Movie Review | Sooryavanshi (2021)

Sunday, 5 December 2021

 

Director : Rohit Shetty

Writer : Yunus Sajawal, Rohit Shetty

Cast : Akshay Kumar, Katrina Kaif, Jaaved Jaaferi, Vivan Bhatena, Gulshan Grover, Abhimanyu Singh, Jackie Shroff, Kumud Mishra, Ajay Devgn,, Ranveer Singh, Rajendra Gupta, Sikander Kher, Mrunal Jain

Production Company : Reliance Entertainment, Rohit Shetty Picturez, Dharma Productions, Cape of Good Films

Distributor : Reliance Entertainment, PVR Pictures, Netflix

Genre : Action / Comedy / Romantic

Running Time : 145 minutes

Release Date : 5 November 2021

Trailer :


Fourth installment dalam cop universe arahan Rohit Shetty kali ni membawakan watak polis ketiga iaitu Sooryavanshi (Akshay Kumar) yang berkhidmat dalam Anti-Terrorism Unit di Mumbai, India. Patah balik ke tahun 1993 di mana Mumbai diletupkan dengan 400kg RDX yang diseludup masuk dari Pakistan dan mengorbankan ramai orang awam. 600kg RDX masih lagi tak diketahui di mana lokasinya kerana Bilal Ahmed (Kumud Mishra) dah lari ke Pakistan selepas kejadian tersebut.

Selepas kehilangan anak sulungnya, Omar Hafeez (Jackie Shroff) hantar anak keduanya, Riyaz (Abhimanyu Singh) untuk laksanakan beberapa letupan di beberapa lokasi. Bukan mudah untuk Soorya menjejak dalang letupan tersebut kerana terlalu ramai sleeper yang menyamar sebagai orang awam. Bila atau di mana mereka akan laksanakan jihad, memang susah untuk dapat info malah ramai ejen perisik yang dihantar telah meninggal dunia. 

Movie Sooryavanshi dah lama dah pun siap tapi ditunda tayangannya sebab pandemik dan produser tak nak ambil risiko untuk tayang di streaming platform kerana budget yang digunakan agak tinggi. Keputusan yang tepat untuk tayang pada 5 November 2021 sebab movie Sooryavanshi cemerlang dari segi visual, stunt dan music score. Pendek kata, cinema-material sebab theater system yang bagus tingkatkan lagi kualiti naskhah yang berkisarkan anggota polis.  

Since Akshay Kumar memang suka genre action dan semua stunt dia buat sendiri tanpa body double, semua action stunt dalam setiap babak nampak hidup dan menjadi. Scene dia bergaduh dengan Riyaaz dekat pasar Rajashtan ataupun scene dia kejar John (Mrunal Jain) dengan helikopter nampak mengagumkan. Sama juga stunt untuk watak Simmba (Ranveer Singh) yang muncul di second half untuk bantu Soorya. Watak Singham (Ajay Devgn) je tak ada action stunt sebab dia pakai penampar je. Kalau layan franchise movie Singham boleh faham lah kenapa. 

Sinematografi Jomon T. John yang beberapa kali memenangi anugerah Best Cinematographer dan pernah bekerja bersama Rohit Shetty dalam movie Golmaal Again (2017) dan Simmba (2018) dah faham sangat dengan kehendak Rohit. Semuanya dipaparkan dengan cantik menggunakan angle dan teknik yang menarik. CGI pun not bad untuk babak letupan di Mumbai. 

Music score antara kekuatan Sooryavanshi bila Amar Mohile dan S. Thaman menggunakan lagu yang dikumpulkan oleh Tanishk Bagchi untuk menghidupkan beberapa elemen dalam beberapa situasi genting dan penting macam babak di mana bomb squad dan polis bekerjasama untuk halang letupan berlaku. Berdebar jugak lah tengok masa tu. 

Movie Sooryavanshi dapat tumpuan ramai sebab jadi reunion platform kepada Akshay Kumar dan Katrina Kaif setelah 11 tahun. Akshay-Katrina antara top onscreen couple di Bollywood tapi terpaksa berhenti sebab Twinkle Khanna jealous. Sedih jugak lah sebab chemistry diorang menjadi sangat. Walaupun dah lama tak bekerja bersama, romantic scene tetap awwdorable especially dalam lagu Mere Yaara. Cantik betul Katrina dalam persalinan pengantin. Tak sabar nak tengok wedding dia dengan Vicky Kaushal bulan 12 nanti. Farah Khan and Katrina did a great job for Tip Tip – Tip Tip Barsa Paani remake. Sorry Raveena Tandon, I love new version better. 

Walaupun menyampah dengan unsur komedi yang diketengahkan bila watak Sooryavanshi tak mampu nak ingat semua nama melainkan nama dia sendiri, tapi plot utama nampak kemas dan mudah difahami. Sebelum ni Rohit Shetty dah terima kecaman dengan Simmba bila dia macam try hard sangat tapi movie Sooryavanshi diadun dengan baik. Mungkin juga sebab Akshay Kumar adalah salah seorang produser so dia kena jaga lah certain part sebab audience dia suka bila dia masukkan semangat patriotisme dalam movie yang dia lakonkan. 

Katrina Kaif tak dapat banyak screentime sangat pun dan watak dia pun tak ada langsung babak aksi sedangkan kekuatan dia dalam tarian, aksi dan visual. Antara sebab kenapa menyampah layan movie Rohit Shetty padahal boleh je dia kembangkan watak Ria tu. Scene Ria mengamuk bila anak dia kena tembak tu gerun jugak tengok. Bila entah director selain Ali Abbas Zafar nak bagi peluang dekat Kat. 

Franchise ni akan ada next installment sebab Singham dah bagi hint akan jumpa Omar Haafiz dekat Pakistan atau Kashmir tapi tak pasti Sooryavanshi akan join sekali ataupun tak. Anyway, movie Sooryavanshi memang berbaloi untuk dilayan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.8/10

Drama Review | Budak Tebing 2 (2021)

 

Pengarah : Feroz Kader

Penulis Skrip : PGRs Team, Sofia Aliza, Janjira

Pelakon : Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran, Fariz Isqandar, Fauzi Nawawi, Imran Aqil, Pablo Amirul Zarina Zainuddin, Syafie Naswip

Syarikat Produksi : Country & Universal

Penyiaran : TV3 (Slot Lestary), iQiyi, Viu

Genre : Drama 

Jumlah Episod : 13 Episod (42 minit per episod)

Tarikh Tayangan : 18 Jun 2021 – 9 Julai 2021

OST : CIAO – Joe Flizzow ft MK & Jay Park

Trailer :


Setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis), Tongki (Aedy Ashraf), Arif (Adam Lee) dan Talam (Firdaus Ghufran) meneruskan kehidupan masing-masing di bandar Kuala Lumpur tersebut. Arif sebenarnya menolak tawaran Pulapol sebab dia terpaksa menjaga ibu dia, Aida (Amyza Aznan) yang lumpuh satu badan akibat darah tinggi. 

Selepas ibu dia meninggal, ayah dia, Fendi (Fauzi Nawawi) pula datang untuk mohon maaf dan tebus kesalahan lampau. Arif buka hati untuk terima ayah dia tapi tidak Yoyol (Fariz Isqandar) bila trauma dia ditumbuk semasa kecil masih segar dalam ingatan. Ayah yang dia kenal adalah ayah yang kaki pukul, baran, curi duit isteri dan tinggalkan anak-anak. Gara-gara ayah dia, Yoyol selalu lepak dengan Pijoy (Imran Aqil) tapi makin bertambah masalah keluarga ni bila Pijoy suka mencuri walaupun dia kaya-raya.

Pablo (Pablo Amirul) datang ke Kuala Lumpur untuk balas dendam kepada Budak Tebing kerana bagi dia hutang darah dibayar dengan darah. Dia tak nak guna kekerasan sebab dia tak nak polis hidu kegiatan mereka dan mengganggu bisnes jadi dia guna strategi untuk ganggu emosi dan psikologi Budak Tebing sampai mereka jadi kemurungan dan pilih untuk bunuh diri. 

Memang banyak sangat helah yang digunakan oleh Pablo dan konco dia untuk sakitkan Budak Tebing tambah pula Tongki bila dia penat bekerja dan penat menjaga ayah dia yang dementia. Arif dan Yoyol pula sering bergaduh, ada saja perkara yang dijadikan isu. 

Watak yang paling menyampah dalam sequel drama arahan Feroz Kader kali ni ialah watak Laura (Bella Dowanna) sebab suka cari penyakit. Dah elok ada keluarga, nak cari keluarga kandung pulak lepastu nak terasa dengan Ira (Eyka Farhana) padahal budak tu baru nak merasa ada keluarga dan pelajaran yang elok. Dah lah selfish, degil pulak tu. Watak dia la yang paling tak perlu ada screentime yang banyak dan lemah sekali. Bukan nak kata watak dia kena jadi perfect serba-serbi tapi tak perlu lah nak kembangkan dan ulang perangai yang sama sampai mencacatkan jalan cerita. 

Penceritaan dalam drama Budak Tebing 2 ni tak konsisten macam yang pertama, Budak Tebing (2020). Nak kata sebab tukar penulis, seorang je pun yang bertukar, takkan lah banyak sangat dikacau. Awalnya Pablo kata dia tak nak bunuh orang sebab taknak polis kacau tapi tak lama pun diorang dah mula bunuh orang dan campak dekat gaung. Dia kata taknak kacau anak-anak Fendi tapi Arif dengan Yoyol ahli kuat Budak Tebing. Kenapa dia kacau Jajah, Ucop dengan Paan (Syafie Naswip)? Kenapa dia nak simpan Ucop? 

Banyak lagi lah perbuatan Pablo yang timbulkan banyak persoalan tapi tak dikembangkan dengan baik. Tapi yang paling kelakar haruslah ayat dia bagitahu Talam (Firdaus Ghufran) yang dia lebih bijak dari Broger (Syazwan Zulkefly) sebab dia bertindak guna gerak hati. Hmmm apooo? Ingatkan dia nak kata strategi dia bagus ke apa rupanya pakai gerak hati je lepastu kena khianat dengan Ken. 

First time nampak Imran Aqil berlakon dan first time jugak kenal dia sebab nampak dia dalam tweet Dahlia Rizal. Walaupun screentime dia pendek tapi lakonan dia bagus lah sebagai anak orang kaya yang kurang kasih sayang. Friendship Budak Tebing pun sweet lah especially Arif dengan Tongki tapi macam menyampah pulak tengok watak Maria yang sengaja ditambah lepastu bawa konflik yang tak penting. 

Sama macam yang pertama, Budak Tebing 2 pun ada banyak konflik untuk diselesaikan dalam masa yang pendek sebanyak 13 episod. Patutnya tak perlu pun cipta hubung kait antara Ira dengan Fendi ataupun Ira dengan Maria sebab nampak tibehhhh sangat. Baik develop friendship Ira dengan Tongki sebab diorang rapat dalam previous season tapi dalam sequel tak nampak langsung keakraban tu. Sama lah jugak dengan Yoyol. 

Sinematografi Budak Tebing 2 merepek sikit kali ni sebab cameraman seolah-olah bereksperimentasi dengan beberapa teknik macam ambil shot dari side mirror. Sekali dua nampak lah kreatif tu, lima enam kali rasa nak lempang. Banyak pulak tu babak yang shaky lepastu bersilih ganti zoom muka. Buat relaks sudahlah. 

Untuk sequel ni latar tempat terbahagi kepada dua lokasi utama, di Kuala Lumpur dan Shah Alam terutamanya AEON Shah Alam, tempat Yoyol dan Pijoy selalu lepak. Rumah Fendi tu sebelah Suria Jaya, Shah Alam sebab masa tidur dekat Homestay Arissa ternampak rumah cantik dekat sebelah bangunan. Tak sangka boleh tengok belah dalam dia dalam drama ni. 


Music album untuk Budak Tebing 2 ni macam over sebab semua lagu nak sumbat dalam satu drama dan kebanyakan lagu tak relate pun dengan cerita. Lebih kepada nak hype lagu je sebab lagu tema CIAO tu tak lah berkaitan sangat dengan penceritaan. Lagu Sakit ada juga tapi tak banyak muncul. 


Overall drama sequel Budak Tebing ni dah mula hilang kekuatan penceritaan dia dan mula menginjak ke drama yang berunsurkan dendam dan aksi. Tak kisah pun nak letak tema tu tapi biarlah penceritaan tu kuat supaya tak nampak tergesa dan muncul secara tiba-tiba. Sama juga lah nanti bila Pablo bagi hint dia akan datang dari Thailand untuk selesaikan hutang lama dengan Budak Tebing. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 5.6/10

Drama Review | Budak Tebing 1 (2020)

Saturday, 4 December 2021

Pengarah : Feroz Kader

Penulis Skrip : PGRs Team, Amka Ahmad, Janjira

Pelakon : Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Firdaus Ghufran, Fariz Isqandar, Amyza Aznan, Alex Afian, Sabrina Ali, Zarina Zainuddin, Shah Faris

Syarikat Produksi : Country & Universal

Penyiaran : TV3, iQiyi, Viu

Genre : Drama 

Jumlah Episod : 13 Episod (40 – 42 minit per episod)

Tarikh Tayangan : 11 Mac 2020 – 9 April 2020

OST : "Sakit" - Yonnyboii ft. Zynakal

Trailer :


Mengisahkan tentang Arif (Adam Lee) yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney kerana kes bunuh. Dulu dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida (Amyza Aznan), manakala adiknya Yoyol (Fariz Isqandar), menganggap Arif sebagai idola. 

Semasa kecil, Arif dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’. Lepas Arif keluar, Tongki (Aedy Ashraf) dan Laura (Bella Dowanna) buat reunion balik dan bersihkan port lepak mereka dari menjadi sarang dadah. Aida menyampah bila dapat tahu Arif berkawan balik dengan Tongki, dia tak nak anak dia jadi buah mulut orang. 

Arif pula penat mencari kerja tapi tak diterima sebab tiada SPM dan lepasan Henry Gurney, di rumah pula dia selalu dimarah oleh ibunya. Stress tapi dia perlu bertahan untuk tebus dosa lama dan bersihkan kembali nama yang tercemar. Tongki bantu Arif dapatkan kerja di kedai cuci kereta dan dalam masa yang sama terjumpa Ira (Eyka Farhana), anak pelacur yang diburu oleh bapa ayam untuk dijual. 

Tongki minta bantuan Laura supaya tumpangkan Ira di rumahnya tapi Puan Sabrina (Zarina Zainuddin) pula cemburu bila suami dia mudah mesra. Bila Ira lari keluar dari rumah dia pula terjumpa dengan Yoyol di rumah usang. Kebetulan Yoyol juga lari dari rumah disebabkan bertegang urat dengan Arif. Tanpa mereka sedar, masing-masing berkait antara satu sama lain. 

Syok layan drama Budak Tebing ni sebab berkisarkan kehidupan B40 di bandar Kuala Lumpur. Macam mana setiap watak ceritakan setiap masalah keluarga mereka dan macam mana mereka berusaha untuk selesaikan masalah tersebut. Selain dari masalah sendiri, masalah tebing dan bisnes dadah yang dijalankan oleh Broger (Syazwan Zulkefly) pun antara plot yang dimasukkan supaya kisah budak tebing jadi lebih menarik. 

Sedih bila tengok Arif kena hadap apa yang mak dia perli atau marah padahal bukan dia buat benda jahat pun. Dia nak tolong pun mak dia marah. Bila tengok cara mak dia layan anak-anak, boleh nampak lah cara tu agak toksik. Anak buat salah sikit terus campak keluar rumah macam dia buat dekat Yoyol bila air Milo tumpah dekat buku Arif. 

Casting director did a great job dalam pemilihan barisan pelakon sebab semua watak perlu bermain dengan emosi yang tinggi baik watak utama mahupun watak sampingan. Diadunkan pula dengan lagu Sakit yang menggambarkan keadaan galau yang dilalui oleh setiap watak. Ada babak sampai boleh menangis bila tengok. 


Drama Budak Tebing ni ada banyak sub-plot dengan barisan watak yang ramai tapi episod terlampau pendek untuk menceritakan kisah mereka dengan baik. Ada babak yang tergesa diceritakan macam kisah Ira dengan ibu dia, Murni (Sabrina Ali). Babak Broger tu macam kelakar pun ye jugak sebab pengarah nak wujudkan misteri pelakon yang bawa watak tu padahal first time dengar suara pun dah tahu siapa. 

Sinematografi yang menggambarkan kehidupan masyarakat kampung di bandar Kuala Lumpur tub oleh tahan lah sebab masyarakat di Kampung Baru tu tak ada lah kampung sangat. Tapi untuk menggambarkan budak tebing yang struggle dengan masalah kewangan ataupun watak Ira yang hidup di lorong nampak cantik. Tidur merempat dalam rumah usang pun masih lagi nampak cantik, baju pun tak pernah ulang padahal beg yang dibawa tu kecil je. 

Anyway, tahniah kepada team production terutama pada pengarah dan penulis yang berjaya membawa kisah kehidupan masyarakat dengan tema dan mesej sosial yang bagus kepada penonton awam. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.6/10

Movie Review | The Whole Truth (2021)

Director : Wisit Sasanatieng

Writer : Abishek J. Bajaj

Cast : Sompob Benjathikul, Sadanont Durongkaweroj, Steven Isarapong

Production Company : Transformation Films

Distributor : Netflix

Genre : Horror

Running Time : 125 minutes

Release Date : 2 December 2021

Trailer :


Dua-beradik, Pim (Sutatta Udomsilp) dan Putt (Nattapat Nimnirawat) dibawa ke rumah datuk, Phong  (Sombop Benjatikul) dan nenek, Wan (Tarkia Tidatith) selepas si ibu, Mai (Nicole Theriault) terlibat dalam kemalangan jalan raya hingga menyebabkan dia koma. Phong dah berpesan supaya jangan ambil hati dengan perangai nenek mereka sebab dia ada dementia dan kena ambil ubat tepat pada masanya. 

Pm dan Putt awalnya agak canggung untuk tinggal bersama sebab mereka tak pernah tahu pun kewujudan Phong dan Wan tapi bila tengok rumah dua tingkat tu penuh dengan gambar Mai, mereka pun terima hakikat tersebut. 

Perkara pelik mula terjadi bila Pim dan Putt nampak lubang di bahagian ruang tamu sedangkan Phong, Wan malah kawan Putt tak nampak langsung. Bila diintai dari lubang kecil tersebut, mereka berdua boleh nampak kejadian-kejadian ngeri seperti seorang budak perempuan muntah darah dengan banyak ataupun dia mengendong bayi comel. Bayi tersebut hidup tetapi budak perempuan tu acapkali muncul dalam keadaan yang ngeri. 

Apa yang terjadi sebenarnya? Phong yang menyampah dengan aduan Pim dan Putt selesaikan dengan cara mudah – tarik cabinet kayu dan tutup dinding tersebut. Tapi tak lah semudah itu sebab  cabinet tersebut ditolak dari belakang. Budak perempuan tu pun boleh masuk ke dalam bilik Pim dan Putt dengan mudah. Putt pula mula demam dan muntah darah seperti budak perempuan tersebut. 

Plot dan penceritaan pada first half menarik dan bina rasa ingin tahu tentang misteri juga rahsia di rumah tersebut sampaikan kita pun jadi tertanya-tanya betul ke Phong dan Wan tu wujud? Kalau wujud kenapa Mai tak pernah cerita langsung tentang mereka berdua? Nak kata tak wujud pun tak boleh jugak sebab doktor dengan nurse dekat hospital tu elok je boleh nampak dan menyembang tentang keadaan Mai. 

Masuk second half dah mula bosan dah sebab watak Pim dan Putt ni boleh tahan lembab juga sebab kebanyakan movie seram, karakter dia agak ligat. Contoh macam bila nampak lubang dekat rumah tu terus bergegas ke rumah sebelah sebab nak selamatkan budak perempuan tersebut. Tapi Pim dan Puttt lebih banyak berdiam diri. Bosan jugak lah nak tunggu watak diorang berdua ni ambil tindakan. 

Bukan takat pasal hantu je diorang lemau nak bertindak, bila Pim tahu adik dia demam lepastu muntah darah pun dia sempat lagi buat benda lain. Bila atuk dia balik rumah pun dia ajak adik dia pergi tidur je padahal Putt dah pucat teruk. Merepek lah pendek kata. Mengundang makian jugak lah bila tengok second half. 

Sinematografi The Whole Truth arahan Wisit Sasanatieng ni sesuai lah dengan genre cerita bila rumah dalam keadaan suram walaupun pada waktu siang. Jumpscare dia tak lah banyak sangat sebab Pim dengan Putt akan nampak hantu bila diorang intai dekat lubang tu je jadi kita pun well prepared lah. CGI nampak kartun sangat bila hantu muntah darah. Dah lah muka dia hitam, bila gelap tak nampak perasan pun ada hantu. 

Background music dia over macam mintak penampar sebab sound je lebih padahal takde benda pun yang jadi. Sama lah bila pengarah fokus dekat makanan seolah-olah ada hint atau something akan jadi pada next scene padahal tak ada pun. Lebih menarik kalau penulis Abishek J. Bajaj tambahkan lagi subplot ataupun flashback supaya penonton tak bosan sepanjang 125 minit. 

Sayang lah movie sulung arahan Wisit Sasanatieng ni lemah pada penceritaan dan rasa seramnya bila rahsia keluarga kecil juga lakonan barisan pelakon kelihatan cemerlang namun terikat pada skrip yang tak dikembangkan dengan baik.

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4/10

Blog Performance November 2021

Thursday, 2 December 2021


Macam tak percaya dah masuk bulan Disember. I bukan orang yang tak tahu buat apa tahu-tahu dah hujung tahun haaaa sebab tahun ni adalah tahun dok pulun. Pulun kerja, pulun update blog sebab nak cecah target jumlah entry. My blog masih lagi ada beberapa masalah ekorang Google demam sejak Ogos 2021. Kalau ada nampak template berubah lah, sana-sini berterabur tu harap memahami. 

1) PV


Bulan November haruslah lebih baik dari bulan Oktober sebab masalah pageviews undetectable tu dah kembali stabil tapi tak mampu nak cecah 6k sehari macam sebelum ni jadinya bulanan pun affected jugak lah so bulan November tak lah tinggi sangat dan tak lah rendah sangat. Nasib baik Adsense naik balik bulan ni. 

Untuk all time stats, dah boleh bau dah nak cecah 2 juta tu tapi tercapai ke tak bulan terakhir ni entah, tak pasti, takut nak cakap haha. Mungkin dapat, mungkin tak. 

2. Posts
Entry Movie Review Sa Balik Baju banyak menyumbang kepada pageviews bulan November sebab movie tu jadi viral since jalan cerita dia menarik dan unik. Memandangkan B.I keluar album baru, album review dia pun sentiasa di Popular Posts bulan November. Entry Warung Wak 3 tu mungkin sebab Syuk Sahar hahaha

3. Keywords


Terkejut jugak lah tengok keywords untuk bulan November sebab tak pernah lagi dapat setinggi tu sampai cecah 31. Mungkin lepas ni I kena lebih rajin buat list movie sebab lagi memudahkan untuk orang cari selain dari update reviews ye dak?

4. Audience

Audience untuk bulan November tak jauh beza pun dengan Oktober dan kebanyakannya pun guna android mobile ataupun IOS untuk buka blog ni. Since I update guna desktop ataupun laptop, I macam tak ada hati lagi nak adjust ikut selera mobile reader ni. So kalau ada gambar terkeluar dari skrin tu minta ampun la ek. 

5. Bilangan Entri


Hujung bulan haritu gigih jugak lah update sampai dapat 60 entry. Padan muka diri sendiri lah sebab masa cuti panjang haritu main game sampai sakit tangan pastu mula lah mood ke laut dalam. Nasib baik ada event dengan press release muncul di saat akhir haha. Bulan Disember ni memang sah lah akan kalahkan bilangan entri tahun 2020 sebab beza lagi 3 entri je untuk update. 

So far total entry dalam blog ni ada 2,224 entri. Tak tahu lah nak aim banyak mana tapi memang terpaksa kekalkan lah KPI 60 entry sebulan ni sebab blog ni dah kena ban dekat Facebook dengan Instagram haihhhh

Anyway thanks untuk yang sentiasa datang berkunjung atau membalas kunjungan. Kunjungan dan komen anda sentiasa dihargai. Be safe and take extra care :)

300 Peniaga Tempatan Bangkit Dengan “SUGARBOMB BOOTCAMP 2021”

Tuesday, 30 November 2021

Jenama minyak wangi yang mula mendapat tempat di pasaran dan perhatian ramai, mengorak langkah dengan membantu 300 orang peniaga tempatan untuk bangkit selepas pandemic Covid-19. Banyak perniagaan tidak terkecuali yang didirikan secara kecil-kecilan oleh golongan usahawan dan peniaga tempatan menerima tempias akibat mata pencarian mereka yang terjejas. 

Semangat anak muda yang begitu rajin dalam berusaha mencari rezeki demi terus menyara keluarga dan kehidupan seharian mereka ini lah didokong oleh SugarBomb melalui bootcamp untuk melatih dan mengasah skills jualan, marketing, distribution dan beberapa ilmu lain. Kebanyakan peserta yang datang adalah yang berasal dari kawasan pedalaman negeri Sarawak seperti Lundu, Kabong, Mukah, Sarikei dan banyak lagi. 

SugarBomb telah ditubuhkan pada tahun 2017 yang bermula dari belakang oleh Ahmad Azhari atau lebih dikenali sebagai Boss A yang ketika itu baru pulang dari menamatkan pengajiannya di UK Bristol. Bermula dengan hanya 3 orang pekerja, 5 orang pengedar dan 300 botol perfume pada tahun 2017 dan kini SugarBomb bangkit dengan mempunyai 220 orang pekerja, 10,000 orang pengedar seluruh Malaysia dan penghasilan lebih 30 juta botol perfume pada tahun 2021. Dalam masa setahun, SugarBomb mempunyai sebuah Pejabat Urusan, sebuah gudang dan 3 kilang pembuatan. 

Misi SugarBomb adalah untuk menjadi jenama wangian terkenal di dalam industri wangian sehingga ke peringkat antarabangsa. Menawarkan harga terendah untuk wangian berkualiti supaya semua orang dapat menikmati wangian yang unik. 

“SugarBomb Bootcamp 2021 telah diadakan di Setia City Convention Centre selama dua hari bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam yang mana seramai 300 peniaga dan usahawan tempatan berkumpul dengan hasrat untuk terus mengorak langkah mereka dalam dunia perniagaan. Program yang menerima sambutan hangat daripada orang ramai ini berkonsepkan motivasi dan aspirasi yang mana rakan-rakan media lain turut sama menyertainya. 

Tercetusnya program ini adalah untuk membantu golongan usahawan tempatan seluruh Malaysia dengan menyuntik semangat kepada mereka supaya tidak berputus asa meski dihadapkan dengan pelbagai cabaran yang mendatang lagilagi dalam musim pandemik COVID-19. Program ‘SugarBomb Bootcamp 2021’ diharapkan berjaya mencapai misinya iaitu tidak lain tidak bukan melahirkan lebih ramai usahawan dan peniaga kecil yang berjaya dalam hidup mereka.”- Ahmad Azhari bin Rosli, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pemilik Sugarbomb Worldwide Sdn Bhd

Bootcamp yang berlangsung selama dua hari pada hujung minggu ni bermula dengan sesi berkenalan atau ice breaking pada waktu pagi disusuli dengan ucapan dan kata-kata semangat dari Boss A dan beberapa top seller yang lain. Diteruskan pula dengan seminar tentang marketing dan production. 

Untuk sesi petang pula kesemua peserta diberi peluang untuk bereksperimentasi dengan mengenal pasti jenis bauan yang digunakan dalam minyak wangi SugarBomb sama ada jenis Musky, Woody, Floral, Fruity ataupun Spice. Susah juga nak bezakan yang mana satu sebab ada bau yang seakan sama macam Floral dan Musky. Fruity yang paling mudah sebab bau dia manis. Masa eksperimen berjalan ada 11 orang pakar kimia yang memantau serta membantu peserta. Kumpulan yang dapat kenal jenis bau dengan tepat akan diberikan ganjaran. 

Pada sebelah malam pula peserta akan berhibur bersama kumpulan hip-hop terkenal Malaysia, Ruffedge yang menyanyikan lagu-lagu hit mereka seperti “Khayalan”, “Bila Rindu” dan juga lagu kolaborasi bersama SugarBomb sendiri, “Kau Memang Da Bomb”. Majlis makan malam tersebut untuk meraikan dan menghargai semangat kesemua peserta yang hadir ke Sugarbomb Bootcamp 2021 dengan tagline Bangkit Dengan SugarBomb. 

Keesokannya pula peserta akan merangka dan membuat business strategy plan untuk tahun 2022 bersama beberapa orang panel dan tokoh usahawan SugarBomb. Kesemua aktiviti bermanfaat ni diharap akan membantu ramai usahawan dan dalam masa yang sama menarik lebih ramai lagi peniaga, usahawan, anak muda atau sesiapa sahaja untuk menceburkan diri sekaligus mengubah nasib hidup ke arah yang lebih positif. 

Tak hairan kalau semua peserta rasa semangat dan enjoy join SugarBomb Bootcamp 2021 ni sebab peribadi dan persona Boss A sendiri seorang yang ramah, mesra, tak lokek dengan senyuman dan mudah diajak berbual. Dalam masa 5 minit dah boleh dapat banyak input mengenai produk SugarBomb dan program ni. 

Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang SugarBomb atau dapatkan info terkini mengenai produk SugarBomb boleh hubungi mereka di laman web https://wearesugarbomb.com/ atau laman sosial media Instagram dan Facebook. 

Happy sangat bila nampak official music video lagu Layu Di Hujung Mekar sebab lagu dari kumpulan RIO ni favorite dari zaman sekolah sampai sekarang. Lirik dia tu memang sesuai sangat lah untuk orang yang tengah rabak. Pilihan yang tepat lah pilih Afieq Shazwan sebab suara dia serak garau, sesuai dengan emosi yang wujud dalam lirik dan penceritaan lagu. 


Bila Afieq nyanyi lagu ni boleh nampak suara dia sesuai dengan genre rock balada ataupun pop rock. Gaya dia pun ke arah tu so I hope in future lagi banyak lagu dari genre ni dihasilkan sebab suara dia pun boleh hit high note. Sedap Afieq nyanyi part chorus tu, lagi layan perasaan bila tengok music video sebab dia express gila lah kesedihan tu. Thanks Afieq for giving justice to this beautiful song :)



LIRIK LAGU LAYU DI HUJUNG MEKAR 

Penyanyi :  Afieq Shazwan
Komposer : Aida Anumsary Hassim
Penulis Lirik : Aida Anumsary Hassim
Label : FMC Music

Haruskah ku terus melayani perasaan
Meski pun ku tahu itu hanyalah khayalan

Cintaku padamu haruskah aku teruskan
Kerana ku tahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

Cintaku padamu haruskan aku teruskan?
Kerana kutahu dirimu sudah berteman

Tiada ertinya
Apakah akhirnya percintaan?

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

Pohon cinta yang dulu mekar berbunga
Kini tandus tiada bermaya
Bunga cinta yang dulu mekar mewangi
Kini layu di pusara bumi

Tidak mungkin kembang lagi dan berseri

Lirik Lagu Penat - Daiyan Trisha ft Tuju

Putus cinta dan penat dengan keadaan pandemik cetuskan inspirasi untuk single terbaru, Penat. Kolaborasi dengan Tuju bersama Loca B membuahkan hasil lagu yang sarat dengan emosi dan perasaan melankolik dalam genre balada. 

“Menulis umpama oksigen untuk saya. Jadi, menulis merupakan cara paling berkesan untuk merawat hati, buat saya tenang dan okey. Hasil daripada perang emosi dan jiwa itu maka terhasil lagu Penat,” - Daiyan

Bukan setakat lirik dan gubahan lagu, Daiyan juga mengarah sendiri music video yang menceritakan tentang perasaan dia yang menghantui. Bukan mudah nak melupakan seseorang yang kita sayang. 

“Emosi dan mental saya tidak stabil ketika itu kerana putus cinta serta terpaksa melaluinya sendirian.Perasaan saya waktu itu bukan sakit atau patah hati, tetapi lebih daripada itu. Perasaannya lebih dalam dan tambah menyakitkan buat saya,” - Daiyan Trisha


Bukan setakat vokal, lakonan Daiyan juga semakin bertambah baik. Mungkin juga sebab pengalaman dan kekecewaan tu masih segar dalam ingatan. Suka bila dengar part vokal Daiyan dialunkan bersama slow rap Tuju sebab gabungan suara ada dinamik yang tersendiri. For Daiyan, be strong and all the best in your career :)

 LIRIK LAGU PENAT

Komposer: Daiyan Trisha, TUJU

Lirik: Daiyan Trisha, TUJU, LOCA B 

Label : Warner Music Malaysia


[VERSE] 

katakan kepadaku 

ini semua hanya sementara 

sakit hati yang ku rasa 

tak pernah ku menyangka 

cinta kita ini penghujungnya 

kita berdua tak sama 

 

[PRE CHORUS] 

kau tak pernah peduli 

kau tak pernah mengerti 

hati yang kau sakiti 

 

[CHORUS]

penat 

penat 

menantimu di sini 

sampai di akhir masa 

 

[VERSE TUJU] 

dengan ini ku tutup, segala rasa rasa hati,  

ku ingin penghujung,  

tapi kau ada di mana mana lagi, 

 

dan lagi,  

ku membunuh,  

ku memisahkan, 

dalam diam 

 

maafkan kerana aku di khayalan ku,  

maafkan cintaku tak resiprokasi 

maaf janjiku membuta, luka ku membuat luka 

emosi dalam sedih yang tiada ertinya,  

 

ku tak tahu harus bagaimana  

berikan apa ku tak pernah rasa 

harapan ku esok pelangi di mana mana,  

penat tidak terasa , kita memori indah 

 

mengetuk pintu perasaan ku di waktu runtuh,  

ku buka gelap tapi hampir ke subuh,  

ku harap cerita kita hujungnya bahagia,  

seperti dulu boleh menyentuh dunia, 

 

[CHORUS] 

penat 

aku penat 

menantimu di sini 

ku tunggu kau kembali 

oh, penat 

aku penat 

hatiku kau miliki 

sampai di akhir masa 

Meskipun bukan semua, namun tidak dinafikan ramai juga dalam kalangan kita yang mungkin mengalami masalah kulit kering dan kasar, tetapi hanya mampu pasrah tentangnya. Sebenarnya, aspek kesihatan kulit tidak boleh diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja lebih-lebih lagi jika ia bermasalah. Itulah kegunaan produk kulit di pasaran.

Persoalannya, apa dan bagaimana produk kulit yang kita perlu pilih jika ada masalah kulit kering dan kasar? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu lebih lanjut!

Kenapa kulit boleh jadi kering dan kasar?

Menurut pelbagai kajian berkaitan, dipercayai bahawa mutasi genetik filaggrin adalah dalang utama terjadinya masalah kulit seperti ekzema dan lain-lain. Pun begitu, ia bukan punca masalah kulit kering dan kasar yang anda mungkin perlu risaukan memandangkan faktor genetik adalah di luar kawalan kita semua.

Apa yang perlu menjadi perhatian adalah penggunaan produk seharian seperti air, sabun, losen, minyak wangi atau ubatan tertentu yang boleh beri mudarat. Sebagai contoh, ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat jerawat mengandungi benzoyl peroxide dan salicylic acid.

Begitu juga dengan produk pencuci, pelembap serta apa-apa sahaja yang menyentuh kulit lantas memberi kesan buruk jika digunakan dalam jangka masa panjang.


Bahan yang mesti ada dalam produk kulit!

Ironiknya, kondisi kulit kering yang disebabkan oleh produk seharian juga boleh dikawal dan dirawat menggunakan produk kulit yang ideal lagi sesuai. Kuncinya di sini pula adalah untuk mendapatkan kulit yang terhidrasi dengan lebih baik dan caranya bukanlah sekadar minum air kosong yang cukup sahaja.

Berikut adalah bahan yang mesti ada dalam produk jika anda mengalami masalah kulit kering dan kasar:

#1. Asid Hyaluronik

Asid Hyaluronik (HA) adalah ramuan paling popular dan utama di dalam pembuatan produk kulit ekoran impaknya yang bagus di dalam penghidratan kulit. Caranya berfungsi adalah dengan menghimpun dan menarik kelembapan dari kawasan sekitar ke dalam sel kulit lantas membuat kulit menjadi lebih lembap.

#2. Asid Laktik

Sama halnya seperti di atas tadi, Asid Laktik (LA) juga merupakan ramuan terbaik yang boleh membantu membaiki faktor kelembapan kulit secara semula jadi. Ia berfungsi dengan cara mencipta halangan atau rintangan bagi meminimumkan kehilangan cecair pada kulit lantas mengurangkan masalah kulit kering dan kasar.

#3. Gel Lidah Buaya

Gel lidah buaya atau bahasa komersialnya Aloe Vera, memang sudah tidak asing lagi digunakan ke atas kulit kerana ia juga sudah popular sejak zaman dahulu lagi. Untuk pengetahuan anda, gel ini kaya dengan air, mineral dan vitamin yang sangat penting buat kesihatan kulit bagi memastikan ia kekal terhidrat, sihat dan kuat.

Bukan sahaja anda boleh menggunakan produk yang mengandungi gel ini, malah anda juga boleh mengenakan gel lidah buaya secara terus sejurus daunnya diekstrak.

Produk kulit dengan #4. Gliserin

Gliserin adalah sejenis sebatian yang tidak berwarna dan tidak berbau yang telah banyak digunakan di dalam pembuatan produk kecantikan terutamanya buat kulit. Selain mampu mengekalkan kelembapan pada kulit, ia juga mampu menyembuhkan luka serta mengurangkan radang yang berlaku akibat kerengsaan pada kulit.

Produk kulit dengan #5. Seramida

Seramida adalah sebatian yang berasal daripada molekul lemak daripada kulit manusia itu sendiri dan berfungsi untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Ia menjadikannya sebagai ramuan bagus buat masalah kulit kering dan kasar, selain mampu membantu merawat kondisi kulit kronik seperti ekzema dan lain-lain.

#6. Susu kambing

Jangan terkejut pula jika kami kata susu yang boleh diperah dan diminum daripada haiwan ini turut mampu memberi kesan positif jika digunakan pada kulit. Ini kerana produk terkandung susu kambing mengandungi lemak spesifik yang mampu melembapkan kulit tanpa merengsakan atau meradangkan kulit anda.

Kandungan lemak spesifik ini bukan sahaja mampu mengekalkan kelembapan malahan memberi perlindungan baik pada kulit daripada anasir luar seperti persekitaran.

#7. Mentega kacang

Jangan tersilap pula dengan mentega yang anda gunakan sebagai sapuan roti kerana mentega ini datangnya daripada kekacang yang lain seperti koko dan shea. Produk dengan ramuan ini tinggi dengan asid lemak yang mampu untuk mencipta lapisan perlindungan untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

Dalam pada itu, ia juga mudah menyerap pada kulit dan dalam masa yang sama memberi perlindungan daripada cahaya matahari serta memudarkan parut lama.

Jumpa pakar jika kulit kering dan kasar!

Pun begitu, penggunaan produk-produk ini juga haruslah mendapat nasihat daripada doktor atau pakar kulit terlebih dahulu untuk elak sebarang komplikasi. Ini kerana sudah banyak produk yang dijual di pasaran sama ada secara langsung atau atas talian dan tidak kurang juga ada yang merupakan produk tiruan, palsu atau tipu.

Jadi, buatlah pilihan yang bijak dalam usaha mencari ramuan yang terbaik buat kulit anda!