Movie Review | Memoir of A Murderer (2017)

Tuesday, 6 July 2021

 

Director : Won Shin-yun

Writer : Hwang Jo-yun, Won Shin-yun

Cast : Sol Kyung-gu, Kim Nam-gil, Kim Seol-hyun, Oh Dal-su, Hwang Seok-jeong, Gil Hae-yeon

Production Company : Green Fish Companies

Distributor : Showbox/Mediaplex, Netflix

Genre : Action / Thriller

Running Time : 118 minutes, 128 minutes (director's cut)

Release Date : 6 September 2017

Trailer :


‘My head is losing the memories. But my hand remembers the habit of killing.’ – Byeong-soo  

Diadaptasikan dari novel fiksyen, A Murderer's Guide to Memorization yang ditulis oleh Kim Young-ha. Mengisahkan tentang pembunuh bersiri, Kim Byeong-soo  (Sol Kyung-gu) mula hilang ingatan disebabkan Alzheimer's selepas kemalangan kereta 17 tahun lepas. Kemalangan yang sama menjadi punca dia berhenti membunuh orang-orang yang dianggap berdosa. Bagi dia itu semua bukan pembunuhan tapi pembersihan. 

Bermula dari pembunuhan ayah dia yang panas baran dan abusive kemudiannya gian membuatkan dia bunuh suami penjual makanan laut yang juga suka mendera isteri, ah long yang memeras ugut dan ramai lagi. Semua mangsa pembunuhan dia ditanam di kawasan hutan buluh. 

Walaupun dia pembunuh tapi pada waktu siang, dia bekerja sebagai veterinar, menyelamatkan haiwan yang sakit. Tapi bila keadaan dia merosot sehinggakan Michelle, kucing parsi yang menghidap kanser mati gara-gara terlupa suntik ubat, dia sedar yang dia patut berhenti bekerja. 

Dalam perjalanan pulang, Byeong-soo  terlanggar kereta Min Tae-joo (Kim Nam-gil) sehinggakan boot dia terbuka. Ada mayat dalam kereta dia tapi disebabkan kabus tebal, Byeong-soo tak pasti sama ada binatang ataupun manusia. Dia ambil sapu tangan untuk lap darah tersebut. Tae-joo minta dia lupakan saja tentang kerosakan kereta tersebut. 

Byeong-soo nampak pandangan mata seorang pembunuh pada Tae-joo. Tambah pula bila darah tersebut jenis O. Tak ada haiwan berdarah O. Tapi bila Byeong-soo buat aduan pada pihak polis, mereka anggap mudah sebab Byeong-soo sakit. Anak perempuan dia, Eun-hee (Kim Seol-hyun) cuba sebolehnya halang Byeong-soo sebab besar kemungkinan pembunuhan tersebut berlaku disebabkan ayah dia. 

Pengarah Won Shin-yun paparkan Memoir of a Murderer dengan kreatif di mana dia bermain dengan susur masa dan keadaan kesihatan watak Byeong-soo sehinggakan kita terkeliru sama ada realiti ataupun delusi. Tanpa perlu baca novel pun, movie yang diterbitkan oleh Green Fish Companies ni dah persembahkan yang terbaik menggunakan medium dan spektrum yang ada.  

Walaupun perjalanan movie ni predictable bila watak Byeong-soo ada dementia tapi kita tak boleh nak agak langsung langkah yang diambil oleh Tae-joo ataupun Eun-hee. Bila Byeong-soo tekad untuk bunuh Tae-joo, mencanak rasa saspen tu sebab tak tahu bila dementia dia akan datang dan mengganggu rancangan dia. Bayangkan musuh terbesar sebenarnya adalah diri sendiri. Kalau sebelum ni dia adalah pembunuh bersiri yang digeruni, kali ni dia cuma lelaki tua yang curi popcorn orang sebelah sebab lupa kenapa dia pergi ke cinema. 

Memandangkan movie Memoir of a Murderer ni dibikin pada tahun 2017, boleh kata lah loosely based on Momento (2000) ataupun movie Ghajini (2008) bila watak utama hilang ingatan dan perlu bergantung pada sesebuah alat untuk tahu rencana asal. Dalam movie ni watak Byeong-soo bergantung pada perakam suara yang dihadiahkan oleh Eun-hee. 

Gory scenes pula tak lah keterlaluan sangat sebab pengarah tak fokus pada pembunuhan tapi lebih kepada strategi Byeong-soo. Camera shot dan lighting terletak cantik pada setiap babak dalam membantu suasana dan screenplay. Lakonan Sol Kyung-gu tak berlebihan dan penggunaan nada suara rendah menghadirkan rasa seram dan ketegangan dalam beberapa babak. Berbeza dengan Kim Nam-gil yang try hard untuk menonojolkan sisi psiko dan berlagak naïf di mata awam. 

Nevertheless, this movie is recommended to watch if you love thriller genre. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 8.8/10

Ketagih Makan Dumpling Sarawak

 

Sebelum ni selalu nampak Dumpling Sarawak ni berkeliaran dekat timeline IG ataupun Facebook sebab Efa meniaga dumpling jenis ni. Dari beberapa pek sehari, sekarang ni dah bertindan pek dumpling Sarawak ni penuh atas meja dia. 

Memang dah lama nak try sebab asyik dok nampak je, mula lah teringin kan? Kebetulan dia open order masa tu terus selit order. Alang-alang nak guna Lalamove dengan caj RM24 sebab KL-Selangor, baik ambik pek yang besar terus. Boleh bagi dekat jiran sebelah ataupun kawan office yang datang masa tu. Sekarang kan kena bekerja ikut syif, so tak semua orang ada kerja waktu yang sama. 


Disebabkan beli pek besar, Efa bagi extra pek kecik Dumpling Sarawak tu. Mungkin sebab ada lebih kot ataupun hadiah sebab beli banyak hehe. Kalau box besar RM30 ada 35 pieces dumpling. Kalau beli box kecil ada 10 pieces dengan harga RM10. Kira berbaloi-baloi lah beli box besar lepastu dapat hadiah pek kecil. Rezeki terpijakkkkk!


Kalau yang tak tahu rupa Dumpling Sarawak tu macam mana, ni gambar close-up dia. Lupa nak ambil gambar inti dalam sebab dumpling ni sedap sangat. Inti dekat dalam tu ada udang kering, lobak merah dengan ubi sengkuang. 

Topping dumpling Sarawak ni bawang putih goreng. Tak tahu lah macam mana proses masakan dia tapi sebagai orang yang tak suka bawang putih, bila makan dumpling Sarawak ni, rasa dia blend and compliment each other. Ada rasa manis, ada rasa crunchy lepastu cicah dengan sos cair terasa pedas-pedas dia memang sedap lah. Makan masa panas lah paling sedap. 

Disebabkan beli box besar even dah share dengan kawan office lepastu dah bagi half dekat jiran sebelah pun tetap banyak dumpling ni. Takut jugak kalau simpan dalam fridge dia tak tahan lama. Bila contact Efa, dia kata boleh tahan seminggu. Tapi dua hari je tahan sebab semua dumpling Sarawak ni dah masuk perut. 

Lepas ni memang repeat lagi lah bila craving nak makan Dumpling Sarawak ni. Thanks Efa sebab bagi service the best, susun cantik-cantik siap bagi extra small box lagi. I'm a happy customer ❤🌸

Family Mart | Double Cheese Corn Sausage


Minggu lepas menjejak ke Family Mart nak beli breakfast lepastu ternampak ada corn dog. Bila tengok poster ni ada dua option available sama ada corn dog double cheese ataupun triple cheese. Disebabkan takut muak teruk sangat bila makan triple cheese so I ambik double cheese hehe


Saiz corn dog Family Mart ni besar tau even sausage dekat dalam tu besar, saiz Family Mart, berbaloi lah dengan harga dia RM7.90. Dekat topping ada limpahan cheese dengan sos cili samyang. Kalau tak tahan pedas samyang tu better suruh dia behave bila tuang sos. Pijaq mulut bila makan corn dog ni. 


Imagine makan Double Cheese Corn Sausage Family Mart ni panas-panas dengan sos samyang tu. Fuhhhh! Rasa macam dekat Korea tengah bertenggek depan bangunan YG Entertainment tunggu iKON nak masuk dalam van hitam diorang. 


Selain Double Cheese Corn Sausage ni ada Royal Mik Tea Sofuto, Fried Pan Pizza dengan squid onigiri bersempena kempen Around The World sampai 27 Julai 2021 nanti. Benda sedap selalu ada time limit, tak boleh ke kalau biar je Double Cheese Corn Sausage ni jadi menu tetap Family Mart? Dah la susah nak cari. Kalau ada pun tepung je banyak itupun soggy. Haihhhh :(

Segmen Renew Bloglist 2021

 


Giveaway Road To 3M Mamapp

Giveaway Aku Dan Kamu

 

Ucapan : 

Selamat ulangtahun perkahwinan kepada #asaliff ! Semoga perkahwinan kekal bahagia till Jannah. 

Lucky Man | Feels Lucky To Have This Abum As Self-Reward

Monday, 5 July 2021

Lepas album Waterfall - B.I sampai, album Lucky Man - Bobby pulak sampai. Yeayy for Double B in the house yo! Actually album Bobby ni dah keluar dari 25 Januari 2021 lagi tapi bulan lepas baru dengar full abum dekat Youtube. Dengar semua lagu pun best, harga pun dah jatuh sikit, terus beli dekat Shopee. 

Album Lucky Man ni ada dua version - A ataupun B. I pilih version B sebab box dia fully berwarna hitam unlike A version, ada shape warna putih lepastu divider dekat dalam macam tak cantik bila base warna putih. 5 hari album ni ambil masa untuk sampai ke tangan dan parcel dia agak menyedihkan sebab dah kemek sana sini. Nasib lah tak rosak poster Bobby. 


Main track untuk album Lucky Man ni lagu U Mad dengan konsep diss to haters tonjolkan sisi swag, confidence dan strong dari Bobby. Rap yang laju dengan level amarah yang tinggi. There's a lot energy in this song. First time dengar terus jatuh cinta dan sekarang dah jadi lagu penggerak semangat supaya rajin sikit haha



Berbeza dengan solo debut album Bobby - Love and Fall (2017), album kedua ni lebih playful, santai dan serlahkan karakter Bobby dengan susunan lagu yang membentuk sebuah cerita termasuklah 4 skit yang dimuatkan bersama. Yang bestnya dalam album ni Bobby ada lagu bersama JuNe - Raining dan DK - Ur SOUL Ur BodY. Rasanya semua album Bobby ada lagu dengan DK ataupun tentang DK. Sayang betul dengan member sorang tu. I think apart from being friend and group member, Bobby jaga DK macam adik. 


Bobby bermain dengan saiz abjad pada tajuk lagu. Macam lagu  Ur SOUL Ur BodY yang emphasize pada Soul berbanding Body sebab perkara tu yang dia value pada wanita. Kombinasi suara Bobby yang keras dengan suara lunak dan lembut DK menjadikan lagu tu sweet dan adorable. One of my fav song dalam album Lucky Man. Cara lirik tu persembahkan karakter Bobby yang suka pakai seluar jatuh tapi lepas kehadiran perempuan tu dia naikkan tinggi bagi makna perubahan yang besar sedang berlaku. Pakai seluar jatuh more to being casual tapi seluar naik tinggi bila lelaki attend majlis rasmi atau berpakaian formal which means he's serious in his business. 

Yeah You make me sing I pull up my trousers higher 
Yeah Your presence in my life is like that 
Yeah You make me sing I pull up my trousers higher 
Yeah Your presence in my life is like that... - Ur SOUL Ur BodY

Relationship Bobby dengan JuNe dipaparkan dengan cantik dalam lagu Raining. Walaupun diorang awkward tapi Bobby memang dah lama minat dengan talent JuNe. He never shy to admit that thing. Sebelum lagu Raining, Bobby dengan JuNe ada gubah satu lagu bersama dengan konsep rock ballad jugak. Happy bila dengar lagu ni sebab Bobby highlight talent JuNe, bagi ruang untuk dia menyerlah dalam karya since JuNe memang minat dengan genre rock instead of hip-hop - genre/style utama iKON. Masa beli album ni berharap jugak dapat poster Raining sebab comel tapi dapat yang lain pulak. 

I said I said it’s 
Raining raining 
Raining raining 
In my dark and sad room 
Hold me down 
Bury me alive 
It’s a night I don’t want to exist... - Raining

Penceritaan, emosi dan melodi lagu Raining ni berbeza dengan lagu Ur SOUL Ur BodY sebab lagu ni bila dia patah hati lepas kena tipu dengan perempuan yang dia suka. Rasa putus asa, melankolia, patah hati semuanya digambarkan dengan tepat oleh suara serak JuNe dan adlibs dari Bobby. 

Kemudiannya  lagu Let It Go yang menceritakan tentang harapan dia untuk move on so melodi lebih cheerful and heartwarming. Vokal Bobby terserlah sebab tak banyak rap dan lirik yang diulang-ulang untuk emphasize perasaan tu. Bobby tutup album Lucky Man dengan lagu Devil yang lebih kurang sama rentak dan konsep dengan U Mad. Lengkap lah kitaran kehidupan seorang playboy haha

Lirik lagu dalam album Lucky Man ni kebanyakannya simple dan relatable dengan common life sebab cerita jatuh cinta, patah hati dan move on semua orang pun pernah rasa so it's relatable sangat. The butterfly feelings, angau, denial, geram semua lah diterjemahkan dengan melodi yang tepat. Main track je macam susah nak follow tapi side track semuanya enjoyable. 


Bobby kata dia dapat inspirasi pun dari keadaan sekeliling macam lagu Lilac tu dia dapat ilham masa dia tengah cari sabun basuh baju dekat supermarket. Dia ternampak sabun dengan wangian bunga Lilac yang berwarna ungu kemudian bayangkan dengan perasaan jatuh cinta pertama kali. 

My eyes are closed, put your hands up
You are my first love
You're my li-li-lac
My eyes are closed, put your hands up
You are my first love
You're my li-li-li-li-lac - Lilac

Sama macam B.I dengan album Waterfall, Bobby juga bermain dengan beberapa bunyi atau instrumen music untuk jadikan lagu tu hidup dan berseni macam lagu Gorgeous. Suka dengan intro lagu ni bila Bobby masukkan dial tone dan suara dia merayu bertanya dekat perempuan tu. Bobby tahu nak guna low note di tahap mana supaya kedengaran sexy. I'm melt!


Berbaloi lah beli album Lucky Man sebagai self reward ni ataupun kalau memang peminat Bobby sebab ada banyak photocards dan sketch Bobby yang ambil tengkorak sebagai konsep seni. Dalam album Lucky Man ni ada 

- Roll poster (both side)
- Song poster
- Bobby Pizza Photocard
- CD album Lucky Man
- 4 pcs of photocards 
- Magenetic photocard
- Lucky Man stickers
- Bobby stickers
- Lyric book
- Photobook of Bobby
- iKON photocard


Happy dapat iKON photocard sekali walaupun satu je. Comel je semua hikss


Lepas dengar keseluruhan album, dapat rasa yang karya dan talent Bobby makin bertambah bagus sebagai rapper, penulis lrik ataupun komposer. Dah 10 tahun under YG entertainment pun boleh provide lagu best tak kira genre. Tak sabar nak tunggu comeback album iKON nanti sebab DK bagi hint akan ada banyak lagu hip-hop. 

iKON | Kcontact 4

Sunday, 4 July 2021

Lepas survival show Kingdom : Legendary War, iKON muncul di Kcontact 4 yang diterbitkan oleh Mnet bersama dengan idol group The Boyz dan SF9. Excited bila tengok lineup untuk 27 Jun 2021 sebab team It's One buat reunion. Event Kcontact 4 bukan percuma sebab audience kena bayar RM80 untuk suscribe secara bulanan. 

I tak bayar pun tapi tengok illegal sebab ada iKONic yang baik hati tolong record dan upload dekat Google Drive. Bukan tak nak tengok secara legal tapi bayar RM80 untuk 5 performance iKON tanpa english subtitle. Nganga je lah diorang sembang apa. Nanti Mnet akan upload jugak performance iKON dekat Youtube channel diorang cuma lambat sikit lah. Dalam seminggu dua macam tu. Yang bayar tu sebab nak appear dekat Meet & Greet session je. 

Sebelum ni DK ada update dekat Weverse yang iKON tengah busy practice tapi tak sangka pulak untuk Kcontact 4 ni. Even senarai lagu pun iKON tak bagitahu tapi JuNe dengan DK ada drop subtle hint dalam setiap post bila diorang asyik minta maaf. Pelik jugak lah kenapa rupanya diorang nak perform Apology. 

Performance iKON dekat Kcontact ni bikin nangis sebab semua lagu famous diorang masa zaman debut sampai lah B.I keluar pada tahun 2019. iKON perform dekat concert tapi most of the time diorang nangis je lah atas stage sebab tak boleh terima yang leader kesayangan dah tak ada. Kejamnya YG Entertainment masa tu selain dari paksa iKON perform, diorang siap buat clip Jay menangis atas stage sebagai teaser concert. 

Persembahan pembukaan dari rapper unit It's One - Bobby iKON, Hwiyoung SF9 dengan Sunwoo The Boyz. Fans tak tahu menahu langsung yang diorang akan perform Full Dash. Team The Boyz yang bagi hint bila fans tanya mana Sunwoo masa meet and greet. The Boyz kata jangan risau sebab dia tengah bersiap untuk persembahan khas. Happy gila bila tengok Full Dash dengan stage lagi cantik dan sound system lebih jelas berbanding Kingdom. 



Happy betul tengok rapper unit have fun dekat atas stage perform Full Dash sebab chemistry diorang bertiga strong sangat. Terserlah teamwork tu walaupun Hwiyoung dengan Sunwoo ada banyak part dari Bobby. Muka Bobby happy tengok junior dia perform dengan swag tu awwdorable sangat. Tak tahu lah single Full Dash ni boleh relase as official single ke tak since ramai betul fans yang suka lagu ni. 

Sementara idol group The Boyz dengan SF9 buat performance, iKONics dapat tengok iKON menyembang dengan hos program tentang Kingdom dan hal-hal lain macam comeback album. 

Hos : Which performance in Kingdom is your favorite? 

Jay : None!

Berdekah teruk tengok part ni sebab iKON menyampah gila kena sabotaj tiap minggu dengan Mnet. Diorang buat yang terbaik pun sebab tahu iKONics tengok Kingdom dan vote setiap performance. Habis je final episode, terus diorang celebrate dengan kek. 

Persembahan pertama iKON di Kcontact 4 ialah Apology. Like I said earlier sedih lah tengok performance iKON sebab B.I dah tak ada. Dah la diorang letak props kerusi dekat stage tu lepastu sengaja letak kerusi kosong sebelah DK sebab dia yang nyanyi part B.I :(

Walaupun sedih tapi happy dengan improvement pada vocal JuNe especially part dia tarik dekat chorus. 

Mian mian

Jikyeojuji mothae mianhae

Jal salgilbarae

Mian mian neodo nal ijeojwo

Apeujiman

Jadi hangover terus bila dia tarik dekat apeujiman tu untuk emphasize perasaan sakit yang dia rasa. Teringat momen dia dengan B.I sebelum ni. Vokal Yunhyeong dengan Chanwoo pun makin bagus dan jelas berbanding sebelum ni. 

Performance seterusnya iKON bawa lagu Bling Bling, Sinosijak, Rythm Ta dan Killing Me. Masa performance tu boleh nampak ada lightstick dekat bahagian bawah. Mati-mati lah ingatkan tu iKONics yang datang dekat Kcontact 4 sebab lighstick iKON sama bentuk macam tu rupanya animation je. Patut lah iKON tak buat any contact dengan audience dekat bawah. 

Masa meet & greet session yang terakhir, iKON kena pilih fanzone yang paling menarik antara semua. Pemenang akan dapat video call dengan iKON. Happy bila Yunhyeong pilih Julie dari Texas, USA sebab fanzone dia penuh dengan poster ot7. Even alasan Yunhyeong masa tu sebab Julie suka dengan semua termasuk B.I. Lepas tengok Kcontact ni terus cakap terima kasih dekat Julie via Twitter sebab tampal poster ot7. Tahun lepas masa dekat Kcontact 3 ada juga yang letak poster ot7 tapi dia letak yang saiz kecil je sebab takut tak dapat join meet and greet session. 

Happy dapat tengok Kcontact 4 ni sebab iKON bagi hint diorang tengah siapkan album baru. Happy jugak tengok diorang makin happy lepas kes 2019 dulu. Tapi dalam happy tu pun geram jugak tengok outfit iKON malam tu sebab merepek sangat. JuNe sampai pakai 3 lapis baju malam tu, Bobby pulak baju berlubang dekat bahagian ketiak, seluar pulak berlubang dekat bahagian peha. DK pakai t-shirt biasa je. Urgghhh! Hopefully stylist diorang bertukar untuk comeback album nanti. 

Bulan lepas iKON buat pengumuman yang diorang akan join Weverse Apps pada 21 Jun 2021 maka ramai lah yang buat hebahan tentang tutorial untuk menggunakan apps yang dicipta oleh syarikat Hybe Corporation pada 10 Jun 2019. Syarikat Hybe Corporation adalah talent agency kepada idol group BTS. 


Sebelum iKON, beberapa idol group dah guna platform Weverse untuk berkomunikasi dengan peminat secara digital. Antaranya BTS, Red Velvet, Treasure, Jump B, FT Island, Dreamcatcher, Weekly, SEVENTEEN, Enhypen, TXT dan banyak lagi. Setakat ni Weverse masih lagi percuma untuk sesiapa sahaja guna. Nak sign up pun senang sangat macam platform media sosial yang lain. Yang susahnya bila nak upload profile picture sebab terhad untuk gambar bersaiz 144x144. Terpaksa lah rajinkan diri pergi resize dulu gambar lepastu upload. Renyah!

So this is my dashboard and I join komuniti iKON. Tak semestinya you guys sign up Weverse untuk satu idol group je. Kalau pergi dekat homepage Weverse, ada pilihan untuk join mana-mana komuniti. Banyak kali je ARMY datang post pasal BTS padahal diorang ada komuniti sendiri. 


Kalau tengok di sebelah kiri apps tu ada Feed, Artist dan Media. Feed adalah ruang untuk fans post apa sahaja sama ada text, gambar, gif ataupun video. Ikut kreativiti masing-masing lah. Dekat bahagian post tu ada pilihan untuk Hide From Artist. Selalunya post yang HFA ni nak berkenalan sesama fans ataupun buat hebahan tanpa pengetahuan artis. 


Di bahagian Artist pula, semua post yang artis post di Weverse  sama ada text, gambar, gif ataupun video. Macam semalam JuNe update gambar dia makan dekat Namsan sebab dia pergi area Namsan Tower. Yunhyeong pula update gambar dia dekat gym. Chanwoo update dia akan buat Vlive dengan DK. Kalau perasan dekat gambar atas tu ada Moments. Feature tu khas untuk artis update kepada fans lah. Bila keluar dekat feed, rasa special sikit lah sebab tertulis 'To : Farhana' padahal semua orang dapat benda yang sama haha


Di bahagian Media pula ada himpunan video yang dimuat naik oleh iKON untuk tatapan fans cuma yang tak bestnya tak ada english subs. Jadi isu jugak lah haritu bila iKON upload video Behind The Kingdom : Dance Practice untuk performance At Ease. Dah la lambat dari schedule asal lepastu upload dekat Weverse apps tanpa english subtitle. Non-Korean fans nganga je lah tak faham mende. 


Notification di Weverse ni melemaskan sikit sebab dia masukkan semua notification dari artis dan notification untuk post kita. Padahal tak perlu pun masukkan artist punya bila kita boleh tengok dekat Artist tab je. Membara je tengok notification DK reply sekian sekian comment padahal post kita sendu je. 


Kelemahan Weverse ni bila translation apps dia merepek sangat macam gambar dekat atas ni. Kalau yang pendek je okay lah tapi kalau karangan panjang macam DK post sebelum ni kemain teruk benar dia melalut. Apps Weverse ni best untuk Korean fans je lah sebab diorang faham iKON sembang apa. Tak tahu lah kalau iKON aim nak tarik lebih ramai Korean fans lepas kes YG Entertainment peram diorang dekat China dengan Jepun lepas debut. 

Habistu non-Korean fans macam mana? Don't we deserve equal treatment since we also contribute in views and sales? Kalau ikutkan YG Entertainment ada kontrak dengan Weverse supaya Treasure dengan iKON guna apps ni berbanding social media platform yang lain. Bulan lepas excited lah join Weverse ni tapi makin lama makin menyampah sebab timeline tak bergerak macam Twitter. Setiap kali masuk Weverse, kena refresh untuk tengok apa latest post sama ada di Feed ataupun Artist. Notification dia pun tak appear dekat phone so memang besar sangat kemungkinan untuk terlepas apa-apa update dari artis. 



Walaupun iKON promote Weverse untuk medium yang boleh mengeratkan lagi hubungan dengan iKONics tapi diorang pun jarang guna. Yunhyeong je la yang rajin update setiap hari dan balas beberapa komen fans. Chanwoo akan update ikut mood dia ataupun komen cari gaduh dengan member lain. Jay update kalau ada selca baru sebab dia tak pandai guna Weverse. DK akan muncul tiba-tiba dan balas komen fans selama 10 minit tapi bukan setiap hari lah. JuNe akan muncul untuk upload selca beberapa keping lepastu hilang. Bobby muncul untuk tanya pendapat fans je lepastu hilang. 

Tunggu lah beberapa bulan lagi kalau dah menyampah memang uninstall je apps ni sebab bosan haha

Movie Review | No One Killed Jessica

Saturday, 3 July 2021

Director : Raj Kumar Gupta

Writer : Raj Kumar Gupta

Cast : Vidya Balan, Rani Mukerji, Rajesh Sharma, Mohammed Zeeshan Ayyub, Myra Karn

Production Company : UTV Spotboy

Distributor : UTV Spotboy, Reliance Entertainment, Netflix

Genre : Crime / Thriller

Running Time : 136 minutes

Release Date : 7 January 2011

Trailer :


Diadaptasikan dari kes jenayah pembunuhan Jessica Lal pada tahun 1999 bila Jessica (Myra Karn) ditembak di bahagian kepala setelah beberapa kali memaklumkan stok arak sudah habis dan bar dah pun ditutup pada jam 12.30 malam. Perjalanan kes yang diceritakan dalam movie crime thriller terbitan UTV Spotboy sama seperti kejadian sebenar. 

One of the reason movie No One Killed Jessica, naskhah kedua Raj Kumar Gupta ni tersenarai dalam my fav movie. Glad I can rewatch it on Netflix walaupun dah 10 tahun tapi impak dan perasaan tu masih sama. That’s a good thing kan tapi dalam masa yang sama rasa sedih jugak sebab keadaan negara masih di takuk yang sama. Jangankan India tapi di mana-mana negara pun korupsi dan kebobrokan tak akan pernah hilang. Sama ada rakyat putus asa atau bangkit melawan, itu saja perbezaannya. 

Dekat first half, movie bergerak dengan penceritaan bagaimana Sabrina Lal (Vidya Balan) dan keluarga turun naik mahkamah dan berjumpa dengan saksi berkaitan dengan kes Jessica. Macam mana mereka dikecewakan berkali-kali hanya kerana suspek Manish P. Bharadwaj (Mohammed Zeeshan Ayyub) anak kepada menteri di Haryana. Ramai saksi dibeli dengan mudah termasuklah kawan baik Jessica sendiri, Vikram Jai Singh (Neil Bhoopalam) yang memilih untuk berdiam dan ubah statement di kamar mahkamah. 

Awalnya watak journalist Meera Gaity (Rani Mukerji) tak nak ambik port dengan kes Jessica Lal ni sebab open and shut case sampai lah dia nampak keputusan mahkamah di mana menyatakan tiada siapa yang membunuh Jessica. Merepek kan?! Sebab tu dia ambil keputusan untuk guna platform dan suara dia menegakkan keadilan yang dinafikan. Walaupun agak dramatis dan too good to be true tapi elemen fiksyen sebegini yang kita perlukan bila sakit hati dengan keputusan dunia yang nyata. Keistimewaan yang ada pada layar perak ataupun media cetak. 

Watak Meera mungkin diambil dan dipaparkan berdasarkan Barkha Dutt, salah seorang journalist wanita di India yang pandai mencari peluang dan berani dalam bidang dia. Rani pun berjaya deliver watak dia tanpa terlihat melebih-lebih dengan dialog yang kedengaran feminis dan lantang. Babak dia bersama Vidya antara highlight dalam movi No One Killed Jessica bila dua pelakon berbakat besar bersemuka dalam satu skrin. Tak hairan lah Rani menang banyak anugerah untuk kategori  Best Supporting Actress. Walaupun muncul sekejap tapi impak kehadiran dia meninggalkan kesan mendalam. 

Selain watak-watak utama, watak sampingan seperti Inspektor N. K. (Rajesh Sharma) pun diolah secara realistik sebagai penjawat awam yang jujur dan berdedikasi dengan amanah sebagai pegawai polis tapi disebabkan kuasa politik dan wang, dia terpaksa akur dengan keputusan pihak atasan. Tangan dia terikat. 

Music score dari komposer Amit Trivedi berlingkar pada penceritaan dan perasaan beberapa watak lantas menambahkan emosi. Not sure kalau pengarah Raj Kumar Gupta bagi tribute kepada movie Rang De Basanti ataupun dia nak mesej yang sama diketengahkan dalam kalangan penonton. Though I don’t really like that movie tapi feels pada scene tu sama kuatnya dengan babak yang dipaparkan dalam movie No One Killed Jessica. 

Sama juga dengan kekuatan mesejnya bila menimbulkan provokasi dan pertanyaan sama ada kita sebagai manusia biasa berada di pihak yang mana bila pilihan datang kepada kita. Sama ada untuk berdiam diri dan tak ambil peduli ataupun turut serta menentang dalam pelbagai cara yang termampu. Kalau ikutkan kes sebenar dan latar masa yang ditonjolkan dalam movie ni pun ambil masa yang lama untuk tegakkan kebenaran. Bukan setakat melemahkan fizikal tapi mental juga. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10