Movie Review | J Revolusi (2017)

Tuesday, 20 July 2021

 

Pengarah :  Zulkarnain Azhar

Penulis Skrip : Alfie Palermo

Pelakon : Zul Ariffin, Izara Aishah, Nur Fazura, Farid Kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra, Hans Isaac, Fatimah Abu Bakar, Azri Iskandar, Juzzthin

Syarikat Produksi : Grand Brilliance, Infinitus Productions

Pengedar :  Primeworks Distribution (Malaysia), DLUX Entertainment (Singapore), Youku, iQiyi, China Film Studio Ltd (China), Netflix

Genre : Aksi / Drama

Durasi Tayangan : 100 minit

Tarikh Tayangan : 2 March 2017 (Malaysia), 10 March 2017 (Singapore)

Trailer :


Masuk ni dah kali keempat dah kot tengok movie ni tapi asyik lupa nak buat review so memandangkan sekuel dia dah keluar, kita layan balik lepastu buat review. Franchise yang diinspirasikan dari trilogi "James Bond Malaya" - Gerak Kilat, Bayangan Ajal dan Jurang Bahaya lakonan Tan Sri Datuk Dr Jins Shamsudin mengisahkan tentang Jay Zulkarnain (Zul Ariffin), ketua Unit Tindakhas (Special Forces Unit).

Dalam operasi untuk menghalang penjualan Ultra Virus oleh Andra (Farid Kamil), ramai ahli pasukan yang terkorban. Jay pula dituduh sebagai pembelot oleh Jiman (Iedil Putra) bila dia cuba untuk selamatkan kakak dia, Dian (Fazura) selepas diculik oleh Andra. Teguh dengan pendirian dan setia pada persahabatan,  Skodeng (Azad Jasmin) dan juga Eddie (Izara Aishah) cuba bantu Jay. 

Sementara Jiman bersungguh dengan teori dia, Komander (Omar Abdullah) cuma jadi pemerhati sebab nyawa anak-anak dia yang jadi taruhan dalam operasi ni. Jalan cerita J Revolusi simple je sebab nak perkenalkan beberapa watak utama dalam franchise dengan installment pertama – J. Revolusi yang diarahkan oleh Zulkarnain Azhar. 

Keluar dari kebiasaan bila penceritaan J. Revolusi berlatarkan Unit Tindakhas (Special Forces Unit) bila tak ramai yang cakna dengan unit khas yang mendapat arahan yang sama iaitu Bukit Aman. Macam mana cara mereka bekerja, hirearki dan kostum dipaparkan dengan baik selama 100 minit. Walaupun ada beberapa dialog yang kaku tapi boleh abaikan sebab tak mengganggu perasaan masa menonton sangat pun. Jarang nak jumpa movie genre aksi dengan elemen drama dan komedi yang diadun dengan seimbang. 

Cuma sayang lah watak Dian tak dikembangkan dengan lebih mendalam sebab karakter dia banyak bermain dengan emosi sampaikan ketegangan pada plot twist terasa lemah. Sama juga dengan watak Jiman yang tak suka dengan cara Jay lead ahli pasukan dia. Berani pulak tu bagitahu Komander walaupun serkap jarang dia cuma menggunakan teori yang lemah dan berlandaskan emosi semata. Tak ada ruang untuk dua watak ni berkembang dengan baik walaupun lakonan kedua pelakon bagus. 

Sebelum ni tak pernah suka dengan lakonan Farid Kamil sebab dia agak kayu. Nasib baik dalam J. Revolusi ni dialog ataupun solo screen dia tak banyak sebab pengarah tahu kekuatan dia pada stunt action. Malah tak tenggelam pun bila berkongsi skrin dengan Zul Ariffin sebab sama-sama deliver watak dengan cemerlang. 

Penulis pun tak cuba olah watak Jay sebagai hero yang terlebih kuah. Realistik seprtimana penceritaannya juga. Pengarah pun pandai menggunakan kekuatan Zul Ariffin dengan beberapa babak dengan Eddie dan Dian supaya dia pamerkan killer smile atau smirk mahal. Baik Fazura mahupun Izara, kedua-duanya ada chemistry yang bagus dengan Zul. 

Sinematografi dan suntingan visual mendapat sentuhan yang sama dengan franchise terkenal Polis Evo (2015) iaitu Haris Hue Abdullah yang pernah menang kategori Sinematografi Terbaik di FFM. CGI tampak realistic, syot yang menarik dan membantu stunt action nampak menarik dan bertenaga. Bukan sahaja watak lelaki dapat beraksi dengan stunt choreography yang sharp dan kemas malah watak perempuan  juga menyerlah. Suka dengan scene Eddie berlawan dengan Jay di rumah Siew. Lagu tema Rempuh dari Tomok & Black kurang menyengat dan tak member impak pada mood penceritaan pun. 

Jarang lah nak layan cerita tempatan tambah pula genre aksi banyak kali tanpa rasa jemu. Mungkin salah satunya sebab Zul Ariffin. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

Songchelin Guide x Yuri's Winning Recipe

Monday, 19 July 2021

Bulan lepas Yunhyeong ada update dekat Weverse yang dia ada solo schedule and iKONics are kinda excited sebab dah lama iKON tak pergi mana-mana variety show lepas 2019. Bila ada member yang ada solo schedule dah happy sebab ada exposure tentang iKON. 

Tak tahu pun Yuri SNSD ada Youtube channel sendiri dan kongsi tentang masakan. Yuri kata dia nak tarik subscribers Songchelin Guide ke channel dia sebab ada 620k subscribers. Not bad lah layan Youtube channel Yunhyeong sebab dia suka masak resipi mudah dan healthy. Dia pernah masak apam balik guna pan je. Sebagai Malaysian, haruslah bangga. Walaupun Yunhyeong gagal untuk suka durian. 

Kalau tengok pada poster Episod 2 Season 2 Yuri Winning Recipe tu, dia letak SM vs YG sebab ni pertama kali artis dari YG Entertainment datang ke channel dia. Pertama kali jugak lah SM buat collaboration event dengan YG. Selalunya YG dengan JYPE je. Yuri kata dia ingat lagi masa tahun 2017, SNSD pernah perform dekat stage yang sama dengan iKON tapi tak dapat bertegur pun. 

Dalam episod ni Yuri dengan Yunhyeong kena compete untuk siapkan resipi diorang dalam masa 30 minit. Menu Yuri adalah Pa Chi Burger dan Yunhyeong masak Neoburi Soba. Since dah pernah tengok Yunhyeong masak Neoburi Soba dekat Songchelin Guide sebelum ni, mata lebih banyak fokus dekat resipi Pa Chi Burger sebab nampak mudah sangat. Bahan dia je lah mahal dan banyak. Macam nak try sebab tergoda tengok visual lepastu resipi ni boleh masak guna air fryer. 

Untuk episod 2 ni ada 2 part dan kedua-dua part ada English Substitle so tak ada masalah langsung nak layan. Masa tengok Yuri's Winning Recipe ni macam impressed lah sebab Youtube channel pun boleh ada 4 biji kamera dan shoot dekat studio. Yunhyeong pun amazed dengan privileged tu sebab dia record guna kamera lepastu manager tolong shoot. Tak pun dia akan shoot sendiri je. 

Makin lama makin menyampah dengan YG Entertainment sebab tak jaga artis dengan baik. Nak kata tak bagi untung, dah makan banyak dah rasanya. Yunhyeong siap throw shade dekat YG bila Yuri tanya diorang ada masa tak nak memasak semua ni sebab iKON kan busy. Muka Yunhyeong kelat je masa tu pastu cakap dia dah lama tak pakai makeup untuk datang show sebab iKON tak ada apa-apa aktiviti pun lepas join survival show Kingdom : Legendary War. Comeback pun kena tangguh padahal lagu dah banyak siap dah. 

Masa nak memasak ni, lipbalm Nivea tetap tak dilupakan. Rasanya Yuri pun tahu perangai dia yang satu tu sebab Yuri pun suka layan Songchelin Guide. Sepanjang episod ni boleh nampak la Yuri happy dan selesa dengan Yunhyeong walaupun jarak umur agak jauh. Tak putus-putus Yuri puji Yunhyeong comel even PD yang edit pun jatuh hati dengan Chef Song. 

Sambil memasak tu sambil menyembang pasal life dan minat masing-masing. Turns out Yuri pun suka ride jugak macam Yunhyeong tapi dia baru je start. Dah la chemistry diorang bagus, visual pun cantik, suka memasak lepastu suka ride. Lepas ni mungkin Yunhyeong boleh ride sama-sama dengan Yuri dalam Songchelin Ride. 

Yuri kata bila dia memasak dia akan ubah resipi tu ikut tekak dia ataupun sesuai dengan menu diet dia. Yunhyeong ikut mood jugak, kadang dia bagi resipi yang healthy, kadang tu dia letak resipi yang tengah viral supaya views dia naik haha. Yunhyeong bagitahu dia akan berpuas hati dengan resipi dia bila iKON member makan sampai habis. Bobby paling picky bab makan sebab kalau tak sedap dia takkan makan langsung. Ada sekali Bobby taknak makan sandwich Yunhyeong buat sebab sandwich Chanwoo lagi sedap. 

Kalau tengok Songchelin Guide, selalunya JuNe lah yang paling bising request Yunhyeong masak macam-macam. Dekat Weverse pun Jay ada update menu yang Yunhyeong masak untuk dia. Bab sedap ataupun tak ni jarang iKON nak komplen tapi DK pernah marah Yunhyeong kalau masak tu biar banyak sikit sebab dia suka masak portion sorang makan padahal iKON tu ada 7 perut. Perut manager lagi. DK dapat makan Yunhyeong masak pun kalau dia kebetulan lepak dekat tingkat atas je. Kalau tak pergi memang tak dapat. 

For those yang nak layan episod SM vs YG ni boleh tengok dekat sini : Part 1 | Part 2

Kontroversi Kartik Aryan & Karan Johar

 

Sebelum ni Dharma Production dengan bangganya announce ada projek bersama pelakon popular yang menjadi kegilaan ramai, Kartik Aryan lepas mencuri perhatian dalam movie Sonu Ke Titu Ki Sweety (2018). Projek pertama yang diumumkan oleh Dharma Production adalah movie Dostana 2 di mana Kartik Aryan akan berlakon bersama Janhvi Kapoor dan juga pelakon baru, Lakshya. Movie Dostana (2005) antara movie hit di bawah production house tersebut.

Namun disebabkan covid-19, jadual shooting terpaksa ditangguhkan gara-gara perintah berkurung dari Kerajaan India. Bila masuk fasa kedua lockdown, ada yang dah mula masuk bekerja tapi tidak pada Kartik Aryan bila dia refuse untuk sambung shooting di luar negara. Tak lama kemudian Karan Johar dapat tahu Kartik Aryan terima tawaran untuk berlakon dalam movie Dhamaka. 

Antara sebab Kartik terima tawaran tersebut bila team production patuh SOP dengan ketat dan shooting cuma dijalankan selama 10 hari dalam sebuah hotel. Karan Johar mula pertikaikan tindakan Kartik yang terikat dengan kontrak Dostana 2. Makin lama Kartik berdiam dengan kontroversi ni makin galak Karan Johar sebarkan naratif demi naratif di website gossip tentang sikap tak professional pelakon tersebut. 

Tak lama kemudian pihak Kartik perjelaskan yang Kartik terima kontrak movie Dostana 2 dengan bayaran Rs2 crore sedangkan market dia dah meningkat kepada Rs 10 crore. Bila Kartik minta Karan berbincang untuk naikkan bayaran, permintaan dia diendahkan. Sebaliknya Karan janji untuk bagi Kartik berlakon dalam movie komedi Mr. Lele lepas Varun Dhawan tarik diri. 

Masa tu Kartik terima tawaran untuk berlakon walaupun dia tahu Karan cuma pergunakan popularity dia. Kalau dia tolak, susah untuk dia dapat tawaran movie lain sebab dia outsider dan berkemungkinan boleh diganti sewenangnya dengan pelakon lain. Bila Karan sendiri yang berjanji, mungkin dia rasa tu safe net untuk dia. 

Tapi tak lama pun bila Kartik dapat tahu yang Vicky Kaushal dapat tawaran sebagai pelakon utama dalam Mr. Lele tanpa maklumkan apa-apa kepada dia. Movie Yodha arahan Shashank Khaitan yang dalam perbincangan pun diberikan kepada Shahid Kapoor. Walaupun Shahid Kapoor tolak sebab busy dengan movie lain, tawaran tu tak datang balik kepada Kartik. 

Tak lama kemudian Kartik dapat tawaran untuk berlakon dalam movie kriket yang diarahkan oleh Sharan Sharma lepas movie Gunjan Saxena hit di Netflix. Risau dengan kemungkinan untuk dibuang seperti dua movie sebelumnya, Kartik minta Karan sediakan kontrak untuk ditandatangan oleh kedua belah pihak. Dalam masa yang sama Kartik tetap tak nak teruskan shooting untuk Dostana 2. 

Karan kemudiannya panggil Kartik untuk berbincang tentang hal tersebut dan luahkan kekecewaan dia bila movie tu tertangguh lama sedangkan dia dah create public and media attention melalui kisah cinta rekaan antara Kartik dan Janhvi.  Tapi Kartik tetap bertegas dia akan shoot movie Dostana 2 lepas tandatangan kontrak movie Sharan. Karan pula rasa Kartik tak nak percaya dengan dia dan kurangnya komitmen dari pelakon tersebut. 

Sudahnya Karan umumkan Vicky Kaushal sebagai hero Mr. Lele dan akan start shooting dengan Janhvi Kapoor pada April 2021. Bila Kartik dapat tahu tentang hal tu, dia bagitahu Dharma Production yang dia akan mula penggambaran Dostana 2 pada April nanti. Karan faham yang Kartik sengaja bagi pressure pada dia dan Janhvi sebab kena shoot dua movie dalam satu masa. Tak mungkin lah Janhvi boleh shoot serentak. 

Sejak tu Kartik dan Karan mengelak dari berjumpa kemudiannya Kartik keluar dari Dostana 2 sekaligus dari Dharma Productions. Kartik pulangkan juga bayaran awal yang dia terima dari kontrak movie Dostana 2. Relationship Kartik dengan Janhvi pun makin buruk lepas dia bergaduh dengan Karan sampaikan Janhvi burukkan Kartik melalui social media fan club dia. 

Kalau ikutkan dari kes mereka berdua ni pada awalnya salah Kartik sebab minta untuk naikkan bayaran sedangkan dalam kontrak dah setuju dengan jumlah sekian sekian. Melainkan dia berani buat macam tu bila dalam kontrak ada bagitahu tertakluk kepada perubahan semasa sebab net worth pelakon akan sentiasa berubah. Lagipun kontrak yang Kartik sign tu dibuat pada tahun 2019 so valid jugak lah alasan Kartik untuk naikkan fees lepas 2 tahun. 

Mungkin ada klausa tu sebab Karan setuju untuk berbincang gara-gara ‘terikat’ kemudiannya janji secara lisan untuk projek Mr. Lele. Kalau ikutkan perundangan di sana, verbal agreement tu valid dekat mahkamah cuma nak buktikan tu agak susah. 

Bagus juga Kartik ambil keputusan untuk keluar dari Dostana 2 dan Dharma Productions sebab kalau dia continue shooting padahal dah ada relationship buruk dengan Karan Johar dan Janhvi Kapoor, kemungkinan besar dia akan end up macam Sushant. Hal yang sama jadi bila movie Drive siap dengan editing yang teruk kemudiannya kontroversi tanpa henti salahkan pelakon sepenuhnya. Itupun kena peram sampai 2 tahun. 

Sekarang ni Kartik dah sign beberapa movies yang keluar dari comfort zones dia, genre komedi which is great sebab dapat tengok dia bereksperimen dengan bakat dan peluang yang ada. Antaranya offer dari Maddock Films dan barisan pengarah yang terkenal dengan kualiti karya yang bagus. Walaupun Karan masih lagi sebarkan naratif buruk dengan khabar angin Kartik ditendang keluar dari movie gara-gara sikap tak professional, sikit pun tak mengganggu popularity dan profesion Kartik. 

Menyedihkan bila tengok benda sama berulang walaupun dah ramai yang meninggal sebab dibuli dan pembuli tetap juga muka yang sama. They never learn don’t they?

Movie Review | Zombitopia

Sunday, 18 July 2021

Pengarah : Ming Jin Woo

Penulis Skrip : Neesa Jamal, Ming Jin Woo

Pelakon :  Shaheizy Sam, Elvina Mohamad, Bront Palarae, Nur Shahidah,  Azman Hassan, Sharifah Amani, Jay Iswazir 

Syarikat Produksi :  Skop Productions Sdn Bhd

Pengedar :  Disney+

Genre : Fiksyen / Drama / Seram

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 2 Julai 2021

Trailer :


Bila tahu Zombitopia adalah movie tempatan yang diterbitkan khas oleh Disney Hotstar Malaysia, rasa macam excited sangat nak tengok. Dah la ada Shaheizy Sam dengan Bront Palarae so expectation tu agak tinggi lah. 

Kisah bermula dengan Malaysia dilanda virus zombie tapi diselamatkan oleh vaksin yang dihasilkan oleh Dr. Rahman (Blont Palarae). Fast forward ke 15 tahun kemudian, watak Zidik (Shaheizy Sam) bekerja di bengkel milik Hassan (Azman Hassan) lepas kejadian ngeri keluarga dia mati disebabkan virus zombie. Hassan tak boleh terima kematian isteri dia, Maria sampaikan hidup seperti orang hilang akal. 

Masa Zidik dengan Hassan pergi ke muzium untuk kutip barang-barang terpakai untuk dibawa pulang ke bengkel, kejadian 15 tahun lepas berulang lagi dan menemukan Zidik dengan Zoey (Elvina Mohamad). Malangnya Zoey dah bertukar menjadi zombie dan serang Zidik tapi anehnya dia tak terkesan dengan virus tersebut sebab imuniti badan dia dah kebal. 

Tak diterangkan kenapa dan bagaimana Zidik boleh jadi macam tu sebab mungkin pengarah terinspirasi dari movie Flu (2012). Disebabkan curious dengan kekebalan Zidik, Dr. Rahman bawa dia ke makmal dan guna darah Zidik untuk rawat anak dia, Siti (Nur Shahidah). By the way, Dr. Rahman ni bukan virologist tapi paleontologist mungkin sebab tu ada dinosaur namun persoalan utamanya, kenapa? 

Penceritaan Zombitopia pada 20 minit terawal nampak menarik lah sebab menceritakan kehidupan beberapa watak pasca pandemik. Watak Zidik yang struggle dengan kemiskinan dan hidup asal boleh je dekat bengkel Hassan tu. Emosi dia pun terganggu dengan beberapa tekanan dan flashback yang menghantui. Mungkin sebab tu dia belasah orang yang panggil dia penipu sedangkan dia memang menipu. 

Watak Hassan tu bagus sebab dia in denial state tapi macam dah separa gila pun ye jugak sebab dia kata Lah hilang kena culik dengan UFO. Ada masa dia macam dah lost, ada masa dia berpijak pada dunia nyata. Mungkin sebab tu dia buat keputusan bodoh untuk keluar dari kereta Zidik dan lawan semua zombie sedangkan diorang berdua boleh teruskan kehidupan sebagai manusia terpilih. 

Penulis sebenarnya dah drop hint dah dekat dialog Zidik bila dia jerit ‘Apa benda aku buat ni?!’. This dialogue alone already sums up the whole movie. Serious tak tipu. Sepatutnya pengarah letak tanda amaran mengatakan yang movie Zombitopia ni untuk orang yang tepu dan bosan dek PKP yang tiada kesudahan. Genre seram tu tukar je lah kepada genre pening. 

Zombie dalam movie ni ada pelbagai jenis macam Zoey, adik dia dan Siti tu boleh control diri dia untuk tidak makan orang. Kadang-kadang nafsu makan tu datang juga sebab first half movie diorang tak boleh control tapi bila second half boleh pulak. Zombie jenis kedua bila ada semangat dan prinsip untuk lawan zombie lain supaya dapat selamatkan hero yang tak perlu diselamatkan memandangkan hero ada darah unik. Jenis zombie ni hanya jadi pada Hassan. Zombie yang ketiga yang paling lemah lah gamaknya, tahu nak darah manusia je. 

Secara jujurnya masa tengok movie ni tak lah fokus sepenuhnya sebab kecewa teruk Sam dengan Bront berlakon dalam movie macam ni. Mungkin pada skrip asal dan sebelum disunting, movie ni bagus sebab Sharifah Amani pernah cakap yang dia agak picky bila berlakon. Kalau skrip bagus dia akan proceed. Banyak je movie macam ni bila baca skrip fuhh menarik tapi lepas kena edit macam bangang jadinya. Mungkin Zombitopia adalah movie tersebut. 

1. Team Production +0.2, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0, 4. Storyline +0.1, 5. Casting +1, 6. Genre +0, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 2.2/10

Drama Review | Stranger 2 (2020)


Director : Park Hyun-Suk

Writer : Lee Soo-Yeon

Cast : Cho Seung-woo, Bae Doona, Jeon Hye Jin, Choi Moo Sung, Lee Joon-hyuk, Yoon Se-ah, Kim Young Jae, Park Sung Geun, Choi Jae Woong, Jung Sung Il, Jeon Bae Soo

Production Company : Studio Dragon

Distributor : tvN, Netflix

Genre : Crime / Mystery / Drama

Running Episodes :  16 episodes

Release Date : 15 August 2020 - 4 October 2020

Trailer : 


3 tahun lepas Netflix tayang drama Stranger (2017), sekuel muncul dengan barisan pelakon yang sama dan ditambah beberapa watak baru bila watak Hwang Si-mok (Cho Seung-woo) diserap masuk ke Supreme Prosecutor Unit di Seoul di bawah kelolaan Chief Woo Tae-ha (Choi Moo Sung). Leftenan Han (Bae Doona) pula dihantar ke HQ dan bekerja di bawah Chief Choi Bit (Jeon Hye Jin). 

Pertelingkahan demi pertelingkahan berlaku di antara pegawai polis dan pendakwaraya sejak timbulnya beberapa kes dengan headline sensasi dari pihak media. Council meeting diadakan dari kedua belah pihak untuk selesaikan hal ni tapi makin bertambah keruh bila Song Dong-jae (Lee Joon-hyuk) hilang diculik. Berkemungkinan besar suspek utama adalah polis sebab Si-mok nampak jam polis pada biasan cermin dalam gambar yang dihantar. 

Masa tengok episod-episod awal dah risau perceritaan drama Stranger 2 ni makin berat dengan politik dalaman tambah pula bila watak Si-mok dengan Inspektor Han dah tak bergabung tapi bergaduh sesama sendiri. Tak lah bergaduh tapi masing-masing kena guna method sendiri untuk selesaikan kes Dong-jae, kes buli di balai polis dan juga kes kematian peguam di jalanraya. Dalam Stranger 1 cerita jadi best sebab chemistry dan dinamik mereka berdua tapi bila watak ni bergaduh, jadi tak syok la nak tengok. 

Dah la geram bila watak Dong-jae ditidurkan sampai ke episod hujung sedangkan watak dia kelakar. Watak Kang Won Cheol (Park Sung Geun) pun tak dapat screentime yang banyak kali ni sebab Si-mok dah bekerja di pejabat lain. Sayang lah sebab dua watak sampingan ni yang melengkapkan atau menguatkan lagi watak Si-mok. 

Ambil masa yang lama jugak nak habiskan season 2 ni sebab banyak sangat watak dan kes nak kena ingat dalam satu masa. Nasib baik lah makin bergerak ke hujung, makin dikecilkan watak dan konflik tu. Pengarah sengaja alihkan perhatian dengan konflik antara Chief Woo dan Chief Choi tapi jadi menyampah sebab draggy dan annoying. Setiap kali Si-mok ataupun Han dapat lead baru, konflik diorang akan muncul. Hilang rasa terkejut ataupun saspen especially masa plot twist. 

Pelik jugak masa tengok scene Chief Woo dengan Kim Sa Hyun (Kim Young Jae) sebab diorang pelik dengan relationship Si-mok dan Inspektor Han sedangkan masa unit siasatan khas ditubuhkan tu semua yang terlibat dah keluar dekat news. Bila diorang pelik dengan perangai Si-mok pun macam pengarah sengaja repeat jalan cerita dalam Stranger 1 sebab masalah mental dan kesihatan Si-mok dah didedahkan oleh pihak media sebelum ni. 

Tak pasti lah masa drama ni ditayangkan ramai yang persoalkan penampilan Seung-woo dengan Bae Doona ke tak sebab kedua-dua pelakon dapat makeover yang tak sesuai. Dekat pertengahan nampak looks Si-mok kembali pada looks asal. Nampak tak realistik pun ye jugak bila Han berambut panjang sebab karakter dia jenis yang lasak dan aktif. Mungkin simbolik kepada karakter dia yang terkurung dengan job scope department baru? 

Despite all this rant, drama ni best je nak layan sebab penceritaan yang menarik dan menyentuh tentang konflik antara polis dan pendakwaraya yang jarang dapat tengok dalam drama atau movie lain. Kenapa ada beberapa rules digubal sedemikian untuk kedua-dua belah pihak. Beberapa scene pun tinggalkan persoalan dan provokasi macam scene Si-mok minta tolong dekat Ketua Kang untuk percepatkan proses waran tangkap. Benda yang kita anggap kecil tapi sebenarnya adalah permulaan kepada sesuatu yang besar dan berat. 

Tak pasti team production akan proceed dengan Season 3 ataupun tidak sebab episod hujung tu ada hint kerjasama Hanjo dan pendakwaraya. Tapi gaya monolog Si-mok macam diorang nak berhenti dekat Season 2. Tak kisah lah yang mana pun keputusan yang diorang ambil, yang pastinya franchise Stranger dah banyak bagi pengalaman dan buka mata dalam beberapa isu. One of legal drama yang patut ditonton. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.8/10

Drama Review | Stranger (2017)

Director : Ahn Gil Ho

Writer : Lee Soo-yeon

Cast : Cho Seung-woo, Bae Doona, Lee Joon-hyuk, Yoo Jae-myung, Shin Hye-sun, Jeon Hye-jin, Choi Moo-sung, Yoon Se-ah

Production Company : Studio Dragon, Signal Entertainment Group, IOK Media

Distributor : tvN, Netflix

Genre : Crime/ Drama / Thriller

Running Episodes : 16  episodes

Release Date : 10 June 2017 

Trailer : 


Pendakwaraya Hwang Si-mok (Cho Seung-woo) mengalami masalah dengan otak dia bila dia selalu sakit kepala dan terganggu dengan bunyi bingit yang menyerang secara tiba-tiba. Doktor suggest supaya buat pembedahan dengan segera tapi ada dua kemungkinan besar yang akan terjadi selepas pembedahan tersebut. Sama ada dia akan hilang ingatan ataupun dia akan hilang sensor emosi atau perasaan juga social skills.

Hwang Si-mok ditugaskan untuk siasat tentang jenayah rasuah oleh CEO Park Moo Seong (Uhm Hyo Sub) untuk yang melibatkan beberapa pangkat besar dalam Kerajaan. Bila sampai di rumah tersebut, suspek bertukar status kepada mangsa pembunuhan. Dari kes yang diolah untuk nampak seperti pembunuhan biasa bertukar menjadi besar sebab beberapa pertemuan bahan bukti oleh Si-mok dan Leftenan Han Yeo-jin (Bae Doona). 

Perangai pelik Seo Dong-jae (Lee Joon-hyuk) yang banyak bantu Chief Division Lee Chang-joon (Yoo Jae-myung) mula timbulkan beberapa persoalan pada Si-mok. Dia tahu mereka berdua terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembunuhan Mr. Park dan juga jenayah rasuah. Pembunuhan ni secara tak langsung membongkar kembali kes tuduhan rasuah terhadap Young Il Jae (Lee Ho Jae), bekas ketua hakim yang disiasat kerana ambil rasuah sebanyak 800 juta won. 

Gara-gara malu dengan tuduhan tersebut, dia letak jawatan dan berkurung sahaja di rumah. Anak perempuan dia, Young Eun-soo (Shin Hye-sun) chambering di bawah Hwang Si-mok. Dalam masa yang sama cuba untuk submit appeal supaya nama ayah dia dibersihkan dari tuduhan tersebut. 

'War has been declared, so let's see whom he catches. Somebody has to be caught for this game to end. Attacking him first in this situation would be like digging your own grave. He struck first because he knows that.' - Lee Yoon Beom (Lee Kyung Young)

Jalan cerita Stranger agak sarat dan berat dengan permainan politik yang berlaku dalam institusi perundangan juga badan berkuasa seperti pihak polis. Masing-masing dapat tawaran yang sama dari Mr. Park untuk ambil rasuah tapi kemudiannya terbeban bila Mr. Park mula jadi tamak. Terkejut dengan plot twist di penghujung episod bila director dedahkan siapa sebenarnya pembunuh dan motif dia. 

Walaupun Cho Seung-woo perlu lakonkan watak tanpa emosi tapi tu bukanlah sesuatu yang mudah sebab reaksi muka dia dan gaya tubuh memainkan peranan besar. Dia bukan kayu tau tapi tak ada emosi tak macam watak Dong-jae yang suka berdrama. Drama ni tak ada unsur kelakar tapi watak Dong-jae yang jadi hiburan atau kurangkan ketegangan pada beberapa babak. Skill dia mengipas beberapa watak yang berpangkat besar tu kelakar sebab dia pandai spin walaupun kantoi busuk. 

Kekuatan drama Stranger di bawah Studio Dragon ni pada watak Si-mok sebab dia bukan sejenis yang expert atau handal. Dia bukan hero yang one step ahead dari rival dia tapi stay true pada dunia nyata. Memang nampak realistik pada setiap langkah yang dia ambil. Penulis tak cuba langsung untuk glorify watak Si-mok sebagai hero. Macam mana audience berfikir semua possibility yang ada pada siasatan tu, sama juga dengan Si-mok. Dia manusia biasa dan bertindak seperti orang biasa cumanya dia tak ada empati atau social skill yang bagus. 

Dinamik watak Si-mok dengan Leftenan Han memang diolah cantik dan chemistry sebagai sparring partner pun menjadikan langkah mereka berdua nampak energetik dan menarik. Of course ada character development pada kedua-dua watak dari stranger bertukar jadi kawan baik. Perubahan yang kecil tapi bermakna pada penceritaan. Watak sampingan yang lain pun deliver watak masing-masing dengan baik. 

Visual, make-up, props dan set semuanya diterjemahkan dengan baik menggunakan teknik suntingan yang bagus. Cuma ada scene yang sengaja syot guna teknik gegar bila ada conversation yang tegang padahal cukup dengan reaksi muka dan dialog pun dah boleh nampak dia marah yang amat sangat. Nasib baik lah ada 2 scenes je yang macam tu sebab terganggu fokus bila syot tak cantik. 

Walaupun drama Stranger ni diolah dalam template drama dan politik, namun pace dia agak laju ditambah pula dengan bilangan watak sampingan yang banyak. Ambil masa untuk familiar dengan semua nama dan situasi. Nasib baik jalan cerita dia straight-forward macam karakter Si-mok. Kalau jalan cerita kaki spin macam Dong-jae memang sakit otak nak layan. 

Percubaan yang berani dari team Stranger sebab paparkan cerita berunsurkan rasuah antara chaebol dan Kerajaan. Teruk macam mana pun sistem perundangan yang rosak akibat rasuah tapi hadirnya peguam seperti Si-mok dan pegawai polis yang berani macam Leftenan Han buatkan orang awam masih setia dan percaya untuk ikut jalan yang betul. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.2/10

Here We Go, The First Dose of Pfizer Story....

Friday, 16 July 2021

Finally lepas 5 bulan melangut, sampai jugak vaksin yang ditunggu. Malam Jumaat minggu lepas saja update MySejahtera walaupun entah dah berapa banyak kali update. Setiap kali update lah setiap kali tu membebel. Jangan tanya lah berapa kali bebai bila orang tanya tak update MySejahtera ke sebab ramai yang dah dapat vaksin. 


Malam Sabtu lepas dapat mesej untuk check appointment dekat MySejahtera. Masa tu macam tak percaya langsung dengan mesej tu. Mungkin halusinasi je. Bila bukak MySejahtera memang berubah lah status tu. Macam mimpi je dapat appointment dekat Sunway Pyramid Convention Centre pada 12 Julai 2021 jam 3 petang. 

Benda pertama lepas nampak tu terus screenshot masuk dalam group supaya boss and colleagues tahu lah seketul Pana akan ke mana Isnin nanti. Dari malam Sabtu membawak ke pagi Isnin tak tahu nak pakai baju apa. Habis satu almari digeledah sebab nak cari inner dengan cardigan. Nak pakai shirt dengan handsock macam tak proper sebab nak masuk office half day. 

Kalau ikutkan taknak masuk pun tapi ada kerja penting kena submit on that day. Since dapat vaksin dekat Sunway so I dah plan naik Grab je sebab taknak fikir bab parking semua walaupun jarak cuma 17km dari office. Sebelum pukul 3 tu ramai la tanya bila nak pergi padahal baru pukul 11 lebih. Jangan la buat cuakkkk. I jadi risau sebab takut terlepas my appointment walhal dah set nak pergi sana around 2.30. Kira cun lah setengah jam awal kan? 

Tapi sebab diorang asyik tanya I jadi cuak and cannot functioning well that day lol. Entah berapa kali bukak tutup MySejahtera untuk pastikan I tak salah baca waktu appointment tu. Punya lah takut sampai I book Grab pukul 2. Masa tu I assumed pergi sana dengan tenang dan santai lah rupanya tak sebab pakcik driver kemain eh pancung sana cilok sini. Nasib baik takde selekoh tajam untuk dia drift. Siapa yang cuak ni? 

Pakcik Grab tu bagitau dia pun dapat vaksin Pfizer dekat Sunway Pyramid Convention Centre jugak awal bulan Julai so dia dah tahu lah dekat mana nak drop off apa semua. Dia bagitahu lepas vaksin tu tangan dia lenguh sampai 2,3 hari tapi dia tetap kena buat Grab jugak. Dia bagitahu wife dia tak nak ambik vaksin. Tak tahu lah kenapa, dia pun dah malas nak paksa. Nasib baik anak-anak dia dah ambil vaksin. I just ohhh je sebab tak tahu nak cakap apa. Mak I yang hidu wap bunga cengkih tu pun ambik vaksin sudahnya. Mungkin satu hari nanti wife pakcik Grab ni pun akan buat perkara yang sama. 


But Alhamdulillah I sampai dengan jayanya. Sampai je dekat sana, ramai askar bantu yang datang ke situ. Diorang minta update MySejahtera lepastu masuk ikut lane yang sesuai. Dekat Sunway Pyramid Convention Centre ni dari pintu masuk sampai ke bahagian dalam dewan penuh dengan signboard supaya tak ambil gambar atau record video. 

Kalau boleh ambik gambar pun tak sempat pun nak ambik gambar sebab bergerak laju dari sebuah kaunter ke sebuah kaunter yang lainnya. I yang sepatutnya pukul 3 pun dah boleh balik pada pukul 3 sebab I masuk dalam hall jam 2.20 petang. Nope, I tak potong queue sesiapa sebab memang kena suruh masuk dan jalan ke kaunter pertama. 

Dekat kaunter pertama kena isi borang persetujuan untuk cucuk vaksin. Isi nama, NRIC, then tick dekat mana yang berkenaan lepastu sign dan letak tarikh. For this, you need to bring your own pen. Ada je pen disediakan tapi I tak suka pakai pen dekat any public places. Lagipun tengah covid kan, bawak je lah pen sebatang tu. 


5 minit lepas tu kena bawa masuk ke dalam dewan dan tunggu giliran. Masa dekat sini I sempat reply Whatsapp sebab kena tunggu sekejap. Walaupun sekejap tapi takut betul dengar bunyi ting ting ting ting sebab kaunter cepat sangat berubah nombor giliran. Masa ni kena get ready keluarkan kad pengenalan sebab akan digunakan di Kaunter 2 untuk submit consent form tadi. 

Lepas borang dah kena cop 'RECEIVED' dekat situ, bergerak ke Kaunter 3 untuk sesi kaunseling bersama doktor. Tak lama pun dekat situ sebab doktor tanya ada alahan tak, pernah ada kontak rapat tak ataupun pernah kena covid-19. Semua tak so I dapat sticker hijau which means lepas suntik vaksin kena tunggu selama 15 minit untuk self-monitor session in case ada side effect teruk. 

Dah habis sesi kaunseling, dapat tempat duduk di Kaunter 4 tapi tak sampai 2 minit pun dah dapat jumpa doktor untuk suntik vaksin. Masa tu volunteer girl minta pinjam phone untuk ambil gambar borang. Borang tu nanti kena submit dekat Kaunter 5. Dalam masa yang sama doktor tunjuk dos 0.3oz untuk vaksin Pfizer. Dia suruh relakskan tangan lepastu tarik nafas then lepas. Terkejut jugak lah masa dia inject tu sebab sakit padahal jarum dia halus. 

And for the record I tak takut jarum tapi terkejut sebab sakit macam kena gigit semut api. Dah habis injection, doktor tunjuk syringe kosong maknanya vaksin dah masuk dalam badan lah. Punya lah blur masa tu sampai ambil syringe tu lepastu tak tahu nak buat apa

'Dah ramai dah yang ambik syringe tu dari tangan saya. Tak tahu lah diorang nak buat apa dengan syringe tu.' 



Dekat Kaunter 5, I tunjuk gambar dalam phone tu dengan IC. Lepastu dia isi semua details dekat kad vaksin. Dia kata jangan hilangkan kad ni masa datang second dose appointment nanti. Nak tanya jugak kalau hilang macam mana? 

Tapi disebabkan sebelum tanya tu terdengar conversation dia dengan kawan dia terus macam okay je

1: Wei, syif kau habis kan kejap lagi?
2: Actually aku syif petang tapi kena cover yang pagi punya so satu hari ni aku dekat sini
1 : Seriouslah? Kau nak stay sampai malam ke? 
2 : Tu lah kalau kena stay sampai malam terpaksa lah
1: Kau nak rehat kejap ke? Nanti aku cari siapa yang boleh ganti
2 : Okay, thanks wei. Memang memerlukan sangat rehat tu. Kejap pun jadi lah.

Kalau dah dengar macam ni, rasanya perlu ke I tanya soalan mengada tadi tu? Lewlz angguk dan senyum je la. Lepastu pergi ke Kaunter 6 untuk self-monitoring session selama 15 minit. Masa menunggu ni ada sukarelawan yang datang tanya dah dapat voucher parking percuma ke belum. Disebabkan naik Grab jadi tak dapat lah merasa parking percuma tu. Dah habis 15 minit, semuanya okay so boleh lah keluar dari hall lepastu beratur untuk bergambar. 

Ikutkan hati malas sebenarnya nak ambil gambar sebab tangan dah start lenguh. Mungkin sebab terkejut kena inject. Tapi Ain kata kenangan hari bersejarah so beratur je lah. Ingatkan pendek je barisannya rupanya ada selekoh wei. Panjang pulak tu. Lepastu I terdengar brader yang jaga booth tu cakap 

'Wei, tak payah lah beria sangat ambik gambar tu. Kita ambik yang second dose je nak? Dah la bosan hari ni tiba-tiba pulak tak ada lagu diorang pasang'

'Tak nak! Aku akan pastikan semua orang yang datang dekat sini dapat gambar!' 

Pffttt kenapa ye hari ni penuh dengan drama kehidupan? Nak cucuk vaksin je pun. Brader tu pun ambik la 3 keping gambar secara menegak dan melintang tapi sebab gambar tak cantik dan I memang takde mood nak bergambar so gambar kat atas tu je lah kita letak. Masa nak keluar dari dewan tu ada photobooth yang sepi so I pergi lah bergambar sebab yang ambik gambarnya perempuan. Dia ambik gambar tu memang lah cantik tapi haihhh tu photobooth untuk para ibu. Dah kenapa Pana ambik gambar dekat situ alaaaaa balik je lah rumah terus! 

Dah settle book Grab untuk balik, ingatkan semuanya akan aman rupanya tak. Tunggu punya tunggu boleh pulak terlepas Grab sebab dekat situ sesak so tak boleh nak tunggu walaupun sekejap. Masa tu pulak tak pakai spek, memang tak nampak la number plat kereta Grab. Uncle tu pun tak call hmmm hampeh la kena tunggu 10 minit dekat situ sebab dia kena pusing jauh. 

Masa dalam perjalanan balik tu dapat Whatsapp dari Ain yang Maria nak berhenti chambering. Haihhh sedih bila dapat tahu sebab baru je ada kawan yang best tiba-tiba dah nak berhenti pulak. Walaupun tangan dah mula lenguh masa tu, gagahkan diri jugak ah pergi jumpa dia kejap lepastu belanja dia drinks dekat Family Mart then sembang-sembang kejap before balik. 


Side effect untuk vaksin tak teruk pun. Tak demam tapi tempat inject tu memang sakit sangat sampai I ambik cuti keesokannya. Nak angkat tangan pun tak boleh masa tu. Nak ikat rambut tu memang hazabbbb. Tapi sehari je lah sakit tu. Lusa dah pulih seperti biasa lepas letak minyak angin pastu urut-urut sikit. Oh ya, lepas dapat vaksin ni I cepat penat lepastu cepat semput so most of the time akan tarik nafas yang panjang dan dalam. Dah lah kerja banyak lepastu period pulak, setiap masa rasa nak marah je. Dekat office pun tak banyak cakap and berdoa supaya siang cepat habis untuk I rest dekat rumah dengan tenang. 

So that's all for my vaccine story haha panjang dah macam cerpen dah. I tak update dekat medsos sebab kesian dengan yang tak dapat lagi. Even I pun murung sampai dah redho kalau orang bergurau label I sebagai antivaxx. Bisa sungguh kata-kata tu padahal tangan ni dah lenguh tekan tab lokasi. I update dekat blog sebab bukan orang baca sangat pun hahaha simpan untuk baca balik beberapa tahun kemudiannya nanti je. Haha k lah bye. 

Tahukah anda, ada banyak manfaat vaksin COVID-19 terhadap kesihatan kita? Bayangkan, satu hari nanti kita mungkin boleh melakukan semua aktiviti seperti biasa tanpa perlu melakukan penjarakan sosial atau memakai pelitup muka. Namun, semua ini tidak akan berlaku jika kita tidak mengambil vaksinasi terhadap COVID-19.

Untuk lebih banyak artikel kesihatan sila klik gambar untuk ke laman Hello Doktor :)

Pada waktu ini, negara kita sedang giat memberikan suntikan vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK). Pemberian vaksin ini amat penting untuk menghentikan penyebaran wabak. Walau bagaimanapun, sebagai penerima vaksin, pasti ada juga rasa resah dan tidak yakin mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin yang diterima.

Untuk artikel kali ini, kami akan mengupas lebih lanjut mengenai manfaat vaksin serta kesan sampingannya. Selain itu, akan diterangkan dengan lebih lanjut mengenai imuniti kelompok ataupun herd immunity dan mengapa kita perlu mencapainya secepat mungkin.

Manfaat vaksin, benar atau dibuat-buat?

Sebenarnya, ada banyak manfaat vaksin COVID-19 untuk kita. Selain dapat melindungi kita daripada jatuh sakit, vaksinasi juga dapat menghalang anda daripada menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

Semakin ramai yang mengambil vaksinasi, semakin sukarlah penyakit ini merebak. Kita juga akan selangkah lebih dekat untuk mencapai imuniti kelompok. Tetapi, apakah maksud sebenar imuniti kelompok? Mungkin ramai yang pernah mendengar terma ini di kaca televisyen ataupun di corong radio, namun tidak benar-benar memahaminya.

Imuniti kelompok dapat dicapai apabila sebahagian besar masyarakat (kelompok) menjadi imun terhadap sesuatu penyakit. Hasilnya, seluruh kumpulan masyarakat itu akan terlindung daripada penyakit tersebut, termasuklah mereka yang tidak imun.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk mencapai imuniti kelompok. Selalunya, ahli masyarakat yang imun perlu mencecah peratusan tertentu sebelum imuniti kelompok boleh dicapai. Peratusan ini juga berbeza dari satu penyakit ke penyakit.

Sebagai contoh, imuniti kelompok terhadap penyakit polio adalah sekitar 80%. Baki 10% lagi akan terlindung daripada penyakit ini. Untuk campak pula, populasi yang perlu mengambil vaksinasi adalah sebanyak 95%. Tinggi bukan?

Namun, untuk COVID-19, peratusan yang perlu divaksinasi untuk mencapai imuniti kelompok masih belum diketahui. Melalui program PICK, kerajaan menyasarkan untuk melakukan vaksinasi kepada 80% rakyat Malaysia menjelang akhir tahun.

Ada dua cara untuk mencapai imuniti kelompok iaitu melalui vaksinasi dan juga jangkitan. Sudah tentulah, pemberian vaksinasi lebih selamat berbanding jangkitan COVID-19! Ini juga merupakan salah satu manfaat vaksin COVID-19 yang mungkin ramai terlepas pandang!

Kesan sampingan COVID-19, fakta atau auta?

Tidak dinafikan, vaksin akan menyebabkan kesan sampingan tertentu. Namun, bukan semua orang akan mengalami kesan sampingan ini. Kebanyakan penerima vaksin akan mengalami simptom seakan-akan demam, termasuklah:

  • Sakit dan bengkak pada kawasan suntikan.
  • Rasa letih.
  • Sakit kepala.
  • Rasa seram sejuk.
  • Demam.
  • Sakit otot dan sendi.
  • Rasa loya dan muntah-muntah.
  • Kulit merah atau muncul ruam pada kawasan suntikan.
  • Nodus limfa membengkak.

Setelah menerima vaksinasi, anda digalakkan untuk mengambil ubat-ubatan seperti ibuprofen, aspirin atau antihistamin untuk sebarang ketidakselesaan yang anda alami. Untuk suntikan kedua, kesan sampingannya mungkin lebih teruk berbanding suntikan yang pertama.

Semua ubat-ubatan ini boleh didapati di farmasi berdekatan. Walau bagaimanapun, jangan ambil ubat ini sebelum vaksinasi ya! WHO juga tidak menggalakkan anda untuk mengambil sebarang ubat untuk mengelakkan kesan sampingan sebelum mendapatkan vaksinasi.

Kesan sampingan selepas vaksin COVID-19 merupakan sesuatu yang biasa. Malah, vaksin biasa juga boleh menyebabkan reaksi seperti demam dan kelesuan. Menurut pakar, reaksi yang sederhana merupakan tanda sistem imun badan sedang bertindak balas dengan vaksin. Malah, normal jika anda perlu berehat selama beberapa hari selepas menerima vaksin.

Tetapi, jika anda tidak mengalami apa-apa kesan sampingan, itu bukanlah bermaksud vaksin tersebut tidak berkesan! Malah, anda merupakan golongan yang bertuah jika tidak mengalami sebarang reaksi terhadap vaksin.

Jika anda mengalami kesan sampingan yang teruk, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin. Sama jugalah jika ada sesuatu yang abnormal berlaku pada kawasan suntikan anda.

Jangan pandang rendah manfaat vaksin!

Tidak dinafikan, manfaat vaksin amatlah besar lebih-lebih lagi ketika negara dilanda wabak COVID-19. Selepas vaksinasi, tidak mustahil kita mampu melakukan semua aktiviti yang tergendala disebabkan pandemik.

Vaksinasi adalah selamat dan mungkin satu-satunya jalan untuk kita melawan COVID-19. Walau bagaimanapun, pastikan anda tahu tanda-tanda kesan sampingan vaksin yang teruk, terutamanya jika anda mempunyai alahan.

Namun, setelah mendapatkan vaksinasi, anda masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa mengamalkan norma baharu.

Vaksin COVID-19 telah dibangunkan dengan kerjasama pelbagai pihak. Malah, ia juga telah diuji dengan teliti melalui beberapa fasa ujian klinikal. Semua langkah ini diambil untuk memastikan vaksin efektif dan berkesan untuk kegunaan semua orang daripada setiap lapisan masyarakat.

Oleh sebab itu, marilah kita bersama-sama menyokong PICK kelolaan kerajaan. Bersama, kita mampu melawan COVID-19!

Twitter Space : Sembang Sastera Media Selangor 2020

Thursday, 15 July 2021

Semalam berkesempatan untuk join Twitter Space anjuran Media Selangor mengenai Sembang Sastera 2020. Masa tu tak tahu pun Space tentang topik apa sebab ternampak Kak Neddo tengah live. Tengah bosan tak buat apa I pun join lah tanpa segan silu haha

Rupanya Media Selangor tengah berbicara tentang penulisan artikel, cerpen ataupun puisi. Topik ni dibuka untuk bagi tips kepada penulis-penulis mencari idea, tips untuk hantar karya kepada Media Selangor dan banyak lagi lah dibincangkan dalam masa satu jam setengah. Kak Neddo dijemput sebagai Speaker bersama penulis Hafiz Latiff, Mulyono, Wani Ardi dan Fazallah Pit. Jujur cakap I kenal Kak Neddo Khan je sebab dia penulis favorite dan yang lain tu tak kenal pun siapa atau biodata sebab I terlambat masuk. 


Dah la I terlambat masuk lepastu terpaling awal keluar sebab tertidur setengah jam sebelum habis tu. Penat punya pasal kan, tak perasan memasing dah bye bye dah. Walaupun I sempat join sejam je tapi perkongsian yang menarik lah dari beberapa orang penulis dan editor tentang nak tulis apa?

Memandangkan I ada jot down beberapa point dari beberapa orang speaker, I will share here for future reference. 

1. 'Nak cari idea sangat mudah sebab idea ada di sekeliling kita tapi nak mendisiplinkan diri untuk menulis itu susah' - Kak Neddo

2. Berbeza medium, berbeza cara penulisannya. Dalam konteks ni, Kak Neddo cerita pengalaman dia menulis skrip lakon layar dengan penulisan di dalam novel. 

3. Niche karya penulisan Kak Neddo adalah perhubungan sebab ianya sesuatu yang universal; semua orang boleh relate. Kebanyakan karya dia bersifat character-driven di mana dia ambil dari dunia sebenar. Tak kisah lah apa genre sekalipun tapi nilai kemanusiaan tu kuat dalam karya dia. 


4. Menulis adalah kerja satu minit, satu jam tapi nak membesarkan atau jaga karya tu memerlukan masa yang banyak. - Mulyano

5. Untuk buat orang suka dengan penulisan kita, kena ambil tahu apa yang pembaca suka. - Mulyano

6. Tulis je apa yang kita nak tulis, suka ataupun tidak tu terpulang kepada pilihan pembaca. - Wani Ardi

7. Penulis zaman generasi dulu lebih pentingkan mesej, berbeza dengan penulis zaman sekarang yang mempunyai kreativiti tinggi. Mesej tak penting tapi estetika karya tu sendiri. Kalau terlampau pentingkan mesej, hilang seni untuk berkarya sebab terikat. - Mulyano

8. Penulis kena berani menulis apa sahaja. Dekat Malaysia ni kekurangan karya dengan genre humor atau jenaka. - Mulyano

9. Lain orang lain cara dia untuk menulis. Kalau dalam movie penulis novel digambarkan sebagai seorang yang suka berkurung dalam bilik tapi Kak Neddo suka menulis dalam suasana yang bising atau riuh. Masa dia membesar, rumah dia sentiasa dipenuhi dengan orang yang datang berkunjung so dia dah terbiasa dengan suasana macam tu. Kadang-kadang dia suka menulis dekat kedai mamak untuk tengok sendiri gelagat orang lain. Bila terkurung masa lockdown ni, otak dia pun jadi lemau.


10. Politik negara memberi kesan kepada semua benda. Setiap kali negara bergolak kerana politik maka situasi tu akan melahirkan lebih banyak karya yang progresif, daring dan sebagainya. Penulis akan meluahkan atau lepaskan geram dalam karya dia. Zaman kita tak ada peperangan jadi covid-19 adalah perang kita. 

11. Use your emotion sama ada sedih, marah atau gembira dalam karya jadi pembaca boleh connect dengan watak-watak dalam karya tu. - Kak Neddo

Ni je lah yang I dapat share dekat dalam entry ni, semoga dapat membantu you guys yang berhasrat untuk hantar karya cerpen atau puisi pada pihak editor. Speaker Mulyano kata kalau hantar karya tu jangan hantar sampai 40 karya dalam satu email. Memadai cuma satu karya ataupun paling banyak 3 karya sahaja. Bagi ruang dan peluang untuk editor baca karya yang dihantar. 

I terkilan dengan speaker sebab diorang kata blog dah tak relevan dan dah tak wujud sekarang sedangkan komuniti blogger masih ramai di area KL dan Selangor. Apatah lagi I join Space ni untuk tambah pengetahuan untuk improve penulisan blog. Since Space ni I masuk sebagai listener, maka pendam rasa je lah bila berulang kali mention benda sama haha. 


Kalau you guys ada kenal speaker dalam senarai tu please sampaikan dekat diorang yang blogger masih wujud dan aktif. Mungkin blogger tak raih pendapatan secara fizikal tapi pendapatan digital pun tak kurang hebatnya. Kalau tak silap dalam kajian statistik, ranking blogger di tempat ketiga selepas akhbar dan majalah. So nak kata tak relevan untuk platform jana duit tu agak tsskkkk...