Drama Review | Taxi Driver (2021)

Sunday, 29 August 2021

Director : Park Joon-Woo

Writer : Oh Sang-Ho (ep.1-10), Lee Ji-Hyun (ep.11-16)

Cast :  Lee Je-hoon, Esom, Kim Eui-sung, Pyo Ye-jin

Production Company : Studio S (SBS), Creative Leaders Group Eight

Distributor : SBS

Genre : Crime / Thriller

Running Episodes : 16 episodes

Release Date : 9 April 2021 – 29 May 2021

Trailer : 


Diadaptasikan dari webtoon berjudul The Deluxe Taxi hasil karya Carlos dan Lee Jae-jin, drama genre crime thriller ni mengisahkan tentang Rainbow Taxi yang menawarkan khidmat balas dendam kepada mangsa jenayah yang ditapis dan dipilih oleh organisasi tersebut. Kesemua ahli yang bekerja di dalam organisasi tersebut adalah mangsa kepada beberapa jenayah yang berlaku di bandar Seoul. 

Pemandu teksi, Kim Do-ki (Lee Je-hoon)menjadi mangsa kepada kekejaman pembunuh bersiri yang membunuh emaknya secara rambang. Selepas tamat military training, Mr. Kim join Rainbow Taxi di samping membantu CEO Jang Sung-chul (Kim Eui-sung) mengendalikan The Blue Bird Foundation. 

Modus operandi mereka mudah selaps mendapat panggilan daripada mangsa, masing-masing akan buat strategi untuk jatuhkan penjenayah terlibat. Selepas klien berpuas hati mereka akan bawa kesemua penjenayah tersebut kepada Godmother Baek Sung-mi (Cha Ji-yeon) untuk dipenjarakan di tempat khas. CEO Jang akan buat eksperimen untuk lihat perubahan mereka sama ada akan bertaubat dengan kesalahan ataupun masih lagi dengan perangai yang sama. 

Dalam masa yang sama Prosecutor Kang Ha-na (Esom) yang menyiasat kehilangan pembunuh bersiri Cho Do-chul (Cho Hyun-woo) mula syak Mr. Kim dan CEO Jang sebab beberapa bukti terarah kepada persamaan aktiviti mereka berdua. Pendirian dia juga berbeza dengan mereka berdua mengenai balas dendam dan sistem perundangan Korea Selatan. 

Menyampah sangat tengok watak Kang Ha-na tu sebab jelas sangat lah sistem perundangan negara tu lemah dengan beberapa loopholes. Semua pun tahu negara Korea Selatan tinggi dengan amalan rasuah jadi kenapa watak Kang Ha-na nak berpegang teguh dengan sistem tersebut? Dia sendiri pun marah bila berjumpa dengan banduan yang hidup selesa dalam penjara hasil duit cukai yang dibayar oleh rakyat Korea. 

Boleh nampak kenapa drama ni ada dua penulis untuk episod-episod awal dan episod hujung bila ada perbalahan mengenai jalan cerita. Flow cerita memang berubah sangat dan jadi lemah bila pihak polis dan pendakwaraya terikat dengan protokol dan pengarah biarkan watak Mr. Kim menonjol sangat. Jalan cerita yang predictable bila watak Kang Ha-na mula faham kenapa Raibow Taxi wujud bila dia mengalami kejadian yang sama. Lebih menarik kalau dinamik Kang Ha-na sama cemerlang dengan Mr. Kim ataupun lebih licik dengan ilmu perundangan dia. Malangnya elemen tu tak ada dan berharap sepenuhnya dengan Mr. Kim. 

Geram je tengok bila Kang Ha-na tahu banduan yang dipaksa mengaku oleh polis supaya dapat tutup kes dengan cepat. Lepas 20 tahun tersalah hukum sampai banduan tu hilang keluarga dan maruah, permohonan maaf je yang pihak pendakwaraya boleh buat terhadap dia. Dalam drama ni mungkin happy ending tapi sedih tengok footage sebenar banduan tersebut dekat hujung Episod 15. 

Kecewa juga bila watak Godmother Baek digarap lemah sedangkan dia ada potential untuk jadi antagonis yang licik dengan dua orang sidekick. Tak dikembangkan pula macam mana CEO Jang boleh bersetuju untuk bekerjasama dengan Godmother Baek sedangkan ada backstory tentang macam mana dia mulakan bisnes haram dia. 

Walaupun aspek tu antara kelemahan drama Taxi Driver terbitan Studio S namun kesemua jenayah yang diketengahkan adalah jenayah sebenar yang berlaku di Korea Selatan. Tak mustahil juga kes-kes jenayah yang serupa berlaku di negara-negara lain. 

Hideout Rainbow Taxi yang terletak di basement rumah CEO Jang adalah set sebenar tanpa bantuan CGI sebab director nak tempat tu nampak real. Visual yang digunakan juga cemerlang dengan teknik self-camera dalam babak Mr. Kim berlawan dengan anak buah Godmother Baek. Tona warna kebanyakannya disetkan ala vintage dengan warna hangat. Sama juga dengan music score dengan musik bertemakan trend 80-an. 


Tengok pada ending, ada potential drama ni akan muncul dengan Season 2 tapi kalau penulis Lee Ji-Hyun yang karang cerita, susah nak tarik minat untuk tengok. Kalau biarkan sahaja habis pun okay jugak sebab plot Taxi Driver pun dah mula longgar melainkan ada jenayah menarik untuk dipertontonkan. Suka dengan lakonan Lee Je-hoon dan Ahn Go-eun (Pyo Ye-jin) dengan ekspresi dan lontaran lakonan yang bagus sesuai dengan situasi watak mereka berdua. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 7.7/10

Movie Review | Drive (2019)

Director : Tarun Mansukhani

Writer : Tarun Mansukhani

Cast : Sushant Singh Rajput, Jacqueline Fernandez, Vikramjeet Virk, Sapna Pabbi, Vibha Chibber, Boman Irani, Pankaj Tripathi, Kaustubh Kumar

Production Company : Dharma Productions

Distributor : Netflix

Genre : Action / Thriller

Running Time : 119 minutes

Release Date : 1 November 2019

Trailer :


Ambil masa yang lama juga untuk layan movie Drive ni sebab tayangan movie ni ambil masa yang sangat lama sampaikan pelakon utama, Sushant Singh Rajput perli Karan Johar bila nak release dalam sebuah interview. Sepatutnya ditayangkan di pawagam kemudiannya bertukar method ke OTT platform iaitu Netflix. 

Sungguhpun movie Drive ni adalah terbitan Dharma Production dan ditayangkan di bawah Netflix Originals, malangnya visual adalah kelemahan utama sampai hilang mood nak layan. Susah nak percaya Netflix boleh terima movie seperti Drive untuk ditayangkan.Bila tengok keseluruhan movie boleh nampak ni adalah cara Karan Johar balas dendam kepada Sushant. 

Tak faham macam mana Karan Johar ataupun team production boleh berpuas hati dengan final edit movie Drive ni sedangkan pihak tourism negara Israel berbesar hati jalinkan hubungan diplomatik dengan negara India melalui movie Drive. Bayangkan audience negara Israel layan movie ni sebab it is one of the project involved and turn out to be the worst version of Fast & Furious franchise?  

Pembantu Setiausaha Perdana Menteri, Irrfan (Boman Irani) dihantar ke Jabatan Perakaunan untuk bantu Vibha Singh (Vibha Chibber) menjejak sekumpulan pencuri yang diketuai oleh Tara (Jacqueline Fernandez) dan pembantunya Bikki (Vikramjeet Virk) juga Naina (Sapna Pabbi). Tak susah pun nak locate mereka bertiga ni sebab selalu melepak di kawasan street racing di bandar tersebut. 

Yang susahnya bila nak buktikan mereka bertiga memang terlibat dalam kes-kes rompakan yang berlaku dan bakal berlaku. Jadi Irrfan hantar undercover police, Arjun untuk siasat kegiatan mereka dan kumpul bukti kukuh. Vibha dan pembantu dia, Hamid (Pankaj Triptahi) dah cuak sebab mereka adalah target seterusnya. Tak ada siapa yang tahu selain mereka berdua yang semua duit haram hasil peras ugut dari businessman disimpan di ruang rahsia dalam bangunan tersebut. 

Bangunan tersebut dikawal dengan ketat dan sesiapa yang mencurigakan akan ditembak serta-merta oleh pengawal keselamatan di sana. Nak masuk memang perlukan perancangan yang rapi dan bantuan dari IT personnel, Raj Naik (Kaustubh Kumar). 

Flow penceritaan Drive ni tak ada pun yang unik ataupun fresh sebab dah banyak movie bertemakan rompakan dipaparkan baik dari Bollywood mahupun Hollywood. Ada beberapa twist yang menarik supaya momentum cerita tak terus merudum dan membosankan. 

Sepanjang 110 minit movie ni berjalan, keliru juga dengan genre dia sebab tak rasa thriller atau saspen pun tapi lebih kepada komedi. Plot dia pun tak disusun dengan baik sebab ada beberapa scene yang random je muncul dan hilang macam tu sahaja tanpa penjelasan yang bagus. Nasib baik peneraju utama movie ni ialah Sushant, kalau ambil Ayush Sharma rasanya movie ni elok masuk tong sampah je. 

Selain dari Sushant, music album Drive not bad lah sebab lagu Makhna yang shoot dekat Israel tu best. Dalam music video tu nampak lah diorang semua have fun sebab director pun dah bagitahu ikut suka diorang lah nak have fun macam mana. Lagu Prem Pujari also one of my favorite song jugak dengan choreography dan set yang cantik. Music score dari Qaran je kurang memberi impak dan sometimes out of place. 

No wonder lah Sushant tak pernah promote movie ni bila Karan Johar finally decide untuk tayang dekat Netflix. Siapa tak sakit jiwa tengok end product macam ni? Wasted. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 2.6/10

Movie Review | Ada Hantu (2021)

Saturday, 28 August 2021

Pengarah : Hairul Azreen

Penulis Skrip :  Adrian Teh, Amar Amir

Pelakon : Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Hairul Azreen, Nafiez Zaidi, Elvina Chua, Henley Hii, Theebaan, Sophia Albarakbah, Dafi

Syarikat Produksi : ACT 2 Pictures 

Pengedar :  Disney+ Hotstar 

Genre : Seram / Komedi

Durasi Tayangan : 100 minit

Tarikh Tayangan : 13 Ogos 2021

Trailer :


Bermula dengan reaction video Alif (Zahiril Adzim) yang mendapat kecaman dari ramai haters sampai dia ambil keputusan untuk pergi ke tempat berhantu walaupun dia tak percaya dengan kewujudan makhluk alam ghaib. 

Alif sebenarnya tak kisah pun dengan haters channel dia sebab kebanyakannya yang menyampah ni lah yang subscribe dan sedekah views untuk Youtube videos dia. Shasha (Elvina Chua) yang cadangkan dia buat content untuk bidas kecaman netizen sementara Bariah (Shiqin Kamal) pula cadangkan mereka bermalam di rumah banglo yang berhantu di kampung dia, Kampung Teluk Panglima Perang. 

Sebelum sampai ke rumah tu pun dah ada insiden bila Talha (Hairul Azreen) hampir terlanggar seekor kucing hitam tapi bila mereka semua turun cari, tak ada langsung kesan kucing tersebut. Sebelum masuk ke rumah banglo tersebut, Jimmy (Nafiez Zaidi) cuba scan aura positif dengan berbekalkan ilmu fengshui yang dipelajari. Entah ye entah tidak sampai Alif naik meluat dengan perangai dia. 

Rumah banglo tersebut adalah milik jeneral askar Jepun yang kejam tapi sayang pada isteri yang cantik dan pandai bermain piano. Setiap malam dia akan dengar isteri dia main piano sehinggalah pada malam terakhir sebelum mereka berdua melakukan kamikaze. Sejak dari hari itu, rumah tersebut mempunyai banyak kejadian aneh dan misteri sehinggakan tak ada yang berani tinggal di situ. 

Movie sulung arahan pelakon terkenal Hairul Azreen ni menggunakan template seram komedi di mana pendekatannya lebih santai dan menghiburkan. Kalau ada yang concern dengan lakonan Hairul, boleh nampak dia dah improve banyak lepas movie Wira (2019) dan Pasal Kau (2020)

Kalau ada yang concern dengan arahan dia, pun rasanya tak ada masalah sebab naskhah santai ni walaupun tipikal tapi banyak plot twist yang menghiburkan. Lagipun movie ni adalah hasil penulisan Adrian Teh jadi tak perlulah risau dengan kualitinya. Boleh kata I dah jadi peminat karya Adrian Teh. Kagum lah dengan dia bila dia boleh polish daripada seorang pelakon kayu seperti Hairul menjadi bagus dan tampil sebagai pengarah. Mungkin lepas ni ada movie aksi pula sebab tu strong point Hairul dalam industri. 

Berbalik kepada naskhah Ada Hantu terbitan ACT 2 Pictures ni mempunyai barisan pelakon yang bagus terutamanya Zahiril Adzim sebagai watak utama. Lakonan Shiqin Kamal pun bagus dan nampak selesa dengan watak Bariah cuma keliru dengan karakter dia yang mempersoalkan tindak-tanduk Alif sejak sampai di rumah tersebut sedangkan motif utama ke situ adalah untuk buat video. Pelik jugak tengok diorang berlima ni sebab main redah je semua benda. 

Masa first half tak lah banyak sangat komedi sebab diorang baru nak explore tempat tu tapi bila masuk second half tak larat nak gelak dengan cerita masing-masing. Terdiam bila tengok kejadian cadar kempis tu sebab real betul. Sekali dengan kita jadi terkesima bila tengok babak tu. Polis yang datang untuk siasat pun terdiam. Teringat-ingat lagi scene Alif dok sengih tu. 

Visual dari Danny Lala paparkan keindahan panorama kawasan tersebut dengan baik. Scene waktu malam pun tak terlampau gelap sampai tak nampak apa yang berlaku. Suka tengok scene dekat tangga sebab lighting dekat situ cantik sangat. Tapi kalau nak pergi vacation dekat rumah tu memang tak lah sebab jauh dari pekan. Kalau orang kata ada hantu pun memang percaya. 

Walaupun movie Ada Hantu ni pada awalnya dikritik sebab poster yang cincai tapi jalan cerita dia menghiburkan dan sesuai ditonton bersama keluarga. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.8, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7.7/10

Drama Review | Nevertheless (2021)


Director : Kim Ga-ram

Writer : Jung Won

Cast : Han So-hee, Song Kang, Chae Jong-hyeop, Lee Ho-jung, Yoon Seo-ah, Yoon Sa-bong, Choi Sung-jae 

Production Company : Studio N, Beyond J, JTBC Studios

Distributor : JTBC, Netflix

Genre : Romance / Drama

Running Episodes :  10 episodes

Release Date :19  June – 21 August 2021

Trailer : 


‘You know why your name is Na-bi? Your mom says she named you like that so your life would be as sweet as honey. But butterflies don’t always eat honey. Insects and poop are all nutrients for them too. Everything you’re going through in your life right now are your nutrients. So what’s there to fear?’ - Jung Sook-eun (Yoon Sa-bong)

Na-bi, pelajar bidang seni ukiran hilang inspirasi setelah putus cinta dengan Yoo Hyeon-woo (Choi Sung-jae) akibat dimalukan di khalayak ramai dengan ukiran patung yang yang menggambarkan diri dia dalam keadaan yang keterlaluan dalam satu pameran seni. 

Impian dia untuk pergi ke luar negara melalui exchange program pun semakin tipis bila patung ukiran dia tak menzahirkan sebarang emosi dan ketinggalan jauh di belakang berbanding pelajar-pelajar lain terutamanya Yoon Sol (Lee Ho-jung). Pensyarah dia dah advise kalau tak dapat pergi universiti luar negara pun tak apa sebab dekat Korea sendiri banyak universiti bagus. 

Pertemuan antara Na-bi dengan Park Jae-eon (Song Kang) yang dianggap satu kebetulan sebenarnya merupakan takdir dalam hidup dia. Entah kenapa dia selalu berjumpa dengan lelaki yang toxic dalam hidup dia. Selepas lelaki yang misogynist dan curang, kali ni hati dia jatuh cinta dengan junior playboy yang terkenal di kolej tersebut. Makin kuat dia mengelak, makin jauh dia lari, makin kuat perasaan dia terhadap Jae-eon. 

Perjalanan drama Nevertheless yang diadaptasikan dari webtoon dengan tajuk yang sama karya Jung Seo ni diambil dari perspektif Na-bi kebanyakannya. Tapi tak lah diceritakan secara mendalam sangat pun sebab tak diceritakan kenapa dia hang out dengan Yang Do-hyeok (Chae Jong-hyeop) sedangkan dia sendiri tak boleh move on dengan Jae-eon. Nak kata Jae-eon playboy pun tak boleh jugak sebab Na-bi pun lebih kurang je suka melayan ramai lelaki. Kenapa watak Jae-eon takut dengan komitmen pun tak pasti sedangkan dia baik je dengan Yoon Seol-ah (Lee Yul-eum). Mungkin disebabkan mak dia. 

Drama yang ditayangkan di Netflix sebanyak 10 episod ni berlatarkan kehidupan pelajar kolej dengan watak hero tipikal yang kaya, berbakat dan popular jadi jalan cerita tu tak boleh dipandang secara serious sangat lah. The ultimate reason I layan drama ni pun sebab Song Kang is my favorite actor lepas franchise drama Love Alarm (2019) dan Sweet Home (2020)

Han So-hee pula famous lepas drama The World of Married Couple (2020) bila dia pegang watak perempuan curang tapi tak dapat banyak screentime. Berbeza dalam drama ni bila dia sandang sepenuhnya watak utama dan situasi genting digalas oleh dia sendiri. Lakonan dia bagus dan chemistry dengan Song Kang pun cemerlang. Ada yang kata sebab diorang memang couple in real life. 

Drama Nevertheless ni boleh habis dengan 7 atau 8 episod je sebab dekat episod belakang ni banyak flashbacks, draggy scene dari beberapa konflik yang tercetus antara watak-watak sampingan. Mana-mana drama yang ditayangkan di bawah Netflix Original, mesti ada scene percintaan LGBT dan dalam drama ni pun tak terlepas dengan babak percintaan antara Sol dengan Seo Ji-wan (Yoon Seo-ah). Tak heavy tapi boleh nampak la industry Korea Selatan pun dah mula ke arah tu. 

Walaupun watak Nam Gyu-hyun (Kim Min-gwi) dipotong gara-gara skandal curang in real life tapi team production buat kerja yang bagus sebab tak nampak macam watak dia dikurangkan sangat pun. Nasib baik lah watak sampingan yang tak ditumpukan perhatian sangat yang buat perangai. Kalau watak hero kedua memang jenuh nak reshoot balik. 

Visual dari drama Nevertheless dipaparkan dengan cantik, sesuai dengan genre romance dan latar tempat yang digambarkan sebagai institusi yang kreatif dan berseni. Suka scene Na-bi dengan Jae-eon menyembang dekat taman belakang studio. Dreamy teruk! Scene dekat mesin gedegang studio tu pun cantik sebab bumbung dia penuh dengan bunga berjuntai warna ungu. Sama lah dengan kawasan rumah mak cik Na-bi. 

Overall, Nevertheless adalah naskah romance drama yang tipikal dengan olahan dan lakonan yang bagus. 

p/s : Nasib baik drama ni bukan terbitan production house yang sama dengan Love Alarm. Kalau tak, dah tahu dah Jae-eon jadi playboy gara-gara patah hati dengan Jojo masa zaman sekolah dulu haha jk

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.3 = 7.7/10

Choco Mint Flavor To The Next Level

Macam biasa, hari Jumaat adalah hari Chanwoo update vlog di Youtube channel dia, Chanwoosari dan minggu ni dia update personal review terhadap makanan dan minuman dengan perisa chocolate mint. Ramai yang tak suka perisa ni sebab rasa macam ubat gigi termasuklah Chanwoo sendiri tapi dia tetap buat demi content lol

I just tengok sebab nak tengok Chanwoo je walaupun dah boleh agak baby iKON ni akan bagi bad review dekat semua makanan yang dia rasa. Kalau tak tengok video ni memang tak akan tahu pun yang snek berperisa choco mint wujud. Mungkin sebab I jarang makan snek kot. Berdekah tengok reaction Chanwoo dengan hasil kerja editor. Sejenis masuk air betul. Nak marah pun tak jadi sebab kelakar. 

Banyak brand yang tak familiar dalam personal review Chanwoo bukan sebab brand tu tak famous tapi sebab I yang tak makan sangat jajan unless yang colleagues I beli dekat pantry tu. Kalau pergi dekat 7E atau FamilyMart pun tak pernah nampak lagi snek atau minuman berperisa choco mint. I love this flavor seriously tapi dekat Malaysia ni tersangatlah limited even aiskrim pun susah nak jumpa. The struggle of choco mint lover tsskkk

Dalam vlog ni Chanwoo try aiskrim, susu, kopi, snek, roti, kek, popcorn dan biskut. Excited bila tengok dia makan popcorn choco mint sampai terliur sebab I suka makan popcorn masa tengok movie. Imagine layan movie best sambil makan flavor sedap? Even movie tak best pun tak emosi sangat sebab mulut mengunyah benda sedap. 

Just like Chanwoo, I pun ngeri tengok kek choco mint macam tu sebab warna dia terlampau sangat tapi kalau makan sejuk-sejuk tu mesti sedap macam makan aiskrim choco mint. Bayangkan melt dalam mulut. Fuhhhh! 

Chanwoo bagi rating yang tinggi untuk kopi choco mint jenama KANU sebab rasa dia tak lah strong sangat since rasa kopi tu lagi kuat. Bila I check dekat Shopee harga dalam RM16 satu box dengan 8 pcs sticks. Cun jugak kalau beli masa Shopee sale 9.9 nanti ye dak? 

Hadiah Blogger Kak Shikin Razali Dah Sampai!

Friday, 27 August 2021

Semalam terkejut dapat parcel sebab semua barang yang diborong dekat Shopee dah sampai. Boleh tahan besar jugak parcel dari J&T tu. Bila tengok nama sender baru teringat pasal hadiah ni. Tak sangka betul blogger Kak Shikin nak bagi hadiah besar macam ni. 


Dah lama tak pergi blogwalking sebab tak sempat nak berkunjung tapi bila dah pergi terus jadi top commentator haha sebab entry Kak Shikin banyak pasal arkib suratkhabar lama. Curious bila tengok sejarah negara yang diterbitkan sebab banyak cerita sensasi. Kelebihan untuk Kak Shikin sebagai Pembantu Pustakawan sebab ada material yang blogger lain tak ada. Bukan senang nak dapat bahan rare macam tu. 

Dalam parcel J&T tu ada dua storage box saiz large kot ek, satu warna fav Pana, satu lagi teddy bear printed. Ada collagen eye mask dengan toning mask jugak. Terima kasih sangat sebab hadiahkan barang-barang kegunaan harian. Kebetulan memang nak pergi beli storage untuk simpan baju dekat rak baru. 

Kalau belum ada yang kenal blogger Kak Shikin, boleh terjah blog dia. Mana tahu rezeki awak pulak lepas ni :)

Bila Bella Beranak

Tuesday, 24 August 2021

Tak pernah imagine macam mana jadi pusat membiaknya kucing dalam rumah ni. Geleng kepala tengok Bella bunting padahal dia muda lagi. Sebelum ni nak neuter dia tapi macam tak sampai hati pulak bila tengok kucing dekat klinik tu sampai ada yang menggigil tahan sakit. Tapi bila tengok Bella tercungap bila perut sarat pun rasa menyesal jugak. 

Lepas 2 bulan usung perut sana sini, tepat jam 11 malam tarikh 1 Ogos 2021, Bella beranak seekor demi seekor. Jangan tanya lah yang mana sulung ke tengah ke bongsu memang tak tahu sebab biar dia beranak sampai sudah je dalam kotak tu. 

Esok pagi nampak la semua anak dia ada kembar 3 ekor dengan seekor warna oren berbelang. Geleng kepala dah sebab kalau warna oren ni mesti lasak kemain. Kecik gila diorang ni masa hari kedua dengan ketiga. Pegang pun terasa lembik lagi. 



Yang oren ni kelakar jugak lah seminggu awal tu sebab warna dia pekat dekat kepala tapi habis ink bila sampai ke bahagian belakang dengan ekor. Mak dia jenis bertompok orennya so semi lasak lah. Dua minggu lepas beranak ni Bella nak cari tempat baru untuk anak-anak dia. Masalahnya dia aim almari baju. Memang tak lah nak bagi dia masuk dalam almari. Masa dia survey tu pun ada yang dah tertarik benang dah. 


Pernah sekali dia bawak semua anak-anak dia duduk dekat belakang laci almari baju. Tu kalau anak dia tersepit dekat laci memang cari pasal lah cerita dia. Tak kacau pun anak-anak dia masalahnya tapi dia yang selalu bersangka buruk. Bukan salah kitorang kalau masuk bilik tiba-tiba anak dia menjerit. 

Sudahnya cari kotak besar untuk Bella dengan anak-anak dia stay dekat dalam tu tapi tak lama pun sebab bila anak-anak dia mula dapat kaki, merata la diorang pergi. Suara memasing dah la nyaring. 


Memandangkan sekarang musim tengkujuh, semua menempel dekat dalam bilik tidur. Masing-masing tak aktif sangat pun sebab banyak habiskan masa dengan tidur je. Ada la seekor dua yang merayap sana-sini tapi sekejap je. Ada yang suka back flip. 


Diorang ni takde nama lagi sebab tak tahu jantan ke betina. Kang bagi nama jantan tiba-tiba nampak dia betina. Lagipun bukannya diorang faham lagi bila panggil nama haha. Dah la muka sama semua, macam mana nak bezakan? 

Since Bella memerlukan me time so kitorang la jaga anak-anak dia lepas diorang settle menyusu. Tak sampai sebulan lagi tapi semua dah tumbuh gigi jadi most of the time jadi tempat diorang test gigi dan kuku. Cepat betul progress diorang eh. I memang first time jaga anak kucing tengok dari keluar dari perut sampai sekarang. 

Kalau dulu tidur dengan Bella, sekarang tidur dengan anak-anak dia. Kira telinga ni dah immune dah bila diorang mengiau. Elok je tidur nyenyak macam biasa sebab penat betul dengan kerja sekarang. Penat mental. Lemau, homesick, murung semua lah ada. 


So far bila perati nampak lah yang kembar 3 ekor ni lasak sebab bapak diorang ajar main gigit sana sini pastu main aci ligan. Antara 3 ekor tu nampak lah ada yang hyper, average dengan pasif. Yang oren tu macam shy shy cat sebab dia suka menyorok bila diorang bertiga ni bergomol with each other. Kadang tu dia lagi suka tidur daripada berjalan merata. Pastu anak mak, menyendeng je kalau Bella ada sekali. Dah la paling comel, so galeri handphone memang penuh dengan gambar dia je :')


Mata diorang semua follow mata bapak padahal mata Bella cantik jugak lah warna kuning jingga. Bila dia tenung sebab berdendam tak bagi makanan yang dia suka, keluar lah mode mata ular dia. Sayang anak-anak dia tak ada pun yang mewarisi mata tu. Semua mata warna biru cair. 

Buat masa sekarang ni tak ada perancangan lagi nak bagi orang, nak lepas ataupun nak bela sebab 4 macam banyak sangat. Padan muka tak neuter awal-awal haha tapi besar kemungkinan bela je lah. Nangis lah nak vaksin, neuter dengan suntik cacing untuk semua. Wish me good luck. 

Simple Water Boost Hydration Duo Kit

2 minggu lepas menyinggah Guardian lepas balik kerja sebab nak beli facial cleanser Simple tapi malang betul sebab dah sold out. Musim PKP ni memang kena banyak redho je kalau stok habis. Nak beli online memang malas lah sebab nak beli cleanser je, satu hal nak kena tunggu lama. 

Masa tu ternampak Simple Water Boost Hydration Duo Kit dekat shelf. Dalam kit ni ada Water Boost Micellar Facial Gel Wash dengan Water Boost Hydrating Booster. Harga satu kit ni dalam RM39 macam tu. Kalau beli secara berasingan, hydrating boost tu RM29 untuk kuantiti 25ml dan facial gel pula RM 23.90 untuk kuantiti 150ml. Jimat lah kalau beli duo kit ni, boleh save sebanyak 27%. 

Since dia ejen pelembap, takde masalah kot kalau nak tukar kepada edition ni. Lagipun facial cleanser dia gel wash, tak lari jauh pun dengan yang sebelum ni. Nak compare dengan yang sebelum ni, better lagi beli edition water boost dengan ekstrak Pentavitin ni sebab yang sebelum ni memang yang basic je. Cuma untuk segarkan kulit muka lepas cuci. Tak ada kegunaan tambahan pun. 

i. Water Boost Micellar Facial Gel Wash

Untuk facial gel wash ni Simple guna teknologi micellar water untuk mencuci muka dan melembapkan kulit supaya muka tak kusam. Sesuai sangat dengan kulit yang sensitif macam my skin. Sekarang ni memang nak melembapkan kulit je sebab tengah musim panas lepastu duduk bawah air-cond. 

Ingredients : 

Aqua, Cocamidopropyl Betaine, Propylene Glycol, Hydroxypropyl Methylcellulose, Sodium Chloride, Panthenol, Citric Acid, Disodium EDTA, Glycerin, Hydroxypropyl Cyclodextrin, Iodopropynyl Butylcarbamate, Pantolactone, Phenoxyethanol, Potassium Chloride,Saccharide Isomerate, Sodium itrate, Sodium Hydroxide, Tocopheryl Acetate.

ii. Water Boost Hydrating Booster

Ingredients : 

 Aqua, Glycerin, Pentylene Glycol, Butylene Glycol, Dimethicone, PEG-8, Ammonium Acryloyldimethyltaurate/Beheneth-25 Methacrylate Crosspolymer, Benzophenone-4, BHT, Caprylyl Glycol, Carbomer, Citric Acid, Glyceryl Acrylate/Acrylic Acid Copolymer, PEG-40 Hydrogenated Castor Oil, Phenoxyethanol, Polyvinyl Alcohol, Potassium Carbonate, Potassium Chloride, Potassium Hydroxide, PVM/MA Copolymer, Saccharide Isomerate, Sodium Chloride, Sodium Citrate, Sodium Lactate, t-Butyl Alcohol, Trideceth-9.

Baca nama produk pun dah tahu hydrating booster ni untuk beri kelembapan ekstra pada kulit. I apply lepas pakai toner sebelum pakai serum dengan moisturizer. Tekstur untuk kedua-dua produk ni tersangatlah ringan macam gel air. Lembut je bila sentuh gel dia. Masa cuci muka guna gel wash memang tak ada buih sangat dan tahap pH dia pH5. Kedua-dua produk ni tak ada bau atau warna. Gel dia jernih macam air je. 

Bila dah selesa pakai water boost edition ni rasanya better stay dengan yang ni je sebab muka lebih segar dan sejuk. Agak mahal berbanding sebelum ni tapi kalau berkesan apa salahnya kan? Nak jimat beli masa sales lah, macam tak biasa ye dak?

Bakar Rotiboy Frozen Pack Guna Air Fryer

Monday, 23 August 2021

Bulan lepas viral pasal Rotiboy dijual secara frozen maka tak lah kitorang melepaskan peluang untuk beli home kit edition ni sebab boleh bake guna air fryer. Rotiboy home kit edition ada 15 biji doh frozen dengan 480 gram coffee cream topping. 


Rotiboy Frozen Pack ni cuma ada mexican coffee bun yang famous tu je lah. Rasanya edition ni cuma nak test water je dalam situasi pandemik ni. For sure lah sales Rotiboy drop teruk bila ramai yang tak boleh keluar rumah sekerap sebelum ni. 

Harga untuk frozen pack ni RM33.00 termasuk SST dan bukannya caj penghantaran. Masa order tu pihak Rotiboy cakap ambil masa paling lewat dalam 3 hingga 5 hari je sebab ramai yang order. Tapi kitorang dapat hujung bulan 29/07/2021. Dalam 3 minggu jugak lah lepas settle buat pembayaran kepada Rotiboy. 

Kitorang pun tak push sangat lah sebab pihak Rotiboy whatsapp untuk follow up bagitahu frozen pack akan sampai hujung bulan. Nasib baik lah level kempunan tak lah tinggi mana sebab tengok gaya viral dah boleh agak tak mampu dapat awal. Bila dah dapat tu craving pun dah hilang so minggu ni baru buat sebab kalau lebih dari 6 minggu lepas sampai dekat tangan, doh tu akan rosak. 


Cara nak bakar roti ni pun senang je. Letak dalam air fryer lepastu letak topping dekat bahagian atas. Jangan tanya lah kenapa comot sangat Pana buat kerja. Tak kerja bakery kan, so ikut suka lah nak calit tanpa seni. Asal tutup permukaan doh tu kira halal lah. 


Dah settle bab topping, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 hingga 20 minit ikut manual yang Rotiboy bagi lepas scan QRcode yang dia bagi. Tapi pelik betul kejadian Rotiboy Mexican Coffee kitorang haha


Pelik sebab dia tak naik kembang pun macam bun jual dekat Rotiboy tu. Habis topping meleleh ke bawah bila doh tak mengembang dengan jayanya. Bab bau memang wangi dah sebijik sama macam Rotiboy. Bab rasa pulak sedap je hahaha sebab doh tu memang masak cuma tak gebu dan kembang macam bakeri Rotiboy. 


Lepastu bila makan tu kena hati-hati sebab dalam doh ni ada mentega. Bila doh tak kembang, mentega tu cair tapi tak terserap elok. Jadinya dia akan meleleh keluar macam air. Bahaya lah kalau makan panas-panas sebab mulut boleh melecur. 

Tak pasti lah sebab cara kitorang letak bun tu salah ke, sebab tak sesuai guna air fryer ke ataupun dah menuju ke expiry date. Ada lagi 10 doh so kitorang akan cuba bake lagi guna method yang berbeza tapi kalau sama jugak kejadiannya memang beli dekat bakeri je lah lepas ni. Lagipun Rotiboy frozen pack ni dah diberhentikan penjualan sebab permintaan yang terlampau banyak. Siapa yang dah merasa dan berjaya tu memang terbaik lah haha

Movie Review | Blackpink: Light Up the Sky

Sunday, 22 August 2021

Director : Caroline Suh

Writer : Caroline Suh

Cast : Kim Ji-soo, Jennie Kim, Roseanne Park, Lalisa Manoban, Teddy Park

Production Company : RadicalMedia, YG Entertainment

Distributor : Netflix

Genre : Documentary

Running Time : 79 minutes

Release Date : RadicalMedia

Trailer :


Dokumentari yang paling tinggi jumlah view di benua Asia terutamanya Indonesia, Malaysia, Singapore, South Korea, Hong Kong dan Thailand adalah arahan dan karya Caroline Suh yang pernah tercalon dalam kategori pengarah terbaik di Emmy Awards 2018. 

Perjalanan Blackpink dari zaman trainee selama 5 tahun sehingga tour terakhir mereka pada tahun 2019 direkodkan di dalam dokumentari Light Up The Sky. Tajuk ni dicadangkan oleh Ji-soo dari lagu mereka, How You Like That. Blackpink adalah girl group pertama di bawah The Black Label, anak syarikat kepada YG Entertainment. Kelolaan sepenuhnya diletakkan di bawah main composer Teddy Park. 

Mana-mana agency talent pun akan ada monthly evaluation jadi sama juga di YG Entertainment bila setiap bulan penilaian dari segi vokal dan tarian dibuat di hadapan CEO Yang Hyunsuk (YG) bersama jurulatih, komposer atau senior artist. Dalam semua trainee yang ada, Jisoo, Lisa, Jennie dengan Rose paling menyerlah baik secara individu mahupun berkumpulan. Dari 9 orang trainee perempuan sehingga lah dikecilkan jumlah kepada 4 orang perempuan yang mempunyai chemistry dan energy yang tinggi sehingga membentuk sinergi yang kuat.

Dokumentari dari Caroline Suh mungkin lebih menarik kalau spesifik kepada konsep yang dibawa oleh YG Entertainment dan The Black Label daripada bercerita tentang industry Kpop. Kenapa Blackpink berbeza dengan girl group yang lain? Sebab konsep YG Entertainment yang tertumpu pada genre muzik hip-hop, EDM dan trap dengan konsep utama yang diperkenalkan sejak zaman Big Bang iaitu bad ass, dark dan edgy. 

Blackpink sendiri datang dengan matlamat untuk pecahkan streotaip terhadap warna pink yang dijadikan simbolik sebagai cantik dan sweet. Blackpink mahu dipandang sebagai kumpulan yang bukan sahaja cantik malah mempunyai bakat yang cemerlang. Lirik lagu dengan mesej empowerment dan revolusi kepada remaja perempuan dan juga wanita sama ada casual listeners mahupun fandom mereka, BLINKS. Sayangnya dokumentari ni lebih terarah pada background individu dengan skrip yang agak longgar tanpa hala tuju yang jelas. Poster pun tak menggambarkan identiti Blackpink. 

Macam mana Blackpink boleh takluk benua Asia, Amerika dan beberapa negara sehingga terkenal juga tak diceritakan dengan mendalam. Macam mana popularity Blackpink boleh tarik minat Dua Lipa, Lady Gaga, Halsey, Ariana Grande ataupun Selena Gomez untuk bekerjasama pun tak diceritakan secara jelas. Hanya mention beberapa nama besar sekali lalu sahaja dalam studio. Bahkan idea nama Blackpink sendiri tak diceritakan sedangkan sepatutnya nama asal ialah Pink Punk. 

Dekat intro scene ada clip group iKON haha lepastu ada scene dekat apartment diorang yang terletak di atas dorm iKON. Masa Blackpink dengan Teddy bercerita pasal lagu debut, Whistle tu dah excited kot ada clip Blackpink dengan B.I tapi besar sangat harapan tu. Mesti lah YG dah filter out. 

I’m not a fan of Blackpink and I’m watching this because I just want to know their strategy in the industry. Malangnya tak dapat jawapan dari dokumentari ni tapi cukup dengan fakta Blackpink adalah girl group kedua di bawah YG Entertainment. Macam mana 2NE1 dapat perhatian ramai dengan konsep bad ass, macam tu juga lah Blackpink. 

Sebelum debut lagi keempat-empat mereka sudah dapat perhatian dan diperkenalkan oleh senior artist di bawah label yang sama. Jennie yang pernah muncul bersama G-Dragon, Lisa bekerja sebagai model YG Entertainment, Jisoo bekerja beberapa kali dengan iKON.

Ironinya Blackpink muncul untuk pecahkan streotaip visual yang cantik tapi kebanyakan peminat Blackpink jatuh cinta dengan kecantikan bukan kerana bakat. I may sounds like anti or haters but yeah Blackpink is overrated. Sama macam Chinese dessert yang Jennie dengan Jisoo buat dekat dorm tu, tak lah teruk tapi tak lah bagus mana. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 6.4/10