Drama Review | Start-Up (2020)

Saturday, 13 November 2021

Director : Oh Choong-hwan 

Writer : Park Hye-ryun

Cast : Bae Suzy, Nam Joo-hyuk, Kim Seon-ho, Kang Han-na, Kim Do-wan, Seo Yi-sook, Yoo Su-bin

Production Company : HiSTORY D&C, Studio Dragon

Distributor : tvN, Netflix

Genre : Romantic / Comedy

Running Episodes : 16 episodes (72 - 85 minutes per episode)

Release Date : 17 October 2020  – 6 December 2020

Trailer : 


‘Running a business is hard, right? If you succeed, you’re called a CEO. If you fail, you’re called a fraud. It’s a scary world.’ – Yoon Seon-hak

Setakat ni drama dari Studio Dragon tak pernah mengecewakan lagi sebab selalu come up dengan cerita yang segar dan kreatif. Kalaupun tema atau idea tu sama, olahan dan penceritaan tetap ada keunikannya. Kali ni Studio Dragon terbitkan drama 16 episod yang bertemakan usahawan. Tak semua orang tahu peritnya jadi usahawan tambah pula yang baru di peringkat start-up. 

Yoon Seon-hak (Seo Yi-sook) come up dengan idea Sand Box di mana tempat tersebut menjadi training centre kepada usahawan muda untuk kembangkan idea dengan recources yang disediakan. Dia tahu susah untuk usahawan muda berjaya disebabkan beberapa kekangan dan halangan dalam mencipta produk. 

Sand Box akan buka kemasukan kepada 400 orang peserta dan hanya 6 kumpulan dengan 5 orang ahli sahaja yang akan terpilih untuk kekal di bawah Sand Box. Training program ke-12 di Sand Box jadi menarik sebab ahli Samsan Tech – Nam Do-san (Nam Joo-hyuk), Lee Chul-san (Yoo Su-bin) dan Kim Yong-san (Kim Do-wan) yang menang DOCA anjuran Silicon Valley join untuk cari investor kepada syarikat AI mereka. 

Seo Dal-Mi (Bae Suzy) pula join Sand Box sebab nak ikut jejak langkah Nam Do-san dan ayah dia supaya dapat jadi usahawan dan tak lagi dipergunakan oleh majikan. Won In-jae (Kang Han-na) join Sand Box untuk buktikan yang dia mampu jadi CEO dan kendalikan syarikat tanpa perlu bergantung dengan ayah dia. 

Semua ada tujuan masing-masing bila pergi ke Sand Box dan semua tujuan tu yang menjadikan drama ni menarik. Kisah cinta segi antara Seo Dal-mi, Nam Do-san dengan Han Ji-pyeong (Kim Seon-ho) pun best sebab ada konflik tersendiri. Walaupun genre romantik komedi tapi banyak kali jugak lah menangis dengan konflik keluarga, relationship, friendship ataupun kehidupan. 

Chemistry Bae Suzy dengan Joo-hyuk buatkan setiap babak romantik tampak bermakna. Romantic scene diorang comel sebab masing-masing jadi pendukung semangat untuk kejar impian dalam hidup. Dekat hujung of course lah confuse macam Dal-mi sebab tak tahu nak pilih siapa tapi bak kata Jeong Sa-ha (Stephanie Lee), akan muncul aha moments yang buatkan hati jadi yakin dialah orangnya. 

Watak Han Ji-pyeong nampak berhati batu tapi watak dia yang paling banyak bagi pengajaran berguna kepada Samsan Tech untuk berkembang dan berubah menjadi lebih baik. Sebelum Seon-ho berlakon dalam drama Start-Ups ni dia baca banyak buku dan jurnal yang berkaitan dengan usahawan supaya dia lebih faham dengan watak sebagai mentor di Sand Box. 

Setiap episod ada tema dan ilmu usahawan yang diberikan dari penulis dan dikembangkan dalam bentuk cerita supaya penonton lebih mudah faham setiap jargon dan peringkat yang wujud dalam dunia perniagaan. Sama juga dengan artificial intelligence (AI) bila penulis terangkan dalam Bahasa yang mudah difahami melalui watak Nam Do-san. 

"What makes a great CEO?' There's no such thing. That's as absurd as asking what makes a great politician. There are no right answers to politics or management. Why look for answers that don't exist? So, instead of looking for answers, make choices. Whatever you choose, you'll be criticized. You can't make any decisions if you're afraid of criticism. And if you can't make decisions, you can't be a CEO. What do you want to be? A good person or a CEO? Don't be greedy. You can't be both. Choose one. Just one." — Han Ji Pyeong

Selain dari ilmu yang dicurahkan oleh team production, pengajaran tentang kehidupan pun dipadatkan supaya objektif pengarah untuk tiup semangat pada usahawan muda tu tercapai. Banyak kali watak-watak drama Start-Up mention pasal jangan mengalah dan tak salah untuk mencuba. Gagal hari ni bukan bermakna gagal selamanya macam trio Samsan Tech yang menyorok dalam pejabat berkulat tapi berjaya sebagai developer AI. Silapnya cuma mereka tak tahu nak handle syarikat bila kepakaran tu ada pada Dal-Mi. Bab legal pula pada Sa-Ha. Bila bekerjasama baru syarikat mereka boleh pergi jauh dan jadi inspirasi kepada orang lain. 

Sinematografi Start-Ups tak perlu dipertikaikan lah sebab Studio Dragon bergabung dengan Netflix. Scene dekat padang cosmos tu cantik sangat. Ada jugak pergi beli benih bunga cosmos tanam dekat rumah nanti haha. Visual effects yang digunakan mantap dan setaraf dengan imej dan latar Sand Box yang menyokong usahawan dalam teknologi pembuatan AI. 

Best tengok Sand Box tu sebab ada meja yang boleh dilaras. Penat duduk, boleh naikkan untuk buat coding sambil berdiri. Product placement dalam drama ni smooth betul dari awal episod sampai ke hujung kecuali untuk beauty product sebab beria benar tunjuk brand apa. Dalam drama ni dua kali Malaysia disebut bila Chul-san bagitahu view dekat resort dia lagi cantik dari Kota Kinabalu. Second part bila bendera Malaysia keluar sebagai pelabur antarabangsa yang join pada Demo Day. 

Music album antara kekuatan Start-Up juga sebab sarat dengan kompilasi lagu yang menaikkan semangat atau meruntun jiwa, sesuai dengan situasi dalam penceritaan tersebut. Lagu Running - Gaho paling best sebab lirik dia sesuai dengan semangat yang ditonjolkan oleh watak peserta Sand Box. 

Kalau ikutkan banyak benda nak sembang pasal drama ni tapi nanti jadi Panjang berjela pulak. Pendek kata, drama ni memang inspiring dan antara drama terbaik dari industri Korea Selatan untuk tahun 2020. Hopefully idea Sand Box, Yeungsil, NoonGil dan Tarzan boleh wujud di dunia realiti dan beri perubahan kepada generasi akan datang. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Jai Mummy Di

Friday, 12 November 2021

Director : Navjot Gulati

Writer : Navjot Gulati 

Cast : Sunny Singh, Sonnalli Seygall, Supriya Pathak, Poonam Dhillon, Danish Husain, Alok Nath, Neeraj Sood, Sharat Saxena

Production Company : T-Series, Luv Films

Distributor : Yash Raj Films, Netflix

Genre : Romantic / Comedy

Running Time : 103 minutes

Release Date : 17 January 2020

Trailer:


Pergaduhan antara Laali Khanna (Supriya Pathak) dan Pinky Bhalla (Poonam Dhillon) bermula sejak di zaman universiti pada tahun 1991 dan berlarutan sehingga lah sekarang. Dek kerana mereka berdua pernah menjadi kawan baik, citarasa mereka sama juga menjadi punca perbalahan yang tiada sudahnya. 

Anak dah besar panjang pun mereka berdua masih lagi bergaduh. Lebih parah lagi bila Laali dan Pinky berlumba anak siapa yang akan kahwin dulu. Sudahnya masing-masing kahwinkan anak dengan pasangan pilihan mereka pada tarikh yang sama. Tanpa pengetahuan mereka berdua Saanjh Bhalla (Sonnalli Seygall) dan Puneet Khanna (Sunny Singh) bercinta sejak zaman sekolah lagi. 

Pernah je putus tapi 2 tahun terasa kosong, sepi dan sendu jadi Saanjh dan Puneet sambung balik relationship diorang dan buat keputusan untuk kahwin lari. Bapa mereka berdua tak ada masalah pun dengan keputusan tu tapi Saanjh dengan Puneet takut kalau si ibu pula jatuh sakit bila dapat tahu berita mengejut tu.

Jalan cerita movie Jai Mummy Di arahan dan penulisan Navjot Gulati terlampau ringkas dan tak beri ruang dan peluang untuk watak Saanjh dan Puneet berkembang dengan baik. Kisah cinta mereka berdua pun diceritakan dalam lagu yang kurang menarik. Kalau ada flashback dan momen-momen kelakar mereka berdua hampir kantoi dengan keluarga mungkin lagi syok nak tengok. Tak tahu pulak tu kenapa Saanjh dengan Puneet jatuh cinta. 


Sayang lah penceritaan tak diadun mengikut template romantik komedi, tak romantik malah tak juga kelakar sedangkan konsep ibu bergaduh tapi anak bercinta ni boleh jadi dua plot yang kuat. Kedua-dua pelakon utama pula tak pandai berlakon dan tak ada chemistry. Sebelum ni Sunny dengan Sonnalli pernah berlakon bersama dalam Pyaar Ka Punchnama 2 (2015) tapi tak lah menyerlah sangat sebab Kartik Aryan dengan Nushrat Bharucha lebih menonjol. 

Bila Sunny dengan Sonnalli berlakon dalam solo screen lagi teruk bila expression Sunny kosong dan tak mampu deliver watak dia dengan baik. Tak kisah lah watak dia tengah gembira, serabut ataupun sedih, semuanya tampak senada. Sonnalli pula ada masanya kaku ataupun over the top. Sama juga dengan Danish Husain yang kebanyakan masanya nampak lost dan lemau dalam watak yang dibawa.

Sepanjang 103 minit tu punca pergaduhan Pinky dengan Laali dirahsiakan sehingga hujung cerita untuk buatkan penonton ternanti-nanti dengan elemen misteri yang dimasukkan oleh pengarah. Bila dapat tahu rahsia tu macam mehhh, tu je? Tak lawak dan tak mengejutkan pun. Walaupun dalam movie ni ada cameo dari beberapa pelakon terkenal di bawah Luv Ranjan Films tapi kemunculan tu tak mampu menyelamatkan keadaan pun sebab ruang mereka terhad dalam plot yang lemah. 

Dialog untuk scene perli atau bergaduh pun tak kuat langsung dan tak memberi impak. Instead of comedy, both characters look stupid and immature. Watak suami-suami pun cuma wujud untuk penuhkan rumah kedua-dua buah sahaja.

Suasana movie Jai Mummy Di lebih kepada kecoh dan meriah jadi sinematografi dari Sanket Shah sarat dengan hiasan, props, interior yang sesuai tambah pula kedua-dua keluarga berketurunan Punjabi. Malangnya kemeriahan tu rasa serabut dan semak sebab skrip yang tak kemas membuatkan kebanyakan scene tak membawa makna ataupun perasaan. Tapi scene flashback ke tahun 1991 tu tone grading dia lembut dengan warna seakan pastel. Nampak cantik dengan busana yang terikat pada zaman tersebut.

Pendek kata, skrip dan arahan Navjot Gulati yang lemah menjadi punca kesemua aspek yang ada dalam movie ni kelihatan teruk dan tak bermakna. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3/10

Album Review | Cosmos - B.I

Thursday, 11 November 2021

Lepas kejayaan album Waterfall 4 bulan lepas, B.I keluarkan half album COSMOS pada 11.11.2021, jam 6 petang KST. Pandai jugak lah B.I pilih tarikh sebab album kedua ni sarat dengan harapan ID. 11.11 adalah mitos waktu yang sesuai untuk buat hajat sebelum wujudnya Shopee sale.

Sebelum ni B.I dah cakap next album tak nak letak lagu sedih dah. Cukup lah dalam album Waterfall banyak track sedih sampai buat konsert pun kena tahan nangis. Untuk second album ni B.I tukar warna rambut kepada blonde. Kali kedua B.I guna blonde untuk comeback. Kali pertama masa tahun 2019 untuk album Dive sbut shit happened. Bak kata ID, B.I cuba untuk buang episod tu dengan gantikan memori yang lebih bermakna :')

2 November lepas, B.I keluarkan senarai promo activity untuk album COSMOS sampai lah launch date nanti. Uniknya B.I buat film video bila dia gabungkan teaser untuk beberapa lagu dalam satu video. Dengar teaser pun dah best, apatah lagi full song dan full album. 

25 Oktober 2021 : Tracklist Poster

"COSMOS, Alive, Nineteen, Nerd, Lover, Flame, Buddy Buddy."

Masa tengok tracklist ni macam tak boleh tangkap langsung apa tema Cosmos tu sebab lagu yang B.I letak ni tak ada penceritaan pun. Semua tak berkaitan antara satu sama lain, dia just letak ikut suka je. 

26 Oktober 2021 : Message Poster #1

27 Oktober 2021 : Lyric Concept Poster #1 - Alive

28 Oktober 2021 : Lyric Concept Poster #2 - Flame

29 Oktober 2021 : Message Film #1


Lepas message film ni ada gap yang lama sebelum next activity so B.I buat poll dekat Twitter tanya sama ada nak pilih dance practice video Flame moving version ataupun fix version. I pilih moving version sebab cantik video dia tapi bila tengok komen penuh dengan ID suruh yang belum vote tu supaya bagi sama 50% - 50%. 


Nampak macam mustahil tapi berjaya lol sampai B.I release dua-dua version. Dia dah la noob main Twitter, bila baru belajar buat poll dapat result 50-50 pulak. So 30 Oktober 2021, B.I release dua versi untuk dance practice video Flame. Tarikh yang sama, dia release Halloween video untuk ID yang sendu tak pergi mana-mana haha

01 November 2021 : Behind The Scene Message Film #1

02 November 2021 : Message Poster #2

03 November 2021 : Lyric Concept Poster #3 - Nineteen

04 November 2021 : Lyric Concept Poster #4 - Nerd ft Colde

05 November 2021 : Message Film #2


08 November 2021 : Message Poster #3

09 November 2021 : Lyric Concept Poster #5 - Lover

10 November 2021 : Lyric Concept Poster #6 - Cosmos

I seriously thought this is Bang Chan from Stray Kidz. Damnnnn so handsome!

11 November 2021 : Countdown Youtube Live [10 orang ID dipilih untuk join B.I]

Amazed dengan B.I bila dia bagi content tak henti sebelum album Cosmos keluar sebab sebelum ni dekat YG memang susah nak nampak diorang promote beria macam ni. Selalunya ada teaser lepastu countdown dekat vlive then keluar album lepastu diorang pergi tour. 

Yang tak bestnya cuma cover album je sebab B.I guna tema plaid. Ada 3 option untuk album box - Moon, Star dan Earth. Untuk Moon, album dekat dalam PVC pouch, Star pula ada box dan Earth ada photobook terus tanpa any protection. My pick is Star sebab ada kotak so lagi kemas kalau nak display dekat shelf. 


Now for the tracklist, lepas habis countdown terus dapat dengar full album sebab B.I update dekat Joox. Masa dia upload tu ada track Buddy Buddy jugak padahal dia cakap lagu tu untuk CD je, tak available untuk digital release. Bila dah habis satu album, I repeat balik tapi lagu Buddy Buddy dah hilang. Lewlz B.I ni kalau tak clumsy tak sah. 

1. Alive

Lagu yang dimulakan dengan rentak piano ni menggunakan genre lo-fi hip-hop dengan fast rap. Penceritaan pada lagu tentang fasa gelap B.I dan bangkit balik dengan penekanan pada lirik 'I'm alive, still alive' berulang kali. Ad-lib dalam lagu ni sama dengan lagu Waterfall dalam album sebelumnya which another print or mark from Kim Hanbin. 


Dalam message film ada scene B.I muncul dengan birthday cake. Subtle hint untuk Bobby yang wish birthday walaupun kena ban lepas kontroversi B.I? 

2. Nineteen

Intro lagu start dengan 'Leave Me Alone!' pun I dah suka sebab sarat dengan emotion. Sesuai lah dengan tajuk lagu dan lagu yang berkisar tentang umur 19 tahun. Tak matang lagi untuk buat keputusan tapi tak siberi peluang juga untuk buat keputusan. Kalau tengok dalam message film #2 yang B.I release tu boleh nampak beberapa situasi yang menyesakkan. 


I totally can relate with those situations. Umur yang tengah serabut mencari karakter. Dalam lagu ni ada genre hip-hop lo fi dengan pop rock dan sesuai sangat untuk jamming atau karok dalam kereta sebab keseimbangan pada vokal dan rap yang tak terlalu susah untuk kita follow. Having bad day? 19!

3. Cosmos 

Main track untuk album kedua B.I ni ada vibe zaman 50-an juga 80-an dan konsep yang diketengahkan ala The Beatles dengan adunan genre pop dan hip-hop. Berbeza dengan dua lagu sebelumnya, lagu Cosmos mempunyai rap yang laju dan ada tempoh bertenang pada bahagian korus. Bila nyanyi lagu ni biar B.I je yang nyanyi, ID buat fan chant haha

"You are my cosmossssss
My universe
Don’t close that shine that make you hard to stare at 
You are my cosmos 
My universe 
Don’t fall like the petals on a flower" - Cosmos


Lagu Cosmos ni macam ada vibe Christmas pun ye jugak mungkin sebab elemen happiness yang dimasukkan untuk menggambarkan keindahan jatuh cinta. Lagipun ada scene B.I buat avatar Santa Claus masa shaving. MV pula berlatarkan utopia dengan warna pastel dan retro. Sepanjang lagu Cosmos tu boleh nampak B.I ketengahkan beberapa jenis relationship dalam dunia. Sayang kepada haiwan, kepada parents, kawan ataupun life partner. Semua ni indah seperti bunga cosmos yang mekar pada musim bunga. 

Happy sangat tengok padang cosmos dekat bulan tu sebab bunga ni jadi cantik padahal sebelum ni nampak biasa je. Patut lah B.I bagi benih bunga Cosmos untuk ID yang daftar jadi ahli. Hint rupanya untuk album kedua dan hint juga yang bunga cosmos membawa maksud kegembiraan. 

4. Nerd

Lagu Nerd adalah lagu yang bernada rendah dengan genre R&B seolah-olah bisikan hati ataupun watak utama cuma menggumam sendiri tentang hidup dia sebagai seorang nerd. Konsep yang unik dengan irama dan alunan audio dari synthesizer menghadirkan vibe funky dan cool.


Tak kenal siapa Colde dan ni pertama kali dengar suara dia. Gabungan suara lembut Colde untuk vokal dan suara garau B.I pada rap buatkan lagu ni ada impak yang tersendiri dan emosi yang ditonjolkan antara kekuatan Nerd. 

5. Lover

B.I kembalikan semula genre lo-fi hip hop diadun bersama R&B dalam lagu Lover dengan lirik yang fun dan santai - 'My lover, lover, lover. You shoot me down bang bang! (Bang, bang)'. I tergelak at first lepastu melekat sampai lah terkejut dekat outro sebab B.I guna rentak berbeza. Kreatif, addictive dan kelakar at the same time. 

6. Flame 

Berkonsepkan rugged pop rock dengan dance choreography yang laju, B.I menggunakan lagu Flame sebagai penutup album. Permulaan album dan pengakhiran album ada vibe yang sama. 


Dalam message film ada part B.I kaburkan skrin besar dekat belakang dia dan dancers. I bet it's a hint untuk TV channel especially MNET yang kaburkan muka B.I masa Kingdom : Legendary War (2021) untuk footage iKON sedangkan hearing untuk kes B.I belum keluar lagi. Kaburkan muka untuk kesalahan berat seperti membunuh. 

Flow rap dalam lagu Flame pun laju juga dengan instrument high beat dan humming yang menambahkan elemen thriller dan rock. Lagu Flame juga sarat dengan vibe dari YG sebab konsep grunge dan bertenaga. For me Flame is the best song in Cosmos album. 

7. Buddy Buddy

Lagu istimewa untuk ID yang berkisarkan persahabatan dan ucapan ikhlas B.I kepada fans yang setia dengan dia masa susah dan senang. B.I bagitahu tak terbalas semua yang ID buat untuk dia tapi dia cuba tunaikan beberapa permintaan ID. 

“Your love, which is impossible to put into words, was what kept me alive even during the hard times. So now I want to love you forever. What is your cosmos? You are my cosmos.” - B.I to ID


Dah keluar album kedua ni, rasanya B.I dah boleh rest kejap sementara ID kumpul duit beli album ataupun tiket konsert. Masa dekat YG dulu maintain kaya je sebab iKON jarang ada comeback. Bila B.I buat solo ni memasing culture shock. Thanks for the love B.I jjanggg!

WARUNG WAK 3 : DARI WARUNG KE KAFE

Wednesday, 10 November 2021

Program hiburan terbitan rasmi Awesome TV, Warung Wak telah mendapat sambutan yang baik dari penonton sejak musim pertama sehingga musim kedua. Kini Warung Wak 3 kembali menemui peminatnya di slot Ohsem-tainment bermula 11 November 2021 nanti. 

Warung Wak 3 adalah sebuah program sitkom, bual bicara santai antara hos dan artis jemputan. Mengekalkan konsep yang sama pada musim lalu iaitu warung, musim ini Warung Wak sudah dinaiktaraf  kerana perniagaan Wak bertambah maju. 

Program sitkom ini dihoskan oleh pelawak terkenal Ropie Cecupak sebagai Wak Zaman iaitu pemilik Warung Wak. Manakala Brian atau nama sebenarnya Iskandar Norzaman pula menjadi pembantu beliau di Warung Wak. Bukan itu sahaja, kehadiran tukang masak yang baharu juga akan menceriakan lagi suasana warung tersebut.

Kebanyakan artis yang singgah di Warung Wak adalah pasangan suami isteri, adik beradik dan juga rakan artis. Wak Zaman juga dibantu oleh seorang tukang masak lagi iaitu Shuk Sahar yang akan berkongsi pelbagai resepi-resepi mudah dan juga menemu ramah artis jemputan tentang isu-isu dan topik yang menarik mengenai mereka.

Saksikan 13 episod Warung Wak 3 yang akan disiarkan setiap hari Khamis, pada jam 11.00 malam di  Astro, saluran 123, dan MyTV di saluran 112. Penonton juga boleh mengulang tonton melalui laman sesawang rasmi Awesome TV pada bila-bila masa.

Ikuti perkembangan Awesome TV, melalui kesemua akaun media sosial Awesome TV. Layari laman sesawang Awesome TV di www.awesometv.my atau muat turun aplikasi AwesomeTV di App Store atau Google Play Store untuk menonton siaran ulangan rancangan menarik  di Awesome TV. 

Instagram : @awesometv.my

Facebook: Awesome TV

Tik Tok: @awesometv.my

Twitter: Awesometv_my

Youtube: Awesome TV

Google Play Store: AwesomeTV

Meenakshi Sundareshwar Promotion Fashion Files | Sanya Malhotra

Monday, 8 November 2021

Suka sangat tengok style Sanya Malhotra masa promote movie Meenakshi Sundareshwar (2021) di beberapa tempat. Walaupun tak banyak sebab movie tu ditayangkan masa Diwali, tapi stylist Sanya bagi beberapa fashion look tradisional yang cantik. 

Bukan setakat main outfit je, set perhiasan dan dandanan rambut pun berbeza setiap kali Sanya buat penampilan untuk promosi. Disebabkan watak Meenakshi memang kebanyakannya mengenakan saree jadi Sanya pun stay dengan pakaian tradisional tersebut. Sesuai jugak lah dengan musim perayaan, boleh jadi inspirasi sekali kan.

1. Trailer Launch


Untuk trailer launch, Sanya memilih sari sutera berwarna royal blue dari Raw Mango dengan hiasan border tebal berwarna silver. Dari jauh memang menyerlah lah sebab warna dia terang tapi sayang lah bila hujung sari tu tertarik benang sampai crumpled macamtu. Kain sutera memang senang tertarik benangnya kan. 

Sanya nampak ayu dengan rambut disanggul besar di bahagian belakang dan mengenakan makeup nipis dengan rona merah jambu, sesuai dengan warna kulit dia yang cerah. Anting-anting dan bangle besar yang bermotifkan corak tradisional dari Curio Cottage Jewellery padan dengan main outfit. 

2. Hello Sunshine!


Suka sangat dengan lehenga yang sarat dengan manik di bahagian choli dan border dupatta berwarna coklat cerah yang dipadankan bersama warna kuning bunga matahari. Set Sunshine Yellow Lehenga ni dari butik Ridhima Basin dengan harga  Rs 62,000 sepasang. Warna kuning ni nampak padan dengan tona warna kulit Sanya buatkan dia nampak berseri dan tampilkan aura gembira walaupun material dupatta menggunakan cotton dan tak lut dek iron. 

Set anting-anting jhumka berwarna silver pula dari Minerali Store. Dalam gambar lain ada nampak dia pakai bangle bermotifkan corak tradisional dengan warna yang lebih kurang sama dengan corak baju. Rambut didandan dengan style braid longgar dan juntaian rambut untuk tambahkan drama pada stail. 

3. Black Abstract


Sebelum ni nampak Kiara Advani pakai lehenga dengan kain bermotifkan monochrome bersaiz besar dari butik yang sama, JJ Valaya. Kali ni untuk promo events movie Meenakshi Sundareshwar, Sanya juga pakai lehenga yang sama dari The Rumeli Collection Fall Winter 2021 (The Turks of Balkan). Ikshita choker dengan hiasan besi bercorak tradisional dipadankan bersama bangle besi dan Dayamai jhumka bersaiz kecil. Melengkapkan gaya dengan gaya rambut semi ponytail. 

4. Elegance Emerald


Lehenga sari dari label Ritika Mirchandani berwarna emerald ni mempunyai perhiasan yang sarat sebenarnya bila di bahagian dupatta dihiasi dengan jalur sequin dan corak segi empat  berbucu di bahagian border. Bahagian choli mempunyai corak yang sama manakala bahagian kain dibiarkan kosong supaya tak nampak sarat dan juga berat kepada si pemakai. 

Rambut Sanya didandan dengan sanggul longgar dengan juntaian rambut untuk menyerlahkan set anting-anting dengan batu permata berwarna hijau zamrud dari koleksi Riwaayat oleh butik Mozaati. 

5. Floral Printed


Criss cross halter neck flowy maxi dress dari koleksi Navras Red oleh label Anushree menjadi pilihan Sanya Malhotra. Kali ni Sanya cuma tampil serba ringkas dan minimal sebab dia cuma pakai earrings dengan corak bunga berwarna silver. Suka dengan metal earrings dia tapi tak pasti dari butik mana. Kali ni rambut dia disanggul tinggi dan mengenakan makeup yangg lebih gelap supaya nampak sepadan dengan main outfit. 

Outfit ni sebenarnya agak bahaya sebab dalam studio nampak cantik tapi dekat luar dia mengembang sampai Sanya nampak tenggelam dan berisi. Mungkin lagi cantik kalau Sanya pakai belt berwarna emas supaya boleh kawal maxi dress ni. 

Anyway, I happy tengok semua style Sanya Malhotra untuk promo events Meenakshi Sundareshwar sebab semua pun cantik belaka dan kebanyakannya diambil dari koleksi perayaan. Credit to Sukriti Grover dan Natasha Mathias!

Resipi | Sandwich Inkigayo

Masa tengok Youtube channel Chanwoo ternampak pulak resipi sandwich Inkigayo ni sebab dia banyak kali prepare sandwich ni. Maknae iKON ni paling jarang masak sebab malas satu hal, kembar dia tukang masak satu hal lagi. Kalau dia prepare sandwich ni maknanya betul-betul sedap dan terpaling senang. Bobby dengan DK pun happy bila makan sandwich ni.


Bahan pun tak banyak, nak prepare pun terpaling senang lah pendek kata. Masa tahun 2018 Sandwich Inkigayo ni trending sebab sedap. Ramai la idol stars suka makan kalau buat performance dekat sana. Bak kata Chanwoo entah pukul berapa mak cik kantin tu bangun pagi untuk siapkan sandwich ni. 


Resipi ni edisi derhaka tau sebab resipi asal guna spam tapi disebabkan spam halal banyak yang habis stok, terpaksa lah I guna chicken slice je. Sebelum ni I pernah guna sosej tapi tak jadi. Sedap tapi tak sama macam yang diorang makan sebab isi sosej tu tebal. Sembang macam pernah pergi kantin Inkigayo je 

Bahan-bahan:

- Roti potong (I guna roti potong Gardenia sebab lembut)
- Jam strawberry
- Chicken Slice
- Butter


Cara penyediaan:

1. Goreng chicken slice dengan butter sampai masak dan garing.
2. Sapu strawberry jam dekat roti. Banyak mana nak sapu jam tu ikut tekak masing-masing. 
3. Letak chicken slice di bahagian jam strawberry.


Kalau ikut resipi asal kena letak telur goreng tapi I lagi suka macam ni sebab you boleh rasa masin dan masam manis strawberry jam tu. Kalau chicken slice you garing lagi sedap sebab rasa crunchy bila makan. 

Senang je kan nak buat Sandwich Inkigayo ni. Yang lecehnya bila nak defrost chicken slice je lah. Kalau spam tu buka tin terus masak je. Kepada yang berminat nak try, selamat mencuba :)

Movie Review | Doctor (2021)

Sunday, 7 November 2021

Director : Nelson Dilipkumar

Writer : Nelson Dilipkumar

Cast : Sivakarthikeyan, Priyanka Arul Mohan, Archana Chandhoke

Production Company : Sivakarthikeyan Productions, KJR Studios

Distributor : KJR Studios, Netflix

Genre : Action / Black Comedy

Running Time : 150 minutes

Release Date : 9 October 2021

Trailer:



Dr. Varun (Sivakarthikeyan) yang bertugas di kem tentera dapat mesej dari tunang dia, Padmini (Priyanka Mohan) supaya berjumpa untuk putuskan pertunangan mereka berdua. Alasannya, Padmini tak tahan dengan layanan seperti robot bila Dr. Varun seorang yang emotionless. Kalau dia perlukan doctor, dia boleh pergi ke klinik tapi dia perlukan seseorang yang romantik dan care dengan dia. 

Tak lama lepas tu keluarga Padmini dapat berita Chinnu (Zaara Vineet) hilang bila dia pulang lebih awal dari sekolah. Bila disiasat, kemungkinan besar Chinnu diculik untuk human trafficking yang bertapak di Goa. Dengan kemahiran dan sifat perikemanusiaan, Varun bantu keluarga Padmini menjejak Chinnu. 


Bukan sesuatu yang mudah untuk guide satu keluarga biasa dalam operasi yang luar biasa. Varun dapat pertolongan dari pembantu di balai polis, Bhagat (Redin Kingsley) yang sentiasa menanti peluang untuk menjadi polis. Juga bantuan dari Kolonel James Anderson (Milind Soman) walaupun kemunculan dia macam Chipsmore. Sepanjang operasi tersebut pelbagai muslihat dan teknik yang digunakan sampai lah mereka berjumpa dengan Terry (Vinay Rai), dealer dalam market human trafficking tersebut. 

Banyak kali nampak tweets pasal movie Doctor ni lalu di timeline sebab best dan mendapat kutipan yang tinggi di box office sebab tu pilih untuk layan. Judging dari poster dan trailer, movie Doctor arahan dan penulisan Nelson ni more to action thriller tapi sebenarnya action dan black comedy. I tak pasti lah kalau I’m the one yang tak terhibur dengan elemen komedi dia ataupun komedi jenis tu adalah selera audience Tamil. Tapi scene Padmini minta Prathap (Yogi Babu) alih position dekat tiang sebab nak tengok Varun tu kelakar. 


As for trailer pun, pengarah dah letak semua scene penting dekat situ tapi nasib baik lah movie dia banyak lagi scene yang menarik untuk ditonton. Movie Doctor ni patutnya boleh dipendekkan lagi tapi pengarah sengaja letak scene ada seorang lagi tertinggal supaya Sivakarthikeyan boleh buat solo action stunt. Ye lah, dia producer kan, kena lah tinggalkan mark dia dekat dalam movie ni walaupun semua watak dah kena tone down habis terutamanya watak Padmini yang sengaja diolah sebagai seorang yang cantik tapi bodoh. Bukan I yang cakap tau, penulis yang letak dalam dialog dia. Mungkin kelakar untuk sesetengah orang lah kot.


Dah la dia sengaja drag scene Varun lawan Terry dekat basement lepastu dia masukkan pulak scene bazooka. Over tau. Dah elok sinematografi dia cantik sepanjang movie ni tiba-tiba dekat hujung cerita, pengarah letak scene meletup guna vfx tapi lemah. Kan dah cacat kat situ. Buat apa nak tunjuk kelemahan kalau kita boleh focus dekat kekuatan kita, betul tak? Bab sinematografi dari Vijay Kartik Kannan memang memukau dengan penggunaan filter dan grading tone yang cantik. Beberapa shot dari sudut yang kreatif pun menguatkan visual Doctor. 

Lakonan Sivakarthikeyan sebagai seorang yang robotik sebenarnya menghiburkan dan justified sebab dalam bidang dia kalau dia seorang yang beremosi, banyak kerja tak jalan. Macam scene dia argue dengan orang atasan antara nak selamatkan anak Major ataupun terrorist. Sama juga dengan scene Padmini bagitahu tentang pakcik dia yang akan meninggal 12 jam lagi sebab keadaan dia kritikal. Walaupun tak banyak dialog tapi lakonan dia beri impak pada penceritaan.


‘We may think about a million things before performing a surgery. But once the blade touches the body without having second thoughts or wondering whether we’ll succeed or fail, we should keep doing our job like a robot. In a situation like this, emotion is your worst enemy.’ - Dr. Varun

Walaupun I tak berapa suka dengan olahan movie Doctor ni tapi jalan cerita dia segar dan banyak idea unik dan menarik untuk ditonton. Action stunt mungkin bukan sesuatu yang mengagumkan tapi boleh lah nak layan kalau dah memang suka layan movie Tamil. Mungkin Nelson boleh bawa movie ni pergi ke Bollywood. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 5.7/10