Movie Review | Memoir of A Murderer (2017)
Tuesday, 6 July 2021
Director : Won Shin-yun
Writer : Hwang Jo-yun, Won Shin-yun
Cast : Sol Kyung-gu, Kim Nam-gil, Kim Seol-hyun, Oh Dal-su, Hwang Seok-jeong, Gil Hae-yeon
Production Company : Green Fish Companies
Distributor : Showbox/Mediaplex, Netflix
Genre : Action / Thriller
Running Time : 118 minutes, 128 minutes (director's cut)
Release Date : 6 September 2017
Trailer :
‘My head is losing the memories. But my hand remembers the habit of killing.’ – Byeong-soo
Diadaptasikan dari novel fiksyen, A Murderer's Guide to Memorization yang ditulis oleh Kim Young-ha. Mengisahkan tentang pembunuh bersiri, Kim Byeong-soo (Sol Kyung-gu) mula hilang ingatan disebabkan Alzheimer's selepas kemalangan kereta 17 tahun lepas. Kemalangan yang sama menjadi punca dia berhenti membunuh orang-orang yang dianggap berdosa. Bagi dia itu semua bukan pembunuhan tapi pembersihan.
Bermula dari pembunuhan ayah dia yang panas baran dan abusive kemudiannya gian membuatkan dia bunuh suami penjual makanan laut yang juga suka mendera isteri, ah long yang memeras ugut dan ramai lagi. Semua mangsa pembunuhan dia ditanam di kawasan hutan buluh.
Walaupun dia pembunuh tapi pada waktu siang, dia bekerja sebagai veterinar, menyelamatkan haiwan yang sakit. Tapi bila keadaan dia merosot sehinggakan Michelle, kucing parsi yang menghidap kanser mati gara-gara terlupa suntik ubat, dia sedar yang dia patut berhenti bekerja.
Dalam perjalanan pulang, Byeong-soo terlanggar kereta Min Tae-joo (Kim Nam-gil) sehinggakan boot dia terbuka. Ada mayat dalam kereta dia tapi disebabkan kabus tebal, Byeong-soo tak pasti sama ada binatang ataupun manusia. Dia ambil sapu tangan untuk lap darah tersebut. Tae-joo minta dia lupakan saja tentang kerosakan kereta tersebut.
Byeong-soo nampak pandangan mata seorang pembunuh pada Tae-joo. Tambah pula bila darah tersebut jenis O. Tak ada haiwan berdarah O. Tapi bila Byeong-soo buat aduan pada pihak polis, mereka anggap mudah sebab Byeong-soo sakit. Anak perempuan dia, Eun-hee (Kim Seol-hyun) cuba sebolehnya halang Byeong-soo sebab besar kemungkinan pembunuhan tersebut berlaku disebabkan ayah dia.
Pengarah Won Shin-yun paparkan Memoir of a Murderer dengan kreatif di mana dia bermain dengan susur masa dan keadaan kesihatan watak Byeong-soo sehinggakan kita terkeliru sama ada realiti ataupun delusi. Tanpa perlu baca novel pun, movie yang diterbitkan oleh Green Fish Companies ni dah persembahkan yang terbaik menggunakan medium dan spektrum yang ada.
Walaupun perjalanan movie ni predictable bila watak Byeong-soo ada dementia tapi kita tak boleh nak agak langsung langkah yang diambil oleh Tae-joo ataupun Eun-hee. Bila Byeong-soo tekad untuk bunuh Tae-joo, mencanak rasa saspen tu sebab tak tahu bila dementia dia akan datang dan mengganggu rancangan dia. Bayangkan musuh terbesar sebenarnya adalah diri sendiri. Kalau sebelum ni dia adalah pembunuh bersiri yang digeruni, kali ni dia cuma lelaki tua yang curi popcorn orang sebelah sebab lupa kenapa dia pergi ke cinema.
Memandangkan movie Memoir of a Murderer ni dibikin pada tahun 2017, boleh kata lah loosely based on Momento (2000) ataupun movie Ghajini (2008) bila watak utama hilang ingatan dan perlu bergantung pada sesebuah alat untuk tahu rencana asal. Dalam movie ni watak Byeong-soo bergantung pada perakam suara yang dihadiahkan oleh Eun-hee.
Gory scenes pula tak lah keterlaluan sangat sebab pengarah tak fokus pada pembunuhan tapi lebih kepada strategi Byeong-soo. Camera shot dan lighting terletak cantik pada setiap babak dalam membantu suasana dan screenplay. Lakonan Sol Kyung-gu tak berlebihan dan penggunaan nada suara rendah menghadirkan rasa seram dan ketegangan dalam beberapa babak. Berbeza dengan Kim Nam-gil yang try hard untuk menonojolkan sisi psiko dan berlagak naïf di mata awam.
Nevertheless, this movie is recommended to watch if you love thriller genre.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 8.8/10