Movie Review | Veteran (2015)
Saturday, 4 September 2021
Director : Ryoo Seung-wan
Writer : Ryoo Seung-wan
Cast : Hwang Jung-min, Yoo Ah-in, Jung Woong-in, Yoo Hae-jin, Jang Yoon-ju, Song Young-chang, Shin Seung-hwan, Jang So-yeon
Production Company : CJ Entertainment
Distributor : CJ Entertainment, Netflix
Genre : Comedy / Action
Running Time : 123 minutes
Release Date : 5 August 2015
Trailer :
Filem yang mendapat kutipan box office ke-5 tertinggi dalam sejarah tayangan filem di Korea Selatan dan memenangi banyak anugerah baik di dalam mahupun luar negara ni bertemakan jenayah yang dilakukan oleh chaebol dari konglomerat Sinjin Trading.
Inspektor Seo Do-cheol (Hwang Jung-min) yang kebetulan berjumpa kembali dengan kenalan dia si pemandu lori, Bae (Jung Woong-in) semasa misi menangkap geng Rusia yang seludup kereta mewah di Korea. Dalam pertemuan tu dia bersimpati dengan nasib Mr. Bae yang sudah lama tak dapat gaji walaupun bekerja keras.
Bertambah malang lagi nasib dia bila kesemua pemandu lori diberhentikan kerja serta-merta tanpa tempoh notis yang panjang. Bila Mr. Bae berjumpa dengan pengarah Jo Tae-oh (Yoo Ah-in), dia dibelasah dengan teruk kerana buat kecoh untuk sesuatu yang kecil. Tak lama kemudian anak lelaki Mr. Bae (Kim Jae Hyeon) hubungi Inspektor Seo Do-cheol untuk maklumkan ayah dia dimasukkan ke hospital akibat jatuh dari tingkat 8.
Do-cheol dapat tahu Mr. Bae dibelasah dengan teruk dan tiada langsung footage CCTV pada waktu yang sama kejadian tersebut berlaku. Dia tahu ada sesuatu yang mencurigakan tambahan pula bila Choi Dae-woong (Yoo Hae-jin) pembantu Tae-oh datang berjumpa dengan isteri dia (Jin Kyung) untuk beri rasuah supaya mereka diamkan sahaja perkara ni.
Banyak sub-plot yang ditambah untuk menguatkan lagi plot utama yang memaparkan jenayah melibatkan chaebol di Korea Selatan dengan pace yang laju. Walaupun tema dan mesej sosial yang dibawakan oleh pengarah dan penulis Ryoo Seung-wan ni agak berat namun penceritaan yang diolah dan diadun dalam template aksi komedi menjadikan naskhah terbitan CJ Entertainment ni menarik untuk ditonton.
Scene Mr. Bae bagitahu tentang masalah kerja dalam babak berdurasi 2 minit nampak bersahaja walhal dua watak berbicara hal yang agak tegang dan berat. Scene pendek je tapi ikat perasaan audience sebab realiti jijik yang berlaku dalam kehidupan. Ekspresi kedua-dua watak mainkan peranan utama bila terpaksa pasrah dengan kezaliman di depan mata.
Sama juga dengan scene polis yang ditugaskan untuk tutup kes Mr. Bae nyalakan rokok untuk Choi Dae-woong. Tak perlukan penjelasan panjang pun untuk kita nampak rasuah dan kebobrokan yang berlaku dalam institusi polis. Sama juga rasuah kepada pihak media untuk tutup cerita jenayah yang berlaku. Boleh nampak yang pengarah Ryoo Seung-wan gunakan pendekatan tunjuk melalui screenplay daripada beritahu melalui dialog atau naratif.
Elemen kelakar wujud pada babak yang berlatarkan kehidupan team Metro Police yang diketuai oleh Leader Oh (Oh Dal-su) bila mereka memaparkan realiti sebenar bila ditugaskan untuk memberkas penjenayah. Kalau dalam movie crime yang lain boleh nampak sisi tegas, serious dan tegang tapi dalam movie Veteran ni penat gelak bila masing-masing mengaduh sakit dan penat setiap kali penjenayah lari daripada ditangkap. Scene Ma Deong-sok buat cameo tak sampai seminit tu macam tak perlu je? Dia memang ada fanbase sendiri ke sampai pengarah perlu masukkan watak dia walaupun sekejap? Mungkin dia macam Reza Rahadian, muncul sekejap pun dah buat penonton happy.
Paparan visual dengan teknik yang menarik dari Choi Young-hwan menambahkan lagi impak pada beberapa babak yang ada dalam movie Veteran. Terutamanya teknik close up yang menjelaskan reaksi muka dengan perbuatan jahat dari watak-watak antagonis. Sama juga dengan music score Bang Jun-seok sehingga tercalon dalam kategori Best Music di pelbagai award events.
Veteran ni akan jadi one of my fav movie lepas A Hard Day (2014) dengan konsep, genre dan tema yang sama sebab penulisan dan execution yang mantap. Uniknya industri perfileman Korea Selatan ni bila diorang selalu hantar movie aksi komedi ke festival filem sedangkan industri filem negara lain hantar movie yang slow paced dengan mesej yang berat. Shouldn’t they learn by now that kind of template is a bore?
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Penulis Skrip : Ghaz Abu Bakar
Pelakon : Zahirah MacWilson, Maya Karin, Zizan Razak, Bell Ngasri, Khir Rahman, Alif Hadi, Mimi Ernida, Sein Qudsi, Aprena Manrose, Didie Alias
Syarikat Produksi : Nizra Entertainment, Astro Shaw, Skop Productions
Pengedar : Astro First, Netflix
Genre : Aksi / Komedi
Durasi Tayangan : 106 minit
Tarikh Tayangan : 12 Mac 2020 (Malaysia, Brunei, Singapura)
Trailer :
Bulan (Zahirah MacWilson) disuntik dengan dadah kemudiannya dieksport ke Malaysia untuk dijadikan barang dagangan kepada ketua sindiket Ricky (Sein Qudsi). Dia berjaya keluar sebaik sahaja sampai di kawasan gudang konco tersebut kemudiannya bertemu dengan Haris (Zizan Razak), pemandu e-hailing Faszz.
Belum sempat Haris soal siasat bagaimana Bulan boleh sampai ke kawasan tersebut, dia sudah pun lari dan berjumpa dengan intel untuk mulakan misi peribadi dia. Bulan adalah ahli tentera khas negara Indonesia tapi menyamar dan datang ke Malaysia untuk menjejak adiknya, Melati (Aprena Manrose) yang diculik oleh modeling agency.
Suspek pertama dalam kehilangan Melati ialah Agus (Khir Rahman) yang menguruskan urusan eksport dari Indonesia ke Malaysia. Walaupun Bulan dapat maklumat lokasi Melati tapi Agus dah inform Madam (Didie Alias) supaya pindahkan ke kawasan lain. Bulan berjumpa dengan Haris dan tawarkan RM10,000 kalau dia jadi driver untuk ke Johor Bahru.
Nak tak nak terpaksa lah Haris terima bila dia kusut dengan permintaan keluarga Sarah (Sofia Dendroff) yang nak buat majlis kahwin di Golden Royal Palace Hotel. Haris ajak sekali kawan-kawan dia, Arab (Bell Ngasri) dan Daud (Alif Hadi) ke sana. Dalam masa yang sama, Agus jemput Tony (Maya Karin) untuk hapuskan Bulan dan rampas kembali tab yang penuh dengan bukti perniagaan haram mereka.
Sebelum ni tahu kewujudan movie Bulan Dan Pria Terhebat ni gara-gara single track Akim & Majistret - Roulette sebab lirik dia unik penuh dengan peribahasa Melayu. Masa tu tak rasa nak tengok pun sebab tajuk cerita dan pelakon tak menarik minat. Bila tengok movie Mat Bond Malaya, pengarah Ghaz Abu Bakar ada mention pasal movie ni lepastu ternampak pulak dekat Netflix, saja try tengok masa lunch. Tak sangka pulak movie ni best.
10 minit awal dah tertarik sebab fight scene Bulan dekat gudang tu sharp dan realistik. Filem tempatan jarang tonjolkan watak protagonist perempuan dalam genre aksi komedi. Sebelum ni pernah tengok Fify Azmi dalam movie Wira (2019). Kali ni Zahirah pula mencuri tumpuan. Bila tengok interview dia dengan Mstar, dia ada bagitahu harapan dia supaya movie Bulan dan Pria Terhebat jadi penanda aras filem aksi wanita. Zahirah jalani latihan intensif sebelum mula penggambaran jadi tak hairan lah hasilnya terlihat cantik.
Kalau tengok dalam movie Mat Bond Malaya, pengarah dan penulis Ghaz Abu Bakar ni memang suka bekerja dengan Zizan Razak jadi tak hairan lah kenapa Zizan boleh ada dalam movie ni walaupun dia cuma pelakon sampingan dan screentime yang lebih pendek dari franchise Polis Evo (2015). Malah berkongsi pula skrin dengan pelawak Bell Ngasri.
Personally lakonan Zizan bukanlah kekuatan utama movie aksi ni tapi sepenuhnya digalas oleh Zahirah yang baru pertama kali muncul di layar lebar. Sebelum ni tengok dia berlakon dalam drama TV3 tak ada lah syok sangat pun tapi dalam movie ni lakonan dia cemerlang dengan slang Indonesia walaupun ada masanya kedengaran janggal. Terima kasih pada Ghaz yang berjaya cipta satu avatar wanita yang mantap dan berkualiti. Keluar dari stereotaip dan prejudis terhadap watak perempuan. Bukan sahaja pada watak Bulan, malah Tony dan Mimie.
Bab visual tak perlu dipertikaikan lagi bila movie Bulan Dan Pria Terhebat ni diterbitkan di bawah Astro Shaw dan Skop Productions, dua syarikat produksi otai dalam industri filem tempatan. Cuma visual effects dalam babak Arab cuba topeng muka buatan Julie (Mimi Ernida) nampak lemah. Nasib baik babak tu kelakar bila Arab menyamar sebagai Syamsul Yusof.
Harapnya lepas ni pengarah Ghaz Abu Bakar buat franchise juga kepada movie Bulan sebab watak dia ada potensi untuk jadi karakter fisyen kegemaran dalam kalangan penonton wanita. Please notice this request haha
1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10
Rest In Peace, Sidharth Shukla
Thursday, 2 September 2021
Movie Review | The Thieves (2012)
Tuesday, 31 August 2021
Director : Choi Dong-hoon
Writer : Choi Dong-hoon, Lee Ki-cheol
Cast : Kim Yoon-seok, Lee Jung-jae, Kim Hye-soo, Jun Ji-hyun, Kim Soo-hyun, Simon Yam, Angelica Lee, Oh Dal-su, Yeh Soo-jung
Production Company : Showbox/Mediaplex, Legendary Entertainment International (LEI), CJ E&M Film Financing & Investment Entertainment & Comics
Distributor : Netflix
Genre : Heist / Drama / Action
Running Time : 136 minutes
Release Date : 25 July 2012
Trailer :
Lepas 8 tahun bawa haluan masing-masing, Popeye (Lee Jung-jae) buat tawaran untuk bergabung dengan Macau Park (Kim Yoon-seok) yang menetap di Hong Kong, China. Awalnya Macau enggan bekerja dengan Pepsee (Kim Hye-soo) gara-gara sejarah lama tapi tak ada yang pakar buka peti besi selain dia. Walaupun team Macau ada Julie (Angelica Lee) tapi mereka perlukan dua orang pakar dalam rancangan kali ni.
Yenicall (Jun Ji-hyun), Zampano (Kim Soo-hyun) dan Chewing Gum (Kim Hae-sook) adalah team Popeye manakala Chen (Simon Yam), Jonny (Derek Tsang) dan Andrew (Oh Dal-su) pula bergabung dengan Macau Park. Mereka semua dibahagikan watak dan tugas masing-masing dalam rompakan rantai permata Tear of the Sun yang dijaga oleh Tiffany (Yeh Soo-jung). Rantai ni disembunyikan di dalam peti besi yang terletak dalam bilik Tiffany di sebuah kasino mewah di Macau.
Chen dan Chewing Gum akan menyamar sebagai pasangan suami isteri dari Jepun dan alihkan perhatian Tiffany sepanjang hari di bilik VIP sementara yang lain berpecah ke bilik Tiffany dan kawal bilik keselamatan. Chen, Jonny dan Andrew sangsi dengan Macau Park lalu ubah plan untuk merompak wang tunai Tiffany pada hari kejadian nanti. Yang lain masih lagi stick dengan rancangan asal.
Walaupun team Popeye dengan Macau Park ni selalu terlibat dengan rompakan emas, barang artifak dan wang tunai tapi kesemua mereka hidup serba miskin atau papa kedana. Hasil rompakan ambil masa bertahun lamanya untuk ditukar sebagai aset. Sama juga keadaannya dengan rantai permata Tear of the Sun ni bila mereka memerlukan fence list untuk dijualkan. Ikutkan rancangan akan dijual kepada Wei Hong (Ki Gook-seo) tapi jarang lah ada yang hidup lepas berjumpa dengan crime lord tersebut.
Jalan cerita The Thieves ni tak ambil masa yang lama pun untuk sampai ke hari rompakan tersebut dan penulis tak bazirkan masa untuk perkenalkan semua watak yang wujud. Buat apa nak kenal pun sebab berkisarkan kehidupan penyangak dan masing-masing memang pilih jalan tu tanpa rasa bersalah.
Cuma yang serabutnya bila ada ramai watak ni tak semua pelakon dapat screentime yang banyak dan ada beberapa scene yang nampak too crowded. Ada juga scene yang try hard dan draggy macam scene Andrew yang menggelupur dekat dalam bilik VIP. Nasib baik momentum naik kembali bila pengarah segera kembali ke plot utama.
Uniknya penceritaan The thieves ni bila elemen saspen hadir pada konflik dalaman antara kesemua watak yang setuju untuk bergabung dalam rompakan ni. Bukan polis atau orang luar yang pecah-belahkan mereka tapi mereka sendiri yang terbiasa dengan kehidupan pencuri sampaikan susah untuk hidup berlandaskan kompas moral asas seperti setia ataupun jujur. Susah nak predict siapa yang akan bergabung dengan siapa atau siapa yang akan khianat siapa. Kepercayaan sebenarnya benda paling bernilai dalam naskhah ni berbanding barang rompakan.
Visual dan sinematografi dari Choi Young-hwan menambahkan impak pada screenplay dengan props dan set yang realistik. Sama ada panorama mahupun close up shots, scene tersebut jelas meninggalkan impak dengan koreografi action stunt yang kemas, menggoda lantas menaikkan adrenalin. Tak hairanlah kenapa naskhah karya Choi Dong-hoon berjaya di box office sebagai blockbusters pada tahun 2012 dan menempa nama di beberapa buah negara Asia.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10
Director : Betty Thomas
Writer : Jeff Lowell
Cast : Jesse Metcalfe, Brittany Snow, Ashanti, Sophia Bush, Arielle Kebbel, Jenny McCarthy
Production Company : Landscape Productions, Dune Entertainment, Major Studio Partners, John US Productions
Distributor : 20th Century Fox
Genre : Teen / Romantic / Comedy
Running Time : 89 minutes
Release Date : 28 July 2006
Trailer :
Bila ada Netflix ni yang syoknya bila ada access movie legend genre teen rom-com macam John Tucker Must Die ni. Bukan senang nak cari movie lama dengan good quality. Nak high quality tu macam impossible haha. Since movie arahan Betty Thomas ni berlatarkan high school dan diterbitkan pada tahun 2006 jadi kita guna konsep Netflix and chill je lah.
Kate Spencer (Brittany Snow) adalah the invisible girl dekat high school yang penuh dengan hot girls dan sentiasa mencari perhatian watak utama cerita ni, John Tucker (Jesse Metcalfe). Kate membesar dalam persekitaran yang tak sihat bila mak dia, Lori Spencer (Jenny McCarthy) selalu bawa lelaki yang berpotensi untuk jadi ayah balik ke rumah. Boleh kata setiap hari adalah lelaki yang berbeza sampai dia rasa tak perlu pun untuk tahu siapa nama yang bertandang.
Masa Kate bekerja separuh masa di sebuah restoran, dia selalu ternampak John Tucker datang dengan perempuan yang berbeza. Dari bersangka baik terhadap John berubah kepada perspektif buruk dan rahsia tersebut hanya diketahui oleh dia seorang. Modus operandi John mudah bila dia date dengan perempuan dengan berbeza geng atau kelab dan bagi alasan dia perlu rahsiakan hubungan cinta sebab nak fokus dengan basketball.
‘Okay, let me guess. Does he always use pet names like "Baby" and "Sweetheart?" Yeah, it's not out of affection, it's so he won't mix up your names. And he's all about an unspoken bond or something special, but never about a relationship. And the whole arrangement was your idea, so you feel guilty that he cheated.’ – Kate Spencer
Rahsia John Tucker terbongkar bila guru P.E jatuh sakit dan beberapa kelas terpaksa digabungkan disebabkan kekurangan manpower. Kate kumpul Heather Montgomery (Ashanti), Beth McIntyre (Sophia Bush) dan Carrie Schaeffer (Arielle Kebbel) untuk rancang supaya imej John Tucker sebagai pelajar popular tercalar. Malangnya plan mereka sentiasa gagal sampai diorang come up dengan plan untuk hantar Kate untuk patahkan hati John.
‘It's always all about me. John! John! John!’ - John Tucker
Jalan cerita classic cult ni kelakar dengan first half terarah kepada watak John Tucker yang bercinta dan second half terarah kepada strategi keempat watak perempuan untuk jatuhkan dia. Kelemahan pada movie ni mungkin pada watak John Tucker tu sendiri sebab less charming? I tak tahu macam mana hot girl macam Ashanti boleh digambarkan angau dengan kata-kata manis watak John Tucker. Chad Michael Murray, Ryan Phillippe, Channing Tatum nampak lebih meyakinkan dalam watak tu. Mungkin bajet rendah kot masa tu.
Anyway I suka dengan watak Scott Tucker (Penn Badgley) yang jatuh cinta dengan Kate dan jauh berbeza karakter dengan abang dia. I wish he had more scenes in this movie sebab watak dia related dengan watak Kate. At some point skrip nampak lemah dan longgar bila penulis atau pengarah keliru dengan watak Scott. Nak dijadikan watak penting ataupun cameo sahaja?
Music soundtrack dalam movie ni kinda cool sebab ada lagu Promiscuous – Nelly Furtado. One of my fav song from that era. Wardrobe, makeup, props are eye candy for the visual spectrum. Tak sangka set bilik tidur Kate dengan pantai tu hasil visual effects je sebab nampak real.
All in all, sesantai mana movie teen rom-com ni sesantai tu juga lah lakonan kesemua barisan pelakon yang ada. Scene kesemua watak utama atas stage baling cake tu agak canggung tanpa hulu tuju tapi pengarah nak end it in fun way so they did. I have fun watching so it's okay.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.6 = 5.8/10
Director : Akshay Akkineni
Writer : Karthik Subbaraj, Akshay Akkineni
Cast : Akshay Oberoi, Parvathy Omanakuttan, Arunoday Singh, Dipannita Sharma, Sonali Sachdev
Production Company : Getaway Films, UTV Spotboy
Distributor : UTV Motion Pictures
Genre : Horror
Running Time : 107 minutes
Release Date : 18 July 2014
Trailer :
Movie Tamil berjudul Pizza adalah movie debut arahan Karthik Subbaraj pada tahun 2012 kemudiannya dibawa ke industry Bollywood untuk official remake dibawah arahan Akshay Akkineni. Mengisahkan tentang pizza delivery guy, Kunal Malkholkar (Akshay Oberoi) yang resah akan diganggu oleh hantu ketika bekerja gara-gara isterinya Nikita (Parvathy Omanakuttan) adalah penulis cerita seram.
‘Kunal, every fear has its moment. And your moment is waiting.’ – Nikita
Walaupun Kunal tak percaya dengan hantu tapi dekorasi rumah, cerita seram yang Nikita tonton setiap hari dan cerita-cerita seram yang diceritakan buatkan dia jadi lemah semangat. Makin bertambah cuak bila Nikita bagitahu setiap orang akan mengalami pengalaman seram tersebut sekali dalam seumur hidup. Lepas dia nampak isteri boss dia (Sonali Sachdev) dirasuk oleh roh Anjali, dia mula kusut kenapa perempuan tersebut pandang tajam bila ditanya apa yang Anjali mahu.
Bila dia ceritakan pada rakan sekerja yang lain, mereka tak ambil pusing sangat sebab dah lama Mr. Kapoor (Rajesh Sharma) sorokkan hal ni. Boss dan isteri dia dah lama cari jalan untuk dapatkan anak tapi bila dah mengandung, roh Anjali pula selalu mengganggu. Semua kuil yang ada sudah pergi untuk minta bantuan halau roh tersebut.
Satu hari Kunal dapat pesanan special pizza untuk dihantar ke banglo besar. Sesampai di sana dia menunggu tuan rumah yang sarat mengandung (Dipannita Sharma) ambil duit di bilik. Ralit menonton lagu ‘Run D.K Bose’ sampai dia tak perasan tuan rumah tersebut bertukar menjadi hantu. Nak lari keluar rumah tak dapat, nak minta bantuan pula tak ada siapa dapat dengar suara dia. Macam mana Kunal nak keluar dari rumah berpuaka tersebut kena layan movie seram ni dekat Netflix lah.
Dah lama nak tengok movie ni sebab susah nak cari bila production house Getaway Films dan UTV Spotboy tak buat marketing beria dekat negara luar. Excited teruk bila tengok ada ditayangkan dekat Netflix. Jalan cerita dia unik dan segar sebab belum pernah ada cerita bila delivery guy terpaksa hantar order dekat rumah berhantu. Selalunya nampak orang cari entiti ni tapi dalam cerita ni entity tersebut yang memanggil.
Siapa yang lemah semangat memang tak boleh layan movie Pizza 3D ni sebab gangguan dia berterusan sampai watak Kunal tu dah jadi murung. Lakonan dia pun memainkan peranan sebab ekspresi muka dia on point. Macam scene Kunal jumpa dengan isteri boss dia yang dirasuk ataupun scene dia cuba pecahkan tingkap kaca dengan kayu baseball tapi patah dan hancur. Saspen gila sepanjang Kunal ada di rumah banglo tu.
Props team buat yang terbaik dengan menghidupkan 3 latar tempat utama iaitu rumah Kunal, kedai pizza dan rumah banglo yang berhantu. Transition dan lighting juga membantu menambahkan mood seram pada beberapa scene. Makeup untuk watak-watak hantu tak keterlaluan dan nampak realistik, sesuai dengan keadaan mereka sama ada dirasuk ataupun dibunuh.
Music score digubah oleh komposer Mikey McCleary, kacukan New Zealand dan India so sebab tu lah ada beberapa track yang menggunakan genre rock dan rancak. Lagu Theher Ja diadun dengan genre jazz dan mempunyai elemen seram setiap kali dimainkan sebagai ringtone handphone tuan rumah banglo berhantu.
Pizza 3D adalah naskhah yang sarat dengan elemen seram dan jalan cerita yang menarik ditambah pula bila muncul plot twist mengejutkan di hujung cerita. Recommended to watch!
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10