Tip Nak Beli Produk Jika Kulit Kering Dan Kasar, Mesti Ada 7 Bahan Ini!

Tuesday, 30 November 2021

Meskipun bukan semua, namun tidak dinafikan ramai juga dalam kalangan kita yang mungkin mengalami masalah kulit kering dan kasar, tetapi hanya mampu pasrah tentangnya. Sebenarnya, aspek kesihatan kulit tidak boleh diabaikan dan dibiarkan begitu sahaja lebih-lebih lagi jika ia bermasalah. Itulah kegunaan produk kulit di pasaran.

Persoalannya, apa dan bagaimana produk kulit yang kita perlu pilih jika ada masalah kulit kering dan kasar? Jom teruskan membaca artikel untuk tahu lebih lanjut!

Kenapa kulit boleh jadi kering dan kasar?

Menurut pelbagai kajian berkaitan, dipercayai bahawa mutasi genetik filaggrin adalah dalang utama terjadinya masalah kulit seperti ekzema dan lain-lain. Pun begitu, ia bukan punca masalah kulit kering dan kasar yang anda mungkin perlu risaukan memandangkan faktor genetik adalah di luar kawalan kita semua.

Apa yang perlu menjadi perhatian adalah penggunaan produk seharian seperti air, sabun, losen, minyak wangi atau ubatan tertentu yang boleh beri mudarat. Sebagai contoh, ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat jerawat mengandungi benzoyl peroxide dan salicylic acid.

Begitu juga dengan produk pencuci, pelembap serta apa-apa sahaja yang menyentuh kulit lantas memberi kesan buruk jika digunakan dalam jangka masa panjang.


Bahan yang mesti ada dalam produk kulit!

Ironiknya, kondisi kulit kering yang disebabkan oleh produk seharian juga boleh dikawal dan dirawat menggunakan produk kulit yang ideal lagi sesuai. Kuncinya di sini pula adalah untuk mendapatkan kulit yang terhidrasi dengan lebih baik dan caranya bukanlah sekadar minum air kosong yang cukup sahaja.

Berikut adalah bahan yang mesti ada dalam produk jika anda mengalami masalah kulit kering dan kasar:

#1. Asid Hyaluronik

Asid Hyaluronik (HA) adalah ramuan paling popular dan utama di dalam pembuatan produk kulit ekoran impaknya yang bagus di dalam penghidratan kulit. Caranya berfungsi adalah dengan menghimpun dan menarik kelembapan dari kawasan sekitar ke dalam sel kulit lantas membuat kulit menjadi lebih lembap.

#2. Asid Laktik

Sama halnya seperti di atas tadi, Asid Laktik (LA) juga merupakan ramuan terbaik yang boleh membantu membaiki faktor kelembapan kulit secara semula jadi. Ia berfungsi dengan cara mencipta halangan atau rintangan bagi meminimumkan kehilangan cecair pada kulit lantas mengurangkan masalah kulit kering dan kasar.

#3. Gel Lidah Buaya

Gel lidah buaya atau bahasa komersialnya Aloe Vera, memang sudah tidak asing lagi digunakan ke atas kulit kerana ia juga sudah popular sejak zaman dahulu lagi. Untuk pengetahuan anda, gel ini kaya dengan air, mineral dan vitamin yang sangat penting buat kesihatan kulit bagi memastikan ia kekal terhidrat, sihat dan kuat.

Bukan sahaja anda boleh menggunakan produk yang mengandungi gel ini, malah anda juga boleh mengenakan gel lidah buaya secara terus sejurus daunnya diekstrak.

Produk kulit dengan #4. Gliserin

Gliserin adalah sejenis sebatian yang tidak berwarna dan tidak berbau yang telah banyak digunakan di dalam pembuatan produk kecantikan terutamanya buat kulit. Selain mampu mengekalkan kelembapan pada kulit, ia juga mampu menyembuhkan luka serta mengurangkan radang yang berlaku akibat kerengsaan pada kulit.

Produk kulit dengan #5. Seramida

Seramida adalah sebatian yang berasal daripada molekul lemak daripada kulit manusia itu sendiri dan berfungsi untuk mengekalkan kelembapan pada kulit. Ia menjadikannya sebagai ramuan bagus buat masalah kulit kering dan kasar, selain mampu membantu merawat kondisi kulit kronik seperti ekzema dan lain-lain.

#6. Susu kambing

Jangan terkejut pula jika kami kata susu yang boleh diperah dan diminum daripada haiwan ini turut mampu memberi kesan positif jika digunakan pada kulit. Ini kerana produk terkandung susu kambing mengandungi lemak spesifik yang mampu melembapkan kulit tanpa merengsakan atau meradangkan kulit anda.

Kandungan lemak spesifik ini bukan sahaja mampu mengekalkan kelembapan malahan memberi perlindungan baik pada kulit daripada anasir luar seperti persekitaran.

#7. Mentega kacang

Jangan tersilap pula dengan mentega yang anda gunakan sebagai sapuan roti kerana mentega ini datangnya daripada kekacang yang lain seperti koko dan shea. Produk dengan ramuan ini tinggi dengan asid lemak yang mampu untuk mencipta lapisan perlindungan untuk mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit.

Dalam pada itu, ia juga mudah menyerap pada kulit dan dalam masa yang sama memberi perlindungan daripada cahaya matahari serta memudarkan parut lama.

Jumpa pakar jika kulit kering dan kasar!

Pun begitu, penggunaan produk-produk ini juga haruslah mendapat nasihat daripada doktor atau pakar kulit terlebih dahulu untuk elak sebarang komplikasi. Ini kerana sudah banyak produk yang dijual di pasaran sama ada secara langsung atau atas talian dan tidak kurang juga ada yang merupakan produk tiruan, palsu atau tipu.

Jadi, buatlah pilihan yang bijak dalam usaha mencari ramuan yang terbaik buat kulit anda!

Oyster Cheese, Nusantara Tom Yam

Minggu lepas pergi dinner dengan Ms Fisah sebab kitorang nak makan tomyam sementara tunggu hujan berhenti. Sekarang tengah musim hujan ni memang kitorang stay dekat office je sampai traffic reda sikit. Tak mampu la nak stay dalam kereta lama-lama sedangkan boleh sampai dalam 20 minit je. 

Dah lama tak pergi makan dekat Nusantara Tom Yam ni tambah pula masa PKP lagi lah tak pernah keluar rumah padahal restoran ni menghala jalan balik rumah je pun. Nak keluar on weekend memang malas lah cerita dia sebab nak hadap traffic light Star Avenue yang lama tu. 


Masa kitorang pergi tu ada stall baru dekat dalam area restoran Nusantara. Stall ni ada ayam goreng crispy, aneka masakan untuk ikan salmon dan juga oyster cheese. Curious betul nak rasa oyster cheese ni macam mana. Dah alang-alang datang mesti lah kena try makanan unik dekat sini. 

Memandangkan tukang masak dia demam jadi tak banyak lah menu yang restoran boleh provide. Nasib baik tomyam ada so kitorang order nasi putih, tomyam ayam, sayur kangkung goreng dengan telur dadar. Air pun limited sebab tukang buat air tahu beberapa menu je, ambik lah teh o ais dengan air sirap limau. 

Sementara tunggu order kitorang siap, jalan-jalan lah dulu tengok dekorasi restoran ni. Restoran Nusantara ni unik sebab bertemakan hutan  tapi yang tak syoknya banyak nyamuk. Nyamuk dia bukan nyamuk denggi pun tapi nyamuk hutan. Laju jugak lah nyamuk tu hisap darah kitorang, know know full blood already.


Pintu masuk restoran Nusantara ni ada 3 jadi boleh lah pilih mana satu sebab semua pintu pun menuju ke arah yang sama. Kalau rasa nak duduk jauh dari orang, boleh ikut laluan kecil ke meja yang terletak di sebalik rimbunan pokok. Tapi gelap sikit lah. 




Dekat restoran ni selain banyak pokok, ada banyak bubu hiasan, dulang besi dan tembikar pasu yang kosong tapi ada jugak yang buat tong sampah untuk buang face mask T.T






Dekat Nusantara ni ada tandas dan surau disediakan so kalau datang masa waktu Maghrib memang tak risau lah nak kena makan cepat-cepat sampai indigestion bagai. Yang tak bestnya, tak ada ruang untuk parkir kenderaan. Park lah dekat mana-mana kawasan terdekat. Kalau datang masa bukan peak hour okay lah ada tempat nak park. 


Dah sampai semua menu baru boleh ambik gambar. 


Tadaaaa! Oyster cheese yang ditunggu-tunggu. Takut jugak nak rasa sebab takut tekak tak boleh terima bila seafood yang kuat bau dia bergabung dengan cheese. Bila masuk dalam mulut macam eh sedap pulak, tak meloyakan sebab oyster tu segar dan dibakar. Bila makan dengan cheese panas-panas, rasa cheese tu seimbang dengan isi oyster yang juicy. Pendek kata, sedap! 

Punya lah sedap makan oyster cheese tu sampai lupa nak letak lemon. For me, letak lemon ataupun tak dua-dua tetap sedap. Since I suka masam lemon tu jadi rasa masam tu tambah lagi gabungan rasa yang menarik. Makan dua pinggan pun boleh tapi harga sepinggan ni pun dah RM10.30 so kalau poket nipis, baik kawal diri. Kang tak memasal nangis macam budak perempuan tampal sticker dekat air Starbucks tu. 

Happy betul bila Krismas menjelma ni sebab decoration starbucks cantik even cup dia pun meriah dengan tema warna perayaan ni. Sebenarnya kitorang nak try Taylor Swift's Starbuck drink sebab katanya dekat mana-mana pun  sold out. 


Tengok dalam Grab tak ada pulak sebab dekat Grab ada 50% off but cap at RM7 lah so kitorang pergi lah ke cafe dia terus. Bukan jauh pun tapi sebab takut hujan. Padahal ada je basement haha malas nak guna laluan bawah tu sebab nak kena guna eskalator yang tak berfungsi dah setahun lebih. Ramai jugak orang dekat Starbucks Oasis Square ni waktu petang sebab ada group tengah buat discussion dekat situ. 

Nasib tak payah beratur lama sebab dekat kaunter tak ramai orang. So kitorang proceed la dengan air yang tengah famous tu. Tapi barista tu bagitahu air Taylor dah habis. Alaaaa je la mampu. Barista tu kabo air Taylor Swift tu bukan special pun. Iced Caramel Latte tapi guna susu non-fat. Lahhh ye ke. Dia jadi air Taylor Swift sebab Taylor ada susu non-fat je. 


Maka kitorang order je lah drinks yang diingini. Kitorang order seasonal drinks ni sebab banyak pilihan yang sedap and Iced Toffee Nut Crunch Latte jadi pilihan. Padahal tengah hujan nak jugak minum ais. Kak Nora nak Confetti Cookie Latte tapi tak nak kopi sebab dia tak minum kopi. Ms Fisah pulak Iced Chocolate Frappe. 


Gigih nak whipped cream sebab nak tengok caramel sprinkles dekat bahagian atas hehe comel! Sedap jugak lah drins ni sebab rasa toffee nut tu rasa lemak kacang dan manis. Rasa toffee nut ni lebih kurang macam rasa caramel dan hazelnut. Tak pasti lah kalau hot toffee nut latte macam mana tapi minum dengan ais memang layan. Kalau untuk vegan atau lactose-intolerant boleh tukar kepada susu soya, susu oat ataupun susu badam. 

Air Kak Nora kemain putih melepak sampaihilang deco Krismas dekat cup Starbucks tu. Rasa dia macam minum ice blended susu haha anyway we had fun lepak kejap dekat Starbucks ambik mood Krismas. 

Movie Review | Proksi (2021)

Monday, 29 November 2021

Pengarah :  Mohd Shaufe A. Wahib

Penulis Skrip : Fairul Nizam Ablah, Azril Hamzah

Pelakon :  Bront Palarae, Ashraf Sinclair, Sangeeta Krishnasamy, Remy Ishak, Susan Lankester, Rosyam Nor, Faizal Hussein, Siti Saleha

Syarikat Produksi : FEG Equipment

Pengedar : Astro First, Astro Go, Astro On Demand

Genre :  Siber / Thriller

Durasi Tayangan : 83 minit

Tarikh Tayangan :  18 November 2021

Trailer :


Kisah bermula dengan naratif Sam (Bront Palarae) yang menceritakan tentang plan dia dengan Aman (Ashraf Sinclair) untuk lari keluar dan hidup bebas dari Elle (Sangeeta Krishnasamy), owner kepada syarikat Cybersec Corporation. Aman secara senyap-senyap telah menggodam platform keselamatan data, MYSOIL tanpa pengetahuan Sam. 

Di Thailand, Aman cipta root file kemudian jual kepada CARRIE sebab data adalah benda yang paling bernilai di zaman sekarang. Tanpa pengetahuan Aqil (Remy Ishak), tentera upahan yang bekerja dengan CARRIE dan Cik Rose (Susan Lankester), editor yang menjaga wang syarikat telah ditipu dengan Aman bila pemacu pena yang diberikan mempunyai virus untuk mencuri wang CARRIE. 

Sam dapat tahu Aman bekerja dengan Elle selepas letak tracker pada smart phone Aman. Plan mereka berdua adalah curi wang CARRIE supaya dapat hentikan operasi untuk hancurkan negara sepertimana kejadian Arab Spring. Dalam masa yang sama, dua orang penyiasat bernama Roy (Faizal Hussein) dan Remy (Datuk Rosyam Nor) mencari Sam untuk disoal siasat demi mendapatkan lebih banyak maklumat. 

Filem Proksi terbitan FEG Equipment adalah filem jenayah siber yang pertama dihasilkan dari industri tempatan malangnya penceritaan yang lemah dengan kecelaruan latar masa merupakan kelemahan utama sehingga menimbulkan banyak persoalan. 

Watak juga tak dikembangkan dengan baik bila penonton tertanya-tanya siapa Diana (Siti Saleha) dan kenapa dia meninggal? Diana bagi hint tapi tak dijelaskan pun. Matlamat FutureZero ni pula berdasarkan kes rumah mereka ditarik oleh pihak bank sebab tak mampu bayar hutang jadi Aman nak beat the system bila dunia akan bebas dari data jadi masalah kapitalis ni tak akan wujud. Tapi kalau kita tak ada data pun kita lost. Kenapa FutureZero tak terangkan apa kelebihan dunia tanpa data? Jadi orang yang bekerja tak perlu dibayar upah?  

Cita-cita dan impian tu tinggi tapi tak nampak dekat mana kelebihan hidup dalam dunia tanpa data. Mungkin doktrin dunia berdata tu dah terlalu kuat ditanam dalam kepala otak I sampai I langsung tak faham konsep dan matlamat FutureZero. 

Masuk pula kepada organisasi CARRIE yang mengumpul data untuk hancurkan Malaysia seperti Arab Spring. Cerita la apa peranan data dalam kejadian Arab Spring tu bukannya sebut je. Thrill tu langsung tak ada sebab tak dijelaskan. Macam kau pergi pasar lepastu ada orang kata Omicron dah ada dekat Malaysia pastu dia blah. Rasa nak ambik port ke kalau sekadar angin lalu macam tu? Mak Jah membawang lagi seram tau dari cerita Proksi ni. 

Kenapa pergi dekat Aman kalau nak beli data? Pergi la dekat Mark Zuckerberg ataupun Zhang Yiming sebab diorang ni yang pegang data seluruh rakyat Malaysia. Trump boleh beli data dekat Mark untuk menang election so kenapa CARRIE beli dekat Aman lepastu kena hack? CARRIE tak ada IT person ke untuk jaga? 

Siapa Aqil? Kenapa dia join CARRIE? Kenapa dia ada rencana dengan Elle? Siapa pula Elle? Kenapa dia invested sangat dengan Sam dan Aman? Dia boleh je upah orang lain yang bebas dari liabiliti. Kenapa penyiasat Roy dan Remy siasat Sam kalau diorang dah ada semua maklumat? Kalau Sam ada dekat balai polis, kenapa Aman boleh ada dengan Aqil? 

Dalam filem ni ada babak aksi antara team FutureZero dan CARRIE tapi tak lah heavy sangat pun sebab diorang bukannya pandai berlawan. Even babak Pakin dengan orang bawahan CARRIE dipotong supaya tak paparkan keganasan yang ekstrem. Sinematografi dalam filem Proksi nampak lemah bila kamera bergegar dalam beberapa babak. CGI pun tahap biasa je. 

Kenapa fokus dekat babak Remy tumbuk Sam kalau Rosyam Nor tak mampu nak deliver dengan bagus? Nampak sangat dia tak tumbuk pun Sam sebab tangan tak sampai dekat muka. Bunyi pun tak ada. Sepanjang babak Remy dengan Roy bersama, nampak tenggelam sangat lakonan Rosyam Nor especially untuk stunt. Music score memang out, dia main letak je lagu apa dia nak tak kisah lah sesuai ataupun tak dengan situasi.

Banyak betul kenapa dan siapa dalam review ni tapi tu lah, I pun pening. I tak tahu lah kalau ada tangan yang kacau masa proses editing untuk filem ni tapi sedih lah bila banyak kelemahan sampai teringat balik kata-kata Bront Palarae :

‘Masa kat sekolah dulu, kalau kau baca buku tak faham, buku bodoh ke kau bodoh?’

1. Team Production +0.2, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 2.8/10

Movie Review | Take Off (2009)


Director : Kim Yong-hwa

Writer : Kim Yong-hwa

Cast : Ha Jung-woo, Kim Dong-wook, Kim Ji-seok, Choi Jae-hwan, Lee Jae-eung, Sung Dong-il, Lee Eun-sung, Ma Dong-seok

Production Company : KM Culture Co, DMZ Comics

Distributor : Showbox, Mediaplex, Netflix, MUBI

Genre : Sports / Comedy / Drama

Running Time : 137 minutes

Release Date : 30 July 2009

Trailer :


Diadaptasikan dari kisah benar di mana Coach Bang (Sung Dong-il) jurulatih sukan ski jump di Korea Selatan menubuhkan satu kumpulan atlet untuk dibawa bertanding ke Olimpik di Nagano, Jepun pada tahun 1998. Puas dia merayu pada Cha Heon-tae a.k.a Bob (Ha Jung-woo), American adoptee yang pulang ke Korea untuk mencari ibu kandung dia setelah bertahun lamanya terpisah. 

Bob adalah atlet sukan ski jump mewakili Amerika tapi lari keluar sebab masalah dengan rakan sekumpulan. Termakan dengan kata-kata Coach Bang untuk jadi kebanggan negara, Bob setuju untuk join dan berlatih bersama 4 lagi bekas atlet di Muju yang disenaraihitamkan akibat Choi Hong-cheol (Kim Dong-wook) terlebih makan pil Luminal. 

Di sana mereka berlatih menggunakan rel roller coaster di taman tema yang usang, berpaut pada dahan pokok ataupun di atas van kepunyaan coach. Banyak lagi lah teknik dan kemahiran yang dilatih oleh Coach Bang menggunakan bahan atau material yang dia rasa sesuai untuk sukan ski jump ni. 

Sebelum ni memang tak pernah tahu langsung kewujudan sukan ski jump. Sukan ski luncur tu tahu lah tapi ski jump ni agak bahaya sebab cuaca dan cara landing banyak mempengaruhi. Kalau angin salji datang sampai berkabus, atlet tak nampak landing port sampai boleh cedera teruk. Seram bila tengok kumpulan atlet ni berlatih ataupun pada pertandingan sebenar. 

Adat lah kalau sukan yang kurang mendapat perhatian ni mesti tak dapat peruntukan dari Kerajaan jadi sama lah dengan team di bawah Coach Bang ni menggunakan duit simpanan mereka sendiri untuk ke German. Atlet yang lain bersetuju untuk join Olimpik pun sebab tak nak pergi latihan ketenteraan sebab tu diorang pulun berlatih terutamanya pada hari hujan supaya boleh menang pingat emas. Masa tu Menteri Sukan janji akan bagi hadiah apartment kalau menang emas. 

Jalan cerita yang menarik bila naskhah penulisan dan arahan diadun Kim Yong-hwa dalam genre komedi. Of course lah babak mereka berlatih tu kelakar sebab coach pun tak cukup duit nak bagi fasiliti yang mahal. Teknik nak hilangkan gayat tu pun kelakar jugak sebab kita sendiri pun menjerit bila naik roller coaster atau slide yang tinggi tu. Scene Hong-cheol dengan Su-yeon (Lee Eun-sung) pun kelakar bila dia bagitahu pasal AIDS tu. Masalahnya nampak sangat perempuan tu kelentong je sebab masa hari pertama dia datang takde pun bitnik-bintik merah dekat lengan dia. Dah la kena scam pakai tilam jed. 

Sinematografi Take Off dari Park Hyun-cheol boleh tahan hebat sebab transition dan camera angle yang diambil menambahkan impak pada elemen saspen terutamanya pada pertandingan. Park Hyun-cheol paparkan kelajuan atlet ski jump yang berlepas dari garis mula sehingga landing. You guys kena tengok sendiri lah movie ni sebab susah nak gambarkan dengan ayat. Kawasan Muju pun banyak lokasi yang cantik walaupun cuma rumput lalang. 

Selain dari perjalanan para atlet sukan ski jump yang mengharumkan nama negara ni, diselitkan juga tentang penerimaan keluarga kelas bawahan yang menganggap sukan tersebut sebagai buang masa. Kebanyakan keluarga Asian zaman 90s memang susah nak sokong minat anak-anak yang masuk bidang sukan sebab pendapatan tak stabil. Elemen drama agak kuat dari sub-plot ni dengan kisah Bob dengan ibu kandung dia. 

Masa layan movie ni usha jugak lah kot kot ada wakil atlet dari Malaysia tapi tak ada haha rasanya Malaysia memang tak wujud sukan ni sebab negara kita tak bersalji. For those yang ada Netflix boleh la layan movie ni sebab Take Off tercalon dan menang dalam beberapa award events untuk kategori Best Film. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

Movie Review | Extinct (2021)

Sunday, 28 November 2021

Director : David Silverman, Raymond S. Persi

Writer : Joel Cohen, John Frink, Rob LaZebnik

Cast : Adam DeVine, Rachel Bloom, Zazie Beetz, Ken Jeong, Reggie Watts, Catherine O'Hara, Jim Jefferies, Benedict Wong

Production Company : China Lion, HB Wink Animation, Huayi Tencent Entertainment Company, Tolerable Entertainment, Cinesite, Timeless Films

Distributor : Huayi Brothers (China), Mongrel Media (Canada), Netflix (Worldwide)

Genre : Adventure / Comedy

Running Time : 84 minutes

Release Date : 11 February 2021 (Russia), 3 October 2021 (China), 19 November 2021 (Worldwide)

Trailer :


Kisah bermula dengan naratif dari biologist terkenal, Charles Darwin buat catatan dalam jurnal tentang ekspedisi dia mengenai penemuan binatang bernama Flummels di Kepulauan Galapagos. Flummels dikatakan telah pupus akibat gunung berapi yang meletus dan menghapuskan semua populasi binatang yang menyerupai donut tersebut pada kurun ke-19. 

Ed (Adam DeVine) dan Op (Rachel Bloom) adalah Flummels yang dipinggirkan sebab selalu buat kekacauan gara-gara sifat periang dan tak berfikir panjang manakala Ed pula lebih kepada bersifat berhati-hati dan terlepas banyak perkara yang menggembirakan. 

Akibat salah signal yang diberikan kepada ikan paus, Op dengan Ed dilarang untuk menyertai festival bunga pada tahun tersebut. Op cadangkan supaya mereka kutip bunga di kawasan gunung supaya ketua mereka lembut hati untuk buang larangan tersebut. Di gunung tersebut mereka terjumpa bunga misteri berwarna ungu yang bawa mereka berdua ke masa hadapan, ke bandar Shanghai pada tahun 1835. 

Op dan Ed muncul di rumah Dr. Chung (Benedict Wong) yang mempunyai anjing peliharaan comel bernama Clarence (Ken Jeong). Anjing comel tersebut yang banyak membantu mereka berdua faham tentang time-travel dan projek Dr. Chung. Masa Clarence nak hantar mereka pulang ke Galapagos, portal meragam sampaikan habis semua benih bercampur dan Clarence terlepas ke Antartika. Bermula lah edisi pengembaraan Op dan Ed mencari Clarence sebelum gunung berapi meletup. 

Saja layan movie animasi dekat Netflix sebab trailer dia nampak comel. Entah berapa kali kagum dengan kecomelan flummels yang muncul dalam movie ni walaupun pelik dengan badan berlubang. Masa Clarence cerita pasal kewujudan flummels ni dah tertanya-tanya betul ke wujud binatang comel ni? Bila Google tak wujud pun, rekaan team production semata. 

Kalau movie animasi ni memang target audience dia adalah kanak-kanak jadi sinematografi dan visual dia kebanyakannya menggunakan tona warna yang cantik dan lembut. Alur cerita pun bersifat straightforward supaya penonton mudah faham. Enjoy tengok babak Op dan Ed bawa balik barang untuk team Extinct-ables (Dodo, Macrauchenia, Harimau Tasmania dan Triceratops) tentukan benih tersebut untuk zaman yang mana. 

Macam Op dan Ed bawa balik mentol lampu so kita tahu zaman tu zaman Thomas Edison ataupun zaman Wright Brothers cipta kapal terbang. Sambil menonton sambil belajar ilmu pengetahuan am. It’s fun! Dah excited masa Op dengan Ed nak pergi ke Melaka tapi diorang sebut je, tak tunjuk pun diorang pergi sana. Kalau tak dah boleh jumpa Parameswara haha

Klimaks movie Extinct ni mungkin nampak tak logik ataupun draggy tapi disebabkan movie ni untuk kanak-kanak jadi tak lah pandang sangat jalan cerita atau beberapa loopholes yang wujud. Macam contoh flummels jadi pilihan berbanding anjing sebab comel. Kucing dengan arnab pun comel jugak tapi anjing tetap jadi pilihan utama sebab kelebihan yang mereka ada. Boleh kata over lah sampai satu negara ketepikan anjing just because flummels lebih comel sebab rupa fizikal bukan sesuatu yang berguna dalam semua perkara. 

Untuk elemen komedi, ada part yang beria gelak, ada part yang just mehhh but overall I do enjoy watching this animated movie. Kalau tengok movie ni nanti please stay sampai credits tau. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10

Drama Review | Mr. Bibik (2021)

P

engarah : Pali Yahya, Eez Jalaluddin

Penulis Skrip : Farhana Fauri

Pelakon : Saharul Ridzwan, Zara Zya, Raja Afiq, Roy Azman, Norish Karman, Liza Abdullah, Wanns Ahmad, Dayang Areeda, Meor Mohd, Balkisyh Semundur Khan, Syazuwan Hassan, Sefik Khair, Watie Elite

Syarikat Produksi : Saphire Screen Sdn.Bhd

Penyiaran : TV3, iQiYi

Genre : Romantik / Komedi / Drama

Jumlah Episod : 20 Episod (42 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan : 29 Oktober 2021 – 25 November 2021

OST : "Cinta Jatuh" - Kael


Diadaptasikan dari novel Mr. Bibik karya penulisan Aein Dhiyauddin, mengisahkan tentang Firas (Saharul Ridzwan) yang bekerja sebagai cleaner selepas putus tunang dengan Arisya (Dayang Areeda). Keadaan di mana susah untuk dia mencari kerja walaupun mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda membuatkan dia bersyukur mempunyai kerja tanpa perlu bergantung harap dengan ibunya. 

Disebabkan pekerjaan dia sebagai cleaner, dia ditangkap basah ketika mengemas rumah Auliah Izzatunnisa (Zara Zya) selama seminggu di sana. Awalnya dia memang tak suka langsung untuk berkahwin dengan anak Dato’ Halim (Roy Azman) yang pengotor dan pemalas tapi apakan daya, dia perlu bertanggungjawab. 

Tangkap basah tu cuma helah Dato’ Halim dan Aulia untuk lepaskan diri dari gangguan lelaki gila bayang, Mukhriz (Raja Afiq) yang tak berhenti mengganggu siang atau malam. Bukan setakat Aulia yang diganggu malah satu keluarga dikacaunya semata untuk dapatkan perhatian Aulia. Mukhriz dan Aulia ditunangkan pun sebab Dato’ Halim rasa terhutang budi bila Tan Sri Mahruf (Azhar Amir) membantu dia dari segi kewangan semasa dia jatuh bankrap dulu. Semua hutang sudahpun dibayar namun hutang budi tak dapat dielakkan sehingga anak kesayangan dia menjadi mangsa. 

Penceritaan drama Mr. Bibik yang berkisarkan cleaner di syarikat pembersihan memang segar dan kreatif yang dibawakan oleh pengarah dan penulis. Malangnya pekerjaan sahaja lah yangberbeza, konflik dan alur cerita masih lagi sama dengan stigma dan prejudis yang masih menebal dalam kalangan masyarakat kita. 

Nasib baik lah drama Mr. Bibik terbitan Saphire Screen Sdn.Bhd ni genre romantik komedi jadi tak lah terasa geram sangat bila ada beberapa babak yang mengecewakan ataupun red flag. Drama ni pun tak lari jauh dari si isteri minta si suami untuk bermadu atas nama pengorbanan. Merepek lah nak buktikan cinta dengan bermadu walhal poligami tu sesuatu yang berat. Boleh je kan berbincang daripada buat keputusan terburu-buru. Babak Siti (Balkisyh Semundur Khan) cakap pasal orang sakit mental tu pun tak patut. 

Ni pertama kali tengok Zara Zya digandingkan bersama Saharul Ridzwan dalam satu drama romantik. Not bad lah chemistry diorang sebab dua-dua pun selalu berlakon watak kelakar. Suka tengok watak Puan Salbiah dengan Puan Ameena dalam drama ni bila masing-masing bekerjasama dalam operasi mendapatkan cucu. Liza Abdullah pun nampak natural je berlakon sebagai ibu kepada Firas. Jenis yang sokong jalan dan keputusan yang dipilih oleh anak tunggal dia tapi tak lah sokong membuta tuli. 

Pandai jugak cating director pilih pelakon dalam drama ni sebab muka Arisya dengan ibu dia, Watie Elite tu lebih kurang sama. Sama lah dengan Norish Karman dengan Zara Zya, lebih kurang je muka diorang, nampak la beberapa watak ni hidup dan meyakinkan bila berlakon bersama. Kadang-kadang terfikir pelakon Wanns Ahmad dalam drama ni ada bau bacang dengan Zizan ke sebab gaya dan cara cakap diorang sama. Fizikal pun lebih kurang. 

Watak antagonis dalam drama ni boleh tahan menyakitkan hati jugak. Geram tengok Mukhriz dok sibuk kacau Aulia siang malam. Keluarga dia pun sama toksik jugak bila Aulia buat aduan, diorang defend pulak perangai anak padahal dah sampai tahap menculik dan nak perkosa. Dah lah tak berguna langsung, kerja tak nak, biadap pulak tu. 

Sama lah dengan Zuhairi (Syazuwan Hassan), suami Arisya. Harap muka je lah handsome tapi kerja tak boleh diharap langsung. Tak tahu macam mana Arisya boleh kenal dengan Zuhairi padahal dah elok plan future sama-sama dengan Firas. Kesian dekat orang tua Arisya lah selalu risaukan anak perempuan diorang. Dah la kaki perempuan, balik rumah pukul isteri sampai gugur. 

Sinematografi drama Mr. Bibik ni biasa je lah tahap drama TV. Tertarik dengan rumah Puan Salbiah dan Arisya sebab binaan rumah kampung dengan seni binaan yang cantik. Anjung rumah pun nampak cantik dan kemas dengan pokok bunga hiasan. Dalam episod 2 ada scene Firas pergi beli barang dapur. Dekat depan kedai tu ada temperature sanner dengan hand sanitizer tapi Firas tak pakai mask pun. Dah tak memasal ganggu latar masa drama ni. Warna darah masa Zuhairi kena belasah dengan ah long pun cair kemain. 

Lagu latar utama, Cinta Jatuh - Kael untuk Mr. Bibik ni comel, sesuai dengan mood cerita.  Lagu Jagakan Dia - Shiha Zikir pun sesuai lah untuk menghidupkan elemen drama. 

Anyway drama ni not bad lah kelakar especially scene Aulia nak pergi Sabah sebab suka makan udang tu sampai masuk fyp dekat TikTok. Dekat hujung drama banyak flashback padahal boleh je kalau letak scene Arisya dengan Firas ataupun flashback Aulia dengan Firas yang tak pernah tengok lagi. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.6/10