Steamed Chicken with Rice Balls, Old Town White Coffee

Thursday, 28 April 2022

Lepas pengumuman dari KKM yang restoran boleh beroperasi 24 jam, Old Town White Coffee tukar menu diorang dan tambah beberapa menu baru. antaranya Rice Ball Series di mana Old Town White Coffee menawarkan Steamed Chicken with Rice Balls dengan BBQ Chicken with Rice Balls. Tengok menu dia macam comel lah so I pun gedik2 lah order. 

Expectation :


Reality :


Udoh le lama nak kena tunggu menu ni siap, tup tup bola dia tak jadi pun. Kecewa betul dapat bebola nasi ala kadar ni. Baik I order nasi ayam Hainan biasa je. Bebola nasi ni bukan sesuatu yang baru pun malah dah habis dah pun hype dia. Tak ingat lah tahun bila bebola nasi ayam ni pernah famous dekat Melaka, rasanya around 2018 macamtu kot. 

By the way Steamed Chicken with Rice Balls, Old Town White Coffee ni rasa biasa je lah macam nasi ayam Hainan yang lain. Lepas makan menu ni rajin pulak kentut sebab ayam tu ada banyak gila halia. Not complaining sebab dia blend halia dengan bawang putih tu sampai boleh dimakan dan rasa tetap sedap. Mungkin ada MSG sekali, entahlah tapi sedap lah untuk dimakan. Pekena dengan taugeh yang crunchy, kira layan jugak lah. 

Harga dia around RM16 macam tu, standard harga main dish dekat Old Town lah. Nak repeat ke tak tu mungkin akan repeat tapi bukan under rice ball series lah. Daripada bayar lebih sebab upah dia buat bola tapi yang sampai bola kempis cenggini, baik tak payah. 

Berbuka Dengan Smoothie Strawberry HouzFruits Subang Bestari

Wednesday, 27 April 2022

Sejak masuk musim panas ni rasa craving nak makan buah strawberry sebab dah lamaaaa sangat tak makan. Cari dekat pasaraya pun tak banyak stok ada. Pasaraya area Subang Bestari lah, area dekat tempat korang tak tahu lah ada ke tidak. 

Sebab susah sangat nak dapat, belek jugak lah dekat HouzFruits ni sebab buah dia banyak pilihan jugak. Bila tengok Grab masa tu pun, out of stock jugak. Hmmm nasib baik ada smoothies. Tapi macam kelakar kan, buah tak ada tapi smoothies ada. Mungkin tak fresh untuk dijual harga buah. Faham tak? Hshshs


Kitorang order dua smoothies masa tu, satu buah naga, satu lagi buah strawberry. Dalam smoothies ni ada potongan buah naga dan kiwi, cornflakes, pecahan biskut Oreos perisa original dengan cincau dipotong dadu. 


Cawan dia besar lah jugak untuk harga RM16 secawan. Jadi mahal sebab ada topping dengan bahan lain tu lah kot. Rasa dia tak lah manis sangat sebab dah request tak nak gula sebab buah kan dah ada gula dia sendiri. 

Mine is strawberry smoothies tapi tak rasa sangat lah strawberry tu, mungkin sebab susu lagi banyak kot. Entahlah, tapi sedap je lah minum masa berbuka tu. Ke sedap sebab lapar hmmm questionable jugak tu. Minum smoothies ni yang tak bestnya kena minum laju-laju sebab toppings dia ada biskut Oreo dengan cornflakes cereal. Lagi satu hal bila dia cair rasa macam mehhh sikit dekat tekak. 

Majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2022

Monday, 25 April 2022


STRIM 190 PROGRAM ISTIMEWA SEPANJANG SYAWAL DI ASTRO
 

🎥 Filem pendek, ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’ daripada pengarah Razaisyam Rashid akan ditayangkan pada 3 Mei di Astro GO

🎥 Adaptasi rancangan popular dari Korea Selatan, ‘Mystery Ranking Show Malaysia’ bakal ditayangkan di Astro Ria pada 20 Mei

🎥 Buat pertama kali, Gempak akan menayangkan rancangan ‘#GtheUntoldStory’ secara eksklusif

🎥 ‘Megaraya Ria’, ‘Gegar Vaganza – Semangat Nak Raya!’ dan ‘The House Kamal & Uqasha’ akan menemui peminat Syawal ini

Azlin Reza Azmi, 
Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro

Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini, tema ‘Semangat Lebaran Kita’ telah diangkat untuk menerajui Kempen Ramadan Raya Astro 2022 bersesuaian dengan transisi kita ke fasa endemik dan pembukaan semula negara secara selamat, yang membolehkan kita kembali semula kepada rutin yang hampir normal setelah dua tahun berperang dengan pandemik Covid 19.

 
Bersesuaian dengan tema tahun ini, Astro bakal menyajikan kandungan yang cukup komprehensif sepanjang musim perayaan. Pengisian Syawal kali ini bakal dimeriahkan dengan himpunan rancangan televisyen terhebat merangkumi hiburan variasi ‘Raya Specials’, komedi muzikal, koleksi filem-filem blokbuster tempatan dan antarabangsa, drama bersiri popular, telefilem khas Aidilfitri yang bakal menampilkan nama-nama popular tanah air, karya throwback ‘terbaik’ serta program kanak-kanak dan animasi.  
 
Bagi peminat program ‘signature’ pula, program terbaru ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program ‘Gameshow Misteri’ yang diadaptasi dari Korea Selatan akan bermula siaran mulai 20 Mei 2022, setiap Jumaat 9 malam di Astro WARNA. Program baru ini menampilkan Sherry Al Hadad sebagai hos dan barisan panel seperti Adlin Aman Ramli, Azad Jasmin dan ramai lagi. 


Selain itu, kami turut membawakan filem televisyen terbaru menerusi platform Astro First serta kandungan antarabangsa hebat menerusi Astro Best.  
 
Pelbagai program istimewa raya dalam format video digital juga bakal disiarkan secara eksklusif di semua platform digital Astro. Menerusi platform radio pula, ERA, SINAR, GEGAR dan ZAYAN juga bakal menemani pendengar dan membawakan pelbagai kandungan terbaik di sepanjang Syawal nanti. 
 
Dengan rasa teruja kami mempertontonkan treler kepada iklan filem pendek Raya Astro hasil arahan pengarah tersohor, Razaisyam Rashid dan dibintangi salah seorang duta kempen kami, Nadhir Nasar. 
 
Buat pertama kalinya iklan Raya kami diolah menjadi sebuah filem pendek berdurasi 20 minit yang berjudul ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’.  


Filem ini berkisarkan tentang seorang anak muda, yang terkesan dengan penangan pandemik yang kehilangan pekerjaan serta harta benda, dan sarat dengan mesej yang cukup bermakna untuk dijadikan teladan bersama. Gabungan elemen yang dimuatkan dalam Tujuh Hari Di Bawah Matahari, membuatkan plot penceritaan menarik dan kreatif dalam usaha menzahirkan intipati yang ingin disampaikan.  
 
Kita nantikan tayangannya secara eksklusif di Astro Go pada malam Raya Aidilfitri, 2 Mei pada jam 8.30 malam serta di saluran-saluran televisyen Astro pada 1 Syawal, 3 Mei jam 8.00 malam


KANDUNGAN TELEVISYEN MENARIK SEPANJANG SYAWAL 2022

1. Rancangan Hiburan Variasi ’Raya Special’ di Astro Ria akan dimulakan dengan ’Megaraya Ria’ yang bermula siaran dari malam Raya hingga 5 Syawal. Program-program hiburan menarik seperti ’Meletop Raya’, ‘Gegar Vaganza – Semangat Nak Raya!’, ‘Bila Tiba Big Stage Beraya’, program istimewa dari Jakarta terus kerumah anda dalam ‘Tembakan Syawal Bunda Hetty’, ’Konsert Semangat Lebaran Kita’, ’Kisah Seorang Aliff Aziz’, dan program eksklusif menyelami suka duka Shuib dalam ’Semakin Cinta, Shuib’ juga akan menemani penonton sepanjang lima hari pertama bulan Syawal nanti.


2. Kemeriahan di Syawal ini juga akan diriuhkan lagi dengan himpunan rancangan komedi. Bergelak ketawa dengan ‘Sepahtu Al Raya’ selama 7 malam berturut-turut yang akan bersiaran dari malam Raya hingga 6 Syawal di Astro Warna dalam himpunan tujuh episod khas – ‘Konsert Raya Sepahtu’, ’Guntingkan Kesedihanmu’, ‘Warung Sepahtu Raya’, ‘Misteri Kem Motivasi (Hantu Raya)’, ‘Lebaran Perantauan’ dan ‘Sambutan Salah Niat’. Juga di Astro Warna, rancangan ‘The Masked Singer Malaysia Reunion 2022’, ’MLM Raya:Kampung Pening Lalat’ dan ’Sejenis Raya Reunion’ yang menampilkan barisan pelawak lagenda, Senario, bakal menggeletek hati penonton.  


Istimewa buat para peminat program ‘signature’, Astro Warna bakal memperkenalkan program terbaru ‘Mystery Ranking Show Malaysia’, iaitu program ‘Gameshow Misteri’ yang diadaptasi dari Korea Selatan mulai 20 Mei 2022, setiap Jumaat 9 malam. Manakala untuk penggemar program bercorak variasi, Astro Ria akan menyajikan dua buah episod khas ’Romantika Raya’ bersama 2 pasangan selebriti terkenal – Kamal Adli & Uqasha Senrose dan Uyaina Arshad & Raja Syahiran. 


Menerusi Gempak Original Series, Kamal dan Uqasha turut akan membintangi ’The House Kamal & Uqasha’ yang akan memaparkan perjalanan bulan madu mereka ke Kuantan dengan menaiki karavan. The House yang juga ditaja oleh McDonald’s ini akan mula ditayangkan pada 5 Mei di Astro Ria, jam 2.00 petang dengan dua episod pertama ditayangkan secara berturut – turut. Episod seterusnya akan ditayangkan pada setiap Rabu, jam 9.30 malam di Astro Ria.

3. Sambutan perayaan bulan Syawal pastinya tidak lengkap tanpa diserikan dengan koleksi filem-filem terlaris tempatan dan telefilem khas Raya. Di Astro Ria, penonton akan dapat mengikuti tayangan tiga buah filem pecah panggung seperti ’Penunggang Agama 2’, ‘18 Puasa di Kampung Pisang’, ‘Kampung Pisang Muzikal’ dan enam buah telefilem istimewa Syawal berjudul ‘Raya Talak Satu’, ‘Peti Ais Mak’, ‘Menantu ke Isteri Untuk Abah’, ‘Nyanyuk’, ‘Angah’ & ‘Jangan Masuk Rumahku’ yang akan bersiaran setiap hari dari 1 hingga 6 Syawal, jam 10 pagi. 


Telefilem-telefilem ini akan dibarisi ramai pelakon popular masa kini seperti Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Fattah Amin, Nasir Bilal Khan, Janna Nick, pasangan popular Aiman Hakim Ridza & Zahirah Macwilson, juga pelakon veteran seperti Kartina Aziz dan Jalil Hamid. Astro Citra juga tidak ketinggalan menampilkan sebuah telefilem eksklusif berjudul ‘Curi Duit Raya’ pada 5 Syawal.

4. Bagi peminat drama bersiri Melayu, ‘Jangan Menangis Cinta’ & ’Scammer 2’ di Astro Ria, ‘Dendam Seorang Isteri’ di Astro Prima dan ‘Kuasa’ di Astro Citra akan terus setia menemani penonton sehingga ke penghujung musim.



5. Khas untuk penonton-penonton cilik, program animasi dan kanak-kanak di Astro Ceria, ’Megastar Academy’, ’Puteri Kuasa Tiga’, ’Take CTRL’, ’Didi & Friends Raya Song’ dan ’Puteri’ akan menghiburkan adik-adik sepanjang Syawal nanti. Di Astro Warna, ’Lu Fikir La Nabil, TuuDeh..!!’ pula akan ke udara pada 3 Syawal.


6. Di rangkaian saluran antarabangsa, para pelanggan Astro boleh menonton 2 buah filem terbaharu seperti ’The Batman’ dan ’King Richard’ di HBO GO menerusi On Demand. Di saluran PRIMEtime, sebuah rancangan masakan realiti ‘Star vs Food Malaysia - Raya Special’ akan bersiaran pada 7 dan 8 Mei di mana 2 episod ini akan memaparkan gandingan mantap masakan Datin Lisa Surihani bersama Chef Melba Nunis dan Daiyan Trisha bersama Chef Fadzly Che Omar. Sebuah animasi baru untuk kanak-kanak ’The Patrick Star Show’ pula akan muncul di saluran Nickelodeon bermula 23 Mei.

7. Tidak dilupakan, untuk peminat sukan bola sepak, Astro Arena bakal menyajikan dua buah program edisi khas raya untuk tontonan semua. Program ‘Berbulu Dengan Burn Berhari Raya’ yang dihoskan oleh Burn dan Eli dan program ‘Hari Raya Borak Borak Botak’ yang dihoskan oleh Nafis atau lebih dikenali sebagai Abang Botak juga akan ke udara. Kedua-dua buah program ini juga akan turut disiarkan menerusi platform media sosial Facebook dan YouTube kendalian Astro Arena. 


KANDUNGAN ASTRO FIRST & ASTRO BEST SEPANJANG SYAWAL 2022

1. Astro First membawakan pelbagai filem terbaharu secara eksklusif ke platform Di Pawagam Rumah Anda khas untuk Aidilfitri ini seperti:
📌Filem animasi popular tanah air, ’Upin & Ipin Ramadan-Raya’ 
📌Filem romantik komedi gandingan MK K-Clique dan Azira Shafinaz iaitu ’Bunga dan Kayu’
📌Filem oleh Syahmi Sazli berjudul ’35mm’ 
📌Filem drama berunsurkan jenayah ’Halimun Malam’
📌Filem-filem dari Asia yang lain iaitu ’Crayon Sin Chan’, ’Tokyo Revengers’, ’Idiot’, ’Kung Fu Cult Master 1 & 2’ dan ’Cracked’ 



2. Koleksi antarabangsa menerusi Astro Best di Saluran 481 pula turut membariskan 4 buah filem terbaharu berjudul ‘Moonfall’, ’Uncharted’, ’Marry Me’ dan ’Morbius’ yang boleh dilanggan secara akses awal.

3. Pelanggan Astro boleh menyewa filem-filem Astro First dan Astro Best menerusi Saluran 480 dan 481 serta On Demand. 

KANDUNGAN RADIO ASTRO SEPANJANG SYAWAL 2022

Radio ERA akan memeriahkan Hari Raya Aidilfitri pertama dan kedua ini dengan program ‘Dedikasi Raya ERA’, di mana pendengar setia ERA dapat menzahirkan ucapan kepada keluarga dan rakan-rakan sambil dihiburkan dengan lagu-lagu yang terkini di ERA. Juga di ‘Petang Raya ERA’, artis-artis jemputan khas akan bersama-sama ke udara untuk menyambut hari raya dengan personaliti Petang ERA. Manakala untuk pendengar ERA Sabah, personaliti ERA Sabah akan menghasilkan lagu dan muzik video khas edisi Raya melalui ‘Raya MV’. Pada sebelah malam raya, Sabahan buskers bersama personaliti ERA Sabah akan membuat busking secara ‘live’ di radio dan halaman Facebook ERA Sabah menerusi ‘Busking Live Malam Raya’.


SINAR akan memeriahkan sambutan Aidilfitri ini dengan program ‘Baju Raya DUO’ di mana Elizad dan Hefny akan menyahut cabaran untuk menjahit baju raya dan pendengar akan memilih baju yang mana lebih cantik antara keduanya. Personaliti yang kalah akan menyumbangkan baju raya kepada mereka yang memerlukan untuk digayakan pada Hari Raya. Pada sebelah pagi 1 dan 2 Syawal nanti, peminat boleh menikmati ‘Meriah Raya Pagi di SINAR’, di mana personaliti Pagi Di SINAR akan ditemani artis jemputan.


Peminat-peminat GEGAR pula boleh memenangi seutas rantai emas dengan menyertai program ‘Kilauan Raya GEGAR’. Juga melalui rancangan ‘GEGAR Pagi Istimewa Raya’, personaliti GEGAR Pagi akan beraya sakan bersama Pok Ya Cong Codei dan rakan-rakan, serta personaliti GEGAR yang lain.

Di ZAYAN pula, peminat bertuah akan dipilih untuk menjayakan program maya ‘ZAYAN Marbahan’ bersama personaliti-personaliti ZAYAN. Radio ZAYAN akan turut meraikan ‘ZAYAN Raya Mualaf’, aktiviti berhari raya bersama saudara baharu Islam di bulan Syawal nanti.

KANDUNGAN PLATFORM DIGITAL ASTRO SEPANJANG SYAWAL 2022

Gempak melalui ’Salam Lebaran Kita’ akan mengumpulkan kompilasi ucapan raya dari semua lapisan masyarakat Malaysia untuk ditujukan kepada orang tersayang dalam bentuk kad raya digital. Setiap ucapan terpilih bukan sahaja bakal dimuat naik menerusi platform Ria X dan Gempak, malah akan turut disiarkan di kesemua saluran Melayu Astro sebagai kapsul selingan. Layari www.astroraya.com.my  untuk maklumat lanjut.


Pertama kali secara eksklusif, #GTheUntoldStory membawakan kisah rumah tangga pasangan Sharifah Sakinah dan Michael Hansen sempena kedatangan Syawal kali ini. Pertama kali meraikan lebaran sebagai pasangan suami isteri, Sakinah dan Michael berkongsi luahan hati, kisah-kisah lucu serta tips fitness sepanjang musim perayaan. #GTheUntoldStory istimewa Raya akan dikongsikan pada 1 dan 3 Mei 2022 di www.gempak.com.

Bagi peminat pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose, saksikan ’The House Kamal & Uqasha: The Journey’ yang akan mula bersiaran pada 5 Mei jam 3.00 petang dan episod seterusnya setiap Rabu, jam 10 malam di Astro Gempak. Penonton juga boleh mengintai bibit-bibit manis pasangan ini di belakang tabir sepanjang penggambaran, eksklusif  di Gempak. 

Seperti tahun sebelumnya, Gempak akan menyajikan filem pendek istimewa raya berjudul ’Mateen & Hadi’ yang akan ditayangkan pada 1 Mei, jam 10.00 pagi dan ’Mizi Take It EZ’, sebuah Travelogue Raya bersama Youtuber Korea yang menetap di Malaysia, Mizi akan bersiaran bermula 3 Mei, jam 12.00 tengah hari di Gempak.  Selain itu, sebuah drama 2 episod berjudul ’Julia’s Secret Recipe’ juga akan disiarkan pada 22 Mei, di platform Astro Gempak.


Ria X juga akan membawa  penonton untuk meninjau suasana sewaktu di sesi latihan hingga ke bilik solek selebriti popular menerusi  ‘Pintu Belakang Raya’ bagi rakaman program ’Big Stage Beraya’ pada 2 Syawal jam 11 pagi. Selain daripada itu, Ria X turut mempersembahkan Cantik Tak? yang bakal bermula pada  20 April. Tutorial make-up ini memeparkan Afifah Nasir, Elfira Loy, Kilafairy, Rita Nadira dan Nadia Brian berkongsi tips-tips persolekan.

Saksikan Cik Man BerOME TV yang sedang ditayangkan menerusi Salam Muslim di mana Cik Man bertanyakan soalan-soalan secara spontan kepada chatters. 
 
IKLAN RAYA ASTRO 2022: ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’

Filem pendek ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’ terbitan Astro dengan kerjasama agensi kreatif Naga DDB dan bahagian Pemasaran Astro ini diarahkan oleh pengarah tersohor Razaisyam Rashid dan dibintangi salah seorang duta kempen Ramadan Raya Astro, Nadhir Nasar.

Inspirasi penghasilan filem ini lahir dari penerimaan baik penonton kepada corak penceritaan berunsurkan genre ‘Coming-of-Age’ seperti Projek: Anchor SPM. Kebelakangan ini juga, terdapat ramai bakat-bakat muda dan baru telah tampil kehadapan. Walaupun dikekang gemelut pandemik, namun ia tidak sekali pun melunturkan semangat mereka untuk terus berkarya. Naskah filem ini direka khas untuk mencerminkan perjuangan golongan muda hari ini. 


Garapan jalan cerita yang diolah untuk filem ini cuba mempamerkan realiti kejerihan ramai kalangan muda di luar sana yang terkesan dari sudut mental dan sosioekonomi di sebabkan oleh pandemik. Namun harapan untuk bangkit membina kehidupan baharu harus disemarakkan kembali. Untuk menerap unsur-unsur budaya popular, trend berbasikal dan penularan jaringan media sosial juga diselitkan sebagai refleksi kepada aliran budaya masyarakat terkini. 

Razaisyam Rashid dipilih sebagai pengarah kerana corak dan hasil kerja beliau yang inovatif menepati konsep, tona, nuansa dan tema filem ini. Selain itu, filem ini juga memerlukan pelakon muda yang mampu memberikan penjiwaan kepada watak yang mencabar seiring dengan jalan penceritaan. Nadhir Nasar dipilih sebagai pendukung utama kerana dia merupakan bakat baharu yang berpotensi besar berdasarkan hasil kerja beliau seperti Projek: Anchor SPM dan i-Tanggang. Komposisi gandingan watak pembantu seperti Sherie Merlis, Pekin Ibrahim dan Sean Lee, juga diharap dapat menghidupkan elemen muhibah dan mendekatkan lagi filem ini kepada  semua lapisan masyarakat dan generasi.

Oleh kerana ‘Tujuh Hari Di Bawah Matahari’ mengisahkan tentang kembara perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perlis, penggambaran telah dilakukan di beberapa lokasi menarik seperti  Lumut, Kuala Kangsar, Taiping dan Butterworth bagi mewarnai dan melatari perjalanan filem ini. 

ASTRO REWARDS

Dari 11 April - 11 Mei, pelanggan-pelanggan Astro berpeluang untuk memenangi baucar percutian (termasuk tiket penerbangan dan penginapan), tudung eksklusif dari dUCK, diskaun perabot dari Fella Design, diskaun baju raya keluaran Hatta Dolmat dan banyak lagi menerusi Astro Rewards! Layari astro.com.my/rewardsraya untuk maklumat lanjut.

GO SHOP

Sempena sambutan Hari Raya, kempen ‘Salam Aidilfitri Bersama Go Shop’ menawarkan pelbagai tawaran eksklusif sehingga 31 Mei 2022, seperti ‘Jualan Mega Raya’ di mana para pelanggan dapat menikmati diskaun sehingga 80% daripada pelbagai pilihan produk di Go Shop untuk persediaan Raya anda. 

Para pelanggan juga boleh menyertai peraduan ‘Spin & Win’ di aplikasi Go Shop hingga 8 Mei 2022 dan berpeluang memenangi hadiah bernilai RM150,000. 


Selain itu, melalui ‘Pemberian RM30 Juta Duit Raya’, pelanggan Go Shop akan menerima RM10 Duit Raya untuk membeli-belah di Go Shop dari 1 Mei hingga 8 Mei.

Sepanjang tempoh kempen, para pelanggan boleh menggunakan kod promo ‘GOSHOP15’ dan ‘GOSHOP35’ dengan syarat pembelian minimum untuk menikmati diskaun sehingga RM50. 

Untuk maklumat lanjut, layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store.

ASTRO FIBRE

Dapatkan internet fibre (50Mbps), pakej Pek Primary ASTRO, peranti jaringan percuma (bernilai RM129) dan hayati lagu tema Aidilfitri 'One Home One Internet', “Senandung Hari Raya Untukmu” nyanyian oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Aliff Aziz apabila anda melanggani Astro Fibre dengan harga RM129 sahaja. Semua pelanggan Astro sedia ada dan baharu boleh mendaftar sekarang di astrofibre.com.my atau hubungi 03-7481 3000. Sertai perbualan dalam talian bersama hashtag #wifikencang.

BISNES

Nikmati rancangan-rancangan kegemaran anda di HBO, Disney+ Hotstar, tvN Movies dan lebih 95 saluran bersama keluarga anda tanpa had! Dari 16 Februari - 31 Mei, langgani Astro dari serendah RM94.99 sebulan dan dapatkan 30 hari percuma! Layari astro.com.my (Movies Pack) atau WhatsApp “GET Astro” ke 03 9543 3838 untuk mendapatkan tawaran ini.


Perkhidmatan Multiroom (Smart TV) merupakan langganan kedua yang membolehkan para pelanggan menonton rancangan kegemaran mereka di Astro menerusi televisyen lain, di bilik lain dengan penggunaan TV Pintar tanpa menggunakan Astro Box kini tersedia di pasaran. Muat turun aplikasi Astro pada TV Pintar kedua anda dan sambungkan ke Wi-Fi untuk mulakan penstriman. Perkhidmatan ini tersedia untuk pelanggan Astro pada harga diskaun RM19.99 untuk masa yang terhad. Untuk maklumat lanjut, layari https://product.astro.com.my/multiroom.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astroraya.com.my 

 INTISARI RANCANGAN ASTRO OASIS 25 APRIL – 1 MEI 2022


Monday, Apr 25

06:25 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0002

07:30 Nasihat 0002

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0011

09:00 (L)GoShop

10:00 Tanya Cik Man Musim 3 0009

10:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0012

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0022

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0005

14:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0013

14:30 Tetamu Allah 0009

15:00 GoShop

16:00 Indahnya Iman 

17:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0017

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 23 0023

19:00 Iman & Aman S4 0004

19:15 Kapsul Tazkirah 0003

19:17 Indahnya Iman 

19:30 Presint Iman 0004

20:00 UAS Tour 2.0 0007

20:30 Indahnya Iman 

20:45 Iman & Aman S4 0004

21:00 Merentas Samudera Ke Nusantara 0003

21:30 Perempuan Paling Bahagia 0007

22:00 Presint Iman 0004

22:30 Ala Kazim Musim 2 0005

22:57 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 - Siri 1 0001

23:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0016

23:30 Lensa 106 S2 0004

00:00 Majlis Ayah 2022 0022

01:00 Presint Iman 0004

01:30 Trek Asatizah 0017

02:00 Tanah Kubur Siri 8 (HD) 0010

02:30 Presint Iman 0004

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0023

04:30 Lensa 106 S2 0004

05:00 Lawak Tak Lagha 3 0001

05:30 Indahnya Iman 


Tuesday, Apr 26

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0003

07:30 Presint Iman 0004

08:00 Rahsia Ramadan 0004

09:00 (L)GoShop

10:00 Tanya Cik Man Musim 3 0010

10:30 Tok Adi 0009

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0023

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0006

14:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0014

14:30 Tetamu Allah 0010

15:00 GoShop

16:00 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0013

17:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0018

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 24 0024

19:00 Kapsul Tazkirah 0004

19:02 Indahnya Iman 

19:30 Rockstar ke Masjid 0004

20:00 UAS Tour 2.0 0008

20:30 Indahnya Iman 

20:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0014

21:00 Presint Iman 0004

21:30 Perempuan Paling Bahagia 0008

22:00 Rockstar ke Masjid 0004

22:30 Ala Kazim Musim 2 0006

22:57 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 - Siri 1 0002

23:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0017

23:30 Lensa 106 S2 0005

00:00 Majlis Ayah 2022 0023

01:00 Rockstar ke Masjid 0004

01:30 Trek Asatizah 0018

02:00 Tanah Kubur Siri 8 (HD) 0011

02:30 Rockstar ke Masjid 0004

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0024

04:30 Lensa 106 S2 0005

05:00 Lawak Tak Lagha 3 0002

05:30 Indahnya Iman 


Wednesday, Apr 27

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0004

07:30 Rockstar ke Masjid 0004

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0013

08:30 Sayap Jibril (HD) 0007

09:00 (L)GoShop 

10:00 Rahsia Ramadan 0004

11:00 Presint Iman 0004

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0024

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0007

14:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0015

14:30 Tetamu Allah 0011

15:00 GoShop

16:00 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0015

17:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0019

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 25 0025

19:00 Kapsul Tazkirah 0005

19:02 Indahnya Iman 

19:30 Rockstar Ke Masjid 0004

20:00 UAS Tour 2.0 0009

20:30 Indahnya Iman 

20:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0016

21:00 Rockstar ke Masjid 0004

21:30 Perempuan Paling Bahagia 0009

22:00 Rockstar Ke Masjid 0004

22:30 Ala Kazim Musim 2 0007

22:57 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 - Siri 1 0003

23:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0018

23:30 Lensa 106 S2 0006

00:00 Majlis Ayah 2022 0024

01:00 Rockstar Ke Masjid 0004

01:30 Trek Asatizah 0019

02:00 Tanah Kubur Siri 8 (HD) 0012

02:30 Rockstar Ke Masjid 0004

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0025

04:30 Lensa 106 S2 0006

05:00 Lawak Tak Lagha 3 0003

05:30 Indahnya Iman 


Thursday, Apr 28

06:25 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0005

07:30 Kembara Chef Wan 2022 0004

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0014

08:30 Sayap Jibril (HD) 0008

09:00 (L)GoShop

10:00 Salamun Alaik 0013

11:00 Rockstar ke Masjid 0004

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0025

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0008

14:00 Santai Janji Sampai S2 0001

14:30 Nasihat 0025

15:00 GoShop

16:00 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0017

17:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0020

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 26 0026

19:00 Kapsul Tazkirah 0006

19:02 Indahnya Iman 

19:30 Mencari Ibrah-Nya 0004

20:00 UAS Tour 2.0 0008

20:30 Indahnya Iman 

20:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0018

21:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0013

22:00 Mencari Ibrah-Nya 0004

22:30 Kembara Chef Wan 2022 0004

22:57 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 - Siri 1 0004

23:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0019

23:30 Halal Lah 0008

00:00 Majlis Ayah 2022 0025

01:00 Mencari Ibrah-Nya 0004

01:30 Trek Asatizah 0020

02:00 Tanah Kubur Siri 8 (HD) 0012

02:30 Mencari Ibrah-Nya 0004

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0026

04:30 Lensa 106 S2 0007

05:00 Lawak Tak Lagha 3 0004

05:30 Indahnya Iman 


Friday, Apr 29

06:20 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0006

07:30 Mencari Ibrah-Nya 0004

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0013

09:00 (L)GoShop

10:00 Tok Adi 0005

11:00 Kembara Chef Wan 2022 0004

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0026

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus 0015

14:00 Santai Janji Sampai S2 0002

14:30 Nasihat 0026

15:00 GoShop

16:00 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0019

17:00 Sayap Jibril (HD) 0010

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 27 0027

19:00 Kapsul Tazkirah 0007

19:02 Indahnya Iman 

19:30 Merentas Samudera Ke Nusantara 0004

20:00 Nasihat 0003

20:30 Indahnya Iman 

20:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0020

21:00 Perempuan Paling Bahagia 0005

21:30 Rockstar Ke Masjid 0004

22:00 Merentas Samudera Ke Nusantara 0004

22:30 Mencari Ibrah-Nya 0004

22:57 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 - Siri 1 0005

23:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0020

23:30 Halal Lah 0009

00:00 Majlis Ayah 2022 0026

01:00 Gema Unplugged 0009

01:30 Kembara Chef Wan 2022 0004

02:00 Moreh 0014

02:30 Moreh 0016

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0027

04:30 Lensa 106 S2 0008

05:00 Lawak Tak Lagha 3 0005

05:30 Indahnya Iman 


Saturday, Apr 30

06:25 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0007

07:30 KISAH DARI MEKAH 0009

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0015

08:30 Mengaji: Back To Basics 0025

09:00 GoShop

10:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0013

11:00 Mencari Ibrah-Nya 0004

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0027

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tok Adi 0010

14:30 Trek Muslim 0013

15:00 GoShop

16:00 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0021

17:00 Sayap Jibril (HD) 0011

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 28 0028

19:00 Kapsul Tazkirah 0008

19:02 Indahnya Iman 

19:30 Tanya Cik Man Musim 2 0012

20:00 Mencari Ibrah-Nya 0004

20:30 Indahnya Iman 

20:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0022

21:00 Perempuan Paling Bahagia 0006

21:30 Kembara Chef Wan 2022 0004

22:00 Tanya Cik Man Musim 2 0012

22:30 Merentas Samudera Ke Nusantara 0004

23:00 Go Shop 

00:00 Majlis Ayah 0027

01:00 Tanya Cik Man Musim 3 0001

01:30 Mencari Ibrah-Nya 0004

02:00 Moreh 0015

02:30 Tanya Cik Man Musim 2 0012

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0028

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0012

05:30 Indahnya Iman


Sunday, May 01 

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0008

07:30 Rockstar ke Masjid 0004

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0016

08:30 Mengaji: Back To Basics 0026

09:00 (L)GoShop

10:00 Kisah Dari Mekah 0007

10:30 Kisah Dari Mekah 0008

11:00 Kisah Dari Mekah 0009

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0028

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0013

14:30 Trek Muslim 0014

15:00 GoShop

16:00 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0023

17:00 Sayap Jibril (HD) 0012

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 

19:00 Kapsul Tazkirah 0009

19:02 Indahnya Iman 

19:30 Jejak Adam : India 0010

20:00 Presint Iman 0004

20:30 Indahnya Iman 

20:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0024

21:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0013

22:00 Jejak Adam : India 0010

22:30 Rockstar ke Masjid 0004

23:00 Go Shop 

00:00 Majlis Ayah 0028

01:00 Tanya Cik Man Musim 3 0002

01:30 Merentas Samudera Ke Nusantara 0004

02:00 Moreh 0016

02:30 Jejak Adam : India 0010

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0029

04:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0013

05:30 Indahnya Iman 


 INTISARI RANCANGAN ASTRO WARNA  25 APRIL – 1 MEI 2022


Monday, Apr 25

00:00 Kisah Tok Kadi S1 0006

01:00 Lawak Ke Der Tak Coverline 0006

01:30 Ngaroot 0006

02:00 J-POP 0006

03:00 Spontan Boboi & Kengkawan (HD) 0006

03:30 Muzikal Lawak Superstar 2 0006

06:00 Kisah Tok Kadi S2 0006

07:00 Miss Lawak 0005

08:00 Kata Jihan 0008

08:30 Kau Rasa? 0018

09:00 Kiah Mai Pulak 0006

09:30 Padan Muka! 0006

10:00 Jep & Judin 0006

10:30 Interpretasi Rabak 3 0001

11:00 Lawak Minggu Ini 0006

12:00 Layan Je! Stand Up Comedy Otai 0004

12:05 Layan Je! Arena Panggang 0008

12:10 Layan Je! Opera Zero 0016

12:15 Layan Je! Di Balik Tawa 0006

12:30 Gegar Lawak 0007

14:00 Di Balik Tawa S2 0001

14:30 Motif Sosial? 0006

15:00 Super Spontan All Stars 0006

16:30 Potong 0006

17:30 Opocot Melatah Budak Pejabat S2 0008

18:00 DRAMA Raya Bersama Shopee 

18:10 Meja Panggang 0001

18:40 Layan Je! Ustaz Evo 0001

18:45 Bocey & Friends Live 0001

19:45 Layan Je! Ustaz Evo 2 0001

19:50 Maharaja Lawak Mega Terbaik 2017 0001

20:50 DRAMA Raya Bersama Shopee 

21:00 Sepahtu Reunion Al Puasa 2022 0003

22:00 DRAMA Raya Bersama Shopee 

22:10 JOZAN 0004

23:10 Punchline DAC S2 0008


Tuesday, Apr 26

00:10 #havocwarna 0015

01:05 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0016

02:00 Warna Live: Arena Panggang 0009

03:00 Temasya Sukan Kelaut 0004

04:00 Maharaja Lawak Mega 2021 0006

06:00 Kisah Tok Kadi S2 0007

07:00 Miss Lawak 0006

08:00 Kata Jihan 0009

08:30 Kau Rasa? 0019

09:00 Kiah Mai Pulak 0007

09:30 Padan Muka! 0007

10:00 Jep & Judin 0007

10:30 Interpretasi Rabak 3 0002

11:00 Lawak Minggu Ini 0008

12:00 Layan Je! Stand Up Comedy Otai 0005

12:05 Layan Je! Arena Panggang 0009

12:10 Layan Je! Opera Zero 0017

12:15 Layan Je! Di Balik Tawa 0007

12:30 Gegar Lawak 0008

15:00 Super Spontan All Stars 0007

16:30 Potong 0007

17:30 Crazy Hidden Camera 0007

18:00 Opocot Melatah Budak Pejabat S2 0009

18:30 Meja Panggang 0002

19:00 Bocey & Friends Live 0002

20:00 Maharaja Lawak Mega Terbaik 2017 0002

21:00 Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit  (Restored HD) 

23:00 Punchline DAC S2 0009


Wednesday, Apr 27

00:00 #havocwarna 0016

01:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0017

02:00 Warna Live: Arena Panggang 0010

03:00 Temasya Sukan Kelaut 0005

04:00 Maharaja Lawak Mega 2021 0007

06:00 Kisah Tok Kadi S2 0008

07:00 Miss Lawak 0007

08:00 Kata Jihan 0010

08:30 Kau Rasa? 0020

09:00 Kiah Mai Pulak 0008

09:30 Padan Muka! 0008

10:00 Jep & Judin 0008

10:30 Interpretasi Rabak 3 0003

11:00 Lawak Minggu Ini 0009

12:00 Layan Je! Stand Up Comedy Otai 0006

12:05 Layan Je! Arena Panggang 0010

12:10 Layan Je! Opera Zero 0018

12:15 Layan Je! Di Balik Tawa 0003

12:30 Megalawak 0001

14:00 Di Balik Tawa S2 0002

14:30 Motif Sosial? 0008

15:00 Super Spontan All Stars 0008

16:30 Potong 0008

17:30 Crazy Hidden Camera 0008

18:00 Opocot Melatah Budak Pejabat S2 0010

18:30 Meja Panggang 0003

19:00 Bocey & Friends Live 0003

20:00 Maharaja Lawak Mega Terbaik 2017 0003

21:00 Rumah Memori 0009

22:00 Di Balik Tawa 0002

22:30 Travel Lawak 0004

23:00 Bocey & Friends 0007

23:30 Sepahtu 0002


Thursday, Apr 28

00:00 #havocwarna 0017

01:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0018

02:00 Warna Live: Arena Panggang 0011

03:00 Maharaja Lawak Mega 2021 0008

06:00 Kisah Tok Kadi S2 0009

07:00 Miss Lawak 0008

08:00 Kata Jihan 0011

08:30 Kau Rasa? 0021

09:00 Kiah Mai Pulak 0009

09:30 Padan Muka! 0009

10:00 Jep & Judin 0009

10:30 Interpretasi Rabak 3 0004

11:00 Lawak Minggu Ini 0001

12:00 Apa Cer? Sepahtu Reunion Al Puasa 2022 0004

12:05 Layan Je! Megalawak 0017

12:10 Layan Je! Opera Zero 0019

12:15 Layan Je! Di Balik Tawa 0004

12:30 Juara Parodi 2015 (HD) 0003

15:00 Super Spontan All Stars 0009

16:30 Potong 0009

17:30 Crazy Hidden Camera 0009

18:00 Opocot Melatah Budak Pejabat S2 0011

18:30 Meja Panggang 0004

19:00 Bocey & Friends Live 0004

20:00 Maharaja Lawak Mega Terbaik 2017 0004

21:00 Sepahtu Reunion Al Puasa 2022 0004

22:00 Lu Pikir La Nabil Tuu Deh..! 0004

22:10 MLM Terbaik 2016 (HD) 0004

23:10 Bocey & Friends 0008

23:40 Motif Viral Junior 0004


Friday, Apr 29

00:00 #havocwarna 0018

01:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0019

02:00 Warna Live: Arena Panggang 0012

03:00 Opocot Melatah Mega 0001

03:30 Maharaja Lawak Mega 2021 0009

06:00 Kisah Tok Kadi S2 0010

07:00 Miss Lawak 0009

08:00 Kata Jihan 0012

08:30 Kau Rasa? 0022

09:00 Kiah Mai Pulak 0010

09:30 Padan Muka! 0010

10:00 Jep & Judin 0010

10:30 Interpretasi Rabak 3 0005

11:00 Lawak Minggu Ini 0002

12:00 Chia Chia Chia Sepahtu Reunion Al Puasa 2022 0004

12:05 Layan Je! Megalawak 0018

12:10 Layan Je! Opera Zero 0020

12:15 Layan Je! Di Balik Tawa 0005

12:30 Juara Parodi 2015 (HD) 0004

14:30 Motif Sosial? 0010

15:00 Super Spontan All Stars 0010

17:00 Potong 0010

18:00 Opocot Melatah Budak Pejabat S2 0012

18:30 Raja Lawak Junior 0003

20:00 Sepahtu Reunion Al Puasa 2022 0004

21:00 Megalawak 0009

22:30 Lu Pikir La Nabil Tuu Deh..! 0004

22:40 Gema Lawak Superstar 0004

Saturday, Apr 30

00:40 Motif Viral Junior 0005

01:00 Jangan Pandang Belakang Congkak The Series 0020

02:00 Warna Live: Arena Panggang 0013

03:00 Maharaja Lawak Mega 2021 0010

06:00 All Stars Buka Panggung 0006

07:30 Chapalrela 0007

08:30 Temasya Sukan Kelaut 0007

09:30 Stand Up Comedy Otai 0007

10:00 Opocot Melatah Budak Pejabat 0007

10:30 MLM Terbaik 2014 (HD) 0001

11:30 Betul Ke Bohong Kuasa 2 0001

12:30 Skrin Komedia: Bimbi & Bonni Misi 007 0007

13:00 Skrin Komedia: Bimbi & Bonni Misi 007 0008

13:30 Skrin Komedia: Bimbi & Bonni Misi 007 0009

14:00 Punchline DAC S2 0005

15:00 Ustaz Evo The Movie 

17:00 Gema Lawak Superstar 0003

19:00 Ustaz Evo 2 0011

19:30 Sepahtu Reunion 0007

20:00 3 Dara Pingitan 0007

20:30 Tak Kot 0007

21:00 Megalawak 0001

22:30 JOZAN 0003

23:30 Gelap Geli Tak (HD) 0007


Sunday, May 01

00:00 Kisah Tok Kadi S1 0007

01:00 Lawak Ke Der Tak Coverline 0007

01:30 Ngaroot 0007

02:00 J-POP 0007

03:00 Spontan Boboi & Kengkawan (HD) 0007

03:30 Sepahtu 0007

04:00 Muzikal Lawak Superstar 2 0007

06:00 All Stars Buka Panggung 0007

08:00 Ngaroot 0001

08:30 Temasya Sukan Kelaut 0008

09:30 Stand Up Comedy Otai 0008

10:00 Opocot Melatah Budak Pejabat 0008

10:30 MLM Terbaik 2014 (HD) 0002

11:30 Betul Ke Bohong Kuasa 2 0002

12:30 Skrin Komedia: Bimbi & Bonni Misi 007 0010

13:00 Skrin Komedia: Bimbi & Bonni Misi 007 0011

13:30 Skrin Komedia: Bimbi & Bonni Misi 007 0012

14:00 Punchline DAC S2 0006

15:00 Dari Singmah Estet Ke Downtown 

17:00 Gema Lawak Superstar 0004

19:00 Ustaz Evo 2 0012

19:30 Sepahtu Reunion 0008

20:00 3 Dara Pingitan 0008

20:30 Tak Kot 0008

21:00 Rumah Memori 0009

22:00 Gelak Gempak 0004

23:00 Annyeonghaseyo Cikgu Maryam 0004

23:30 Gelap Geli Tak (HD) 0008