JJM Bloglist Year 2022
Tuesday, 25 January 2022
Klik banner untuk join :) |
Klik banner untuk join :) |
Selain dua benih tu adik tumpang sekali beli benih bayam dengan lettuce. Gamble je lettuce tu sebab dari dulu tanam tak pernah naik pun. Tapi tak tau lah kalau kena scam dengan kedai ECO. Hopefully naik lah sebab dah malas nak beli dekat NSK. Harga sekarang mampu nangis di bucu katil je. Slow slow je NSK buang satu jambak dalam pek salad tu. Harga sama tapi kuantiti kurang lepastu sekejap je dah layu. Hmmmm maghoh teman!
Anyway thank you Mango Garden sebab fast delivery, wrap cantik, packaging untuk setiap benih pun cantik siap bagi free gift lagi. Tak try tanam lagi but once dah naik, I share dekat sini.
Director : Mangesh Hadawale
Writer : Mangesh Hadawale, Sanjeev, Sanjay Leela Bhansali
Cast : Meezaan Jafri, Sharmin Segal
Production Company : Bhansali Productions, T-Series
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Romantic / Drama
Running Time : 136 minutes
Release Date : 5 July 2019
Trailer :
Remake kepada movie Telugu-Tamil berjudul 7G Rainbow Colony arahan Selvaraghavan, Malaal mengisahkan tentang Shiva (Meezaan Jafri), penganggur baran yang jatuh cinta dengan Astha (Sharmin Segal). Keluarga Astha baru saja berpindah ke kawasan perumahan tersebut dan berjiran sebelah rumah dengan keluarga Shiva.
Kedua-dua keluarga mempunyai cara hidup yang berbeza di mana keluarga Astha lebih berpelajaran dan beradab. Sebab utama mereka terpaksa berpindah ke kawasan tersebut bila ayah Astha rugi dalam pelaburan. Tinggi mana pelajaran keluarga Astha pun tetap juga berpegang dengan tradisi kahwin atur dan anak perempuan perlu berkahwin awal.
Astha dijodohkan dengan Aditya (Ishwak Singh) yang kacak tapi kasanova. Dia menurut kemahuan ibunya saja sebab dia masih bebas menggatal dengan perempuan lain. Shiva yang nampak perkara tu cuba untuk bagitahu Astha tapi disebabkan karakter dia yang tak semenggah, seharusnya lah dia gagal untuk meyakinkan.
Sebenarnya Astha dah lama suka dengan Shiva tapi terpaksa akur dengan kehendak keluarga bila ayah dia ada sakit jantung. Boleh saja dia pentingkan diri tapi apa nasib keluarga dia kalau ayah dia diserang sakit jantung kali ketiga? Lagipun Shiva jauh berbeza nak dibandingkan dengan Aditya. Seluruh kejiranan tahu Shiva kaki mabuk, perokok tegar, pemeras ugut dan penganggur. Berhutang sana sini untuk berseronok.
First half memang menyampah dengan watak Shiva ni sebab perangai dia memang tak layak dibuat suami. Aditya pun sama juga. Kalau movie ni berlatarkan zaman sekarang mungkin Astha dah jadi businesswoman yang mandiri tanpa perlukan life partner. Tapi disebabkan latar masanya hujung 90-an terpaksa lah Astha jadi watak yang sentiasa meraba dalam kegelapan.
Walaupun movie Malaal diterbitkan pada tahun 2019 namun Mangesh Hadawale masih menggunakan formula di mana watak heroin bertanggungjawab untuk ubah si hero. Dalam movie yang bersifat fantasi semestinya perkara ni nampak mudah tambah pula bila si hero obsess teramat dengan kecantikan heroin. Hakikatnya nak ubah perangai manusia bukannya mudah, baik lelaki mahupun perempuan.
Leading stars adalah produk nepotism yang menebal di Bollywood bila Meezan Jafri adalah anak kepada pelakon Jaaved Jaferi manakala Sharmin Segal pula anak saudara kepada pengarah terkenal, Sanjay Leela Bhansali. Tengok pada lakonan mereka berdua dah nampak masuk sebab kabel semata dan bukan kerana bakat.
Watak Astha mempunyai dialog yang minimal tapi tak pula ekspresif. Chemistry dengan Meezan pula kelihatan hambar sedangkan berlakon dalam naskhah romance drama. Tak romantik, tak juga dramatik. Menyampah setiap kali teringat scene Shiva nak hadiahkan rantai untuk Astha sebab rantai tu terjatuh dekat jalan. Rasa lagi bermakna kot kalau rantai tu hasil titik peluh dia bekerja.
Movie Malaal keluar dari konsep penceritaan yang terarah pada keindahan sinematografi seperti himpunan karya Bhansali yang sebelumnya untuk beri laluan kepada pengarah Mangesh berkarya. Ada tribute kepada Bhansali bila poster movie Hum Dil De Chuke Sanam dipasang di billboard. Ada kaitan jugak lah movie cinta terhalang tu dengan movie Malaal.
Music album yang dihasilkan oleh Sanjay Leela Bhansali menggunakan melodi yang bersifat 90-an untuk menghidupkan suasana juga penceritaan. Lagu Nadh Khula dan Udhal Ho not bad juga lah untuk dilayan. Sayangnya koreografi dalam lagu Udhal Ho tak mempamerkan bakat tarian Meezan Jafri bila steps agak mudah.
Tak faham apa perlunya launch Meezan di Bollywood bila lakonan hambar dan visual pula terhad. Tengok gaya penerimaan yang hambar untuk movie Malaal ni mungkin Meezan dan Sharmin boleh hentikan impian sebagai pelakon.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10
Pengarah : Wregas Bhanuteja
Penulis : Henricus Pria, Wregas Bhanuteja
Pelakon : Shenina Syawalita Cinnamon, Lutesha, Chicco Kurniawan, Dea Panendra, Jerome Kurnia, Giulio Parengkuan, Lukman Sardi, Ruth Marini
Syarikat Produksi : Rekata Studio, Kaninga Pictures
Penyiaran : Netflix
Genre : Misteri / Drama
Tarikh Tayangan : 8 Oktober 2021 (Busan International Film Festival), 13 Januari 2022 (Netflix)
Durasi Tayangan : 130 minit
Trailer :
Suryani (Shenina Syawalita Cinnamon) hilang kelayakan untuk mendapat biasiswa selepas beberapa keping selfie yang dimuatnaik di laman sosialnya sampai ke tangan pihak universiti. Salah satu syarat kelayakan adalah berkelakuan baik. Mana mungkin pihak universiti akan membiarkan duit biasiswa tersebut dilaburkan di kelab malam atau parti untuk membeli alkohol.
Itu pertama kali Suryani minum arak dek kerana permainan Medusa di success party tersebut. Dia bukannya alcoholic atau suka berparti seperti yang dituduh oleh pihak universiti. Suryani cuba mengumpulkan bukti ada sesuatu yang dimasukkan dalam minuman dia pada malam tu menyebabkan dia langsung tak sedarkan diri. Tak mungkin lah 4 gelas sudah pengsan?
Dengan bantuan dari kawan baik dia, Amin (Chicco Kurniawan) yang bekerja di kedai fotokopi, Suryani menggunakan ilmu dan skill dalam bidang sains komputer untuk menjejak siapa dalang yang bersembunyi dalam kumpulan teater Mata Hari.
Sebelum ni ada nampak notification dari Netflix untuk movie Photocopier arahan dan penulisan Wregas Bhanuteja tapi tak sampai mood nak tengok lagi. Bila nampak review dan post blogger Aienieka, terus pilih untuk layan on weekend.
Bertemakan misteri, Photocopier berlatarkan kehidupan mahasiswa universiti di mana umurnya lebih bersifat ingin tahu yang tinggi dan tak berfikir panjang. Baik protagonis mahupun antagonis kedua-duanya mempunyai perkembangan karakter yang diolah dengan bagus oleh penulis.
Masa tengok babak CCTV tu dah mula annoyed dengan perangai Sur yang melulu tuduh Tariq (Jerome Kurnia) masukkan dadah dalam minuman dia. Lagi menyampah bila dia terburu-buru bawa semua bukti berjumpa dengan dekan universiti walhal senior dia, Farah (Lutesha) dah pesan jangan. Menyampah sebab bukti dia tak kuat. Menyampah sebab keluarga dia tak punya duit untuk turun naik mahkamah.
Tapi kita lupa yang trauma tu masih melekat di kepala. Trauma dan persoalan-persoalan yang tak mampu dijawab tu bukan mudah nak tepis. Sedangkan orang pakai barang kita tanpa izin pun kita marah, inikan pula biasiswa ditarik dan dicabul. Trauma yang akan melekat sampai ke mati.
Sememangnya layak naskhah Penyalin Cahaya ni menang anugerah Best Original Story di Indonesia Film Festival tempoh hari sebab tak pernah terfikir mesin fotostat boleh jadi saksi dan medium untuk bercerita. Macam mana mesin fotostat jadi senjata tu kena tengok sendiri lah di Netflix.
Selain menjadi medium awareness untuk kes gangguan seksual, movie Photocopier juga adalah medium spektrum untuk Wregas Bhanuteja mengangkat kisah benar ke dalam naskhahnya bila mangsa dari keluarga miskin diperkosa. Macam mana keluarga pemangsa cuba tutup masalah ni dari meledak dengan menggunakan duit. Keluarga Suryani juga tak kurang toksiknya bila meletakkan beban tanggungjawab orang tua pada anaknya terutamanya ayahnya (Lukman Sardi).
Sinematografi Gunnar Nimpuno mungkin terikat pada genre movie Photocopier yang bersifat misteri tapi kalau kelam sangat pun tak syok juga nak layan kan? Kalau kisah Medusa ditukarkan kepada kisah mitos atau lagenda Indonesia mungkin lebih menarik. Nevertheless, art team did a great job. Music score dari Yennu Ariendra membantu menambahkan impak pada penceritaan.
Kekuatan lakonan Shenina Syawalita Cinnamon dan semua pelakon sampingan membuatkan screenplay dipaparkan dengan cemerlang. Babak Suryani naik atas Amelia untuk dapatkan jawapan dari gambar yang dicetaknya antara babak genting dan mendebarkan. Not recommended for all sebab ada beberapa disturbing scenes but all in all berpuas hati sangat dapat menonton Filem Terbaik 2021 dari negara seberang. Kudos to debutante Wregas Bhanuteja for his bravura project!
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10
BACKSTAGE Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini | Penerbit Astro Shaw kembali merancakkan industri perfileman tanah air dengan kemunculan filem pertama di tahun 2022 menerusi drama kekeluargaan, BACKSTAGE!
Istimewanya, filem ini adalah hasil kolaborasi strategik julung kali bersama penerbit terkemuka Indonesia, Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment serta membabitkan perusahaan teknologi, Endeavor Content; dan informasi, digital dan telekomunikasi, NFC Indonesia. Buat peminat dan penggemar filem, Backstage bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 20 Januari ini.
Menariknya, Backstage mempertaruhkan gandingan adik-beradik terkenal Indonesia iaitu pelakon dari filem drama romantik no 1 terlaris di Indonesia, Dilan 1990, Vanesha Prescilla dan filem popular Ada Apa Dengan Cinta, Sissy Prescillia. Mereka berdua juga mendapat kepercayaan untuk menyanyikan lagu-lagu di dalam filem.
Lagu ‘Melangkah’ menjadi lagu tema utama filem dan ia hasil kolaborasi antara Vanesha, Sissy dengan komposer ternama Indonesia, Andi Rianto dan lirik oleh Monty Tiwa. Selain lagu ‘Melangkah', lagu lain yang turut menghiasi filem adalah ‘Apa Adanya’, ‘Aku Takkan Berhenti’, ‘Seberapa Pantas’, ‘Terbaik Untukmu’, ‘I Remember’, ‘Bagaikan Langit’.
Filem arahan pengarah Guntur Soeharjanto ini turut dibintangi oleh Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman, dan Roy Sungkono. Backstage telah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia sejak 30 Disember 2021 sehingga kini.
“Setelah hampir dua tahun Astro Shaw tidak menampilkan filem di layar lebar, tahun ini kami kembali dengan sebuah filem terbaru, Backstage. Selepas meneliti perkembangan sambutan pawagam di Malaysia yang baru sahaja bermula selepas penutupan di sebabkan pandemik, kami yakin kini adalah masa yang tepat untuk meneruskan momentum positif dan merancakkan lagi perfileman tempatan. Tambahan pula dengan prosedur operasi standard (SOP) terbaru yang membenarkan kedatangan kanak-kanak bersama ibu bapa yang lengkap vaksin untuk menonton bersama, lantas ia menjadi lebih meriah dengan tontonan dari kalangan keluarga.
“Filem Backstage mempersembahkan jalan cerita yang dekat di hati penonton dengan mengangkat elemen kekeluargaan, pengorbanan dan kesungguhan dalam menggapai impian ini. Ia turut dimantapkan lagi dengan babak-babak muzikal yang memperlihatkan sisi berbeza oleh gandingan julung kali oleh pelakon adik-beradik popular Indonesia, Sissy Prescillia dan Vanesha Prescilla. Kami mengharapkan kehadiran filem Backstage mampu mencetus keterujaan penonton Malaysia dan sekali gus menjadi penanda aras dan menggalakkan lagi penerbit-penerbit tempatan untuk kembali yakin pertaruhkan filem di pawagam.” - Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif yang juga merangkap Eksekutif Produser Ideosource Entertainment, Andi Boediman berkata “Kami pernah bekerjasama dengan Astro sebelum ini. Menerusi sokongan padu dari pihak Astro terdahulu, ia meyakinkan kami bahawa Astro mempunyai keupayaan dalam menghasilkan konten terbaik, dan jika kami terus berkolaborasi lagi, ia mampu menghasilkan sinergi yang mantap. Kami harap menerusi kerjasama kali ini, ia dapat mengangkat industri filem Indonesia dan Malaysia ke standard yang lebih tinggi dan sekali gus mampu menguasai pasaran Asia. Filem Backstage adalah permulaan buat kami dalam mempersembahkan konten berkualiti kepada penggemar dan penonton filem di Malaysia. Sokongan positif anda pasti akan menyuntik lagi semangat buat kami dalam menerbitkan filem terbaik yang memenuhi cita rasa penonton di sana.”
"Filem Backstage begitu istimewa di hati saya kerana Backstage adalah idea asal daripada saya dan saya turut terlibat dalam penghasilan skrip. Saya berharap penonton di Malaysia dapat menerima dan terhibur dengan filem ini seperti mana kami teruja menghasilkannya. Jadi saya menyeru penonton di Malaysia agar menonton bersama keluarga anda di pawagam berhampiran dan saksikan penampilan pertama gandingan oleh Vanesha dan Sissy di dalam filem. Mereka adalah adik-beradik popular dan di dalam filem ini juga mereka membawakan watak sebagai adik-beradik dengan ‘chemistry’ yang mampu meninggalkan kesan. Malah, Backstage juga mempertaruhkan elemen muzikal dengan drama realiti yang mana ia jarang diketengahkan menerusi filem-filem di Indonesia mahu pun di Malaysia. Sementara itu, menerusi kolaborasi bersama Astro, kami berharap dapat bekerjasama lagi dengan pihak Astro di masa hadapan dalam menghasilkan lebih banyak filem yang mengangkat elemen serumpun dan jalan cerita yang dekat dengan penonton di Malaysia serta Indonesia." - Penerbit Paragon Pictures, Robert Ronny
Nantikan filem Backstage yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Januari 2022. Ikuti perkembangan dan info tentang filem Backstage menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
*****************************
Mengenai Astro Shaw
Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw juga giat dalam memasar serta mengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 90 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun,The Garden of Evening Mists.
Tentang Ideosource Entertainment
Ideosource Entertainment (IDEO), anak perusahaan PT NFC Indonesia Tbk (NFCX), Grup PT M Cash Integrasi Tbk (MCAS), didirikan pada tahun 2017 dengan fokus bisnis dalam penyaluran investasi kesektor Film & Media nasional. Pada periode berikutnya, IDEO telah berhasil memperluas sektor bisnisnya ke bidang Produksi Film & Media, Agensi Pemasaran Digital, dan Platform Analisa Film & Media. Investasi Film dan Media menitikberatkan pada pembiayaan beragam film Indonesia. Model investasi film dibangun dengan kerjasama yang baik dengan para produser ternama nasional.
Tentang Paragon Pictures
Didirikan pada tahun 2019, Paragon Pictures berfokus pada pengembangan, produksi, pemasaran, dan distribusi film IP untuk pasar Indonesia & Global. Paragon Pictures merupakan afiliasi dari Ideosource Entertainment, sebuah perusahaan media yang berinvestasi dalam industri film dan ekosistemnya. Bermitra dengan produser terbaik Indonesia, Ideosource Entertainment berinvestasi dalam berbagai film layar lebar termasuk Keluarga Cemara, Sobat Ambyar, Aruna & Lidahnya, Gundala, Bebas, Guru-Guru Gokil, Backstage, Losmen Bu Broto dan lainnya.
Personally I tak suka sangat rasa biji kopi Columbia ni sebab rasa berlemak kacang tu tak ada sangat pun. Rasa kopi dia pekat jugak lah kalau nak dibandingkan dengan Starbucks walaupun jenis kopi sama je, 100% arabica.
Cheesecake dia pun hmmm dekat bawah tu dah berminyak which I don't know why. Nasib baik lah bahagian yang berminyak tu tak kacau bahagian atas so bearable lah untuk dimakan. Mungkin first and last lah kot unless ada yang belanja Gigi Coffee hahaha