Gagal Menang Olimpik? Try Catlympic!

Sunday, 15 August 2021

Dari Khamis lepas nampak kawan dekat Twitter retweet updates dari account Popcat pasal kedudukan Malaysia dekat website tu. Curious betul apa yang netizen Malaysia dok berlumba sakan sangat dari siang membawa ke malam. Masa tu nampak ranking Malaysia dekat nombor ke-14 tup tup esoknya dah naik ke tangga kedua! Ramai jugak yang celebrate dapat silver medal katanya. 

Sebelum tidur saja lah gatal tangan buka website Popcat ni. Cara nak join mudah je klik je dekat kucing tu. Bila mulut dia ternganga dan keluar bunyi pop maka satu klik dikira. Tak perlu daftar ataupun log in. Setiap klik akan dikira mengikut vpn masing-masing. Kalau buka melalui vpn Malaysia maka klik akan dikira di bawah negara Malaysia lah. Kalau ada yang rajin pergi tolong negara lain, dipersilakan juga. 

Website Popcat ni dibina oleh saintis komputer dari University of Sheffield - Joshua Rainbow, Edward Halls dan juga Freddy Heppell. Tak pasti projek yang bermula pada Disember 2020 ni untuk apa tujuannya. Yang pastinya website ni viral sejak April 2021 kemudiannya makin menggila minggu ni. 

Masa first time main Popcat tu saja nak try best ke tak, dapat kumpul 1,001 terus tidur sebab bosan lagipun Malaysia dah di tangga kedua. Harini bangun sementara tunggu breakfast siap saja main lagi sebab nak achieve 10,000 pulak. Bila dah dapat terus gian nak klik sampai 50,000 pulak. 

Macam mana nak klik dengan pantas? Klik guna 5 jari dekat skrin tapi legit kalau guna handphone lah sebab dekat desktop kena klik dengan spacebar. Kang tercabut kang satu hal kena bawa ke kedai untuk repair. Lagi satu cara ialah guna auto-clicker hahahaha


Masa dapat 50,000 tu nampak negara Thailand dah menggila sebab 1 juta orang tengah main Popcat ni sedangkan Malaysia cuma 80 ribu orang. Memang jatuh lah cerita dia. Dari tempat kedua terus Thailand kalahkan Taiwan kemudian cecah 19 billion klik. 


Bila dah cecah 100,000 kira personal achievement lah bantu nama Malaysia tersenarai dalam carta walaupun jatuh ke pingat gangsa. Geram je tengok Thailand menang sampai 26 billion dalam masa singkat. Kalau tengok dekat Leaderboard di bahagian bawah tu, boleh nampak betapa pantasnya netizen Thailand klik dalam masa sesaat. 


I dah cakap dengan adik diorang ni power betul, mentang-mentang tengah lawan monarki dengan askar, dekat sini pun nak perform teruk. Bila baca tweet ni rasa macam hmm alaaa ambik lah pingat emas tu. 

Apa ganjaran yang netizen Malaysia akan dapat kalau menang tempat pertama/kedua/ketiga? Tak tahu. Tapi kalau saja-saja main nanti jadi gian lepastu tangan lenguh hahaha. I main benda ni masa tengok movie so tak terasa la bila klik tu. Popcat ni untuk hiburan di kala lemau dikurung terlalu lama je, jangan ada yang sakit hati ataupun jadi terpaling berguna pulak bila tengok orang lain update pasal benda viral ni. I dah berjaya pengaruh orang lain, so good luck lah siapa yang terjebak hahaha kbai. 

6 Perisa Baru Dimsum Dollu

Minggu lepas Ms Fisah belanja satu office makan dimsum sebab ada flavor baru katanya. Kalau bab dimsum memang diorang selalu order dekat sini. Sebelum ni kalau buat jamuan ke celebrate birthday ataupun saja nak minum petang memang order dimsum dua tiga kotak dari Dimsum Dollu ni. 


So far ada 8 pilihan kalau tak silap, ada perisa ayam seaweed, ayam cheese, ayam blackpepper, ayam original, ketam, udang, salted egg, chicken button mushroom. Minggu lepas Dimsum Dollu launch lagi 6 perisa baru untuk pilihan pelanggan. Masa Ms Fisah beli 3 set ni, Dimsum Dollu bagi satu box free untuk dia try. 


Cantik dimsum dalam box ni sebab meriah warna-warni. 6 perisa baru tu perisa Tomyam, Mozarella Cheese, Spicy Sausage, Sotong, Black Fungus dengan Kuchai Fungus. Haritu sempat rasa Tomyam je, sedap tapi tak lah strong sangat rasa tomyam dia. Yang Spicy Sausage tu memang pedas tapi jenis pedas dekat tekak dan pedas dia lambat terasa. Dah telan baru membara dekat tekak. Yang suka spicy boleh la order. 

Dimsum Dollu ni makan dalam 6 ketul pun dah kenyang. Kalau buat minum petang pun 4 kali ngap dah khalas dah lepastu tunggu dinner pulak. Ms Fisah order 3 box pun luak sikit je lah sebab minum petang je. Kalau masa jamuan memang dimsum ni habis dulu. Bab harga satu box ada yang RM16, ada yang RM20 tak termasuk delivery charge. Banyak lagi pilihan dekat Dimsum Dollu ni, yang duduk area Subang, Shah Alam , USJ, Puchong, Gombak, Melaka dan Port Dickson, try lah usha IG diorang. 

Iced Cafe Mocha Zus Coffee

Sebelum ni nafkah bulanan dekat office ialah drinks dari Starbucks tapi kali ni beralih angin kepada Zus Coffee pulak sebab ramai yang request nak minum jenama kopi lokal ni. At first nak beli sendiri dengan Kak Nora tapi ramai pulak nak menyelit lepastu En. Kai belanja. Heh rezekiiiii. Bulan depan Pana belanja pulak hahaha *kalau budak office baca sila screenshot untuk claim Zus Coffee anda*

Disebabkan ni kali kedua minum Zus Coffee so tak nak lah order flavor yang sama. Semedang Iced Roasted Hazelnut Latte macam bosan jugak kan? Scroll punya scroll dapat lah buat pilihan, ambil Iced Cafe Mocha pulak sebab dah lama tak minum Mocha. As for now tak pandai lagi nak olah sendiri drinks tu sampai kena dengan tekak sendiri macam selalu buat dekat Starbucks. 


Rasa original dia pun dah sedap dah so tak perlu nak sesak kepala fikir nak adjust itu ini. Tapi kalau dia chocolate chips ataupun cookies sedap jugak muehehehehe. Kalau order Zus Coffee ni memang dalam Grab apps tu ada pilihan dekat Atria Shopping Gallery je. Dua kali kitorang order dekat sini rasa dia tak pernah lah mengecewakan lagi. Tekak I lah, tekak Kak Nora yang order Australian Chocolate tu dia kata tak sedap. 

Cafe Mocha ni mahal sikit dari Roasted Hazelnut Latte, harga dia RM11.90 satu cup. Mungkin mahal sebab gabungan kopi dan coklat premium dari Zus Coffee. Sedap je rasa dia tak lah pahit sangat sebab both ingredients strong. Lepas ni macam nak order Spanish Latte pulak sebab kopi dari Spain. Jangan tanya kenapa sebab saja nak merasa je hahaha kbai. 

TV Show Review | The Sixth Sense Season 1 Episode 8

Saturday, 14 August 2021

 

Producer : Jung Chul-min
Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Cha Tae-hyun
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Viu
Genre : Mystery / Comedy
Running Episodes : 8 episodes (90 minutes per episode)
Release Date : 3 September 2020 – October 29, 2020

Sedihnya bila dah episod last untuk Season 1 walaupun excited nak tengok season 2 sebab ada kisah percintaan Jessi dengan Sang Yeob nanti hahaha. Ni semua berpunca dari video dekat Tik Tok. Panel jemputan kali ni ialah pelakon Cha Tae-hyun yang kelakar jadi set tu tak lah sendu sangat walaupun dah episod akhir. 


Untuk episod akhir ni production crew memang all out sampai mengembara ke 100 tempat dan makan 100 jenis menu sampai jumpa 2 restoran yang unik dan reka satu restoran palsu. Menariknya dalam episod akhir ni dah mula nampak kemunculan pihak penaja so boleh assume yang rating show The Sixth Sense terbitan tvN ni dah meningkat. 

Mesti dah banyak restoran yang request untuk feature dalam rancangan The Sixth Sense sebab banyak business yang terjejas dek pandemik covid-19. Dekat Malaysia pun Jonker Walk, Melaka dan Langkawi dah tutup sepenuhnya sebab tak ada pengunjung yang datang ke situ. 


Berbalik kepada restoran unik yang pertama ialah restoran yang mempunyai akuarium dipenuhi ikan hiasan. Pelanggan yang datang boleh pilih untuk makan atas akuarium tapi akuarium ni bukan yang grand macam dekat Aquaria, KLCC tu. Akuarium rekaan sendiri oleh owner restoran je untuk tampil berbeza berbanding restoran lain. 

Restoran akuarium tu dah wujud selama 20 tahun dan menu yang paling popular ialah belut bakar,  maeuntang dengan soy sauce crab. Tengok belut dia terus craving ugghhh mana nak cari belut frozen dekat Subang ni? Nak balik Sabak Bernam entah bila. 


Restoran kedua terletak di kawasan yang jauh dari bandar dan keunikan dia bila diubahsuai dari stesen keretapi. Cantik sangat kawasan tu kalau shooting movie ataupun bergambar untuk Instagram. Stesen Keretapi Daejong dah berhenti beroperasi lepas 42 tahun dibuka. Baru masuk ke restoran tu Mi-joo dah rasa fake sebab hiasan dinding sama dengan dinding restoran pertama dalam episod 7

Restoran kedua ni hidang mi kalguksu yang dibuat sendiri dengan dumpling kimchi yang dibuat dengan sup tulang. Sebelum ubah menjadi restoran, bangunan tu sebenarnya pasaraya milik orang tua owner tersebut masa stesen keretapi beroperasi. Na-Ra rasa sup dumpling tu macam frozen yang dia makan sebelum ni so dia rasa restoran tu fake. 


Restoran ketiga paling unik sekali sebab makanan dihidangkan menggunakan roller-coaster. Owner dapat idea tu masa pergi bercuti di German dan bina sendiri restoran yang sama di Korea. Jangankan budak-budak kagum dengan roller coaster tu, yang dewasa pun sampai tak berkelip tengok makanan tu turun ke meja. 


Dah puas makan dekat 3 restoran unik, tiba lah masa untuk buat pemilihan yang mana satu adalah palsu dan rekaan production crew. Masa dekat voting booth Jessi menangis sebab dah episod last so nanti dia rindu dengan rancangan ni. Cha Tae-hyun pilih restoran ketiga sebab dia nampak staff buat eye contact dengan owner masa dia tengah bersoal jawab dengan panel. 


Bila dapat tahu keputusan tu memang terkejut gila sebab tak expect langsung restoran tu adalah restoran palsu. Memang betul lah production crew all out untuk tipu semua panel. Show ni bukan setakat promote business orang je tapi promote sekali team production yang terlibat dalam pembikinan rancangan ni. Confirm ada production house yang roger diorang untuk setup set filem ataupun drama. Puas hati betul tengok kegigihan production crew dari semua department. Amazing such an understatement. Jinja! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

 

Producer : Jung Chul-min
Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Kim Young-kwan
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Viu
Genre : Mystery / Comedy
Running Episodes : 8 episodes (90 minutes per episode)
Release Date : 3 September 2020 – October 29, 2020

Awal rancangan dah riuh memasing sebab So-min pakai dress cantik sebab panel jemputan untuk episod ni handsome. Macam yang the girls discuss sebelum ni, kali ni turn So-min pulak bermesra dengan panel jemputan. Sementara yang lain tengah teruja dengan kehadiran pelakon kacak Kim Young-kwan, Jessi pulak dah mengah asyik bertemakan restoran/makanan. Perut dia pun dah mula buncit sebab asyik makan je dekat The Sixth Sense ni. Menawhile Jae-suk masih lagi dengan harapan yang sama, nak balik rumah dan rehat banyak-banyak sebab sakit kepala melayan the girls. 


Restoran pertama dengan tema ‘Does This Restaurant Exist?’ terletak di kawasan pasar Yangdeunpo dan menggunakan konsep masak mengikut permintaan pelanggan. Owner dia agak grumpy sampai semua panel rasa tempat tu real. Takut kena marah punya pasal haha. Menantu dia pun berdiri dekat sudut dapur je sebab takut dengan mertua dia. 


Walaupun konsep dia hidang apa yang customer minta tapi owner tu pandai masak menu yang berasaskan kimchi je. Lagipun pelanggan dia kebanyakannya peniaga pasar dan orang tua dekat kawasan tu. Susah nak cakap tempat tu fake sebab kimchi dia rasa sedap dan home-made. 

Restoran kedua agak unik sebab hidangkan menu yang sesuai dengan perjalanan movie-movie terkenal Hong Kong. Nak masuk ke Restorang Mong pun kena bayar dan perlu buat tempahan terlebih dahulu mengikut waktu yang ditetapkan. Impressed dengan kreativiti owner restoran ni sebab boleh come up dengan idea menarik. 


Masa panel datang tu diorang dapat enjoy makanan mengikut movie Chungking Express (1995) yang pernah famous pada era 90-an. Ada 6 menu yang diberikan dan makanan tersebut dihidangkan sebagai simbolik kepada scene penting dalam movie tu. Bukan sahaja menu malah pinggan dan konsep pun diolah sesuai dengan penceritaan. 

‘If love was contained in a can, I hope there won’t be expiry date on it. If there is expiry date for love, I want it to be 10,000 years. ’ - Chungking Express (1995)


Rasa tak puas tengok scene panel dekat Restoran Mong ni sebab kreatif sangat idea diorang. Restoran ni sesuai sangat kalau yang suka layan movie dan mungkin boleh terkesan macam So-min sampai menangis dibuatnya. Jessi dekat sebelah jadi takut tengok sebab dia terlampau absorbed dengan penceritaan tu. Nak makan pun sayang sebab tak nak hancurkan props menu yang dihidangkan. 

‘So what?! Then aren’t we going to eat it when we’re here?! Do you want to guess and not eat at a restaurant? We need to eat!’ – Jae-suk

Restoran ketiga lebih kepada café hipster yang menghidangkan kopi dan pencuci mulut yang disediakan oleh chef bertaraf dua bintang Michelin. Nampak macam mahal menu yang dihidangkan tapi sebenarnya dijual dengan harga yang agak murah sebab café tu cuma lab eksperimen kepada syarikat advertising di tingkat atas. 


Terliur tengok diorang cuba semua menu yang disediakan sebab gabungan rasa yang menarik. Barista yang bekerja dekat café tu pun bukan calang-calang sebab ada 10 tahun pengalaman. Kagum tengok kreativiti chef dekat situ masa diorang serve Butterfly-pea flower tea sebab dia berubah warna bila bercampur dengan air lemon. Dah la cantik warna ungu. Kalau café ni mahal pun tak kisah sebab experience yang customer dapat tu tip-top. 

‘All three restaurants seems real today so it is hard for me to choose. I just using my guts.’ – Jae-suk

Kalau sebelum ni art and creative team guna atau beli barang yang baru, kali ni diorang ambil alih restoran yang ditinggalkan dan guna barang second-hand untuk nampak real. Pelakon yang diorang ambil untuk menyamar sebagai empunya restoran pun memang dah biasa dengan kamera jadi tak nampak kekok langsung bila berjumpa dengan panel. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

 

Producer : Jung Chul-min
Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), 
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Viu
Genre : Mystery / Comedy
Running Episodes : 8 episodes (90 minutes per episode)
Release Date : 3 September 2020 – October 29, 2020

‘They’re like a group of middle school girls that the teacher can’t control, much to his chagrin. After watching the show, other variety shows seem a bit blander to me. It’s hot like spicy BBQ chicken.’

Disebabkan Jessi dengan panel jemputan, Jung Yong-hwa  vokalis CN Blue stuck dalam traffic jam, Jae-suk baca komen positif dari penonton The Sixth Sense. Betul lah apa yang dikomenkan tu sebab penat nak gelak dengan perangai memasing. Bukan setakat show tu best dengan idea yang menarik malah panel pun menghiburkan. 


Tema untuk episod 6 adalah Eccentric Collectors. Kalau tema yang tak berkaitan dengan makanan ni memang susah nak teka sebab hint tak banyak sangat. Panel kena berusaha keras lah cari data ataupun guna cara Jessi je main teka ikut instinct dia. 

Pengumpul pertama ialah pengumpul kereta sejak dari tahun 1978 dan kebanyakannya disewakan kepada production house untuk pembikinan filem ataupun drama. Kereta yang mencuri tumpuan haruslah kereta model Brisa yang dipandu oleh watak utama movie A Taxi Driver (2017). Kereta yang ikonik dan bersejarah sebab terlibat dalam konflik penindasan terhadap rakyat Korea. Jumlah kesemua kereta dan bas yang dikumpul ialah sebanyak 1000 dan kesemuanya ditempatkan di kawasan lapang. 


Jae-suk paling bahagia ada dekat tempat tu sebab banyak model kereta yang dia tahu ada dekat situ macam model Sibal yang pertama sekali dikeluarkan oleh Korea. Na-Ra pun excited sebab ada model kereta Tico yang keluarga dia guna masa zaman muda dulu. So-min excited tengok fire truck model pertama yang wujud di Korea. Comel sangat model tu sebab asalnya dari kereta Ford dan diubahsuai untuk kegunaan bomba. 


Pengumpul kedua ialah pengumpul bungkusan ramyeon bersama paket perencah. Semua bungkusan ramyeon ni dikumpul selama 16 tahun dan ada di antaranya dihasilkan di luar negara kemudian dibeli dengan harga yang agak mahal. Awalnya pengumpul ramyeon ni kumpul teleskop tapi disebabkan hobi tu terlampau mahal so dia bertukar ke ramyeon. Jae-suk rasa pengumpul ramyeon tu fake sebab dia tak pandai pun masak ramyeon dan bungkusan ramyeon ni paling murah dan mudah untuk team production The Sixth Sense reka. Tapi macam obvious sangat je?


Pengumpul ketiga agak mewah dan high-taste sebab dia kumpul batu. Dalam rumah dia ada banyak jenis bentuk batu dengan range harga yang berbeza. Batu yang berharga tinggi dan mempunyai timah di dalamnya ditempatkan di dalam bilik eksklusif. 


‘This part is rough. This rock has both a feminine and a masculine side. If you look closely, this one twinkles. This is silver. There aren’t many rocks with this much silver. It wasn’t easy for me to get this.’

Masa semua panel dok belek koleksi batu dekat situ macam excited jugak kot kot lah ada batu macam dalam movie Parasite (2019) tu. Legend betul batu tu sampai boleh pergi ke Cannes. So-min rasa tempat tu fake sebab ada batu sama bentuk macam dekat Gwanghamun Gate. Walaupun dia rasa fake, panel yang lain tak sependapat dengan dia sebab ramai yang pilh pengumpul lain terutamanya pengumpul bungkusan ramyeon tu. 


Bila ada seorang je panel yang pilih automatik tak dapat lah emas tu walaupun pilihan dia betul. So kalau dia menang pun dia bernasib malang lah. Impressed dengan team production sebab diorang all out reka tempat tu dengan koleksi yang mengagumkan. 

'Gosh you guys make us looks pathetic' - Jae-suk

Tak terfikir dek akal yang koleksi tu palsu semata. Yang berlakon jadi pengumpul tu pun bijak bermain ayat sampaikan semua panel terpedaya. Memang tak expect langsung dia fake. Memang kelakar lah tengok video clip yang production crew tunjuk dekat hujung episod. 


'Seeing how they were all duped by my sloppy acting, they still have a long way to go' Eccentric Collector

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Producer : Jung Chul-min
Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-woo
Production Company : tvN
Distributor : tvN, Viu
Genre : Mystery / Comedy
Running Episodes : 8 episodes (90 minutes per episode)
Release Date : 3 September 2020 – October 29, 2020

Episod 5 bermula dengan suasana yang ceria sebab dah masuk musim luruh. Kemain Jessi puji So-min cantik siap bagitau Jae-suk padahal dia dengan Min-joo kritik Jae-suk pakai shoulder pad sebab kurus sangat. Belum 5 minit lagi dah sakit kepala Jae-suk dekat set tu. Memang patut lah dia balik rumah terus masuk bilik berehat. 

‘This is the problem with you guys. They look the same as always but they hype each other up.’ – Jae-suk


Tema dalam episod 5 ni guna tema restoran sama macam Episod 1 sebab carian tinggi dekat internet jadi team production bawa balik tema ni dengan skala lebih besar. Kebetulan panel jemputan Jang Dong-yoon memang suka makan, jenis tak memilih langsung kecuali makanan guna organ dalaman yang mentah. Dia follow semua episod dalam variety show The Sixth Sense dan episod 3 paling dia suka sekali sebab ada Choco Chicken. 

Disebabkan panel jemputan episod ni handsome dan pandai menyembang, the girls kemain happy sampai sengih ke telinga especially Mi-joo. Diorang siap discuss kasi can ikut turn macam minggu ni biar Mi-joo mesra dengan panel jemputan, next turn Jessi pulak lepastu So-min then Na-Ra. Geleng kepala je Jae-suk tengok perangai diorang. 

‘Among all 9pm shows that airing I feel like our show that have too much bleeps.’ – Jae-suk


Restoran yang pertama ialah restoran jjamppong yang berharga 100 dolar semangkuk. Disebabkan menu ni baru lagi diperkenalkan, pihak restoran baru berjaya jual 5 mangkuk sahaja walaupun ada Youtuber pernah buat review. Kalau restoran dia asli, owner join show The Sixth Sense ni sebab nak promote menu dia lah. Happy betul tengok jjamppong dia sebab besar lepastu bahan dalam tu semuanya sedap especially sotong. 


Jae-suk rasa restoran tu fake sebab gabungan bahan dalam jjamppong tu tak kena bila ada udang tempura dalam tu. Tapi So-min bagitau tonkatsu nabe pun ada ayam goreng dekat dalam menu berkuah tu so it’s nothing weird.  Another thing I impressed dengan restoran ni bila dia ada robot untuk serve side dish kepada customer. Robot ni ada dekat kedai mamak Kayu, Citta Mall. My boss impressed betul dengan robot ni masa dia makan dekat sana. 


Restoran kedua ialah restoran Double Bone yang hidangkan daging babi premium. Daging yang dihidangkan di situ semuanya digunakan dalam masa 24 jam dan tempat tu terletak dekat dengan ladang ternakan babi supaya owner dapat stock yang segar. Masa tengok dia deboning babi tu fuhh kagum betul dengan kemahiran berpisau dia. Susah nak cakap dia fake sebab cara dia potong babi dan knowledge untuk setiap bahagian memang mengagumkan lah pendek cerita. 


Restoran ketiga mempunyai keunikan tower beef setinggi 40cm dan owner yang kelakar. Restoran ketiga ni baru sahaja dibuka pada tahun 2018 dan peroleh keuntungan sebanyak 800 ribu dollar sehingga 900 ribu dollar setahun. Walaupun terletak di kawasan pinggiran bandar tapi ramai yang datang berkunjung untuk merasa tower beef tu dan upload dekat social media. Owner restoran ni sama perangai macam owner Choco Chicken tu sebab dia suka hati je letak atau buang menu laku keras.


Susah untuk semua panel pilih restoran yang mana adalah palsu sebab kesemuanya ada sisi yang meragukan. So-min pun berfikir lama dekat dalam voting booth tu sebab susah untuk dia decide yang mana satu adalah rekaan team production. Jang Dong-yoon pula dari awal lagi dah turn detective mode sebab dia datang untuk makan dan menang emas. Kelakar tengok dia tak putus-putus tanya soalan dengan editing team lagi kreatif kemain sampai kelakar jadinya. Nak tahu power ke tak instinct Dong-yoon, tengok variety show ni dekat Viu atau Dramacool okay. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Lee Sang-woo

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 8 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 3 September 2020 – October 29, 2020


Lepas dah happy dapat makan ayam goreng dalam Episod 3, kali ni panel The Sixth Sense dapat tema Unique Global Workout. Unik jugak lah tema ni sebab kena berfikir lebih sikit berdasarkan keadaan gym dan workout routine yang disediakan. Panel jemputan untuk episod ni ialah pelakon Lee Sang-woo yang handsome. 

Mi-joo dengan So-min dah happy sebab guest handsome tapi kecewa sebab dia pendiam sangat. So-min jadi murung satu team dengan Sang-woo. Baru seminit dua duduk sebelah pun tak tahan dah sebab terlampau sunyi. Jessi bersimpati dengan So-min tapi nak buat macam mana kalau team untuk episod 4 ni dibahagikan ikut profesion masing-masing; Team Actor (Na-Ra, So-min & Lee Sang-woo) vs Team Singer (Jae-suk, Mi-joo & Jessi). 

Punya lah pendiam si Sang-woo ni sampaikan Mi-joo, So-min dengan Na-Ra dok menyembang dalam kereta tak perasan langsung dia ada padahal fizikal dia besar tau. Diorang perasan pun sebab Na-Ra merungut air-cond tak rasa pastu Sang-woo naikkan temperature. Diorang tak perasan langsung dia gelak sama-sama masa diorang dok menyembang dalam kereta tu. Jae-suk dah pesan supaya berjaga-jaga dengan diorang berempat. 

Gym pertama adalah Persian warrior workout yang menggunakan ancient workout sejak zaman Sparta. Workout ni kebanyakannya digunakan di negara Iran dan India. Sebab dah biasa tengok dalam movie Hindustan especially boxer yang gunakan kayu besar tu untuk workout so tak terkejut lah bila tengok workout routine diorang. 

Selain dari workout area, gym ni juga digunakan untuk sesi berkumpul macam kelab buku, kelab muzik dan banyak lagi. Nak mengharapkan income dari gym sahaja memang tak daya lah sebab tak ramai yang minat dengan ancient workout. So-min rasa tempat pertama ni real sebab dia terhantuk shelf masa nak ambil kopi tapi kepala dia tak cedera sebab ada protector dekat bahagian bucu. Mesti dah ramai yang senasib dengan dia sebab tu owner letak protector dekat situ. 

Bergerak ke gym kedua yang dinamakan Khushi dan menggunakan konsep Nepal baik dari workout routine, equipment mahupun interior dalaman. Kesemua equipment yang ada dekat dalam tu digunakan untuk membentuk muscle dan kekuatan juga dalam masa yang sama meningkatkan ketahanan mental. Owner belajar Thabeti masa mereka pergi melawat negara Nepal dan berkongsi pengalaman di sana dengan orang Korea. 

Jessi rasa tempat tu fake sebab dia tak rasa apa-apa perubahan pun masa diorang guna lodtam untuk tenangkan fikiran. So-min pula dah masuk dalam dunia sendiri, sikit lagi nak capai tahap nirwana sebab lodtam tu. Na-Ra syak team production create lodtam tu dari millstone je sebab design dia sama macam penggiling kacang soya tu. 

Tempat workout ketiga paling best sebab guna dance workout even instructor pun sejenis yang fun. Uniknya dekat gym ni bila workout guna kasut yang diubahsuai supaya boleh lompat tinggi. Idea ni datang dari Switzerland pada tahun 2011 kemudiannya berkembang luas ke negara-negara lain termasuklah Korea. 

So-Min rasa tempat tu fake sebab dia dapat hint dari Kwang-soo bagitahu pasal dance workout tapi yang biasa je dan bukan guna kasut tu. Jae-suk pun rasa tempat tu fake sebab suami instructor tu tak mampu nak follow dance instructions isteri dia. Even nak berdiri pun mengah. Memang susah nak percaya si suami berhenti kerja dan join business si isteri kalau dia pun tak mampu nak catch up dance workout tu. 

Susah nak decide yang mana satu palsu sebab hint yang ada pun tak membantu sangat tapi panel terbahagi kepada dua pilihan. Bila tengok VT dari team production memang tak sangka langsung gym tu palsu. Team production buat sendiri semua equipment supaya nampak real. Even art team berusaha keras buat corak dan logo diinspirasikan dari Nepal. Setiap minggu semakin kagum dengan team production The Sixth Sense. Daebak!!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Kim Min-seok

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 8 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 3 September 2020 – October 29, 2020


Makin beranjak ke episod 3 ni makin sengal semua panel sebab diorang makin selesa dan rapat. Walaupun dari Episod 1 Jae-suk dah cakap dia sakit kepala setiap kali shoot The Sixth Sense ni menghadap perangai diorang tapi dia pun sama level masuk air jugak. Dalam episod ni Jessi bagitahu kenapa dia care sangat dengan Jae-suk everytime dia join variety show. Sweet sangat bonding diorang walaupun kelakar dia dok hey hey hey dengan Jae-suk. 

Na-Ra : We always in the same team until our hairstyle today match. I’m afraid we’ll share the same bad luck. 

Jae-suk : The two of you do go together personality-wise as well.

So-min : Next time, the four of us should do our hair the same. Let’s decide in advance and come on with couple-looks. 

Panel jemputan kali ni Kim Min-seok yang bagus menyiasat something and fun fact, sebelum dia debut dia pernah selamatkan seller dekat kedai daripada dirompak. Tak sangka hero dalam drama rupanya hero in real life jugak. Lepas habis je military training terus dia datang ke The Sixth Sense tapi Jae-suk dah pesan siap-siap get ready mental haha. 

Tema untuk episod ketiga ialah Collaboration with Chicken. Ni bukan sebarang ayam lah sebab masing-masing ada keunikan masakannya tersendiri. Macam restoran ayam yang pertama, We Give You All The Chicken terletak di kawasan perindustrian jadi kedai dia pun berupa warehouse tapi bila masuk dalam memang interior cantik dan Instagram-worthy. Menariknya dekat restoran ni bila diorang serve sesikat ayam yang digoreng dalam sos soya dan dibakar. 

Tak pernah terfikir langsung bahagian seseikat ayam tu boleh dimakan dan sedap. Semua panel cakap bahagian sesikat ayam tu juicy dan rasa macam bahagian lembut dekat tapak kaki ayam. Mi-joo dari awal lagi dah cakap tempat tu fake sebab resit cuma ada yang recent je dan poster nampak macam baru sangat print out. Min-seok pulak pernah jadi kitchen helper selama 5 tahun jadi dia rasa kesan terbakar dekat stove tu ketara sangat dibuat-buat. Jae-suk bantah teori tu sebab kebanyakan restoran sekarang beli perkakas second hand untuk jimat. 

Restoran kedua agak kelakar sebab owner dia kelakar. Nak survive dalam business bukan senang tambah pula musim pandemik macam sekarang ni. Restoran ni baru sahaja perkenalkan Choco Chicken tapi owner akan buang menu ayam goreng yang bersalut dark chocolate ni kalau tengah laku keras sebab melecehkan dia. Bayangkan dah penat buat menu tu tapi customer makan sikit je lepastu banyak buang walaupun jualan tinggi. Patutnya owner tu buat la portion sikit je sebab coklat ni senang muak. Lagipun dia sendiri dah nampak pelanggan akan makan dalam 4 hingga 5 ketul ayam je lepastu stop sebab kenyang. 

‘The more I listen to him, the more I get confused.’ – Na-Ra

Restoran ayam yang ketiga cuma restoran yang jual ayam goreng biasa tapi cara pembuatannya luar biasa bila dia menggunakan robot yang dicipta sendiri oleh owner. Restoran ni cuma ambil take away orders sebab tak ada space pun untuk dine-in dekat situ. Best tengok cara robot tu buat kerja. Semua panel pun rasa tempat tu real sebab tak mungkin lah team production nak melabur untuk robot semahal tu. Tapi gaya owner explain pasal business dia yang buatkan diorang rasa ragu-ragu dengan tempat tu. 

Dalam episod ni memang susah nak teka yang mana satu fake sebab semua pun nampak fake haha. Min-seok yang macam detektif tu pun confuse nak pilih yang mana satu sampai ambil masa yang lama dekat voting booth.

‘Min-seok ah~!! Are you confessing your sins in there?!!’ – Jae-suk

Nak tahu restoran mana yang fake dan serlahkan kreativiti team production bina restoran dari scratch sampai nampak cantik kena tengok lah dekat Viu ataupun Dramacool. Memang bagus betul art dengan props team sampai ada panel yang tertipu. Hebatnya pelakon tu sampai mampu masak pertama kali untuk panel tanpa gagal. Diorang dah boleh jual ayam dah lepas ni kalau ada niat nak buka restoran ayam. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10