Movie Review | Surga Yang Tak Dirindukan

Saturday, 10 July 2021

 

Pengarah :  Kuntz Agus

Penulis Skrip :  Asma Nadia

Pelakon :  Fedi Nuril, Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Kemal Pahlevi, Tanta Ginting, Landung Simatupang, Sandrinna Michelle, Zaskia Adya Mecca. 

Syarikat Produksi : MD Pictures

Pengedar :  MD Pictures, Netflix

Genre :  Drama

Durasi Tayangan : 124 minit

Tarikh Tayangan : 15 Julai 2015

Trailer :


Antara franchise terkenal di bawah terbitan MD Pictures yang menerima banyak pencalonan untuk Best Film pada tahun 2015, Surga Yang Tak Dirindukan membawa konsep poligami ke layar perak. Bermula dengan kisah percintaan halal antara arkitek muda, Andhika Prasetya (Fedi Nuril) dan penulis novel, Citra Arini (Laudya Cynthia Bella). 

‘Manusia mempunyai kehendak tapi tidak ada kehendak manusia yang mampu mengalahkan kehendak Allah.’ – Arini

7 tahun selepas perkahwinan mereka berdua, Meirose (Raline Shah) datang dalam kehidupan Prasetya dalam keadaan yang membutuhkan pertolongan. Semasa dalam perjalanan ke tapak projek, Prasetya bantu Meirose dalam kemalangan jalan raya kemudiannya ingin membunuh diri gara-gara ditinggalkan oleh teman lelaki pada hari perkahwinan. 

Disebabkan kasihan pada anak Meirose yang diberikan nama Akbar Muhammad, Prasetya ambil keputusan untuk kahwin dengan perempuan asing tersebut. Dia berjanji untuk menjaga, melindungi dan bertanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang ayah. Tak ada siapa pun yang mampu terima berita poligami ni termasuklah Arini sendiri. Sedangkan berita poligami arwah ayah dia sendiri sukar untuk dia ikhlaskan hati, apatah lagi suami sendiri. 

Selain dari Arini dan Meirose yang memerlukan Prasetya, begitulah juga Nadia (Sandrinna Michelle) dan Akbar yang perlukan perhatian seorang ayah. Prasetya mula bingung dengan masalah keluarga sehinggakan hal kerja di pejabat mula terjejas. Nasib baik ada Amran (Kemal Pahlevi) dan Hartono (Tanta Ginting) yang sering membantu walaupun mereka berdua pun ada konflik peribadi. 

‘Surga yang digambarkan begitu indah, tapi maaf bukan surga itu yang aku rindukan.’ - Arini

Diadaptasikan dari novel laris Surga Yang Tak Dirindukan karya Asma Nadia, perkahwinan dan poligami digambarkan dari sudut pandang seseorang yang memerlukan bantuan. Mungkin sebab tu ramai yang boleh terima alur cerita movie ni tanpa rasa sakit hati yang melampau. Dekat situ agaknya kekuatan penulis novel terkenal di Indonesia ni. Sentuhan dia lembut. 

Tapi tak semestinya movie ni terlepas dari sebarang kelompongan bilamana penceritaannya lebih banyak berpaksikan kepada konflik yang menjengah secara tiba-tiba dan babak yang bersandarkan pada kebetulan. Macam babak Prasetya terpaksa memilih antara persembahan pentas Nadia ataupun Akbar yang sedang sakit. Boleh je kan kalau Meirose pergi ke rumah sakit tanpa Prasetya dengan teksi ataupun beca macam mana dia pergi ke rumah Arini. 

Babak Prasetya jerit minta tolong dalam hutan tu agak merepek lah sebab dia pun tahu tak ada orang dekat situ. Hilang saspen masa tu. Kalau pengarah buat konflik pada masa tu mungkin lebih menarik sebab trauma Prasetya lebih kuat dan keterdesakan Meirose lebih realistik. Ada kekuatan pulak tu nak terjun bangunan padahal baru lepas accident. Beza betul keadaan Prasetya di hospital dengan keadaan Meirose dengan subang di telinga dan makeup terletak elok di muka. 

Walaupun Fedi Nuril adalah pelakon utama tapi lakonan dia tenggelam oleh Bella dan Raline yang lebih menyerlah dan mewujudkan ketegangan dalam beberapa babak. Dua watak yang lebih cemerlang dalam menghidupkan screenplay dengan bahasa tubuh. Sementara Fedi lebih kepada termangu dan nampak canggung terutamanya dalam solo screen. 

Sinematografi dari Rahmat Syaiful memaparkan keindahan suasana kota Jogjakarta, Indonesia sama ada di kawasan bandar ataupun kawasan peranginan. Music album dari komposer Krisna Purna menghimpunkan beberapa lagu balada yang menceritakan kisah perkahwinan Prasetya, Arini dan Meirose. Tapi tak ada lagu yang famous rasanya dari movie ni. 

Kalau tak silap, gara-gara penangan movie Surga Yang Tak Dirindukan ni nama Bella jadi famous dekat Malaysia. Bukan sebab kerana kecantikan dan kekuatan lakonan dia tapi juga disebabkan imej pelakon berhijab yang dia bawa. Masa tu tak ramai lagi pelakon wanita bertudung dekat industri. Quotes tentang perkahwinan pun banyak dari watak Arini. 

'Kita berdua tahu. Tidak ada perempuan yang sepenuhnya ikhlas berbagi, yang ada kita sama-sama berkorban.' - Meirose

Overall, Surga Yang Tak Dirindukan sebagai naskhah yang bawa konsep berat dalam kehidupan dengan alur cerita yang ringan dan elemen drama yang kuat. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 7.6/10

Drama Review | Doom at Your Service

Friday, 9 July 2021


Director : Kwon Young-Il

Writer : Im Meari

Cast : Park Bo-young, Seo In-guk, Lee Soo-hyuk, Shin Do-hyun, Kang Tae-oh, Dawon SF9, Nam Da-reum, Jung Ji-so

Production Company : Studio&NEW, Studio Dragon

Distributor : tvN, Viu

Genre : Fiction / Romance

Running Episodes :  16 episodes (60 minutes per episode)

Release Date : 10 May 2021 – 29 June 2021

Trailer : 


Kisah bermula dengan babak Tak Dong-Kyung (Park Bo-Young) yang bekerja sebagai editor web novel di sebuah syarikat penulisan kecil dapat tahu dia akan meninggal selepas 3 bulan akibat ketumbuhan tumor yang semakin membesar di kawasan otak dia. Disebabkan sedih dan dalam keadaan mabuk, dia buat hajat untuk dunia ni hancur bila dia ternampak shooting stars malam tu.

Myul-Mang (Seo In-Guk), pengantara antara dewa dan manusia terdengar hajat dia malam tu dan melawat Dong-kyung di rumah. Dia buat kontrak selama 100 hari akan hilangkan rasa sakit Dong-kyung sepanjang tempoh tu dengan balasan dia akan tunaikan permintaan Dong-kyung. Kalau Dong-kyung langgar janji atau tarik diri, nyawa orang yang paling dia sayang akan diambil.

Dalam drama ni tak faham sangat Myul-Mang ni level malaikat ataupun cuma pengantara yang mempunyai kuasa untuk menghancurkan. Hidup dia tetap dikawal oleh dewa kelahiran, Sonyeoshin (Jung Ji-so). Myul-Mang sentiasa datang melawat dan masih lagi figure out apa dan kenapa dia diciptakan sebegitu. Dia tak makan, minum, menangis ataupun tidur. Dia tak punya perasaan dan mampu dengar semua fikiran manusia. 

Sebagaimana dia ditakdirkan untuk berjumpa dengan Tak Dong-Kyung, sebegitu juga lah dia ditakdirkan untuk jatuh cinta dan belajar untuk memahami hati manusia. Walaupun Sonyeoshin cuba pisahkan tapi takdir mereka berdua lebih kuat. Kalau diputar balik waktu pun Myul-Mang dengan Dong-Kyung tetap akan berjumpa dan jatuh cinta. 

Masa layan drama ni bukan nak tengok sangat jalan cerita pun sebab predictable dengan jalan cerita yang santai sebab genre romance. Punca utama nak tengok drama ni gara-gara Seo In-guk je. Lee Soo-hyuk sebagai manager Cha Joo-ik pun handsome jugak. Bukan setakat figure ala model, suara dia pun garau. Watak dia tak banyak bercakap sangat tapi bila bercakap fuhhhh melting leting! 

Drama Doom at Your Service terbitan Studio&NEW dan Studio Dragon ni adalah drama kedua I tengok selepas drama Crash Landing On You (2020). Keduanya genre yang sama dengan penceritaan yang lebih kurang sama. Dapat perhatian tinggi sebab main cast memang famous. Ada baca orang komen yang diorang kecewa episod hujung drama ni tak ada kiss scene lol for me that’s a blessing sebab tak perlukan scene macam tu untuk tarik audience. Ada tu ada tapi tak beria. 

Romantic scene pun tak try hard sebab karakter Dong-kyung dengan Myul-Mang ni jenis hati kering so most of the time diorang suka bergaduh. Tapi bila romantik tu memang romantik habis sebab penulis olah watak Myul-Mang sebagai bad boy dan cuma jadi baik terhadap someone special je. Bila dia buat something special tu memang awwww walaupun cuma tahap paling rendah macam senyum contohnya. Tsskkkk!

Supporting cast pun sama kuat juga dengan konflik dan drama percintaan diorang tapi macam tak logik lah sebab ketiga-tiga cast sanggup tunggu sampai 10 tahun baru nak kasi settle konflik cinta diorang. Nasib baik lah genre fiksyen, tak ada lah rasa macam merepek sangat Na Ji-na (Shin Do-hyun) berperang perasaan dengan Lee Hyun-kyu (Kang Tae-oh). Watak Tak Sun-kyung (Dawon SF9) dengan Park Young / Gwi Gong-ja "Young Prince" (Nam Da-reum) antara watak yang leraikan intense scenes dengan perangai comel dan kelakar. 

Penggunaan VFX dalam drama ni memang banyak sebab menggunakan konsep makhluk berkuasa dan semua babak tetap nampak cantik dengan sharp transition selain kagum dengan kekacakan In-guk. Banyak kali panorama cantik digunakan sebagai latar untuk menghidupkan suasana romantik dan hargai kehidupan sebelum ajal menjemput. 

Music album hasil karya Lim Ha-young menaikkan lagi suasana romantik dan keindahan persahabatan ataupun kekeluargaan. Lagu Breaking Dawn - Ailee, I Wanna Be With You - Gummy, U - Baekhyun EXO dengan lagu All of My Love - Davicihi are my favorite pick. Kebanyakannya genre balada dan melankolik, sesuai lah dengan senario yang dipaparkan dari awal sehingga ke hujung. 

 

Drama Doom at Your Service ni ada vibe macam drama Goblin (2012) sebab ada beberapa babak yang seakan sama lagipun konsep pun memang sama. So kalau suka drama Goblin tu for sure akan suka jugak lah dengan drama romantik Doom At Your Service ni. Sediakan tisu kalau anda sejenis hati rapuh.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 =8.6 /10

Movie Review | Fiza (2000)

Tuesday, 6 July 2021

Director : Khalid Mohammed

Writer : Khalid Mohammed, Javed Siddiqui

Cast : Karisma Kapoor, Hrithik Roshan, Jaya Bachchan, Manoj Bajpayee, Neha Bajpai, Bikram Saluja

Production Company : UTV Motion Pictures

Distributor : UTV Motion Pictures, Netflix

Genre : Crime / Drama

Running Time : 171 minutes

Release Date : 8 September 2000

Trailer :


Bertemakan terrorism, filem Fiza arahan Khalid Mohammed mengisahkan tentang usaha Fiza (Karisma Kapoor), mencari adik lelakinya, Amaan (Hrithik Roshan) yang hilang selepas riot tahun 1993. Selepas 6 tahun hidup dalam ketidakpastian dan kecewa setiap kali bertanyakan status pada pihak polis, Fiza ambil keputusan untuk pergi ke sempadan India-Pakistan. 

Fiza yakin Amaan ada di sana lepas Aniruddh (Bikram Saluja)terjumpa beberapa keping gambar yang mempunyai iras adiknya. Walaupun pendirian Fiza terhadap terrorist adalah kumpulan militan yang menyimpang dengan perjuangan jihad mereka tapi dia cuba untuk pujuk Amaan supaya hidup normal sebagai manusia biasa dan jalankan tanggungjawab sebagai seorang abang dan anak lelaki kepada ibu mereka, Nishatbi (Jaya Bachchan).

‘Jihad is a war for truth. And the truth is that we belong to this land, and we always will. Nowhere in the holy text of Quran is written that you must shed blood. What kind of a Muslim are you to go against this?’ - Fiza

Ketua kumpulan pengganas, Murad Khan (Manoj Bajpayee) yang selamatkan Amaan dari dibunuh dengan kejam. Rekrut yang lain tak suka bila Amaan ambil keputusan untuk balik ke Bombay dengan Fiza dan bertindak untuk bunuh dia supaya rahsia kumpulan mereka selamat tapi Murad halang sebab dia terhutang budi dengan Amaan. 

Tapi sejauh mana hidup Amaan akan berubah kalau keadaan di Bombay masih sama seperti 6 tahun lepas bila Muslim dilayan dengan kasar oleh Hindu? Fiza juga sering diganggu tanpa henti dan beberapa provokasi terhadap mereka dilakukan supaya boleh cetuskan pergaduhan besar. 

Filem Fiza bukan setakat menceritakan konflik yang berlaku dalam hidup keluarga kecil ni tapi juga menceritakan realiti yang berlaku pada masyarakat di sana yang sebenarnya dipengaruhi oleh permainan politik kotor untuk kekal berkuasa. Sama juga dengan si licik yang pandai mencari peluang untuk manipulasi keadaan. 

Anu Malik dan A. R. Rahman bekerjasama sebagai komposer untuk filem Fiza dan sepertimana karya mereka sebelum ni, music album Fiza juga antara market puller di box office selepas 2,500,000 unit terjual. Kebanyakan lagu dalam music album Fiza ni best termasuklah item song Mehboob Mere yang menampilkan Sushmita Sen. Sampai sekarang syok layan lagu dia especially Aaja Mahiya dengan Aankh Milaoongi.

 

Sepatutnya movie ni terikat dengan konflik dan mesej berat yang disampaikan tapi disebabkan desakan daripada produser untuk komersialkan movie ni terpaksa lah ditambah beberapa babak macam cameo dari Johny Lever dan babak di mana Amaan workout untuk show off badan sasa dia selama 10 minit. Imagine beria workout untuk tembak orang dari jauh je tanpa perlu berlawan dengan sesiapa pun. Ikutkan suntingan asal, ada cameo juga dari SRK dan Amitabh Bachchan tapi disebabkan durasi dah terlampau panjang, pengarah terpaksa potong babak mereka berdua. 

Walaupun penceritaan Fiza agak goyah dan beberapa babak dramatis ataupun draggy tapi mesej utama yang disampaikan tetap berpijak pada dunia nyata bila pengarah tonjolkan kesan besar dan trauma yang dialami selepas tragedi hitam yang berlaku di negara tersebut. Tak kira lah dari agama mana sekalipun, kedua-duanya mengalami kesan yang sama seperti watak Mr. Sawant. 

Lakonan Karisma Kapoor sebagai watak Fiza dengan karakter yang berani dan lantang digambarkan dengan tepat. Kalau dia bertegas dengan pendirian, dia juga boleh berubah menjadi lembut bila keadaan memerlukan dia bertindak sedemikian. Walaupun Hrithik sebenarnya lebih tua dari dia tapi tak nampak canggung langsung untuk dia lakonkan watak kakak. Lakonan Karisma diberikan pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik dari beberapa award events termasuklah Filmfare dan IIFA. 

Kalau movie ni ikut template thriller film sekarang mungkin lebih menarik untuk ditonton. Contoh paling tepat, movie New York (2011) arahan Kabir Khan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 8/10

Movie Review | Man of Men (2019)

Director : Yong-Soo

Writer : Yong-Soo

Cast : Sol Kyung-Gu, Cho Jin-Woong, Jin Sun-Kyu, Heo Jun-Ho, Kim Sa-Rang, Ji Seung-Hyun

Production Company : N/A

Distributor : Showbox

Genre : Comedy / Drama

Running Time : 117 minutes

Release Date : 2 October 2019

Trailer :


Masa tengok 10 minit awal movie Man of Men ni dah mula menyampah dengan watak Young-Ki (Cho Jin-Woong) sebab karakter dia yang menjengkelkan. Tambah pula bila dia songlap duit majikan (Heo Jun-Ho) sebanyak 700 ribu won dan laburkan pada syarikat Big Cell Bio. Kesian kawan baik dia, Dae-guk (Jin Sun-Kyu) terpaksa cari alasan dan sebolehnya mengelak dari majikan mereka. 

Bukan setakat kena pulangkan duit 700 ribu won dan bunga sekali bila syarikat tu larikan duit pelabur, terpaksa pula jaga Jang-Soo (Sol Kyung-Gu), peguam yang lumpuh selepas kemalangan jalan raya. Jang-Soo juga adalah CEO firma guaman dan mempunyai aset yang banyak tapi semua tu tak bermakna apa pun pada dia sebab dia akan meninggal dalam masa beberapa bulan sahaja lagi. Hidup dia kosong lepas isteri dan anak perempuan dia pergi tinggalkan dia. 

Sepanjang hari dia habiskan waktu di rumah jagaan dan dipantau oleh pembantu dia, Eun-Ha (Kim Sa-Rang). Mengetahui masalah Young-Ki, Jang-Soo buat tawaran supaya kematian dia nampak seperti kemalangan dan bukan natural death sebab duit insurans akan jadi lebih tinggi. Penerima duit insurans juga diubah kepada nama Young-Ki. 

Bukan hal yang besar pun untuk seorang gangster membunuh si lumpuh tapi bila mereka luangkan masa bersama banyak kenangan tercipta sampaikan Young-Ki tak sanggup jadi tamak. Dia jadi gangster pun bukan sebab dia suka keganasan tapi sebab dia perlukan duit untuk besarkan adik dia. Backstory dan lengkungan perubahan pada watak Young-Ki ni banyak membantu mengubah perspektif terhadap watak dia. Boleh faham kenapa Dae-guk dan adik lelaki dia setia di sisi walaupun perangai Young-Ki ni mengundang. Dekat situ kelemahan dia because nobody is perfect kan?

Movie penulisan dan arahan Yong-Soo ni adalah remake kepada movie Perancis bertajuk The Intouchables (2011) and from what I read watak dalam kedua-dua movie ni agak berbeza bila watak utama adalah pendatang asing ke Perancis. Perbezaan bangsa dan budaya buatkan movie tu lebih menarik manakala dalam Man of Men cuma berbeza pada kumpulan pendapatan. Perjalanan cerita pun dari awal sama seperti kebanyakan movie yang menggunakan tema dan konsep yang sama. 

Nasib baik kekuatan naskhah ini terletak pada lakonan dua peneraju utama dan keserasian mereka dalam kebanyakan babak bersama. Komedi yang bertenaga dari watak Young-Ki juga menceriakan suasana sampaikan Jang-Soo terhibur. 

Movie Man of Men berlatarkan kehidupan masyarakat Busan, Korea Selatan dan menilai dari budaya di situ, kebanyakannya mulut cakap lepas dengan pakaian yang striking. Sama sepertimana yang dipaparkan oleh watak Young-Ki dengan jaket bunga-bunga ataupun sarat dengan corak dan warna. Penggunaan tona warna hangat sesuai untuk menggambarkan persahabatan antara Young-Ki dan Jang-Soo. Visual pun memainkan peranan utama dalam screenplay movie ni bila dari warna kelam berubah kepada warna yang lebih cerah. 

Sub-plot yang ditambah untuk menghadirkan elemen drama dan konflik pun diolah dengan baik dan tak berlebihan. Bukan setakat persepsi Young-Ki berubah terhadap kawan baru dia, kita yang tengok pun terkejut sebab tak expect plot twist tu. Pengakhiran kisah hidup Jang-Soo sama seperti apa yang doktor dah bagitahu di awal cerita tapi jatuh dalam kategori happy ending jugak lah sebab impian dia sebelum pergi dah tercapai dengan bantuan Young-Ki. Bukan masalah pada pengakhiran tapi pada memori dan kenangan atau dampak kewujudan yang diselitkan sementara nafas masih ada. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.6/10

Movie Review | Memoir of A Murderer (2017)

 

Director : Won Shin-yun

Writer : Hwang Jo-yun, Won Shin-yun

Cast : Sol Kyung-gu, Kim Nam-gil, Kim Seol-hyun, Oh Dal-su, Hwang Seok-jeong, Gil Hae-yeon

Production Company : Green Fish Companies

Distributor : Showbox/Mediaplex, Netflix

Genre : Action / Thriller

Running Time : 118 minutes, 128 minutes (director's cut)

Release Date : 6 September 2017

Trailer :


‘My head is losing the memories. But my hand remembers the habit of killing.’ – Byeong-soo  

Diadaptasikan dari novel fiksyen, A Murderer's Guide to Memorization yang ditulis oleh Kim Young-ha. Mengisahkan tentang pembunuh bersiri, Kim Byeong-soo  (Sol Kyung-gu) mula hilang ingatan disebabkan Alzheimer's selepas kemalangan kereta 17 tahun lepas. Kemalangan yang sama menjadi punca dia berhenti membunuh orang-orang yang dianggap berdosa. Bagi dia itu semua bukan pembunuhan tapi pembersihan. 

Bermula dari pembunuhan ayah dia yang panas baran dan abusive kemudiannya gian membuatkan dia bunuh suami penjual makanan laut yang juga suka mendera isteri, ah long yang memeras ugut dan ramai lagi. Semua mangsa pembunuhan dia ditanam di kawasan hutan buluh. 

Walaupun dia pembunuh tapi pada waktu siang, dia bekerja sebagai veterinar, menyelamatkan haiwan yang sakit. Tapi bila keadaan dia merosot sehinggakan Michelle, kucing parsi yang menghidap kanser mati gara-gara terlupa suntik ubat, dia sedar yang dia patut berhenti bekerja. 

Dalam perjalanan pulang, Byeong-soo  terlanggar kereta Min Tae-joo (Kim Nam-gil) sehinggakan boot dia terbuka. Ada mayat dalam kereta dia tapi disebabkan kabus tebal, Byeong-soo tak pasti sama ada binatang ataupun manusia. Dia ambil sapu tangan untuk lap darah tersebut. Tae-joo minta dia lupakan saja tentang kerosakan kereta tersebut. 

Byeong-soo nampak pandangan mata seorang pembunuh pada Tae-joo. Tambah pula bila darah tersebut jenis O. Tak ada haiwan berdarah O. Tapi bila Byeong-soo buat aduan pada pihak polis, mereka anggap mudah sebab Byeong-soo sakit. Anak perempuan dia, Eun-hee (Kim Seol-hyun) cuba sebolehnya halang Byeong-soo sebab besar kemungkinan pembunuhan tersebut berlaku disebabkan ayah dia. 

Pengarah Won Shin-yun paparkan Memoir of a Murderer dengan kreatif di mana dia bermain dengan susur masa dan keadaan kesihatan watak Byeong-soo sehinggakan kita terkeliru sama ada realiti ataupun delusi. Tanpa perlu baca novel pun, movie yang diterbitkan oleh Green Fish Companies ni dah persembahkan yang terbaik menggunakan medium dan spektrum yang ada.  

Walaupun perjalanan movie ni predictable bila watak Byeong-soo ada dementia tapi kita tak boleh nak agak langsung langkah yang diambil oleh Tae-joo ataupun Eun-hee. Bila Byeong-soo tekad untuk bunuh Tae-joo, mencanak rasa saspen tu sebab tak tahu bila dementia dia akan datang dan mengganggu rancangan dia. Bayangkan musuh terbesar sebenarnya adalah diri sendiri. Kalau sebelum ni dia adalah pembunuh bersiri yang digeruni, kali ni dia cuma lelaki tua yang curi popcorn orang sebelah sebab lupa kenapa dia pergi ke cinema. 

Memandangkan movie Memoir of a Murderer ni dibikin pada tahun 2017, boleh kata lah loosely based on Momento (2000) ataupun movie Ghajini (2008) bila watak utama hilang ingatan dan perlu bergantung pada sesebuah alat untuk tahu rencana asal. Dalam movie ni watak Byeong-soo bergantung pada perakam suara yang dihadiahkan oleh Eun-hee. 

Gory scenes pula tak lah keterlaluan sangat sebab pengarah tak fokus pada pembunuhan tapi lebih kepada strategi Byeong-soo. Camera shot dan lighting terletak cantik pada setiap babak dalam membantu suasana dan screenplay. Lakonan Sol Kyung-gu tak berlebihan dan penggunaan nada suara rendah menghadirkan rasa seram dan ketegangan dalam beberapa babak. Berbeza dengan Kim Nam-gil yang try hard untuk menonojolkan sisi psiko dan berlagak naïf di mata awam. 

Nevertheless, this movie is recommended to watch if you love thriller genre. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 8.8/10

Ketagih Makan Dumpling Sarawak

 

Sebelum ni selalu nampak Dumpling Sarawak ni berkeliaran dekat timeline IG ataupun Facebook sebab Efa meniaga dumpling jenis ni. Dari beberapa pek sehari, sekarang ni dah bertindan pek dumpling Sarawak ni penuh atas meja dia. 

Memang dah lama nak try sebab asyik dok nampak je, mula lah teringin kan? Kebetulan dia open order masa tu terus selit order. Alang-alang nak guna Lalamove dengan caj RM24 sebab KL-Selangor, baik ambik pek yang besar terus. Boleh bagi dekat jiran sebelah ataupun kawan office yang datang masa tu. Sekarang kan kena bekerja ikut syif, so tak semua orang ada kerja waktu yang sama. 


Disebabkan beli pek besar, Efa bagi extra pek kecik Dumpling Sarawak tu. Mungkin sebab ada lebih kot ataupun hadiah sebab beli banyak hehe. Kalau box besar RM30 ada 35 pieces dumpling. Kalau beli box kecil ada 10 pieces dengan harga RM10. Kira berbaloi-baloi lah beli box besar lepastu dapat hadiah pek kecil. Rezeki terpijakkkkk!


Kalau yang tak tahu rupa Dumpling Sarawak tu macam mana, ni gambar close-up dia. Lupa nak ambil gambar inti dalam sebab dumpling ni sedap sangat. Inti dekat dalam tu ada udang kering, lobak merah dengan ubi sengkuang. 

Topping dumpling Sarawak ni bawang putih goreng. Tak tahu lah macam mana proses masakan dia tapi sebagai orang yang tak suka bawang putih, bila makan dumpling Sarawak ni, rasa dia blend and compliment each other. Ada rasa manis, ada rasa crunchy lepastu cicah dengan sos cair terasa pedas-pedas dia memang sedap lah. Makan masa panas lah paling sedap. 

Disebabkan beli box besar even dah share dengan kawan office lepastu dah bagi half dekat jiran sebelah pun tetap banyak dumpling ni. Takut jugak kalau simpan dalam fridge dia tak tahan lama. Bila contact Efa, dia kata boleh tahan seminggu. Tapi dua hari je tahan sebab semua dumpling Sarawak ni dah masuk perut. 

Lepas ni memang repeat lagi lah bila craving nak makan Dumpling Sarawak ni. Thanks Efa sebab bagi service the best, susun cantik-cantik siap bagi extra small box lagi. I'm a happy customer ❤🌸

Family Mart | Double Cheese Corn Sausage


Minggu lepas menjejak ke Family Mart nak beli breakfast lepastu ternampak ada corn dog. Bila tengok poster ni ada dua option available sama ada corn dog double cheese ataupun triple cheese. Disebabkan takut muak teruk sangat bila makan triple cheese so I ambik double cheese hehe


Saiz corn dog Family Mart ni besar tau even sausage dekat dalam tu besar, saiz Family Mart, berbaloi lah dengan harga dia RM7.90. Dekat topping ada limpahan cheese dengan sos cili samyang. Kalau tak tahan pedas samyang tu better suruh dia behave bila tuang sos. Pijaq mulut bila makan corn dog ni. 


Imagine makan Double Cheese Corn Sausage Family Mart ni panas-panas dengan sos samyang tu. Fuhhhh! Rasa macam dekat Korea tengah bertenggek depan bangunan YG Entertainment tunggu iKON nak masuk dalam van hitam diorang. 


Selain Double Cheese Corn Sausage ni ada Royal Mik Tea Sofuto, Fried Pan Pizza dengan squid onigiri bersempena kempen Around The World sampai 27 Julai 2021 nanti. Benda sedap selalu ada time limit, tak boleh ke kalau biar je Double Cheese Corn Sausage ni jadi menu tetap Family Mart? Dah la susah nak cari. Kalau ada pun tepung je banyak itupun soggy. Haihhhh :(

Segmen Renew Bloglist 2021

 


Giveaway Road To 3M Mamapp

Giveaway Aku Dan Kamu

 

Ucapan : 

Selamat ulangtahun perkahwinan kepada #asaliff ! Semoga perkahwinan kekal bahagia till Jannah.