Movie Review | Dil Se..

Sunday, 25 July 2021

 

Director : Mani Ratnam

Writer : Mani Ratnam, Tigmanshu Dhulia

Cast : Shah Rukh Khan, Manisha Koirala, Preity Zinta

Production Company : Madras Talkies, Varma Corporation

Distributor : Eros International, Netflix

Genre : Crime / Drama / Romance

Running Time : 158 minutes

Release Date : 21 August 1998

Trailer :


Movie yang ditayangkan secara perdana di Era New Horizons Film Festival dan Helsinki International Film Festival mengisahkan tentang Amarkant Varma (Shah Rukh Khan) yang bekerja di All India Radio. Sebagai program executive, dia perlu pergi ke Assam, India. Dalam perjalanan dia terjumpa dengan Meghna (Manisha Koirala) kemudiannya jatuh cinta dengan kecantikan wanita tersebut. 

Selepas beberapa kali pertemuan, Amar mula berani confess cinta dia tapi ditolak sebab Meghna dah pun berkahwin. Belum hilang rasa kecewa, Amar dibelasah oleh abang dan sepupu Meghna kemudian dibiarkan di dalam hutan. Lepas kejadian tersebut, Amar balik ke Delhi dan setuju untuk berkahwin dengan  Preeti Nair (Preity Zinta). 

Pada hari pertunangan Amar dan Preeti, secara tiba-tiba Meghna muncul dan minta bantuan Amar untuk dapatkan kerja juga tempat tinggal. Sikit pun Amar tak syak yang Meghna adalah ahli kumpulan pengganas yang akan letupkan Delhi pada Hari Kebangsaan nanti. Lepas CBI datang siasat baru dia faham apa tujuan Meghna datang balik. 

Walaupun rasa dipergunakan, dia tetap pujuk Meghna untuk batalkan rancangan dan lari hidup di tempat baru dengan dia. 

Movie arahan Mani Ratnam yang mengetengahkan unsur terrorism dan berlatarkan kehidupan di Assam dan beberapa kawasan yang dipenuhi kem militan ni dah pun mencecah 23 tahun. Walaupun movie ni lakonan Shah Rukh Khan tapi kurang mendapat sambutan kecuali lagu Chaiyya Chaiyya dengan cameo Malaika Arora Khan. SRK shoot lagu tu tanpa body double ataupun safety harness supaya nampak real. Koreografi hasil karya Farah Khan mengambil masa selama 4 hari untuk disiapkan. Sampai sekarang lagu ni antara lagu ikonik di Bollywood.


Penceritaan Dil Se.. juga agak draggy terutamanya pada second half bila watak Amar ketepikan pendirian dia untuk bantu Meghna. Kiranya dia rasa cinta sejati dia boleh mengubah dan padam trauma Meghna padahal perempuan tu dah hidup dalam ketakutan sejak kecil, dah beberapa kali berdepan dengan penipuan dan kematian. Pace yang perlahan juga melemahkan momentum movie Dil Se.. tambah pula tak dikembangkan dengan baik bila Amar sedar yang dia hidup selesa tanpa kenal sisi buruk Kerajaan India. Mungkin persepsi I pada movie ni macam tu sebab tengok pada zaman sekarang, zaman di mana sakit mental tak mampu dirawat dengan cinta dalam sekelip mata. 

Scene Meghna dengan Amar dekat padang pasir tinggalkan kesan yang mendalam dan Manisha did justice to that. Bila Amar tanya kenapa dia tak boleh bercakap sebab pengalaman ngeri tu sendiri tak mampu diungkapkan dengan kata-kata pun. Untuk lelaki yang hidup selesa seperti Amar, dia takkan faham pun penderitaan Meghna. 

Percintaan Amar dan Meghna dikatakan melalui 7 peringkat cinta – attraction, infactuation, love, reverence, worship, obsession and death. 7 peringkat ni diceritakan di dalam puisi purba Arab. Chemistry SRK dengan Manisha nampak canggung berbanding SRK dengan Preity Zinta. Sepatutnya Kajol yang berlakon watak Meghna tapi jadual shooting Dil Se.. clash dengan movie dia yang lain. 

Kekuatan Dil Se.. bukan pada penceritaan ataupun screenplay sebaliknya pada sinematografi yang memaparkan keindahan di beberapa lokasi. Music album dari music maestro A.R Rahman menambahkan lagi elemen drama dan romantik. Semua wardrobe dalam Dil Se.. adalah hasil karya Manish Malhotra di mana setiap watak diberikan sentuhan fesyen yang menjelaskan lagi karakter masing-masing. 

Dil Se.. adalah final installment dalam trologi yang bertemakan pengganas arahan Mani Ratnam selepas movie Roja dan Bombay. Cuma Dil Se.. sahaja yang menerima nasib buruk di box office, mungkin sebab popularity SRK dan plot twist. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.7/10

Drama Review | Projek: Anchor SPM

 

Pengarah : Razaisyam Rashid, Anwari Ashraf

Penulis Skrip : Anwari Ashraf, Luqman Sheikh Ghazali, Ahmad Al Iqbal, Khor Tai Yieng, Danial Hakim, Amira Nasiruddin, Nadim Hisham

Pelakon : Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Shasha Abedul, Chubb-E, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Fadhli Masoot, Susan Lankester

Syarikat Produksi : Alpha47 Films, Astro Shaw

Penyiaran : HBO, Astro Citra

Genre : Drama / Young Adult

Jumlah Episod : 8 Episod

Tarikh Tayangan : 15 Mac 2021 – 3 Mei 2021

Trailer :


Drama yang dikatakan meniru idea filem popular Thailand, Bad Genius (2017) ni diinspirasikan dari kisah benar yang mengisahkan tentang satu batch tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands yang ingin mendapat markah tinggi dalam SPM. 

Bermula dengan idea Jaja (Shasha Abedul) supaya Aaidaa (Daiyan Trisha) guna bahasa isyarat OKU untuk bagi jawapan masa dalam peperiksaan percubaan SPM. Mengambil peluang yang ada, Aizat (Aedy Ashraf) juga meniru jawapan yang diberi oleh Aaidaa sebab dia pelajar nombor 1 di sekolah berasrama penuh tersebut. 

Jaja dengan Aaidaa setuju untuk meniru dalam peperiksaan akibat perangai ayah mereka berdua yang perfectionist dan tegas. Dato’ Zubir (Tony Eusoff) juga alumni dan penyumbang utama PIBG di STIA jadi imej amat penting. Bagi dia, tak ada makna kalau Aaidaa jadi top student tapi Jaja jauh tertinggal di belakang. Rakan sebilik Aizat, Hilmi (Nadhir Nasar) dan Botol (Chubb-E) terkejut dengan perubahan drastik Aizat sedangkan dia tak pulun belajar pun. 

Kegembiraan Aizat dengan Jaja tak lama pun bila kedudukan peperiksaan sebenar diubah dan Aizat dengan Jaja berada jauh di belakang. Aizat buat plan supaya lebih ramai yang join untuk jadi mirror tapi dari 10 orang, bilangan tersebut bertambah sehinggakan satu batch tahu plan mereka untuk SPM nanti. Menggunakan formasi game ragbi, Aizat namakan projek ni sebagai Projek Anchor SPM. 

Betul apa yang pengarah Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf bagitahu pada media yang Projek Anchor SPM tak sama pun dengan Bad Genius cuma scene dalam dewan peperiksaan tu je sama. Drama ni tetap berpijak pada dunia nyata dan akibat yang perlu ditanggung oleh semua pelajar bila melakukan perbuatan terkutuk. Mesej persahabatan pun kuat dalam drama ni. Betul lah kata Botol tu, SPM je bukannya kiamat pun sampai nak bergaduh, bertegang urat gara-gara peperiksaan ni. 

Selain dari pelakon utama, pelakon sampingan pun bagus lakonannya tambah pula bila watak dewasa dilakonkan oleh barisan pelakon yang bagus. Scene Tuan Awang (Adlin Aman Ramlie) yang menyampah dengan perangai Timbalan Menteri (Hasnul Rahmat) bila suka merendahkan dan pertikaikan kredibiliti dia sebagai pengetua STIA antara highlight scene dalam drama ni. Dua watak ni bermain push and pull sebab ada sejarah masa zaman sekolah dulu.  

Visual yang berlatarkan tahun 2003 diolah dengan tona warna yang menarik dan sesuai dengan cuaca di Cameron Highland. Make-up, wardrobe dan props menghidupkan suasana pada zaman tersebut kecuali scene dalam dewan peperiksaan bila camera fokus dekat meja Aaidaa. Boleh nampak IC dia dalam template baru sebab ada dua imej. 

Kelemahan dalam drama Projek Anchor SPM ni bila ada drama atau konflik yang dibuat-buat macam scene Puan Rokiah (Susan Lankester) pelik bila nampak ada jawapan dekat kertas soalan. Tak pasti lah kertas soalan masa zaman tu kena kumpul lepas habis exam ataupun tak sebab pengawas peperiksaan tak ambil balik Kertas 1. Sebab tu bad mood kalau balik hostel gara-gara check jawapan lepas habis exam. 

Lagipun takkan lah pengawas tak syak bila Aaidaa asyik jatuhkan pembaris besi dia lepas sejam jawab exam untuk semua kertas. Ada 10 subjek dalam SPM lepastu 10 kali jugak lah dewan tu bising. Questionable jugak lah dengan batch ni sebab kalau diorang boleh jawab Kertas 2, maknanya Kertas 1 pun boleh lah sebab memasing dah study.  Kenapa Aaidaa menggelupur sangat tak study untuk SPM walhal gap tak jauh pun dengan percubaan sampai dia sanggup nak ceroboh masuk bilik kebal. 

Scene Aaidaa stress dalam makmal sebab padang bising tu pun mehhh jugak lah sebab dia pun sedia maklum ada pertandingan. Kalau dia belajar dekat dorm atau library lain cerita lah. Masa dia pergi padang ragbi tu pun kelakar lah. Nak cari seat tapi pergi arah depan sedangkan laluan masuk ke tempat duduk ikut belakang. Scene Hilmi meroyan sebab Aaidaa reject dia pun agak draggy sebab dekat episod sebelumnya pun dah nampak relationship Aaidaa dengan Aizat macam mana. 

Nevertheless drama Projek: Anchor SPM yang dikarang dan dikembangkan oleh 7 penulis ni berbaloi ditonton sebab genre ni masih belum banyak lagi dalam industri. Drama yang keluar dari kebiasaan dan tak klise, sesuai dengan selera penonton remaja. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

Movie Review | Aku Tahu Kapan Kamu Mati

Friday, 23 July 2021

Pengarah : Hadrah Daeng Ratu

Penulis Skrip : Aviv Elham

Pelakon : Natasha Wilona, Ria Ricis, Al Ghazali Kohler, Fitria Rasyidi, Ryma Gembala, Sonia Alexa

Syarikat Produksi : Unlimited Production, Maxima Pictures

Pengedar : GSC Movies, MM2 Entertainment, Disney+ Hotstar

Genre : Seram / Komedi

Durasi Tayangan : 94 minit

Tarikh Tayangan : 5 Mac 2020 (Indonesia), 13 Ogos 2020 (Malaysia), 17 September 2020 (Singapura)

Trailer :


Movie genre seram komedi yang diadaptasikan dari novel Wattpad, Aku Tahu Kapan Kamu Mati yang dikarang oleh Arumi E mengisahkan tentang anugerah Siena (Natasha Wilona) yang boleh melihat pertanda orang akan mati. Siena dapat anugerah ni lepas dia hidup kembali selepas disahkan meninggal dunia oleh doktor. Boleh kata kematian yang sekejap tu mengaktifkan pancaindera keenam. 

Belum terbiasa dengan keadaan tu semestinya Siena ketakutan bila sahaja ternampak hantu yang mempunyai pertalian dengan orang sekeliling dia yang bakal mati. Pengalaman ni dikongsikan kepada kawan-kawan karib dia - Flo (Ria Ricis), Neni (Fitria Rasyidi), dan Vina (Ryma Gembala). Awalnya susah untuk mereka percaya tapi lepas dua kali terjadi perkara yang sama, Neni mencari jawapan di Internet. Ternyata perkara tu wujud. 

Dapat anugerah boleh melihat bila orang akan mati tu ada diceritakan dalam Internet tapi macam mana untuk selamatkan orang daripada kematian tu tak ada. Dekat sini lah pengarah cuba tekankan mesej sosial di mana kematian itu takdir setiap manusia. Kalau tak ada movie ni pun semua orang sedia maklum fakta dan hakikat yang satu ni. 90’s generation pun belum lupa lagi dengan kengerian franchise Final Destination sebab kalau kita skip turn kematian tu confirm dia datang balik. Cepat atau lambat je yang menjadi persoalan. 

Tapi sebab I kena tulis review 600 patah perkataan so I tak boleh nak stop dekat sini. Let’s talk about goof shall we? Masa scene Siena datang sebagai hantu dekat hostel tu kawan dia ada cakap nasib baik kawan sekolah belum tahu pasal kematian dia. Tapi esoknya Siena pergi ke sekolah dah kena attack dengan Denisa (Sonia Alexa) pasal mati hidup balik. Bukan sekali tapi dua kali. Lepastu cikgu dia pulak pesan jangan sebarkan hoax pasal hantu menjemput orang di dunia sebab dia baru lepas hidup balik. So the whole school already knew. 

Scene diorang beria lah kumpul semua alat berbahaya supaya tak menjadi punca kematian tu pun pointless sebab orang boleh je mati tergelincir lepastu terhantuk dekat meja. Tak pun jatuh tangga ataupun kena langgar lori. Sedangkan batu masuk dalam mesin pemotong rumput boleh membunuh, apa lah sangat benda lain yang tak disangka. Siena tu pun koma sebab kena panah petir. Pointless and draggy. 

Sepanjang movie ni Siena bukan setakat dikacau oleh hantu yang menjemput orang yang hidup di dunia ni tapi hantu-hantu lain macam Pontianak merah (Mahdika Wijiya) yang muncul out of nowhere sebab nak tambahkan lagi rencah seram tu. Ada juga scene hantu budak yang menempel dekat cikgu tapi watak tu tak mati pun malah dilupakan terus. 

Scene komedi pun sengaja diulang dan try hard supaya nampak kelakar. Sama jugak lah dengan scene Flo keluar ikut pintu lain tapi nak masuk ikut pintu lain padahal terang-terang berkunci. Sengaja sidai semua kain putih pun macam try hard jugak lah. Nasib baik watak Badriah (Asri Welas) tu memang kelakar. 

Elemen drama macam pergaduhan Denise ataupun pergaduhan Flo dengan Siena bila masuk bab Brama (Al Ghazali Kohler) pun tak cukup kuat. Scene Brama tu nampak terlampau rush tapi sayangnya tak menambahkan apa-apa impak pada penceritaan dan mood pun padahal pengarah boleh kembangkan lagi. Mungkin pembikinan movie Aku Tahu Kapan Kamu Mati ni untuk tontonan yang santai. Mungkin….

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0 = 4.9/10

Tahun ni bab kereta memang menguji kesabaran dan menipiskan poket betul sampaikan menangis call my mom lepas kena game dengan Proton. Cerita dia macam ni, I perasan kereta macam tak boleh nak gerak laju bila tekan minyak. Habis laju pun 60km/h je tapi kereta masih lagi boleh bergerak macam biasa. 

Masa tu dah mula cuak sebab tak nak tersadai tepi jalan. Pergi office tu okay tapi bila balik rumah makin lama makin teruk sampaikan 20km/h je lepastu bergegar teruk. Doa dalam hati je boleh sampai balik rumah. Esok pagi terus hantar pergi Proton Service Centre. I tak sempat nak pergi bengkel masa office hour sebab kerja banyakkkkkkk :(

So pagi tu redah je walk-in padahal Sabtu kena buat appointment dulu pastu kena perli dengan staff sebab tak buat 100,000 maintenance service. Fine lah I terima lah benda tu sebab memang dah lama skip service dekat Proton. Masa bukak hood kereta tu nampak la ada sisa makanan so pomen tu kata ni kena gigit dengan tikus ni. 



P : Park kereta dekat mana ni sampai kena gigit dengan tikus?
M : Parkir tu selalng satu je dari tong sampah besar
P : Aduhhhhh patutlah teruk kena gigit. Memang jahanam la kereta. Mintak la tukar tempat lain, yang pergi park dekat situ dah kenapa

Dah kalau masa pindah masuk memang ada situ je JMB dah tetapkan, nak mintak tukar macam mana? Ada la tempat kosong tapi jauh ke padang sana lepastu banyak burung bertenggek dekat pokok. Park dekat situ je confirm dapat lauk kenduri. 

Dia suruh tinggalkan kereta dekat situ sebab nak check yang lain kot ada yang rosak sebab tikus durjana. Petang tu dia call cakap beli kereta baru lah sebab tak boleh nak diselamatkan dah. Memang rosak teruk dah kereta ni. Menangis lah call my mom sebab nak korek duit celah mana pulak beli kereta baru? 

Lepastu dapat whatsapp dari ayah cakap jangan percaya sangat dengan Proton tu sebab diorang nak komisyen jual kereta. Since it's weekend and my dad ada kursus so terpaksa la tunggu sehari dua sementara bantuan sampai. Pepagi lagi my dad dah sampai rumah lepastu bawa ke bengkel and since I have urgent matter dekat office, I drove his car dengan penuh berhati-hati. 

Tak lama pun repair around sejam lebih je sebab pomen tu kata wayar yang rosak tu boleh tukar dengan wayar baru je. Lepastu tukar spark plug sebab semua dah haus so tikus tu bukan masalah besar tapi spark plug hshshs

Lepas jadi macam ni makin menyampah lah dengan Proton Service Centre sebab setiap kali ada masalah diorang tak mampu nak settlekan. The reason I stop pergi Proton sebab diorang rosakkan pintu belakang lepastu cakap diorang service je tapi tak boleh repair. Pastu jadi macam ni pulak hmmm I malas but still lepas PKP nanti nak kena pergi check yang 100,000 punya just in case ada benda nak kena tukar. Tapi tukar kereta is a no no...

Manggis Ratu Perak

 

Minggu lepas boss minta tolong carikan siapa pengirim Manggis Ratu Perak ni sebab dekat parcel tak ada nama so dia tak berani nak makan. Tak ada siapa pulak tu yang call tanya parcel dah sampai ke belum. Korek punya korek turns out parcel ni dari top client. 

Sebab terliur tengok poster dia, boss kecik datang bawak manggis ni sebab dia dapat jugak. Dalam satu parcel ni ada 50 biji buah manggis. At first I dengan Ain plan nak order sendiri manggis ni sebab teringin tapi dah boss kecik dah bawak, kitorang cancel lah niat tu. Benda boleh dapat free, buat apa nak keluar duit sendiri kan? Hshshshs


Manggis dia cantik sebab warna ungu pekat lepastu shiny kemain. Even dah kena pos pun kulit dia tak lebam ke apa. Maintain keras. Bila bukak isi dekat dalam fuhhh melepak. Memang patut lah nama dia ratu bila isi manggis tu masuk dalam mulut. Rasa dia manis. Hari tu tak tahu lah berapa kali ulang-alik pergi pantry makan buah manggis ni. Sedaapppp! 


Sebab happy makan buah manggis ni so I share dekat sini mana lah tahu ada yang nak jugak kan lagipun owner Manggis Ratu ni pun suruh share dekat social media. Masa makan ni terfikir jugak nak kutip kulit manggis bawak balik rumah ke tak sebab dulu masa kecik-kecik mak cik selalu buat lulur badan guna kulit manggis. Tapi tu lah, yang rajin tu makcik I bukannya I so kulit manggis tu buang je lah hahaha dasar pemalas 

Tampalan Sementara Di Omni Dental, Kota Damansara

Thursday, 22 July 2021

 

Sebelum ni dah pernah buat rawatan akar dekat Klinik Bangsar tapi lepas setahun lebih tunggu panggilan dan gigi yang bertampal tu mula berlubang, terpaksa lah pergi klinik swasta sebab klinik kerajaan tak buat rawatan akar. 

Tahu pasal Omni Dental ni pun sebab Ms Fisah pernah buat surgery buang gigi geraham dia tahun lepas. Dia kata service bagus lepastu murah daripada klinik sekitar Ara Damansara, Subang Bestari, Subang Perdana dan Kota Damansara. At first macam nak tunggu jugak Klinik Bangsar sebab dah dekat sana dah ada rekod x-ray semua tapi tak tahan lah nak menanggung sakit gigi tu. Badan dan start dedor, kepala dah sakit, gusi pun dah bengkak. 

At first nak buat terus rawatan akar tapi dia kata harga around RM1200 untuk gigi geraham. Ingatkan kena bayar terus sedebuk masa set appointment rupanya boleh bayar per session. Menyesal pulak minta buat x-ray dengan tampalan sementara. Tu lah padahnya kalau tak tanya sampai habis haha

Untuk first time visit ni I buat tampalan sementara dulu untuk hilangkan bengkak dan tutup balik lubang gara-gara tampalan terhakis. The reason I nak buat x-ray bila sebelum ni I pergi scalling dekat dental depan rumah, I minta untuk buat tampalan sekali tapi dia kata kena x-ray dulu. I tak buat x-ray dekat dia sebab dia tak ada equipment untuk x-ray so kena pergi Sungai Buloh. Tak boleh lah nak pergi pun sebab PKPD dah esok tu. 


Masa consultation session tu doktor check gigi yang berlubang tu lepastu bagitahu yang I tak perlu buat x-ray pun. Gigi tu memang patut buat rawatan akar cepat sebab takut makin teruk tambah pulak PKP ni macam semakin berlanjutan so dia tak rasa Klinik Bangsar tu akan buka. I bagitau apa yang dentist dekat sana pernah buat sepanjang dua session rawatan akar. 

D : Doktor tu ada letak rubber sheet tak dekat gigi? 
M : Takde pun. Dia just letak ubat untuk matikan kuman lepastu tampal. Dua session buat rawatan yang sama
D : Dia ada cucuk jarum tak?
M : Seingat saya, takde langsung

Tak tahu lah doktor dekat Klinik Bangsar tu buat apa tapi letak rubber sheet memang tak ada since I'm the one yang kena alert dan sedut sendiri saliva dekat dalam mulut. Sesuatu yang sukar sebab bukannya nampak pun air liur bertakung dekat mana. Main gerak ikut instinct je. Nasib baik tak tersedak. Best buat dekat klinik swasta ni bila nurse yang buatkan. 


Betul lah cakap Ms Fisah tu, service dekat sini memang bagus sebab doktor tu buat lembut je even kena inject dengan syringe besar gila pun tak sakit langsung. Masa dia cucuk dengan jarum pun tak sakit, dia tampal pun tak sakit. Tak payah nak beria bukak mulut macam badak. Doktor suruh gigit gummy supaya tak lenguh buka mulut. Masa buat rawatan dekat Klinik Bangsar tu rahang dah nak tercabut rasanya sebab doktor tu ganas sangat. Lepas buat treatment mesti rahang berbunyi ataupun sakit. Seksa bila makan, bercakap ataupun menguap. Takut betul kalau gelak lepastu tak boleh tutup mulut. 

Kalau buat dental treatment memang tak selesa bila mata silau dengan lampu yang doktor guna untuk bantu dia check gigi. Tapi dekat Omni Dental ni dia bagi pakai visor warna merah supaya tak silau. Selesa lah yang penting. Berbaloi lah kalau mahal pun sebab service dia tip top. 

Lepas dah siap tampalan tu mulut rasa kebas gila sampai rasa macam kena strok sebelah muka. Susah nak jawab soalan doktor bila dia tanya tampalan tu tinggi ataupun tak sebab tak boleh nak rasa. Lagipun gusi tengah bengkak so kemungkinan rasa tinggi sebab yang tu. So doktor tu suruh I kunyah nak tengok selesa ke tak dengan tampalan tu. Happy betul dapat buat treatment dengan Dr. Elisya. 



Since I happy dengan service Omni Dental ni, lepas habis PKP nanti memang buat rawatan akar dekat sini je lah. A bit pricey tapi berbaloi. Nak datang dekat sini pun mudah je sebab jalan menghala balik ke rumah kalau gerak dari office. Lepas buat tampalan sementara tu gusi masih bengkak lagi even tekak kering sebab ubat yang doktor guna untuk keringkan air liur sebelum buat tampalan. Lepas 2 minggu makan makanan lembut dan kurangkan gigit guna gigi yang bertampal, Alhamdulillah dah okay dan selesa dah. 

Cheese Cake Tornado CTZ'S Cuisine

Selalunya nampak je Cheesecake Tornado ni berkeliaran dekat wall Facebook. Kali ni nampak sendiri depan mata. Tempting betul bila tengok sebab cheese dia bersepah sana sini. 
 

'Saat TEKAK 'gatal' nak rasa yang MEWAH dan SEDAP. Team Kak Z akan bantu sampai KEK/DESSERT dan bantu 'UBATI' customer2 Kak Z.' - CTZ's Cuisine

Betul la macam owner kek ni cakap sebab bila tekak gatal nak makan kek cheese mewah tapi poket ala kadar je, memang cheese cake tornado ni lah ubat untuk kegatalan tu. Bahan yang Kak Z ni guna semuanya bahan premium so bila makan terasa la creamy cheese dan kek yang lembut gebu. Cheese cake ni sesuai sangat makan masa sejuk. Bila masuk dlaam mulut tu terasa dia mencair. Fuhhh!


Boleh nampak sendiri kan betapa meriahnya grated cheese yang CTZ's cuisine ni tabur dekat cheese cake dia? Berbaloi betul bila tengok ni sebab puas hati dengan visual dia. Kalau buat hadiah pun ngam sebab cantik lepastu sedap. Semerbak bau cheese bila bukak penutup dia. 


Ni close-up cheese cake dia. Boleh nampak kan betapa tebal lapisan cheese dan cream dekat bahagian dalam. Cheesecake ni bahaya kalau makan masa tengah tengok movie ataupun tengah buat kerja sebab tahu-tahu je dah habis. Tangan kanan buat kerja, tangan kiri dok supa masuk mulut. Bila ralit atau fokus bukannya perasan sangat dok mengunyah tu. 

Sekarang ni CTZ's Cuisine tengah fokus dengan 4 produk je - Original Tornado, Red Velvet Tornado, Cheese Cake Tornado dengan Creamy Lychee. Masa beli ni guna packaging lama sebab sekarang CTZ's Cuisine dah guna packaging baru dengan harga baru. Lagi comel packaging yang baru dan lebih secure sebab nampak tebal. Tak mudah terpenyek masa deliver dekat customer. 

Kalau follow Facebook CTZ's Cuisine ni Kak Z selalu jugak buat FB live untuk share rutin dia memasak sama ada bake cake ataupun masak spaghetti. Syok jugak lah layan kalau jenis amatur ni memang senang sangat nak belajar. Tengok pada harga, rasa dengan service CTZ's Cuisine, lepasni repeat lagi lah cerita dia tak pun order je kalau ada majlis dekat office. 

Movie Review | Deep (2021)

Wednesday, 21 July 2021

Director : Sita Likitvanichkul, Jetarin Ratanaserikiat, Apirak Samudkidpisan

Writer : Sita Likitvanichkul, Jetarin Ratanaserikiat, Krit Jeerapattananuwong

Cast : Panisara Rikulsurakan, Kay Lertsittichai, Supanaree Sutavijitvong, Warisara Jitpreedasakul

Production Company : Transformation Films

Distributor : Netflix

Genre : Drama / Mystery / Sci-Fi / Thriller

Running Time : 101 minutes

Release Date : 16 July 2021

Trailer :


Movie fiksyen yang mengangkat tema psikologi mengisahkan tentang Jane (Panisara Rikulsurakan) yang terdesak mencari duit untuk bayar sewa rumah kedai. Buntu dengan masalah kewangan, dia join program Deep di mana dia menjadi sukarelawan untuk ujikaji mengaktifkan sel kimia “Qratonin” yang terdapat pada bahagian otak. Syaratnya mudah, cuma perlu berjaga selama 3 hari tapi kalau tertidur lebih dari 60 saat, dia akan mati. Ganjarannya, 100,000 baht. 

‘Berjaga lebih dari 3 malam akan menjejaskan keupayaan mental. Ia dipanggil penyimpangan emosi di mana menyebabkan seseorang amat keliru dan mula meracau kemudiannya hilang akal.’

Projek Deep adalah projek rahsia dan tak semua pelajar didedahkan tentang program tersebut melainkan yang datang ke sesi interview bersama Profesor Nichcha (Dujdao Vadhanapakorn). Dekat kantin Jane disapa oleh (Win (Kay Lertsittichai) yang aktif dalam sukan dan enjoy life di kelab malam. Tak ada masalah untuk dia berjaga selama 3 malam berturut dan aktifkan Qratonin sebab tu dia join Deep untuk kumpul duit beli motorsikal idaman. 

Win bagitahu Jane yang influencer Cin (Supanaree Sutavijitvong) dan gamer Peach (Krit Jeerapattananuwong) pun sukarelawan Deep. Dari situ mereka berempat mula berkawan. Masing-masing puas hati dengan ganjaran yang diorang dapat dan setuju untuk teruskan Level 2 dengan jumlah ganjaran 500,000 baht. Makin naik level mestilah makin mencabar jadi kewarasan mereka berempat diuji di peringkat ni bila emosi mula terganggu dan penat. 

Penceritaan pada first half agak menarik dengan keterujaan peserta Deep tapi program yang dijalankan macam tak konsisten sebab Level 1 berterusan ke Level 2 tapi Level 3 bermula selepas peserta tidur beberapa hari. 

Karakter Professor Nichcha pun mengelirukan juga bila Jane boleh termakan dengan kata-kata dia untuk join program Deep sedangkan boleh je professor tu tolong Jane dengan bayarkan sewa rumah dia kalau betul dia sayangkan pelajar dia. Sama la juga dengan June (Warisara Jitpreedasakul) yang meradang nak tolong Jane dengan join program Deep walhal dia boleh je tolong dengan cara lain. Tolong Jane meniaga misalnya daripada melepak dengan kawan-kawan sampai lewat malam. 

Elemen drama yang dimasukkan cuma untuk mengembalikan 4 watak utama kepada program Deep tanpa alasan yang kuat. Mungkin kuat pada Win sebab dia suka dengan Jane tapi apa alasan Peach dan Cin sedangkan nyawa menjadi taruhan? Nak kata curious pun tak juga sebab masing-masing dah sedia maklum tentang bahaya program Deep ni. 

Masa scene Win ajak Jane pergi konsert Ed Sheeran tu agak merepek lah sebab terganggu latar masa yang dipaparkan dalam penceritaan sebab dalam scene Cin menyembang dengan Peach tu diorang dah mention pasal Covid-19. Bila masukkan pandemik global macam ni memang senang lah audience nak nampak yang penulis tak beri perhatian pada details penceritaan. Sengaja dipetik untuk menghidupkan elemen komedi tapi gagal. 

Watak sampingan yang wujud dalam movie ni pun agak lemah pada lakonan terutamanya watak Dr. Hans Miller, ketua program Deep. Ironi lah bila dia pergi audition lakonan tapi dia yang paling kaku dengan emosi yang tak disalurkan dengan baik mengikut kesesuaian senario dan mood dalam babak tu. Ada part bila dia nak wujudkan suasana yang seram dan mengerikan pada watak Jane juga June tapi kedengaran kartun. 

Kekuatan movie Deep terbitan Transformation Films ni mungkin terletak pada visual dan lakonan Kay Lertsittichai yang mempunyai lengkungan emosi dan perkembangan watak yang berbeza pada first dan second half. Konflik keluarga yang dialami pun menguatkan lagi karakter Win cuma sayangnya emosi tu tak digunakan pada klimaks ataupun sub-plot yang lain. 

Movie Deep ni lebih kurang sama lah feels dia dengan Ghost Lab (2021) bila projek fiksyen yang tak membantu umat manusia pun bila kita dah sedia maklum tentang akibat dan tahap bahayanya. Mungkin menarik kalau 4 sekawan ni ada cheat code untuk elakkan Delirium. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.8, 10. Personal Thought +0 = 5.6/10

Movie Review | The 8th Night (2021)

Director : Kim Tae-hyoung

Writer : Kim Tae-hyoung

Cast : Lee Sung-min, Park Hae-joon, Kim Yoo-jung, Nam Da-reum, Park Se-hyun

Production Company : Gom Pictures, Gogo Studio

Distributor : Netflix, Little Big Pictures

Genre : Mystery / Horror

Running Time : 115 minutes

Release Date : 2 July 2 2021

Trailer :


“2,500 years ago, a monster started opening the door that bridges the human realm to Hell, in order to make humans suffer.”

Berlatarkan kisah silam purba yang hampir mencecah 2000 tahun lamanya, The 8th Night mengisahkan mengenai peti Sarira yang mengaktifkan segala kejahatan. Professor Kim Joon-cheol (Choi Jin-ho) jumpa kembali artifak tersebut di sempadan India-Pakistan selepas sekian lama membuat kajian. Penemuan tersebut dikatakan palsu sehingga memalukan nama dia. Terkesan dengan situasi tersebut, dia masukkan semua darah yang dia ambil dari beberapa volunteer yang pernah cuba untuk bunuh diri.

Peti Sarira mempunyai dua mata di mana satu mata menjadi simbolik kepada kerisauan dan satu lagi simbolik kepada ketakutan. Bila dua mata ni bergabung, ia akan membentuk kehidupan seolah di neraka dan berkemungkinan dunia ni akan musnah. Sami baru, Chung-seok (Nam Da-reum) diarahkan pergi mencari bekas sami Park Jin-soo (Lee Sung-min) supaya dapat bunuh Virgin Shaman untuk menghalang aktiviti jahat ni tersebar sebelum malam ke-8. 

Dalam masa yang sama Detektif Kim Ho-tae (Park Hae-joon) menyiasat beberapa kematian yang pelik dan mengerikan bila mayat mangsa mereput walhal baru beberapa jam meninggal. Bila dia ternampak Jin-soo di beberapa tempat kejadian dengan kapak, dia mula syak lelaki tersebut adalah pembunuh bersiri untuk kes ni. 

Masa tengok trailer movie The 8th Night karya Kim Tae-hyoung ni macam menarik sebab idea yang fresh dan unik tapi bila tengok full movie memang kecewa habis. Pace perlahan tu satu hal, kenapa professor tu beria habiskan seluruh hidup dia untuk musnahkan dunia pun tak faham sedangkan dia tubuhkan komuniti untuk halang orang dari bunuh diri. 

Watak Detektif Kim Ho-tae paling merepek sekali dalam cerita ni sebab tak membantu apa-apa langsung pada penyiasatan ataupun misi Jin-soo musnahkan peti Sarira. Watak dia ada sebab penulis nak dia ada untuk tambah halangan pada watak Jin-soo. Nasib baik lah dialog yang dia lontarkan menarik bila anak buah dia cakap pasal psikik buatkan tangkal untuk lindungi dia. Savage!

“Then why do detectives exist? Shamans could catch the bad guys.” - Detektif Kim Ho-tae

Kenapa watak Chung-seok beria nak defend Ae-ran (Kim Yoo-jung) pun jadi persoalan juga sedangkan dia dah tahu betapa pentingnya misi untuk musnahkan peti Sarira. Kita nampak watak dia patuh pada arahan sami tua tapi senang betul dia berubah hati pada second half. 

Kekuatan pada movie The 8th Night ni mungkin pada idea yang menarik dan vfx yang bagus dari Choo Kyeong-yeob. Makeup untuk watak yang dirasuk nampak mengerikan. Effect pada muka pun menjadi tanpa nampak seperti kartun. Lakonan beberapa watak bagus dan beberapa watak lagi agak kaku. Seram tengok pelajar sekolah perempuan tu senyum dengan pipi terbelah bila dia nampak mangsa. 

Nak kata movie ni seram pun tak jugak sebab elemen seram tu langsung tak ada. Pengarah tak tunjuk sangat pun momen seram. Ada tapi tak banyak untuk meletakkan movie ni sebagai movie seram standing dengan The Conjuring 3 (2021).  Jump scare dan plot twist yang predictable dengan music score yang lemah menambahkan lagi rasa menyampah. 

Masa tengok Profesor tu kutip artifak merepek pun dah mula menyampah dah lagipun tak boleh nak connect atau relate dengan movie ni sebab bendanya tak wujud pun, konflik yang ada pun tak membantu menambahkan rencah. Layan movie ni sebab dah tertengok sambil habiskan lunch je lah. Esok lusa lupa la movie ni pernah wujud. 

1. Team Production +0.3, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.7/10

Movie Review | J2 : J Retribusi (2021)

Tuesday, 20 July 2021

Pengarah : Nazrul Asraff Mahzan, Nazim Shah

Penulis Skrip :  Alfie Palermo, Azhar Amirulhisyam, Anwari Ashraf

Pelakon : Zul Ariffin, Ashraf Sinclair, Yiming Chen, Ainin Batrisya, Amelia Henderson, Rosyam Nor, Theeban G., Eric Chang

Syarikat Produksi :  Primeworks Studios, Infinitus Films, Sunstrong Entertainment, TGV Pictures

Pengedar :  Disney Hotstar

Genre :  Aksi / Drama

Durasi Tayangan : 95 minit

Tarikh Tayangan : 1 Jun 2021 (Malaysia), 25 Jun 2021 (Brunei)

Trailer :


Lepas tragedi yang berlaku dalam Unit Tindakan Khas (UTK), Jay berhenti dan menjadi bodyguard kepada Nadi (Ainin Batrisya), anak perempuan tunggal Dato’ Hashim (Rosyam Nor). Hari yang penting buat Dato’ Hashim bila dia akan mengumumkan persaraan dia dan menyerahkan bisnes kepada Liu Kang (Eric Chang), businessman dari China yang ditemani oleh bodyguard dia, Chang (Yiming Chen).

Business deal tersebut diadakan di Berjaya Hotel dengan kehadiran para media dan tetamu jemputan lain. Nadi dan Jay juga berada di sana untuk meraikan hari tersebut. Jay perasan ada sesuatu yang tak kena di ruang lobi dan bertambah pelik bila staff hotel datang hantar kek secara tiba-tiba. Tekaan dia tepat bila tak lama kemudian hotel tersebut diserang pengganas yang diketuai oleh Taufik (Ashraf Sinclair). 

Tujuan serangan tersebut kerana Taufik perlukan plat duit yang digunakan oleh Dato’ Hashim dan Liu Kang untuk mencetak duit secara haram. Plat dan semua harta mereka disimpan di dalam peti besi yang terletak di bahagian basement. Taufik perlukan Nadi sebagai umpan supaya Dato’ Hashim berlembut hati untuk serahkan passcode. 

Sekuel kepada J Revolusi (2017) yang diterbitkan di bawah syarikat produksi kepunyaan pelakon terkenal negara China, Andy Lau ni tidak lagi berlatarkan skuad Unit Tindakan Khas (UTK) bila watak Jay bergerak solo. Bukan sahaja pelakon sampingan sudah bertukar orang, tugas pengarah juga digalas oleh duo Nazrul Asraff Mahzan dan Nazim Shah. 

Walaupun penulis masih lagi dari karya Alfie Palermo yang dibantu oleh Azhar Amirulhisyam dan Anwari Ashraf tapi jalan cerita ketara benar dicedok dari filem luar negara. Tapi kalau genre aksi ni penceritaan tak lah begitu dititikberatkan. 

Sama seperti previous installment, J2 : J Retribusi tak mengembangkan watak wanita dengan begitu mendalam dan kali ni lebih tepat lagi, tak diberikan perhatian langsung sebab watak Amy (Amelia Henderson) cuma bergantung harap pada Chang dan Jay. Lagi best kalau Amy ada kekuatan sendiri sebab pangkat dia adalah manager yang menguruskan Berjaya Hotel. Tengok dari landskap bangunan, bukan sesuatu yang mudah untuk diuruskan oleh seorang yang dipaparkan sebagai loser. Excited masa nampak Niezam Zaidi tapi sayang betul watak dia muncul sekejap je. Selalu macam tu kan, kalau dapat berlakon movie bagus, watak dia pulak yang problem. 

Movie J2 : J Retribusi adalah movie terakhir dalam karier arwah Ashraf Sinclair di mana dia memegang watak antagonis yang menggerunkan. Dia ada karismanya tersendiri, tak perlu guna kata-kata kesat pun untuk show off his bad character. Cukup dia mencerlung pada mangsa pun dah rasa seram. 

Tak pasti apa kaitan dia dengan watak Andra sebab tak dijelaskan langsung sedangkan Taufik berulang kali bagitahu anak buah dia Jay orang yang sama bunuh Andra. Kalau penulis buat mereka ada pertalian mungkin dendam dan amarah tu lebih bersifat personal dan scene pertarungan mereka berdua nampak lebih tegang. Elemen drama tak diadun dengan baik dalam sekuel kecuali scene Dato’ Hashim menangis dalam tandas. Nasib baik ada Rosyam Nor yang memang handal bermain emosi. 

Sinematografi dan visual dari Teck Zee Tan agak jauh berbeza dengan hasil kerja Haris Hue Abdullah bila dia banyak bermain dengan transition dan close up shots. Ada scene yang nampak cantik bila dibuat gegar seolah kita melihat melalui lensa mata Jay tapi ada scene yang lebih baik kalau dibuat secara panorama sebab tak puas tengok stunt action Jay hasil koreografi Keung Kam-Kui. Aksi Taekwondo dari Cheng pun cantik tapi nampak sangat sengaja nak show off martial art skills dia bila hallway tu penuh dengan meja yang jatuh dan terletak elok sebagai penghadang. 

Watak Jay kali ni cuma berinteraksi dengan kanak-kanak je tapi dia punya sweet tu manis leting. Karakter dia tough tapi dalam masa yang sama sweet jugak sampai tenggelam relationship Nadi dengan ayah dia. Tak pasti kalau watak Cheng akan join Jay dalam installment ketiga tapi dinamik mereka berdua sama bagus pada second half. Dalam sekuel ni tak ada watak yang kelakar tapi ada momen antara Jay dengan Chang yang menghiburkan. 


Sama macam J Revolusi, lagu latar Ralit – Tuju ft Malik Abdullah kurang menyengat dan tak memberikan impak pada penceritaan. Sebagai sekuel, J Retribusi sarat dengan aksi yang mendebarkan dan persembahan beberapa watak yang cemerlang dan tak melebih kalau kata J Retribusi adalah movie aksi terbaik untuk tahun 2021. Tahniah kepada team production yang berjaya tembus ke pasaran Brunei. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10