu di cafe hipstur Whisk Cafe yang menghidangkan kopi dan kek. Satu lagi restoran Ume Tei yang menawarkan hidangan makanan asli Jepun. Interior restoran ni pun cantik sebab ala Jepun tapi tu lah tak boleh makan dekat situ.
Tertarik sangat dengan koleksi lukisan karakter dan figura Marvel yang tengah popular dan jadi kegilaan ramai. Nak bergambar dekat bahagian ni kena ada bakat seni dan kreativiti yang tinggi. I ambik 10 gambar pun tak ada satu yang menjadi. Mungkin juga kerana faktor obesiti T.T
Sebelum keluar dari Book Xcess ada cashier counter dan pelbagai jenis ala tulis di bahagian ni. Memandangkan datang untuk bergambar, maka tak ada lah sesi jual beli berlaku di ruang ni. Mungkin lain kali. Mungkin.