Movie Review | Laundry Show (2019)

Sunday, 19 September 2021

 

Pengarah : Rizki Balki

Penulis Skrip : Upi Avianto, Uki Lukas

Pelakon :   Boy William, Gisella Anastasia, Tissa Biani Azzahra, Erick Estrada, Gabriella Desta, Mamat Alkatiri, Mbok Tun, Marshel Widianto, Indra Jegel, Fajar Nugra, David Saragih

Syarikat Produksi : MVP Pictures, Multivision Plus (MPV)

Pengedar : MVP Pictures, Netflix

Genre : Komedi / Romantik

Durasi Tayangan : 97 minit

Tarikh Tayangan : 7 Februari 2019

Trailer :


Diadaptasikan dari novel The Laundry Show karya penulisan Uki Lukas, movie ni mengisahkan tentang Uki yang mesra dipanggil Kokoh (Boy William) menyampah dengan kehidupannya yang bekerja makan gaji. Dek kerana motivasi yang dia selalu tonton di televisyen, dia tekad untuk berhenti kerja untuk membuka kedai cuci baju dengan menggunakan ilmu dan skill yang dipelajari oleh ibunya. 

Nak buka bisness bukanlah sesuatu yang sukar tapi nak maintain perniagaan dengan kepuasa pelanggan tu yang susah sebenarnya. Tak pasti kenapa Uki tak menitikberatkan skills pekerja sehinggakan perniagaan terjejas dek kerana perangai para pekerja yang banyak kerenah. Baru lah dia faham kenapa boss syarikat lama dia mudah stress. 

Dalam movie ni watak dengan perangai atau personality selekeh diambil untuk mewujudkan rasa komedi seperti Mbok Ani (Mbok Tun) yang rabun teruk sehingga tak dapat bezakan kemeja dengan celana. Sama juga dengan Ujang (Fajar Nugra) yang sentiasa masuk kerja lambat dan beri pelbagai jenis alasan walaupun tidak masuk akal kepada Uki. Bukan watak Uki sahaja yang sakit hati tapi kita jadi geram sekali dengan perangai Tiur (Tissa Biani Azzahra) yang culas buat kerja. 

Belum habis memikirkan masalah pekerja, timbul lagi satu masalah bila ada kedai laundry baru dibuka di barisan lot hadapan. Habis semua pelanggan tertarik ke sana disebabkan kedai laundry yang lebih cantik, mesin yang moden, bau wangian yang lebih harum serta pekerja yang lebih cantik fizikalnya berbanding kedai laundry milik Uki. Terkejut bukan kepalang bila pemilik kedai laundry baru tersebut ialah gadis yang sama dia jumpa di pasaraya tempoh hari. 

Uki sakit hati dengan Agustina (Gisella Anastasia) kerana pada dia perempuan tersebut sengaja datang untuk bunuh perniagaan dia. Banyak lagi tempat lain yang kosong dan tiada kedai laundry tapi kenapa perlu buka di hadapan kedai Uki? Agustina pula tetap dengan keputusan dia untuk buka di situ. Kalau Uki yakin dengan business dia, tak perlu lah melatah bila ada pesaing. 

Sejak Agustina buka kedai di situ dah boleh nampak lah plot akan terarah pada persaingan antara dua kedai yang menawarkan khidmat yang sama. Dari awal movie lagi dah boleh nampak yang perusahaan Uki akan kalah sebab kelemahan terbesar adalah pada pekerja dia. Olahan Rizki Balki membuatkan movie The Laundry Show yang bertemakan start-up dan usahawan muda ni tampak cliché dan hambar.

 

Tak banyak pun babak romantik antara Agustina dan Uki kecuali di hujung cerita itupun dirasakan hambar tanpa chemistry antara mereka berdua. Watak Agustina tak dikembangkan dengan baik dan pengarah tak cuba letak backstory supaya penonton rasa kasihan dan connected dengan struggle dia sebagai anak keluarga kaya tapi dipandang rendah baik oleh keluarga sendiri mahupun orang luar.  

Ada beberapa tips yang dikongsikan oleh watak Uki mengenai kaedah mencuci kotoran degil tapi tips tu tak banyak dan cuma dikongsikan melalui teori sahaja bukan dipraktikkan di kedai dobi dia kecuali pada babak mereka membantu Agustina ketika diuji oleh ayah dia. Menarik kalau Agustina bertukar ilmu perniagaan kepada Uki sebab dia lahir dalam keluarga yang sudah kenal selok-belok dunia bisnes. Agustina buka kedai dobi pun untuk buktikan kepada keluarga yang dia boleh cari duit sendiri tanpa mengharapkan bantuan keluarga. 

Walaupun sinematografi dari Ahsan Andrian nampak menarik dengan beberapa props yang tampak moden dan sesuai dengan latar cerita ni tapi skrip, naratif dan alur cerita tersangat lemah sehinggakan 97 minit terasa tersia. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10

Movie Review | Soekarno (2013)

Saturday, 18 September 2021

Pengarah : Hanung Bramantyo

Penulis Skrip : Ben Sihombing

Pelakon : Ario Bayu, Lukman Sardi, Maudy Koesnaedi, Matias Muchus, Sujiwo Tejo, Tika Bravani, Ferry Salim, Emir Mahira, Agus Kuncoro

Syarikat Produksi : Dapur Film, MVP Pictures

Pengedar : MVP Pictures

Genre : Biografi

Durasi Tayangan : 137 minit

Tarikh Tayangan : 11 December 2013

Trailer :


Masa Hari Kemerdekaan Indonesia yang lepas, Netflix suggest movie Soekarno so tanpa berfikir, tekan je play. Lepas 2 minggu tengok secara merangkak baru berjaya habiskan dengan perasaan yang hambar. Mungkin menyampah dengan cara olahan pengarah Hanung Bramantyo persembahkan watak Bung Soekarno (Ario Bayu). Atau mungkin juga menyampah dengan karakter sebenar beliau. 

Movie Soekarno yang diterbitkan oleh Dapur Film dan MVP Pictures memaparkan kehidupan Presiden Indonesia yang pertama sejak dari zaman kecil persekolahan sehingga lah negara Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945 selepas pengunduran tentera Jepun gara-gara pengguguran bom atom di Hiroshima. 

2 jam 17 minit memang terasa panjang untuk menyelami sisi kehidupan peribadi Soekarno yang mana tiada lah dipaparkan dengan baik semangat patriotismanya. Mungkin juga pada pandangan sesetengah pihak yang merasakan durasi ini terlampau singkat untuk dipaparkan dalam sebuah movie. Tak ada masalah dengan lakonan Ario Bayu yang mirip dengan fizikal Bung Soekarno baik dari tona suara mahupun bahasa badan. 

Malangnya watak Soekarno seperti opportunist yang mengambil kesempatan atas ideologi Bung Hatta (Lukman Sardi) ataupun Sjahrir (Tanta Ginting) yang lebih agresif dan realist dalam menentang tentera Jepun. Dalam perdebatan mereka bertiga tentang kemerdekaan Indonesia, watak Soekarno tenggelam dan lebih banyak berdiam. 

Dalam movie Soekarno cuma ada dua kemunculan watak isteri-isteri dia yang diambil iaitu isteri kedua, Inggit Garnasih (Maudy Kusnaedi) dan isteri ketiganya, Fatmawati (Tika Bravani). Dari gaya Soekarno flirt dengan Fatmawati pun nampak perangai mata keranjang dia. Agak menggelikan bila perbuatan grooming dipersonakan sebagai cinta sejati walhal cuma mahukan anak lelaki. Lupa terus tanggungjawab dia pada anak-anak bersama Inggit. Masa tengok movie ni memang tak tahu-menahu langsung tentang Soekarno mempunyai 9 orang isteri tapi jadi kekecewaan ni datang sepenuhnya dari apa yang dipaparkan dalam movie.  

Kalau dekat sekolah Soekarno tertawan dengan Fatmawati dek kerana semangat juang dan intelektual dia, kenapa pengarah tak perbanyakkan lagi dialog patriotism atau ideologi dari Fatmawati dalam membantu Soekarno buat keputusan-keputusan penting? 

Mungkin pada zaman tu perbuatan grooming tak ada salahnya tapi boleh saja kalau penulis Ben Sihombing dan pengarah buang episod ni. Lebih baik fokus kepada kisah perjuangan dia bersama Hatta dan Sjahrir ataupun banyakkan lagi perbualan dia bersama rakyat kebanyakan ataupun dengan pihak agamawan yang banyak memberontak sehingga kiai terbunuh dan juga di dewan rakyat semasa membincangkan prinsip negara. 

'Seorang pemimpin itu harus bisa menggenggam hati rakyat. Rakyat, Kusno, sama misteriusnya dengan alam. Tetapi bila kau sanggup memikat hatinya, mereka pasti akan mengikutimu.'

Macam mana Soekarno boleh menentang idea Sjahrir supaya segerakan proklamasi gara-gara mengelakkan pertumpahan darah sedangkan pembunuhan dan penindasan berlaku secara kejam di hadapan mata dia tapi cuma diabaikan. Siapa patut dipersalahkan? Soekarno ataupun pengarah? Apa tujuannya wujudkan movie yang boleh mencetuskan banyak sisi buruk kepada figura yang berjuang untuk kemerdekaan? 

Ada beberapa momen yang terlihat terburu-buru untuk dihabiskan seperti Jepun terus bagi kemerdekaan sepenuhnya kepada Indonesia bukan sahaja Jakarta seperti perbincangan asal. Soekarno dan Hatta pula tidak mempertikaikan langsung sebaliknya gembira dengan kejayaan mereka. Boleh kata movie ni lemah pada screenplay dan juga emosi. 

Masa movie Soekarno ditayangkan pun ada banyak pihak yang protes malah keluarga Soekarno sendiri membantah dan saman Hanung Bramantyo. Sinematografi dari Faozan Rizal memaparkan visual dengan baik ditambah wardrobe dan props yang diberikan perhatian untuk menghidupkan era sebelum kemerdekaan. Musik latar dari Rossa berjudul Indonesia Pusaka menyimpulkan naskhah Soekarno dengan baik. Movie Soekarno adalah filem Indonesia yang dihantar ke Anugerah Oscar ke-87 namun tidak tercalon. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 5.3/10

Movie Review | Bell Bottom

Director : Ranjit M Tewari

Writer : Aseem Arrora, Parveez Shaikh

Cast : Akshay Kumar, Lara Dutta, Vaani Kapoor, Adil Hussain, Huma Qureshi, Denzil Smith, Dolly Ahluwalia, Kavi Raj, Zain Khan Durrani

Production Company : Pooja Entertainment, Emmay Entertainment

Distributor : Pen Marudhar Entertainment, Amazon Prime Video

Genre : Crime / Thriller

Running Time : 123 minutes

Release Date : 19 August 2021

Trailer :


Diinspirasikan dari kes hijack yang berlaku pada 24 Ogos 1984 bila pesawat IC 691, Indian Airlines dengan 210 orang penumpang termasuk juruterbang dan pramugari dijadikan tebusan untuk 4 orang pengganas dari kumpulan Azaadi supaya Perdana Menteri Indira Gandhi (Lara Dutta) bebaskan 7 orang yang telah ditahan di penjara negara India. 

Founder RAW, R.N Kao (Denzil Smith) dan Ketua RAW, Santook (Adil Hussain) propose supaya Perdana Menteri berhenti ikut kehendak Presiden Ke-6 Pakistan, Muhammad Zia-ul-Haq (Kavi Raj) setelah 4 kali hijack berlaku semasa pemerintahannya. Ini cuma taktik kotor negara Pakistan menerusi Operasi Topaz untuk tawan beberapa kawasan di negara India. 

Ejen RAW under-cover, Anshul Malhotra (Akshay Kumar) dengan nama kod Bell Bottom ditugaskan untuk mengetuai Operasi Mirage bila kapal terbang tersebut mendarat di lapangan terbang Dubai. Perdana Menteri Indira Gandhi beri masa kepada team Bell Bottom selama 7 jam sebelum matahari terbenam sebelum misi tersebut ditamatkan dan akur dengan kehendak kumpulan Azaadi. 

Jalan cerita Bell Bottom memang dah boleh dijangka alur penceritaannya dengan kehadiran pelakon utama Akshay Kumar dan tagline ‘One man can change the destiny’. Trailer nampak menarik tapi full movie sepanjang 123 minit terasa longgarnya penceritaan dan draggy dengan beberapa filmy dialog mengenai RAW. 

Boleh nampak Akshay Kumar dah tak bertenaga seperti movie-movie sebelumnya walaupun di dalam avatar seorang ejen RAW yang berusia 32 tahun. Nasib baik team production bijak dengan tak meletakkan naskhah yang bertemakan terrorism ni sebagai genre aksi memandangkan tak banyak action stunt dan watak Anshu lebih kepada kekuatan mental sebagai pemain catur yang handal beserta ingatan yang tajam. 

Lebih menarik kalau watak antagonis Doddy (Zain Khan Durrani) licik atau mengerikan supaya wujudnya beberapa scene intense antara dia dan Anshu. Malangnya pengarah Ranjit M Tewari berikan tumpuan lebih kepada babak melodrama bila Anshu terikat dengan hal peribadi. 

Screentime Vaani Kapoor sebagai isteri Anshu agak terhad dan cuma menjadi penyeri pada first half. Tak faham kenapa perlunya ada romantic angle dalam movie ni sedangkan watak Radhika tak diberikan ruang untuk menyerlah pun. Watak dia cuma buka pintu dan prepare makanan untuk Anshu. I mean, come onnnnn, Vaani ada potential kot! By the way Vaani nampak sesuai dengan Akshay Kumar sebab sama tinggi dan muka yang agak matang. 

Second half movie Bell Bottom banyak bergantung pada VFX dan kelihatan lemah seperti biasa terutamanya pada babak ribut pasir. Dah lah babak tu panjang lepastu tak nampak real, memang hilang mood nak layan so tunggu je lah bila nak habis. Wardrobe Bell Bottom memang diberi perhatian supaya menghidupkan suasana 80-an dan signature pada zaman tu bell bottom pants. Makeup team did a great job bila berjaya transform Lara Dutta seiras seperti Indira Ghandi yang sebenar. 

Personally music album dari barisan komposer termasuklah Amaal Malik tak mampu menarik perhatian dek kerana lagu yang biasa sahaja. Lagu Sakhiyan 2.0 adalah remake kepada lagu Punjabi, Sakhiyan (2018) tapi tak dimasukkan dalam movie dan cuma digunakan sebagai material promo sahaja. Music score menaikkan mood sesuai dengan situasi dalam babak yang dipaparkan baik pada first half yang sarat dengan melodrama mahupun pada second half. 


Walaupun kes hijack yang berlaku pada tahun 1984 ni telah mengeratkan lagi hubungan diplomatik India dan Dubai namun malangnya movie Bell Bottom kena ban ekoran kerana negara UAE dakwa Menteri Pertahanan, Mohammed bin Rashid Al Maktoum pada ketika itu yang menangkap kesemua pengganas dan menyelamatkan kesemua penumpang. 

Movie Bell Bottom terbitan Pooja Entertainment dan Emmay Entertainment adalah movie yang ditayangkan di pawagam setelah beberapa bulan perintah berkurung dilaksanakan di India. Movie ni cuma dapat raih Rs49 crore setelah sebulan ditayangkan. Hilang rekod Akshay Kumar yang selalu dapat masuk Rs100 crore club. No wonder lah cepat sangat ditayangkan dekat OTT platform, Amazon Prime Video. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10

Movie Review | Shor In The City (2010)

Friday, 17 September 2021

Director : Raj Nidimoru, Krishna D.K.

Writer : Raj Nidimoru, Krishna D.K., Sita Menon

Cast : Sendhil Ramamurthy, Tusshar Kapoor, Nikhil Dwivedi, Preeti Desai, Sundeep Kishan, Pitobash, Radhika Apte, Girija Oak, Amit Mistry, Zakir Hussain

Production Company : Balaji Motion Pictures

Distributor : ALT Entertainment, Balaji Motion Pictures, Netflix

Genre : Crime / Drama

Running Time : 112 minutes

Release Date : October 2010 (Pusan), 29 April 2011 (India)

Trailer :


Berlatarkan kehidupan slum area di kawasan bandar Mumbai, penulis Raj Nidimoru, Krishna D.K. dan Sita Menon mengangkat konsep ‘Karma is a Bitch” ke dalam naskhah mereka. 3 kisah yang diceritakan dalam movie ni diambil dari kisah sebenar yang disiarkan di dalam akhbar. 

Bermula dengan 3 sekawan di mana Tilak (Tusshar Kapoor) adalah pemilik kedai cetak secara kecil-kecilan. Kawan-kawan dia, Mandook (Pitobash Tripathy) dan Ramesh (Nikhil Dwivedi) bantu dia mencuri beberapa manuskrip untuk diterbitkan kemudiannya dijual di kawasan lampu isyarat dan menggunakan kanak-kanak sebagai pekerja. 

Abhay (Sendhil Ramamurthy), NRI yang baru sahaja pulang ke India untuk mulakan bisnes kecil diugut oleh samseng jalanan. Walaupun Abhay halau tapi mereka tetap berdegil dan mula mengintip girlfriend dia, Shalmili (Preeti Desai). Buat laporan polis pun tak diendahkan sebab polis di kawasan tersebut makan rasuah dari geng samseng yang mengganggu Abhay. Nak tak nak Abhay terpaksa bayar setengah juta kepada mereka tapi jumlah tu cuma salam perkenalan. 

Sembang pasal rasuah, Sawan Murthy (Sundeep Kishan) stuck dengan perjalanan karier sukan dia bila peluang untuk menjadi ahli kriket yang ke-8 dalam pasukan negara akan diberikan sekiranya dia mampu bayar sejumlah wang sebanyak Rs1 juta kepada broker yang tamak. Mana dia nak cari duit sebanyak tu dalam masa yang singkat? Sejal (Girija Oak) pula tambah lagi beban yang ditanggung dengan lamaran perkahwinan pilihan keluarga. 

Kietiga-tiga kisah ni berjalan serentak di kawasan yang sama dan mempunyai pertalian dengan seorang watak iaitu Mr. Tipu (Amit Mistry) yang menjalankan bisnes haram di kawasan tersebut. Ketiga-tiga kisah akan bertembung pada hari yang sama iaitu pada hari pemujaan Lord Ganesha. Masa tu lah nasib kesemua watak akan diceritakan melalui pilihan mereka sendiri sama ada hajat mereka akan tercapai ataupun tidak. Kisah mereka bertiga menggunakan latar masa selama 11 hari sebelum perayaan tersebut. 

Awalnya macam kesian juga dengan watak Abhay sebab kena peras ugut dengan samseng dekat situ tapi bila tengok gaya dia nak stay dan fight macam ada something yang dia buat sebelum ni. India jadi tempat dia bersembunyi dari kisah silam dia? Ada scene Shalmili tegur parut dekat belakang badan dia. Lagi bertambah yakin bila dia tak kekok langsung masa pegang pistol yang dibeli dari Mandook dan Ramesh. Dia tak kisah langsung pun keluarkan duit untuk merasuah sesiapa sahaja yang menghalang niat dia. 

Pembikinan filem Shor in the City ni menelan bajet sebanyak Rs3 juta di bawah production house Balaji Motion Pictures jadi visual dia tak lah cantik sangat. Sesuai lah dengan latar movie ni bila mengetengahkan kehidupan masyarakat kelas rendah. Music score dari komposer Sachin-Jigar dan Harpreet tak lari dari tajuk movie Shor (Bunyi bingit) bila kebanyakan lagu berentak rancak dengan lirik yang berkait dengan jalan cerita. Lagu Saibo nyanyian Shreya Ghoshal menang beberapa award untuk kategori Best Playback Female. 

 

Movie Shor in the City diolah mengikut template black comedy jadi kebanyakan babak ada dialog yang berkisar jenayah tapi diadun sebagai elemen komedi. Tergelak tengok scene Tilak berjumpa dengan budak lelaki yang cedera disebabkan bom yang dipasang oleh mereka bertiga. Scene diorang rompak bank pun kelakar. Watak Sapna (Radhika Apte) tak banyak dikembangkan sangat pun tapi chemistry Radhika dengan Tushaar mencuri tumpuan dan bertindak sebagai penyeri dalam kekusutan kota Mumbai. 

Walaupun ada masanya momentum cerita mula mendatar tapi kemudiannya pengarah naikkan balik mood tu dengan paparkan keresahan dari kesemua watak yang terlibat. Jadi curious nak tahu apa pengakhiran nasib mereka semua. Bila tengok ending memang puas hati lah layan movie ni selama 112 minit.

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Movie Review | Ma (2019)

Director : Tate Taylor

Writer : Scotty Landes

Cast : Octavia Spencer, Juliette Lewis, Diana Silvers, McKaley Miller, Corey Fogelmanis, Luke Evans, Missi Pyle, Tanyell Waivers, Allison Janney

Production Company : Blumhouse Productions, Wyolah Films

Distributor : Universal Pictures, Netflix 

Genre : Psychological / Horror

Running Time : 99 minutes

Release Date : 31 May 2019 (United States)

Trailer :


Diinspirasikan dari kisah sebenar, movie Ma mengisahkan tentang Maggie Thompson (Diana Silvers) yang pindah ke Ohio bersama ibunya, Erica Thompson (Juliette Lewis). Kawasan tersebut adalah hometown Erica dan disebabkan masalah kewangan selepas bercerai, dia pulang ke rumah lama dan berharap supaya anak perempuan tunggal dia dapat berkawan dan teruskan hidup secara normal. 

Tak susah pun untuk Maggie dapat kawan dekat sekolah tu bila dia mencuri tumpuan beberapa mata terutamanya Halley (McKaley Miller) dan juga Andy Hawkins (Corey Fogelmanis). Halley jemput Maggie untuk join party tapi disebabkan last minute cancel, Halley plan untuk lepak minum arak dan hisap weed di kawasan kuari terbiar. 

Disebabkan masih lagi bawah umur jadi Halley, Andy, Chaz (Gianni Paolo) dan Darrell (Dante Brown) buat keputusan untuk minta bantuan dengan stranger. Kebetulan Sue Ann (Octavia Spencer) besar hati nak bantu sebab teringat port diorang nak lepak tu adalah port dia lepak masa zaman remaja dulu. Makin lama Sue Ann makin cuba dekatkan diri dengan mereka berlima dan offer basement dia sebagai port untuk lepak dan berparti. 

Maggie dah mula rasa lain dan pelik dengan perangai Sue Ann atau lebih mesra dipanggil Ma. Mereka boleh guna ruang basement untuk apa sahaja yang mereka nak tapi jangan sesekali pergi ke tingkat atas. Tapi Haley dan Maggie tak sangka amaran tersebut bukan sekadar amaran biasa sampai mereka dapat tahu sesuatu yang menakutkan. Bila mereka cuba untuk menjauh Ma pula mengugut supaya datang ke rumah dia. 

Pace movie Ma agak perlahan walaupun layan dengan speed 1.5x dan bertambah lemau bila penceritaan pada first half lebih terarah untuk build up characters. Bila tengok scene Sue Ann stalk Facebook mereka berlima tanpa kenal siapa nama mereka pun dah agak yang watak antagonis ni nak selesaikan dendam lama. Hutang malu dibayar dengan kemaluan. Eh?

Walaupun director ada bagi hint supaya penonton nampak dan dapat hidu ada sesuatu yang tak kena, lemau juga bila kena tunggu dekat second half baru nampak keganasan Ma atau elemen horror wujud dalam naskhah yang bertemakan psikologi ni. Ada beberapa unnecessary scenes macam scene Andy dengan Maggie keluar dating padahal boleh je sembang isu tu masa diorang berlima lepak sekali sebab yang lain pun kawan dia jugak kan? Kenapa nak selamatkan Andy je kalau boleh selamatkan semua? Lagipun Halley yang perasan Ma tu dah buat sesuatu beserta dengan bukti. Sama juga dengan scene Sue Ann geram bila marah dengan boss dia (Allison Janney). Kalau watak boss dia antara punca trauma dia tak pernah hilang mungkin lagi menarik. 

Memandangkan plot dia pun boleh dijangka pergerakannya, bila pengarah Tate Taylor dedahkan apa yang menyebabkan Sue Ann bertindak sedemikian tu nampak macam hambar. Mungkin sebab remaja zaman sekarang lagi teruk dibuli? Atau zaman sekarang lagi senang tersebar perkara yang memalukan berbanding zaman 90-an dulu yang cuma bergantung pada gossip. 

Bukan lah merendahkan trauma watak Sue Ann tapi untuk memaparkan naskhah yang mampu tarik minat penonton tu, cerita dia pun kena kuat dan kemas juga. Movie ni memang bergantung semata dengan nama dan lakonan Octavia Spencer yang pernah memenangi anugerah Oscar sahaja. Faktor lain tak diambil pusing dan elemen genre yang diketengahkan pun tak terasa impaknya. Sayang lah sebab movie ni adalah solo lead pertama Octavia dengan watak dan genre yang berbeza dari movie-movie lakonan dia sebelum ni. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.4/10

Movie Review | Love, Supermoon (2015)

Thursday, 16 September 2021

Pengarah :  Wan Hasliza Wan Zainuddin

Penulis Skrip :  Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pelakon : Nadiya Nisaa, Farid Kamil, Rita Rudaini, Anne Ngasri, Zain Hamid, Azhar Sulaiman, Zain Saidin, Razak Hamdan, Diana Johor

Syarikat Produksi : Grand Brilliance

Pengedar : Primeworks Studios, Netflix, MUBI

Genre : Romantik / Komedi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 22 Oktober 2015

Trailer :


Excited bila nampak Netflix masukkan movie Love Supermoon karya pengarah penulis Wan Hasliza Wan Zainuddin yang berkisarkan takdir pertemuan antara Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa). Pertemuan pertama mereka berdua semasa temankan Nina (Rita Rudaini) dan Sulayman (Zain Hamid) dating dekat kelas lepas habis sesi persekolahan.

Bosan menunggu Razak tanya Triz kalau dia sudi jadi adik angkat supaya tak lah nampak seperti tak laku sangat. Boleh brag dengan pelajar lain sebab Razak si playboy pernah pelawa jadi adik angkat. Triz yang menyampah dengan perangai Razak selalu bergosip dengan Nina tentang perkembangan Razak sejak sekolah sehingga lah mereka graduate dan bekerja. 

Sama juga dengan Razak dan Sulayman yang selalu bercerita tentang Triz setiap kali berjumpa memandangkan Nina dan Sulayman bercinta hingga ke jinjang pelamin. Lepas grad, Triz bekerja dengan syarikat automobile dan bercinta dengan pelajar Master UK, Fakrul (Zain Saidin). Dalam masa yang sama Triz kenenkan Tiha (Anne Ngasri), rakan serumahnya dengan Ayah Cu (Razak Hamdan).

Lepas patah hati dengan Fakrul, Triz terima cinta dari Azman (Azhar Sulaiman) yang poyo dan kaki kikis. Habis harta Triz dikerjakannya. Puas Tiha dan Nina nasihatkan Triz supaya tinggalkan Azman tapi dia tetap stay dengan toxic relationship sebab takut jadi andartu. Sementara Razak pula masih lagi dengan playboy walaupun dah berkahwin dengan gadis pilihannya sendiri, Nora (Diana Johor) si pramugari cantik.

Sebelum ni dah pernah tengok movie Love, Supermoon sebab minat dengan Nadiya Nissa lepas tengok movie Cun (2011). Nasib baik lah genre movie romantik komedi ni ringan dan santai je jadi tak lah nampak sangat kelemahan lakonan Farid Kamil walaupun dia watak utama. Lagipun kebanyakan screentime dia dikongsi dengan watak lain terutamanya watak Sulayman dengan karakter dia yang kelakar. Padan sangat lah dia berkahwin dengan Nina tu, sama naik je bila bergosip. Dalam movie ni ada kemunculan Airit Rayyan Rizqin, anak sulung Rita Rudaini sebagai Daud. 

Pace movie ni laju dengan latar masa yang panjang tapi tak banyak lah prop yang berubah mengikut peredaran masa tu. Ada la beberapa props yang pengarah mention supaya nampak cerita ni ada peralihan. Sembang pasal props, sedih tengok props dalam rumah Razak sebab kosong sangat. Ketara betul team production sewa khas untuk shoot scene Razak je. 

Dialog dalam filem ni agak straight forward yang berkait dengan dunia rumah tangga macam gossip Nina tentang Razak yang stay dengan perkahwinan bersama Nora sebab dia cantik dan power. Rasanya movie terbitan Grand Brilliance ni untuk penonton dewasa. Bagus sebab realistik dan tahu target audience dia siapa since pengarah dah buat homework selama 2 tahun sebelum terbitkan movie Love Supermoon ni. Keunikan kisah cinta Razak dan Triz ni bila mereka terima each other lepas dah berjumpa dengan orang lain. Banyak kali takdir pertemukan tapi diorang tetap in denial sampai lah satu tahap diorang sedar. Perjalanan tu yang syok nak tengok. Sesuai lah dengan tagline movie ni - 'Kalau dah jodoh, tak ke mana kan?'

Kekuatan naskhah romantik komedi ni pada barisan pelakonnya yang pandai menggunakan facial expression terutamanya Nadiya Nisaa, Rita Rudaini dan Anne Ngasri dalam beberapa babak membawang. Kita pun jadi syok nak layan gossip diorang bertiga sebab semangat betul bercerita. Dah la Rita tu bekas pelakon franchise Mami Jarum. Sebulan je diorang shooting movie yang menggunakan bandaraya Kuala Lumpur sebagai latar tempat utama sebab ketiga-tiga mereka mudah mesra dekat set. Sebab tu jugak la kot friendship diorang bertiga dalam movie ni nampak real. 

Walaupun movie ni menarik dan menghiburkan tapi jumlah kutipan masa tu tak balik modal sebab kos pembikinan dalam RM1 juta. Mungkin juga sebab terpaksa bersaing dengan Polis Evo (2015). Sayang lah sepatutnya penerbit cari waktu yang sesuai untuk tayang supaya tak clash dengan movie besar yang lain. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Movie Review | Nana Tanjung 2 (2007)

Pengarah :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penulis Skrip :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon : Piee, Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Azad Jasmin, Sheila Mambo, Jehan Miskin, Ainul Aishah, Azean Irdawaty

Syarikat Produksi : NAJ Productions Sdn. Bhd. , Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.

Pengedar : Grand Brilliance, Netflix

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan : 96 minit

Tarikh Tayangan : 9 November 2007

Trailer : N/A

Sekuel kepada movie Nana Tanjung (2006) terbitan Grand Brilliance kali ni menceritakan kesinambungan kisah cinta kesemua watak utama. Memandangkan Mami Jay (Azean Irdawaty) jenis bawa mulut canang yang bukan-bukan pasal Nana Tanjung (Piee) sekeluarga, terpaksa lah dia keluarkan amaran supaya Khairunnisa (Fasha Sandha) dan Balqis (Waheeda) tak boleh keluar berdating dengan Akbar Khan (Saiful Apek) dan Zul (Jehan Miskin) selagi mereka belum sah berkahwin. 

Amaran larangan tu juga digunapakai untuk Nana dan tunangnya, Mami Mumtaz (Sheila Mambo). Tak cukup dengan larangan tersebut, Akbar dengan Zul diminta untuk sediakan duit hantaran sebanyak RM50,000 kalau betul serius dengan anak-anak perempuan dia. Nana cuma nak test ja depa dua ni boleh ka tak boleh tahan sebelum betul-betul masuk ke dalam keluarga Nana. 

Anak bongsu, Siti Hajar (Ainul Aishah) pula masuk ke alam baru bila dia melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi. Walaupun scene dia tak sebanyak watak yang lain tapi dia ada plot tersendiri bila berjumpa dengan penyanyi kelab malam, Izad (Azad Jasmin) yang bersuara merdu. Tertarik dengan Siti Hajar, Izad mula cari nombor telefon untuk berkenalan. 

Memandangkan Akbar Khan dilarang untuk berjumpa dengan Khairunnisa maka dia pun bukan lagi pembantu peribadi Nana. Kusut dengan wang hantaran, staff dia tambah lagi dengan berita buruk bila ramai pelanggan agensi cari jodoh dia dah ramai yang lari. Pelik jugak lah dengan watak Akbar ni sebab dia ada syarikat tapi tak buat kerja pun. Macam mana dia boleh tinggalkan terus sampaikan gaji staff dah 3 bulan tak bayar? 

Nasib baik lah movie komedi maka dialog tak ada gaji sampai 3 bulan tu dianggap ringan atau kelakar walhal hakikatnya sesuatu yang serius. Kalau jadi staff syarikat Akbar Khan tu dah resign dah bila sebulan tak dapat gaji. Boss pun malas buat kerja, kita pulak dok kusut kena fikir macam mana nak cari pelanggan lepastu pujuk yang mana dah lari tu. Sama la dengan Zul yang suka keluar ikut plan Akbar supaya dapat berjumpa dengan marka masing-masing. 

Rasanya perangai Nana suka dok katok kepala orang tu jadi isu lepas Nana Tanjung 1 ditayangkan sebab ada dialog Khairunnisa tegur pasal ayah dia suka dok main tolak kepala padahal perbuatan tu tak baik. Babak Akbariah Masaud dengan Zulkarniah Masaud agak draggy lah sebab muka diorang mudah sangat nak cam walaupun makeup tebal. Takkan lah Nana tak perasan langsung diorang menyamar especially babak makan beriani udang tu. Sengaja pengarah buat watak Akbar terlupa buang shade lah, terlupa bukak apron lah. 

Sekuel Nana Tanjung ni agak draggy jalan cerita dan lawak yang try hard. Jalan cerita pun tak realistik tapi disebabkan genre komedi drama so boleh lah kalau nak layan secara santai. Watak Mami Jay sebagai mami jarum menjadi dan menghiburkan setiap kali muncul dengan gossip liar yang sengaja direka untuk porak-perandakan keluarga Nana Tanjung. Geram agaknya cinta kena tolak, melepas can dia nak menikah dengan orang kaya Penang. 

Ending Nana Tanjung 2 ni pun macam tiba-tiba je habis. Tak tergantung pun tapi ditamatkan tanpa proper ending. Ingatkan ada installment ketiga dalam franchise arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ni tapi tak ada pun dalam senarai filem yang diterbitkan oleh Grand Brilliance. Apa punya turr!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 6/10

Movie Review | Nana Tanjung (2006)

 

Pengarah :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Penulis Skrip :  Prof Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon : Piee, Saiful Apek, Fasha Sandha, Waheeda, Maidin Ibrahim, Sheila Mambo, Jehan Miskin, Ainul Aishah

Syarikat Produksi :  NAJ Productions Sdn. Bhd. , Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd.

Pengedar :  Grand Brilliance, Netflix

Genre :  Komedi / Drama

Durasi Tayangan : 96 minit

Tarikh Tayangan : 9 November 2006

Trailer :


Masa kecik dulu memang selalu layan franchise Nana Tanjung ni. Tak cukup dengan vcd, TV3 pun rajin dok ulang tayang. Filem komedi drama arahan Prof Madya A. Razak Mohaideen ni mengisahkan tentang Nana Tanjung (Piee) yang mencari jodoh untuk anak-anak perempuannya terutama Khairunnisa (Fasha Sandha) si sulung dari 3 beradik. 

Sejak isterinya meninggal, Nana lah yang menjaga kesemua anaknya tanpa gagal sampaikan paranoid bila dia sentiasa mengintip pergerakan anak-anaknya dari siang hingga ke malam. Nak tengok wayang pun kena tengok dengan ayah sendiri. Tak fun langsung hidup diorang. Khairunnisa balik lewat malam sebab OT pun kena katok kepala. 

Dalam diam sebenarnya Khairunnisa bercinta dengan Akbar Khan (Saiful apek), pakar mencari jodoh di Pulau Pinang. Untuk mengelakkan daripada dikahwinkan dengan calon menantu pilihan yang dicadangkan oleh pak cik Maidin (Maidin Ibrahim), Akbar buat plan untuk ambil hati Nana. 

Plan dia berjaya seperti yang dirancang kemudiannya Nana ambil dia bekerja sebagai pembantu peribadi. Makin senang lah dia nak buang calon yang datang dan dating dengan Baby Girl dia. Balqis (Waheeda), anak kedua pun apa kurangnya bila bercinta dengan Zul (Jehan Miskin) yang bekerja sebagai coach di padang golf. 

Mengekek jugak lah bila tengok balik movie Nana Tanjung ni sebab Saiful Apek dengan Piee kelakar dengan watak masing-masing. Boleh jadi Apek improvise watak diorang sebab Apek ada buat beberapa tagline dan signature trademark dia dalam movie berdurasi selama 96 minit ni. 

Para pelakon pun tak ada masalah untuk bercakap dalam loghat utagha walaupun some of them bukan berasal dari sana pun terutamanya Saiful Apek yang berasal dari Gombak. Mungkin diorang dah practice dan prep roles before shooting supaya nampak real dengan avatar masing-masing. Dinamik duo Apek dan Piee pun nampak sentiasa high energy dengan lawak masing-masing. 

Pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen pun banyak kali buat cameo dalam movie ni bila dia muncul sebagai watak coach silat untuk Siti Hajar (Ainul Aishah), anak bongsu Nana ataupun watak ahli kelab padang golf tempat Zul bekerja. Movie Nana Tanjung ni adalah debut platform untuk Ainul Aishah tapi dia langsung tak nampak kekok walaupun bekerja dengan barisan pelakon senior. 

Dari awal lagi pengarah Prof Madya A. Razak Mohaideen dah ketengahkan budaya orang Penang yang famous dengan joget boria tambah pula watak Nana Tanjung memang jurulatih kepada team boria di kawasan tersebut. Team wardrobe pun bagi perhatian penuh kepada wardrobe semua pelakon terutamanya pelakon wanita. Watak Mami Mumtaz (Sheila Mambo) pun sarat dengan aksesori terutamanya cucuk sanggul emas dekat rambut. 

Kebanyakan babak dalam movie Nana Tanjung ni di office Akbar Khan ataupun di kawasan rumah Nana je sebab anak-anak perempuan dia kena kurung jadi tak banyak lah lokasi famous Penang dipaparkan dalam movie ni. Masa lagu romantik Akbar, Khairunnisa, alqis dengan Zul pun diorang shoot dekat cruise dengan taman rekreasi biasa je. Lagu dia not bad lah sebab lirik sesuai dengan penceritaan dan mood kelakar. 

Movie Nana Tanjung ni bertemakan kekeluargaan jadi dialog dia memang banyak terarah pada mesej sosial tentang keluarga lah. Ada juga dialog dari Akbar Khan sembang pasal anak muda yang suka meminta daripada bekerja. Banyak lah pengajaran yang Prof Madya A. Razak Mohaideen selitkan untuk penonton. 

Dah 15 tahun NAJ Productions Sdn. Bhd. dengan Lineclear Motion Pictures Sdn. Bhd. terbitkan movie ni tapi feel bila layan movie ni masih lagi sama. Thanks Netflix sebab ambil movie-movie tempatan lama masuk ke platform. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.5/10