Tak pernah imagine macam mana jadi pusat membiaknya kucing dalam rumah ni. Geleng kepala tengok Bella bunting padahal dia muda lagi. Sebelum ni nak neuter dia tapi macam tak sampai hati pulak bila tengok kucing dekat klinik tu sampai ada yang menggigil tahan sakit. Tapi bila tengok Bella tercungap bila perut sarat pun rasa menyesal jugak.
Lepas 2 bulan usung perut sana sini, tepat jam 11 malam tarikh 1 Ogos 2021, Bella beranak seekor demi seekor. Jangan tanya lah yang mana sulung ke tengah ke bongsu memang tak tahu sebab biar dia beranak sampai sudah je dalam kotak tu.
Esok pagi nampak la semua anak dia ada kembar 3 ekor dengan seekor warna oren berbelang. Geleng kepala dah sebab kalau warna oren ni mesti lasak kemain. Kecik gila diorang ni masa hari kedua dengan ketiga. Pegang pun terasa lembik lagi.
Yang oren ni kelakar jugak lah seminggu awal tu sebab warna dia pekat dekat kepala tapi habis ink bila sampai ke bahagian belakang dengan ekor. Mak dia jenis bertompok orennya so semi lasak lah. Dua minggu lepas beranak ni Bella nak cari tempat baru untuk anak-anak dia. Masalahnya dia aim almari baju. Memang tak lah nak bagi dia masuk dalam almari. Masa dia survey tu pun ada yang dah tertarik benang dah.
Pernah sekali dia bawak semua anak-anak dia duduk dekat belakang laci almari baju. Tu kalau anak dia tersepit dekat laci memang cari pasal lah cerita dia. Tak kacau pun anak-anak dia masalahnya tapi dia yang selalu bersangka buruk. Bukan salah kitorang kalau masuk bilik tiba-tiba anak dia menjerit.
Sudahnya cari kotak besar untuk Bella dengan anak-anak dia stay dekat dalam tu tapi tak lama pun sebab bila anak-anak dia mula dapat kaki, merata la diorang pergi. Suara memasing dah la nyaring.
Memandangkan sekarang musim tengkujuh, semua menempel dekat dalam bilik tidur. Masing-masing tak aktif sangat pun sebab banyak habiskan masa dengan tidur je. Ada la seekor dua yang merayap sana-sini tapi sekejap je. Ada yang suka back flip.
Diorang ni takde nama lagi sebab tak tahu jantan ke betina. Kang bagi nama jantan tiba-tiba nampak dia betina. Lagipun bukannya diorang faham lagi bila panggil nama haha. Dah la muka sama semua, macam mana nak bezakan?
Since Bella memerlukan me time so kitorang la jaga anak-anak dia lepas diorang settle menyusu. Tak sampai sebulan lagi tapi semua dah tumbuh gigi jadi most of the time jadi tempat diorang test gigi dan kuku. Cepat betul progress diorang eh. I memang first time jaga anak kucing tengok dari keluar dari perut sampai sekarang.
Kalau dulu tidur dengan Bella, sekarang tidur dengan anak-anak dia. Kira telinga ni dah immune dah bila diorang mengiau. Elok je tidur nyenyak macam biasa sebab penat betul dengan kerja sekarang. Penat mental. Lemau, homesick, murung semua lah ada.
So far bila perati nampak lah yang kembar 3 ekor ni lasak sebab bapak diorang ajar main gigit sana sini pastu main aci ligan. Antara 3 ekor tu nampak lah ada yang hyper, average dengan pasif. Yang oren tu macam shy shy cat sebab dia suka menyorok bila diorang bertiga ni bergomol with each other. Kadang tu dia lagi suka tidur daripada berjalan merata. Pastu anak mak, menyendeng je kalau Bella ada sekali. Dah la paling comel, so galeri handphone memang penuh dengan gambar dia je :')
Mata diorang semua follow mata bapak padahal mata Bella cantik jugak lah warna kuning jingga. Bila dia tenung sebab berdendam tak bagi makanan yang dia suka, keluar lah mode mata ular dia. Sayang anak-anak dia tak ada pun yang mewarisi mata tu. Semua mata warna biru cair.
Buat masa sekarang ni tak ada perancangan lagi nak bagi orang, nak lepas ataupun nak bela sebab 4 macam banyak sangat. Padan muka tak neuter awal-awal haha tapi besar kemungkinan bela je lah. Nangis lah nak vaksin, neuter dengan suntik cacing untuk semua. Wish me good luck.
2 minggu lepas menyinggah Guardian lepas balik kerja sebab nak beli facial cleanser Simple tapi malang betul sebab dah sold out. Musim PKP ni memang kena banyak redho je kalau stok habis. Nak beli online memang malas lah sebab nak beli cleanser je, satu hal nak kena tunggu lama.
Masa tu ternampak Simple Water Boost Hydration Duo Kit dekat shelf. Dalam kit ni ada Water Boost Micellar Facial Gel Wash dengan Water Boost Hydrating Booster. Harga satu kit ni dalam RM39 macam tu. Kalau beli secara berasingan, hydrating boost tu RM29 untuk kuantiti 25ml dan facial gel pula RM 23.90 untuk kuantiti 150ml. Jimat lah kalau beli duo kit ni, boleh save sebanyak 27%.
Since dia ejen pelembap, takde masalah kot kalau nak tukar kepada edition ni. Lagipun facial cleanser dia gel wash, tak lari jauh pun dengan yang sebelum ni. Nak compare dengan yang sebelum ni, better lagi beli edition water boost dengan ekstrak Pentavitin ni sebab yang sebelum ni memang yang basic je. Cuma untuk segarkan kulit muka lepas cuci. Tak ada kegunaan tambahan pun.
i. Water Boost Micellar Facial Gel Wash
Untuk facial gel wash ni Simple guna teknologi micellar water untuk mencuci muka dan melembapkan kulit supaya muka tak kusam. Sesuai sangat dengan kulit yang sensitif macam my skin. Sekarang ni memang nak melembapkan kulit je sebab tengah musim panas lepastu duduk bawah air-cond.
Baca nama produk pun dah tahu hydrating booster ni untuk beri kelembapan ekstra pada kulit. I apply lepas pakai toner sebelum pakai serum dengan moisturizer. Tekstur untuk kedua-dua produk ni tersangatlah ringan macam gel air. Lembut je bila sentuh gel dia. Masa cuci muka guna gel wash memang tak ada buih sangat dan tahap pH dia pH5. Kedua-dua produk ni tak ada bau atau warna. Gel dia jernih macam air je.
Bila dah selesa pakai water boost edition ni rasanya better stay dengan yang ni je sebab muka lebih segar dan sejuk. Agak mahal berbanding sebelum ni tapi kalau berkesan apa salahnya kan? Nak jimat beli masa sales lah, macam tak biasa ye dak?
Bulan lepas viral pasal Rotiboy dijual secara frozen maka tak lah kitorang melepaskan peluang untuk beli home kit edition ni sebab boleh bake guna air fryer. Rotiboy home kit edition ada 15 biji doh frozen dengan 480 gram coffee cream topping.
Rotiboy Frozen Pack ni cuma ada mexican coffee bun yang famous tu je lah. Rasanya edition ni cuma nak test water je dalam situasi pandemik ni. For sure lah sales Rotiboy drop teruk bila ramai yang tak boleh keluar rumah sekerap sebelum ni.
Harga untuk frozen pack ni RM33.00 termasuk SST dan bukannya caj penghantaran. Masa order tu pihak Rotiboy cakap ambil masa paling lewat dalam 3 hingga 5 hari je sebab ramai yang order. Tapi kitorang dapat hujung bulan 29/07/2021. Dalam 3 minggu jugak lah lepas settle buat pembayaran kepada Rotiboy.
Kitorang pun tak push sangat lah sebab pihak Rotiboy whatsapp untuk follow up bagitahu frozen pack akan sampai hujung bulan. Nasib baik lah level kempunan tak lah tinggi mana sebab tengok gaya viral dah boleh agak tak mampu dapat awal. Bila dah dapat tu craving pun dah hilang so minggu ni baru buat sebab kalau lebih dari 6 minggu lepas sampai dekat tangan, doh tu akan rosak.
Cara nak bakar roti ni pun senang je. Letak dalam air fryer lepastu letak topping dekat bahagian atas. Jangan tanya lah kenapa comot sangat Pana buat kerja. Tak kerja bakery kan, so ikut suka lah nak calit tanpa seni. Asal tutup permukaan doh tu kira halal lah.
Dah settle bab topping, bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15 hingga 20 minit ikut manual yang Rotiboy bagi lepas scan QRcode yang dia bagi. Tapi pelik betul kejadian Rotiboy Mexican Coffee kitorang haha
Pelik sebab dia tak naik kembang pun macam bun jual dekat Rotiboy tu. Habis topping meleleh ke bawah bila doh tak mengembang dengan jayanya. Bab bau memang wangi dah sebijik sama macam Rotiboy. Bab rasa pulak sedap je hahaha sebab doh tu memang masak cuma tak gebu dan kembang macam bakeri Rotiboy.
Lepastu bila makan tu kena hati-hati sebab dalam doh ni ada mentega. Bila doh tak kembang, mentega tu cair tapi tak terserap elok. Jadinya dia akan meleleh keluar macam air. Bahaya lah kalau makan panas-panas sebab mulut boleh melecur.
Tak pasti lah sebab cara kitorang letak bun tu salah ke, sebab tak sesuai guna air fryer ke ataupun dah menuju ke expiry date. Ada lagi 10 doh so kitorang akan cuba bake lagi guna method yang berbeza tapi kalau sama jugak kejadiannya memang beli dekat bakeri je lah lepas ni. Lagipun Rotiboy frozen pack ni dah diberhentikan penjualan sebab permintaan yang terlampau banyak. Siapa yang dah merasa dan berjaya tu memang terbaik lah haha
Cast : Kim Ji-soo, Jennie Kim, Roseanne Park, Lalisa Manoban, Teddy Park
Production Company : RadicalMedia, YG Entertainment
Distributor : Netflix
Genre : Documentary
Running Time : 79 minutes
Release Date : RadicalMedia
Trailer :
Dokumentari yang paling tinggi jumlah view di benua Asia terutamanya Indonesia, Malaysia, Singapore, South Korea, Hong Kong dan Thailand adalah arahan dan karya Caroline Suh yang pernah tercalon dalam kategori pengarah terbaik di Emmy Awards 2018.
Perjalanan Blackpink dari zaman trainee selama 5 tahun sehingga tour terakhir mereka pada tahun 2019 direkodkan di dalam dokumentari Light Up The Sky. Tajuk ni dicadangkan oleh Ji-soo dari lagu mereka, How You Like That. Blackpink adalah girl group pertama di bawah The Black Label, anak syarikat kepada YG Entertainment. Kelolaan sepenuhnya diletakkan di bawah main composer Teddy Park.
Mana-mana agency talent pun akan ada monthly evaluation jadi sama juga di YG Entertainment bila setiap bulan penilaian dari segi vokal dan tarian dibuat di hadapan CEO Yang Hyunsuk (YG) bersama jurulatih, komposer atau senior artist. Dalam semua trainee yang ada, Jisoo, Lisa, Jennie dengan Rose paling menyerlah baik secara individu mahupun berkumpulan. Dari 9 orang trainee perempuan sehingga lah dikecilkan jumlah kepada 4 orang perempuan yang mempunyai chemistry dan energy yang tinggi sehingga membentuk sinergi yang kuat.
Dokumentari dari Caroline Suh mungkin lebih menarik kalau spesifik kepada konsep yang dibawa oleh YG Entertainment dan The Black Label daripada bercerita tentang industry Kpop. Kenapa Blackpink berbeza dengan girl group yang lain? Sebab konsep YG Entertainment yang tertumpu pada genre muzik hip-hop, EDM dan trap dengan konsep utama yang diperkenalkan sejak zaman Big Bang iaitu bad ass, dark dan edgy.
Blackpink sendiri datang dengan matlamat untuk pecahkan streotaip terhadap warna pink yang dijadikan simbolik sebagai cantik dan sweet. Blackpink mahu dipandang sebagai kumpulan yang bukan sahaja cantik malah mempunyai bakat yang cemerlang. Lirik lagu dengan mesej empowerment dan revolusi kepada remaja perempuan dan juga wanita sama ada casual listeners mahupun fandom mereka, BLINKS. Sayangnya dokumentari ni lebih terarah pada background individu dengan skrip yang agak longgar tanpa hala tuju yang jelas. Poster pun tak menggambarkan identiti Blackpink.
Macam mana Blackpink boleh takluk benua Asia, Amerika dan beberapa negara sehingga terkenal juga tak diceritakan dengan mendalam. Macam mana popularity Blackpink boleh tarik minat Dua Lipa, Lady Gaga, Halsey, Ariana Grande ataupun Selena Gomez untuk bekerjasama pun tak diceritakan secara jelas. Hanya mention beberapa nama besar sekali lalu sahaja dalam studio. Bahkan idea nama Blackpink sendiri tak diceritakan sedangkan sepatutnya nama asal ialah Pink Punk.
Dekat intro scene ada clip group iKON haha lepastu ada scene dekat apartment diorang yang terletak di atas dorm iKON. Masa Blackpink dengan Teddy bercerita pasal lagu debut, Whistle tu dah excited kot ada clip Blackpink dengan B.I tapi besar sangat harapan tu. Mesti lah YG dah filter out.
I’m not a fan of Blackpink and I’m watching this because I just want to know their strategy in the industry. Malangnya tak dapat jawapan dari dokumentari ni tapi cukup dengan fakta Blackpink adalah girl group kedua di bawah YG Entertainment. Macam mana 2NE1 dapat perhatian ramai dengan konsep bad ass, macam tu juga lah Blackpink.
Sebelum debut lagi keempat-empat mereka sudah dapat perhatian dan diperkenalkan oleh senior artist di bawah label yang sama. Jennie yang pernah muncul bersama G-Dragon, Lisa bekerja sebagai model YG Entertainment, Jisoo bekerja beberapa kali dengan iKON.
Ironinya Blackpink muncul untuk pecahkan streotaip visual yang cantik tapi kebanyakan peminat Blackpink jatuh cinta dengan kecantikan bukan kerana bakat. I may sounds like anti or haters but yeah Blackpink is overrated. Sama macam Chinese dessert yang Jennie dengan Jisoo buat dekat dorm tu, tak lah teruk tapi tak lah bagus mana.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 6.4/10
Pelakon : Naqiu, Elizabeth Tan, Riezman Khuzaimi, Azri Iskandar, Amyza Aznan, Farid Halus, Aloy Paradoks, Mamat Khalid, Michael Ang, Ghaz Abu Bakar, Aziz M. Osman, Datuk Seri Aliff Syukri, Syafiq Kyle, Han Byul, Datuk Yusof Haslam, Didie Alias, Ning Baizura
Syarikat Produksi : N/A
Pengedar : Astro Shaw, Astro First (saluran 480)
Genre : Sci-fi / Aksi / Komedi
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan : 20 Julai 2021
Trailer :
Selepas telemovie The Hantus, Nabil Ahmad buat kemunculan sulung sebagai pengarah dengan movie Mat Bond Malaya. Movie ni dijadikan tribute kepada Mat Bond (1967) tapi dengan template yang lebih santai dan genre sains fikyen yang mempunyai zombie. Jelak sebenarnya bila asyik dihidangkan zombie tambah pula tak jauh pun jarak masa dengan terbitan movie Zombitopia (2021) di Disney+ Hotstar.
Walaupun tajuk movie Mat Bond Malaya tapi watak utama, Mat (Naqiu) hanyalah seorang budak suruhan di pejabat organisasi SPY dan menjadi pembantu seumur hidup kepada G (Farid Halus). Mat jatuh cinta dengan Bondi (Elizabeth Tan), antara ejen terhebat di organisasi tersebut.
Malangnya selepas misi menjejaki dua orang ejen sebelumnya di sebuah kepulauan kepunyaan Dr. Ebel (Azri Iskandar), Bondi pulang semula kemudiannya bawa virus zombie jongang. Dekat sini dah menyampah dah sebab Nabil tak berubah suka body shaming walhal dah belajar ilmu agama. Apa kelebihan zombie jongang selain unsur komedi? Tiada.
Cerita tentang Mat ni berubah mengikut idea dan perbincangan Nabil bersama pengarah-pengarah ternama dalam industri seperti Michael Ang, Aziz M. Osman, Ghaz Abu Bakar dan Mamat Khalid. Sambil dia ceritakan idea dia, sambil cerita Mat berjalan. Walaupun jalan cerita lemah tapi teruja tengok banyak cameo seperti Datuk Seri Aliff Syukri, Syafiq Kyle, Han Byul, Datuk Yusof Haslam, Didie Alias, Ning Baizura. TokRam pun ada cameo sebab Nabil pujuk dia berlakon sekali.
Visual yang digunakan menggunakan tona warna vintage sebagai homage kepada filem Mat Bond sebelumnya. Tak banyak VFX digunakan dalam filem bertemakan ejen perisik negara sebab kebanyakan lokasi bertempat di bangunan SPY tersebut. Ada satu sahaja babak bila Mat kejar Dr. Ebel tapi menyedihkan sangat visual effects dia. Baik guna kereta je lah. Bab makeup effects tahap cerita zombie tempatan yang tipikal lah ataupun mungkin sengaja buat zomba ala Zombi Kampung Pisang sebab ada Mamat Khalid.
Lakonan Naqiu boleh tahan lah dengan naskhah santai dan komedi macam Mat Bond Malaya terbitan Astro Shaw ni. Chemistry dia dengan Lizzy pun nampak both of them selesa bekerja bersama. Kemunculan Amyza Aznan sebagai mak dengan Farid Halus sebagai sidekick banyak membantu watak Mat dalam cerita ni.
Walaupun tak suka jenis komedi yang dihidangkan oleh Nabil Ahmad tapi ada beberapa babak yang mencuit hati macam babak Mat dengan G menyamar sebagai lukisan dan sofa. Babak Mat berlari dengan latar lagu Episod Cinta- Boboy tu drama sangat.
Lakonan Azri Ahmad sebagai Dr. Ebel agak try hard dan buang masa terutamanya pada babak dia bersama anak-anak buah berusaha keras untuk buka pintu bangunan. Untuk apa? Kekeliruan ni sama dengan kekeliruan Dr. Rahman dalam Zombitopia mencipta dinosaur. Product placement pun muncul siap dengan banner. Bila entah industri kita nak belajar letak product placement secara kreatif. Bukan kita tak tahu kegunaan Panadol Uphamol untuk apa.
Filem ni guna bajet sebanyak RM10 juta dari FINAS tapi sayang lah hasilnya tak lah begitu berkualiti walaupun ada cameo dari Ghaz Abu Bakar. Rasanya movie macam ni elok jadi telemovie daripada keluar tayangan di pawagam ataupun saluran berbayar seperti Astro First.
1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +1, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 4.6/10
Production Company : T-Series, Ajay Devgn FFilms, Select Media Holdings LLP, Panorama Studios
Distributor : Disney+Hotstar
Genre : War / History / Drama
Running Time : 113 minutes
Release Date : 13 August 2021
Trailer :
Bersempena dengan Hari Kemerdekaan India, movie Bhuj : The Pride of India ditayangkan di Disney+ Hotstar, sehari selepas movie Shershaah (2021) dengan mengangkat tema yang sama ditayangkan. Bila ada dua movie ditayangkan dalam masa yang dekat ataupun clash, susah untuk tidak buat perbandingan tambahan pula bila tema dan genre yang sama.
Movie Bhuj : The Pride of India ni mengisahkan tentang keberanian pegawai tentera udara, Vijay Srinivas Karnik (Ajay Devgn) yang bermati-matian pertahankan kawasan Bhuj, Gujrat yang terletak di Selatan Pakistan. Pada tahun 1971 India hantar askar ke sana untuk melindungi penduduk setempat dari dibunuh secara besar-besaran oleh tentera Pakistan.
Dari awal movie sampai lah ke minit yang ke-90 baru kita dipaparkan dengan kejadian sebenar di mana 300 orang penduduk tempatan bantu Vijay untuk bina airstrip di Bhuj. Kalau tak tahu apa tragedi bersejarah di Bhuj ni memang tak tahu langsung apa yang pengarah nak hidang kepada penonton. Dengan scene jumps sana sini tanpa memberi impak sebaliknya buatkan cerita makin serabut.
Nak kata ni adalah debut movie kepada pengarah juga penulis Abhishek Dudhaiya pun tidak juga sebab penulis skrip untuk movie ni ada ramai. Tapi bila tengok kebanyakan scene dengan dialog yang merepek, laughable dan cringe, geleng kepala jadinya. Macam scene Vijay jawab call askar Pakistan
‘Yeh kaun hai?’ (Siapa ni?)
‘Tera baap’ (Ayah kau)’
I mean dude, dah masuk 2021 kot, takkan lah nak letak lagi ayat macam ni. Sama juga dengan dialog untuk scene Heena Rehman (Nora Fatehi) kantoi jadi perisik India. Lagi sedih bila watak isteri Vijay tak ada dialog langsung. Dia pandang muka suami dia je sepanjang masa.
Sembang pasal lakonan dan watak Nora Fatehi yang muncul sekejap tapi cukup untuk mencacatkan lagi penceritaan. Mana ada perisik pergi training pakai makeup dengan mascara melentik, kening terbentuk elok dilukis dengan subang dekat telinga. Scene dia fight tu lembiknya, kenapa lah tak ambik body double supaya nampak real?
Masa scene dia kantoi perisik tu muka dia kena tonyoh dekat cermin yang retak, kena sagat atas ke bawah tapi luka dekat dahi secalit je. Kata perisik tapi buat kerja cincai tinggalkan kesan sana sini sampai askar perasan. Bila kena tangkap untuk dibunuh, luka dekat dahi tu berubah tempat pula. Tak kisah tau kalau actress nak cucuk fillers ke apa tapi jangan la sampai nak menangis pun seksa nak deliver.
Sama juga dengan lakonan Sonakshi Sinha sebagai Sunderben Jetha Madharparya yang digambarkan sebagai watak penduduk tempatan yang berani. Beria tau pengarah tiru scene Kangana fight sambil dukung baby dalam movie Manikarnika (2019) sebab nak tunjuk yang watak Sunderben ni kuat dan handal. Tapi scene ni jadi kelakar sebab vfx harimau bintang tu tak real.
Sama jugak lah semua scene yang memerlukan green screen dan khidmat VFX bila kesemuanya nampak kartun. Daripada nak rasa gerun dengan keadaan di medan perang jadi kelakar sbab nampak macam dalam video game. Scene Vijay terpelanting masa kena bom dengan askar Pakistan tu kelakar sangat sebab dia guna vfx.
Lakonan Ajay memang sepenuhnya nak nampak patriotik dan macho yang try hard sangat sampai jadi cringe bila tengok. Bayangkan ada time bomb dekat kem tapi dia turun tak pakai hazard suit pun sebab dia kata kalau ajal datang menjemput dia akan mati tapi kalau belum waktunya, bom pun tak mampu bunuh dia. Hmmm okayyyy.
Movie berdurasi 113 minit ni dari awal lagi merepek ditambah dengan terlalu banyak cerita disumbat dalam satu masa. Dah la banyak watak sampingan dengan lakonan yang ala kadar asal boleh je. Music album dengan background music tak best.
Jauh sangat beza dengan movie Shershaah yang meninggalkan kesan emosi dan semangat patriotism yang mendalam dan dipaparkan secara realistik. Manakala Bhuj hanya platform untuk Ajay Devgn nampak gagah sebagai hero. Jatuh terpelanting, kena bom, serang kem musuh dan banyak lagi tanpa kesan calar pada baju atau kesan terbakar. The list keeps going on so I need to stop typing.
1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.3, 3. Audio +0, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 2.9/10
Director : Jo Soo-won, Kim Young-hwan, Lee Gye-joon
Writer : Kim Ji-woon
Cast : Ji Sung, Lee Se-young, Lee Kyu-hyung, Hwang Hee, Shin Dong-mi
Production Company : Studio Dragon, KPJ Corporation
Distributor : SBS, Netflix, Viu
Genre : Medical / Drama / Romance
Running Episodes : 16 episodes (40 minutes per episode)
Release Date : 19 July 2017 – 7 September 2019
Trailer :
Diadaptasikan dari novel On Hand of God karya Yo Kusakabe yang diterbitkan pada tahun 2010, drama bertemakan doktor membawa kisah Dr. Cha Yo-han (Ji Sung) yang mempunyai Congenital insensitivity to pain with anhidrosis (CIPA). Hal ni dirahsiakan dari pihak hospital untuk elakkan tindakan disiplin. Macam mana boleh jadi doktor tapi kalau tak boleh merasa sakit?
Bagi Dr. Cha dia luangkan masa untuk memahami simptom yang dialami dan berpandukan tahap kesakitan yang dialami oleh pesakit dia. Mungkin dia tak dapat merasa sakit tapi dia lebih memahami penderitaan pesakit dia. Selain sakit, dia juga tak ada perasaan sebab tak ada emosi. Dia tak boleh merasa panas ataupun sejuk.
Dr. Cha dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun akibat melakukan euthanasia terhadap penjenayah yang menghidap kanser. Pesakit sendiri yang minta Dr. Cha buat euthanasia sebab tak mampu nak tanggung sakit tu tapi gara-gara nurse Cha Eun Jong (Shin Dong-mi) dan pendakwaraya Son Seok-ki (Lee Kyu-hyung) emosi bila dapat tahu pembunuh anak-anak mereka dapat mati dengan tenang, terpaksa lah Dr. Cha redho dengan keputusan mahkamah tersebut.
‘No human being can feel other’s pain like their own. All they can ever do is try to understand. To understand a person’s pain is to understand that person.’ – Dr. Cha Yo-han
Menyampah tengok dua watak ni dalam drama Dr. John terbitan Studio Dragon dan KPJ Corporation ni sebab sengaja drag cerita dan aniaya hidup orang lain. Backstory pun tak lah kuat mana sebab pengarah tak kembangkan banyak sangat sampai penonton attached dengan flashback tu. Tambah pula bila kita tahu pembunuh tu dapat balasan hidap sakit kanser sampai tak tertanggung merayu minta untuk mati.
Patutnya penulis tambah lagi satu atau dua cerita pesakit yang pelik atau luar biasa supaya watak doktor junior di Pain Management Centre dapat menyerlah. Drama Jepun yang menggunakan novel yang sama cuma buat 5 episod sahaja sedangkan drama Korea sampai 16 episod penuh dengan kisah cinta Dr. Cha dan plot jahat oleh watak-watak sampingan. Euthanasia mungkin perkara baru bagi penonton drama Korea but for me dah pernah tahu tentang ni dalam movie Guzaarish (2010) arahan Sanjay Leela Bhansali dan topik tu lebih dibincangkan dengan lebih mendalam.
Watak heroin Kang Si-young (Lee Se-young) pun lemah sebab adanya dia untuk memuja Dr. Cha sahaja. Dia bijak bila penulis mahu dia jadi bijak supaya nampak dia sama level dengan Dr. Cha. Sepatutnya bila dia tahu cerita tentang Dr. Cha boleh jahit tanpa perlukan anesthesia, dah boleh pickup dah yang Dr. Cha ni CIPA tapi pengarah drag lama. Dah la drama ni bergerak perlahan, 1.5x speed video pun slow.
Kalau medical drama ni dah tahu lah level makeup effects dia dekat tahap mana sebab akan tunjuk banyak babak yang paparkan luka teruk, pembedahan dan darah. Hologram untuk menerangkan perjalanan ubat dan simptoms pun membantu screenplay dengan cemerlang.
Music album Dr. John pun not bad lah. Lagu Star – Minseo paling favorite sebab pengarah letak untuk scene romantik antara Dr. Cha dengan Dr. Kang. Walaupun chemistry diorang tak lah strong sangat tapi lagu balada ni yang membantu menaikkan mood dengan lirik yang puitis.
Sekali lagi Ji Sung buktikan kekuatan lakonan dia dalam avatar seorang doktor yang tak pernah putus asa terhadap pesakit dia. Layan drama ni sebab Ji Sung je so puas hati lah bila dia perform walaupun penceritaan agak stretch. Drama ni boleh habis dekat Episod 10 sebenarnya but what done is done.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.7/10
Seriau sangat bila glass door berbunyi kraak kraak kraak macam tu. Gaya macam nak pecah pun ye jugak. Dia akan berbunyi setiap kali orang buka pintu. Selalunya yang suka buka pintu ganas ni courier service lah sebab diorang nak cepat so bukak dengan sepenuh hati.
Awalnya tu perlahan je bunyi dia tapi makin lama makin kuat. Petanda lah tu dah makin teruk. Masa dia berbunyi perlahan tu bukannya taknak pergi repair tapi PKP kan, siapa je buka kedai. Bila dah masuk fasa PKPB, baru lah dapat repair. Kebanyakan yang kitorang call charge sampai RM800 tapi nasib baik jumpa uncle ni harga RM250 je include checking sebab kitorang hantar video dekat Whatsapp so dia dah tahu dekat mana punca masalah dia.
Tapi apa-apa pun punca dia dekat bahagian bawah ni je haha
Lama juga dia nak repair pintu ni pun sebab nak angkat pintu tu keluar dari bracket dia. Pintu kaca ni berat jugak lah. Nak adjust tu pun kemain lama sebab kalau salah measure ketinggian dia, boleh makan border bahagian atas.
Lega sangat bila pintu kaca dah hilang bunyi kraak kraak tu. Lepas dah jadi macam ni kitorang minta courier service drop parcel dekat luar je lagipun tengah Fasa 1 so better elakkan diorang masuk. Dah sanitize parcel dekat luar baru ambil bawa masuk dalam.
Bulan ni dapat payment dari client terus pergi Shopee order album iDecide dari iKON ni. Album iDecide ni ada dua version, satu dengan cover hijau macam yang I beli. Lagi satu dengan version merah. Tak tahu kenapa iKON decide untuk guna warna hijau neon pada album cover padahal warna tema diorang merah dan putih.
The reason I pilih album cover warna hijau sebab ada perbezaan pada photocard berkumpulan bila version yang ni ada photocard berlipat tu. Dekat vlive JuNe dia ada tunjuk photocard tu ada gambar B.I sekali lepastu dia cakap iKON akan sentiasa bertujuh. Forever and always.
Tapi bila album ni sampai memang kecewa lah jadinya sebab diorang dah koyak gambar B.I :( Boleh nampak konsep dan style iKON berbeza sangat dengan konsep dalam album photobook. Sedih benar rasanya kena game dengan YG. Kejam betul buang padahal main producer untuk album ni still lagi B.I untuk 5 buah lagu. Dah la remuk hati ni tengok album cover tu kemek dekat bahagian atas. Redho je lah kan kalau dapat courier service macam J&T.
Dalam mini album iDecide yang berharga RM70 tanpa poster besar ni ada CD iDecide, album photobook iDecide, photocard berkumpulan, sticker iDecide, buku lirik, photocard Jay dengan signature dan photocard June. Berharap jugak lah dapat photocard DK tapi okay lah sebab JuNe is my first bias kemudian Jay sebelum takhta tu dicantas oleh DK haha.
Sembang pasal lagu, punca sampingan beli album iDecide ni sebab lagu Flower tu DK yang composed. Dia dapat inspirasi untuk buat lagu Flower bila terkenangkan ramai iKONic yang pergi tinggalkan iKON. DK guna analogi bunga dengan angin dalam lagu genre balada ni sebab bunga tetap kuat walaupun ditiup oleh angin. Sebelum ni ramai yang assume lagu Flower ni DK gubah untuk B.I yang terpaksa keluar dari iKON gara-gara skandal dadah. Lirik lagu melankolik Flower menguatkan lagi assumption tu.
"Following the path of clouds,
on the other side, will our old selves still be there?
And I know that I can't turn back time
or hold onto you and bring you back...." - Flower, 2020
Untuk mini album iDecide ni iKON cuma dapat buat satu sahaja MV untuk main track Dive yang merangkul carta di kebanyakan negara Asia seperti Jepun, Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand dan lain-lain. Alunan harmonika pada intro antara elemen kreatif untuk lagu genre hip-hop yang rancak dengan koreografi menarik dari iKON. Lirik lagu Dive menggambarkan perasaan dilamun cinta yang mendalam.
"I was blinded just because of love
I’ll dive into your world
You light me up I can’t focus
You can make me fly without wings
If you’re the fire I’ll dive into it
I’ll say it’s warm and flare up
If you’re a thorny path I’ll dive onto it
I’ll say it’s soft and throw myself against it... " - Dive, 2020
Best tengok MV Dive sebab colourful dan konsep yang menarik dekat set yang berbeza bagi setiap member iKON. Dekat Youtube channel iKON ada behind the scenes video sepanjang iKON shooting MV ni. Jay shoot selama 6 jam untuk part dia padahal dekat dalam MV keluar tak lama mana pun tapi puas hati lah tengok. Lepas habis part dia, Jay sambung pulak untuk personal photoshoot. Dekat photoshoot ni diorang kena lompat atas trampoline.
Photoshoot kemain banyak dan lama tapi tak tahu lah mana YG simpan gambar tu semua. Letak dalam warehouse building tu gamaknya. Baik selit sekali dalam album tu haa. Tak tahu la apa perasaan iKON bila penat bekerja siang sampai ke malam tapi tak ada hasil. Entah apa benda YG fikir entah.
Btw, part JuNe cool jugak sebab dia lompat rentas api dan tu scene paling berbahaya dia pernah buat sampai baju terbakar.
Track ketiga, Ah Yeah dengan rentak upbeat pop yang sesuai dengan imej iKON. Intro lagu rancak ni menggunakan marching band dengan verse dari Bobby kemudian bertukar melodious dengan suara DK. Chorus dari JuNe dengan suara serak dan genre yang terarah kepada rock. Surprisingly lagu Ah Yeah iKON ni digunakan oleh atlet Korea dekat Olimpik Tokyo 2020 tempoh hari. Excited lah sebabtak ramai yang tahu pasal lagu ni. Trending terus dekat Twitter.
My body’s drenched in sweat;
I swallow hard on my saliva
My heart is expanding like a balloon right before it’s about to burst
Ah yeah, ah yeah—Adrenaline, adrenaline, adrenaline is exploding
Ah yeah, ah yeah Through the roof and over the clouds,
into the galaxy we run Ah yeah... - Ah Yeah, 2020
Menggunakan melodi yang sarat dengan vibe 90-an, track Around The World menghadirkan suasana yang ceria dan fun. Harmoni dan lontaran suara vokal lebih lembut dengan rap yang sederhana santai tapi energetik dari Bobby. Suara DK lebih jelas di bahagian chorus track yang sesuai menggambarkan perasaan angau dilamun cinta.
The whole world is tainted by you,
365 days, all four seasons remain as spring
The whole world changed into a fairy tale
A lifetime contract the whole world is only signed to you...
The whole, whole, whole world is completely filled with you
The whole, whole, whole world is completely filled with you
The whole world... - Around The World, 2020
Sesuai dengan imej iKON yang terkenal dengan King of Breakup Songs, lagu Holding On juga diadun menggunakan konsep dan genre pop yang rancak selepas lagu Love Scenario yang pernah menjadi national anthem. Tak rasa nak bersedih pun bila putus cinta gara-gara lagu yang digubah liriknya untuk pendengar rasa bersemangat untuk jalani hari tanpa cinta.
It turns out that there isn’t much to a break up
After I bawled my eyes out, I felt so relieved
It turns out that there isn’t much to holding onto regrets
I finally understood what they meant when they say, “time heals all wounds”
I’m holding on, it’s a bearable loneliness
I’m holding on, it’s a bearable yearning
It doesn’t hurt as much as I expected
I just miss you a little bit from time to time, but I’m holding on...
- Holding On, 2020
Personally for me semua lagu dalam mini album iDecide ni best mengikut genre masing-masing, ada perjalanan cerita yang tersendiri dan berpaksikan konsep dan imej iKON sejak dulu. Bila dengar je boleh nampak imej iKON pada lagu tu. Sepatutnya album iDecide ni release pada tahun 2019 sebagai comeback album tapi malangnya terpaksa ditangguh sebab B.I dan iKON kena record balik semua lagu.
Dalam vlive JuNe ada bagitahu pasal cerita kelakar yang jadi masa diorang semua rakam lagu tapi dia nak B.I yang cerita masa launching event album iDecide. Malangnya sampai sekarang tak dapat tahu apa cerita kelakar tu. Kalau suruh dia cerita balik mesti dia mengelak sebab cerita kelakar dah jadi kenangan sedih.
Anyway, on positive note selain DK gubah sebuah lagu balada untuk iKONic, I jatuh cinta dengan hairstyle dia. He looks breathtakingly handsome ISTG!
Bila dah ramai sangat yang beli Pampas, kita pun mula lah terjebak sekali kan? Bila ambil gambar macam kosong je tak ada props, boleh dah start beli sikit-sikit props aesthetic yang murah dekat Shopee.
Pampas grass ni sebenarnya lalang setinggi 3 meter je pun kalau dekat negara Amerika Selatan tapi sejak lockdown ni mula jadi kegilaan di Malaysia untuk deko rumah. Kreatif lah lalang dekat belakang rumah orang Amerika tapi jadi deko hiasan dekat rumah Asia. Sama lah dengan daun semalu, semak dekat lama kita tapi comel sebagai hiasan di rumah westeners sana.
Kebanyakan pampas grass yang dijual secara kering di Shopee berwarna coklat dan yang Pana beli pun warna yang sama jugak. Kalau dekat Amerika ada warna putih, kuning cair, ungu dan juga pink. Masa belek Shopee tak jumpa lagi yang berwarna selain coklat ni.
Sebenarnya dari tahun 2017 dah mula jadi kegilaan dekat Instagram tapi bila dikorek-korek balik makna di sebalik tanaman pampas di laman rumah ni, jualan pampas menurun. Di UK pada zaman 1970s, mana-mana rumah yang ada tanaman pampas ni adalah jemputan untuk bertukar isteri. Tak boleh imagine kalau lahir zaman dulu, hidup jadi hamba lelaki semata.
Nasib lah new generation buat pampas ni sebagai hiasan elegan tanpa sebarang makna dan cuma berniat untuk cantikkan rumah. T.T
Kebanyakan seller dekat Shopee akan jual dua jenis Pampas grass sama ada tinggi yang berukuran 50cm hingga 70cm, yang rendah pula berukuran 35cm hingga 49cm. Yang dalam gambar ni saiz pendek je sebab nak try dulu. Pampas ni dari kedai Azmall.my sebab penghantaran dia cepat dan pampas dibungkus dengan baik. Baca review semuanya happy dengan service seller.
Masa tu beli 5 batang je sebab pasu kecil je nanti tak cantik pulak kalau mampat sangat sebab pampas ni suka mengembang. Dah sampai terus jemur sebab sekarang dah nak masuk musim tengkujuh so hujan lebih banyak dari matahari. Dua hari jugak lah menjemurnya sebelum letak dalam pasu. Tips nak jaga pampas grass kering ni jangan letak dekat kawasan berangin sebab nanti tertanggal, tak kembang ataupun patah.
Bila dah guna sebagai props gambar ni memang berpuas hati lah sebab cantik. Lepas ni nak beli yang tinggi pulak letak sebelah cermin panjang. Heeee~!