TV Show Review | The Sixth Sense Season 2 Episode 11
Wednesday 29 September 2021
Producer : Jung Chul-min
Cast : Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-yeob, Loco, Gray
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Viu
Genre : Mystery / Comedy
Running Episodes : 14 episodes (90 minutes per episode)
Release Date : 25 June 2021 – 24 September 2021
Trailer :
Sama macam dalam Episod 10, intro scene dah menyembang pasal Jessi dengan Sang-yeob sebab team production dah start acknowledge fanbase sweet couple ni. Dekat TikTok tak payah cakap lah berapa banyak video diorang dua siap ada klip dari Behind The Scenes lagi. Sampaikan dekat show Jessi pun ada yang menyebut nama Sang-yeob. Tak tahu lah diorang ni genuine ataupun rekaan untuk naikkan rating tapi berjaya lah strategi tu.
Dah 11 episod bersiaran dalam Season 2 ni baru Na-Ra perasan yang setiap panel ada cameraman masing-masing. Rasanya masa dalam The Sixth Sense Season 1 tak banyak sangat camera dekat set. Mungkin sebab baru start bersiaran so bajet masih terikat lagi. Bila rating dah naik, penaja pun dah bertambah, baru la besarkan team production ye dak? Tapi untuk Sang-yeob, team production guna helicam dengan kamera CCTV bangunan yang diorang pergi je haha
Panel jemputan kali ni geng Jessi sebab team production panggil rapper Loco dan Gray datang ke set. Hip-hop special edition – Show Me The Sixth Sense! Happy Mijoo dengan So-min dapat jumpa rapper famous dekat set. Handsome pulak tu sampai Na-Ra terlupa boyfriend dia dekat rumah. Tema kali ni sama dengan Episod 4 bila menggunakan konsultan unik.
Konsultan psikologi pertama menggunakan warna untuk menentukan karakter atau personaliti seseorang. Sebelum ni ada selebriti yang pernah datang berkunjung untuk mengubah nasib dan popularitinya dan saranan yang diberikan untuk memperbanyakkan warna merah dalam hidup dia berjaya menarik aura dan tenaga yang positif.
Ada juga pemain bola sepak terkenal Korea yang menggunakan warna putih kebanyakan masanya untuk menarik tenaga positif dan kuat semasa perlawanan. Setiap warna ada maksud dan aura yang tersendiri macam warna biru buatkan seseorang tampak tenang dan juga menenangkan pihak lawan. Ada juga penjara yang menggunakan warna merah jambu untuk menghadirkan aura lembut supaya sifat agresif banduan berkurangan.
Konsultan psikologi kedua guna art therapy. Kebanyakan aktiviti menggunakan dance movement tapi bukan bermaksud pelanggan yang datang perlu menari macam professional tapi lebih kepada pergerakan bebas untuk tukar keresahan menjadi tenaga positif. Ada aktiviti macam dekat kem motivasi ataupun seminar biasa kita pergi.
Masa tengok scene ni rasa nak menangis bila tengok So-min menangis. Sebelum variety show The Sixth Sense ni tak pernah tahu pun dia pernah join The Running Man. Kesiannya dia bila dekat dalam variety show tu dia selalu kena kritik atau kutuk especially episod dengan Blackpink. Masuk dekat The Sixth Sense baru nampak karakter yang periang.
Masa Na-Ra bagi semangat dekat So-min tu makin bertambah teruk menangis sebab happy tengok So-min jumpa tempat yang dia boleh have fun dan kawan-kawan sekerja yang supportive. Jessi siap cakap kalau tempat ni palsu, memang dia datang balik cari owner tempat tu sebab dah buat 4 orang menangis – So-min, Na-Ra, Loco dengan Mijoo pastu Jessi pun menangis sekali.
Konsultan ketiga paling pendek explanation dia sebab diorang dah banyak habiskan masa dekat tempat pertama dengan kedua rasanya. Yang ketiga ni menggunakan microexpression dalam menentukan personaliti seseorang. Method ni agak susah sebab microexpression cuma muncul selama 0.25 saat sahaja.
Disebabkan terlampau singkat, experts menggunakan ICRU test untuk menentukan karakter seseorang dan test ni banyak membantu individu menentukan dating styles masing-masing. Kalau pasangan mengerti microexpression dan bahasa tubuh pasangan masing-masing, cuma 0.2 saat yang diperlukan untuk jatuh cinta.
Loco dengan Gray antara yang terawal pergi ke voting booth dan pilih konsultan psikologi menggunakan analytical data yang diorang jumpa sepanjang berada di set The Sixth Sense. Tapi kalau nak ikut data ni pun macam susah jugak sebab ketiga-tiga ada pro dan cons walaupun dah lama dalam profesion ni.
‘1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10