INTISARI RANCANGAN ASTRO OASIS 18 – 24 APRIL 2022

Thursday, 14 April 2022



 INTISARI RANCANGAN ASTRO OASIS 18 – 24 APRIL 2022


Monday, Apr 18

06:20 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0024

07:30 Nasihat 0001

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0010

09:00 (L) HD GoShop RR22 - Al-Quran Ar-Riyadh Tagging v3 (HP) 

10:00 Tanya Cik Man Musim 3 0007

10:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0011

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0015

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0001

14:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0010

14:30 Tetamu Allah 0007

15:00 (L) HD GoShop RR22 - Leanen Comfy Kurti 5.0 v11 (HP) 

16:00 Indahnya Iman 

17:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0013

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 16 0016

19:00 Iman & Aman S4 0003

19:15 Indahnya Iman 

19:30 Presint Iman 0003

20:00 UAS Tour 2.0 0007

20:30 Indahnya Iman 

20:45 Iman & Aman S4 0003

21:00 Merentas Samudera Ke Nusantara 0002

21:30 Perempuan Paling Bahagia 0004

22:00 Presint Iman 0003

22:30 Ala Kazim Musim 2 0004

23:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0011

23:30 Lensa 106 S2 0001

00:00 Majlis Ayah 2022 0015

01:00 Presint Iman 0003

01:30 Trek Asatizah 0015

02:00 Tanah Kubur Siri 8 (HD) 0007

02:30 Presint Iman 0003

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0016

04:30 Lawak Tak Lagha S2 0003

05:30 Indahnya Iman 


Tuesday, Apr 19

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0025

07:30 Presint Iman 0003

08:00 Rahsia Ramadan 0003

09:00 (L) HD GoShop RR22 - Zahraa Jelita Blouse v4 (HP) 

10:00 Tanya Cik Man Musim 3 0008

10:30 Tok Adi 0008

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0016

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0002

14:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0011

14:30 Tetamu Allah 0008

15:00 (L) HD GoShop RR22 - Nayra Zaara Tudung v3 (HP) 

16:00 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0001

17:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0014

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 17 0017

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Rockstar ke Masjid 0003

20:00 UAS Tour 2.0 0008

20:30 Indahnya Iman 

20:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0002

21:00 Presint Iman 0003

21:30 Perempuan Paling Bahagia 0005

22:00 Rockstar ke Masjid 0003

22:30 Ala Kazim Musim 2 0005

23:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0012

23:30 Lensa 106 S2 0002

00:00 Majlis Ayah 2022 0016

01:00 Rockstar ke Masjid 0003

01:30 Trek Asatizah 0016

02:00 Tanah Kubur Siri 8 (HD) 0008

02:30 Rockstar ke Masjid 0003

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0017

04:30 Lawak Tak Lagha S2 0004

05:30 Indahnya Iman


Wednesday, Apr 20 

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0027

06:45 Indahnya Tarannum 0001

07:00 Mengaji Musim 2 0031

07:30 Rockstar ke Masjid 0003

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0013

08:30 Sayap Jibril (HD) 0005

09:00 (L) HD GoShop RR22 - Gene Mertino Baju Melayu 

10:00 Rahsia Ramadan 0003

11:00 Tetamu Allah 0008

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0017

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0003

14:00 Al-Quran, Sains Dan Kiamat 0012

14:30 Tetamu Allah 0009

15:00 HD GoShop Al-Muallim i-Bantu Solat 4.0 rev2 

16:00 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0003

17:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0015

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 18 0018

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Kembara Chef Wan 2022 0003

20:00 UAS Tour 2.0 0009

20:30 Indahnya Iman 

20:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0004

21:00 Rockstar ke Masjid 0003

21:30 Perempuan Paling Bahagia 0006

22:00 Kembara Chef Wan 2022 0003

22:30 Ala Kazim Musim 2 0006

23:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0013

23:30 Lensa 106 S2 0003

00:00 Majlis Ayah 2022 0017

01:00 Kembara Chef Wan 2022 0003

01:30 Trek Asatizah 0017

02:00 Tanah Kubur Siri 8 (HD) 0009

02:30 Kembara Chef Wan 2022 0003

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0018

04:30 Lawak Tak Lagha S2 0005

05:30 Indahnya Iman 


Thursday, Apr 21

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0028

06:45 Indahnya Tarannum 

07:00 Mengaji Musim 2 0032

07:30 Kembara Chef Wan 2022 0003

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0014

08:30 Sayap Jibril (HD) 0006

09:00 (L) HD GoShop RR22 - Ensiklopedia Agama v6 (OAP) 

10:00 Salamun Alaik 0012

11:00 Tetamu Allah 0009

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0018

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Bila Hati Telah Hitam (HD) 0004

14:00 Santai Janji Sampai 0007

14:30 Nasihat 0023

15:00 (L) HD GoShop RR22 - Telekung Rawdah Nayla v2 (HP) 

16:00 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0005

17:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0016

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 19 0019

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Mencari Ibrah-Nya 0003

20:00 Rockstar Ke Masjid 0003

20:30 Indahnya Iman 

20:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0006

21:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0012

22:00 Mencari Ibrah-Nya 0003

22:30 Kembara Chef Wan 2022 0003

23:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0014

23:30 Halal Lah 0007

00:00 Majlis Ayah 2022 0018

01:00 Mencari Ibrah-Nya 0003

01:30 Trek Asatizah 0018

02:00 Tanah Kubur Siri 8 (HD) 0010

02:30 Mencari Ibrah-Nya 0003

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0019

04:30 Lawak Tak Lagha S2 0006

05:30 Indahnya Iman 


Friday, Apr 22

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0029

06:45 (5eps) Indahnya Tarannum 

07:00 Mengaji Musim 2 0033

07:30 Mencari Ibrah-Nya 0003

08:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0012

09:00 (L) HD GoShop RR22 - Najjah Rasheeda Printed 

10:00 Tok Adi 0004

11:00 Tetamu Allah 0010

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0019

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus 0014

14:00 Santai Janji Sampai 0008

14:30 Nasihat 0024

15:00 HD GoShop RR22 - Al-Muallim i-Zikir v6 

16:00 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0007

17:00 Sayap Jibril (HD) 0007

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 20 0020

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Merentas Samudera Ke Nusantara 0003

20:00 Nasihat 0002

20:30 Indahnya Iman 

20:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0008

21:00 Perempuan Paling Bahagia 0003

21:30 Rockstar Ke Masjid 0003

22:00 Merentas Samudera Ke Nusantara 0003

22:30 Mencari Ibrah-Nya 0003

23:00 Mail & Sudin Sambut Ramadan (HD) 0015

23:30 Halal Lah 0008

00:00 Majlis Ayah 2022 0019

01:00 Gema Unplugged 0008

01:30 Rasa Halal Orient Taiwan 0011

02:00 Moreh 0013

02:30 Moreh 0013

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0020

04:30 Lawak Tak Lagha S2 0007

05:30 Indahnya Iman 


Saturday, Apr 23

06:30 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0030

06:45 Indahnya Tarannum 0004

07:00 Mengaji Musim 2 0034

07:30 Merentas Samudera Ke Nusantara 0003

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0013

08:30 Mengaji: Back To Basics 0023

09:00 HD GoShop RR22 - Saooma Amelia Printed Pantsuit 

10:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0012

11:00 Tetamu Allah 0011

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0020

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tok Adi 0009

14:30 Trek Muslim 0012

15:00 HD GoShop Myfon S20 4G Smartphone 3GB+32GB v3 (HP) 

16:00 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0009

17:00 Sayap Jibril (HD) 0008

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 21 0021

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Tanya Cik Man Musim 2 0011

20:00 Mencari Ibrah-Nya 0003

20:30 Indahnya Iman 

20:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0010

21:00 Perempuan Paling Bahagia 0004

21:30 Kembara Chef Wan 2022 0003

22:00 Tanya Cik Man Musim 2 0011

22:30 Merentas Samudera Ke Nusantara 0003

23:00 HD GoShop RR22 - Al-Quran Al-Hafiz & Multazam B5 rev2 

00:00 Majlis Ayah 2022 0020

01:00 Tanya Cik Man Musim 2 0013

01:30 Rasa Halal Orient Taiwan 0012

02:00 Moreh 0014

02:30 Tanya Cik Man Musim 2 0011

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0021

04:30 Lawak Tak Lagha S2 0008

05:30 Indahnya Iman 


Sunday, Apr 24

06:25 Ngaji Quran 2018 (catch up episode) 0001

07:30 Rockstar ke Masjid 0003

08:00 Tazkirah AnNur (HD) 0014

08:30 Mengaji: Back To Basics 0024

09:00 HD GoShop RR22 - Al-Quran Tematik & Atlas Tajwid v3 (OAP) 

10:00 Kisah Dari Mekah 0004

10:30 Kisah Dari Mekah 0005

11:00 Kisah Dari Mekah 0006

11:30 Geng Ngaji Musim 3 0021

13:00 Indahnya Iman 

13:30 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0012

14:30 Trek Muslim 0013

15:00 HD GoShop RR22 - Najjah Amyra Tudung rev2 

16:00 Indahnya Iman 

16:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0011

17:00 Sayap Jibril (HD) 0009

17:30 (L) Geng Ngaji Musim 3 Ep 22 0022

19:00 Indahnya Iman 

19:30 Jejak Adam: Sri Lanka 0009

20:00 Presint Iman 0003

20:30 Indahnya Iman 

20:55 Kapsul Geng Ngaji Musim 3 0012

21:00 Tazkirah Malam Jumaat Musim 6 0012

22:00 Jejak Adam: Sri Lanka 0009

22:30 Rockstar ke Masjid 0003

23:00 HD GoShop RR22 - Suchi Men Qalish Kurta v3 (HP) 

00:00 Majlis Ayah 2022 0021

01:00 Tanya Cik Man Musim 2 0014

01:30 Rasa Halal Orient Taiwan 0013

02:00 Moreh 0015

02:30 Jejak Adam : India 0010

03:00 Geng Ngaji Musim 3 0022

04:30 Lawak Tak Lagha 3 0001

05:30 Indahnya Iman 

ASTRO TEROKAI ARENA ANTARABANGSA DALAM HASILKAN DRAMA PREMIUM ADAPTASI DARIPADA SIRI LUAR NEGARA UNTUK PENONTON MALAYSIA | Liar (UK) dan Call My Agent! (France)

Astro, syarikat penyiaran terkemuka Malaysia menerusi anak syarikatnya iaitu Astro Shaw peneraju industri perfileman tempatan, telah mendapat lesen hak cipta drama siri thriller yang tercalon di BAFTA Awards dan British Screenwriters' Awards, ‘Liar’ untuk adaptasi ke dalam format Malaysia melalui produksi independent televisyen, filem dan digital serta syarikat pengedaran terkemuka, All3Media International. Liar merupakan idea asal oleh calon penerbit dan penulis skrip terbaik di BAFTA and Golden Globe, Harry dan Jack Williams. Selain Liar, konten yang turut akan mendapat hak cipta adaptasi menerusi kerjasama bersama Astro adalah drama siri  ‘Call My Agent!’ (Dix Pour Cent), pemenang dua tahun berturut-turut bagi Drama Siri Televisyen Terbaik di Globes de Cristal Awards, France (2018 & 2019). 


Hasil usaha sama ini turut melibatkan Double Vision sebagai produksi yang akan menghasilkan Liar. Produksi Double Vision yang banyak menghasilkan karya-karya hebat seperti nominasi TV Format Adaptasi Terbaik (Skrip) di The ContentAsia Awards, ‘The Bridge’, juga memainkan peranan penting dalam mendapatkan hak cipta adaptasi ini. 

Diterbitkan oleh Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV pada tahun 2017, Liar mengangkat genre thriller yang meneroka  tema persefahaman, stereotaip jantina di zaman masa kini, kekeluargaan serta penipuan. Drama hebat ini telah berjaya meraih jumlah tontonan paling tinggi 7 juta dan sekali gus mencatatkan jumlah terbesar bagi drama baru yang pernah ditonton di ITV sejak 2014. Tambah lagi, drama ini juga ditayangkan di Australia dan New Zealand. Manakala versi remake di Spain pada tahun 2020 menggunakan tajuk Mentiras. Terkenal dengan jalan cerita yang penuh plot twist dan watak-watak yang menonjol sehingga berjaya mencetus keterujaan dalam kalangan penonton untuk menantikan setiap episod, Liar mengisahkan tentang dua insan  yang bertemu dalam sebuah temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan pada hari keesokannya. Seorang telah memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Oleh sebab kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.    

Call My Agent! siri komedi drama hasil ‘creator’ Fanny Herrero, memaparkan kisah agensi bakat yang sentiasa sibuk dan di kenali dengan nama A.S.K di Paris berusaha untuk memuaskan hati bintang-bintang di bawah naungannya di samping memantapkan lagi perniagaan mereka. Tiga agen, Mathias, Gabriel dan Andréa tempuhi bersama setiap suka dan duka di dalam kehidupan profesional mahupun personal. Call My Agent! juga telah diadaptasi ke versi India (Call My Agent: Bollywood), Canada (Call My Agent!) dan Turkey (Menajerimi Ara). Selain Malaysia, negara lain yang bakal mengadaptasi siri ini adalah Korea Selatan, Indonesia, Timur Tengah, Filipina dan Poland. 


“Kami amat teruja untuk menghasilkan drama siri premium yang akan diadaptasi daripada siri terbaik antarabangsa untuk dipersembahkan kepada penonton Malaysia. Kami percaya usaha bersama produksi Double Vision ini bukan sahaja mampu memberi percaturan berbeza buat landskap industri seni tempatan, tetapi turut melihat kerjasama strategik bersama All3Media International dapat memperkukuhkan  keupayaan Astro sebagai platform yang menghasilkan karya dengan hasil produksi berkualiti tinggi serta berada di landasan yang tepat untuk mendominasi arena antarabangsa menerusi drama premium terbitannya. Sementara itu, kami juga ingin ucapkan terima kasih kepada produksi Double Vision kerana memainkan peranan penting dalam usaha sama ini dan kami teruja untuk bekerjasama dengan salah satu produksi terbaik Malaysia tersebut.” - Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad


“Kami rasa amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan pihak Astro dan Double Vision bagi dalam menghasilkan drama premium adaptasi daripada naskhah hit antarabangsa, Liar. Subjek konflik lelaki dan wanita yang diketengahkan telah membuktikan mampu menyuntik keterujaan dalam kalangan penonton yang mengikuti siri ini, dan kami percaya keupayaan Astro dan produksi Double Vision bersama barisan pelakon mampu mempersembahkan sesuatu yang berbeza sekali gus memberi pengalaman berbeza penonton Malaysia.” - Kit Yow, Naib Presiden, APAC All3Media Internasional

Drama premium Liar dan Call My Agent! versi Malaysia dijangka akan menemui penonton pada hujung tahun ini. Kesemua adaptasi ini boleh ditonton di saluran Astro dan On Demand atau Astro GO. 


Saksikan Siri Mini Animasi Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! Sempena Ramadan dan Raya Ini di Astro Warna | LU PIKIR LA NABIL, TUUDEH..! Janjikan Gelak Ketawa Tapi Padat Dengan Pengajaran 

Siri mini animasi di Astro Warna kali ini mengambil kampung selebriti Nabil Ahmad sewaktu kecil di Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan sebagai backdrop dan jalan ceritanya. Animasi pendek terbitan Astro dan Ed Online Technologies Sdn Bhd bersama selebriti Nabil Ahmad ini merupakan animasi selebriti pertama di Malaysia dan juga kesinambungan kepada musim pertamanya yang telah mendapat sambutan baik daripada para peminat.   

Penceritaan  menerusi  lima  episod  pendek  yang  berdurasi  tujuh  hingga  sebelas  minit  ini mengisahkan  Nabil,  seorang  kanak-kanak  yang  penuh  dengan  angan-angan  dan  seringkali menimbulkan  kekecohan  di  kampungnya  dengan  tidak  sengaja.  Dan  kerana  hal  itu,  dia berdepan  dengan  pelbagai  masalah,  tambahan  pula  dengan  kehadiran  budak  baharu bernama  Syasya  sehingga  menggugat  persahabatan  dengan  kawan-kawan  karibnya,  Mok serta  Fahmi.  Hidupnya  serba  tidak  kena  dengan  pelbagai  masalah  yang  timbul  ketika Ramadan yang mengakibatkan kekecohan berlaku ketika sambutan Hari Raya dikampungnya. 

Animasi  musim  kedua  ini  menggambarkan  suasana  sambutan  Ramadan  dan  Raya  Nabil sewaktu kecil di kampungnya. Penceritaan animasi ini juga mengetengahkan dialek tempatan iaitu  dialek  Negeri  Sembilan  sebagai  dialog  utama  yang  menjadikan  animasi  tersebut  lebih menghiburkan. Siri mini animasi ini mengekalkan tempo penceritaan padat dan padu dengan pengisian-pengisian  yang  boleh  dijadikan  pengajaran  dalam  hidup  seisi  keluarga  walaupun berdurasi pendek. 

Animasi  bergenre  komedi  keluarga  ini  merupakan  arahan  juruanimasi  berpengalaman, Syukur  Majid  dengan  idea  asalnya  oleh  Nabil  Ahmad,  juga  sebagai  pelakon  suara  watak utamanya. Animasi ini turut didukung oleh barisan pelakon suara seperti Shahril Fahmey dan Haefizul Yusof, iaitu kawan baik Nabil dari kecil yang dijemput khas untuk membuat alih suara bagi watak Fahmi dan Mok serta Amanda Amry, pelakon yang sedang meningkat naik. 

Siri mini animasi ‘Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..!’ musim kedua ditayangkan setiap Khamis, mulai 7 April 2022, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna HD (107) dan ulangan di saluran Astro Ceria HD (611) pada setiap Ahad, jam 3.00 petang. Animasi ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Syukur Majid 

Pengarah Siri Mini Animasi ‘Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..!’  

“Penceritaan  menerusi  animasi  boleh  dibawa  dengan  pelbagai  cara,  lebih  lagi  apabila  ia melibatkan  pencetusan  perasaan  terhadap  sesuatu  situasi  kepada  penonton.  Antara  cara yang  kami  lakukan  adalah  dengan  membawa  cerita  inspirasi  dari  realiti  seseorang  dan mewarnainya  dengan  situasi  semasa  supaya  mudah  dihadam penonton.    

Alhamdulillah  animasi  musim  pertama  sebelum  ini  telah mendapat  reaksi  yang  sangat  positif  seperti  kelakar,  best  dan terhibur  daripada  penonton-penontonnya.  Malah,  mereka sukakan latar belakang animasi ini yang mengimbau kenangan mereka kepada komik dan animasi tempatan tahun 90’an. Atas respons ini, Astro dan pihak produksi telah meneruskan dengan musim  kedua  yang  menekankan  penceritaan  pada  bulan Ramadan dan Raya 2022.  

Musim  kali  ini,  kami  mengekalkan  konsep  siri  mininya  dengan  masih  membawa  elemen- elemen  yang  menggelikan  hati.  Namun,  pada  kali  ini  kami  melanjutkan  durasi  animasi  ini menjadi  tujuh  minit  daripada  empat  minit  sebelumnya  jadi  penonton  akan  dapat  terhibur lebih  lagi,  ditambah  pula  dengan  kemunculan  watak  baharu  yang  mengubah  dimensi penceritaannya. Ceritanya menjadi lebih kecoh. Pelbagai konflik dan drama berlaku kepada Nabil, rakan-rakannya dan orang kampung ketika menyambut bulan Ramadan dan Syawal.    

Selain itu, animasi ini juga diterbitkan dengan penuh pengisian yang mampu memberi teladan kepada  penonton.  Pada  mula  perbincangan  dan  pengumpulan  idea  lagi  kami  sudah merancang  dengan  rapi  plot-plot  cerita  yang  bersesuaian  bagi  membentuk  kitaran  cerita yang  bermakna,  di  mana  setiap  permasalahan  adanya  solusi.  Mencampur  adukkan  kisah sebenar  hidup  Nabil  Ahmad  pada  zaman  kanak-kanaknya  sekitar  tahun  awal  90an,  kami gabungkan dengan permasalahan di zaman kini agar mudah diterima penonton kini.  

Bukan itu sahaja kelainan yang kami bawakan. Kami juga turut mendengar dan mengumpul tindak  balas  daripada  penonton  musim  pertama  yang  lalu.  Ramai  yang  menyuarakan  rasa tidak  puas  menonton  musim  pertamanya  yang  berdurasi  pendek,  4  minit.  Jadi,  kami panjangkan  sedikit  durasinya  dan  memilih  7  minit  kerana  ianya  antara  durasi  yang  sesuai untuk tayangan televisyen dan workable dalam tempoh masa yang diberikan.   

Kami  berharap  siri  animasi  mini  ini  dapat  menghiburkan  penonton  bersama  keluarga  dan rakan-rakan sambil mereka dapat menghadam pengajaran-pengajaran yang diselitkan. Kami juga  berharap  siri  kali  ini  akan  lebih  mendapat  sambutan,  dan  dengan  sokongan  tersebut Astro dapat memberi peluang lagi kepada kami untuk meneruskan produksi animasi Lu Pikir La Nabil ini, mungkin dalam format yang lebih panjang di masa akan datang.” 


Nabil Ahmad 

Idea Asal dan Pelakon Alih Suara ‘Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..!”  

“Menerusi animasi Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! kali ini, saya ingin menunjukkan yang di mana- mana situasi pun, kebenaran akan terungkap. Bak kata pepatah “berani kerana benar, takut kerana  salah”.  Lebih  kurang  begitulah  topik  yang  saya  ingin terapkan  kepada  penonton.  Tiada  apa  yang  terlalu  serius.  Ini juga sebenarnya adalah untuk keseronokan dan hiburan sahaja.   

Selain itu, saya memilih untuk menghasilkan animasi ini kerana ingin mencari kelainan. Bagi saya, filem pendek dan rancangan realiti  itu  sudah  agak  biasa.  Lantas,  tujuan  utamanya  adalah untuk  menjadi  selebiriti  pertama  yang  mempunyai  animasi tersendiri.  Jika  kita  mahu  mengikut  dunia  digital  pada  zaman sekarang  ini,  sudah  terlalu  banyak  animasi  dan  kartun-kartun yang dikeluarkan dari segi penceritaan yang moden tetapi tidak ramai selebriti-selebriti yang mendapat peluang untuk membuat animasi berdasarkan kehidupan mereka sendiri. Oleh itu, saya sangat teruja dan bersyukur di beri peluang oleh Astro sendiri untuk menjadi selebriti pertama yang menghasilkan animasi sendiri. 

Harapan saya untuk siri mini animasi ‘Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..!’ ini semestinya menggunung tinggi. Saya berharap agar suatu hari nanti, kita akan ada ‘Lu Pikir La Nabil The Movie’ yang akan  ditayangkan  diseluruh  pawagam  atau  di  saluran  Astro  First,  InshaAllah.  Saya  juga berharap agar penonton terhibur dengan penceritaannya.”

TRIVIA MENARIK SIRI MINI ANIMASI ‘LU PIKIR LA NABIL, TUUDEH..!’ 

1.  Siri mini animasi ini merupakan animasi selebriti pertama di Malaysia. 

2. Siri animasi Ramadan Raya khas bersama Nabil Ahmad merupakan animasi pertama di Astro Warna. 

3. Inspirasi animasi ini berdasarkan kisah kehidupan selebriti Nabil Ahmad bersama rakan-rakan sekampungnya ketika kecil.  

4. Penceritaan animasi ini menggunakan Bahasa Melayu dalam dialek Negeri Sembilan.

5.  Nabil menjemput kawan-kawan karib sejak kecil untuk membuat alih suara animasi untuk watak Mok dan Fahmi. 

6.  Alih suara bagi karakter baharu dalam siri mini ini, Syasya merupakan alih suara pertama untuk pelakon baharu Amanda Amry. 

7.  Musim baharu ini menampilkan kisah-kisah yang boleh menghiburkan bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa dengan elemen satira dan nostalgia. 

8.  Nabil dan WARIS berganding bahu untuk lagu tema dan video muzik lagu Raya, ‘TuuDeh Rayo!’ sempena siri animasi kali ini.

PECAHAN WATAK ALIH SUARA SIRI MINI ANIMASI ‘LU PIKIR LA NABIL, TUUDEH..!’ 

Nabil Ahmad        sebagai Nabil 

Shahril Fahmey    sebagai Fahmi (sahabat karib Nabil) 

Haefizul Yusof      sebagai Mok (sahabat karib Nabil) 

Amanda Amry      sebagai Syasya 

Abah                      sebagai Ayah kepada Nabil  

Mak                        sebagai Ibu kepada Nabil 

Pak Abu                 sebagai sahabat kepada Ayah Nabil  

Cik Ambros           sebagai Ketua Kampung   

LOGLINE SIRI MINI ANIMASI ‘LU PIKIR LA NABIL, TUUDEH..!’ 

Nabil  diuji  dengan  masalah  di  bulan  Ramadan  sehingga  mengugat  persahabatan  dengan kawan-kawannya,  ditambah  pula  dengan  gelagat  orang–orang  kampung  dan  kehadiran budak baharu, Syasya. 

SINOPSIS SIRI MINI ANIMASI ‘LU PIKIR LA NABIL, TUUDEH..!’ 

Lu Pikir La Nabil, Tuudeh..! mengisahkan kehidupan seorang kanak-kanak bernama Nabil di kampungnya menjelang bulan Ramadan. Nabil diuji dengan pelbagai masalah setelah berlaku salah faham di antara orang kampung dan dirinya apabila dia mencari kucingnya, Piah yang hilang. 

Namun, orang kampung pula tersalah sangka dan menganggap isteri ketua kampung yang  turut  bernama  Piah  yang hilang.  Maka  kecohlah  satu  kampung  akan  salah  sangka  ini. Kehadiran  budak  baharu  bernama  Syasya  turut  menggugat  persahabatan  Nabil  dengan kawan-kawannya  apabila  dia  dituduh  sebagai  penyebab  pelanggan  murtabak  Pak  Abu mendapat  keracunan  makanan.  

Kawan-kawannya  pula  menjauhkan  diri  dan  mula  rapat dengan  Syasya.  Nabil  sekali  lagi  difitnah  dan  dituduh  ponteng  puasa  apabila  dia  berada  di tempat dan masa yang salah. Akibatnya orang kampung mula pandang sinis terhadap dia dan keluarganya.  

Raya  menjelma  tetapi  Nabil  masih  bergaduh  dengan  kawan-kawan  dan  keluarganya dipulaukan. Namun Syasya menjumpai bukti yang menunjukkan Nabil sebenarnya disabotaj dan sekaligus membersihkan nama Nabil. Adakah Nabil dan kawan-kawannya akan berbaik semula dan beraya bersama?  

Amazing Grace Granola Bites | Chocolate Hazelnut

Monday, 11 April 2022


Kalau buat kerja mula lah mulut rasa nak mengunyah tapi tak suka makan jajan dan tak ada mood nak makan jajan. Bila turun 7E terjumpa Amazing Grace Granola Bites ni. Dekat dalam satu pek 40g ni ada rolled oats, kacang hazelnuts, chia seeds, buckwheats dengan cranberries. Kalau makan takde la rasa bersalah sangat sebab makanan healthy. 


Punya lah healthy sampai rupa dekat dalam pun tak menyelerakan sebab semua bahan dah bersalut dengan coklat. Bentuk dia macam nak buat bentuk kiub tapi dia jadi hancur. Kiub dia kecil je, sesuai lah dengan harga RM4.90 satu pek ni. 

I expect granola bites ni ada la rasa manis sebab ada cranberry tapi sebab dia guna dark chocolates, memang pahit je lah dekat lidah ni. Mengecewakan betul tapi okay lah sebab pahit sampai segar mata. Terus siap semua kerja lepastu rasa nak balik rumah. Tu kali pertama dan terakhir lah beli Amazing Grace Granola Bites Chocolate Hazelnut sebab renyah nak makan bila dia hancur sampai tak ada rupa kiub. Dah gaya nak kena makan dengan sudu je. Dah satu hal nak kena basuh sudu. 

HATTAN 35 YEARS JOURNEY, KONSERT PENUH JIWA | Jika disenaraikan siapa antara penyanyi lelaki terbaik tanah air, nama Datuk Hattan wajib ada dalam senarai. Kelebihan dari segi vokal, gubahan lagu, personaliti baik dan pengalaman yang dimiliki meletakkan nama penyanyi dengan nama sebenar, Mohd shukri shahabudin ini pada kelas tersendiri. 

Dek kerana faktor ini, Hattan bakal tampil dengan konsert berskala besar iaitu Hattan - 35 Years Journey pada 4 dan 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre bermula jam 8 malam. Konsert anjuran Mewah Event Management (MEM) ini juga adalah konsert solo Hattan terbesar dalam kerjaya nyanyiannya sejak tahun 1987. 

Hattan bakal mempersembahkan 22 buah lagu termasuk lagu hits seperti Memburu Rindu, Dari Kekasih Kepada Kekasih, Rendang Tak Berbuah, Mahligai Syahdu, Meniti Perjalanan, Berikan Nurbisa, Hitam Bukan Impian, Biso Bonar, Sambar Apa Saja, Dia, Gadis Jolobu dan banyak lagi. Hattan yang gturut aktif sebagai pelakon sudah menghasilkan 11 album studio sejak 35 tahun lalu iaitu Nostalgia (1987), Hattan (1991), Antem (1992), Ana Permata Timur (1993), Mentor (1994), Satu Malaya Dah Tahu (1996), Biso Bonar (1998), Aku Dan Mentor (2000), Palestin Jangan Menangis (2002), Masterpiece (2007) dan Inderawala (2010). Selain itu, Hattan juga pernah bersama dengan band FRU (Five Rockers Union) yang menghasilkan album berjudul Kelahiran pada 1988. Beliau juga pernah menjadi penyanyi band Pratayuda menerusi album kompilasi War Rock I pada 1987.

"Ini bukan sekadar konsert saja malah mengandungi penceritaan. Dari segi kerjaya itu berkembang, bagaimana lagu ini tercipta dan kenapa lirik itu terjadi. Ia akan diceritakan sepanjang konsert itu berlangsung nanti. Saya memiliki puluhan lagu hits dan kebanyakannya akan saya nyanyikan nanti, namun ada juga yang akan disampaikan secara medley. Untuk lagu yang betul-betul popular sudah pasti akan saya nyanyikan keseluruhannya.' - Datuk Hattan

Tambahnya lagi, beliau sudah merancang konsert ini bersama MEM sejak dua tahun lalu namun tergendala akibat penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Februari 2020.

Dalam konsert Hattan - 35 Years Journey ini, Hattan akan diiringi barisan pemuzik hebat dan berpengalaman seperti pemain keyboard Rozario yang turut bertindak sebagai Pengarah Muzik, Nan (gitar), Ritz (gitar), Ujang (dram), Fly (bass), Firdaus (keyboard) dan Pa'ang (perkusi). Selain itu, Hattan turut mengundang pemain seruling, Mohar yang akan mengiringinya dalam beberapa lagu. 

"Saya adalah penyanyi yang penuh dengan jiwa. Dalam konsert ini tak perlu nak melompat-lompat. Zaman sekarang tak perlu lagi. Kenapa anda perlu datang ke konsert ini? Kerana saya akan bagi sesuatu yang saya tahu orang rindu nak tengok sejak dua tahun lalu. Ini juga hadiah daripada saya untuk sahabat dan peminat yang menyokong karier saya sejak 35 tahun lalu.' - Datuk Hattan

Bercerita mengenai persiapan konsert, Hattan berkata dia tidak bimbang kerana kerap mengadakan latihan selain menjaga kesihatan. 

"Sebagai penyanyi, latihan atau praktis itu amat penting. Kena menyanyi dengan penuh jiwa dan hafal lirik lagu dengan baik. Alhamdulillah sejak kelonggaran SOP (Standard Operation Procedure) Covid-19, hampir setiap minggu saya mendapat tawaran persembahan. Itu juga satu latihan yang baik.' - Datuk Hattan

Konsert Hattan - 35 Years Journey ini juga akan mengetengahkan segmen mentor khusus buat Datuk M Nasir di mana Hattan merakamkan semula lagu-lagu popular nyanyian dan ciptaan M. Nasir seperti Kepadamu Kekasih, Sekuntum Mawar Merah, Gerhana, Tiara dan Padang Lalang. Idea merakamkan semula lagu-lagu Datuk M Nasir datang dari Hattan sendiri kerana semua lagu-lagu tersebut merupakan lagu kesuakaannya. Tambahnya Datuk M Nasir banyak memainkan peranan terhadap perkembangan karier Hattan sejak dulu hingga sekarang.

Tiket untuk menyaksikan konsert Hattan - 35 Years Journey anjuran MEM yang disokong oleh West Ipoh Span Expressway (WISE) boleh dibeli di laman web iLasso Tickets dengan pilihan harga berikut :

i. Upper Tier - RM188

ii. Silver - RM388

iii. Gold - RM488 

iv. Diamond - RM788 

v. Platinum - RM988 

Meriahkan K-pop Events Bersama Yoodo Dalam K-Leisure Session

Sunday, 10 April 2022

Minggu lepas dijemput oleh Yoodo untuk menghadiri sesi Yoodo K-Leisure Session bersama para Blogger dan beberapa wakil dari Yoodo untuk menceritakan tentang produk Yoodo, kelebihan pek telco dan beberapa aktiviti yang telah dijalankan oleh Yoodo untuk beberapa acara yang berkaitan dengan dunia hiburan K-pop.

Terkejut juga masa dirisik oleh Yoodo ni sebab I pun baru je berjinak dengan dunia Kpop balik dan stan 2 boy group saja dan selebihnya jadi casual listener. But an invitation is an honour. Thank you so much Yoodo! 

Dari sesi briefing ni, I dapat tahu yang Yoodo beroperasi menggunakan rangkaian Celcom dan mempunyai liputan 4G LTE terluas di Malaysia. Yoodo juga merupakan telco pertama di Malaysia yang boleh diubah sesuai mengikut keselesaan dan kehendak pengguna. Kalau bulan ni nak guna data sebanyak 30mbps sahaja, pengguna boleh set sendiri kemudian bayar pada Yoodo dengan cara pembayaran tersebut : 

i. Kad kredit atau debit

ii. Perbankan atas talian

iii. Paypal

iv. Boost

v. Grabpay

vi. TnG eWallet

Kalau terlebih kuota pun tak perlu risau sebab Yoodo ada pelan Booster bila pengguna hanya perlu beli booster untuk Data / Panggilan / SMS untuk meneruskan penggunaan. 100% digital mobile service! Tak hairan lah Yoodo dapat pengiktirafan Best Product of The Year dua tahun berturut-turut untuk tahun 2020 dan 2021.

Kepada yang ingin mencuba khidmat telco Yoodo, anda boleh dapatkan di 4 lokasi utama Yoodo seperti berikut : 

1. 50 cawangan Blue Cube di seluruh Malaysia

2. EasyParcel PgeonPoint di seluruh Semenanjung Malaysia

3. BH Petromart di seluruh Semenanjung Malaysia

4. Petronas Mesra di seluruh Semenanjung Malaysia

Uniknya Yoodo memudahkan pengguna baru dengan kewujudan eSIM di mana ia adalah cip yang tersedia dan berfungsi sama seperti kad SIM fizikal. eSIM sesuai digunakan dengan telefon pintar yang mempunyai Android dan iOS. Dengan hanya memuat turun applikasi Yoodo, pengguna boleh mengaktifkan sendiri SIM dengan membuat pilihan eSIM. 

Kelebihan menggunakan Yoodo dan kenapa pengguna terutamanya peminat K-pop perlu memilih telco Yoodo:

1. Pelan yang boleh dilaras mengikut kehendak pengguna. Anda boleh memilih kelajuan data, kuota hotspot, had panggilan dan juga SMS mengikut keperluan. 

2. Penggunaan 100GB selama 12 jam dengan hanya RM10

3. Perbaharui pelan telefon bimbit anda pada bila-bila masa tanpa risau tentang bayaran bulanan. 

4. Dapatkan ganjaran apabila anda beli ‘Add-On’ dan percuma 1 ‘Add-Ons’ dengan pembelian 10 ‘Add-Ons’. 

5. Pakej data khas yang memberi anda data berkelajuan tinggi tanpa ditolak dari pelan mudah alih asas anda. 

Selain menjadi telco dengan mempunyai kelebihan seperti di atas, Yoodo juga aktif bekerjasama dengan penganjur untuk acara K-pop, E-sports, Muzik dan Hiburan juga Sukan. 

Showing K-pop Some Love with #SARANGHAEYOODO

1. Hallyoodo

i. Concert Giveaways : Monsta x, (G)I-dle

ii. Special Screening : BTS documentary

iii. Contest : Lighstick Wars, BLINK Together With Yoodo, K-pop Kountdown 2021

iv. Stray Kids Cupsleeve Event - 2022

2. Album Giveaways

i. 21 March 2022 - Red Velvet : ReVeLuvs BETTER BE 

ii. 28 March 2022 – NCT Dreams : Glitch Mode

3. Voting Events

i. Kountdown – Vote for the best K-pop Act / Artiste of 2021

ii. Queendom Voting Event. Khas untuk pengguna Yoodo, anda berpeluang untuk menang album Brave Girls, Hyolyn, WJSN, LOONA, Kep1er atau VIVIZ dengan undi girl group kesukaan anda. Pemenang akan diumumkan di akaun rasmi Twitter - @yoodo

I macam tertarik dengan aktiviti yang dianjurkan oleh Yoodo sebab banyak peluang untuk join dan menang ganjaran. Mana tahu in future Yoodo boleh buat Treasure Cup Sleeve Event atau tayang dokumentari iKON pula. Sebagai iKONIC dan Teume , peluang ni nampak menarik!

Nak bertukar kepada Yoodo pun mudah saja bila kita masih boleh kekalkan nombor lama dan berubah ke telco Yoodo. Lagi satu berita baik di mana Yoodo kembalikan pakej 20GB data internet dengan harga sebanyak RM20 (20/20 Monster Returns) kerana permintaan hangat dari pengguna. 

Pengguna baru boleh menggunakan kod rujukan unik anda dan terima ganjaran sebanyak RM20 yang akan dikreditkan ke dalam akaun Yoodo anda. Rakan yang menggunakan kod rujukan tersebut akan dapat ganjaran 7GB data percuma. Barulah syok nak layan lagu K-pop sama-sama. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Yoodo, manual pengaktifan, makluman mengenai promosi dan ganjaran menarik, sila layari laman sesawang Yoodo! Jangan lupa follow semua social media Yoodo di akaun rasmi Facebook, Instagram, Twitter dan Youtube untuk info terbaru. 

Thanks Yoodo for the K-Leisure Session's invitation and Yoodo box gift. Learn a lot from Yoodo and will be a part of you soon. Have a great weekend :)

Dinner Dengan Menu Sedap Bruce Dumplings, Paradigm Mall

Friday, 8 April 2022


Bahana tau kalau tengok variety show Korea sebab boleh craving benda yang susah nak dapat. Masa layan The sixth Sense, ada mi kuah soya yang terpaling sedap di Korea. Nak pergi Korea memang tak lah kan. Bila belek dekat Grab rupanya dekat Malaysia pun ada jugak. Nampak je restoran dia Muslim Friendly terus book order. 

Dekat Bruce Dumplings ni ada banyak juga lah pilihan mi dan dumpling. Sebab nak hilangkan craving, I pilih set Bean Soup Noodle Dumpling. Dalam set ni ada dua dumpling ayam dan kuah yang obviously lah diperbuat dari kacang soya. Ada teh lemon panas dan salted egg custard bun juga untuk pencuci mulut. 


Mee Tarik dia macam buat sendiri sebab halus dan kenyal, tak macam mi komersial. Bila makan tu rasa sedap kuah kacang soya yang pekat. Makan sampai tunduk muka sebab sedap sangat hirup kuah tu. Menu ni sesuai sangat makan masa musim panas terik sebab ramuan yang digunakan termasuklah cendawan. 


Bun yang dia bagi ni kecil je tapi bila makan dia pecah dalam mulut. Puas hati makan masa panas-panas tapi bahaya jugak lah sebab boleh melecur mulut dan mungkin minta satu lagi padahal restoran ni bagi satu je. T.T

Adik I pun pernah order Spicy Soup Dumplings Noodle dekat sini. Sedap jugak tapi dia punya level pedas boleh mengundang muka merah. Dia sedap tapi pedas, dia sedap tapi pedas know know finish! I dah order banyak kali dekat sini so sesiapa yang nak try mi kuah kacang soya macam mana boleh lah order dekat Bruce Dumplings. Selamat berbuka :)

Bought My First Treasure Album!

Thursday, 7 April 2022


First of all, I tak sangka I akan beli album Treasure. Let alone the album, sebelum ni tak layan sangat pun lagu Treasure. Semua bermula dengan lagu I Love You lepastu tak putus ulang lagu Going Crazy then Jikjin changed everything hahahaha

I beli album The Second Step: Chapter One dekat #pasarTreasure di Twitter. Satu album RM20 je which quite murah lah nak dibandingkan beli dari seller dekat Korea. Dalam album tu ada CD, lyric book dengan photobook. Group photocard tu pulak RM10. I pilih album second version sebab yang biru tu nampak macam buku sekolah hahaha


Kalau I beli dari seller dekat Korea, harga RM90.00 dengan delivery charge lepastu dapat photocard member yang tak digemari. My bias is Haruto and Hyunsuk so kalau beli dekat #pasarTreasure boleh lah pilih nak photocard siapa. Malangnya, photocard Haruto dengan Hyunsuk boleh mencecah RM100 sekeping sebab high demand. Tskkk silap cari bias. T.T

Happy pillsssss

Okay, back to the album. Dalam album Treasure - The Second Step: Chapter One ni ada 6 buah lagu sebab mini album je. One of the reason lagi berbaloi beli dekat #pasarTreasure instead of seller Korea. Not sure album ni mahal sebab ahli ramai ataupun rate YG Entertainment sekarang memang dah naik. Patutnya harga mini album setengah harga lah dari full album. 

1. Jikjin

Gara-gara Jikjin I beli album ni sebab main track best, B-side pun semuanya best. I dah sembang banyak pasal Jikjin dekat previous entry. Dekat sini I just wanna say congrats Treasure for all accolades and recognition you guys gain from Jikjin. Bukan setakat lagu malah choreo pun unik. I nak kata Best Song Of The Year macam awal lagi but let's hope Jikjin can hold longer than what we predict. 

2. U

Lagu comel yang menggunakan instrument piano sebagai intro mengisahkan tentang situasi dan perasaan jatuh cinta. Memang pilihan yang tepat bila Yedam yang nyanyi part intro sebab suara lunak dia dah tarik perhatian untuk dengar the whole song. 


Part yang paling I suka dalam lagu ni dekat rap 3 serangkai - Hyunsuk, Yoshi dan Haruto bila mereka bertiga yang karang sendiri lirik untuk rap verse. Comel bila Hyunsuk sebut director and actor sebab pronounciation dia unik sama macam dalam lagu Jikjin bila dia sebut no rules no jichim. Yoshi tambah lagi part comel tu dengan my heart goes du-du-du-du.

Because of you my heart dance
My lips continuously trembling
Yo, I'm already a director and actor (In my mind)
I'm 100% interested in directing this (With you)
In my drama, you are always next to me
For me, it's like a feeling of spring,
Your flowery scent passes by
So sweet, spread your wings
We gon' fly
Away and away we go-oh (Zoom, zoom)
When I see you, I falling in love with you, ooh
My heart goes du-du-du-du

Junkyu mungkin ada small part dekat dalam lagu ni tapi suara falsetto dia menguatkan lagu ni dan smooth transition antara Junkyu, Doyoung dengan Yedam antara highlight dalam lagu U. Selain bermain dengan konsep filem di bahagian lirik, Treasure juga menggunakan teknik akustik bersilih ganti dengan groovy funk melody. 

3. Darari

B-side yang mencuri perhatian ramai dengan genre R&B hasil gubahan Bang Yedam bakal muncul dengan music video rasmi bulan Mei nanti. Selain Jikjin, Treasure pertaruhkan lagu Darari sebagai Tiktok challenge. Siapa sangka lagu yang comel ni bawa tuah untuk Treasure sampai menang TikTok award. Treasure tak main-main lah bila diorang kata lagu dalam mini album ni digubah untuk menzahirkan rasa cinta kepada Teume. 



Kalau Jikjin guna konsep kereta, kali ni Treasure guna konsep melodi dan not lagu dalam lagu Darari. Tak ada maksud pada perkataan Darari yang digunakan, cuma perkataan yang diwujudkan untuk sesuaikan dengan perasaan angau jatuh cinta terhadap crush. Sama juga dengan perkataan Bonita-nita yang digunakan dalam pre-chorus. 

Dararararari 
neol bogo isseum eumagi Babe
When I look at you, the music is Babe
neoreul wihan mellodi mellodi Yeah 
A melody melody for you, yeah
nega myujeunikka jal deureobwa play it
You are the muse, so listen carefully play it

Bahagian rap Haruto pun sexy bila dia kata 'Excuse me miss, I.L.O.V.E.Y.O.U.' tssskkk I.L.O.V.E.Y.O.U. too Haruto-kun! Dekat outro pun ada rangkap yang Yedam guna not lagu so la di fa sol untuk menggambarkan hati dia bernyanyi riang. 

♪ Boom chicky boom ♪
Can you feel my heartbeat
♪ Boom chicky boom ♪
gidarigo itjana
I’m waiting for you
♪ Boom chicky boom ♪

Pendek kata, lagu Darari tersangatlah comel dan dinyanyikan oleh suara-suara comel. Hopefully MV diorang nanti guna konsep comel macam dalam MV Everyday. 

4. It's Okay

This track will forever be one of my comfort song! Lepas lagu Slowmotion, My Treasure, Treasure perbanyakkan lagi lagu yang menaikkan semangat untuk Teume menempuh kehidupan yang perit ni. 

Even if the world turns its back on you
I'll be by your side.
Even if an unwanted night comes
I'll be your light.
Don't kneel down
Something I shout to you.
Putting a little hope in the song


Lagu yang menggunakan genre balada dan ketengahkan kekuatan vokal dan high note terutamanya Park Jihoon. Emosi yang dibawa tepat dan sesuai untuk tiup semangat menempuh hari esok. Finishing it with low note voice of Haruto is the cherry on top for It's Okay. 

5. Gonna Be Fine

Single track yang merupakan OST untuk web drama The Mysterious Class (2021) dimuatkan juga dalam album baru. Menggunakan runut balada untuk hadirkan elemen drama pada lirik yang menggambarkan persahabatan antara mereka semua. Vibe dia lebih kurang sama dengan It's Okay so bila dengar dua lagu ni berturut-turut, rasa melodrama tu pun mencanak. 

6. BFF 



Lagu terakhir dalam mini album The Second Step: Chapter One juga lagu tema yang digubah sendiri oleh Choi Hyunsuk untuk jadi lagu tema The Mysterious Class (2021). Bezanya, genre lagu ni lebih kepada pop dan guna vibe yang fun untuk cherish relationship diorang semua. 

Oh, jeo haneuri muneojyeo naeryeodo
Oh, even if that sky falls down
Meoljjeonghadeon ttangi kkeojindaedo
Even if the land that was fine is gone
Byeonhaji anneun yeongwonhan urin best friend
We will never change, we're best friends
Jigeumi gwageoga doeeogado
Even if now becomes the past
Al su eomneun miraega onda haedo
Even if the unknown future comes
Kkeuteopsi ieojineun chueogi doeeojugil
May it become a long-lasting memory

Konsep yang Treasure guna dalam MV pun santai jugak sebab release untuk celebrate Christmas. Suka dengar rap line punya signature dalam lagu BFF ni - "Yosh", "Ruto" dan "7chill". Sesuai sangat letak Junkyu dengan Doyoung yang jerit Best Friend Forever sebab suara diorang walaupun jerit kedengaran excited dan tak pecah. 

Sesuai lah susunan semua lagu dalam mini album terbaru Treasure. Guna Jikjin untuk tarik perhatian masuk dalam hati lepastu seal dengan lagu U kemudiannya Darari then comfort dengan lagu It's Okay dan Gonna Be Fine. Akhirnya bergembira dengan lagu BFF. Can't wait for the next album hihi

TREASURE - '직진 (JIKJIN)

Wednesday, 6 April 2022


Tahun 2022 dimulakan dengan comeback album oleh Treasure dengan taruhan main track - Jikjin.Vibe Jikjin lebih kurang sama dengan lagu Boy, I Love You dan Going Crazy yang menggunakan genre rock hip-hop so tak ambil masa yang lama pun untuk suka. Simply said, I'm a YG stan. No wonder lah Hyunsuk merayu dekat YG supaya Treasure dapat nyanyi lagu Jikjin untuk comeback album diorang sebab dia rasa lagu ni addictive dan catchy. 

Lagu Jikjin (jalan lurus) berkonsepkan pemanduan kereta so tajuk lagu dan lirik terikat dengan konsep tu. 'Pedal to the metal, ho!' manakala part hook dari Junkyu (Oohh, oohh, oohh) tu melekat dalam kepala dan jadi repetitive factor. Rap verse dari Hyunsuk antara fav I sebab suara dia unik dan lirik dia guna metafora untuk situasi percintaan dia:

Geunyang jikjin no rules, no jichim
Just go straight no rules, no guides
(oh god)
Nae gamjeonge gireumeul bueo
Add fuel to my emotions
Simjang enjineun deobeullo go vroom
Double for my heart engine go vroom - Jikjin,2022



Sama juga dengan part Jeongwoo dengan Yedam bila diorang nyanyi verse You’re the one gidaryeowasseo.... tu sebab lirik menarik, guna high note dengan suara lunak dan build up emotion sampai part chorus. They did great for this part. Mashiho dengan Doyoung pun capture emotion yang sama dekat bahagian bridge walaupun cuma guna low note. Kedengaran seksi dan menonjolkan elemen assurance dari Treasure. 

I'm glad Teddy bukan lyricist untuk Jikjin sebab I tak suka lirik dalam kebanyakan lagu ciptaan dia sebab lirik asal ada je. Hold no substance at all haaa gittewww. Lirik untuk bahagian rap dikarang sendiri oleh ahli Treasure - Hyunsuk, Yoshi dan Haruto. Rap part Yoshi menarik perhatian sebab sama dengan part Lisa dalam lagu How You Like That - "I don’t have a choice. Wassup?". Ada bau YG Family dekat situ. 


Masa Jikjin keluar haruslah I ulang banyak kali MV dia sebab cantik sangat plus YG guna visual teknik yang unik bila dia buat heart beat choreo dekat part Jaehyuk dan Jeongwoo lepastu berpusing sampai lah masuk pre-chorus. Panorama view masa 12 orang berbaris lurus dekat bahagian outro tu pun cantik! Berbaloi lah YG Entertainment spent 500 juta won untuk music video Jikjin ni.

Tertarik dengan Yoshi sebab handsome teruk untuk comeback ni. Dia pula teruskan generasi hairstyle warna merah lepas DK buat masa Kingdom. Hyunsuk pun handsome dengan rambut pendek, keluar dari kebiasaan dia. I suka dengan jacket dia sebab unik dan stylish. Junkyu je macam nampak biasa sebab guna jacket ala varsity. Patutnya stylist bagi leather jacket untuk dia supaya nampak terletak dekat badan since posture dia cantik. 

Sembang bab marketing, YG Entertainment memang all out promote Jikjin dan buat hashflags dekat Twitter. Hashflags dia unik sebab guna simbol Treasure tapi ada anak panah tunjuk straight 


Happy gila bila iKON support Treasure dengan buat performance cover untuk lagu Jikjin sebab JuNe nyanyi part Jaehyuk - 'I'm on fire...' tu sampai terngiang dekat kepala. Main vocal for a reason. Dekat hujung video Treasure join iKON dance sama-sama. Awww my hearteuuu~~



Cover performance ni memang special for both fandom Teume dan iKONIC sebab ramai ahli Treasure pun iKONIC tegar macam Asahi yang pergi audition dekat YGEX sebab terinspirasi untuk jadi star lepas tengok performance Bobby dekat konsert. Sama juga dengan Yoshi yang tampal gambar Bobby dekat studio dia. Jeongwoo yang perform lagu Love Scenario masa assessment untuk YG Treasure Box. 

My only complaint for this song, kenapa koreografi lagu ni buat frizzy sign masa part Jikjin padahal maksud jikjin tu jalan lurus? 


LIRIK LAGU JIKJIN 
Artist : Treasure
Composers : CHOICE37, LP, Sonny, Future Bounce, HAE, Se.A, Hyunsuk, Yoshi, Haruto
Arranger : Future Bounce, LP, Choice37

Japil deut japiji anneun singiru gata neon
You’re like a mirage that is almost within my grasp
Woo woo woo woo woo woo
Wol hwa su mok geum to il ne saenggage nan michyeoga
I’m going crazy everyday thinking about you
I’m addicted to your love

I’m on fire
Bulbuteun I gamjeong meomchul sun eopseo
I can’t stop this burning heart
Gipge ppajyeo
Deep into it
Cheoncheonhi ne ane jamgigo sipeo
I want to slowly fall into you
Igeon jungdogiya
This is addiction
I just can’t get enough
Nan neoreul hyanghae divin’ jeonbu orin
I’m divin’ and all in to you
Heeonal su eomneun kkeullim
I can’t get out of this attraction

Pre-chorus
You’re the one gidaryeowasseo
You’re the one that I’ve been waiting for
Barabolsurok areumdawo
The more I look at you, the more beautiful you are
You’re the sun garil su eopseo
You’re the sun, so I can’t hide you
Du nuni meoreodo
Even if I lost my sight

Chorus
Neoegero jikjin
Go straight to you
Ooh ooh oh
Jikjin
Straight
Neoegero jikjin
Ooh
Jikjin
Pedal to the metal hoo!

Rap : Haruto
Neoegero jikjin sarange michim
Go straight to you I’m crazy in love
Dareun nyeoseokdeureun ssak da bikira
Everyone else, get out of my way
Donge beonjjeok natanan nae banjjok
My other half showed up in the east
Geu nunbusin useume hollyeo
I fall in to the dazzling smile

Rap : Yoshi
Nan yeoneu gilchiwaneun dareum
I’m different from those who get lost easily
Heotdidiji anneun balgeoreum
A step that won’t go wrong
Imi jeongdabeun neo jeonghaejyeo
The answer is already decided on you
Eojjeol su eopjana wassup!
I have no choice wassup!

Rap : Hyunsuk
Geunyang jikjin no rules, no jichim
Just go straight no rules, no guides
(oh god)
Nae gamjeonge gireumeul bueo
Add fuel to my emotions
Simjang enjineun deobeullo go vroom
Double for my heart engine go vroom


I’m on fire
Bulbuteun I gamjeong meomchul sun eopseo
I can’t stop this burning heart
Gipge ppajyeo
Deep into it
Cheoncheonhi ne ane jamgigo sipeo
I want to slowly fall into you
Igeon jungdogiya
This is addiction
I just can’t get enough
Nan neoreul hyanghae divin’ jeonbu orin
I’m divin’ and all in to you
Heeonal su eomneun kkeullim
I can’t get out of this attraction

Pre-chorus
You’re the one gidaryeowasseo
You’re the one that I’ve been waiting for
Barabolsurok areumdawo
The more I look at you, the more beautiful you are
You’re the sun garil su eopseo
You’re the sun, so I can’t hide you
Du nuni meoreodo
Even if I lost my sight

Chorus
Neoegero jikjin
Go straight to you
Ooh ooh oh
Jikjin
Straight
Neoegero jikjin
Ooh
Jikjin

Bridge
Can’t nobody see us urin haneul wiro
Can’t nobody see us we’re up in the sky
Bonneungman ilkkaewo iseongeun jeo dwiro
Only awake the instincts, reason doesn’t matter
We gon’ ride sorichyeo jigu kkeutkkaji deullige
We gon’ ride shout out to the end of the earth
Nae son kkwak jaba no turning back
Hold my hands tight no turning back

Chorus
Neoegero jikjin
Go straight to you
Ooh ooh oh
Jikjin
Straight
Neoegero jikjin
Ooh
Jikjin

Don’t stop amman bogo dallyeo doljin
Don’t stop just look forward and rush
Oh let’s go
Pedal to the metal hoo!
Won’t stop just look forward and go straight
Won’t stop amman bogo dallyeo jikjin
Oh let’s go
Neoegero jikjin
Go straight to you