TV Show Review | Kingdom : Legendary War Episode 6
Sunday, 6 June 2021
Cast : BtoB, iKON, SF9, The Boyz, Stray Kids, Ateez
Distributor : Mnet, AbemaTV Japan, tvN Asia
Genre : Reality / Survival
Running Episodes : 10 episodes [90 - 120 minutes per episodes]
Release Date : 02 April 2021 – 03 June 2021
Perubahan diumumkan oleh Changmin TVXQ pada permulaan Episod 6 bila hanya 3 performance yang akan diadakan pada pusingan ketiga dengan tema ‘No Limit’. Setiap persembahan akan dapat 5,000 markah menjadikan 15,000 markah secara jumlahnya. Dalam pusingan ketiga ni ada 2 part. Part pertama kesemua peserta dibahagikan kepada 2 group. Part kedua pula idol group akan buat performance ikut kreativiti masing-masing.
Sama dengan sebelumnya, setiap group idol akan nyanyi lagu idol group lain di mana pemenang akan dapat 20,000 points dengan 25% dari group evaluation (setiap 6 idol group dalam Kingdom boleh pilih 3 persembahan terbaik), 25% dari experts evaluation dengan background dalam bidang Kpop entertainment industry, 40% dari online voting oleh fans via Korea apps dan 10% dari online views di global apps (Youtube). Setiap idol group diberikan peruntukan bajet sebanyak 4 juta won untuk persembahan on stage. Jumlah markah kali ni lebih besar dengan 40,000 markah, jumlah dari part pertama dan kedua.
Untuk part pertama, pemenang interim dari Episod 5 dapat pilih group mana yang diorang nak so Ateez pilih group BTOB dan Stray Kids. Automatik SF9, iKON dengan The Boyz jadi satu kumpulan. Dalam part pertama ni ada 3 performance iaitu vocal, rap dan dance. Setiap idol group akan hantar wakil untuk perform tapi ni kita akan tengok dekat Episod 7 nanti.
Dalam episod 6 Kingdom berehat kejap dari performance untuk buat Kingdom Track Meet dengan semua idol group. Episod ni kelakar sebab iKON paling lemah bab bersukan. Asyik duduk dekat basement confirm lemau teruk hadap matahari. Team A (Mayfly) kena bersaing dengan Team B (The-i-9).
Sebelum start bersukan, semua angkat sumpah supaya bersukan tanpa kira perbezaan umur dan make sure yang semua tak injured. Ada 3 sukan untuk dua team ni kutip markah – The Vault, Catch The Baloon Tail dengan lari ganti.
Team Mayfly ada Minhyuk yang pernah cipta rekod paling tinggi sebelum ni dan Team The-i-9 ada team SF9 yang memang tinggi belaka. So kumpulan mana yang menang pusingan kena tengok episod penuh lah. Tak syok lah bagitahu kan? Pandai betul team production Mnet letak vault tu dekat kawasan yang penuh dengan pokok ceri. Bila diorang jump, nampak cantik gila video tu.
Geram je tengok iKON main-main masa The Vault padahal diorang lepas je nak lompat tapi sebab Bobby asyik kacau habis ramai tak lepas haha. Sukan The Vault ni berhenti sampai 2 meter 40cm, which is quite high lah for them to jump. Lepas habis tu terus berehat dan lunch.
Lepas habis lunch MC Changmin reveal keputusan voting yang diorang buat untuk Visual King. Masa kena suruh ambil solo selfie, Bobby setup untuk group selfie. Menyengal je kerja dia nasib baik PD bagitahu kena solo selfie haha. Siapa yang menang Visual King ni akan dapat special effects dekat muka dia sampai habis Kingdom Track Meet.
Bila sambung sukan kedua dengan ketiga sedih benar tengok group iKON tapi penat gelak sepanjang episod ni. Eric The Boyz main Chasing The Tail garang gila sampai terduduk team Mayfly. Nampak je comel muka tapi bila bersukan keluar sisi competitive dia. Masa relay race team SF9 dah lead sebab kaki panjang tapi Wooyoung Ateez boleh tahan power jugak berlari. Bang Chan Sray Kids pun buat kejutan last minute.
iKON tak payah cakap lah, June dah hilang separuh nyawa dah hujung episod tu. Patutnya dia jadi MC je tolong Changmin buat lawak sengal ubi bagi meriah lagi suasana Kingdom Track Meet.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10