Movie Review | Panipat (2019)
Wednesday, 26 May 2021
Director : Ashutosh Gowariker
Writer : Ashok Chakradhar, Chandrashekhar Dhavalikar, Ranjeet Bahadur, Aditya Rawal, Ashutosh Gowariker
Cast : Sanjay Dutt, Arjun Kapoor, Kriti Sanon, Mantra, Mohnish Bahl, Padmini Kolhapure, Sahil Salathia, Kunal Kapoor, Abhishek Nigam, Zeenat Aman
Production Company : Ashutosh Gowariker Productions, Vision World Films
Distributor : Reliance Entertainment, Netflix
Genre : History / Drama
Running Time : 162 minutes
Release Date : 6 December 2019
Trailer :
Lepas kegemilangan movie Bajirao Mastani (2015), kisah kerajaan Maratha di India ditayangkan di layar perak yang mana berkisar tentang Perang Ketiga Panipat pada 14 January 1761. Masa ni Kerajaan Maratha ditadbir oleh anak sulung Bajirao dengan Kashibai – Nana Saheb Peshwa (Mohnish Bahl). Anak Bajirao dengan Mastani pun ada dalam movie ni cuma watak dia tak lah banyak sangat bila dia tak pegang jawatan besar. Shamser Bahadur (Sahil Salathia) dijaga oleh Kashibai macam anak sendiri tapi dia tak dapat lah naik takhta sebab dia ada darah Muslim. Lagipun dia anak isteri kedua.
Movie Panipat ni bukan juga berkisar tentang Nana Saheb tapi terarah pada Sadashiv Rao Bhau (Arjun Kapoor), anak saudara Bajirao yang dilantik sebagai Ketua Perang dan juga Menteri Kewangan pada masa tu. Bhau memang rapat dengan Vishwas Rao Peshwa (Abhishek Nigam), anak kepada Nana Saheb yang mana akan mewarisi takhta selepas ayah dia. Sepertimana yang diceritakan dalam movie ni, Bhau bukan kisah sangat dengan takhta Kerajaan Maratha tapi setia jaga tanah air.
Vishwas Rao |
Pada masa tu ada raja beberapa daerah yang enggan membayar cukai kepada Kerajaan Maratha dan bergabung dengan Ahmad Shah Abdali (Sanjay Dutt), pemerintah Empayar Durrani yang terletak di Afghanistan. Dengan pembelotan dari Najib-Ud-Daula (Mantra), Ahmad Shah Abdali datang ke tanah India untuk takluk Delhi. Bhau yang mendengar khabar ni bawa 125,000 orang askar yang baru sahaja pulih dari perang sebelumnya ke Delhi untuk berperang. Tapi mereka terhenti di Panipat bila perbincangan antara Bhau dengan Ahmad Shah Abdali berakhir dengan keputusan untuk bertempur.
Lepas Sultan Alauddin Khilj digambarkan sebagai pemerintah yang zalim dan mempunyai nafsu yang tinggi, dalam movie Panipat juga Ahmad Shah Abdali digambarkan secara negatif sedangkan mengikut sejarah, beliau adalah pemerintah yang hebat di Empayar Afghanistan. Dalam surat Ahmad Shah Abdali kepada Nana Saheb selepas perang ni habis, dia serahkan Delhi kepada Kerajaan Maratha sebab bukan niat dia untuk tawan Delhi pada awalnya tapi keadaan memaksa. Sebolehnya dia elak untuk berperang tapi keputusan terletak pada Bhau pada masa tu.
Bak kata Sakina Begum (Zeenat Aman) kepada Parvatibhai, peperangan terhasil akibat dari ego pemimpin-pemimpin lelaki yang kemudiannya beri kesan terhadap wanita dan anak-anak. Anyway untuk jalan cerita agak bagus lah sebab flow cerita yang menarik bila kita boleh tengok macam mana Bhau dengan isteri dia, Parvatibhai (Kriti Sanon) dan yang lain buat strategi untuk kumpul bantuan seperti makanan dan askar dari beberapa kerajaan kecil yang lain untuk bertempur dengan Kerajaan Afghanistan masa tu. Konflik politik pada masa tu juga diceritakan dengan baik.
Visual cantik walaupun ada beberapa scene menggunakan vfx tapi tak lah nampak kartun sangat. Amazed dengan set pakaian yang dipakai oleh kedua-dua kerajaan sebab Neeta Lulla dan team buat research di beberapa muzium sejarah. Lagipun tak jadi masalah kepada Neeta untuk pamerkan pakaian pada era tersebut dengan tepat sebab Anju Modi dah buat kerja yang bagus dalam movie Bajirao Mastani. Set dan khemah yang direka oleh Nitin Chandrakant Desai pun cantik dengan details dari segi rekaan dan penggunaan manik hiasan.
Sound design dari Stephen Gomes tak lari jauh dengan bunyi khas yang dimainkan dalam Bajirao Mastani sebab di bawah kerajaan yang sama. Keindahan sinmeatografi dari C.K. Muraleedharan berjaya menghidupkan seni dalam Kerajaan Maratha. Bukan setakat action stunt dari pelakon lelaki yang dipaparkan dengan bagus dan kemas, malah watak Parvatibhai juga ada solo scene untuk bertarung dengan pihak lawan. Kudos to Abbas Ali Moghul.
Movie Panipat mungkin tak dapat hype dan sambutan yang sama dengan Bajirao Mastani disebabkan perbezaan genre dan konsep cerita bila mana Bajirao Mastani lebih berkisarkan tentang percintaan tiga segi antara Bajirao, Mastani dan Kashibai. Manakala Panipat pula lebih terarah pada permainan politik, pengkhianatan dalam kerajaan dan peperangan.
Kedua-duanya ada kesilapan fakta yang disengajakan untuk menghasilkan drama dalam penceritaan tapi sebagai naskhah filem, Panipat agak kurang menyerlah kerana beberapa kekurangan seperti dialog yang kurang menarik dan lakonan yang kurang emosi dari Arjun Kapoor walhal dia adalah pelakon utama. Bila ditanya kenapa Arjun Kapoor? Ashutosh Gowariker bagitahu yang sosok badan sama seperti Bhau yang sebenar padahal tak sama langsung. Badan Bhau yang sebenar adalah kurus, bukan sasa dan tegap seperti Arjun.
Bukan sahaja Arjun tak mampu deliver watak dengan emosi yang tepat malah lenggok badan juga tak menggambarkan lagak gaya Ketua Perang yang disegani. Screen presence dia lemah tak seperti Ranveer Singh dalam Bajirao Mastani ataupun Shahid Kapoor dalam Padmavaat (2019) yang mampu buat audience goosebumps. Bila muncul intense scene antara Bhau dengan Abdali yang digambarkan sebagai kejam dan sadis, lakonan Arjun nampak tenggelam oleh lakonan Sanjay Dutt. Sayang betul bila magnum opus movie gagal di layar perak hanya kerana kekurangan pada pelakon utama. Tssskkk
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 6.7/10