Movie Review | Detective Chinatown (2015)

Sunday, 13 June 2021

Director : Chen Sicheng

Writer : He Bai , Sicheng Chen

Cast : Wang Baoqiang, Liu Haoran, Tong Liya, Chen He, Zhang Zifeng

Production Company : Heyi Pictures, MM2 Entertainment, Quidam Studios, WanDa Pictures, Wuzhou Film Distribution

Distributor : China Lion Film Distribution, Golden Village Pictures, MM2 Entertainment, GEM Entertainment, Wuzhou Film Distribution, Netflix

Genre : Action / Comedy / Mystery

Running Time : 136 minutes

Release Date : 31 December 2015

Trailer :


Lepas Qin Feng (Liu Haoran) gagal diterima masuk ke akademi polis, nenek dia suruh pergi ke Bangkok jumpa dengan pak cik dia, Tang Ren (Wang Baoqiang) yang bekerja sebagai polis detektif no. 1 di Chinatown. Rupanya pak cik dia kerja sebagai courier guy je pun dan banyak habiskan masa dan duit bermain mahjung di kwasan perumahan dia.  

Qin Feng awalnya nak balik semula ke China lepas menyampah dengan pakcik dia berulang kali kantoi menipu tapi disebabkan hari kedua tu Tang Ren jadi suspek polis gara-gara kes pembunuhan, terpaksa lah dia tolong selesaikan misteri tersebut menggunakan anugerah dan skills dia. 

Pegawai polis Kon Tai (Xiao Yang) bagitahu dekat CCTV cuma ada muka Tang Ren yang keluar masuk pada hari kejadian dan bawa keluar jongkong emas bernilai 100 juta dari bengkel kepunyaan Sompat manakala Sompat pula dibunuh dengan beberapa tikaman. Bengkel tersebut cuma ada satu sahaja laluan untuk keluar masuk. 

Tang Ren defend diri dia sebab dia cuma pick-up parcel dari Sompat, minta tandatangan dan hantar parcel tu dekat van yang terletak di bangunan usang. Dia tak tengok langsung isi dekat dalam sebab dia takut tengok kawasan tu. Kalau dia tahu dalam parcel tu ada jongkong emas, tak mungkin lah dia nak biar je dekat situ. 

Tapi tak ada yang percaya dengan cerita dia sebab tu Qin Feng ajak Tang Ren pergi ke bengkel Sompat untuk siasat dari awal ataupun bahan bukti yang sebenarnya terlepas pandang oleh pihak polis. Dalam masa yang sama, Mr. Yan (Chin Shih-chieh) bagi mereka masa 3 hari sahaja untuk jejak kembali jongkong emas kepunyaan dia tu. Macam mana Qin Feng nak selamatkan Tang Ren, kena tengok dekat Netflix lah filem kelakar dan misteri ni. 

Tak plan langsung pun nak layan movie ni sebab ingatkan movie Thailand rupanya movie China. Latar tempat je dekat Chinatown, Bangkok, Thailand. Kalau movie dari negara China ni mostly lawak slapstick tapi this one not bad lah dari awal sampai habis movie penat nak gelak tengok gelagat Tang Ren dengan Qin Feng. Walaupun Tang Ren ni digambarkan sebagai watak yang pemalas dan loser tapi dia sebenarnya ada ilmu feng shui dan ilmu ni juga membantu Qin Feng dalam siasatan dia. Misteri kes ni agak susah nak teka sebab pengarah memang sorok sampai watak Qin Feng bagitahu sendiri.

'Once you eliminate the impossible, whatever remains no matter how improbable must be the truth.' - Sherlock Holmes. 

Walaupun watak Qin Feng pergi ke Bangkok untuk melancong, pengarah tak tunjukkan keindahan bandaraya Bangkok pun tapi lebih kepada suasana sebenar kehidupan masyarakat dekat sana. Ada scene Tang Ren tunjuk Grand Central dekat Qin Feng itupun sekali lalu je sebab diorang tengah lari dari ditangkap pihak polis. Chinatown dekat sana dah serupa Chinatown dekat Petaling Street tu haa. Sama! Dalam movie ni ada vibe movie China tahun 70-an dan music score dari Nathan Wang menghidupkan lagi mood tu. 

Lakonan Zhang Zifeng sebagai watak Snow menghidupkan watak Qin Feng sebab berlaku perubahan lengkungan pada kedua-dua watak dalam beberapa scene mereka bersama. Watak Snow muncul sekejap je tapi impak dia agak mendalam pada penceritaan. Walaupun menyampah dengan watak Tang Ren sebab mulut dia bising tapi pengarah seimbangkan dengan survival skills dalam situasi genting. 

Bukan setakat movie ni dapat kutipan yang tinggi malah menang banyak award dalam beberapa kategori dekat award events. Kalau suka dengan movie genre comedy mystery ala Detective Conan dan Jackie Chan, haaa boleh la layan Detective Chinatown ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Masa Shopee buat sales 6.6 haritu tergedik pulak nak beli scented candle sebab nak letak dekat bilik pulak kononnya. Belek punya belek terjumpa pulak local seller, Lampu Cherita. Memandangkan tak tahu nak pilih nak bau yang macam mana, cari best seller je lah. 


Katanya Beauty Lily ni best seller sebab bau dia strong tapi sweet. Ni antara features soy sceneted candle dekat Lampu Cherita : 

Hand-poured
Cotton wick
Dye-free, phthalate-free
100% soy wax
Burn time is between 50-70 hours
NET W 200g



For delivery walaupun dia kata cepat tapi ambil masa jugak sebenarnya. Mungkin sebab tengah PKP kot tapi I okay je sebab bukan barang essential pun haha. Masa terima parcel tu memang happy tengok effort seller wrap packaging untuk pastikan selamat sampai dekat tangan customer. 


Bau dia tak lah strong macam dia claim tu tapi not bad lah sebab memang wangi. Bau sweet tu buatkan rasa happy nak update entry hahaha. Tak percaya? Tengok lah dekat sidebar tu dah berapa banyak dah entry I update bulan ni. 

As for now, Lampu Cherita tengah buat sale tau. Harga asal scented soy candle ni sepatutnya RM45 tapi ada potongan sampai RM26 lebih. So kalau nak beli, sekarang lah masanya. Nak buat hadiah pun nice jugak. 

Unfortunately I mungkin tak beli dah lepas ni sebab I happy dengan performance lilin Mr. DIY tu. Murah and even tak bakar pun tetap ada bau. Scented candle dari Lampu Cherita ni tak ada bau sangat. Mungkin dia okay untuk ruang yang kecil. 

Kundal Ultra Serum | Macadamia Damaged Care Solution - Baby Powder

Saturday, 12 June 2021

Dalam entri sebelum ni ada bagitahu I try tukar hair serum Good Virtue & Co. tapi macam tak ngam dengan bau dan tekstur so masa pergi ke Guardian tu ternampak pulak hair serum Kundal. Masa beli tu tak ada baca mana-mana review pun. Tertarik dengan packaging dan botol dia warna ungu cantik haha


Nak pulak dia kata Ultra Serum so my prediction bagus lah untuk rambut. Harga dia pun agak murah untuk 100ml boleh dibeli dengan harga RM16.90 je. Jenama Kundal ni berasal dari Korea dan mula ditubuhkan pada tahun 2016. Kira baru lagi lah dekat pasaran dan baru tahun ni ada nampak ramai beauty guru dekat Twitter suggest untuk guna hair serum Kundal. 

Kundal datang dari perkataan German, 'Kunst' yang membawa maksud teknologi dan Kindal dalam bahasa asli Australia bermaksud pokok Macadamia. Bila digabungkan dua perkataan tu terbentuklah Kundal yang melambangkan inovasi teknologi dari alam. Ultra Serum Kundal ni menggunakan ekstrak nutrien yang tinggi dengan nutrisi dan ajen pelembap. Boleh tengok senarai bahan-bahan yang digunakan. 

Ingredients : 

Cyclopentasiloxane, disiloxane, dimethicone, isopropyl myristate, macadamia ternifolia seed oil (10,000ppm), dimethicone/vinyl dimethicone crosspolymer, isopropyl palmitate, simmondsia chinensis (jojoba) seed oil, helianthus annuus (sunflower) seed oil, calendula officinalis flower oil, vitis vinifera (grape) seed oil, cocos nucifera (coconut) oil, corylus avellana (hazelnut) seed oil, olea europaea (olive) fruit oil, euterpe oleracea fruit oil, persea gratiss (avocado) oil, argania spinosa kernel oil, prunus amygdalus dulcis (sweet almond) oil, prunus armeniaca (apricot) kernel oi, sclerocarya birrea seed oil, lavandula angustifolia (lavender) oil, fragrance.


100ml ni untuk I yang berambut panjang dan heavy use, boleh la bertahan selama 3 bulan. Kundal Ultra Serum Macadamia Damaged Care Solution ni sesuai untuk rambut yang dah rosak sebab dia boleh melembapkan, membaiki rambut, melebatkan, menguatkan lagi rambut dan lebih bersinar. For me, apa yang Kundal ni claim memang betul lah sebab rambut jadi shiny dan lebih lembut. 

I akan apply sebelum blow rambut dan sebelum tidur so bila tidur tu rasa happy sebab rambut bau wangi macam baby. Yang I beli ni bau bedak baby. Bau lain tu tak pasti bau apa and I malas nak check pun sebab ni bukan paid review hahaha


Bab tekstur Kundal Ultra Serum ni dia tebal tapi senang sangat nak meresap. Sekali sapu/tenyeh je dah meresap elok dah. Lembut pulak tu kalau apply guna tangan sampai tangan pun bau wangi sekali. Nampak banyak lah perbezaan lepas guna ultra serum ni and one of my fav pick sebab harga dia murah je. Ultra Serum ni untuk repair rambut rosak je tau, dia tak bantu anak rambut tumbuh macam L'oreal serum. So i'm in torn nak stay dengan yang mana. Selang-seli la kot gamaknya hahaha

Ace Talents dengan besar hatinya memperkenalkan Unknown, sebuah kumpulan yang terdiri daripada lima remaja berbakat yang lengkap dengan warna dan personaliti tersendiri. Kelima-lima remaja yang bakal menyertai barisan ini termasuklah Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 19, Adam Hafidh (MaryHaf), 19, Izmeer Ibrahim (Izmeer), 18, dan Ameer Nor Azam (Ameer), 18, dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 17. Bertujuan menghidupkan kembali era kegemilangan boy band tempatan yang kini semakin pudar daripada memori generasi masa sekarang.

Setelah sekian lama dinanti-nantikan ramai, Unknown akhirnya muncul dengan ‘buah tangan’ pertama mereka yang berjudul “Jangan Marah (Baby Sayang)”. Biarpun kewujudan Unknown dilihat masih ‘mentah’ dalam arena muzik tempatan, namun ia tidak bermaksud mereka tidak serba boleh. Malahan, bakat besar mereka jelas terserlah menerusi kemahiran nyanyian dan tarian yang dilihat ramai dalam single pertama mereka, “Jangan Marah (Baby Sayang)”.

Turut mengujakan, lagu single terbabit juga menerima sentuhan daripada salah seorang anggota Unknown, iaitu Momo, yang terlibat dalam proses penulisannya, bawah bimbingan ‘sifu’ Azan Addin yang merupakan sebahagian daripada tulang belakang Ruffedge. Lantaran itu, memadai sahajalah mereka mengambil inspirasi daripada kumpulan legenda hip hop dan R&B yang terkenal itu (Ruffedge), sambil dalam proses mencari identiti dan gaya mereka tersendiri, dalam usaha mengukuhkan lagi ‘tapak’ mereka sebagai penghibur dalam dunia muzik.

“Saya yakin bahawa Unknown mampu mencetuskan fenomena selain bersaing dengan bakat-bakat lain dalam industri muzik tempatan. Secara peribadinya, saya memilih setiap ahli Unknown kerana potensi dan bakat besar yang dimiliki mereka tidak dapat disangkal lagi, selain berusaha untuk menjadikan mereka pelapis baru dalam arena muzik Malaysia. Dengan adanya kolaborasi Ace Talents bersama Universal Music Malaysia sebagai distributor, saya juga berharap agar Unknown dapat pergi lebih jauh ke peringkat lebih tinggi” - Azuien Alonto, Pengarah Urusan Ace Talents

Perjalanan Unknown sebagai sebuah kumpulan menemui titik permulaannya apabila kelima-lima anggota kumpulan terbabit hadir ke sesi uji bakat yang dianjurkan oleh Ace Talents secara individu. Melihat potensi besar yang dimiliki dalam diri masing-masing, Ace kemudiannya berkeputusan menggabungkan kesemua ahli tersebut yang pada awalnya berjaya disenarai pendek menjadi sebuah kumpulan, bertujuan untuk menguatkan lagi kekuatan masing-masing. Sejak dari itu, Unknown mula menjalani pelbagai latihan vokal dan tarian bawah bimbingan tenaga pengajar Ace.

Single pertama Unknown, “Jangan Marah (Baby Sayang)” kini boleh didengarkan di Youtube Ace Talents pada 28 Mei dan di semua pelantar digital muzik seperti Spotify, JOOX, Apple Music dan lain- lain bermula Jun ini. Ikuti aman sosial Ace Talents (Instagram,TikTok,Facebook) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan artis-artis di bawah pengurusan Ace Talents.


LIRIK LAGU JANGAN MARAH (BABY SAYANG)

Penyanyi : Unknown

Lirik : Momo & Mary Haf

Producer : Momo & Azan Addin

Muzik Label : Ace Talents


Intro

Baby sayang, jangan marah.

Ku tahu ku bersalah, ku tak sengaja.

Mungkin salahku, buat kau tunggu.

Maafkan aku, melewatkan mu.


Chorus

Kamuuuu

Buatkuuu

Merindukan dirimu

Tolong maafkan aku

Sayangkuuu

Jangan begitu

Kau tahuuu

Ku tetap milikmu


Verse 1

from the S to the Ace yea

Satu nafas se udara

Dua hati tak sejiwa,

Jiwa sakit simpan luka,

Luka lama cerita lama,

Lama sudah tak semuka,

Yang pasti banyak sengketa bila kita

bertentang mata.


Anggapan mu kupendusta,pembunuh,pemusnah,

Titian dibina kita binasa,

Ternyata semua fatamorgana

Hancur paraphernalia,

Cinta manusia tiada yang kekal lama.


Pre-chorus

Baby sayang,

jangan marah.

Ku tahu ku bersalah,

ku tak sengaja.

Mungkin salahku,

buat kau tunggu.

Maafkan aku,

melewatkan mu.


Chorus

Kamuuuu

Buatkuuu

Merindukan dirimu

Tolong maafkan aku

Sayangkuuu

Jangan begitu

Kau tahuuu

Ku tetap milikmu


Verse 2

sheesh

Percayalah,

perkara ku buat tidak sengaja

Jangan marah,

nanti kau akan cepat tua,

Ku takkan menduakan diri kamu

No no no

Kerna dalam hatiku hanya kauyang satu

Ya ya ya

Dancebreak

say what !

woah woah

woo !

yeayea

lets go

break it down like

semua !


Pre-chorus

Baby sayang,

jangan marah.

Ku tahu ku bersalah,

ku tak sengaja.

Mungkin salahku,

buat kau tunggu.

Maafkan aku,

melewatkan mu.


Chorus

Kamuuuu

Buatkuuu

Merindukan dirimu

Tolong maafkan aku

Sayangkuuu

Jangan begitu

Kau tahuuu

Ku tetap milikmu


Outro

Jangan marah sayang no

jangan marah sayang,

ku tahu ku bersalah

biarku mengalah. (x2)

Movie Review | The Conjuring 3: The Devil Made Me Do It

Friday, 11 June 2021

 

Director : Michael Chaves

Writer : James Wan, David Leslie Johnson-McGoldrick

Cast : Patrick Wilson, Vera Farmiga, Ruairi O'Connor, Sarah Catherine Hook, Julian Hilliard

Production Company : New Line Cinema, The Safran Company, Atomic Monster Productions

Distributor : Warner Bros. Pictures

Genre : Horror

Running Time : 112 minutes

Release Date : 26 May 2021 (United Kingdom), 4 June 2021 (United States)

Trailer :


‘Being brave doesn't mean you're not scared. It means you are scared but you hang in there.’ – Arne Johnson

Latest installment dalam The Conjuring Universe membawakan kes pembunuhan tergempar di Brookfield, Connecticut pada tahun 1981 bila Arne Johnson (Ruairi O'Connor) didakwa membunuh tuan rumahnya, Bruno Sauls (Ronnie Gene Blevins) dengan tikaman pisau sebanyak 22 kali. Arne merayu tidak bersalah sebab dia membunuh atas hasutan syaitan saat minda dia tidak waras. Buat pertama kali kes pembunuhan menggunakan statement defense berkaitan alam mistik.

Awalnya Ed (Patrick Wilson) dan Lorraine Warren (Vera Farmiga) datang membantu keluarga Glatzel bila anak bongsu mereka, David (Julian Hilliard) yang berumur 8 tahun dirasuk oleh dark spirit sejak berpindah ke rumah tersebut. Arne yang ada bersama mereka pada malam tu minta supaya berhenti kacau David sebaliknya masuk ke dalam badan dia. 

Ed pula dimasukkan ke hospital akibat serangan jantung kemudiannya koma. Lepas dia sembuh mereka berdua sambung kembali siasat kes tu sebab Arne pula yang diganggu oleh si pemuja syaitan (Eugenie Bondurant). Lorraine cadangkan supaya mereka berdua siasat dari awal, sejak keluarga Glatzel mula berpindah masuk. Debbie (Sarah Catherine Hook) bagitahu tentang kolong yang penuh dengan tikus. Dekat situ lah Lorrainne terjumpa tengkorak haiwan bertanduk tajam yang digunakan untuk kacau keluarga Glatzel.

Penceritaan The Conjuring 3 tak sekuat previous intallments sebab pengarah bukan lagi James Wan tapi diberikan kepada Michael Chaves. Tak faham kenapa James Wan lepaskan The Conjuring kepada Michael ni padahal movie La Llorona (2019) tak best pun. Macam mana cliché movie La Llorona, macam tu jugak lah jalan cerita The Conjuring 3. Predictable. 

Penulis skrip pun bukan lagi Chad Hayes dengan Carey W. Hayes dan movie ni bergerak sendiri tanpa consultation dari Lorraine sebenar bila dia dah meninggal pada tahun 2019. Jalan cerita draggy dan beberapa persoalan tak terjawab bila mangsa-mangsa pemuja syaitan tak berhubung kait langsung. Tiba-tiba watak dia muncul untuk scene seram lepastu hilang.

Dalam trailer movie The Conjuring 3 nampak gempak sebab masuk dalam mahkamah so kita mungkin akan dapat tengok macam mana perdebatan antara pendakwaraya dan peguam bela berkenaan hasutan syaitan. Malangnya cuma ada scene bila Arne merayu tidak bersalah dan scene keputusan dari hakim. Selebihnya terarah kepada penyiasatan Ed dan Lorraine yang kebanyakannya cuma rekaan fiksyen untuk entertainment semata. 

Kenapa pengarah dan penulis buat macam tu? Sebabnya kes pembunuhan tu bukan disebabkan hasutan syaitan pun tapi disebabkan bengang dengan sexual harassment oleh Bruno terhadap Debbie. Mahkamah pun tak benarkan peguam guna hasutan syaitan sebagai defense. Mungkin sebab tu impak The Conjuring 3 tak sekuat sebelumnya bila team production bertukar tangan. Michael ada kelemahan yang ketara dalam mengolah dan mempersembahkan naskhah fiksyen untuk kelihatan seperti kisah nyata yang meyakinkan.

Kekuatan The Conjuring 3 semestinya pada lakonan, dinamik dan keserasian Patrick Wilson dan Vera Farmiga bila mereka berdua membantu polis dalam siasatan kes pembunuhan. Ikutkan case files The Warren pun memang Lorraine membantu pihak polis untuk beberapa kes yang dianggap misteri. Sweet sangat bila ada flashback masa Ed dengan Lorraine jatuh cinta di zaman muda. Kalau dalam The Conjuring 1 (2013) relationship diorang more to support each other, The Conjuring 2 (2016) tentang kepercayaan, dalam The Conjuring 3 pula tentang kekuatan cinta. Scene pil sakit jantung tu awwwwdorable. 

'I could go back to my house but my home is here with Ed' - Lorraine Warren

Sama macam The Warren, scene Arne dengan Debbie pun menguatkan lagi mesej tentang kekuatan cinta boleh mengalahkan kebencian dalam dunia. Pujian pada penulis bila watak Father Kastner (John Noble) bagitahu tak ada jawapan tepat untuk persoalan kenapa syaitan mengganggu manusia. Syaitan memang suka porak-perandakan manusia. Walaupun The Conjuring 3 tak umpph tapi mesej dia masih lagi padu dan tepat mengena. Sinematografi, VFX yang tampak nyata dan transition sharp dari Michael Burgess dan runut banyi yang menghidupkan elemen seram dan saspen dari Joseph Bishara. 

Michael Chaves bagitahu yang dia akan jadi pengarah untuk installment baru dalam The Conjuring Universe – The Crooked Man dan sequel The Nun. Tak suka dengan karya dia tapi I dah stuck dengan universe ni. Aduhhhhh

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 6.2/10

Movie Review | The Conjuring 2 (2016)

Thursday, 10 June 2021

 

Director : James Wan

Writer : Chad Hayes, Carey W. Hayes, James Wan

Cast : Vera Farmiga, Patrick Wilson, Frances O'Connor, Madison Wolfe, Simon McBurney, Franka Potente, Bonnie Aarons

Production Company : New Line Cinema, The Safran Company, Atomic Monster Productions

Distributor : Warner Bros. Pictures

Genre : Horror

Running Time : 134 minutes

Release Date : 7 June 2016 (TCL Chinese Theatre), 10 June 2016 (United States)

Trailer :


Sequel kepada The Conjuring (2013) berlatarkan kota London pada tahun 1977 di mana pasangan The Warren diberitahu oleh pihak gereja untuk melawat keluarga Hodgson yang menjadi tumpuan pihak media. Kalau ikutkan Lorraine (Vera Farmiga) tak nak pergi sebab vision dan mimpi Ed berkaitan dengan Valak (Bonnie Aarons). Tapi Ed (Patrick Wilson) pujuk supaya pergi dan bantu orang lain. Kalau betul cuma hoax, at least both of them dah buat kerja. 

Ikutkan kisah sebenar, diorang berdua busy dengan kes pembunuhan Amityville tapi James Wan sengaja tambah dark spirit ciptaan supaya ada installment The Nun (2018) dalam franchise terkenal dia. Valak cuma salah satu kes mistik yang disiasat oleh pasangan Warren pada tahun 1970-an. Tapi scene Lorraine ‘berjumpa’ dengan Valak pertama kali di rumah dia semasa membaca tu menceritakan kembali pengalaman sebenar dia. Semua scene Valak ditambah dan diubah lepas The Conjuring 2 habis shooting. Vera pun sakit tekak dah sebab menjerit banyak sangat. 

‘After everything we've seen, there isn't much that rattles either of us anymore. But this one... this one still haunts me.’ – Lorraine Warren

Berbalik kepada keluarga Hodgson bila gangguan bermula dengan hantu Bill (Bob Adrian) kacau Janet (Madison Wolfe) semasa tidur. Mula dengan tarik kaki kemudiannya sleepwalking dan munculkan diri supaya ugutan bunuh dia menakutkan mereka sekeluarga. Bill adalah pemilik rumah tersebut sebelum meninggal di kerusi kesukaan dia akibat sakit kronik. Roh dia datang setelah diseru oleh Janet dan Margaret (Lauren Esposito) semasa bermain dengan Ouija. 

Peggy Hodgson (Frances O'Connor) bawa anak dia keluar dari rumah dan tinggal di rumah jiran setelah gangguan semakin teruk. Pihak polis dan jiran pun percaya mereka diganggu oleh hantu sebab mereka juga nampak benda yang sama dengan Peggy. Kemudiannya pihak media datang untuk rakam perbualan dan ambil gambar semasa Janet dirasuk. Semua perbualan dengan gambar ni ada pada ending scene movie The Conjuring 2. 

‘Sometimes we have to have a leap of faith; to believe when no one else will.’ – Ed Warren

Dari awal sampai ke bahagian credit scene, James Wan bagi pengalaman menyeramkan kepada audience dengan cara yang tersendiri. Penulis skrip masih kekal sama cuma James Wan join sekali sebab dia nak olah beberapa scene mengikut perbincangan dia dengan Lorraine. 

Lakonan, dinamik dan chemistry Vera Farmiga dengan Patrick Wilson makin bertambah kuat dari sebelumnya. Dalam movie ni James Wan paparkan sisi romantik Ed dan kekuatan cinta pasangan Warren. Scene Patrick Wilson menyanyi lagu Can't Help Falling In Love - Elvis Presley tu guna suara dia yang sebenar. Tu kali kedua Patrick menyanyi dalam movie.

 

Set yang dipaparkan dalam movie The Conjuring 2 menghidupkan suasana kota London pada tahun 1970-an dengan sinematografi dan beberapa syot menarik dari Don Burgess. VFX banyak digunakan untuk scene The Crooked Man dan Valak tapi nampak kemas dan meyakinkan seperti hantu sebenar. Details pada props menghidupkan screenplay dan mengukuhkan lagi elemen seram. 

Istimewanya dengan The Conjuring ni bila pasangan Warren cuba untuk bawa kes paranormal untuk dibicarakan di mahkamah sebab makhluk halus ni wujud dan mengganggu manusia sampai ke tahap membahayakan nyawa bila manusia dirasuk. Selain dari perjalanan cerita pasangan Warren cuba untuk melawan hantu, dalam masa yang sama sub-plot mereka berdua cuba untuk yakinkan badan perundangan pun menarik untuk ditonton sebab keluar dari kebiasaan filem seram.

Sequel ni bukan setakat berjaya membentuk sebuah naskhah yang menyeramkan di mana kisahnya diadaptasikan dari kisah benar malah berjaya mengangkat tema kekeluargaan, kepercayaan, keyakinan dan iman manusia dalam kehidupan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.6, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10


Director : Michael Chaves

Writer : Mikki Daughtry, Tobias Iaconis

Cast : Linda Cardellini, Raymond Cruz, Patricia Velásquez, Tony Amendola, Jaynee-Lynne Kinchen, Roman Christou

Production Company : New Line Cinema, Atomic Monster Productions, Emile Gladstone Productions

Distributor : Warner Bros. Pictures

Genre : Horror

Running Time : 93 minutes

Release Date : 15 March 2019 (SXSW), 19 April 2019 (United States)

Trailer :


Lepas debut sebagai pengarah dalam movie Annabelle Comes Home (2019), Gary Dauberman berjinak pula sebagai produser filem untuk The Conjuring Universe bersama James Wan. Kisah La Llorona merupakan spin-off dari The Conjuring dan juga installment kedua yang tidak melibatkan pasangan Warren secara langsung cuma disebut dalam dialog Father Perez (Tony Amendola) yang pernah muncul dalam movie Annabelle (2014)

La Llorona (La Yorona) merupakan kisah seram mitos oleh penduduk negara Spain bilamana seorang perempuan membunuh dua orang anaknya kerana sakit hati dengan kecurangan si suami. Tersedar dari amarah, dia mula menyesal dan bersumpah akan mengambil dua nyawa kanak-kanak sebagai peneman di alam lain. 

Firstly, kisah mitos ni bangang bila dia bunuh anak-anak padahal yang salahnya si suami lepastu dia bunuh diri. Secondly, hantu La Llorona tak cukup kuat untuk dimasukkan dalam The Conjuring Universe bila tema dia dah bercanggah dengan 5 installments sebelumnya. Hantu dalam movie The Conjuring semuanya dipuja oleh pengikut syaitan tapi La Llorona cuma mitos masyarakat. 

Kalau La Llorona dibikin berlatarkan Spain mungkin nampak meyakinkan dan logik lah tapi bila dia buat dekat US macam kelakar sebab jauh jugak hantu ni berjalan semata nak cari pengganti anak-anak dia. Mungkin pengarah sengaja buat dekat US sebab ramai tak tahu mitos ni so nampak believable lah bila watak Anna Tate-Garcia (Linda Cardellini) bawa anak-anak Patricia Alvarez (Patricia Velásquez) ke rumah kebajikan. Tapi kenapa Patricia bagi Anna masuk kalau dah tahu orang luar tak akan faham kisah mitos tu? Nampak tak merepek dia macam mana? 

Ada banyak scene yang cliché dengan kisah seram yang lain dan beberapa scene yang sengaja drag supaya cukup durasi sepanjang 93 minit. Macam scene Samantha Garcia (Jaynee-Lynne Kinchen) gigih nak ambik anak patung dia dekat luar rumah padahal paderi dah pesan jangan rosakkan garisan yang dia buat. Scene Chris Garcia (Roman Christou) keluar dari kereta padahal mak dah pesan jangan pun mengundang makian juga. Mungkin lebih baik kalau La Llorona sendiri yang datang kacau Chris dengan Sam dalam kereta. 

Dalam movie La Llorona ni ada beberapa scene yang dijadikan tribute kepada The Conjuring (2013) bila scene si abang sleepwalking dekat pusat kebajikan. Scene si adik pandang kawasan gelap macam scene Nancy pandang hantu lelaki dalam bilik dia. Patung kepunyaan Samantha sama jenis dengan patung sebenar Annabelle. Scene La Llorona tengok cermin dekat loteng tu sama macam The Conjuring Mirror dalam simpanan The Warren. 

Lakonan watak utama not bad lah dengan beberapa dialog yang hard-hitting walaupun some of them predictable. Sinematografi dengan tona warna dari Michael Burgess pun diadun sesuai dengan genre movie. Dia dah biasa kerja untuk The Conjuring Universe so dia dah faham kehendak produser franchise ni. Music score dari Peter Gvozdas pun creepy especially bila La Llorona menangis sayu di malam hari. 

Di antara semua installment, movie La Llorona yang paling rendah kutipan di box office so tak pasti lah kalau ada sequel atau another installment dalam The Conjuring Universe. Kalau ada pun, James Wan nak olah dari segi apa? For me, it’s a bad move lah masukkan kisah mitos seram dalam franchise ni sedangkan dia boleh kembangkan plot cerita lain atau buat spin-off tentang Black Shuck, the Ferryman, The Samurai armour dan banyak lagi artifak lain dalam simpanan The Warren. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10

Movie Review | Annabelle Comes Home (2019)

 

Director : Gary Dauberman

Writer : Gary Dauberman

Cast : Mckenna Grace, Madison Iseman, Katie Sarife, Vera Farmiga, Patrick Wilson, Michael Cimino

Production Company : New Line Cinema, Atomic Monster Productions, The Safran Company

Distributor : Warner Bros. Pictures

Genre : Horror

Running Time : 106 minutes

Release Date : 26 June 2019

Trailer :


Dekat awal movie The Conjuring (2013), ada scene pasangan demonologists Ed (Patrick Wilson) dengan Lorraine Warren (Vera Farmiga) ambil patung Annabelle daripada jururawat Debbie(Kenzie Caplan) dan Camilla (Sade Katarina) gara-gara patung ni selalu kacau diorang. Dalam perjalanan bawa pulang Annabelle ke rumah, Lorraine boleh nampak kekuatan dark spirits ni untuk influence roh lain. 

Tahun 1972, pasangan Lorraine terpaksa tinggalkan anak perempuan mereka, Judy (Mckenna Grace) di bawah jagaan pengasuh muda, Mary Ellen (Madison Iseman). Dalam movie ni pengarah dan penulis Gary Dauberman ceritakan yang Judy membesar cantik seperti ibu dia tapi yang lebih penting lagi bila dia juga ada kuasa psikik yang sama. Dia selalu rasa seram dekat sekolah sebab diekori oleh hantu paderi. 

Bila Mary Ellen cuba cari tahu kenapa Judy jadi pendiam di sekolah, sebolehnya dia mengelak sebab tak nak dianggap pelik seperti kawan sekolah dia yang lain. Bila Daniela Rios (Katie Sarife) dapat tahu kawan baik dia jadi pengasuh anak pasangan Warren, dia cuba untuk menyelinap masuk ke rumah tersebut untuk cari Mourner's Bracelet supaya dapat berkomunikasi dengan roh ayah dia yang meninggal dalam kemalangan kereta. 

Disebabkan tindakan Daniela yang biarkan pintu bekas kaca Annabelle tak berkunci, mereka semua menjadi mangsa diganggu oleh hantu ganas yang lain - the Ferryman, the Bride, Feeley Meeley board game dan Black Shuck. 

Sebelum ni Gary Dauberman cuma jadi penulis untuk beberapa installments dalam The Conjuring Universe – Annabelle (2014), Annabelle : Creation (2017) dan The Nun (2018) tapi kali ni dia debut sebagai pengarah untuk movie Annabelle Comes Home. Not bad lah berbanding dengan pengarah sebelum ni sebab olahan dia sama citarasa dengan James Wan. Dengan teknik sinematografi dan grading tone yang bagus dari Michael Burgess serta music score dari Joseph Bishara menghidupkan elemen misteri, seram dan saspen dari awal sehingga habis. 

Sakit hati dengan watak Daniela sebab dia sanggup bahayakan nyawa orang lain semata untuk berjumpa dengan roh ayah dia. Kan senang kalau dia minta tolong pasangan Warren je. Dari awal sampai habis menyampah dengan dia. Kalau Judy, Mary Ellen atau Bob (Michael Cimino) mati malam tu macam mana? Siapa nak bertanggungjawab? Sama macam movie Annabelle : Creation, Gary Dauberman ada obsesi pada watak yang ketegaq dan tak pandai membaca amaran. 

Kalau movie Annabelle dibikin hanya untuk menceritakan perjalanan patung Annabelle berubah empunya sebelum berjumpa dengan pasangan Warren, jalan cerita Annabelle Comes Home pula lebih kepada ‘memperkenalkan’ beberapa dark spirits yang ada dalam simpanan pasangan Warren. Dark spirit macam Feely Meely dengan Mourner's Bracelet tu cuma rekaan pengarah. Kalau Mourner's Bracelet cuma rekaan, boleh kata installment ni cuma fiksyen semata. The Bride dalam movie ni pun tak seganas yang dipaparkan. 

‘There is a lot of evil in this room. But you know what I actually like about it? All the evil in here reminds me of all the good that's out there.’ – Lorraine Warren

Watak Anthony Rios (Luca Luhan) pun sengaja ditambah sebagai entertainment value dalam universe ni. Gary Dauberman macam dah bagi hint akan ada installment lain yang berkisarkan kehidupan Judy dan pasangan hidup dia. So dah boleh agak yang James Wan akan jadikan The Conjuring Universe sebagai koleksi utama dalam production dia. 

Dalam movie ni watak Judy dah berubah pelakon sebab Sterling Jerins dah membesar so tak sesuai untuk bawa watak anak Warren yang baru berumur 10 tahun. Nevertheless lakonan Mckenna Grace dipersembahkan dengan bagus since dia famous dengan Captain Marvel, series Sabrina di Netflix dan Theodora Crain in The Haunting of Hill House. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 5.6/10

Movie Review | The Conjuring (2013)

Director : James Wan

Writer : Chad Hayes, Carey W. Hayes

Cast : Vera Farmiga, Patrick Wilson, Ron Livingston, Lili Taylor, Joey King, Hayley McFarland

Production Company : New Line Cinema, The Safran Company, Evergreen Media Group

Distributor : Warner Bros. Pictures

Genre : Horror

Running Time : 112 minutes

Release Date : 15 July 2013 (Cinerama Dome), 19 July 2013 (United States)

Trailer :


Tahun 1971 di Harrisville, Rhode Island, pasangan Roger (Ron Livingston) dan Carolyn Perron (Lili Taylor) bersama 5 orang anak perempuan mereka pindah ke sebuah rumah yang sudah lama ditinggalkan setelah kematian tuan rumah. Tasik di kawasan belakang rumah tersebut juga menjadi tempat pilihan untuk orang bunuh diri. 

Roger dapat rumah ni pun dari lelongan bank sebab tu dia boleh beli dengan harga murah dan ejen hartanah tak dibenarkan untuk disclose langsung pasal sejarah rumah tu. That’s why lah Roger dengan Crolyn tak tahu-menahu pasal kematian yang berlaku dekat situ. 

Hari kedua dekat rumah tu pun anjing diorang, Sadie meninggal lepas banyak kali menyalak sebab nampak hantu. Christine (Joey King) diganggu setiap malam semasa tidur, Nancy (Hayley McFarland) sleepwalking tiap malam dan hantuk kepala dekat almari baju dalam bilik. April pula bermain dengan Rory, hantu budak lelaki yang merupakan anak kepada tuan rumah tersebut. Jam dalam rumah tu pula akan berhenti pada 3.07 pagi. 

Bila gangguan makin teruk, Carolyn approach demonologists Ed (Patrick Wilson) dan Lorraine Warren (Vera Farmiga) untuk bantu keluarga dia. Hari pertama dekat situ pun Lorraine dah boleh nampak dark spirit yang ganggu keluarga tu. Sebab tu dia decide untuk bantu lepas pastikan anak perempuan dia selamat dekat rumah. 

‘Everything you see in here is either haunted, cursed, or has been used in some kind of ritualistic practice.’ – Ed Warren

First installment dalam The Conjuring Universe ni yang mencuri perhatian dunia dan jadi inspirasi kepada kisah hantu dari Hollywood industry untuk angkat kisah benar menjadi filem. Bila diadaptasikan dari kisah benar, elemen seram tu makin kuat dalam penceritaan. Kalau ikutkan dekat rumah tu dah banyak kematian disebabkan ahli sihir Bathsheba tapi tak diceritakan. 

Masa James Wan dan team production shooting, keluarga Perron ni ada datang melawat set yang dibina berdekatan dengan rumah yang sebenar untuk consult berdasarkan pengalaman mereka sekeluarga yang hidup di rumah tu selama 10 tahun. Sebab tu la kot movie ni nampak real dan teliti pembikinannya. 

‘The devil exists. God exists. And for us, as people, our very destiny hinges upon which one we elect to follow.’ – Ed Warren

Vera Farmiga dan Patrick Wilson pula prep dengan Lorrain Warren sendiri sebelum start shooting The Conjuring. Even dalam scene The Warren bagi lecture dekat university tu, Lorraine Warren yang sebenar duduk di seat yang paling hadapan. Selain lakonan yang mantap, chemistry dan dinamik mereka berdua pun antara kekuatan filem seram yang menggunakan bajet sebanyak US 20 juta dan meraih untung sebanyak US319.5juta pada tahun 2013. 

Sinematografi dan transition movie The Conjuring nampak menarik dan sharp. Tak ada shot dari angle yang pelik ataupun penggunaan darah yang berlebihan untuk menambahkan elemen seram. Konsep dan visual tone juga menggunakan warna ala vintage supaya dapat menghidupkan mood yang berlatarkan tahun 70-an. 

Walaupun kisah sebenar agak bercanggah dengan kisah yang diceritakan di dalam movie The Conjuring ni terutamanya dari segi latar masa dan penerimaan keluarga Perron terhadap The Warren, tapi James Wan berjaya olah kisah ni sesuai dengan selera penonton. Fast pace, luar dari kebiasaan cerita seram, hantu yang tak keterlaluan, dialog yang bagus antara faktor tambahan kenapa movie ni boleh berjaya dan mencipta fanbase yang kuat dan ramai sehingga ke hari ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10