TV Show Review | The Sixth Sense Season 1 Episode 2

Friday, 13 August 2021

 

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz), Kwang Hee

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 8 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 3 September 2020 – October 29, 2020


Based on keputusan dalam Episod 1, panel yang salah pilih restoran palsu kena datang ke set tanpa kening. Ingatkan main-main tau sebab rosak la imej panel datang tanpa kening rupanya memang betul diorang kena buat. Nasib lah yang datang tanpa kening tu memang tak ada sangat bulu keningnya. Berdekah je tengok bila tak ada bulu kening tapi masa sesi pembahagian team je tak ada keningnya. Panel jemputan untuk minggu ni ialah Kwang Hee so diorang tak la segan sangat kalau takde kening pun. 

Tema untuk variety show The Sixth Sense terbitan tvN kali ni ialah self-made legends! Team The Sixth Sense perlu melawat ketiga-tiga syarikat kepunyaan CEO muda yang berjaya peroleh jualan sebanyak 10 juta setiap tahun. Mencabar jugak lah kali ni sebab semua panel kena bergantung sepenuhnya pada keadaan fizikal syarikat juga fakta dari CEO tu sendiri. Kalau sebelum ni boleh teka melalui rasa makanan tu. 

CEO yang pertama adalah founder syarikat board game yang semakin berkembang di Korea dan juga luar negara. Syok tengok syarikat ni sebab ada banyak board game dekat dalam office. Even ruang tengah dijadikan tempat pekerja discuss tentang progress syarikat dan brainstorming games baru. Dekat cubicles pekerja pun ada banyak games. Sambil bekerja, sambal main games. Kalau stress dengan kerja boleh release stress dekat situ. 

Kwang Hee cakap syarikat ni asli sebab dia tengok ada shredded paper dalam bin tapi panel yang lain cakap team production boleh je create benda tu sebab props team memang teliti. So Min pula rasa tempat tu genuine sebab ada water drips dari air-cond dekat meja staff. Macam susah je props team nak create benda macam tu sebab air-cond akan leaking bila 6 bulan tak service. 

Na-Ra : The production crew would make the dust.

Kwang Hee : The dust?!! Will they go that far?!

Panel : We are serious. They even fake the smell.

Kwang Hee : No way!

Panel : They even made a new dish.

Kwang Hee : If the place is fake then everything is fake?!!

Panel : Everything is fake. Everything!

CEO kedua pula ialah syarikat pizza yang mempunyai 78 buah cawangan di Korea dan 8 buah cawangan di luar negara termasuklah negara Singapura dan India. CEO Jae-won ni adalah graduan marketing dan pernah bekerja di syarikat advertising sebelum buka bisnes sendiri. Selalunya saiz pizza adalah besar dan mahal tapi dia berinovasi dengan produk pizza yang lebih kecil dan harga murah. 

Semua panel rasa syarikat pizza ni fake sebab CEO Jae-won siap jemput diorang join virtual meeting dengan CEO dari negara lain dan tak nampak perbezaan waktu antara 3 negara. Jae-sok je rasa genuine sebab cara CEO buat pizza memang ada skills tersendiri. Lagipun bab teroi perbezaan waktu tu tak lah strong sangat sebab Korea, India dengan Singapura masih satu benua. Lain lah kalau benua Eropah memang jauh lah jaraknya. Na-Ra pula syak syarikat tu fake sebab ada part kena tutup untuk construction so dia rasa team production tak sempat nak siapkan tempat tu sepenuhnya. 

CEO ketiga dan terakhir ialah owner kepada syarikat fesyen yang baru sahaja mencecah 10 juta dollar jualan. Target market adalah lelaki dan hot selling product ialah  clutch bag yang CEO Joon-ho terinpirasi masa dia pergi travel ke UK. Bukan setakat panel dapat melawat tempat kerja dan warehouse syarikat tersebut malah dapat melawat rumah CEO yang terletak jauh dari situ. 

Panel memang impressed dengan skills dan knowledge CEO Joon-ho tapi Na-Ra syak syarikat tu palsu sebab kawan dia bekerja dekat situ. Kawan dia pula adalah part-time actor jadi besar kemungkinan team production ambil dia berlakon untuk The Sixth Sense. Kwang Hee pula rasa interior syarikat tu macam syarikat pinjaman wang berlesen. 

Susah jugak nak teka yang mana satu palsu sebab tak dapat banyak hint dan semua pun nampak macam palsu haha. My guess masa ni syarikat kedua yang jual pizza tu. Yang mana satu jawapannya kena tengok lah kreativiti team production The Sixth Sense ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

TV Show Review | The Sixth Sense Season 1 Episode 1

Wednesday, 11 August 2021

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz)

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 8 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 3 September 2020 – October 29, 2020

Trailer :


Setiap kali scroll tikTok mesti ternampak video dari variety show Sixth Sense ni dan video yang paling banyak haruslah part Jessi. Sebelum ni kenal Jessi seorang yang garang macam rapper Cheetah tu tapi bila tengok dekat TikTok, sejenis yang masuk air rupanya dia ni. Terus rasa nak tengok sebab kelakar sangat semua video dia. 

Program terbitan tvN ni berkonsepkan detektif bila kesemua panel tetap - Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz) dan seorang panel jemputan perlu teka yang mana adalah asli dan yang mana palsu. Setiap episod team production akan come up dengan tema yang berbeza. Macam episod 1 ni tema adalah eccentric restaurants, jadi semua panel kena pilih antara 3 restoran yang diorang pergi, yang mana adalah palsu. 

Kalau pilihan panel betul, mereka akan dapat emas asli sebagai hadiah. Tapi setiap pilihan perlu lebih dari seorang panel. Kalau pilihan tu tepat tapi cuma seorang sahaja panel yang pilih, tak ada hadiah akan diberikan. Untung kalau pilihan tu ada 2 panel sahaja sebab 6 ketul emas akan dibahagikan kepada 2. Kepada panel yang salah pilih, penalti cukur kening akan dikenakan pada episod hadapan. 

Untuk episod 1, panel jemputan ialah pelakon Lee Sang Yeob tapi hambar betul reaction memasing masa dia datang. Keenam-enam panel akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan kumpulan yang menang masa main game akan dapat hint vision dan hint visual tentang restoran tersebut. Kedua-dua hint tu akan bantu diorang buat pilihan tapi ada juga hint yang buat diorang bertambah keliru. 

Restoran pertama adalah restoran dalam pasaraya. Owner come up dengan idea ni bila sales dia semakin jatuh jadi dia buat restoran di mana customer boleh makan dan bawa barangan yang dibeli ke dalam restoran untuk dimasak dengan cara yang disukai. So-min syak restoran pertama ni palsu sebab terlampau bersih dan semua perkakas tersusun cantik. Kalau restoran yang ada service grill macam tu mesti lantai ada kesan minyak terpercik. 

Restoran kedua adalah restoran ramen yang dimasak dengan kuah tersendiri. Harga semangkuk ramen ialah 3.9 dollar dan restoran ni cuma dibuka selama satu jam sahaja setiap hari sebab kedua-dua owner dah berusia. Restoran ni kecil je sebab rumah kediaman yang diubah menjadi restoran. Di sekeliling kawasan rumah ada banyak pokok tanaman yang digunakan sebagai bahan dalam masakan. Sang-Yeob rasa restoran kedua ni fake sebab harga terlampau murah sedangkan banyak bahan yang owner masukkan dalam semangkuk ramen. 

Manakala restoran terakhir adalah restoran yang hidang makanan tradisional Korea secara eksklusif dan kebanyakan tetamu adalah VIP termasuklah Queen Elizabeth sendiri. Harga per entrance sebanyak 1000 dolar. Sama macam restoran kedua bila berkonsepkan rumah cuma bezanya interior dan senibina tampak mewah dengan hiasan dan pelbagai seni lukisan yang dipaparkan sebagai dekorasi. Semua menu yang dihidangkan menggunakan bahan segar sebab tu harga mahal selain dari kepakaran chef tu sendiri. 

Dalam banyak-banyak soalan yang panel tanya, soalan dari Jessi paling kelakar sekali sebab dia stress kena berjalan jauh untuk sampai ke restoran tu. Tapi kebanyakan part dalam reality show ni memang dia yang paling kelakar. Penat gelak sebab dia je tambah pulak kalau dia kacau Jae Suk. Editing team pun boleh tahan sengal jugak, dengan sound effect yang diorang letak dekat scene tu. 

Nak tahu restoran mana yang fake, kena tengok sendiri lah variety show The Sixth Sense ni. Jawapan yang betul tu memang tak disangka langsung sebab art, props dengan casting team memang all out untuk buat tempat tu nampak real. Dari bangunan usang berubah jadi restoran siap upload dekat social media lagi. Fuhhh daebak!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

7-Eleven Malaysia baru-baru ini melaksanakan inisiatif sayangi alam dengan memperkenalkan beg mesra alam selari dengan usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang menjadi punca pencemaran alam sekitar.

Pengendali kedai serbaneka 24 jam terbesar negara tersebut memperkenalkan dua jenis beg mesra alam yang boleh digunakan semula iaitu Beg Out of the Ocean dan Beg Botol PET (polyethylene terephthalate) Kitar Semula.

Beg Out of the Ocean diperbuat daripada 100% plastik kitar semula dari lautan dimana setiap beg akan “membesihkan” dua hingga tiga botol plastik yang dibuang ke lautan. Manariknya, beg mesra alam ini dapat menampung berat sehingga 15kg.

Manakala Beg Recycled PET Bottle diperbuat daripada 100% botol PET kitar semula dimana ia dapat menampung berat sehingga 10kg. Tambahan lagi, penggunaan beg mesra alam dapat mengelakkan pembuangan sebanyak tiga botol plastik ke lautan. 

Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee, berkata, "Peningkatan sisa plastik, jika dibiarkan, mampu memudaratkan ekosistem bumi. Kempen beg mesra alam Trash To Treasure ini bertujuan untuk menanam rasa tanggungjawab dalam diri untuk mengamalkan gaya hidup lestari dengan menggunakan beg mesra alam di samping menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar rakan kerjasama kami iaitu Reef Check Malaysia dan Juara Turtle Project. 

“Jika sebelum ini, 7-Eleven memperkenalkan beg plastik biodegradasi atau mudah lupus di stor-stor kami sejajar dengan inisiatif pemeliharan dan pemuliharaan alam sekitar. Kami berharap inisiatif kelestarian ini dapat memupuk keprihatinan pelanggan kami dalam mengutamakan pemeliharaan alam sekitar,” kata Lee.

Diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia, beg yang boleh digunakan semula ini bukan sahaja mesra alam tetapi menarik bentuk rupanya. Selain itu, beg mesra alam ini juga mempamerkan fakta atau maklumat berbentuk ilmiah dan sesuai digunakan semua peringkat umur. Beg Recycled PET Bottle ini berharga RM7.90 manakala Beg Out of the Ocean berharga RM13.90 dan ia boleh didapati di cawangan terpilih di Semenanjung Malaysia.

Menariknya, setiap pembelian beg mesra alam 7-Eleven ini dari sekarang hingga 16 September 2021, RM1 akan disalurkan kepada rakan kerjasama 7-Eleven dalam kempen ini iaitu Reef Check Malaysia dan Juara Turtle Project dengan tujuan menyokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar mereka.

Pengurus Besar Reef Check Malaysia, Julian Hyde, berkata, “Pencemaran plastik di lautan adalah perkara yang amat serius bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. Setiap hari, pasukan kami melihat dengan mata kasar kami sendiri betapa teruk pencemaran marin dimana sisa-sisa plastik ditemui di sepanjang tebing. Selain itu, sisa-sisa plastik juga ditemui melekat di celah terumbu karang dan menggugat sistem rantaian makanan di lautan. Ini adalah isu yang amat membimbangkan. Semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan untuk mencegah isu pencemaran alam sekitar. Kempen 7-Eleven Malaysia ini adalah contoh yang baik dimana syarikat juga dapat memainkan peranannya dalam usaha membanteras pencemaran marin."

“Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada kepada 7-Eleven Malaysia kerana mengorak langkah permulaan dan memainkan peranan sewajarnya dalam usaha pemeliharan alam sekitar. Kami percaya syarikat-syarikat besar boleh membantu dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik. Serpihan berasaskan plastik di lautan merupakan ancaman yang besar terhadap kehidupan akuatik dan ini termasuklah habitat dan ekosistem penyu. Kami berharap kempen ini dapat memupuk keprihatinan dan tanggungjawab orang ramai tentang kepentingan pemeliharan kehidupan marin.” - Tom Woodford, Pengurus Besar Juara Turtle Project

Dalam pada itu, anda boleh menyalurkan bantuan kepada individu, keluarga dan badan amal yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan dengan membeli barangan keperluan asas dan menyumbang melalui Kempen “Kotak Putih” yang sedang berlangsung di stor-stor 7-Eleven seluruh negara. Jangan lupa juga untuk mencuba produk eksklusif seperti kopi HY BTS Special Package, Magnum Chocolate Truffle, Nescafe Gula Melaka, Wonda Masala Spice Coffee dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kempen Beg Mesra Alam #TrashToTreasure, sila layari www.7eleven.com.my atau laman media sosial rasminya di 7ElevenMalaysia.

Bulan 5 lepas pernah join segmen anjuran blogger kak Siti Yang Menaip. Tak sangka pulak boleh menang. Rezeki sungguh sebab dah lama tak menang segmen/giveaway/contest. Komen terbanyak apatah lagi hahaha

Dalam segmen ni Kak Siti ada bagi pilihan sama ada nak baju ataupun fridge magnet. I pilih fridge magnet sebab saja nak penuhkan koleksi walaupun tak pernah ke New Zealand. Mana tahu hari-hari dok tengok dekat petia ais, esok lusa boleh pergi sana pulak kan?
 

Jumaat lepas sampai la hadiah yang ditunggu-tunggu. Actually tak tunggu pun tapi lepas Kak Siti kata dia dah pos semua hadiah, jadi excited lah nak terima. Bila buka parcel dapat la semua yang dalam gambar tu. Dan ni lah fridge magnetnyaaaa.....


Ada maps negara New Zealand tu. So kalau lepasni nampak bijak pasal peta negara New Zealand jangan terkejut lah kenapa hahaha. Thanks kak Siti sebab pilih sebagai pemenang dan hadiah ni. Semoga murah rezeki supaya dapat buat giveaway atau segmen lagi. :)

Wordless Wednesday | iKON In Drought Mode

 The Fandom : 


Meanwhile iKON......

Brownies Kedut Strawberry Untuk Birthday Umi!

Monday, 9 August 2021

Tahun ni sedih betul bila Raya Aidilfitri tak dapat balik, Raya Aidiladha pun sama, bila dah dapat 2 dos pun tak dapat balik celebrate birthday my mom. Selagi tak habis fasa 1 yang entah bila akan bertukar status ke fasa 2, memang terperuk je lah dekat Subang ni. 

Memandangkan tak dapat nak celebrate, saja la belek dekat Instagram kot kot ada yang jual bunga dekat area Sabak Bernam sebab dekat situ sendu. Cari punya cari memang tak jumpa langsung. Ada lah tapi dah tak aktif sejak lockdown. Terjumpa pulak yang buat brownies dengan kek. Boleh lah daripada takde sebab brownies dia cantik. 


Nak order dengan akak ni mudahhhhhhh sangat. DM je nak yang mana lepastu bank in then siap lepastu dia hantar. Set brownies ni harga standard lah RM60 lepastu wording tu RM3. Delivery charge tak ada sebab rumah dia dekat je dengan rumah mak. Baik betul akak ni walaupun dia kena sidai kejap depan rumah sebab family I tidur tengahari tu. Memasing lemau dah tak boleh nak keluar rumah sebab diorang ni bukan jenis duduk rumah sangat. Weekend je merata pergi. Cehhh cakap orang, I pun sama hahaha lemau dah wei kat rumah ni. Dapat sijil dua dos pun bukan boleh pergi mana. 

I puas hati lah dapat set Brownies Kedut Strawberry ni sama macam dalam Instagram Daponoma tu sebab ada je kes yang indah khabar dari rupa kan? Yang ni memang sama sebijik, rasa pun sedap. Rasanya best seller dekat IG Daponoma ni kek pisang moist, brownies kedut dengan cheese tart sebab tengok tempahan dia kebanyakannya 3 set ni je. Nasib baik I tak order apa-apa set yang berkaitan dengan cheese sebab kawan my mom bagi cheesecake. 


Lepasni kalau nak celebrate birthday ke raya ke buat majlis ke memang nak order dekat Daponoma ni je sebab dekat satu hal, service bagus satu hal. Sedap tu tak payah cakap lah, dah memang terbukti dah. Jangan suruh I buat sendiri sebab I pemalas. Dah la tangan tak berseni, mulut pun banyak bunyi merungut itu ini. Baik beli je, at least boleh support business kecil akak ni. Penduduk dekat Sabak Bernam dengan Sungai Besar dah la tak ramai. Haha tibehhhh


Happy bila my mom puji brownies sedap sebab ni je lah mampu bagi. Nak balik merentas daerah tak mampu. Nasib baik adik-adik semua ada dekat rumah so takde lah my mom sedih sangat. Nikmat lah siapa yang duduk dengan parents tu boleh nampak depan mata. 

Movie Review | Naam Shabana (2017)

 

Director : Shivam Nair

Writer : Neeraj Pandey

Cast : Taapsee Pannu, Akshay Kumar, Prithviraj Sukumaran, Manoj Bajpayee, Anupam Kher, Taher Shabbir

Production Company : Plan C Studios, Cape Of Good Films

Distributor : T-Series Films, Reliance Entertainment

Genre : Action / Thriller

Running Time : 147 minutes

Release Date : 31 March 2017

Trailer :


2 tahun selepas kejayaan Baby (2015), penulis Neeraj Pandey buat prequel yang menceritakan bagaimana ejen Shabana Khan (Taapsee Pannu) sertai organisasi rahsia ni. Dalam setahun mereka menilai 15,000 orang calon ejen wanita dan finalize hingga 4 orang dan Shabana dipilih berdasarkan skills dan kekuatan dia. 

‘National defenses have two faces. One which is visible to all, like the army, navy and the air force which are legitimate, recognized institutions. Their work is appreciated, acknowledged and felicitated. They have a uniform, a designation and are respected. They are the pride of the nation. And the other is us. We work in anonymity. No uniform, no designation. The only silver lining that what we do is even beyond their comprehension. Life is bad and death is even worse.’ - Ranvir Singh (Manoj Bajpayee)

Bermula dengan tragedi kematian Jai (Taher Shabbir), Shabana dapat tawaran untuk segala maklumat yang dia perlukan dan juga bantuan untuk menuntut bela atas kematian kekasih dia. Dengan syarat, selepas selesai misi balas dendam tersebut, dia perlu selesaikan pula misi organisasi tersebut dengan membunuh Mikhail (Prithviraj Sukumaran) yang dikehendaki oleh Interpol juga India. Shabana setuju dengan tawaran tersebut. Tak ada pilihan pun sebenarnya sebab kalau dia reject, dia akan dibunuh sebab dah tahu tentang organisasi tu. 

Team production untuk movie Naam Shabana terbitan Plan C Studios dan Cape Of Good Films ni berbeza sangat dengan team Baby. Even pengarah pun tak sama bila Baby adalah arahan Shivam Nair dan bukannya Neeraj Pandey sendiri. Bila sentuhan berbeza, hasilnya pun berbeza lah. Jalan cerita agak bosan ditambah pula dengan watak Shabana yang tak dikembangkan dengan baik. 

Visual dari Sudheer Palsane mencacatkan lagi naskhah action thriller ni bila kebanyakan stunt tak dipaparkan dengan baik. Tak ada elemen saspen dimasukkan macam scene Shabana lompat dari rooftop ke rooftop bangunan sebelah untuk kejar suspek. Next scene we know dia dah ada dekat rooftop bangunan sebelah. Movie ni untuk wujudkan rasa kagum pada ejen Shabana macam mana Neeraj hidupkan perasaan tu pada ejen Ajay (Akshay Kumar) dalam Baby. Tona warna pada beberapa scene dan beberapa technical glitch pun mengganggu screenplay. 

Kalau dalam Baby, pengarah tak tekankan sangat music album, kali ni T-Series letak 3 buah lagu yang menarik untuk tarik perhatian audience. Kerjasama komposer Rochak Kohli dan Meet Bros menggunakan penyanyi bersuara emas Bollywood dengan lagu balada berjudul Rozana untuk scene percintaan antara Shabana dan Jai. Lagu Zubi Zubi dan Dil Hua Besharam catchy. Sesuai lah dimasukkan bila jalan penceritaan berubah kepada bosan. Ada cameo dari Elli Avram pulak tu. 


Walaupun movie Naam Shabana ni lemah dan tak mencapai expectation tapi jealous dengan kawan sebab dia berjaya jumpa Akshay Kumar masa diorang shooting di area Kuala Lumpur. Kebanyakan lokasi dalam movie ni bertempat di Melaka, KLIA, Petaling Street Kuala Lumpur dan Lucknow, India. Tak tahu la kenapa tak dapat jin masa tu, kalau tak dah boleh jumpa Akshay Kumar dengan Elli Avram. Haihhh

Dengan kegagalan movie Naam Shabana di box office, mungkin tak ada dah kot installment baru untuk franchise yang bertemakan hero tak didendang ni. Sayang lah sebab one of promising franchise dengan tema yang bagus tapi tak dijaga dengan baik. Kisah Shabana ni pun diambil dari kisah undercover agent sebenar di India. Neeraj kata boleh jadi in future dia akan release new installment kalau dia rasa nak release. Tsskkk

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 6.7/10

Movie Review | Baby (2015)

Sunday, 8 August 2021

Director : Neeraj Pandey

Writer : Neeraj Pandey

Cast : Akshay Kumar, Taapsee Pannu, Rana Daggubati, Danny Denzongpa, Anupam Kher, Mikaal Zulfiqar, Kay Kay Menon, Madhurima Tuli, Rasheed Naz, Sushant Singh

Production Company : T-Series, Crouching Tiger, Cape of Good Films, Friday Filmworks

Distributor : T-Series, White Hill Studios (North America), AA Films, Disney+ Hotstar

Genre : Crime / Action / Thriller

Running Time : 159 minutes

Release Date : 23 January 2015 (India)

Trailer :


Bertemakan terrorism dan patriotism, Neeraj Pandey tampilkan sebuah naskhah dalam template fiksyen mengenai sebuah organisasi rahsia yang dinamakan Baby setelah mendapat persetujuan dari pihak Kementerian Pertahanan dan juga beberapa pihak yang terlibat. Beberapa orang askar terlatih dipilih untuk menyertai beberapa projek rahsia. Kalau berjaya tak dapat pengiktirafan atau pujian dari pihak media. Kalau gagal dan ditangkap, Kerajaan India akan buang begitu sahaja.

‘We got some officers like him, a bit crazy.... and stubborn. And all that they care about is their nation and patriotism. They don’t want to die for their country. In fact, they want to live for the country. 

Dalam movie Baby terbitan T-Series, Crouching Tiger, Cape of Good Films dan Friday Filmworks ni menceritakan projek terakhir sebelum mereka tutup secara rasmi. Ajay (Akshay Kumar) bersama Jai (Rana Daggubati), Shabana Khan (Taapsee Pannu) dan hacker Shukla (Anupam Kher) perlu mencari Bilal Khan (Kay Kay Menon) sebelum Maulana (Rasheed Naz) laksanakan pelan mereka untuk letupkan beberapa tempat di India seperti Delhi, Mumbai, Hyderabad dan banyak lagi. 

Melalui information yang mereka dapat dari Aftab, pelajar universiti jurusan engineering yang dibawa ke kem militan selama 2 minggu, Ajay menjejak kesemua nama yang terlibat sehingga lah ke Al-Dera Saudi. 

Dulu masa movie Baby keluar memang impressed sangat dengan alur penceritaan yang menarik kemudian dikukuhkan lagi dengan dialog yang menarik mengenai cinta pada negara. Before this dah pernah buat review movie Baby tapi dekat blog lama so up balik lah dekat sini sebab tak ramai yang tahu kewujudan movie ni sedangkan antara movie terbaik Akshay juga selain movie Gabbar Is Back. 

Kalau sebut terrorism mesti ramai expect orang Islam buat hal tapi sebenarnya ramai je yang lahir dekat India tapi kena rekrut supaya dapat cetuskan kekecohan dan pembunuhan. Tak ada agama dalam dunia ni yang ajar penganut dia untuk berbuat jahat dan membunuh. Semuanya helah syaitan semata. 

Kebanyakan scene dalam movie Baby menggunakan lokasi berlatarkan beberapa buah negara seperti Istanbul - Turki, Nepal, Abu Dhabi dan selebihnya di India terutamanya Gautam Buddha University. Kalau ikutkan cerita Baby ni, penangkapan Bilal sepatutnya di Al-Dera, Saudi tapi team production shoot dekat Abu Dhabi so banyak mistakes yang muncul macam bendera, signboard di kawasan lapangan terbang ataupun pada ambulans. 

Visual dari Sudeep Chatterjee dalam kebanyakan scene menggunakan tona warna kuning cair terutamanya di Al-Dera. VFX agak lemah pada scene trak polis yang kemalangan semasa Bilal cuba untuk lari. Nampak sangat sepenuhnya menggunakan green screen. 

Makeup effect memang bagus bila pengarah focus pada luka Ajay dalam tandas. Warna darah nampak pekat menjelaskan kedalaman luka dan tahap kesakitan Ajay. Dalam movie Baby ni ada dua buah lagu sahaja oleh komposer  

Kekuatan dalam movie Baby haruslah pada lakonan Akshay Kumar yang terkenal dengan martial arts stunts sejak debut lagi. Semua stunts dilakukan sendiri supaya nampak real on screen. Bila dia bekerja dengan Rana Daggubati nampak energy mereka sama level. Scene dekat padang pasir tu diorang shoot pada suhu 43 darjah Celcius dan scene tersebut shoot waktu siang kemudian guna vfx untuk ubah kepada waktu malam. Untuk scene Shabana berlawan dengan Al Haq (Sushant Singh) tu Taapsee belajar Krav Maga dan disebabkan ramai yang puji scene tu, pengarah decide untuk buat prequel Naam Shabana. 

Lepas kejayaan movie Special 26 (2013) dengan genre yang sama, pengarah Neeraj Pandey buat tribute untuk movie tu dengan letak watak Inspektor Gawde yang pernah muncul dalam movie tersebut. Sepatutnya lepas Baby, ada movie Crack dan dah keluar teaser poster dah pun tapi malangnya Neeraj dan Akshay bergaduh tetang skrip. Sudahnya movie tu dibatalkan serta-merta. Sayang lah sebab franchise ni boleh pergi jauh. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.5, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.6/10

Movie Review | Tootsies and The Fake (2019)

Saturday, 7 August 2021

 

Director : Piyachart Thong-Uam

Writer : Piyachart Thong-Uam, Pookie Paweenut Pangnakorn, Manow Waneepan Ounphoklang, Jan Puchong Tuntisungwaragul

Cast : Araya A. Hargate, Paopetch Charoensook, Thongchai Thongkanthom, Ratthanant Janyajirawong, Paris Intarakomalyasut, Pattarasaya Kreuasuwansri, Gunn Svasti Na Ayudhya

Production Company : GDH 555

Distributor : Netflix

Genre : Comedy

Running Time : 110 minutes

Release Date : 5 December 2019 

Trailer :


Selalu nampak movie ni dekat Twitter so alang-alang tengah bosan pilih la movie ni dekat Netflix. Filem yang bertemakan LGBT ni mengisahkan tentang Golf (Thongchai Thongkanthom) tanpa sengaja cederakan ratu industri hiburan negara, Cathry (Araya A. Hargate) sampai dimasukkan ke hospital. Pihak advertiser tak nak terima alasan untuk tangguh dan kemungkinan besar manager Goryah (Niti Chaichitatorn) akan disaman sebab breach contract. 

Memang tak lah Goryah nak tanggung saman sebanyak 50 juta baht tu kalau bukan salah dia. Golf dengan Kim (Ratthanant Janyajirawong) cuba cari pelanduk dua serupa di klinik plastic surgery sebab trend muka Cathry tengah hot sekarang. Nasib mereka baik bila berjumpa dengan Nam (Araya A. Hargate), tukang masak nasi goreng kari di warung tepi jalan. 

Semuanya serba-serbi sama seperti Cathy tapi gigi dia ada taring dan telinga lebih besar. Suara juga lebih serak dari Cathry dan berperangai kasar seperti lelaki sedangkan Cathy sopan santun dan lemah-lembut orangnya. Golf dapat idea supaya Nam diam sahaja di set nanti dan kurangkan senyum supaya tak ada yang syak. Mereka perlukan Nam untuk berlakon dalam iklan komersial satu ni sahaja untuk elakkan dari disaman. 

Nak ubah Nam menjadi Cathry bukan sesuatu yang mudah bila perangai berbeza ibarat langit dan bumi. Apatah lagi fashion style dia yang jauh berbeza taste dengan fashionista Cathy yang pernah mencuri tumpuan di karpet merah Cannes. 

Dalam masa yang sama Gus (Paopetch Charoensook) berbelah bahagi antara bekas kekasih dia, Top (Kritsanapoom Pibulsonggram) yang datang kembali ataupun pilih untuk bersama Win (Gunn Svasti Na Ayudhya) yang rapat dengan Jjiang (Keetapat Pongruea) sedangkan Gus tak suka kanak-kanak. Natty (Pattarasaya Kreuasuwansri) yang lesbian tergoda dengan Kim dan berusaha untuk dapatkan anak supaya boleh menjadi pewaris tunggal harta ibu dia. 

Dari awal movie sampai ke hujung sakit perut gelak tengok perangai memasing selesaikan konflik kecuali Gus yang kekal tenang. Dia adalah watak utama dalam movie ni tapi tenggelam dengan watak Golf dan Kim sebab tak ada yang menarik pun tentang konflik cinta tiga segi dia. Malah konflik dia antara punca momentum komedi bertukar kepada drama yang cliché. Nasib baik lah Top, Gus dengan Win dilakonkan oleh pelakon yang handsome. 

Walaupun konflik Natty kelakar dengan desperate attempt untuk mengandung tapi dilema ni yang selalu wujud dalam kehidupan LGBT. Penulis bijak dengan mengolah dan kembangkan dengan cara yang kelakar dan santai. Lagi best kalau ditambah lagi scene Natty menggoda Kim sebab scene mereka berdua menghiburkan dan mempunyai chemistry serta dinamik yang kuat. 

Penggunaan visual yang menarik dengan lighting dan tona warna hangat menambahkan impak pada suasana yang ceria. Tak banyak panorama yang menarik pun sebab kebanyakan babak berlatarkan set studio ataupun di rumah sahaja. Banyak scene yang menggunakan teknik slo-mo untuk membuatkan situasi tersebut bertambah kelakar macam scene Cathy pegang tangan Golf yang berpeluh. Music score pun sesuai dengan genre yang dibawa dengan background sound yang jelas. 

Mungkin ada beberapa babak dalam movie Tootsies and The Fake terbitan GDH 555 yang menggunakan slapstick comedy dan tak logik tapi tetap menghiburkan. Tertanya juga kalau ramai yang bedah muka supaya sama dengan muka pelakon terkenal, macam mana agaknya penerimaan pelakon tersebut. Nasib baik pengarah ada tunjuk pasal ni dalam scene di hujung cerita. Movie ni syok kalau tengok sekali je lah, second time layan dah jadi biasa dah. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.8/10

Movie Review | Company (2002)

Director : Ram Gopal Varma 

Writer : Jaideep Sahni

Cast : Mohanlal, Ajay Devgn, Manisha Koirala, Vivek Oberoi, Vijay Raaz, Akash Khurana, Rajpal Yadav, Seema Biswas, Antara Mali, Ashraful Haque, Bharat Dhabolkar

Production Company : Varma Corporation, Vyjayanthi Movies

Distributor : N/A

Genre : Crime

Running Time : 155 minutes

Release Date : 12 April 2002

Trailer :


Chandrakant 'Chandu' Nagre (Vivek Oberoi) dan geng dia join underworld di bawah Mr. Mallik (Ajay Devgn). Chandu ada baran dan cara dia tersendiri tapi dia setia bekerja dengan Mallik dan respect sebab banyak ajar tentang dunia gangster dan bagi peluang untuk dia naik ke atas dengan cepat. 

Bila Inspektor Veerappalli Srinivasan (Mohanlal) ditugaskan untuk menangkap Mallik dan Chandu, operasi dia gagal kerana ada informer dalam pihak polis sendiri. Mallik dan Chandu lari ke Hong Kong dan tubuhkan Company di sana. Chandu uruskan semua anak buah di Mumbai dengan ugut semua businessman supaya bayar wang perlindungan kepada Company. Sementara Mallik luaskan dan bina hubungan kukuh dengan gangster di Hong Kong dan negara-negara lain. 

Konflik berlaku bila Chandu ditugaskan untuk membunuh Mr. Patil, Menteri Dalam Negeri supaya klien mereka, Raote (Bharat Dhabolkar) boleh naik ambil jawatan tersebut. Awalnya semua berjalan seperti yang dirancang tapi bila Chandu dapat tahu ada kanak-kanak bersama Mr. Patil, dia minta batalkan plan mereka. Mallik bertegas ni sahaja peluang yang tepat untuk bunuh Mr. Patil tapi Chandu tetap dengan keputusan dia. 

Dalam situasi macam tu, timbul salah faham sampaikan penasihat mereka berdua, Vilas Pandit (Akash Khurana) terbunuh. Dari situ Company terbahagi dua sama ada di bawah Chandu ataupun Mallik. Inspektor Veerappalli cuba untuk cari jalan supaya dapat tangkap mereka berdua dan bawa pulang ke India. 

Pengarah Ram Gopal Varma dapat idea untuk buat movie Company bila dia berjumpa dengan anak buah don Dawood Ibrahim dalam penjara. Dari situ dia tahu Dawood Ibrahim pernah bergaduh dengan orang kanan dia, Chhota Rajan sehinggakan terjadinya gang war di Mumbai selepas terrorist attack pada tahun 1993. Semua yang diceritakan dalam movie ni baik dari underworld, pihak polis, orang politik dan media adalah mengikut penceritaan Hanif sendiri. 

‘Who told you that the police will always stays within the confines of the law?’ - Inspektor Veerappalli Srinivasan

Movie yang bertemakan underworld ni mendapat pujian dari critics dan mendapat tayangan perdana di Austin Film Festival, New York Asian Film Festival dan Fribourg International Film Festival pada tahun 2002. 

Nama Vivek Oberoi juga mula dikenali sedangkan baru sahaja debut dalam Company. Sikit pun tak nampak canggung walaupun bekerja bersama barisan pelakon ternama seperti Mohanlal, Ajay Devgn dan Manisha Koirala. Sekaligus Vivek Oberoi menang Best Male Debut di Filmfare Awards ke-48. Untuk menjayakan watak Chandu, dia tinggal di slum area selama 15 hari untuk belajar cara hidup, bertutur dan berpakaian supaya nampak real on screen. Kulit dan makeup guna shade yang lebih gelap untuk dapatkan karakter gangster jalanan. 

Dalam satu scene dijelaskan macam mana industry Bollywood boleh berhubungkait dengan underworld bila dapat dana pembikinan dari mereka. Dekat second half ada pelakon yang resah bila terjadinya gang war. Rasanya pengarah refer kepada Salman Khan sebab tahun 2001 pernah kecoh bila movie Chori Chori Chupke Chupke ditaja oleh Dawood Ibrahim. Gaya pelakon terkenal dalam movie Company pun lebih kurang sama macam Salman Khan. Watak produser yang merungut tentang movie pula adalah watak Karan Johar mengenai movie Kabhi Khushi Kabhi Gham (2000). 

Walaupun cuma menggunakan bajet rendah tapi semuanya aspek diberikan perhatian supaya penceritaan nampak realistik. Kelemahan mungkin pada music score dan visual yang terikat dengan bajet yang rendah. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.6 = 7.5/10