Selangor Tak Ada Air Lagi
Wednesday, 13 October 2021
Danial yang mendengar kata |
Masuk kerusi pun boleh.... |
Kak Nora beusaha gigih di pantry untuk tadah air |
Bila tak ada air, tisu dengan air minuman dekat Lotus' mesti kosong punya orang dah borong sakan. Anyway sepanjang 13hb Oktober sampai ke 16hb Oktober tu elok je ada air baik dekat rumah ataupun dekat office. So slow-slow je lah guna air tadahan tu sampai habis. Takkan nak buang ye dak?
Thanks Zahra!
Monday, 11 October 2021
Xiaomi Mi Electric Scooter
Sunday, 10 October 2021
Pagi-pagi lagi Ray dah tanya soalan takpe ke kalau dia letak scooter dia dekat parkir bawah. Ingatkan scooter yang motor skuter tu rupanya electric scooter. Kalau electric scooter baik bawak naik atas je sebab dekat area surau tu ada ruang nak simpan. Bukannya besar mana pun electric scooter dia since boleh lipat untuk disimpan.
Jangan tanya electric scooter dia jenis yang mana satu sebab tak sempat nak sembang dengan dia pun pasal benda ni. Tahu-tahu dah ada video Kak Nora main scooter tu sebelum Ray bawak naik atas. Kawasan Oasis Square ni pulak tak sibuk dengan kenderaan sangat belah pagi so setakat nak main lima minit macam kanak-kanak riang.
Tu cerita belah pagi, cerita belah petang, ramai pulak yang ambik turn nak main electric scooter tu dekat office. Ray lah jadi tukang ajar macam mana nak ride scooter tu sebab Ms Fisah brake guna kaki padahal boleh brake dia dekat handle. Ray cakap lampu dia terang jugak lah kalau nak ride waktu malam sebab dia selalu balik kerja lambat jugak lah.
Kelakar tengok perangai memasing ride scooter siap ada yang buat IGstory berangan jadi foodpanda hantar makanan dekat customer guna electric scooter ni. Kalau dua order boleh la nak berdiri lama macam tu, masuk ketiga dah give up lah cerita dia. Lenguh kot nak berdiri pergi sana sini.
Masa scroll Twitter haritu nampak lah dah ramai yang nak beli electric scooter ni buat pergi kerja tapi harga dia boleh tahan telan liur lah. Kalau hilang confirm menangis teruk tapi kalau jenis cermat jaga barang tak ada masalah kot kan.
Director : Kim Ji-hoon
Writer : Jeon Cheol-hong, Kim Jeong-han
Cast : Cha Seung-won, Kim Sung-kyun, Lee Kwang-soo, Kim Hye-jun
Production Company : The Tower Pictures
Distributor : Showbox
Genre : Disaster / Comedy
Running Time : 117 minutes
Release Date : 6 August 2021 (LFF), 11 August 11, 2021 (South Korea)
Trailer :
Lepas tengok video Tik Tok pasal mayat terbenam 13 meter dalam tanah lepas ditimpa serpihan besi bangunan tu, ada orang recommend movie Sinkhole. Bila tengok trailer terus impressed nak tengok full movie sebab belum pernah lagi ada natural disaster macam ni. Kira jalan cerita dia unik dan fresh. Genre movie ni pun komedi dengan kehadiran Lee Kwang-soo sebagai pelakon utama.
Park Dong-Won (Kim Sung-Kyun) baru berpindah ke Chungwoon Villa yang dijual dengan harga murah kerana terletak di kawasan pinggiran Seoul. Bila anak dia main guli dalam rumah, dia sedar yang bangunan tu senget dan terdapat beberapa rekahan ketara di dinding bangunan dan di kawasan laman. Dong-woon buat aduan kepada Jung Man-Soo (Cha Seung-Won), pemilik bangunan tersebut kemudiannya adakan mesyuarat dengan semua penghuni lain. Tapi masing-masing tak alami sebarang kerosakan ataupun perkara pelik.
Dong-woon tak senang duduk sebab lepas 11 tahun bekerja keras baru dia dapat beli rumah yang selesa untuk keluarga dia tapi dapat tahu ada defect pulak. Nak pindah rumah lain pun dekat mana dia nak korek duit untuk menyewa pulak? Nak jual balik rumah tu pun bukannya mudah untuk cari pembeli sebab lokasi tu pun macam kontroversi.
One thing you can learn from this situation, always do tons of background research before buying a house. Family dia boleh selamat kalau dia kaji dulu tempat tu sebelum beli. Rumah ni nak guna lama dan kalau rumah tu murah, mesti ada something yang tak kena unless dekat rural areas lah. Bukan setakat tengok defects je, tengok sekali dari sudut alam angker hshshs. No shit, this is serious.
Ada rumah dijual murah sebab ada kes bunuh diri ataupun kes pembunuhan. Tak boleh tidur malam kalau rumah ada hantu ni, bangun pagi ada bekas cakar lah lebam lah. Tidur malam dengar bunyi bising barang jatuh lah suara orang menangis lah.
Okay, back to the review. Pace movie ni agak perlahan pada first half sebab meleret dan try hard juga bila elemen komedi dimasukkan antara Dong-woon dengan Man-soo. Momentum cerita mula naik bila Kim Seung-Hyun (Lee Kwang-Soo) muncul sebagai pekerja di syarikat Man-soo dan datang bersama rakan sekerja lain untuk housewarming. Lemau jugak lah nak tunggu episod sinkhole tu terjadi. Dah mula risau dah kalau pengarah letak dekat second half movie.
Bila masuk part sinkhole tu rasa cuak sebab apartment tu jatuh sampai 500 meter ke dalam tanah. 6 meter pun dah terasa dalam, inikan pulak 500 meter. Sinematografi dari Shin Tae-ho dipaparkan dengan baik menggunakan green screen untuk menghidupkan suasana di bawah tanah. Tapi ada masanya vfx yang digunakan kelihatan seperti babak tersebut dilakonkan di dalam studio.
Disappointed dengan movie ni bila tak ada pun watak sampingan dari unit keselamatan yang jelaskan kenapa rumah tu boleh jatuh dalam tanah. Ada la pengarah letak dalam babak dekat pejabat tu tapi tak ada penjelasan rasmi. Merepek jugak bila tengok penduduk apartment sebelah tak nak bekerjasama sedangkan apartment diorang pun dah senget sebelah, takkan nak duduk situ lagi? Apa bantuan dari pihak kerajaan bila wujudnya kes sinkhole ni selain dari search and rescue?
Penceritaan movie ni terlampau ringkas tak seperti movie Exit (2019) yang lebih kemas garapannya baik dari segi entertainment ataupun social awareness. Not bad lah untuk tontonan santai.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.8/10
Movie Review | Perfect Strangers (2016)
Saturday, 9 October 2021
Director : Paolo Genovese
Writer : Paolo Genovese, Filippo Bologna, Paolo Costella, Paola Mammini, Rolando Ravello
Cast : Giuseppe Battiston, Anna Foglietta, Marco Giallini, Edoardo Leo, Valerio Mastandrea, Alba Rohrwacher, Kasia Smutniak
Production Company : Lotus Production
Distributor : Medusa Film
Genre : Drama
Running Time : 97 minutes
Release Date : 11 February 2016
Trailer :
Director : Kunal Deshmukh
Writer : Dheeraj Rattan, Pooja Surti, Shridhar Raghavan
Cast : Sunny Kaushal, Radhika Madan, Mohit Raina, Diana Penty, Vidhatri Bandi, Chirag Malhotra, Atul Kumar, Nazneen Madan
Production Company : T-Series, Maddock Films
Distributor : Disney+ Hotstar
Genre : Romance / Drama
Running Time : 146 minutes
Release Date : 1 October 2021
Trailer :
'Ira, if we hadn't met in London, we would've met in Paris. If not Paris, then Amsterdam. Ira, I'd have found you in any corner of the world, be it in any village, town or city... kyun ki tum kismat ho mera.' – Gautam
Joginder Dhillon a.k.a Jaggi (Sunny Kaushal) jatuh cinta dengan Kartika (Radhika Madan) di sports camp sejak pertama kali berjumpa di kolam renang. Sepanjang perkenalan mereka berdua, Jaggi banyak membantu Kartika untuk improve swimming skills dia sampai lah Jaggi dapat tahu yang Kartika akan berkahwin dengan calon pilihan keluarga tak lama lagi di London.
Puas Jaggi pujuk Kartika supaya batalkan perkahwinan tersebut tapi masih lagi dia bertegas dengan prinsip tentang hidup yang praktikal. Tak mungkin lah dia nak batalkan perkahwinan tersebut dan kecewakan hati kedua orang tua dia. Lagipun dia tak percaya dengan cinta Jaggi. Entah ya entah tidak Jaggi akan setia dengan dia sampai bila-bila.
Tapi Jaggi tetap dengan janji dia untuk berkahwin dengan Kartika. Dari India dia kumpul duit untuk ke London namun malangnya duit dia dicuri oleh travel agent. Terpaksa lah dia pergi ke London dengan cara haram, seludup masuk menggunakan lori tapi kantoi disebabkan Bilal (Chirag Malhotra) tak mampu tahan nafas selama 2 minit ketika pemeriksaan oleh pihak berkuasa.
Di sana Jaggi bertemu kembali Gautam (Mohit Raina) yang pernah ketuk pintu hati dia dengan ayat cinta kepada Ira (Diana Penty) dalam majlis perkahwinan mereka. Tapi ayat tu cuma ayat sebab mereka berdua bakal bercerai. Realiti hidup tak sama dengan apa yang dibayangkan pun. Bagi Gautam, Jaggi hanya buang masa dengan cinta. Jaggi pula rasa Gautam tak berusaha langsung untuk baiki hubungan cinta dia.
Masa tengok trailer movie Shiddat arahan Kunal Deshmukh ni ingatkan jalan cerita dia macam filem cinta drama yang lain. Tak sangka pulak watak Jaggi ni sanggup buat apa saja demi buktikan cinta dia pada Kartika. Movie Shiddat ni adalah movie kedua realisasikan ayat ‘lautan luas sanggup ku renang’ lepas watak Kabir Mehra buat keja gila dalam movie Dil Dhadakne Do (2015).
Mungkin kisah cinta Gautam dan Ira buat hati Jaggi tersentuh tapi kekuatan cinta Jaggi pada Kartika yang buka perspektif yang baru kepada Gautam. Penulis beri ruang kepada dua kisah cinta yang berbeza pendirian ni berkembang dengan bagus. One is realist meanwhile another one is madness. Pengajaran yang I dapat dari Shiddat ialah bersederhana.
Sinematografi hasil karya Amalendu Chaudhary antara kekuatan filem Shiddat bila visual yang dipaparkan tampak cantik dan menghidupkan suasana romantik juga drama sesuai dengan genre yang diketengahkan. Kudos to art and wardrobe team for their work. Diana Penty nampak menawan dalam babak hari perkahwinan dia bersama Gautam.
Music album Shiddat hasil duo komposer Sachin-Jigar dengan lirik yang dikarang oleh Kausar Munir, Priya Saraiya, Kunwar Juneja dan Manan Bhardwaj. Semua lagu mempunyai elemen romantik especially title song – Shiddat yang menegaskan tentang passion. Tapi lirik Shiddat ni mengundang sebab dia sanjung kekasih dia sampai nak jadikan Tuhan so I mungkin enjoy lagu-lagu lain je.
Antara sebab lain I suka movie Shiddat ni bila lead and second lead pairing adalah fresh pairing and both pairing have great chemistry. Bab lakonan dan kisah cinta yang logik, of course I’ll go for Gautam and Ira. I do admire Jaggi’s determination, passion and madness but not to that extend. One need to learn their limit. Anyway I feel grateful sebab team production hasilkan genre romantic drama setelah sekian lama Bollywood ketepikan genre ni dan beralih ke biopic.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.7/10
Director : Yanyong Kuruangkura
Writer : Yanyong Kuruangkura
Cast : Baifern Pimchanok Leuwisetpaiboon, Achita Pramoj Na Ayudhya, Dan Aaron Ramnarong, Vaan Chanintorn Jitpreeda, Phone Chonlakarn Puangnoy, Mam Vichuda Pindum
Production Company : Mono Pictures
Distributor : Netflix
Genre : Time travel / Romance / Comedy
Running Time : 111 minutes
Release Date : 19 March, 2015
Trailer :
Masa scroll dekat Netflix ternampak poster ada muka Baifern sebagai heroin, terus tekan play sebab suka dengan lakonan dia. Masa tu tak tahu pun movie ni ditayangkan pada tahun 2015 sebab konsep dan tema movie ni pun berkisarkan time travel di mana Kong (Dan Aaron Ramnarong) balik ke zaman 90-an dan berkenalan dengan bapa dia, Tam (Vaan Chanintorn Jitpreeda).
Hubungan Kong dengan ayah dia tak baik pun sebab di mata dia, Tam ni sibuk dengan kerja dan selalu abaikan keluarga. Bila balik je mesti lukakan hati mak dia, Mam (Mam Vichuda Pindum). Ada saja yang tak kena dan nama yang selalu menjadi punca haruslah nama Som (Baifern Pimchanok Leuwisetpaiboon).
Bila Kong patah balik ke zaman 1994, dia dapat kenal siapa sebenarnya Som dan kenapa Tam sentiasa prihatin dan ambil berat. Majikan Tam bagitahu yang Som adalah adik kepada kawan baik Tam yang meninggal secara mengejut. Siapa nak jaga Som yang yatim dan sebatang kara di situ? Dalam diam, Som simpan perasaan dengan Tam dan berharap agar Tam putus dengan Mam.
Putus pun, belum tentu Tam nak terima Som sebab dia anggap tak lebih dari seorang adik. Sayang dia pada Mam memang dalam sampaikan sanggup berkorban untuk kebahagiaan Mam. Kelakar bila Kong sampai dekat zaman 90-an tu bila dia serabut nak adapt. Pelik dia tengok perangai Som yang sanggup dating berjumpa Tam untuk bagitahu sepatah dua perkataan je. Kan senang kalau hantar text dekat LINE je.
Zaman tu nak telefon pun kena fikir ayat ataupun prepare skrip dulu sebab rate mahal. Sekarang ni bersepah telco yang offer pakej unlimited calls. Ada internet laju dah boleh WhatsApp call ataupun Zoom. Tak payah nak naik bas ataupun motor datang jumpa orang tersebut. Petrol mahal :’)
Tarikan movie ni bukanlah pada kisah cinta bersegi antara Som, Tam, Mam mahupun Kong tapi kepada suasana dan props yang wujud pada zaman 80-an. Dalam bilik penuh bertampal poster band alternative rock yang mendapat tempat di hati remaja. Tam dan Som ada minat yang sama sebab tu senang untuk Som jatuh cinta di saat dia kehilangan tempat bergantung. Kesian dekat Tam jugak sebab tersepit antara dua. Nak salahkan Mam pun tak boleh jugak sebab dia boleh nampak agenda sebenar Som. Kira tepat lah keputusan takdir untuk hantar Kong balik ke zaman 90-an tu.
‘I'd rather spend my time here making good memories than living with regret.’ - Som
Memandangkan genre movie ni ringan je tapi lakonan Baifern tetap menyerlah dan mencuri tumpuan dalam kesemua scene dia sepanjang 111 minit tayangan. Sayangnya chemistry dia dengan Dan Aaron Ramnarong kelihatan lemah sampaikan kisah cinta mereka tak meninggalkan impak mendalam. Mungkin sebab Dan masih kekok ataupun dia tak selesa dengan watak Kong atau co-star dia.
Nasib baik visual dengan summer grading tone dan music score yang sarat dengan lagu-lagu genre alternatives dihimpunkan untuk menaikkan mood dan sesuai dengan jalan cerita yang dipaparkan oleh pengarah dan penulis Yanyong Kuruangkura. Not bad lah nak layan tapi rasa macam lagi menarik kalau dikembangkan lagi kisah cinta Mam dengan Tam. At least ada la jugak kisah cinta yang kuat sebagai menepati kehendak genre kan?
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7/10
Fashion Files | Aishwarya Rai at Paris Fashion Week 2021
Tuesday, 5 October 2021
Tahun 2021 dan Aishwarya Rai Bachchan masih lagi bertahan sebagai duta jenama kepada produk kecantikan terkenal, L'oreal dan tahun ni merupakan tahun keempat outdoor ramp walk diadakan untuk menyebarkan kempen kepada wanita. Tema pada tahun ni ialah pemerkasaan wanita dan anti-street harassment.
Selain Aishwarya, duta yang lain pun turut serta juga dalam event ni macam Katherine Langford, Helen Mirren, Liya Kebede, Cindy Bruna, Marie Bochet, Camila Cabello dan lain-lain. Tapi taknak sembang banyak pasal event tu sebab nak fokus dekat style Aishwarya Rai dekat sana. Untuk ramp walk ni, Aish pilih gaun berwarna putih dari Le Défilé L’Oréal Paris 2021 Womenswear Spring/Summer 2022 Collections. Tak pasti lah inner putih tu datang sekali ataupun Aish yang sengaja alter supaya tak mengundang kontroversi dari media.