TV Show Review | Kingdom : Legendary War Episode 4
Sunday, 6 June 2021
Cast : BtoB, iKON, SF9, The Boyz, Stray Kids, Ateez
Distributor : Mnet, AbemaTV Japan, tvN Asia
Genre : Reality / Survival
Running Episodes : 10 episodes [90 - 120 minutes per episodes]
Release Date : 02 April 2021 – 03 June 2021
Episod 4 bermula dengan perasaan setiap idol group lepas dapat tahu markah interim dalam penghujung Episod 3. Group lain semuanya tengah bincang macam mana nak improve performance tapi iKON beria gelakkan June sebab satu benda je dia risau masa performance tu bila dia cuak tak dapat buat dance step dengan betul. Dah la dia main visual, kalau tersilap masa tu memang dia menangis gamaknya. Hilang terus confidence level dia sampai Jay kata misi diorang untuk cari balik confidence level June haha comel!
Dalam episod ni diorang terima sampul berisi kritikan dari para experts sama ada positif ataupun negative tentang performance dalam pusingan pertama. BTOB dengan iKON kena tegur untuk improve storyline dalam persembahan walaupun konsep yang diketengahkan tu bagus. The Boyz pula nampak dah mula hilang kreativiti masa persembahan disebabkan tertekan dengan expectation yang tinggi lepas menang Road To Kingdom.
Untuk episod 4 ni Changmin TVXQ dah jadi solo host sebab Yunho tarik diri gara-gara kes langgar SOP lockdown. Bila Changmin handle sorang-sorang ni nampak agak hambar lah sebab cara dia skema. Tak tahu lah sebab dia segan dengan junior ataupun dia memang sejenis yang hambar.
Dalam pusingan kedua dengan tema Re-Born, setiap group idol akan nyanyi lagu idol group lain di mana pemenang akan dapat 20,000 points dengan 25% dari group evaluation (setiap 6 idol group dalam Kingdom boleh pilih 3 persembahan terbaik), 25% dari experts evaluation dengan background dalam bidang Kpop entertainment industry, 40% dari online voting oleh fans via Korea apps dan 10% dari online views di global apps (Youtube). Setiap idol group diberikan peruntukan bajet sebanyak 4 juta won untuk persembahan on stage.
Ateez pilih untuk bertukar lagu dengan iKON sebab group lama ada banyak lagu untuk diorang pilih. Stray Kids pilih untuk bertukar lagu dengan group BTOB dengan sebab yang sama bila BTOB ada banyak lagu. The Boyz akan bertukar lagu dengan idol group SF9. Actually Eunkwang nak sangat perform lagu O Sole Mio dari group SF9 sampai menangis bagitahu Minhyuk tapi nak buat macam mana, Stray Kids dah pilih diorang.
Performance pertama dari SF9 dengan lagu The Stealer menggunakan konsep adaptasi dari English series The Heist. Sesuai lah dengan semangat diorang nak rampas ranking no. 1 dan bagitahu semua yang diorang masuk untuk perform yang terbaik. Untuk persembahan tu SF9 minta bantuan dari pelakon teater Chung Sung Hwa untuk lakonan dalam film noir.
Untuk persembahan kali ni, Rowoon ada sekali tapi untuk intro part dengan ending part je sebab dia belum recover sepenuhnya. Even muncul sekejap pun dia mampu deliver part dia dengan baik lah sebab yang penting lakonan sebagai ketua mafia tu. Kalau nak tengok cerita mafia ala musikal boleh la layan performance diorang. Best sangat!
The Boyz pula pilih untuk perform lagu O Sole Mio lepas gagal buat koreografi terkenal SF9, The Spinning Move dalam lagu K.O. Macam yang experts cakap diorang dah mula hilang kreativiti untuk dipersembahkan masa performance. So benda tu betul-betul buatkan The Boyz hilang semangat sebab tak dapat idea untuk perform dalam pusingan kedua. The Boyz berjumpa balik dengan semua wakil idol group yang join Road To Kingdom untuk minta semangat.
Sangyeon sedih sebab api tak keluar dari tangan dia macam masa practice then effect stunt seterusnya. Kesian dekat dia sebab dah penat practice part tu tapi gagal jugak. Dah la diorang memang down sebab kering idea. But overall performance diorang best je nak tengok sebab tarian Latin tu bukan senang nak perform. Vocal pun tak terjejas walaupun perform banyak stunt.Suka tengok ballet dance versi dark dari The Boyz masa part chorus tu. Penggunaan cermin dalam performance digabungkan dengan LED tu kreatif sangat. Ending part bila diorang tembak bulan dan hasilkan eclipse unexpected gila. Amazing!
Last performance untuk episod 4 dari idol group iKON dengan lagu Inception. Happy sangat iKON pilih lagu ni sebab ni lagu fav I. Idol group lain tengah stress dengan performance, diorang happy sebab dapat kawan baru bila Jay dapat number Hong Joong haha. Kebetulan diorang dapat tahu company Ateez dekat dengan rumah diorang, lagi galak lah menyembang nak lepak makan sama-sama. Happy sangat tengok episod ni sebab iKON dengan Ateez berkawan yeayyy!
Tak susah untuk iKON pilih lagu Ateez sebab genre diorang lebih kurang sama dalam industry – hip hop tapi Bobby nak iKON gubah lagu yang heavy dengan dance bertukar jadi lebih dramatik dan more to hip hop. DK in charge untuk song arrangement dengan tambahan Dorara Paengi pada part chorus untuk tonjolkan identiti iKON.
Dalam performance pusingan kedua ni, iKON guna peruntukan dari YG so props dan dancer memang gempak lah berbanding yang sebelumnya. Diorang nak highlight penceritaan dan konsep mimpi dalam mimpi tu dengan bagus so tak nak dah ada sabotaj dari Mnet. Expert pun bagi komen yang ranking iKON jatuh sebab tak ada props, okay takpe YG bawak props penuh stage.
Part Dorara Paengi is seriously addictive, punca I tengok banyak kali performance ni. Part diorang teleng kepala tu comel sangat. Part break dance seriously tonjolkan identiti iKON. Sama dengan perasaan semua member iKON, I feel refreshed and happy. But still geram dengan sound system Mnet. Berbeza sangat suara diorang masa practice dengan actual performance. Even Chan kritik pasal ni dekat Youtube Channel dia.
Tak sabar nak tengok performance Ateez, Stray Kids dan BTOB dekat Episode 5.
1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10