Movie Review | Visaranai (2016)
Monday, 26 July 2021
Director : Vetrimaaran
Writer : Vetrimaaran
Cast : Dinesh, Anandhi, Samuthirakani, Murugadoss, S Rathnasamy, Kishore, Pradheesh Raj
Production Company : Wunderbar Films, Grass Root Film Company
Distributor : Lyca Productions, Netflix
Genre : Crime / Thriller
Running Time : 118 minutes
Release Date : 12 September 2015 (Venice), 5 February 2016 (India)
Trailer :
Filem yang diadaptasi dari kisah benar dan memenangi Amnesty International Italia Award di Venice Film Festival ke-72 ini mengangkat tema kekejaman pihak polis yang berlaku di India. Bermula dari novel Lock Up karya penulisan M. Chandrakumar yang diterbitkan pada tahun 2006 mendapat perhatian kemudiannya diangkat ke layar perak sebagai naskhah crime thriller oleh pengarah Vetrimaaran.
Filem bermula dengan watak Pandi (Dinesh Ravi) mulakan hari dengan rutin kerja seperti biasa di sebuah kedai runcit kecil. Tidak lama kemudian pegawai polis datang dan paksa dia pergi ke balai polis. Kawan-kawan dia, Murugan (Aadukalam Murugadoss), Afzal (Silambarasan Rathnasamy) dan Kumar (Pradheesh Raj) juga mengalami nasib yang sama. Buntu dengan apa yang berlaku, mereka berempat cuba minta bantuan tapi malangnya penduduk di situ berbahasa Telugu. Mereka berempat pula cuma pandai berbahasa Tamil.
Mereka dibelasah kemudiannya dipaksa mengaku mereka adalah pencuri yang terlibat dalam kes pecah masuk rumah pegawai polis di kawasan tersebut. Pandi bertegas yang mereka berempat tak melakukan kesalahan tersebut. Semakin mereka bertegas tidak bersalah, semakin teruk mereka dipukul sehinggakan luka teruk tanpa sebarang rawatan.
Bila tengok filem Visaranai (Interrogation) yang diterbitkan oleh Wunderbar Films dan Grass Root Film Company ni boleh nampak betapa takutnya mereka berempat di balai polis tu. Sudah lah merempat di negeri orang, asing dengan bahasa sekeliling, dibelasah pula tanpa kasihan. Masa tengok ni teringat beberapa kes ‘kematian misteri’ yang berlaku di beberapa balai polis. Mungkinkah mereka mengalami nasib yang sama?
Selain dipaparkan secara realistik, kenyataan yang filem Visaranai ni adalah cerita sebenar apa yang watak Kumar alami sendiri selama 13 hari di lokap pada masa tersebut dah cukup hadirkan pelbagai emosi yang berat dan sarat. Bertambah sedih dan kecewa bila kekejaman polis ni masih lagi berlaku sehingga lah sekarang sedangkan cerita yang dipaparkan ni berlatarkan tahun 2000.
Dari awal movie sampailah ke hujung, tak ada pun scene yang boleh kita predict apa akan jadi pada keempat watak tersebut. Kita sentiasa dengan pertanyaan boleh ke tak mereka ni selamat? Apa akan jadi kalau mereka mengaku dan follow je apa yang polis nak sebab masing-masing dijanjikan hukuman yang ringan dan verbal deal yang lain untuk pujuk mereka mengaku.
Mungkin jalan senang adalah dengan mengaku tapi betul ke hidup dalam penjara akan selamat? Maruah mereka berempat macam mana? Masa depan macam mana? Memang terlampau banyak persoalan yang mengganggu tapi dalam masa yang sama sakit tengok penderaan tanpa henti oleh pihak polis. Lakonan Dinesh dan Murugadoss menambahkan lagi rasa rimas pada kemelut konflik dalam filem ni.
Filem ni tak sesuai ditonton oleh underage sebab penderaan tu terlampau kejam sama ada dibelasah dengan baton, kasut but, pelepah kelapa dan apa sahaja barang yang ada di sekeliling. Nak menangis masa tengok sebab tak ada langsung sifat kemanusiaan. Ada scene bila watak lain meninggal kemudiannya dilangkah, dipijak tanpa empati seolah macam mayat tu tak ada nilai langsung. Walhal scene sebelum tu ada dialog bila pihak polis bagitahu watak tersebut pernah bantu dia dan keluarga. Keji!
Tak mampu nak bayangkan macam mana kalau penindasan dan ketidakadilan ni jadi depan mata kita. Sama ada nak bertindak seperti watak majikan Pandi ataupun bertindak seperti watak pegawai polis wanita. Dari segi penceritaan, dialog, music score, visual dan beberapa faktor lain menjadi kekuatan filem Visaranai sehingga dinobatkan sebagai Best Feature Film in Tamil di National Film Award ke-63.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10