Movie Review | Polis Evo
Tuesday, 13 July 2021
Pengarah : Ghaz Abu Bakar
Penulis Skrip : Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf, Adib Zaini.
Pelakon : Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Mimi Ernida, Harun Salim Bachik, Wan Hanafi Su, Ayie Hushairi Husain, Pablo Amirul, Azliyuszaini Mohd Noor, Amerul Affendi, Eyka Farhana, Ungku Hariz, Ariel Ganu, Kamaliah Mat Dom, Fadilah Mansor, Adnan Dzulkafli, Sol Azmie, Tisha Shamsir, Amily Iswadi, Amidin, Nazim Shah
Syarikat Produksi : Tayangan Unggul
Pengedar : Astro Shaw, Netflix
Genre : Aksi / Drama
Durasi Tayangan : 117 minit
Tarikh Tayangan : 17 September 2015
Trailer :
Franchise aksi drama yang terkenal di industri perfileman Malaysia ditayangkan di Netflix selepas kejayaan di box office yang mengutip keuntungan sebanyak RM17 juta pada tahun 2015. Diterbitkan oleh Tayangan Unggul dan ditayangkan oleh Astro Shaw, filem arahan Ghaz Abu Bakar mengangkat tema penggunaan dadah syabu yang dihasilkan secara haram.
Inspektor Khai (Shaheizy Sam) diarahkan ke Kuala Terengganu untuk bekerja bersama Inspektor Sani (Zizan Razak) untuk satu kes pembunuhan Cikgu Adli (Wan Hanafi Su), cikgu kimia yang mencipta formula syabu naga untuk dijual di sempadan. Dari kes pembunuhan tersebut mereka berdua berjaya membongkar sindiket dadah terbesar di Terengganu yang diketuai oleh Izrail (Ayie Hushairi Husain).
Berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat di Kuala Terengganu, gabungan empat penulis menggunakan halaman kampung sendiri dan juga dua orang pelakon ternama – Zizan Razak & Nora Danish yang berasal dari negeri penyu tu membuatkan alur penceritaan nampak hidup dan menjadi. Perbualan antara dua beradik ni langsung tak nampak kekok walaupun tak berapa suka dengan lakonan Nora Danish sebelum ni.
Pengarah Ghaz pun berjaya tonjolkan sisi ganas dan tegas Zizan selain lontarkan banyak dialog kelakar semasa bertugas sebagai polis senior. Scene Jemang (Azliyuszaini Mohd Noor) terbakar lepastu Sani menjerit jangan bergerak tu sebab dia kaget pertama kali nampak situasi macam tu nampak lemah sebab Zizan tak berjaya deliver panik dan kaget dalam acuan yang tepat.
‘Ada waktu-waktunya kita boleh bergurau. Gelak-gelak. Tapi ada waktunya kita serius dan saya tengah serius sekarang ni!’ - ASP Mokhtar (Harun Salim Bachik)
Watak Khai dalam movie ni seorang yang serius sesuai dengan nama jolokan Super Cop tapi bila berjumpa dengan Sani, ketegangan tu mula berkurang. Nampak lah lengkungan karakter dengan pelbagai variasi emosi tambah pula bila berbicara soal keluarga yang rosak dek syabu. Walaupun ada sub-plot drama dan babak romantis tapi tak dikembangkan dengan mendalam kemudiannya gagal mempengaruhi babak di hujung movie.
Watak sampingan seperti Mat Yam (Amerul Affendi) mencuri tumpuan dengan karakter gedik bila berjumpa dengan Inspektor Khai. Lakonan dia compliment karakter Inspektor Khai dengan baik. Walaupun kemunculan dia sekejap je dalam beberapa babak tapi dari situ lah nama Amerul Affendi naik dan dapat peluang lain dalam industri. Eyka Farhana dan Ungku Hariz pun bagus dalam watak masing-masing.
First half movie Polis Evo nampak menarik tapi pada second half mula longgar terutamanya pada babak Sani dengan Khai maklumkan pada Asp Mokhtar tentang lokasi rahsia Izrail selepas berjaya decode peta Cikgu Adli. Kalau dah kena ambush sekali, mesti lah tuan punya tempat dah lari. Perjalanan untuk ke sana pun agak jauh. Agak lemah bila Khai dengan Sani bawa satu unit untuk geledah sedangkan data Inspektor Sani pun dah terdedah. Mungkin sebab penulis nak naikkan elemen drama tapi agak buang masa dekat situ.
Stunt choreography dari Stunt My Production menghasilkan stunt yang sharp, kemas dan sesuai dengan fizikal pelakon utama. Teknik syot dari Haris Hue Abdullah juga banyak membantu memaparkan visual yang cantik di samping kekuatan panorama yang indah di Terengganu. Musik latar EVO nyanyian Joe Flizzow dan SonaOne menaikkan impak dan intensiti pada beberapa babak aksi.
Penceritaan, visual, musik dan props dalam movie Polis Evo ni berjaya tanam perkataan Evo pada penonton sampaikan pada waktu tu ramai yang tergilakan kereta Mitsubishi Lancer Evo. Siapa yang ada Evo memang boleh berlagak dekat medsos sebelum munculnya kereta Honda. Tercapai lah impian penulis Joel Soh untuk cipta benchmark pada filem aksi di Malaysia. Bukan sahaja pada kualiti filem tapi pada branding juga marketing.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.8/10