Movie Review | Dybbuk : The Curse Is Real
Sunday, 31 October 2021
Director : Jay K
Writer : Jay K
Cast : Emraan Hashmi, Nikita Dutta, Manav Kaul, Imaad Shah, Darshana Banik, Yuri Suri, Denzil Smith, Resh Lamba, Anil George
Production Company : T-Series, Panorama Studios
Distributor : Amazon Prime Videos
Genre : Horror
Running Time : 112 minutes
Release Date : 29 October 2021
Trailer :
Bila tengok movie Dybbuk tentang kotak yang menyimpan roh jahat rasa macam familiar je kotak ni. Rupanya kotak misteri ni sama dengan kotak yang dibeli oleh Youtuber Princemeed sampai kena kacau walaupun dah berpindah rumah. Buang kotak tu dekat Karak pun kena kacau jugak. Sesuai betul tajuk movie ni untuk bagitahu orang yang sumpahan tu betul-betul wujud. Hmmm kesian.
Dalam sejarah mitos Yahudi, kotak Dybbuk dipercayai menyimpan roh si mati dan akan merasuk badan seseorang untuk melunaskan hajat ataupun membalas dendam. Dalam movie ni ada diceritakan lah macam mana upacara memindahkan roh dari badan kemudian masuk ke dalam Dybbuk ni.
Movie Dybbuk ni adalah official remake kepada movie Ezra (2017) yang ditulis dan diarahkan oleh orang yang sama, Jay K. I tak pernah tengok Ezra tapi kalau dah dibikin oleh orang yang sama, tak perlu lah kot nak tengok dua karya sebab dapat sentuhan yang sama kan? Bahasa dan pelakon je yang lain. Honestly I tengok movie ni sebab Emraan Hashmi je so I tak letak expectation tinggi pun untuk jalan cerita dia haha
Sembang pasal jalan cerita Dybbuk, tak jauh beza pun dengan template naskhah cerita seram yang lain. Sam Isaac (Emraan Hashmi) dan isteri dia, Mahi (Nikita Dutta) berpindah ke Mauritius lepas Sam dapat naik pangkat dan ditugaskan untuk jaga produk baru syarikat kimia tersebut. Sam happy je dapat pindah ke sana sebab dia nak Mahi keluar tengok dunia baru lepas keguguran.
Di Mauritius, Sam dengan Mahi tinggal di rumah yang disediakan oleh Syarikat Zyka. Rumahnya besar, cantik, dekat dengan kawasan laut dan mempunyai kejiranan yang baik. Tapi ketenangan tu tak lama pun bila Mahi beli kotak Dybbuk di kedai vintage yang baru sahaja kematian pekerjanya dalam keadaan yang ngeri.
Mahi sering diganggu oleh roh perempuan ataupun terdengar suara berbisik nama Ezra. Awalnya bila Mahi bagitahu pasal gangguan tu, Sam anggap tu semua halusinasi akibat tak cukup rehat tapi bila Sam sendiri yang kena kacau setiap malam, dia panggil Father Gabriel (Denzil Smith) datang ke rumah. Dari kotak Dybbuk tu mereka dapat berjumpa dengan Rabbi Benyamin (Anil George) dan anaknya Rabbi Markus (Manav Kaul).
Katanya roh dalam kotak Dybbuk ni tak akan mengganggu sekiranya dia tak jumpa perantara yang tak bersatu jiwa dan minda melainkan ada perempuan yang mengandung ataupun seseorang yang sakit mental. Kebetulan Sam dapat tahu Mahi mengandung tapi dia tak boleh nak happy lah sebab roh Ezra tu akan rasuk Mahi. Rabbi Markus larang Sam daripada gugurkan kandungan tu sebab badan Mahi tak kuat.
Movie Dybbuk ni tak lah seram mana pun sebab Nikita tak pandai berlakon langsung. Nak kata harapkan muka pun tak lah cantik yang wow pun. Tak tahu lah macam mana dia boleh terpilih untuk projek ni. Nasib baik lah ada Emraan dengan Manav Kaul yang memang berbakat tapi sayang lah sebab dialog lemah, olahan dan teknik penceritaan pun lemah.
Paling mengecewakan haruslah pada music album sebab movie Emraan Hashmi memang terkenal dengan lagu yang best. Lagu romantik pun tak ada dalam movie Dybbuk ni. Movie Emraan Hashmi untuk tahun ni boleh kata semuanya mengecewakan baik dari ceritanya ataupun music albumnya.
Berbeza dengan visual sebab sinematografi dari Satya Ponmar menghidupkan suasana seram baik di dalam rumah ataupun di luar. Scene paling seram bila Mahi bawa beg penuh dengan darah dekat luar rumah. Visual effects pun kemas dan hantu dia tak nampak kartun macam sesetengah movie seram yang lain. Ikutkan movie asal lebih panjang durasinya so babak seram dipaparkan dengan baik tapi bila edit ikut selera Bollywood, ada part kena cut off mungkin sebab tu la kot movie ni kurang umpph dia.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0 = 5.6/10