Movie Review | Pyaar Ka Punchnama 2 (2015)

Sunday, 24 April 2022



Director : Luv Ranjan
Writer : Rahul Mody, Tarun Jain, Luv Ranjan
Cast : Kartik Aaryan, Nushrat Bharucha, Sonnalli Seygall, Ishita Raj Sharma, Omkar Kapoor, Sunny Singh
Production Company : Panorama Studios, Viacom 18 Motion Pictures
Distributor : Viacom 18 Motion Pictures, Sri Adhikari Brothers, Netflix
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 136 minutes
Release Date : 16 October 2015
Trailer :


Sekuel kepada Pyaar Ka Punchnama 2 lebih kurang sama saja dengan previous installment Pyaar Ka Punchnama (2011) bila mengetengahkan kisah percintaan gagalis dalam hidup 3 sahabat karib, Anshul "Gogo" Sharma (Kartik Aaryan), Siddharth "Sid" Gandotra (Sunny Singh) aka Chauka dan Tarun Thakur (Omkar Kapoor). 

Berbeza dengan previous installment, lifestyle 3 teruna bujang ni lebih moden dengan interior rumah yang rapi dan kemas. Masing-masing punya kerjaya yang bagus tapi kekurangan teman hidup. Hanya Kartik Aaryan yang kekal sama sebagai watak utama sebaliknya lagi dua digantikan dengan pelakon yang lebih kacak dan tegap. Happy tengok Omkar Kapoor debut dalam movie ni sebab watak Tarun sesuai sangat dengan karakter dia yang kacak dan cool. Sunny singh on the other hand agak struggle untuk match watak Liquid yang dilakonkan oleh Divyendu Sharma. Expression muka dia agak flat so bila lagu Ban Gaya Kutta, feels tu tak sampai sangat.


Manakala pelakon wanita masih lagi sama seperti sebelumnya. Nushrat masih lagi memegang watak teman wanita yang posesif dalam persona Ruchika "Chiku" Khanna. Walaupun kedua-dua installment tak ada pertalian langsung tapi masa Gogo dengan Chiku bergaduh, Gogo bagitahu Neha cuma ex-girlfriend dia. Nama partner yang sama dalam Pyaar Ka Punchnama. 

Mungkin pengarah Luv Ranjan nak create drama dalam hidup Gogo yang malang dapat life partner posesif dua kali berturut. Scene ni agak questionable lah sebab dalam scene awal Chiku dah ubah status dari single ke in relationship dengan Anshu. Sepatutnya automatically tagged lah dan status Anshu bertukar sekali. Tapi bila masuk dekat next scene, Chiku mengamuk pula status Gogo masih single. 


Sama juga dengan watak Supriya Agarwal (Sonnalli Seygall) yang menggunakan Chauka untuk bantu dia dalam semua kerja tapi dalam masa yang sama mencari lelaki lain sebagai calon suami. Kusum Singh (Ishita Raj Sharma) pula kikis duit Tarun dengan topeng ‘pakar kewangan’. Ishita pun dapat makeover untuk watak Kusum dan highlight scene dengan belly dance part. Jangan kata Tarun, yang tengok pun macam terpukau dengan tarian dia. 


Penceritaan yang tak jauh berbeza dengan movie sebelumnya tapi masih lagi menarik untuk ditonton sebab situasi dan karakter perempuan yang berbeza. Kartik Aaryan sekali lagi diberi peluang untuk meroyan selama 6 minit tentang masalah dalam kisah cinta dia sampai rabak mental. 

“Girls only need two thing from men. “I love you” and “sorry”. If you say I love you, they ask you, “Why do you love me?” They want to know every two months why you love them? “I love you, but give me five reasons why you love me.” Are you crazy? Who the hell thinks so much? Didn’t you ever hear that love is a feeling?” – Gogo


Memandangkan Pyaar Ka Punchnama 1 dapat hit dekat box office, set untuk sekuel ni lebih cantik dari sebelumnya. Suka tengok set rumah Chiku dengan Kusum sebab wallpaper cantik gabungan warna yang terang dan juga props menarik. Rumah Kusum penuh dengan lukisan sebab dia pelukis. Kalau PKP1 bercuti di Goa, cast PKP 2 dapat pergi ke luar negara untuk release tension bila diorang decide untuk bercuti di Krabi, Thailand. 

Music album gubahan komposer Hitesh Sonik jauh lebih baik dari yang sebelumnya. Boleh nampak lah Luv Ranjan spend duit lebih dekat lagu untuk tarik lebih ramai audience memandangkan dia hidang jalan cerita dengan tema yang sama. Suka dengan lagu Sharabi dan Paro. Nice jugak lah Luv guna lagu Heeriye masa diorang pergi bercuti dekat Krabi sebab nampak masing-masing destress dekat sana. 



Overall I have fun watching Pyaar Ka Punchnama 2 walaupun teringat dekat Liquid. Luv Ranjan kata dia nak buat Pyaar Ka Punchnama 3 tapi versi perempuan pula sebab ramai perempuan reply video Gogo venting selama 6 minit lebih tu. Harapnya Luv Ranjan tak lupa lah dekat franchise ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.9, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.4/10

Movie Review | Pyaar Ka Punchnama (2011)

Saturday, 23 April 2022


Director : Luv Ranjan
Writer : Luv Ranjan
Cast : Kartik Aaryan, Divyendu Sharma, Raayo S. Bakhirta, Sonnalli Seygall, Nushrat Bharucha, Ishita Raj Sharma
Production Company : Wide Frame Pictures, Viacom18 Motion Pictures
Distributor : Viacom18 Motion Pictures, Netflix
Genre : Romantic Comedy
Running Time : 149 minutes
Release Date : 20 May 2011
Trailer :


Dah lama tunggu movie Pyaar Ka Punchnama ni masuk Netflix sebab nak repeat tengok balik lepas bertahun tak tengok. Movie ni antara favorite movie Kartik Aaryan lah sebab dia debut dengan movie ni satu hal, dia famous dan raih perhatian dengan 7 minute dialogue juga dari sini. Dulu tahu pun sebab bersepah dialog dia dekat Tumblr sebab kelakar. 

Pyaar Ka Punchnama mengisahkan 3 orang sahabat karib, Rajat "Rajjo" Mridul (Kartik Aaryan), Nishant "Liquid" Agarwal (Divyendu Sharma) dan Vikrant Chaudhary (Raayo S Bakhirta) yang kesunyian dan berjumpa dengan perempuan yang mengubah hidup mereka bertiga. Bermula dengan Rajjo yang bertemu dengan Neha (Nushrat Bharucha) di sebuah bar. Dari situ mereka berkenalan kemudiannya jatuh cinta dan tinggal bersama. 


Liquid pula senang dengan kehadiran Charu (Ishita Raj Sharma), staf perempuan baru di department tersebut. Tak ambil masa yang lama pun untuk mereka rapat dan menjadi belangkas. Tapi Charu terpaksa tolak confession Liquid sebab dia dah pun mempunyai teman lelaki. Liquid lah tempat untuk dia menghilangkan kesunyian. Antara mereka bertiga, Liquid paling baran tapi bila dengan Charu kemain sopan benar. Sanggup tunggu Charu berjam dekat salon padahal report dia yang perlu dihantar esok tak siap pun lagi. 

Vicky pun sama level je malangnya bila Rhea (Sonnalli Seygall) jenis yang mesra dan tak boleh move on dengan ex-boyfriend. Rhea kata dia tak nak Varun bahayakan nyawa sendiri lepas mereka putus. Terpaksalah Vicky beralah walaupun masa dengan Rhea tak banyak mana pun. 


Naskhah arahan dan penulisan dari Luv Ranjan n imengambil kehidupan nyata tentang anak muda di bandar Mumbai. Zaman ni tengah mencari diri sendiri, desperate nak ada life partner walaupun diri sendiri tak habis enjoy lagi, zaman tengah mencari kerja apa yang sesuai dengan diri sendiri. Semua konflik ni diceritakan dengan baik dalam movie Pyaar Ka Punchnama selama 149 minit. Dialog juga kelakar dan tepat mengena dengan situasi yang dialami setiap watak. 

‘You can’t discuss anything with a woman. Any discussion with a woman is an argument. And you can never win an argument with a woman.’ - Rajjo


Sinematografi dari Sudhir K Choudhary banyak berlatarkan bandar Mumbai yang terarah dengan kesibukan warga kota seharian. Kena lah konsep tu dengan keadaan 3 watak utama sebab sesak dengan pelbagai konflik dalaman. Music album yang dikarang lirik oleh Luv Ranjan tepat menggambarkan beberapa situasi genting macam lagu Ban Gaya Kutta yang muncul setiap kali watak-watak utama dipermainkan seperti boneka oleh partner masing-masing. Tergelak sebab lagu match dengan expression muka masing-masing. 



Nushrat bagitahu dalam interview yang dia agak susah untuk lakonkan watak Neha yang posesif dalam movie Pyaar Ka Punchnama sebab dia tak macam tu, tak pernah jumpa karakter macam tu dan dia pun tak suka dengan watak Neha. Chemistry dia dengan Kartik banyak membantu lakonan tersebut sampaikan kita yang tengok pun rasa lemas dan kesian dekat Rajjo. Hilang terus personal space dia sampai emosi didera macam tu sekali. 


I yang perempuan tak pernah terasa tersindir dengan mana-mana watak yang dipaparkan sebab perempuan macam ni memang wujud. Ambil kesempatan guna kecantikan dan kebaikan jantina lain untuk kesenangan diri. Tak kira lah first time tengok ataupun kali kedua atau ketiga, my views and opinions masih lagi sama tentang movie ni. 

Walaupun jalan cerita menarik tapi disebabkan ramai pelakon baru macam Raayo S. Bakhirta dan Sonnalli Seygall, ada masanya nampak canggung dan try hard. Nasib baik lah screentime diorang sikit jadi tak lah nampak ketara sangat mencacatkan screenplay. 


Walaupun dah 11 tahun diterbitkan tapi movie Pyaar Ka Punchnama masih relevan sampai sekarang sebab gaya penceritaan yang moden dan menarik. Dibikin dengan bajet yang rendah tapi berjaya tarik perhatian ramai sampai menang ETC Bollywood Business Awards 2010 dan ditayangkan di Filem Festival India. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Director : Na Young Seok
Writer : Na Young Seok
Cast : Na PD, Eun Jiwon SECHSKIES, Lee Chan Hyuk AKMU, song Mino WINNER, Kim Jinu WINNER, Kim Seunghyun WINNER, Kim Jinhwan iKON, Song Yunhyeong iKON, Jenny BLACKPINK, Choi Hyunsuk Treasure, Park Jihoon Treasure
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Channel Fullmoon official Youtube account
Genre : Variety Show
Running Episodes : 12 episodes (25 minutes per episode) 
Release Date : 25 February 2022 - 18 March 2022
Video : 

 

Terkejut bila nampak iKON update pasal The Game Caterers Season 2 bila Jinhwan dengan Yunhyeong join program ni. Ramai yang kecoh dekat Twitter sebab rancangan ni antara yang famous lah dekat Korea. Boleh kata siapa yang join program Na PD boleh dapat audience lebih tinggi. Masa ni baru perasan Treasure ni crack jugak ek walaupun kecoh kenapa official account TikTok account guna lagu Treasure. Mungkin sebab YG nak promote lagu Jikjin. 


Semua yang datang join The Game Caterers ni semuanya I kenal tapi tengok gitu gitu je sebab main focus haruslah dekat iKON. Dekat teaser iKON, Treasure dengan WINNER buat YG Family chant. Terus boleh tangkap ada agenda YG Family ye dekat sini. Dekat sini boleh nampak lah interactions semua talents under YG ni macam mana. Ada yang baru first time jumpa macam iKON dengan Blackpink sebab sebelum ni YG ban interaction antara dua group idk for whatever nonsense reasons they had in their mind padahal masa Blackpink trainee, iKON yang evaluate diorang. 


iKON dengan Treasure memang rapatlah sebab iKON selalu jenguk junior diorang. Nak pula bila ramai ahli Treasure adalah iKONIC. Jiwon SECHKIES pun dah pernah jumpa Treasure masa buat audition dalam Treasure Map Season 2 (2021). Jennie dah memang rapat dengan Mino dengan Jinu sejak trainee lagi. Chan Hyuk AKMU je yang kekok sikit sebab dia tak pernah jumpa dengan semua. Dia mesra dengan Bobby iKON sebab diorang berjumpa dekat set MV I’m Different (2015). 


Na PD minta semua tetamu jemputan duduk mengikut tahun debut – SECHSKIES, AKMU, WINNER, iKON, Blackpink dan terakhirnya Treasure. Tapi disebabkan Jennie seorang je perempuan yang ada masa tu, Na PD suruh dia duduk dekat tengah sebagai visual. 

"Why is everyone getting up? How highly ranked is Jennie in this group?" – Na PD


Jinhwan bagitau masa dekat waiting room Treasure dongsaeng practice main game supaya team YG tak kalah. Hyunsuk dah prepare awal-awal sebelum datang ke bangunan YG Entertainment dengan tengok program 'New Journey To The West'. The Game Caterers ni kira jadi tempat reunion untuk Jiwon SECHSKIES, Mino WINNER dengan Na PD lah sebab diorang cast utama dalam program tu. Park Jihoon dengan Hyunsuk pulak terkejut sebab dapat jumpa Na PD dengan Daeju dari program 2Days1Night. Siapa sangka masa kecik tengok program tu, bila besar dapat join program under Na PD pulak. 


Program The Game Caterers ni merupakan program di mana tetamu jemputan kena main game yang disediakan oleh Na PD dan team dia. Sebelum memulakan sesi permainan tu staff akan tayang semua hadiah yang tetamu jemputan boleh menang. Setiap kali tetamu jemputan kalah permainan, satu hadiah akan dipilih untuk dibuang. 

Ada hadiah yang biasa macam beras, lukisan gambar animasi, ekstrak bunga, ada hadiah pula yang menarik perhatian macam coffee truck, eyewear Gentle Monster milik Jennie dan set daging premium. Treasure happy tengok eyewear Gentle Monster sebab sponsor Treasure Map Season 2 tapi mata diorang dekat voucher coffee truck. Jennie pulak suka set Shin Myohan dari program  New Journey to the West. 


The Game Caterers Season 2 Episode 7 dan 8 ni masing-masing ada 2 part shooting dekat YG Entertainment. Simple je team production shoot program ni. Letak kerusi untuk tetamu jemputan lepastu krew program berdiri atau bersila dekat bahagian depan. Tak perlukan set beria pun dah boleh buat program menarik untuk hiburkan penonton di rumah dan online platform. 

Sakit perut masa tengok episod ni sebab idol under YG memang jenis masuk air belaka sampai Na PD pun lost. Nak pula bila Mino dengan Treasure trick dia semata nak menang punya pasal. Jinu agak diam masa ni sebab dia baru habis latihan ketenteraan jadi banyak yang dia kena catch up. Jinhwan pula sopan je sebab baru lepas cabut gigi bongsu. Gusi bengkak pun tetap comel :’)


Masa main game teka lagu haruslah Park Jihoon paling kedepan sekali kutip markah sebab dia MC Inkigayo. Yang kedua pula Yunhyeong iKON sebab dia suka semua lagu girls group yang popular. Tak kisah lah team dia ataupun team lawan yang dapat teka, bab dance performance dia yang terpaling mantul. 

Kelakar tengok reaction WINNER dengan iKON masa Treasure cerita pasal dorm diorang. Masa diorang dulu kena berhimpit dalam satu dorm sampai lah debut. WINNER okay lagi sebab 4 orang je masa program WIN : Who Is Next (2013) tu. iKON lah sakit sebab 7 orang lepastu masa program Mix & Match (2014) berhimpit sampai 9 orang satu rumah. Treasure belum debut lagi dah dapat bilik seorang satu. Blackpink pun sama tapi Jennie diam je kat belakang supaya tak kantoi haha. 


Since YG Entertainment dah bertukar management ni boleh nampak lah semua idol dijaga dengan lebih baik instead of kena peram especially iKON dengan WINNER. Tahun 2022 pun YG all out promote semua idol dan bagi ramai release solo. Boleh nampak iKON akan renew contract jugak tahun ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10


GANDINGAN ROMANTIK MK K-CLIQUE & AZIRA SHAFINAZ DALAM ‘BUNGA DAN KAYU’ SYAWAL INI
| Filem Raya Di Pawagam Rumah Anda, Astro First

Penyanyi rap terkenal tanah air, MK K-Clique yang sebelum ini sentiasa tampil dengan imej ‘swag’, kini terus mencipta nama dalam industri seni dengan tampil berbeza menerusi watak romantis buat pertama kali menerusi filem romantik komedi kekeluargaan, Bunga Dan Kayu. Tambah menarik, MK telah bergandingan dengan pelakon filem Penunggang Agama dan juga merangkap penyanyi kumpulan De Fam, pengacara serta model, iaitu Azira Shafinaz. Keserasian mereka dalam menggerakkan watak Noah dan Bunga menjadi tarikan utama filem ini. 

Bunga Dan Kayu bakal temui penonton Syawal ini iaitu bermula 3 Mei 2022, Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480. Ia merupakan hasil terbitan oleh penerbit dan produksi filem ‘Hantu Kak Limah’, ‘Sangkar’, ‘J Revolusi’, Infinitus Gold. Filem di bawah arahan Wann Hafiz ini turut memperlihatkan sinematografi menarik dan sesi penggambaran telah dijalankan di Berjaya Hills Bukit Tinggi dan Janda Baik, Pahang. Kehebatan Pengarah Wann Hafiz dalam mengarahkan filem romantik komedi kekeluargaan tidak perlu disangkal lagi kerana pengalaman beliau yang banyak terlibat sebagai pengarah (filem Surf This Love: Gelora Juara, Mat Tudung), penyunting (Magika, Dunia Baru : The Movie) dan pembantu pengarah (29 Februari).

Bunga Dan Kayu dipadatkan lagi dengan elemen cinta. Kisah bermula apabila Noah seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1001 bencana, bukan hanya pada Bunya tetapi Noah juga. 


“Pertama sekali, saya mewakili Infinitus Gold Sdn Bhd, ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro First kerana memberi peluang kepada kami untuk menayangkan “Bunga Dan Kayu” di platform Astro First. Saya amat  teruja kerana ini merupakan filem kedua kami hasilkan selepas “Saya Jual Ya Bang!”. Dalam pada itu, kami juga gembira apabila saudara Waan Hafiz bersetuju untuk mengarahkan filem ini. Pengalaman beliau menghasilkan karya-karya genre komedi dan penuh variasi ternyata berhasil dengan “Bunga dan Kayu. Selain dari itu, pemilihan kedua-dua tonggak utama, MK K-Clique dan Azira Shafinaz ternyata sangat serasi, seterusnya memudahkan lagi perjalanan penggambaran filem ini. Zalif Sidek, Yazmin Aziz, Elly Ariffin, Azad Jazmin, Kazar dan setiap mereka yang terlibat baik di hadapan mahupun di belakang kamera telah memberikan persembahan terbaik! Syabas diucapkan kepada mereka semua. “Bunga dan Kayu” merupakan sebuah naskhah romantik komedi yang sesuai untuk tontonan semua. Justeru, jangan lepaskan peluang menontonnya  di saluran Astro First pada 3 Mei 2022 ini.” - Penerbit Eksekutif Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-Lin Pillai 


“Astro Shaw pernah menjalinkan kerjasama baik bersama Penerbit Infinitus Gold sebelum ini menerusi filem  box office Hantu Kak Limah, Sangkar dan akan datang Tablis Iblis. Kami rasa amat berbesar hati apabila Infinitus Gold sekali lagi meletakkan kepercayaan kepada pihak Astro untuk mempersembahkan filem terbarunya di platform Astro First. Filem Bunga Dan Kayu mengetengahkan elemen romantik, komedi dan kekeluargaan, jadi melalui jalan ceritanya yang santai dan menghiburkan, kami yakin ia sesuai ditonton seisi keluarga, lebih-lebih lagi pada Hari Raya Aidilfitri yang di mana semua ahli keluarga berkumpul. Kami berharap agar filem ini mampu mengisi Hari Lebaran penonton dengan senyuman.”- Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad


Selain MK K-Clique dan Azira Shafinaz, Bunga Dan Kayu juga membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Zalif Sidek, Azad Jasmin, Kazar, Elly Arifin serta salah finalis Big Stage, Yazmin Aziz.  

Langgan dan saksikan Bunga Dan Kayu Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula Syawal ini, 3 May 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Tajuk :  Bunga & Kayu
Genre :  Romantik Komedi
Pengarah  :  Waan Hafiz
Produksi :  Infinitus Gold Sdn. Bhd
Bahasa :  Bahasa Melayu
Durasi Filem : 100 minit 
Jumlah Hari Penggambaran: 12 days
Tarikh Penggambaran :  13 – 24 October 2021
Lokasi Penggambaran:  Berjaya Hills Bukit Tinggi & Janda Baik
Tarikh Tayangan di Astro First : 3 Mei 2022


BARISAN PELAKON
MK K-Clique sbg Noah
Azira Shafinaz        sbg Bunga
Zalif Sidek sbg Farhan
Yazmin Aziz sbg Pretty
Elly Arifin sbg Zara Iman
Kazar sbg Hameed
Azad Jasmin sbg Encik Badri


TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh : Infinitus Gold Sdn. Bhd
Penerbit Eksekutif : Gayatri Su-lin Pillai
Penerbit  : Gayatri Su-lin Pillai
Penerbit Penyelaras: Norhasmimie Mohd Salim
Pengarah  : Waan Hafiz
Skrip : Fairul Nizam & Modee
Cerita Asal : Infinitus Gold Sdn. Bhd
Pengurus Produksi : Norfitrine binti Abas
Pengarah Fotografi : Mohd Razali Bin Ismail
Penyunting : Nik Johan 
Muzik Skor: Zaidi Abd Rahman
Pereka Busana : Ameen Mustajab
Penata Tatarias: Ameen Mustajab
Jurugambar: Mahyu


SINOPSIS

Noah seorang selebriti terkenal tanah air sengaja memilih Bunga sebagai kekasihnya atas sebab tertentu dan tidak munasabah. Sikap Noah menjadi lebih tidak terkawal apabila mendapat tahu gadis yang baru dikenalinya, Bunga menyimpan impian untuk menjadi seorang pelakon. Oleh sebab itu, Noah telah menawarkan peluang kepada Bunga yang bakal mengundang 1001 bencana, bukan hanya pada Bunya tetapi Noah juga.

#ShopeeDeliversLove Meneruskan Tradisi Menghargai Rakan Penghantar Pada Ramadan Ini

Friday, 22 April 2022

#ShopeeDeliversLove, sebuah kempen oleh Shopee untuk menghargai rakan kongsi penghantaran, kembali pada Ramadan ini. Kempen ini berlangsung dari 11 April - 22 April di mana rakan penghantaran Shopee dan ShopeeFood boleh mengambil makanan berbuka puasa mereka dari Hab Penghantaran Shopee terpilih.

Wong Chee Mun, Ketua Pembangunan Perniagaan ShopeeFood Malaysia mengulas, “Kami mahu memastikan rakan penghantaran kami dapat berbuka puasa dengan selesa semasa bekerja. Rakan penghantaran adalah rakan kongsi yang dihargai kerana mereka membantu kami menyokong pendigitalan industri F&B di Malaysia. Semasa Ramadan, sesetengah rakan penghantar perlu membuat perubahan pada jadual penghantaran mereka. Kami berharap usaha ini membantu mereka pada masa yang sama menyampaikan mesej kepada rakan penghantaran kami bahawa mereka dihargai."

Mendengar secara langsung daripada rakan penghantar ShopeeFood tentang pengalamannya, kami bercakap dengan Ahmad Fikri Tajuddin, 28 tahun dari Ampang. “Saya telah bersama ShopeeFood selama lebih setahun dan ini adalah Ramadan pertama saya sebagai rakan penghantaran makanan. Saya memilih untuk menjadi rakan penghantaran makanan berbanding pekerjaan lain semasa pandemik kerana sebagai rakan penghantar saya mempunyai kebebasan dan fleksibiliti untuk merancang waktu kerja saya. Sebagai contoh, untuk menyambut Hari Raya tahun ini, saya dapat merancang untuk lebih banyak penghantaran dan tambahan waktu bekerja untuk mendapatkan lebih banyak belanja untuk Hari Raya.

Mengenai sama ada terdapat cabaran tambahan semasa menghantar makanan pada bulan Ramadan, Fikri berkata, “Menghantar makanan pada bulan Ramadan mempunyai cabaran yang sama seperti hari-hari biasa. Cuaca Malaysia yang mencabar, kesesakan lalu lintas serta keadaan jalan yang buruk seperti jalan berlubang, serpihan dan papan tanda jalan yang hilang adalah antara cabaran yang kami hadapi setiap hari sebagai rakan penghantar makanan.” Tambah Fikri, setakat ini tiada halangan besar untuk menyempurnakan penghantarannya tetapi memenuhi tempahan dalam cuaca buruk agak mencabar kerana penunggang perlu lebih berhati-hati di jalan raya.

Bagi memastikan dia mempunyai masa berbuka puasa sambil menyiapkan tempahan, Fikri merancang jadualnya dan menyediakan juadah dari rumah. “Sepanjang Ramadan saya mengubah sedikit rutin saya supaya saya mempunyai masa yang mencukupi untuk berehat di antara penghantaran. Saya juga memperuntukkan sedikit masa untuk berbuka puasa dengan membawa minuman dan makanan ringan sendiri seperti roti. Jika tiada penghantaran pada pukul 6:30 petang, saya akan berhenti berbuka puasa dahulu sebelum meneruskan penghantaran,”

Mengulas tentang #ShopeeDeliversLove, Fikri menghargai usaha tersebut. “Memandangkan rakan penghantar biasanya bergerak, mendapat makanan bungkus akan membantu kami memberi tumpuan kepada penghantaran dan berbuka puasa tepat pada masanya.”

Di samping itu, pengguna Shopee juga boleh mendapat tawaran hebat apabila mereka membeli Domino’s Pizza dari 12 April - 12 Jun. Peminat piza boleh membeli pizza Domino’s bersaiz peribadi pada harga RM5 di kedai dengan ShopeePay sebagai kaedah pembayaran. Untuk setiap pembelian piza peribadi, pengguna layak mendapat pulangan tunai RM1 daripada ShopeePay.

Bagi pengguna yang menempah di laman web Domino’s Pizza, mereka boleh mendapatkan Domino’s Pizza bersaiz besar pada harga RM20.90 sahaja. Untuk menebus harga istimewa, beli baucar RM1 Sen daripada ShopeePay pada aplikasi dan tebus kod semasa pembayaran di laman web Domino’s Pizza. Pembelian yang berjaya akan melayakkan pengguna mendapat pulangan tunai RM1.10 apabila mereka membayar menggunakan ShopeePay.

Movie Review | Hey Sinamika (2022)

Thursday, 21 April 2022


Director : Brinda
Writer : Madhan Karky
Cast : Dulquer Salmaan, Aditi Rao Hydari, Kajal Aggarwal
Production Companies : Jio Studios, Global One Studios, Viacom18 Studios
Distributor : Netflix, Jio Cinema
Genre : Romantic Comedy
Running Time : 148 minutes
Release Date : 3 March 2022
Trailer :


Hey Sinamika! bermula dengan kisah cinta antara Yaazhan (Dulquer Salmaan) dengan Mouna (Aditi Rao Hydari) yang bertemu dia sebuah café ketika rebut. Dengan mudah mereka berdua jatuh cinta dan buat keputusan untuk berkahwin. Dua tahun kemudian Mouna menyesal dengan keputusan tersebut sebab suami dia mulut bertih dan suka paksa dia makan. 

Level paksa tu agak melampau lah sebab Mouna tengah mandi pun dia ketuk pintu suruh rasa kek hasil resipi baru yang dia belajar. Bab bercakap pun penat Mouna nak layan sebab tak boleh stop sampai dia rasa nak bunuh diri sebab penat dengar Yaazhan bercakap. 


Bila dapat tawaran kerja untuk projek di Pondicherry, Mouna merayu supaya dia dihantar ke sana sebab dia nak me-time dan lari dari suami dia. Malangnya Yaazhan buat kejutan dengan pindah bersama Mouna sebab Yaazhan bukan ada kerja pun dekat Chennai. Lagipun dia risau kalau Mouna tak cukup makan. 

Tertekan dengan kejutan tersebut, Mouna upah Dr Malarvizhi (Kajal Aggarwal) goda Yaazhan supaya dia ada alasan kukuh untuk bercerai. Bukan perkara sukar pun untuk buat kerja licik sebegitu sebab Dr. Malarvizhi dah biasa rosakkan rumahtangga orang. Tapi berjaya ke plan mereka berdua? Kena tengok lah movie ni dekat Netflix. 


Movie debut arahan koreografer terkenal yang pernah menang National Award ni merupakan remake kepada movie Argentinian, Un Novio Para Mi Mujer (2008) dan juga Korea Selatan, All About My Wife (2012). I tak pernah tengok dua movie sebelum tu jadi taka da perbandingan dekat review ni. But I just want to point out, Brinda ada dua movie untuk jadi rujukan namun masih gagal untuk hasilkan yang terbaik. Terbaik maksud I, stay true to it's genre lah. 


Tak ada masalah dengan penceritaan romantik komedi antara Yaazhan dan Mouna pada first half movie tapi bila masuk second half dah mula nampak draggy dan jalan cerita yang longgar. Peralihan dari rom-com kepada drama pun nampak tak realistik bila Mouna tiba-tiba cemburu buta sedangkan dia perlukan me-time. 2 tahun terpenjara tapi Brinda tak tunjukkan pun kebebasan yang nak digapai Mouna tu. 

I tak suka bila director tunjuk yang watak Mouna sebagai keanak-anakan bila dia nak cemburu buta dan tertekan lepas hidup dengan Yaazhan. Yaazhan cuma bercakap tak henti tapi tak pernah dengar pendapat Mouna untuk subjek yang dia bincangkan apatah lagi ambil tahu dan peduli tentang Mouna. Dia agak clingy setiap masa nak kacau Mouna walaupun tengah drive dan di pejabat. Kacau privasi Mouna, kacau waktu tidur isteri dia. Walaupun dah berkahwin, tetap kena ada personal space juga. 


Sinematografi movie Hey Sinamika! agak bercampur-baur dengan latar indah di bandar Pondicherry dan Chennai tapi tiba-tiba pengarah masukkan latar masyarakat luar bandar entah untuk apa. Music album hasil gubahan Govind Vasantha hanya mempunyai 4 buah lagu tapi gap antara sebuah lagu dengan lagu seterusnya tak teratur langsung. Tiba-tiba sahaja muncul dengan lirik sembang pasal terrorism???? Lagu romantik antara tiga watak utama pun tak berjaya menaikkan impak pada penceritaan mahupun screenplay. 

Boleh kata kebanyakan masanya Kajal nampak canggung dan seolah terpaksa masuk ke dalam kisah Mouna dan Yaazhan. Memang la dia diupah Mouna tapi tak lakonan dia nampak kaku walhal watak doktor dengan Yaazhan digambarkan seolah serasi bersama dalam kebanyakan perkara sampai Yaazhan terlupa dia ada isteri di rumah. 


I tengok movie ni sebab dah lama tak tengok Aditi Rao Hydari berlakon watak utama so I’m quite happy lah bila Brinda bagi watak yang sesuai dengan karakter sebenar Aditi. Wardrobe dia pun cantik dan trendy tapi tak sesuai dengan kerjaya dia sebagai paleotempestologist yang kaji tentang angin di tapak pembinaan. Dia masuk site kemain pakai heels siap makeup bagai. Bukan nak kata kena sememeh tapi biar lah kena dengan tempatnya. 

Walaupun banyak I tak puas hati tapi I tetap suka dengan apa yang Aditi perform dalam movie Hey Sinamika. Tak berselera tengok Dulquer tapi bila sharing screen dengan Aditi nampak lah chemistry yang ditonjolkan menyerlah sampai terlupa diorang cuma berlakon sebagai pasangan suami isteri. Apart from that I need to give credit to team production sebab bawa mesej social tentang gender bias dan breaking stereotype melalui watak Yaazhan. Movie kedua yang bawa mesej sosial yang sama lepas movie Ki & Ka (2016). 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 4.3/10

Drama Review | Reset (2022) 🔥

Tuesday, 19 April 2022


Director : Sun Molong, Liu Hongyuan, Suan
Writer : Qidaojun, Qiu Yujie, Suan, Huang Kaiwen, Yuan Jixi, Wei Shining
Cast :  Bai Jingting, Zhao Jin Mai, Liu Yijun, Liu Tao, Li Gan, Fan Shuaiqi, Yu Peishan, Huang Jue, Liu Dan, Song Jiateng, Ma Lan, Zeng Kelang, Zhang Xiqian
Production Company : Daylight Entertainment
Distributor : Netflix, YOYO official Youtube account
Genre : Mystery / Thriller
Running Episodes :  15 episodes (45 minutes per episode)
Release Date : 11 January 2022
Trailer : 


Lepas baca review Aienieka dengan Tiara, rasa tak sabar pulak nak tengok drama baru dari negara China yang bertemakan time-loop dan jenayah ni. Tertarik sebab tema time loop satu hal, tertarik dengan misteri whodunnit satu hal jugak. I suka kalau kena teka siapa pembunuh dan motif dia. 

Bermula dengan watak pelajar kolej Li Shiqing (Zhao Jinmai) yang terperangkap dalam time loop beberapa minit sebelum tragedi bas yang meletup di jalanraya akibat berlanggar dengan lori tangka minyak. Setelah kali kelima dia stuck dalam time-loop tersebut, Shiqing cuba selamatkan Xiao Heyun (Bai Jingting). Tanpa sedar, mereka berdua stuck dalam loop yang sama dan bergabung tenaga dan minda untuk mencari pembunuh dan motif tragedi bas No. 45 meletup tepat pada jam 01.42 tengahari.

  
Jarang nak layan drama China sebab kebanyakannya terlampau panjang sampai 40 episod tapi drama Reset ni cuma ada 15 episod dengan durasi 45 minit setiap episod. Penceritaan dia pun straightforward baik dipaparkan dari segi visual mahupun dialog perbualan antara watak macam scene Shiqing bagi keterangan pada Kapten Zhang (Liu Yijun) dekat hospital. 

Plot yang dikarang kemas tanpa filler atau sub-plot yang menyimpang antara kekuatan drama Reset. Walaupun ada beberapa scenes flashback tapi semuanya membantu penonton kenal dengan semua watak yang terlibat dalam tragedi tersebut. Boleh kata pengarah guna durasi yang ada dengan sebaiknya tanpa dedahkan misteri atau klu langsung sehingga tiba masanya. Macam mana Shiqing dengan He Yun clueless, macam tu jugak lah yang tengok ni. 


Chemistry dua pelakon utama pun sesuai sangat. Ada momen bila mereka tak sependapat tapi momen tu yang buat both of them makin rapat dan percaya satu sama lain. Happy bila setiap kali stuck dalam time loop both of them akan saling bantu each other dan jatuh cinta. 

I habiskan drama Reset terbitan Daylight Entertainment ni dalam masa setengah hari sebab geram nak tahu motif letupan tu. Kalau stop, mesti teringat pasal drama ni so baik habiskan terus je. Alang-alang nak anxiety kan, baik anxiety sekali jalan je. Bukan takat anxiety je, saspen dengan terkejut pun sama naik jugak sebab tengah layan tahu-tahu dah meletup dah. 


Kudos to cinematographer sebab VFX yang digunakan nampak real sebab tu jugak rasa invested setiap kali bas No. 45 tu meletup. Makeup team pun buat yang terbaik pada scene bas meletup dan Heyun dibawa ke wad kecemasan. Peritnya tengok satu badan dia melecur teruk walhal teksi yang dia naik tu jauh di belakang bas. Suka tengok montaj dia sebab relate dengan penceritaan bila bas dikurung dalam gelas kaca seolah tak boleh lari dari takdir. 


Drama Reset ni tak guna banyak kawasan untuk shoot pun sebab berlegar di kawasan bandar dan balai polis je tapi terpesona betul dengan kecantikan bandar tu sebab mesra pengguna dengan laluan pejalan kaki yang selamat dan jejantas cantik. Dekat bandar tu ada taman, dekat je dengan laut. Dah macam Han River dekat Korea. 

Bila dapat tahu motif letupan tu rasa nak marah sangat dengan tindakan pembunuh tu sebab tindakan diorang tak patut langsung. Memang lah dunia tak adil tapi kenapa nak korbankan orang lain yang tak berdosa? Benda dah nak jadi, redha je lah dengan ketentuan Tuhan. I might sound snobbish here but you guys have to watch this drama to know what I mean with this para. 


Selain dari mesej tersebut, penulis selitkan juga mesej sosial supaya pengguna siber tak keterlaluan dalam menilai perkara yang belum tahu dari kedua belah pihak. Cepat sangat menghukum itu ini sampai mangsa pula rasa terbeban sedangkan si pelaku hidup bebas. 

For me, I would easily put this drama as the best drama from China. I dah recommend dah dekat colleague supaya tengok drama Reset ni so you guys yang suka time-loop dan misteri pun kena tengok jugak! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Dasvi (2022)


Director : Tushar Jalota
Writer : Ritesh Shah, Suresh Nair, Sandeep Layzell
Cast : Abhishek Bachchan, Yami Gautam, Nimrat Kaur
Production Companies : Maddock Films, Jio Studios, Bake My Cake Films
Distributor : Netflix, Jio Cinema
Genre : Social Comedy
Running Time : 126 minutes
Release Date : 7 April 2022
Trailer :


Filem Dasvi arahan Tushar Jalota mengisahkan tentang Ketua Menteri, Ganga Ram Chaudhary (Abhishek Bachchan) yang dijatuhkan hukuman penjara kerana kes duit haram dan rasuah. Dia adalah seorang figura yang berpengaruh di Haryana. Bagi Chaudhary, Pendidikan langsung tak penting dalam hidup seseorang individu. 

‘He’s a topper yet he works under me. He has to follow my orders. So, the lesson of the day is mall means money and school means unemployment.’ - Ganga Ram Chaudhary


Malang nasib dia bila berjumpa dengan Superintendant Jyoti Deswal (Yami Gautam) yang tegas dan tak termakan langsung dengan sogokan duit atau pujian. Terduduk Chaudhary bila Jyoti adalah pegawai yang sama yang dipindahkan kerana mengganggu kerja-kerja politik dia. Makin diusir, makin mendekat. Dekat luar, Chaudhary ada kuasa tapi dekat dalam penjara, dia kena patuh dengan arahan Jyoti. 

Sementara ketiadaan Chaudhary sebagai Ketua Menteri, isterinya Bimla Devi "Bimmo" Chaudhary (Nimrat Kaur) dilantik sebagai Ketua Menteri interim. Awalnya memang sukar untuk Bimla nak catch up tapi disebabkan setiausaha Tandon (Chittaranjan Tripathy) dan PA baru yang diupah untuk jaga penampilan dia, Bimla semakin besar kepala dan tak ubah seperti Chaudhary. Dia pun mula raih pengikut dia sendiri dalam dunia politik. 


Chaudhary sentiasa cari jalan untuk keluar dari penjara tersebut tapi gagal kerana Jyoti. Dari helah untuk guna Pendidikan sebagai jalan keluar dari penjara, dia jatuh cinta dan buka mata betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam kehidupan. 

Bila tengok filem Dasvi under production Maddock Films, dah boleh agak yang naskhah ni ada kekuatannya tersendiri. Sebelum ni Maddock Films pertaruhkan Hindi Medium (2017) dan Angrezi Medium (2021) untuk genre social comedy dan keduanya mendapat sambutan yang bagus. Sama juga dengan Dasvi, walaupun ceritanya ringkas namun mesej yang dibawa penting dan menarik. 


Walaupun awalnya macam skeptikal bila pelakon utama ialah Abhishek Bachchan yang berterusan berlakon dengan lemau dalam movie macam Marmaziyaan, The Big Bull dan Bob Biswas tapi kali ni aura dan persona dia sesuai dengan watak Ganga Ram Chaudhary. Mudah untuk dia lakonkan bila watak tersebut diinspirasikan dari figura sebenar, CM Chatala yang lulus peperiksaan sekolah menengah bila dipenjarakan walaupun sudah berumur 86 tahun. 

Suka tengok scenes Chaudhary belajar kimia dengan Rai Bareili (Danish Husain) ataupun belajar matematik dengan Ghanti (Arun Kushwah). Masa Chaudhary tengok keputusan peperiksaan dia tu pun rasa berdebar sekali walaupun dah boleh agak apa keputusan dia. Subjek sekolah menengah je kot, kalau dia dah study beria macam tu confirm lah dapat keputusan elok. 

 
Bercakap soal dua pelakon sampingan, watak Jyoti dan Bimla mungkin tak dapat banyak screentime macam Abhishek tapi lakonan keduanya bagi impak pada penceritaan. Lepas tengok lakonan Nimrat dalam Airlift (2016) dan Hindi Medium, filmmaker ada persepsi untuk cast Nimrat hanya pada watak elite. She proved them wrong with Bimla Bimbo. Kelakar bila tengok dia slowly bertukar kepada CM Bimla yang dipuja ramai. Character arc dia berubah paling mendadak dan ekspress nak dibandingkan dengan watak lain. I prefer team production buat spin-off dari movie ni khas untuk watak Bimla. 


Sinematografi dari Kabir Tejpal terikat dengan latar masyarakat Haryana yang terletak di kawasan luar bandar dan sepenuhnya bergantung pada industri agrikultur. Music album dari Sachin–Jigar agak lemah dan memandangkan naskhah Dasvi ditayangkan di OTT platform, patutnya tak perlu ada music album pun tapi lebihkan pada penceritaan. 

Sama juga dengan screenplay yang terganggu bila terlampau banyak sub-plot yang dimasukkanoleh penulis. Patutnya penulis cuma fokus dengan tema Pendidikan dan perbanyakkan lagi pertalian antara politik supaya jadi lebih menarik. Mungkin lagi menarik kalau naskhah Dasvi dibikin dalam format drama supaya kita lebih kenal dengan kesemua watak yang ada. Anyway, Dasvi adalah naskhah santai yang membawa mesej sosial yang sering kita ambil mudah. Recommended to watch at Netflix!


p/s : Macam plot twist pulak bila tengok Dasvi lepas tengok A Thursday. Yami jadi superintendant lepas jadi terrorist sebab both of them utamakan pendidikan haha

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.7/10

Drama Review | Thirty-Nine (2022)

Friday, 15 April 2022


Director : Kim Sang-ho
Writer : Yoo Yeong-ah
Cast : Son Ye-jin, Jeon Mi-do, Kim Ji-hyun, Yeon Woo-jin, Lee Mu-saeng, Lee Tae-hwan, Ahn So-Hee, Kang Mal-Geum, Park Ji-il, Lee Kan-hee, Seo Ji-young, Seo Hyun-chul, Lee Ji-hyun, Nam Gi-ae, Jo Won-hee
Production Company : Lotte Culturework, JTBC Studio
Distributors : JTBC, Netflix
Genre : Romance / Drama
Episodes : 12 episodes (70 – 80 minutes per episode)
Release Date : 16 February 2022 – 31 March 2022
Trailer : 


Drama Thirty-Nine mengisahkan tentang persahabatan 3 sekawan, Cha Mi-jo (Son Ye-jin), Jeong Chan-young (Jeon Mi-do) dan Jang Jo-hee (Lee Da-yeon) yang menerima banyak perubahan dalam hidup pada umur 39. Pengakhiran fasa 30-an akan menentukan permulaan fasa 40-an mereka bertiga. 

Mi-jo yang mengalami mild anxiety ambil keputusan untuk bercuti selama setahun di US untuk belajar tentang sukan golf. Sebelum dia pergi ke US, mereka bertiga pergi ke Onnuri Child Care Center dan tanpa disangka mereka bertemu dengan Kim Seon-U (Yeon Woo-jin), doktor yang baru balik dari US. Dari situ mereka berdua berkenalan kemudiannya jatuh cinta. 


Chan-young cuba cucuk jarum supaya Seon-U pujuk Mi-jo untuk batalkan plan dia ke US. Belum pernah lagi semenjak mereka bertiga berkawan sejak sekolah menengah hidup berenggang. Sementara Chan-young bergelut dengan masalah relationship dengan Jin-seok (Lee Mu-saeng), Jo-hee pula jatuh suka dengan chef muda, Hyeon-jun (Lee Tae-hwan). Tak sangka pula chef tersebut kawan baik kepada Seon-U. Makin bertambah rapat lah mereka berdua sebab selalu melepak di restoran China kepunyaan Hyeon-jun.

Sebelum Mi-jo pergi ke US, mereka bertiga buat medical check-up dan Mi-jo dapat tahu ada di antara mereka yang menghidap kanser tahap 4. Ada 6 bulan saja lagi untuk hidup kalau tak buat chemotherapy. Sesiapa pun akan paksa orang yang dia sayang untuk dapatkan rawatan tapi paksa macam mana pun, keputusan tetap pada kawan baik dia. 


Penceritaan Thirty-Nine awalnya nampak menarik sebab tiga sekawan ni bagi harapan baru kepada wanita bujang untuk kekal menawan dan kejar impian walaupun sudah di penghujung fasa 30-an. Suka tengok diorang spend time sama-sama tak kisah lah setakat minum kopi di café ataupun selca di taman bunga. Chemistry dan bonding ketiga-tiga pelakon yang menghidupkan lagi penceritaan pengarah Kim Sang-ho ni. 

Lagi suka tengok scene tiga sekawan ni daripada scene mereka spend time dengan life partner masing-masing kecuali watak Jo-hee dengan Hyeong-jun sebab both of them comel. Mungkin juga sebab Jo-hee dapat bercinta dengan lelaki lebih muda dari dia. Selain dari tema persahabatan yang akrab, drama Thirty Nine juga mengetengahkan tentang anak angkat sama ada dari perspektif Mi-jo yang hidup disayangi oleh keluarga mahupun melalui watak So-won (Ahn So-hee) yang dihalau keluar. 


Awal juga lah pengarah dedahkan berita mengejut sampaikan episode kemudiannya jadi draggy dengan melodrama dan permintaan merepek hanya kerana dia dah nak pergi. I tak suka bila watak tu paksa orang turut permintaan dia tapi orang lain tak boleh paksa dia buat itu ini walaupun untuk kebaikan dia juga. 

Drama Thirty Nine ni ada masanya nampak seolah dibikin untuk mempromosikan barangan yang dijual di Lotte memandangkan produser adalah Lotte Culturework. Setiap episod ada product placement sampai naik jelak. Buat scene mereka bertiga berjalan dekat taman waktu malam sebab nak promote wardrobe atau kasut sukan padahal member tengah sakit teruk. Muka dah pucat pun kena hadap angin malam sedangkan boleh je bincang via call or Whatsapp. 


Walaupun drama Thirty Nine ada 3 pelakon utama tapi boleh nampak screentime dan kisah Mi-jo jauh lebih banyak. Kesian jugak tengok watak Jo-hee sebab apa yang dia cakap tu ada betulnya. Boleh kira berapa banyak lah dia ada solo moment dan contribute dalam friendship diorang. Drama ni bolehlah nak layan kalau suka tengok lakonan Ye-jin dengan Mido. Pace terlampau perlahan dan terlampau ringkas penceritaannya. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4= 5.8/10