Alang-alang dah pergi ke area Pasar Seni, why not singgah dinner sekali dekat sana kan sebab banyak cafe cantik macam Leaf & Co. cafe ni. Lepas borong bunga dekat Lee Wah Florist, jalan selang dua blok, dah jumpa cafe yang bergabung dengan hostel untuk backpackers.
Dekat depan cafe pun dah ramai yang beratur tunggu meja kosong. Masa tu in split jugak lah nak pergi Mingle Cafe ke Leaf & Co. sebab terletak bersebelahan. Rating dan review untuk kedua-dua cafe pun lebih kurang je. sudahnya pilih Leaf & Co. bila tengok Mingle Cafe penuh. Sebelum masuk pun dah boleh nampak menu apa yang Leaf & Co. cafe offer kepada customer. Ada menu Western, Nusantara dan Korea.
Uniknya interior Leaf & Co. cafe ni bila dia guna konsep vintage dan raw. Dinding terkopek cat pun boleh nampak cantik kalau dapat dekat tangan orang yang berseni. Nak makan dekat sini kena pilih elok-elok dining table sebab tak semua table sama. Ada yang kayu, ada yang besi, ada yang tinggi ataupun rendah. Tapi kalau dah peak hour, redho je lah dapat dekat mana pun.
Dekat tingkat atas sepatutnya ada hostel tapi dah kena tutup sebab PKP lah kot. Masa datang sini agak creepy lah untuk tengok atas sebab macam bangunan terbiar. Ada nampak uncang kecil dekat border tingkap tingkat atas tu tapi husnuzon je lah tu uncang goodies penuh dengan candy tsskkkk... memang tak lah aku nak ambik gambar kang ada benda lain kang haaaa
Tempat yang kitorang dapat ni agak ke belakang lepastu gelap pulak tu. Terpaksa lah cari filter dekat IG yang cerah supaya nampak muka bila bergambar. Kalau dapat meja dekat belakang I tu mesti syok sebab lighting cantik, deco pun Instagrammable. But that's okay lah sebab masa tu bateri smartphone dah hujung nyawa dah, lucky for us meja tu ada port untuk charge.
Walaupun sebelum masuk tu dah tengok rating cafe ni berapa tapi I tak sempat tengok menu yang mana laku keras ataupun yang perlu avoid. Gamble je lah pilih Meatball Cheese dengan fries, Nutella Cheesecake, Hazelnut Latte dengan Rose Latte.
Ambil masa yang lama jugak untuk order I sampai sebab barista dia bancuh air terlampau tenang lagaknya. Kalaupun nak bancuh air lama cenggitu, bukan ke cafe patut bagi sky juice supaya tekak customer tak kering? Barista Starbucks pun tak bancuh lama macam ni.
Makanan lambat sampai I boleh faham sebab chef ada sorang je nak masak semua order tapi kalau air pun kena tunggu setengah jam, memang rasa nak marah. Tak special pun rasa dia, heck I feel latte dekat Family Mart lagi sedap dan lebih murah. Nasib baik Nutella Cheesecake dia sedap, kurang sikit rasa marah tu.
Masa main dish sampai macam ehhhhh jap sebab gravy dia banyak sampai boleh bau tomato tu. Kembang tekak nak makan sebab I tak lah minat sangat dengan bolognese. Cair pulak tu. Nasib baik meatball dengan cheese dia sedap dan dia tak kedekut letak cheese banyak. Bila nak makan meatball pun boleh main tarik tinggi.
I don't think I akan datang balik untuk makan dekat sini sebab service dia teruk. Kalau nampak ada orang beratur dekat luar tu bukan sebab penuh sangat dekat dalam tapi sebab kena tunggu lama untuk dapat makanan atau minuman. Kinda overrated price for something yang you boleh enjoy makan dekat tempat lain.
Selepas episod duka yang melanda industri perhotelan negara dek kerana pandemik covid-19, Koptown EDC Hotel kembali dibuka secara rasmi kepada pengunjung dan pelanggan setia. Koptown EDC Hotel Kuala Lumpur terletak dengan strategik di sepanjang Jalan Raja Laut.
EDC Hotel Kuala Lumpur menawarkan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang bertaraf 3 bintang sesuai dengan tagline 'Everyone Deserves Comfort'. Hotel ini mempunyai 242 bilik termasuk 6 suite terdiri daripada kategori bilik Deluxe ‘A’ & ‘C’ Wings. Terdapat beberapa jenis bilik yang hotel tawarkan seperti Standard Room, Standard Triple, Deluxe Room, Deluxe Triple, Junior Suite, Ambassador Suite dan Presidential Suite.
i. Standard Room
Standard Room mempunyai dua katil besar untuk memuatkan 2 orang dalam satu bilik di mana terdapat penghawa dingin, tempat membuat kopi dan teh, TV dan pemanas air.
ii. Ambassador Suite
Ambassador Suite pula dilengkapi dengan pelbagai perabot tambahan seperti tub mandi, ruang makan, ruang tamu dan pelbagai lagi.
iii. Presidential Suite
Akhir sekali, Presidential Suite adalah bilik yang luas dan selesa, sesuai untuk orang yang berjawatan seperti Menteri-menteri, Presiden dan lain-lain lagi.
Junior Suite, Ambassador Suite dan Presidential Suite terletak di tingkat paling atas dan kemudahan yang terdapat di tingkat paling atas adalah Sky Lounge, dihiasi pemandangan Chow Kit dan terdapat ruang bilik yang luas dilengkapi dengan ruang makan, ruang tetamu untuk mengadakan perbincangan.
Selain itu, Koptown EDC Hotel mempunyai beberapa outlet iaitu Sudirman Cafe, Restoran Sri Raja Laut dan juga Manager’s Coffee. Selain memiliki 242 buah bilik dengan enam daripadanya terdiri daripada bilik jenis Suite, hotel ini turut menawarkan kemudahan untuk mesyuarat dan acara meliputi Ballroom yang boleh memuatkan 500 orang, bilik seminar, Board Room.
Antara majlis-majlis yang sesuai diadakan di Ballroom ini ialah majlis perkahwinan, seminar, mesyuarat, sidang media dan majlis-majlis keraian seperti sambutan hari lahir, majlis makan malam dan majlis perpisahan syarikat. Kesemua bilik mesyuarat dilengkapi dengan teknologi terkini.
My personal favorite, Mee Rebus Ketam Kulim sebab kuah dia ada rasa manis ketam dengan manis tulang daging. Walaupun kuah dia Nampak pekat tapi bila masuk dalam mulut dia melt tapi teraasa kaya dengan bahan utama. Dessert pula makan serawa durian dengan pulut lembut. Pendek kata, memang sedap jadi tak rugi kalau stay dekat Koptown EDC Hotel sambal menikmati suasana kehidupan di Chow Kit yang pernah diangkat dalam lagu penyanyi legenda.
Bertambah meriah bila selebriti undangan, Apek Senario, Yassin Senario dan Ayahanda Rani Kulup turut hadir ke majlis perasmian pembukaan Koptown EDC Hotel. Dekat majlis ni juga Apek dengan Yassin bagitahu Senario akan buat reunion dan comeback dengan movie di bawah arahan Aziz M. Osman.
Terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan awam berdekatan dengan hotel ini seperti Stesen KL Monorail Chow Kit (600m), Stesen LRT PWTC (500m), Stesen LRT Sultan Ismail (600m) dan juga Stesen KTM Putra (700m) sahaja. Terdapat kemudahan Free Shuttle Service juga disediakan untuk tetamu- tetamu yang hendak bersiar-siar atau membeli belah di SOGO, Sunway Putra Mall dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Tempahan bilik secara online juga dibuka melalui Agoda, Booking.Com dan Expedia. Koptown EDC Hotel juga mempunyai pelbagai promosi makanan seperti ‘Ladies Lunch’ pada harga RM 18.80 nett untuk seorang dan caj servis penghantaran makanan bermula dari harga RM 10.90 nett. Untuk tempahan, anda boleh menghubungi di talian 03-4051 9191.
Hari Jumaat lepas kitoang lunch dekat Kapitan sebab dah lama pulak tak lepak dekat situ tapi turun lambat sikit sebab sibuk siaapkan agreement untuk client. Terpaksa siapkan dulu sebelum makan sebab takut tak sempat siap sebelum pukul 4 petang. Dah siap baru lega nak turun lunch. Kalau tak, makan pun tak senang ye dak?
Lepas dah habis makan, tengah syok menyembang sementara nak habskan air, kitornag nampak trak BOMBA masuk perkarangan Oasis Square Ara Damansara. Sepanjang dekat sini belum pernah lagi nampak trak merah ni masuk. Kalau boss I pernah lah sekali masa office kitorang terbakar tahun 2017 hahaha
Kemain lah kitorang cepat-cepat makan pastu bayar then menempek dekat depan ni. Bak kata Danial, boleh jadi content ni. Tanya sana sini, dapat la cerita yang owner kereta Honda tu call BOMBA sebab dia nampak ada ular dekat kereta. Lama jugak ye kitorang tunggu dekat sini sebab nak tengok BOMBA tangkap ular. Dalam masa yang sama risau jugak ular tu lari dekat kitorang. Haaa tak ke naya
Akak cleaner : Tu kenapa ya? Ada apa ya?
SN : Ada ular tu kak. Ni akak lah ni tak sapu betul-betul, kan ular dah datang buat sarang
Akak cleaner : Isyhhh akak sapu lah, dari hujung sana sampai hujung sana!
Disclaimer : Gurauan semata
*********************
Ahso : What's happening ah? Kenapa tu BOMBA datang?
Me : Ada ular dekat kereta dia
Ahso : Uisyhhh city also got snake ah?
T.T
************************
IR : Ana, cerita ular ni mesti sampai Indonesia
Me : Aikkk jauhnya pergi sana?
IR : Tu kau tengok geng Kak Wati dah buat video call dengan orang kampung dia
********************************
Selama setengah jam kitorang tercongok dekat situ, tak nampak pun ularnya. Penat abang BOMBA tu dok belek sana sini siap terbaring sampai terhantuk dekat but kawan dia. Sudahnya kitorang naik je sebab panas. Danial dengan Ray stay lagi dekat bawah sebab nak tengok ular tu. 15 minit lepas tu diorang hantar whatsapp cakap dah jumpa ularnya. Besar katanya.
Bila tengok gambar hmmmm k, ni lah ularnya. Biasalah #HambarJumaat
Di sekolah Oh Ji-Soo (Kim Dong-Hee) adalah loser di mata pelajar lain tapi murid yang cemerlang di mata para guru. Untuk bayar yuran sekolah dan yuran tuisyen, dia bekerja sebagai security provider kepada beberapa pelanggan yang memerlukan khidmat tersebut. Ji-soo upah Mr. Lee (Choi Min-Soo), pesara tentera sebagai pekerja tunggal dan komited dengan kerja tersebut.
Pelanggan utama syarikat dia adalah pelacur yang mempunyai pekerja bawah umur, Min-Hee (Jung Da-Bin). Mempunyai alasan yang sama dengan Ji-soo, Min-hee perlukan duit yang mudah dan cepat untuk tanggung makan minum boyfriend dia, Kitae (Nam Yoon-su). Semuanya berjalan dengan lancar untuk Ji-soo dan plan dia untuk kumpul dia supaya dapat ambil exam SAT pada tahun depan pun bakal tercapai.
Malangnya impian dia hancur bila Bae Gyuri (Park Joo-Hyun) curi handphone dan dapat tahu kegiatan haram tersebut kemudiannya ugut tanpa henti supaya Ji-soo ikut semua perintah dia. Sakit hati masa tengok scene ni sebab gara-gara Gyuri, habis semua duit Ji-soo kena kebas dengan ayah tak guna dia (Park Ho-San). Bukannya Gyuri nak duit sangat pun sebab dia dari keluarga kaya dan bakal dilantik sebagai CEO.
Masa tengok Ji-soo menangis sebab kecewa ditipu oleh ayah dia dan Gyuri tu boleh rasa level remuk dia sampai ikut menangis sekali. Ingat senang ke nak kumpul duit? Dah lah hidup tak kacau orang tiba-tiba kena game sampai macam tu sekali. Kena buli pun hadap je selagi tak tarik perhatian sesiapa dekat sekolah.
Sakit hati jugak dengan Min-hee sebab dia punca Ji-soo terpaksa call polis untuk selamatkan dia sedangkan Mr. Lee dah larang dia untuk bekerja lepas insiden pelanggan psiko. Syarikat Ji-soo dah larang untuk terima pelanggan psiko tu sebab dah jadi kes. Kalau ikutkan polisi syarikat sekuriti dari Ji-soo memang patut sangat diorang refuse untuk selamatkan Min-hee. Dah la minor, degil pulak tu. Ada hati nak sembang pasal undang-undang dan akta pekerja.
Tapi setinggi mana level menyampah dengan watak Min-hee dan Gyuri pun, kena terima jugak bila latar drama genre jenayah ni berkisarkan kehidupan remaja. Bijak tapi insensitive. Bijak tapi belum matang buat keputusan. Semua keputusan yang Gyuri, Ji-soo, Min-hee dengan Kitae buat adalah keputusan jangka masa pendek. Dan ni adalah essence yang membuatkan drama Extracurricular menarik bila pengarah olah serealistik yang mungkin.
Masa tengok babak tu mungkin kita akan cakap haa kenapa tak buat macam ni atau macam tu, kenapa nak pilih jalan yang macam tu sebab kita tak ada dalam situasi dia. Watak Oji bukan watak hero yang one step ahead walaupun dia selalu dapat skor tinggi dalam exam. Dia membesar dalam situasi yang toxic sampaikan kesihatan mental dia terjejas. Pilihan dia terhad sebab dunia dia kecil dan sempit. Bak kata Mr. Lee, nasib dia dan Oji malang sangat dalam kehidupan.
Selain dari konsep dan jalan cerita yang segar dan unik, lakonan yang cemerlang diperhebatkan lagi dengan visual yang menarik dan music score berentak upbeat dan catchy. Semua faktor ni buatkan drama terbitan Netflix dipaparkan dengan bagus dengan mesej sosial yang sarat mengenai masalah sosio-ekonomi di negara tersebut.
Walaupun pada pertengahan drama, momentum mula menurun tapi bila masuk watak owner Banana Karaoke Club jadi menarik balik. Sepatutnya drama ni habis pada episod 9 tapi penulis nak jugak stretch supaya watak Oji kononnya dapat hukuman dunia. Berapa banyak lagi watak Oji kena uji sampai hati penulis puas? Just end it in a fun way lah.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.8/10
Kau Takdirku mengisahkan Kamar (Remy Ishak) yang lemas di sungai kemudiannya terselamat kerana kain batik yang berada pada bayi perempuan di pinggir sungai. Rasa bersyukur dengan peluang yang diberikan, Kamar bawa bayi tersebut pulang ke rumah.
‘Kamar jumpa ni di tepi sungai. Kamar nak jaga dia boleh? Siapa yang jumpa dia punya, kan?’
Dari kecil sehingga lah Alya (Ezzaty Abdullah) besar, memang tak pernah dia berenggang dengan Kamar dan sebagai abang yang protective, ke mana saja Alya pergi pun dia akan ikut sekali. Kawan-kawan Alya mengusik bila mereka perlu jalani latihan industri di sebuah pulau selama 3 bulan. Kamar awalnya membantah keputusan Alya sebab jurulatih di sana adalah kawan baik dia yang terkenal dengan perangai kaki perempuan. Dia tak nak Alya jadi salah seorang mangsa godaan Haris (Bront Palarae).
Tapi kalau dah jodoh, dihalang macam mana pun tetap juga akan bersama. Alya buat keputusan untuk berkahwin dengan Haris selepas grad dan Kamar berpindah keluar dari rumah neneknya. Nak ubatkan hati yang terluka sebenarnya bila Alya diambil orang padahal dari kecil Kamar anggap Alya lebih dari seorang adik. Nenek (Kartina Aziz) dah lama perasan bila Kamar selalu mengelak untuk berjumpa dengan perempuan lain.
Sebelum ni tak pernah tahu kewujudan movie terbitan Grand Brilliance padahal ada Bront Palarae sebagai pelakon utama. Bila nampak dekat Netflix terus layan kisah cinta tiga segi arahan dan penulisan karya Jason Chong. Penceritaan Kau Takdirku agak meleset dari apa yang I jangka sebab tajuk dan babak awal juga beberapa hint tunjuk yang Alya adalah takdir Kamar tapi bila dekat ending berubah pula cerita dia.
Plot dia pun macam terlampau ringan dan ringkas untuk dipaparkan selama 93 minit. Personally I rasa kisah cinta tiga segi ni elok jadi telefilem je sebab elemen drama dan melankolik tak disampaikan dengan emosi yang tepat. Pendirian Alya pun senang berubah mengikut kehendak penulis. Bila cerita tu perlu bersimpati dengan Kamar, hati Alya beralih kepada Kamar dan bila Haris nak bawa diri, hati Alya pindah perasaan kepada Haris pula. Tapi logik lah sebab dalam dunia Alya pun ada Kamar dengan Haris je. Tak sempat nak keluar teroka dunia luar, dah kena ikat dengan perkahwinan dan tanggungjawab.
Cara pengarah mewujudkan konflik pun kelihatan merepek terutamanya bila watak Haris beria nak turun laut dalam untuk mencari mutiara cantik buat Alya sedangkan cuaca masa tu buruk. Pengarah tunjuk ada angin kuat dan kilat dalam babak tu. Kita orang biasa ni pun tahu betapa bahayanya turun laut masa tu tapi watak Haris yang memang tinggal di laut tak peduli asalkan dia dapat apa yang dia nak.
Sinematografi dan visual movie Kau Takdirku nampak cantik dan menarik sebab lokasi penggambaran dibuat di Pulau Tioman dan Pulau Langkawi. Even rumah Nenek tu pun cantik dengan props yang moden walaupun rumah tu dah berapa banyak kali dah muncul dalam beberapa filem, telefilem atau drama tempatan. OST dari Datin Alyah pun sesuai dengan mood melankolik movie ni.
Movie ni dah lama kena peram atas sebab-sebab tertentu jadi bila muncul pada tahun 2017 memang kurang lah mendapat sambutan sedangkan selera penonton dah keluar dari cerita air mata macam ni. Okay lah kot dapat masuk Netflix, boleh lah nak buat balik modal. Boleh lah fans Remy ataupun Bront layan untuk hilangkan rindu.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10
Cast : Jo Byung-gyu, Yoo Jun-sang, Kim Se-jeong, Yeom Hye-ran, Ahn Suk-Hwan, Moon Sook, Kim So-ra, Eun Ye-jun, Lee Chan-hyung, Jung Won-chang, Jeon Seok-ho, Son Yeo-eun, Sung Ji-ru, Lee Ji-won, Choi Yoon-young
Production Company : Studio Dragon / Neo Entertainment
Distributor : OCN / Netflix
Genre : Fiction / Mystery / Thriller / Action
Running Episodes : 16 episodes (70 minutes per episode)
Release Date : 28 November 2020 – 24 January 2021
Trailer :
Diadaptasikan dari webtoon popular, Amazing Rumor atau Amazing So-mun yang dihasilkan oleh Jang Yi, drama terbitan Studio Dragon, The Uncanny Counter mengisahkan sekumpulan Counter yang memburu roh jahat untuk dihantar ke alam barzakh ataupun dipanggil Yung. Manusia yang dipilih menjadi Counter ialah yang berhati baik tapi kemudiannya koma. Kira dapat peluang untuk hidup balik dengan kuasa tersendiri dan berhubung dengan pengantara di Yung.
Detektif Ga Mo-tak (Yoo Jun-sang) mempunyai kuasa psychometry dan kekuatan berganda. Sama juga Do Ha-na (Kim Se-jeong) tapi bezanya bila dia boleh mengesan roh jahat beberapa kilometer dan boleh baca atau masuk ke dalam memori seseorang. Ms Choo (Yeom Hye-ran) pula mempunyai kuasa untuk pulihkan atau sembuhkan luka luar atau dalaman.
Selepas kematian Counter Jang Cheol-joong (Sung Ji-ru) akibat dibunuh oleh roh jahat Ji Chung-sin (Lee Hong-nae) dalam episod pertama, pengantara Wi-gen (Moon Sook) terpaksa mencari host baru atau dia akan lenyap dari dua dunia tersebut. Dalam pencarian tersebut dia masuk ke dalam badan So Mun (Jo Byung-gyu). Aneh sebab So Mun tak koma tapi tengah berjalan keluar dari mall dengan kawan-kawan dia.
Kuasa So Mun pula lebih hebat dari mereka yang lainnya bila dia boleh seru territory Yung datang ke dunia manusia. Dia pun ada kekuatan yang sama seperti Ga Mo-tak dan mendiang Cheol-joong. Malangnya dia masih lagi muda dan mudah ikut perasaan dalam buat keputusan sampai membahayakan nyawa dia, Wi-gen dan ahli Counter yang lain. Sebab dia juga Ji Chung-sin dapat peluang untuk bunuh lebih ramai orang dan makan roh orang baik.
Memandangkan drama terbitan Netflix Originals ni adalah adaptasi dari webtoon jadi tak ada masalah untuk pengarah dan penulis untuk olah dan kembangkan dalam spektrum visual dengan lebih menarik. Penggunaan vfx memang banyak tambah pula bila babak yang melibatkan territory tapi semuanya disunting dengan baik dan cantik. Bukan So Mun je excited main dengan cahaya territory, kita yang tengok ni pun amazed sebab cantik.
Alur cerita The Uncanny Counter santai dan mudah difahami tentang dunia Yung dan dunia manusia walaupun ada konflik politik dan misteri pembunuhan yang disorok oleh pengarah. Sampai ke hujung cerita baru nampak apa misteri yang melibatkan watak-watak antagonis dan macam mana So Mun dengan Detektif Ga Mo-tak saling berkait. Vibe drama ni macam franchise X-Men Cuma identiti Counter perlu dirahsiakan dan bekerja di kedai mi kuah.
For me drama ni jadi menarik sebab kekuatan lakonan Jo Byung-gyu sebagai So Mun sebab dia deliver dan ekspresikan watak dia dengan cemerlang dalam kesemua babak. Tak kisah lah babak solo ataupun berkongsi dengan pelakon senior yang lain. Entah berapa kali menangis bila tengok dia menangis padahal drama ni dark thriller. Action stunt pun sharp dan kemas dengan transition dan camera angle yang menarik.
Sekarang ni semua cast tengah shooting untuk Season 2 dan mungkin akan ditayangkan pada pertengahan tahun depan. Harapnya dalam Season 2 nanti So Mun atau pengantara di Yung jumpa alternatif untuk sembuhkan healer sebab masalah Counter bila healer cedera teruk, tak ada siapa yang boleh ubatkan walhal kesihatan Ms Chu dah mula merosot disebabkan faktor usia juga.
Nak tahu juga roh jahat jenis apa pula yang akan diburu oleh Counter sebab dalam Season 2 nanti diorang kena jaga satu Korea bukan lagi terhad dekat kawasan Jungjin. Macam mana So Mun boleh tarik Wi-gen dan kuasa makin bertambah hebat pun masih belum dijelaskan lagi. Tak sabarnya nak tengok!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Khas untuk Saras, kopi yang dibancuh berbeza dengan kopi-kopi lain bila Jat menggunakan kopi Tembang Manis. Kopi ni adalah hasil gabungan tiga jenis biji kopi – Robusta dari Banaran, Arabica dari Temanggung dan yang terakhir ialah Excelsa dari Wonosobo. Sebelum dikisar, kesemua biji kopi perlu digongseng (dipanggang) dahulu.
Tarikan utama filem Sobat Ambyar (The Heartbroken Club) yang diarahkan oleh dua pengarah - Charles Gozali dan Bagus Bramanti ni adalah penampilan istimewa oleh penyanyi terkenal, Didi Kempot yang diberi nama jolokan King of Heartbroken Songs. Movie ni adalah movie yang pertama dan yang terakhir dia buat penampilan khas. Watak Jat juga adalah peminat setia penyanyi tersebut.
Dari tajuk movie pun dah boleh agak perjalanan cerita macam mana cuma kita tak tahu perjalanan ceritanya sahaja bagaimana. Masa tengok Saras bagitahu pasal lelaki-lelaki yang mengganggu dia pun dah tahu perangai dia macam mana cuma watak Jat ni terlampau naïf sebab karakter dia pun pemalu. Memang mudah sangat untuk Saras ambil kesempatan. Tengok muka dia menggoda pun dah boleh nampak ni bukan pertama kali.
Olahan movie ni tak lah menarik sangat sebab elemen drama tu tak mendalam sebagaimana dalamnya emosi pada lagu-lagu Didi Kempot. Selain dari drama, movie terbitan Netflix ni juga banyak bergantung pada babak komedi yang ada masanya tak lah menjadi sangat. Watak lelaki-lelaki yang mengganggu juga try hard untuk menghidupkan suasana kelakar tapi penulis tak kembangkan dengan baik. Mungkin lebih menarik kalau letak backstory bagaimana Saras permainkan cinta diorang?
Objektif pengarah adalah menjadikan Sobat ambyar sebagai tribute kepada penyanyi Didi Kempot tapi lebih baik kalau diterangkan lebih banyak lagi tentang penyanyi terkenal tersebut supaya yang tak kenal jadi kenal. Kenapa lagu dia menjadi pengubat lara kepada mereka yang patah hati? Instead of biarkan watak Pet (Erick Estrada) yang ajar Jat untuk move on dan menghargai orang sekeliling. Tak faham kenapa Saras nak datang balik untuk pulangkan rantai emas vintage yang Jat belikan kalau karakter dia digambarkan sebagai antagonis dalam kisah cinta mereka berdua.
Banyak plot yang tak dikembangkan dengan baik walhal barisan pelakon deliver watak dengan bagus. Bhisma Mulia dan Denira Wiraguna pun nampak serasi dan comel untuk babak-babak romantik. Visual yang menarik oleh Hani Pradigya dan music album dengan lirik yang meghidupkan mood juga sesuai dengan situasi antara faktor positif dalam movie Sobat Ambyar. Untuk tontonan santai bolehlah layan.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 5.7/10