Movie Review | Aruna & Lidahnya
Saturday, 31 July 2021
Pengarah : Edwin
Penulis Skrip : Titien Wattimena
Pelakon : Dian Sastrowardoyo, Nicholas Saputra, Hannah Al Rashid, Oka Antara, Ayu Azhari
Syarikat Produksi : Palari Films, CJ Entertainment, Phoenix Films, GoStudio, Ideosource Entertainment
Pengedar : Netflix
Genre : Drama
Durasi Tayangan : 106 minit
Tarikh Tayangan : 27 September 2018
Trailer :
Diadaptasikan dari novel The Birdwoman's Palate karya penulisan Laksmi Pamuntjak, filem Aruna & Lidahnya mengisahkan tentang perjalanan Aruna Rai (Dian Sastrowardoyo) mencari nasi goreng kesukaan di Pontianak. Lidah dia ada masalah bila kesan rasa yang berbeza setiap kali makan. Bila dia makan limau terasa masin bukannya masam.
Kawan baik dia, Bono (Nicholas Saputra) cadangkan supaya mereka berdua pergi bercuti untuk pulihkan kembali deria rasa Aruna. Boleh jadi sebab dia stress dengan kerja dan Farish (Oka Antara). Kebetulan boss dia, Pak Burhan (Deddy Mahendra Desta) arahkan supaya Aruna pergi menyiasat kes demam burung di beberapa negeri dalam Indonesia. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, misi Aruna dan Bono mencari makanan yang sedap di beberapa tempat tersebut akan tercapai.
Bono ajak Nadezhda (Hannah Al Rashid) join sekali sebab pengkritik makanan tersebut perlu terbitkan buku kedua dia bila peminat selalu bertanya soalan yang sama. Setibanya mereka di Surabaya, Aruna tak sangka Farish ditugaskan oleh Mbak Priya (Ayu Azhari) untuk bekerja bersama. 2 tahun lepas mereka berdua rapat sangat tapi hubungan tu berubah kepada canggung bila Aruna dapat tahu Farish dah ada pacar.
Kata Nad, tengok dari gaya Farish selalu on call berjauhan dari mereka dan tak pernah bercerita tentang personal life dia, boleh agak yang Farish bercinta dengan isteri orang. Nad tak pernah salah menilai perangai lelaki ataupun makanan.
‘Makanan bersifat universal. Ia pengalaman dan rujukan yang tak boleh dipertikaikan’ - Nadezhda
Dah lama tak tengok filem lakonan Nicholas Saputra kemudiannya digandingkan bersama Dian Sastrowodoyo yang satu masa dahulunya pernah mencipta penangan romantis bersama dalam Ada Apa Dengan Cinta. Kali ni berlakon tapi cuma sekadar rakan baik tapi chemistry tetap kuat berbanding perasaan naksir berbanding watak lain.
Tak sangka langsung perjalanan cerita dia akan berubah sebab tak tengok trailer pun sebelum tengok full movie. Scroll dekat Netflix lepastu rasa macam nak layan Aruna & Lidahnya. Ingatkan pengarah Edwin akan tertumpu sepenuhnya kepada misi food hunting semata rupanya ada diselitkan korupsi dan filosofi kehidupan. Perbahasan Nad dengan Farish tentang makanan tu best. Bagi Farish makanan adalah sumber untuk dia terus bergerak dalam kehidupan tapi bagi Aruna, Bono dan Nad pula makanan adalah satu rasa bahagia di dunia.
‘Hidup itu umpama makanan. Dalam satu pinggan, ada rasa yang paling pahit atau yang paling masin. Tapi itu akan terjadi kalau makan secara berasingan. Tapi jika makan semuanya sekaligus, kemudian barulah akan dapat merasa kenikmatannya.’ – Bono
Sinematografi Amalia T. S menjadikan setiap syot tampak menarik baik dari makanan, wardrobe atau suasana sekitar. Grading tone pun cantik dengan warna yang menghidupkan konsep aesthetic. Makanan yang mereka cari ni bukan makanan fancy pun tapi makanan laris penduduk setempat. Banyak scene diorang makan dekat warung je macam rojak soto, nasi goreng ataupun Pengkang.
Punyalah terliur tengok diorang makan sampai order soto dekat Foodpanda. Sekarang ni rasa nak makan Pengkang hmm mana nak cari? Ni yang menyampah kalau tengok movie bertemakan makanan. Patutlah Menteri Kewangan, Sri Mulyani dan Ketua Agensi Kreatif Ekonomi, Triawan Munaf puji movie ni bila menggunakan makanan Indonesia sebagai tarikan dan perkenalkan di mata dunia.
Elemen drama dimasukkan secara santai dengan kreatif bila Aruna bertemu dengan pelbagai jenis perangai pesakit. Yang menolak perubatan dan sains kerana jumud pada agama, yang kehilangan orang tersayang ataupun yang lari dari masalah hidup bila suami curang dan banyak lagi lah drama kehidupan diselitkan. Sama juga dengan watak Aruna yang renggang dengan ibu dia dan sedar kesilapan di hujung cerita. Overall I have fun watching this movie.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10