TV Show Review | Treasure Map Season 1 Episode 8
Sunday, 13 March 2022
Director : N/A
Writer : N/A
Cast : Choi Hyunsuk (Leader), Park Jihoon (Leader), Kim Junkyu, Yoshinori, Mashiho, Hamada Asahi, Watanabe Haruto, Park Jeongwoo, Bang Yedam, Yoon Jaehyuk, Kim Doyoung, So Junghwan
Production Company : YG Entertainment
Distributor : Treasure Youtube account, vLive
Genre : Variety Show
Running Episodes : 28 episodes (20.10 minutes for episode 8)
Release Date : 17 January 2020 – 24 July 2020
Video :
Lepas aktiviti Seoul Tour dekat Episod 3 dan Without A Phone dalam Episod 4 & 5, kali ni staff bawa Treasure jalan-jalan dekat Iksan pulak. Treasure dibahagikan kepada 2 kumpulan diketuai oleh Jeongwoo dengan Junghwan sebab dua maknaes ni berasal dari Iksan. Staff YGE lantik diorang dua untuk jadi tourist guide dekat Iksan. Pembahagian kumpulan dilakukan mengikut jenis roti yang diorang makan. Siapa makan krim vanilla ikut Junghwan, yang makan krim coklat ikut Jeongwoo.
Kumpulan Jeongwoo (Yoshi, Hyunsuk, Yedam, Asahi, Jaehyuk) pergi melawat kawasan downtown (Bekje Retro) sementara kumpulan Junghwan (Jihoon, Doyoung, Junkyu, Haruto, Mashiho) pergi ke uptown (Newtro) yang lebih hip and trendy.
‘Since Junghwan and I are the tourist guides, you should listen to what we say. If you don’t, we have to leave you here.’- Jeongwoo
Kalau tengok tour dua-dua kumpulan, Newtro lagi best lah sebab ada banyak tarikan baru. Kawasan dekat situ lebih kurang sama macam Pasar Seni, banyak Instagrammable spots. Dekat Iksan Art Centre kumpulan Newtro ambil gambar berpasangan dengan BFF masing-masing untuk BFF Pledge Card.
The understanding and caring friends of South Korea will forever be together rain or shine.
1. Don’t show up late
2. Don’t talk mean out of anger
3. Keep in contact every day
4. Trust each other no matter what
Comel tengok Haruto buat BFF Pledge Card dengan Junkyu sebab diorang roommate sejak YG Treasure Box lagi. Dalam web drama The Mysterious Class (2021) pun diorang jadi best friend duduk meja sebelah sebelah. Haruto pernah cakap kalau boleh dia nak sebaya dengan Junkyu sebab diorang rapat. One of sailing ship yang comel dalam Treasure.
Kumpulan Retro buat food hunting beef tartare bibimbap di salah satu restoran terkenal di Iksan. Restoran beef tartare bibimbap tu dah wujud selama 100 tahun so kira memang legit lah sedap dia. Masa makan tu baru tahu Asahi dengan Yedam tak rapat sangat. First time duduk makan sama-sama. Hyunsuk dekat sebelah dah berdekah sebab diorang salah pilih tempat duduk. Tengok Asahi dengan Yedam teringat Bobby dengan Junhoe sampai sekarang awkward.
Lepas lunch diorang pergi melawat Mireuksaji Stone Pagoda yang tersenarai sebagai National Treasure Ke11 di Korea Selatan sebab pagoda batu terbesar dan yang terakhir. Mireuksaji Stone Pagoda dibina pada zaman pemerintahan Raja Mu pada Dinasti Baekje kurun ke 639. Pagoda batu setinggi 9 tingkat ni dijumpai dan dibaik pulih pada Jun 2018.
Kumpulan Newtro Iksan makan tengahari di kedai roti yang sedap di situ kemudiannya pergi ke mini zoo beramah mesra dengan binatang. Seram tengok Junkyu dengan Mashiho pegang ular sawa batik dekat situ. Sejuk ke comel memang tak lah nak pegang.
Sebelum balik ke Seoul, kedua-dua kumpulan berkumpul di roller-skating place. Jeongwoo bagitau kedua-dua kumpulan kena bertanding dalam relay race. Kumpulan yang menang akan dapat hadiah dari staff YG Entertainment. Lama jugak lah diorang practice main roller skate sebelum compete.
Sebelum balik ke Seoul, Junghwan dengan Jeongwoo ucap terima kasih dekat staff sebab bawa diorang jalan-jalan ke Iksan. Bukan Treasure je happy, I pun happy sekali sebab dapat jalan-jalan secara virtual masa kuarantin haha
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10