Movie Review | The Grotesque Mansion
Friday, 10 September 2021
Director : Jo Ba Reun
Writer : N/A
Cast : Seo Hyun-woo, Kim Bo-ra, Kim Hong-pa, Park So Jin, Lee Chang Hoon, Oh Dae Hwan, Park Kyung Bok
Production Company : N/A
Distributor : Olleh TV
Genre : Horror
Running Time : 106 minutes
Release Date : 30 Jun 2021
Trailer :
Masa blogwalking semalam nampak blogger Kak Sha share tentang movie seram Korea berjudul The Grotesque Mansion yang mempunyai 5 kisah pendek mengenai kawasan perumahan usang tersebut. Pelik juga kenapa Mansion sedangkan perumahan tersebut apartment complex.
Kisah bermula dengan watak Ji-woo (Seo Hyun-woo), seorang pelukis webtoon genre seram mencari ilham untuk karya terbaru bila karya sebelumnya kurang mendapat sambutan. Dia berjumpa dengan penjaga rumah (Kim Hong-pa) tersebut untuk dapatkan maklumat dan cerita yang solid untuk dia letak di dalam webtoon dia nanti.
Ada 4 kisah yang diceritakan oleh penjaga tersebut dan 1 kisah yang dialami oleh Ji-woo sendiri. Awalnya dia cuma dengar 3 kisah seram sahaja untuk dimasukkan dalam webtoon terbaru dia tapi bila penerbit perlukan kisah dia lebih panjang supaya boleh tarik ramai lagi pembaca, Ji-woo pergi semula dan minta penjaga tersebut berkongsi lebih lagi.
Nak cerita panjang pasal 5 kisah pendek yang diceritakan pun susah jugak sebab pendek sangat nanti jadi spoiler pulak. Movie The Grotesque Mansion arahan Jo Ba Reun ni baru sahaja diterbitkan pada 30 Jun 2021 tapi tak ada banyak details tentang crew dan team production. Tak pasti kenapa dalam trailer ataupun poster tak dikreditkan langsung sedangkan naskhah ni menarik dan mempunyai beberapa jalan cerita yang segar.
Antara cerita seram yang menarik perhatian bila penjaga menceritakan kisah seram yang berlaku pada wanita bujang, Choi Sun Hwa (Park So Jin) yang bekerja sebagai pharmacist dan bercinta dengan suami orang. Tak pasti kalau berbeza penulis untuk setiap cerita sebab olahan olahan cerita ni lebih menarik dengan beberapa hint dan elemen misteri yang dimasukkan.
Macam scene Sun Hwa terkejut dengan senior dia (Shim So Young) yang bagi nasihat tentang affair dengan suami orang. Boleh jadi senior dia adalah isteri kepada Jung Ho Joon (Lee Dong Ha) sebab cuma Sun Hwa je yang nampak watak tersebut pada hari Inspektor datang untuk soal siasat. Kisah Sun Hwa juga berkait dengan kisah penulis Lee Hyung Hoon (Lee Chang Hoon) yang biadap dan juga pelajar Tae Hoon (Kang Yoo Seok) yang baru pulang dari luar negara kemudiannya menumpang di apartment tersebut.
Set apartment usang menambahkan impak pada jalan cerita dan menghidupkan rasa ngeri setiap kali panorama apartment complex muncul pada skrin. Dekorasi dan props juga diberikan perhatian sebaik mungkin. Music background juga tak keterlaluan sebaliknya lebih bergantung kepada penceritaan. Bila tengok movie ni rasa nyilu dan meremang. Jumpscare tak banyak pun tapi pengarah berjaya build momentum dari screenplay yang ditonjolkan oleh para pelakon sampingan. Tengok kisah isteri patung tu jadi lemah semangat dari awal dia muncul sampai lah habis. Seram!
Kelemahan pada naskhah The Grotesque Mansion ni bila jalan cerita dia tak beri ruang untuk watak-watak pada setiap cerita untuk berkembang. Macam watak Tae Hoon yang perlu menumpang di apartment tersebut walhal kedatangan dia disambut dengan kimchi basi. Ada peluang untuk keluar dari situ tapi dia offer diri untuk kemas rumah supaya dapat stay lama. Tak ada backstory pada watak yang terlibat dan kisah kultus pemujaan juga tak diberikan peluang untuk muncul kecuali si ketua di penghujung cerita.
Mungkin 5 kisah pendek dengan durasi 106 minit menjadi punca kenapa setiap cerita agak pendek dan cepat. Feel dia ibarat kisah seram yang kita selalu cerita di asrama sebelum tidur.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10