Penganiayaan YG Terhadap iKON

Saturday, 31 July 2021

iKON adalah boy band di bawah talent agency YG Entertainment yang debut pada tahun 2015 tapi meraih populariti sejak tahun 2013 melalui survival show Who Is Next kemudiannya survival show Mix & Match dan Show Me The Money 3. Dianggotai oleh 7 orang pada awalnya - B.I, Bobby, Jay, June, Yunhyeong, DK dan Chanwoo kemudiannya B.I keluar dari iKON pada tahun 2019 dan gerak solo di bawah IOK Company. 

Kenapa update entry ni sebab ramai babykonics yang join fandom iKONIC atau ID sejak first album B.I keluar dan penyertaan iKON dalam survival show Kingdom : Legendary War (2021). Memandangkan iKON akan tamat kontrak dengan YG Entertainment pada tahun depan so let's recap kenapa ramai iKONIC demand supaya iKON keluar dari syarikat tersebut. 

1. WIN

Lepas 8 tahun Big Bang jadi boy group under YG Entertainment, YG decide untuk debut satu group boy tapi 11 orang trainee kena compete with each other. Disebabkan survival show WIN, fandom untuk WINNER dan iKON jadi rendah sebab masing-masing bergaduh nak buktikan team mana yang lebih bagus sedangkan iKON dengan WINNER berkawan baik sejak trainee. 

Berbeza sangat dengan Big Bang, 2NE1 ataupun Blackpink sebab fandom tak perlu bergaduh sesama sendiri pun untuk support idol masing-masing. YG pula tekankan team yang kalah akan disband so bila Team B kalah, ramai fans buat petisyen untuk debut sebab beza undian tak besar mana pun. Fans minta maaf sebab undian tipis. 

Akibatnya projek filem iKON dengan WINNER dibantah oleh fans kedua-dua fandom. Team MOBB (Mino & Bobby) pun terpaksa disband lepas 1 album sebab tak mendapat sambutan. Sampai sekarang fandom WINNER dengan iKON bergaduh gara-gara survival show WIN. Patutnya YG debut je dua-dua group sebab lepas WINNER debut diorang kena peram setahun. iKON pula dihantar ke Jepun dan China. 

2. Mix & Match

Tak cukup dengan survival show WIN, Team B kena paksa untuk join satu lagi survival show di bawah Mnet sebelum debut sebagai iKON. Tak cukup dera emosi dalam WIN, YG dera lagi dalam Mix & Match kemudian cuba takutkan Team B pasal disband sebab dia tahu diorang cuak sangat dengan disband. 

Banyak kali Team B menangis pasal ni tapi YG tak pernah peduli. Bagi dia, iKON akan jadi lebih kuat padahal dia sendiri tahu talent iKON macam mana. Yunhyeong sakit pun dia tak peduli walaupun badan ketara susutnya. YG sendiri cakap yang dia nak debut iKON dalam Episod 2 tapi sengaja raih TRP dengan cara macam tu. 

Masa WIN ada juri yang cakap hantar Bobby ke Show Me The Money confirm jadi hit sebab talent, swag dan style dia menyerlah sangat. Tapi bila B.I dengan Bobby join survival show tu YG siap ugut kalau kalah get ready to pack your bag and leave. Kalau pun dia bergurau, macam tak perlu je sebab B.I dengan Bobby memang rapper yang bagus. Kenapa nak tekan lagi sedangkan diorang berdua dalam masa yang sama busy dengan Mix & Match? Kesian B.I cuak sampai 3 kali lupa lirik masa audition. Bila Bobby menang YG pulak yang bangga melebih? 

3. Debut

Walaupun YG cakap dia nak debut iKON secepat mungkin tapi setahun kemudian baru iKON dapat debut itupun lepas beberapa kali delay. Lepas kalah dalam WIN, Team B record banyak lagu bila YG letak syarat ada lagu best baru boleh debut so nak kata iKON tak prepare untuk debut agak merepek. Bukan setakat fans, iKON sendiri tertanya-tanya bila diorang boleh debut sebab keputusan tu terletak sepenuhnya pada YG. 

Bila dah debut, YG hantar iKON ke Jepun dan China tanpa promote lagu di SK even MV yang dah shoot pun tak release pada masa tu. Banyak promo events di SK dibatalkan sampai ramai fans marah dan boikot YG. Sepatutnya iKON boleh jadi popular macam BTS tapi pengurusan YG yang merepek buatkan fans rasa geram. Masa tu kalau sebut iKON ramai yang assume iKON adalah idol group dari Jepun bukannya SK. 

4. Tour Concert 

28 konsert diadakan dalam untuk tour concert iKON di Asia dan 12 daripadanya diadakan dalam masa 6 hari. Jualan debut album Welcome Back mencecah 82 ribu unit terjual sekaligus menempatkan album mereka di ranking #1 dalam carta. Tapi masa concert tour iKON pakai kostum/outfit yang sama. Ada baju yang dijahit balik untuk tour kedua dengan 25 buah konsert dalam masa 10 hari.

Masa tour concert ni nampak sangat iKON penat sebab badan susut even Bobby kena guna oxygen mask masa perform sebab terlampau penat. B.I pula sakit sebab mata dia terkena jangkitan tapi YG Entertainment bagitahu tak ada refund kalau konsert dibatalkan. Dengan mata sakit macam tu pun terpaksa perform. Member yang lain pun nampak kurus sangat dan penat sampaikan non-fans pun perasan keadaan iKON. 

5. Heroes Of Remix (2016)

YG paksa iKON ke China untuk join survival show dan dalam masa yang sama kena buat concert tour. Lepas habis concert, iKON akan practice dekat backstage walaupun masing-masing penat. Tak semestinya debut under Top 3 biggie akan dapat treatment yang bagus sebab iKON tidur dekat lantai alas dengan yoga mat. Nasib baik dekat sana ada PSY untuk tengokkan diorang dekat sana. 

Bila YG hantar iKON ke China untuk aktif dekat sana dan biarkan fans di Korea melangut tanpa comeback sedangkan idol group yang lain aktif promo album diorang, tak mustahil ramai yang mula hilang minat dengan iKON. 

6. Love Scenario 

Tahun 2017 iKON mula pergi ke variety show lepas beberapa kali hantar video kepada PD variety show. Dalam masa yang sama B.I banyak kali propose untuk iKON keluarkan album tapi semuanya ditolak oleh YG. Lagu Love Scenario pun ditolak sebanyak 3 kali tapi B.I usaha jugak untuk release. 

Lepas iKON famous dengan lagu Love Scenario sampaikan menang Song Of The Year, YG mula layan iKON lebih baik dari sebelumnya. YG jemput iKON ke rumah dia walhal Blackpink dah mula dapat layanan baik dari YG walaupun sebelum debut lagi. Dah la jemput iKON datang rumah tapi order ikan padahal Bobby tak makan ikan. Bobby dah naikkan nama company kau kot, bukan susah pun nak order daging? iKON suka makan daging dengan sushi. Ughhh 

Rumah iKON ditambah lagi satu unit supaya setiap member dapat bilik sendiri. Walaupun sama apartment dengan Blackpink tapi iKON dan Blackpink dilarang berjumpa. Bekerja di bawah satu agency yang sama pun tak boleh buat lagu sama-sama sedangkan B.I yang gubah lagu Whistle untuk Blackpink. Free marketing kalau iKON bergabung dengan Blackpink ataupun Treasure.

Walaupun Love Scenario dilabelkan sebagai national anthem sampaikan tadika dan sekolah rendah terpaksa ban lagu tersebut bila jadi kegilaan kanak-kanak, tak ramai yang kenal siapa ahli kumpulan iKON. Dalam iKON TV (2018) ada scene diorang buat undian dekat tempat awam tapi tak ramai yang kenal. 

7. Gatekeeping

YG bagitahu pada pihak media B.I yang taknak promote lagu I’m OK tapi leader iKON sendiri dedahkan YG yang halang. Bobby pernah reveal yang dia tak pernah dapat ucapan tahniah dari CEO YG pun. Masa dia release solo album Love and Fall pun YG Entertainment upload kemudian delete sebanyak 4 kali official MV sampai views terjejas. Promosi pula hanya sehari jadi macam mana fans atau audience genre hip-hop nak tahu? Ramai rapper dalam industry nak buat lagu dengan Bobby antaranya Jessie dan Hwasa Mamamoo tapi dihalang. Entah kenapa. 

Album kedua Bobby, Lucky Man juga terima nasib yang sama bila promo events dibatalkan untuk bagi laluan pada digital single iKON - Why Why Why. Kemudiannya dibatalkan juga untuk bagi laluan pada Kingdom pula. 

Yunhyeong dengan Chanwoo selalu pergi ke kelas lakonan sebab YG dah janji nak bagi diorang debut sebagai pelakon tapi sampai sekarang tak ada kebenaran dari pihak YG supaya Twin Monster masuk ke dunia lakonan. Tahun 2017 Yunhyeong dijemput ke The Law of Jungle tapi susah untuk reach YG. Email tak dibalas, call tak jawab dan banyak lagi cara sampaikan kebanyakan PD gave up. 

Sama juga dengan JuNe bila ada PD approach untuk jemput dia datang ke gig show tapi sepi tanpa berita. Pernah JuNe dapat join variety show DOTB dengan Kang Daniel dan berita tentang ni dah publish kemudiannya YG Entertainment benarkan cuma satu episod sahaja lepas iKONIC serang dekat social media minta penjelasan kenapa batalkan secara tiba-tiba. Fandom Kang Daniel dah excited sebab dapat tengok interaction dua idol ni. Imagine marketing hype untuk JuNe boleh dapat masa tu. 


Bila YG halang iKON untuk join mana-mana variety shows, benda ni bagi persepsi kepada orang luar yang iKON tak suka bergaul dengan orang ataupun sombong. Padahal iKON siap buat video kepada beberapa PD variety shows untuk join. Disebabkan kurang exposure dan pengalaman ni iKON nampak bosan dalam variety shows. 

Banyak kali iKON cakap diorang tak ada kawan dalam industry. Huge industry tapi tak ada kawan even nak berkawan dengan Blackpink pun tak boleh padahal sama agency. Even Blackpink pun kena berkawan dengan siapa yang YG tetapkan. Lisa tak boleh rapat dengan Jenny sebab dia kena rapat dengan Jisoo like wtf? 

Pernah je YG marah Yunhyeong sebab suka post dekat IG meaningless post padahal tu account IG dia, suka hati dia la kan? B.I backup Yunhyeong dengan IG post dengan caption this is me uploading meaningless things. Sama juga dengan JuNe yang dilarang untuk post lagu dia gubah sendiri di IGTV. JuNe pernah update lagu Puppy Love dengan genre rock tapi dah kena delete. Lagu tu best kalau dapat jadi OST drama. 

Dalam channel Youtube Chanwoosari, JuNe, Jay dengan DK bagitahu diorang teringin sangat nak ada solo album. Satu album pun jadi lah tapi sampai sekarang YG Entertainment masih diam. Album Double B (B.I & Bobby) pun menyepi. Nampak je dalam WIN dengan Mix & Match scene CEO YG dok puji bakat B.I tapi sikit pun dia tak bagi kata putus untuk keluarkan album solo. Cuma ada satu lagu solo je One & Only dalam album Return (2018) lepas 7 tahun dalam YG Entertainment. 

Winner dengan iKON sama-sama ada streamers yang ramai di Melon music chart tapi YG Entertainment tetap peram dua boy band ni entah untuk apa. 

8. B.I

B.I mengaku dia ada contact drug dealer tahun 2016 sebab dia stress sangat masa tu dan kalau tengok apa yang dia kena hadap, memang dia akan cari jalan yang macam ni. Tahun 2016, tahun iKON kena buat tour non-stop, kena paksa join survival show, tak cukup rehat, tak cukup makan, jatuh sakit even jalan pun kena papah tapi YG tak buat apa pun. Dalam WIN pun boleh nampak yang iKON tidur 3 jam dan bergantung dengan IV drips untuk hidup. 

Of course YG Entertainment paksa B.I keluar dari iKON untuk elakkan imej makin buruk walhal Kakao Talk dengan drug dealer tak tunjuk yang dia beli pun dan B.I disahkan negatif. Top Big Bang boleh je stay dalam group tapi kenapa B.I kena keluar? Ada rumour management YG yang nak buang B.I tapi tak tahu macam mana so this is one of their plans. Disebabkan keputusan YG, ramai fans yang tinggalkan iKON. 

Pakai alasan taknak imej iKON tercalar tapi iKON tak pergi mana-mana variety show pun lepas B.I keluar. Lama kena peram sampai lah 2021 keluarkan digital single Why Why Why then join Kingdom. Tak ada masalah pun kalau biar B.I stay dengan iKON sebab 2022 dah habis kontrak dah pun. 

‘Scandal’ ni bagi kesan pada imej B.I juga sebab dia memang dah kena label sebagai leader yang suka buli padahal dia tegas je. Persepsi ni makin kuat even pada casual fans dan non-fans sebab lagu iKON yang hits kebanyakannya B.I yang dapat banyak part sampaikan Chanwoo dengan Yunhyeong nyanyi berapa baris je. Sebenarnya B.I dah letak part sama rata dah dalam setiap lagu tapi bila pergi jumpa YG, parts tu akan berubah ikut kehendak YG. Benda ni sejak WIN lagi. 

9. Kingdom 

Macam mana Mnet sengaja buli iKON I dah membebel panjang dekat dalam semua entry Kingdom : Legendary Wars. Dari Mnet dah kena buli, dari pihak YG Entertainment sendiri pun menyakitkan hati juga bila iKONIC dapat tahu iKON tak dapat First Look Photoshoot untuk Kingdom sebab clash dengan photoshoot lain. I bet it is for Why Why Why padahal tak lama pun nak ambik gambar. Sepatutnya semua idol group yang join Kingdom dapat photoshoot print service dekat Jepun tapi nama iKON je tak ada. 

Walaupun iKON trending setiap minggu di socmed dan kembali dapat perhatian, YG peram iKON sedangkan idol group lain mula gunakan perhatian dari Kingdom untuk release new single ataupun album. Yunhyeong bagitahu dalam Yuri’s Winning Recipe yang iKON tak ada apa-apa aktiviti langsung selepas Kingdom. Bobby bagitahu dalam vlive yang dia bosan sangat lepas Kingdom. Either diorang cycling ataupun main bola sepak waktu petang. 

10.  Comeback 

iKON drop hints yang comeback album akan keluar dalam masa terdekat pada bulan Jun tapi YG Entertainment release jadual untuk semua artis pada baki 2021 dan nama iKON tak tersenarai. DK bagitahu dalam radio show yang mereka dah ready dengan comeback album. Mustahil YG bagitahu pada media yang iKON belum ready sedangkan dah banyak lagu yang DK composed untuk album baru. 

Kelemahan YG yang paling ketara bila tak mampu nak manage idol groups dalam satu masa. Satu group aktif, satu lagi akan diperam lama padahal benda boleh jalan serentak. Peram dia bukan sebulan dua tapi setahun dua. Cukup lama sampai fans boleh menyampah dan fokus dekat idol groups dari company lain. 

iKON cuma ada setahun lagi sebelum YG beri kata dua sama ada untuk renew contract ataupun berhenti. For now harapan iKONICs cuma satu, iKON akan join 131 Label dan B.I beli balik semua lagu yang dia produce dari YG Entertainment. Tahun 2019 saham YG Entertainment dah jatuh ditambah pula dengan pandemik yang semakin teruk, tak nampak sebarang progress dari segi ekonomi. 

Entry ni bukan untuk glorify iKON tapi nak perbetulkan tanggapan yang iKON adalah group kesayangan YG Entertainment. Apa yang jadi dekat iKON mungkin jadi dekat idol group lain dari company lain juga. Kalau tak silap Ahgasae juga sakit hati dengan cara JYP Entertainment manage GOT7. 

F&N Sparkling Honey Lemon

Dulu ternampak blogger Kak Sha update entry pasal minuman berkarbonat F&N Sparkling Honey Lemon ni. Disebabkan lama dah tak minum honey lemon, saja nak try jugak sebab Kak Sha kata rasa dia just nice dekat tekak dan tak banyak gas sangat. 


Harga untuk kuantiti 350ml ni dijual di 7Eleven around RM3 kalau tak silap. Harga jual dekat Shopee memang murah lah dalam RM2.50 macam tu. Mungkin boleh dapat lebih murah tapi setakat nak minum sebotol, takkan nak beli dekat Shopee kan? Lagipun tu harga exclude postage. Cukup lah beli dekat 7Eleven je. Dekat bawah office je pun haha

Not bad lah rasa dia sebab madu dengan lemon tu compliment each other jadi kombinasi menarik sama macam bancuhan biasa dekat kedai tu. Beza dia rasa bergas dan sedap nak minum masa sejuk. Nak pulak minum time musim panas macam sekarang memang sedap je dekat tekak. Sesuai lah dengan tagline dia, keenakan teristimewa. Wrapping dekat botol pun comel dengan warna ceria. 

Movie Review | Collar Bomb (2021)

 

Director : Dnyanesh Zoting

Writer : Nikhil Nair, Nisarg Mehta (dialogue)

Cast : Jimmy Sheirgill, Asha Negi, Sparsh Srivastav, Rajshri Deshpande, Ajay Purkar, Vidushi Mehra, Naman Jain, Trishya Akshit Sharma

Production Company : Yodlee Films, 3 Earth Entertainment

Distributor : Disney+ Hotstar

Genre : Crime / Thriller

Running Time : 96 minutes

Release Date : 9 July 2021

Trailer :


Berlatarkan pekan kecil di Sanawar, Himanchal Pradesh, di mana Station Head Officer Manoj Hesi (Jimmy Sheirgill) diangkat sebagai hero. Tak semua berpuas hati dengan gelaran supercop yang diberikan terutamanya keluarga mangsa, Neha (Trishya Akshit Sharma) yang meninggal selepas 4 hari hilang dalam hutan. Malah rakan sekerjanya juga beri headline sensasi kepada wartawan tentang sisi buruk Manoj. 

Penulis tak jelaskan kenapa keluarga Neha menyampah sedangkan pihak polis buntu semasa menyiasat kes tersebut. Nak kata pihak polis tak buat kerja pun tak jugak sebab mereka semua buat operasi mencari tanpa henti selama 4 hari. Kawan Neha yang bersama dengan dia pun bagitahu mereka diganggu oleh lelaki yang cuba mencabul. 

Penceritaan Collar Bomb bersilih ganti waktu sekarang bila seorang terrorist masuk dbersama bom buatan dan flashback di mana kes Neha terjadi kerana dua kes jenayah ni mempunyai pertalian yang kuat. Tak ada masalah langsung dengan permainan menggunakan latar masa ni sebab diolah dengan baik untuk menghidupkan elemen saspen juga misteri. 

Menjadi persoalan ialah bila kita dapat tahu siapa dalang di sebalik serangan tersebut. Dari seorang yang lemah tiba-tiba bertukar menjadi antagonis yang sukar dikalahkan. Macam mana pengganas yang bernama Ali (Sparsh Srivastav) boleh termakan dengan kata-kata mastermind tu pun tak dijelaskan. Mungkin juga sekadar kebetulan di mana mereka berdua berkongsi tujuan yang sama. 

Cara Manoj Hesi selesaikan tugas sebelum anak dia dibebaskan pun agak kelakar. Macam scene dia perlu bunuh Mr. Fernandes tu bila dia menggelabah teruk untuk kelar tangan. Boleh je kalau dia berpakat dengan mangsa supaya berpura-pura mati. Kelar tangan secara puratanya ambil masa 7 minit untuk diselamatkan. Tengok scene ni pun dah tahu gelaran supercop tu merepek. 

Sama juga lah dengan scene Manoj dipaksa untuk pakaikan collar bomb pada junior dia, ASI Sumitra Joshi (Asha Negi) sedangkan dia boleh je pakaikan dekat mastermind tu kemudian rampas pistol. Suspek tu bukannya bekas tentera ataupun special force pun yang dia beria takut sangat. Pengarah tunjuk watak Manoj ni teliti tapi dekat second half jadi merepek dan lemau. Nak kata panik pun tak juga sebab anak dia dah selamat dalam jagaan polis lepas task kedua.  

Geleng kepala tengok watak Sumitra beria terjun dari atas padahal boleh je keluar ikut pintu depan ataupun bagi isyarat dia perlu keluar dari dewan tersebut. Kenapa unit IRF tak selamatkan pelajar dekat dalam dewan pun jadi persoalan juga. 

Lakonan Jimmy Shergill dengan Asha Negi cemerlang dengan watak masing-masing tapi sayangnya penulisan skrip dan olahan cerita yang membuatkan movie ni gagal untuk menjadi naskhah yang bagus. Dah tertarik dengan konsep sesuatu yang ditakdirkan mati pada tempat dan masa tersebut pada dialog Manoj Hesi tapi malangnya alur cerita lemah dengan kelompongan yang ketara. Mesej sosial yang diketengahkan pun bagus tapi filem Ratsasan (2018) jauh lebih bagus olahannya. 

Tak hairanlah kalau ada yang mengkritik filem Collar Bomb terbitan Yodlee Films dan 3 Earth Entertainment sebagai alat untuk menambahkan ketakutan terhadap kaum minoriti yang beragama Islam sedangkan boleh saja kalau pengganas tersebut adalah watak lain. Bila Sumitra dapat tahu latar belakang Ali pun dia tak gali lebih dalam dan plot tersebut dibiarkan begitu sahaja. Penggunaan CGI untuk beberapa scene pun nampak lemah lantas mencacatkan lagi filem yang sudah sedia lompong. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0 = 4/10

Telemovie Review | 7 Netizen (2019)

Pengarah : Jamal Khan 

Penulis Skrip :  Siti Jasmina Ibrahim

Pelakon : Nafiz Muaz, Mimi Lana, Yusuf Bahrin, Kak Girl, Azri Sabri, Aepul Roza, Bunga, Mat Over, Nelissa Nizam

Syarikat Produksi :  Cinema Stage Production Sdn Bhd.

Pengedar : Astro Citra (saluran 131), Astro Citra HD (saluran 126)

Genre :  Thriller / Misteri

Durasi Tayangan :  minit

Tarikh Tayangan : 9 November 2019

Trailer :


Kisah bermula dengan kematian seorang selebriti terkenal, Khai Adli bila ditemui dalam keadaan tergantung dalam bilik tidurnya. Adiknya, Alif (Nafiz Muaz) yang baru sahaja pulang dari oversea terkesan dengan pemergian abangnya dan berikan sepenuh kerjasama pada pihak polis. Alif minta ASP Hafiz (Yusuf Bahrin) siasat group 7 Netizen sebab mereka adalah suspek pembunuh dengan kata-kata fitnah, kutukan dan cacian di semua post Khai. 

Tak pasti kenapa pihak polis agak lambat siasat siapa pemilik akaun yang menghukum dan memfitnah Khai sebagai pedofilia sedangkan unit siber boleh trace IP Address dengan mudah. Ingat kes Misha Omar kena tuduh queer oleh pemilik account Twitter tahun 2019? Hari ni kena report, esok dah kena panggil dekat balai sedangkan Twitterjaya tak kenal langsung siapa pemilik account tu. 

Menjadi persoalan utama jugak lah kenapa watak ASP Hafiz lambat bergerak dari awal sampai lah ke hujung cerita. Sengaja dilemahkan supaya elemen thriller tu nampak gah? Dari pembunuhan pertama pun dah tahu siapa yang bunuh Nabil (Aepul Roza) sebab motif tu kuat sangat. Dah dapat lead pun pihak polis terkial nak buat kerja lagi. Kecewanya kalau ada pada situasi Nadia (Mimi Lana). No wonder lah dia tak minta perlindungan dari abang dia walaupun duduk serumah. 

First time tengok lakonan Aepul Roza dan tak sangka dia mampu deliver watak dia dengan bagus. Tak nampak canggung langsung sama ada dalam solo screen ataupun bersama dengan pelakon lain. Mungkin 7 Netizen ni sesuai dijadikan drama supaya penceritaan tu dikembangkan dengan lebih mendalam lagi. Ataupun buang sub-plot tak penting macam percintaan Nadia dengan Alif. Dialog Alif agak cringe sebab baru beberapa kali jumpa dah sanggup gadaikan nyawa demi cinta. 

Kalau tengok pada level menyampah group 7 Netizen dengan Khai Adli dalam cerita ni macam susah nak percaya bila mereka semua tak kenal Alif. Latar masa dalam telemovie 7 Netizen agak mengelirukan sebab Alif pergi oversea untuk sambung degree. Fizikal dia sebelum pergi dengan 3 tahun kemudiannya tak jauh beza pun sampaikan Emy (Nelissa Nizam) tak cam langsung siapa dia. Masa Alif bagitahu Nadia  Jalan TAR dah banyak berubah tu agak merepek lah sebab dari dulu sampai sekarang area tu lah yang maintain dekat Kuala Lumpur. Kalau Pasar Seni mungkin ye sebab April 2019, DBKL dah touch up untuk tarik anak muda, tourist dan warga kota sendiri ke kawasan tu. 

Screenplay dalam telemovie 7 Netizen ni agak lemah baik dari genre drama atau thriller. Mungkin lebih intense kalau ada scene Khai Adli kena buang dari projek filem atau drama yang dia tengah berlakon, produk dia diboikot ataupun dia dipandang serong oleh jiran sebab fitnah pedofilia. Tak perlu banyak, cukup satu atau dua scene supaya nampak impak group 7 Netizen ni macam mana. 

Walaupun banyak kelemahan pada jalan cerita tapi menarik lah bila team production paparkan naskhah yang berkisarkan netizen dan alam maya. Jadi platform untuk sebarkan mesej sosial tentang bahayanya komen yang berunsur fitnah ataupun cyber bully. Tak semestinya buat akaun palsu akan terselamat dari bahaya di dunia nyata. 

Bagi pengajaran juga kepada selebriti dan founder ni supaya tak perlu nak menunjuk kekayaan yang bersifat sementara. Orang lain pun berusaha tapi rezeki tu diaturkan oleh Allah dengan cara lain, datang dalam sifat yang bukan berupa wang tunai dan kekayaan. Khai Adli tu terkenal tapi hidup dalam kemurungan dan perlu bergantung dengan ubat doktor. Hilang nikmat sihat. Pehhh tazkirah pulak dekat sini. Geram dengan founder yang ‘bagi motivasi’ dekat gelandangan tu tak habis lagi. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 4.6/10

Movie Review | Aruna & Lidahnya

 

Pengarah :  Edwin

Penulis Skrip : Titien Wattimena

Pelakon : Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Hannah Al Rashid, Oka Antara, Ayu Azhari

Syarikat Produksi :  Palari Films, CJ Entertainment, Phoenix Films, GoStudio, Ideosource Entertainment

Pengedar : Netflix

Genre : Drama 

Durasi Tayangan : 106 minit

Tarikh Tayangan : 27 September 2018

Trailer :


Diadaptasikan dari novel The Birdwoman's Palate karya penulisan Laksmi Pamuntjak, filem Aruna & Lidahnya mengisahkan tentang perjalanan Aruna Rai (Dian Sastrowardoyo) mencari nasi goreng kesukaan di Pontianak. Lidah dia ada masalah bila kesan rasa yang berbeza setiap kali makan. Bila dia makan limau terasa masin bukannya masam. 

Kawan baik dia, Bono (Nicholas Saputra) cadangkan supaya mereka berdua pergi bercuti untuk pulihkan kembali deria rasa Aruna. Boleh jadi sebab dia stress dengan kerja dan Farish (Oka Antara). Kebetulan boss dia, Pak Burhan (Deddy Mahendra Desta) arahkan supaya Aruna pergi menyiasat kes demam burung di beberapa negeri dalam Indonesia. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, misi Aruna dan Bono mencari makanan yang sedap di beberapa tempat tersebut akan tercapai. 

Bono ajak Nadezhda (Hannah Al Rashid) join sekali sebab pengkritik makanan tersebut perlu terbitkan buku kedua dia bila peminat selalu bertanya soalan yang sama. Setibanya mereka di Surabaya, Aruna tak sangka Farish ditugaskan oleh Mbak Priya (Ayu Azhari) untuk bekerja bersama. 2 tahun lepas mereka berdua rapat sangat tapi hubungan tu berubah kepada canggung bila Aruna dapat tahu Farish dah ada pacar. 

Kata Nad, tengok dari gaya Farish selalu on call berjauhan dari mereka dan tak pernah bercerita tentang personal life dia, boleh agak yang Farish bercinta dengan isteri orang. Nad tak pernah salah menilai perangai lelaki ataupun makanan. 

‘Makanan bersifat universal. Ia pengalaman dan rujukan yang tak boleh dipertikaikan’ -  Nadezhda 

Dah lama tak tengok filem lakonan Nicholas Saputra kemudiannya digandingkan bersama Dian Sastrowodoyo yang satu masa dahulunya pernah mencipta penangan romantis bersama dalam Ada Apa Dengan Cinta. Kali ni berlakon tapi cuma sekadar rakan baik tapi chemistry tetap kuat berbanding perasaan naksir berbanding watak lain. 

Tak sangka langsung perjalanan cerita dia akan berubah sebab tak tengok trailer pun sebelum tengok full movie. Scroll dekat Netflix lepastu rasa macam nak layan Aruna & Lidahnya. Ingatkan pengarah Edwin akan tertumpu sepenuhnya kepada misi food hunting semata rupanya ada diselitkan korupsi dan filosofi kehidupan. Perbahasan Nad dengan Farish tentang makanan tu best. Bagi Farish makanan adalah sumber untuk dia terus bergerak dalam kehidupan tapi bagi Aruna, Bono dan Nad pula makanan adalah satu rasa bahagia di dunia. 

‘Hidup itu umpama makanan. Dalam satu pinggan, ada rasa yang paling pahit atau yang paling masin. Tapi itu akan terjadi kalau makan secara berasingan. Tapi jika makan semuanya sekaligus, kemudian barulah akan dapat merasa kenikmatannya.’ – Bono

Sinematografi Amalia T. S menjadikan setiap syot tampak menarik baik dari makanan, wardrobe atau suasana sekitar. Grading tone pun cantik dengan warna yang menghidupkan konsep aesthetic. Makanan yang mereka cari ni bukan makanan fancy pun tapi makanan laris penduduk setempat. Banyak scene diorang makan dekat warung je macam rojak soto, nasi goreng ataupun Pengkang. 

Punyalah terliur tengok diorang makan sampai order soto dekat Foodpanda. Sekarang ni rasa nak makan Pengkang hmm mana nak cari? Ni yang menyampah kalau tengok movie bertemakan makanan. Patutlah Menteri Kewangan, Sri Mulyani dan Ketua Agensi Kreatif Ekonomi, Triawan Munaf puji movie ni bila menggunakan makanan Indonesia sebagai tarikan dan perkenalkan di mata dunia. 

Elemen drama dimasukkan secara santai dengan kreatif bila Aruna bertemu dengan pelbagai jenis perangai pesakit. Yang menolak perubatan dan sains kerana jumud pada agama, yang kehilangan orang tersayang ataupun yang lari dari masalah hidup bila suami curang dan banyak lagi lah drama kehidupan diselitkan. Sama juga dengan watak Aruna yang renggang dengan ibu dia dan sedar kesilapan di hujung cerita. Overall I have fun watching this movie. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Fly by Night

Friday, 30 July 2021

Director : Zahir Omar

Writer : Dain Said, Ivan Yeo, Zahir Omar, Frederick Bailey

Cast : Sunny Pang, Eric Chen, Fabian Loo, Jack Tan, Frederick Lee, Bront Palarae, Joyce Harn, Iedil Putra, Shaun Chen, Ruby Yap

Production Company : Planet Films

Distributor : Netflix

Genre : Crime / Thriller

Running Time : 100 minutes

Release Date : 7 October 2018 (Busan International Film Festival), 11 April 2019 (Malaysia)

Trailer :


Filem debut pengarah Zahir Omar yang mendapat tayangan perdana di Busan IFF, Jogja, Macau dan beberapa lagi negara lain pada tahun 2018 ni mengangkat kisah rompakan oleh geng teksi yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Fun fact, Zahir Omar adalah pembantu kepada pengarah Yasmin Ahmad jadi tak hairan lah kalau filem yang dihasilkan ada seni karya tersendiri dan juga berkualiti. 

Kisah bermula dengan rompakan yang dilakukan ke atas Datuk Khairi (Iedil Putra) yang baru sahaja mendarat di lapangan terbang Sultan Azlan Shah dan menuju ke rumahnya di Bukit Jelutong dengan menaiki teksi yang dimiliki oleh Sai Lo (Fabian Loo). Modus operandi mereka adalah cari mangsa kaya dengan rumah landed kemudiannya peras ugut sehingga mangsa setuju untuk bagi sekian jumlah wang.

Datuk Khairi buat laporan polis dan Inspektor Kamal (Bront Palarae) ditugaskan untuk menyiasat kes tersebut. Team dia dapat kenal pasti wajah Sai Lo dari rakaman CCTV tapi dia belum dapat bukti kukuh. Dalam masa yang sama Sai Lo dengan kawan dia, Gwai Lo (Jack Tan) buat plan nak peras ugut perempuan kaya, Reanne (Joyce Harn) yang tinggal di apartment. Gwai Lo takut nak gerak tanpa pengetahuan ketua mereka, Chinaman (Sunny Pang) dan juga pembantunya Ah Soon (Eric Chen) sebab buat secara rahsia satu hal, latar mangsa berubah satu hal juga. 

Yakin akan dapat habuan jumlah besar sebanyak RM300,000, mereka berdua pergi berjudi di tempat Jared (Frederick Lee) tapi bertukar malang bila Gwai Lo tak dapat kawal baran dia. Akibatnya Chinaman terpaksa berhutang dengan mafia sebanyak RM500,000. 

Dari awal pun dah dapat agak yang geng teksi ni akan tumpas di tangan Inspektor Kamal tapi macam mana caranya tu yang curious nak tahu. Perubahan alur cerita bila watak Jared berjumpa dengan Sai Lo di pusat judi haram dia menaikkan lagi momentum neo-noir yang terinspirasi oleh movie Tarantino. Keadaan jadi semakin sulit dek kerana perangai Sai Lo yang tak berfikir panjang dan baran. Kesian dengan Ah Soon dan Gwai Lo lah sebab kena belasah, lari dari polis, kena tembak dan banyak lagi tapi dia senang-senang hancurkan plan. 

Berlatarkan kehidupan masyarakat yang hidup dalam kemiskinan dan memilih jalan salah untuk hidup dipaparkan secara realistik dan berani. Bila mana e-hailing semakin menjadi pilihan awam, pemandu teksi terdesak untuk sara hidup. Keong Low bermain dengan tona warna yang garang untuk menghidupkan mood dalam beberapa babak. Memandangkan pembikinan movie ni menggunakan bajet yang rendah so boleh faham lah kenapa visual ala kadar saja. 

Selain geng teksi dan mafia yang kejam, tak pasti kalau Zahid Omar paparkan kebobrokan dalam badan berkuasa yang menggunakan kabel untuk dapat kerja bila ada watak polis muda yang pakai spek mata sedangkan kelayakan polis ialah mata yang sihat. 

Pace movie ni agak slow dan penceritaan yang agak singkat. Better kalau dikembangkan lagi watak Inspektor Kamal dengan cara dia buat kerja sebab kebanyakan tugas yang diberi semuanya dapat diselesaikan. Sekaligus menaikkan emosi pada babak di hujung cerita. Walaupun sarat dengan hubungan kekeluargaan tapi barisan penulis tak menggunakan elemen tu dalam cerita supaya menaikkan emosi ataupun buat audience rasa connected dengan beberapa watak. 

Mungkin naskhah Fly By Night belum cukup kuat untuk mendapat tempat di Oscar tapi puas hati lah dengan pencapaian movie ni. Thanks to Netflix sebab jadi platform untuk tayang movie berkualiti dari industri tempatan.  

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.2/10

Movie Review | Mimi (2021)

Thursday, 29 July 2021

Director : Laxman Utekar

Writer : Laxman Utekar, Rohan Shankar

Cast : Kriti Sanon, Pankaj Tripathi, Sai Tamhankar, Manoj Pahwa, Supriya Pathak, Evelyn Edwards, Aidan Whytock, Jaya Bhattacharya

Production Company : Maddock Films, Jio Studios

Distributor : Jio Cinema, Netflix

Genre : Drama / Comedy

Running Time : 133 minutes

Release Date : 26 July 2021

Trailer :


Kisah bermula dengan pasangan warganegara Amerika, John (Aiden Whytock) dan Summer (Evelyn Edwards) mencari ibu tumpang di India. Tak dijelaskan kenapa mereka berdua pilih India tapi tengok pada kos dan penindasan yang diketengahkan dalam movie Mimi, boleh nampak kenapa negara kelas ketiga ni menjadi pilihan. 

Malangnya pencarian mereka gagal bila pilihan ibu tumpang kebanyakannya lemah secara fizikal. Terdengar perbualan mereka berdua, Bhanu (Pankaj Tripathi) cuba bantu untuk mencari ibu tumpang dengan upah sebanyak Rs5 lakh. Dalam satu festival, John dan Summer berkenan dengan Mimi (Kriti Sanon) kerana dia cantik, tinggi dan fit. 

Tak perlukan masa yang lama untuk Mimi terima tawaran sebanyak Rs20 lakh tersebut sebab duit tu boleh bantu dia debut di Bollywood. Lepas menipu ibu (Supriya Pathak) dan ayah dia (Manoj Pahwa) bila terpaksa keluar rumah selama 9 bulan, Mimi tinggal di rumah kawan baik dia, Shama (Sai Tamhankar). Semuanya berjalan lancar sehinggalah Dr. Asya (Jaya Bhattacharya) maklumkan yang bayi dalam kandungan Mimi mengalami Down Syndrome. 

Kecewa dengan keputusan test tersebut, mereka berdua lari tinggalkan Mimi dan minta supaya kandungan tersebut digugurkan. Buntu dengan apa yang terjadi, Mimi pulang ke rumah keluarga dan mengaku Bhanu adalah suami dia untuk mengelakkan keluarga menanggung malu. Geleng kepala parents dia sebab Bhanu dah berusia, hampir sebaya dengan usia mereka. Makin bertambah pelik bila bayi yang keluar serupa anak orang Amerika. 

Movie Mimi adalah remake kepada movie Marathi, Mala Aai Vhhaychy! arahan Samruddhi Porey yang diterbitkan pada tahun 2010 dan pernah dinobatkan sebagai filem terbaik di National Award. Mungkin mudah untuk penulis olah semua masalah yang dialami oleh ibu tumpang yang ditipu oleh ejen dan pasangan Amerika dalam naskhah bertemplat komedi berlatarkan tahun 2013. Tak lari jauh dengan movie asal walaupun diterbitkan pada tahun 2021. 

Bukan pertama kali Kriti Sanon berlakon bersama Pankaj Tripathi jadi senang untuk mereka berdua bekerja dan cipta keserasian walaupun watak agak berbeza dalam movie Bareilly Ki Barfi (2017). Pelakon sampingan juga adalah barisan pelakon yang berbakat tetapi senasib dengan Pankaj, mereka juga tak diberikan ruang untuk berkembang. Sepenuhnya tertumpu pada watak utama. 

Berlatarkan kehidupan di Rajashtan, visual movie Mimi dipenuhi dengan pakaian yang berwarna-warni dengan hiasan aksesori yang cantik. Music dari komposer A.R Rahman meriahkan lagi suasana yang dipenuhi dengan gelak ketawa sama ada dalam rumah Mimi sendiri ataupun di festival. 


Banyak juga mesej sosial yang dimasukkan seperti prejudis terhadap jantina, religious bias dan diskriminasi pada warna kulit dalam beberapa scene.  Tapi tak lah dikembangkan secara mendalam pun cuma diletakkan pada dialog yang bersifat santai dan seperti angin lalu. Saja main hembus je. Mungkin sebab movie ni dalam naskhah komedi jadi karakter parents Mimi pun flexible mengikut keputusan anak tunggal mereka. 

Sedangkan keturunan Rathore yang kita sedia maklum adalah keturunan yang menakutkan dan berpegang dengan prinsip mereka. Kenapa watak Bhanu beria nak tolong Mimi pun tak dijelaskan juga sedangkan dia pun perkenalkan Mimi dengan konsep ibu tumpang sebab nak duit je. Dia punya beria tu sampai sanggup gadaikan sumber pendapatan dia untuk Mimi. 

Elemen drama yang pengarah dan penulis Laxman Utekar masukkan pun macam tak cukup kuat untuk berasa sedih bila Summer lari kemudiannya cuba untuk bunuh diri bila dapat tahu bayi tu down syndrome. Habis tu dia ingat Mimi boleh hidup bahagia ke dengan keputusan dia? Ingatkan dia terpaksa lari sebab dia ada kanser so duit tak cukup untuk jaga anak yang sakit. 

Kesimpulannya movie Mimi ni terlampau hard sell untuk ubah persepsi audience yang Kriti Sanon ni ada bakat berlakon selain rupa paras yang cantik. Malangnya lakonan watak utama sahaja tak cukup untuk hasilkan movie yang berkualiti sebab banyak lagi faktor lain yang mempengaruhi. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

Roohi Promotion Fashion Files : Janhvi Kapoor

Wednesday, 28 July 2021

Dah lama nak update Fashion Files movie Roohi tapi asyik tertunda lama sebab fokus label lain dulu. Bersawang label ni sejak PKP. Sebab utama nak update Fashion Files Roohi Promo Events ni bila wardrobe Janhvi Kapoor cantik belaka. Walaupun dia jadi hantu dalam movie tu tapi untuk promo events dia come up dengan chic style. 

1. Electrifying Neon 



Janhvi mulakan promo events untuk filem Roohi dengan neon strappy asymmetrical dress dari pereka Alex Perry. Bukan sahaja extra flare ditambah di bahagian belakang dress untuk menambahkan drama paadaa si pemakai malah potongan berbentuk hati pada bahagian dada dan belahan kecil di bahagian peha. 

Rambut dibiarkan lepas bebas dengan makeup berkonsepkan nude sesuai dengan imej Janhvi yang muda, berseri dan segar. Pointy heels dengan warna pink nude dan glitter agak kontra dengan warna neon. Would be better kalau Janhvi pilih warna yang sama terang untuk compliment dress tersebut. 

2. Silverish Metal

Belum hilang demam neon, Janhvi padankan backless strip top berwarna silver dari Bohoo dengan seluar panjang kembang di bahagian bawah berwarna pink terang dari butik Victoria Secret. Not really a fan for this outfit sebab padanan ni sesuai pada waktu malam but the colour combination looks great on Janhvi. Sesuai dengan skin tone dia. High waist dengan garisan tajam yang timbul beri impak pada si pemakai sekaligus menampakkan bentuk kaki yang panjang. 

Love the makeup yang sarat dengan highlighter dan nude lips, sesuai dengan warna pakaian. Aksesori ringkas dengan beberapa bentuk cincin berwarna silver dan aksesori anting-anting berbentuk bulat dengan tema yang sama. Strap transparent heels dari Asos melengkapkan gaya Janhvi. Wise decision untuk buat ponytail supaya tak tutup bahagian belakan because that's the highlight of the outfit kan?

3. Back To Black 


Tak lengkap kalau tak ada warna hitam dalam wardrobe kan? Janhvi Kapoor pilih strap dress dengan belahan tinggi di bahagian kaki. Dress hitam dengan taburan manik berwarna silver di bahagian dada merupakan sebahagian dari koleksi karya pereka David Koma. 

Janhvi mengenakan gaya rambut lepas bebas dengan makeup smoky eyes dan warna nude di bahagian bibir. Strap heels berwarna silver melengkapkan gaya seksi dan moden. Aksesori beberapa bentuk cincin di jari runcing dari Ayana Silver Jewelleries.

4. Metallic Ivy


Dandanan serba ringkas dengan sari berwarna putih gading yang dipadankan bersama bralette sequin dari koleksi pereka terkenal Manish Malhotra buatkan Janhvi Kapoor tampak segar dan ayu. Waarna yang dipilih menaikkan seri wajah Janhvi dan buatkan dia nampak berseri juga kelihatan muda. Sari ni juga dihiasi dengan hiasan manik yang sama sebagai border. Rambut panjang dibiarkan lepas dengan wave kecil di bahagian hujung. Makeup konsep natural dan anting-anting berjuntai sebagai aksesori menambahkan sisi manis Janhvi. 

5. Cherry Vibes


Hari kelima untuk promo events Roohi, Janhvi memilih outfit dengan vibe yang feminin, retro dan ringkas. Corset hitam dengan floral printed dari koleksi Lavish Alice dipadankan dengan ripped jeans berwarna biru. Makeup yang diberikan sentuhan tebal pada bahagian mata juga menggunakan warna merah ceri di bahagian bibir. Masih lagi mengenakan aksesori cincin dari Raf dan sepasang anting-anting metal dengan abstrak berbentuk gear dari Soni Sapphire. Super in love with this look! 

6. Romantic Pink 


Dress linen berwarna pink dari koleksi Polite Society ni merupakan gabungan korset dan dress. I love the corset but not much for the collar. Sleeve nampak cantik dengan ropol sederhana dan juntaian tali. Strap heels berwarna hijau biru nampak contra dengan warna utama. Boots will look sooo much better. Sama juga dengan hairstyle sebab dah 3 looks berturut dia guna style yang sama. Dalam gambar studio looks ni nampak cantik dengan makeup tebal berona merah jambu tapi bila keluar nampak messy sebab semua warna tenggelam. 

7. Chill Glitz


Dalam gambar ni muka Janhvi nampak persis seperti SriDevi. Mengenakan mini dress dari label ATSU berwarna biru gelap. Janhvi nampak comel dan santai dengan hiasan reben bersaiz besar di bahagian dada. Suka dengan design yang tertumpu pada potongan simetri di bahagian skirt dan hiasan glitter. Padanan yang tepat bila Janhvi memilih heels ungu dari Christian Louboutin.

8. Easy-Breezy Blue 

Maxi dress tanpa lengan berwarna biru ni nampak cantik terletak pada Janhvi bila material chiffon yang digunakan nampak flowy pada hujung dress dengan lipatan halus di bahagian kain. Koleksi  Saaksha & Kinni dipadankan dengan strap wedges berwarna coklat tanah dengan taburan hiasan metal emas. 

Janhvi tampil dengan makeup nude dan aksesori ringkas seperti bracelet metal dan anting-anting sederhana bulat berwarna emas. Prefer kalau Janhvi buat semi ponytail untuk bahagian rambut supaya nampak aksesori anting-anting. Nevertheless she looks radiant in this abstract maxi dress. 

9. Beautiful Basic


Outfit terakhir untuk tayangan perdana filem Roohi, Janhvi tampil serba ringkas dan menawan bila memilih konsep feminin. Padanan t-shirt putih dengan kolar berbentuk V dan semi tuck in dalam ripped jeans berwarna biru pekat. Suka dengan style rambut dengan semi ponytail yang menampakkan dagu runcing Janhvi. Mohit Rai beri sentuhan moden pada outfit ni dengan pointy heels berwarna emas metalik dan aksesori rantai leher yang dipakai secara berlapis. Tatarias dengan sentuhan natural menyerlahkan sisi remaja Janhvi.

Keseluruhannya Janhvi menggunakan beberapa kelebihan fizikal untuk mengekalkan imej feminin dan remaja bila berfesyen. Dia nampak cantik dalam warna-warna asas dan lembut. I wish dia lebih bereksperimen dengan hairstyle macam Sonam Kapoor since Janhvi pun antara actress yang disenaraikan sebagai fashionista Bollywod. 

Shopee | Pasu Seramik Dan Bunga Kering

Tuesday, 27 July 2021

Sebelum ni dah pernah update entry pasal adjustable shelf dengan rose gold document holder ni untuk letak dekat workstation di office. Bila dah susun semua barang dekat situ rasa macam gatal pulak nak letak bunga sebab ada ruang kosong di antara document holder tu. 

Sementara nak jumpa apa yang dicari dekat Shopee tu, I letak lotion dengan toner je dekat situ sebab ruang tu kecil je. Boleh muat barang yang berukuran 10cm ke bawah. Haaa kecil je kan? Masa belek dekat Shopee tu tak lah berharap sangat akan jumpa pasu bunga sekecil tu. Tapi dah namanya Shopee kan, jarang la tak jumpa benda yang dihajatkan. 



Masa tu nak bunga lain tapi semuanya out of stock. Bila cari yang similar dengan vase tu terjumpa lah set pasu seramik dan bunga kering yang macam dalam gambar tu di kedai behomieaccessories. Ketinggian pasu seramik tu 30cm dengan lebar 4cm je. Memang kecik comel sangat lah kejadiannya. Harga pasu seramik dengan bunga kering ni RM22.00 tak termasuk postage. 

Masa letak pasu seramik ni dekat shelf tu rasa kesian pulak dia tak ada kawan so terkedek lah pergi Mr. DIY nak beli scented candle dia macam sebelum ni tapi out of stock. Yang tinggal jenis jar yang plain macam dalam gambar tu. Tapi not bad lah bila letak sekali nampak cantik je kan? 

Lepasni kalau nak buat kerja ataupun stress, bakar je lilin tu supaya bawa ketenangan sikit. Nampak benda cantik macam ni pun dah happy dah. Tinggal satu lagi item nak letak dekat shelf ni - photocard iKON hahaha tapi yang ni kena tunggu sales 8.8 pulak hshshs