Movie Review | Maria Mariana

Sunday, 16 May 2021

Pengarah : Yusof Haslam

Penulis Skrip : Yusof Haslam

Pelakon : Erra Fazira, Ziana Zain, Edika Yusof, Roy Azman, Noraini Hashim, Kenji Sawahi, A. Galak

Syarikat Produksi :  Skop Productions Sdn Bhd.

Pengedar :  Grand Brilliance Sdn Bhd, Skop Productions Sdn Bhd.

Genre :  Drama / Aksi

Durasi Tayangan : 105 minit

Tarikh Tayangan : 18 April 1996

Trailer :


Dah lama tak layan movie letops di bawah terbitan Skop Productions Sdn Bhd. ni. Bila Netflix bawak masuk memang dah aim nak tengok masa raya ni walaupun Netflix berkempen #ChupNetflix. Mengisahkan kehidupan dua beradik perempuan berlainan ayah tapi seibu. Maria (Erra Fazira) merupakan anak sulung dalam keluarga dan fokus pada pelajaran juga ringan tulang. Berbeza dengan adiknya Mariana (Ziana Zain) yang banyak melepak dengan geng motor sehingga lewat malam, malas belajar dan liar.

Ayah mereka, En. Zakaria (A. Galak) sudah beberapa kali dipanggil ke sekolah untuk dimaklumkan mengenai masalah disiplin Mariana. Bila ditegur Mariana melenting dan menuduh parents dia melebihkan Maria dalam segala hal. 4 tahun berlalu pun perangai mereka masih sama walaupun setelah ketiadaan En. Zakaria. Puan Zainab (Noraini Hashim) risau benar dengan Mariana bila 6 kali bertukar tempat kerja kerana masalah disiplin. 

Setiap malam Mariana akan melepak dengan geng motor bersama Ray (Roy Azman) dan pulang lewat malam kemudiannya bangun lewat untuk ke pejabat. Satu hari Roy bertindak untuk memperkosa Mariana kerana sering diejek oleh rakan-rakannya. Jefri yang dah lama perhatikan Mariana datang menyelamatkan kemudiannya berkenalan rapat dan bercinta. 

'Kita orang Timur Mariana. Apa yang kita buat, jangan keterlaluan.' - Jefri

Maria senang sangat tengok perubahan Mariana dan berterima kasih kepada Jefri. Dalam keadaan dia yang sibuk menjalankan tugas untuk menjejak penjenayah berbahaya, Tony (Kenji Sawahi) di Kuala Lumpur, ada perkara positif yang terjadi di dalam rumah setelah bertahun lamanya pegang amanah dari arwah ayah. 

Plot cerita Maria Mariana ni ringan je sebenarnya tapi kekuatan emosi dalam drama yang diketengahkan tu yang menjadikan filem ni kekal relevan sampai sekarang. Jenis yang suka rebel sebab kurang dapat perhatian ni memang akan wujud dalam mana-mana family baik middle class ataupun upper class pun. Kalau cukup perhatian pun tetap lah mengada nak rebel jugak. Jiwa remaja katanya.

 

Antara Erra dengan Ziana, momentum cerita ni lebih terarah kepada watak Mariana sebab watak dia yang ada lengkungan perubahan dengan pelbagai range of emotion. Bila dia rebel, tagih perhatian dari keluarga, masa dia bercinta dengan Jefri dan berubah menjadi sopan dan manja lepastu melalui episod kekecewaan. Scene Mariana angkat kening sebelah dekat bos dia tu memang epik! Lakonan Erra okay je tapi karakter dia sebagai kakak dan polis yang tegas je dari awal sampai habis. 

Soundtrack dalam movie Maria Mariana ni kebanyakannya diambil dari himpunan single track Ziana Zain pada zaman tu. Kebanyakannya lagu yang famous sampai sekarang macam Anggapanmu, Madah Berhelah, Korban Cinta dan lain-lain. Ada juga scene yang Ziana nyanyi sendiri dekat kelab. 


Masa tengok movie ni impressed dengan fashion style setiap watak. Dah la kebanyakan masa diorang pakai leather jacket ataupun denim jacket. Watak Roy dengan Jefri pun style sebab ala bad boy yang suka menunggang motor. Tapi baju pejabat kelakar lah sebab gedabak kemain. Lipstick Maria dengan Mariana pun tak nak kalah, kemain pakai warna purple, dari jauh dah nampak. 

Dialog dalam movie ni agak puitis dan berbahasa baku. Tak lah rasa kelakar sebab ritma ayat tu kedengaran sedap especially scene percintaan Mariana dengan Jefri. Dah la soundtrack lagu Tiada Kepastian yang ditulis oleh S. Amri. Menusuk betul. Kalau sekarang ni bila berbahasa baku, pelakon sendiri nampak canggung sebab dah terbiasa dengan bahasa pasar. 

Ending Maria Mariana tergantung sebab ada sequel. See you guys at the next review! 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.5/10

Movie Review | Gol & Gincu (2005)

 

Pengarah : Bernard Chauly

Penulis Skrip : Lina Tan, Rafidah Abdullah

Pelakon :  Nur Fazura, Sazzy Falak, Ashraf Sinclair, Rafidah Abdullah, Melissa Maureen, Pierre Andre, Sharifah Amani, Farrah Shamila, Celina Khor, Kartini, Zarina Zainoordin, Anita Tahir) Khatijah Tan, Bernice Chauly, Ida Nerina

Syarikat Produksi : Red Communications

Pengedar : Red Communications

Genre : Romantik / Komedi

Durasi Tayangan : 95 minit

Tarikh Tayangan : 11 Ogos 2005

Trailer :

Famous sangat movie Gol & Gincu ni masa tahun 2005 sampai ada series dan tercalon untuk ditayangkan di beberapa filem festival termasuklah Festival Filem Tokyo padahal genre romantik komedi je. Before this dah pernah buat movie review untuk sequel - Gol & Gincu 2 so ni review untuk filem asal pulak. 

Mengisahkan tentang gadis manja, Putri (Nur Fazura) yang banyak habiskan masa dengan menjadi penyokong setia kekasih dia, Eddy (Ashraf Sinclair) dan mereka fesyen ataupun shopping dengan kwan baik dia, Mia (Melissa Maureen). Ibu Eddy dah plan supaya mereka berdua bertunang sebelum berangkat ke Australia. Habis je belajar dekat sana boleh terus berkahwin. 

Malangnya Eddy minta untuk putuskan hubungan sebab Putri terlampau clingy dan dia pun sudah terpikat dengan Shasha (Sazzy Falak), kapten futsal Ballbusters. Tak dapat terima kenyataan tersebut, Putri plan dengan Mia untuk pikat kembali hati Eddy. Putri minta tunjuk ajar Zie (Rafidah Abdullah) dan bentuk kumpulan futsal sendiri sebab dia nak join pertandingan futsal yang dianjurkan oleh Hotlink. 

Kebanyakan ahli team futsal Putri tak pandai bermain futsal dan baru nak belajar main macam Jijie (Sharifah Amani), Jay (Farrah Shamila), Ling (Celina Khor), Sarah (Kartini). Dayang (Zarina Zainoordin) dengan Aisyah (Anita Tahir) pulak dah pernah main tapi Dayang selalu ada masalah komitmen lah pulak bila dia kena jaga adik-adik. Disebabkan tunjuk ajar Zie dan sikap positif Putri, team dia sentiasa tunjuk perkembangan bagus sampai dia yakin untuk lawan Ballbusters. 

Bila tengok movie ni balik baru tahu yang cerita asal dikarang oleh Rafidah Abdullah sendiri. Kagum lah sebab dia, Tini dengan Celina adalah hos rancangan 3R yang pernah famous dekat TV3 sebab bincangkan masalah sosial yang melibatkan wanita dan educate banyak perkara. Tapi sebab 3R tayang masa hari Sabtu petang, memang jarang dapat tengok lah. Kadang tu keluar dengan family tak pun main dekat luar haha

Disebabkan Rafidah, movie arahan Bernard Chauly ni bukan sekadar kisah cinta semata tapi ada sub-plot yang mengetengahkan isu seks rambang, stereotaip, seksis dan prejudis terhadap wanita dan banyak lagi yang dibincangkan secara santai tanpa menghilangkan konsep santai. Suka tengok scene diorang buat farewell untuk Jay sebab mak dia (Khatijah Tan) tak suka anak dia main futsal. Takut jadi lelaki katanya tapi diorang berjaya ubah mindset tu. 

Visual dan grading tone untuk movie Gol Dan Gincu ni nampak fresh dan banyak menggunakan warna-warna terang untuk menggambarkan semangat dan kehidupan remaja kota. Sama juga dengan himpunan soundtrack untuk movie ni sebab banyak lagu dengan melody catchy dan lirik yang inspiring macam lagu Teruja dari Ella. Kudos to Meredith sebab pelbagaikan soundtrack dari band indie, pop, rock, ska dan banyak lagi. Masa scene diorang nyanyi lagu Bagaikan Puteri tu kenapa la Zarina tak ada sekali haha

Kekuatan movie Gol Dan Gincu bukan setakat pada jalan cerita yang bagus malah lakonan juga cemerlang baik dari pelakon utama mahupun sampingan kecuali pelakon-pelakon lelaki. Ashraf masa ni tengah pelat lagi tapi watak dia pun lebih kepada chocolate boy je. Pierre Andre pun tak dapat banyak screentime dan kemunculan dia setakat bagi pandangan mata kepada Putri je. Kalau penulis kuatkan lagi watak dia dengan inspiring dialogues mungkin lagi menarik. 

All in all, movie ni memang malar segar tak kira lah tengok masa tahun 2005 ataupun 16 tahun kemudiannya, banyak sangat pengajaran tentang persahabatan dan kehidupan yang boleh kita belajar dan adapt dalam perjalanan hidup. By the way watak Jijie adalah punca wujudnya sequel. Walaupun tak ada Fazura dalam Gol Dan Gincu 2 tapi kekuatan jalan cerita dan lakonan jadikan movie tu sama syok dengan yang pertama. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | SAM: Saya Amat Mencintaimu

Saturday, 15 May 2021

Pengarah :  Syafiq Yusof

Penulis Skrip : Syafiq Yusof 

Pelakon :  Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Syamsul Yusof, Azad Jasmin, Neelofa, Harun Salim Bachik, Fimie Don, Adam Shah, Mubarak Majid, Lydiawati

Syarikat Produksi : Skop Productions

Pengedar : E.MAS

Genre : Romantik / Misteri / Seram / Psikologi

Durasi Tayangan : 90 minit

Tarikh Tayangan : 19 Ogos 2012

Trailer :


Filem yang menerima 5 pencalonan di Festival Filem Malaysia ke-25 di bawah arahan Syafiq Yusof terbitan Skop Productions mengangkat tema psikologi. Movie S.A.M adalah debut movie kepada Syafiq sebagai pengarah lantas mendapat pengiktirafan di dalam The Malaysia Book Of Records untuk Pengarah Termuda Malaysia – 18 tahun. Masa tengok Behind The Scene movie ni dulu Syamsul bagitau yang adik dia kusut nak shoot separuh movie ni so dia tolong mana yang patut sampai siap. 

Sebab movie S.A.M ni lah suka dengan karya-karya Syafiq Yusof sebab idea dia berbeza dengan ayah dan abang dia. Kisah bermula dengan percintaan Sam (Shaheizy Sam) dengan Lisa (Lisa Surihani) di sebuah syarikat. Lisa adalah pembantu Sam so kebanyakan masanya habis dengan Sam. Tak hairan lah dia mudah jatuh cinta. Tambah pula Sam seorang yang naïf dan baik. Tak seperti bekas kekasih dia, Jeef (Syamsul Yusof) yang baran.

Disebabkan kecantikan Lisa, Sam selalu berasa insecure dan terpaksa hadap peminat psiko macam Haikal (Azad Jasmin) ataupun lelaki gatal macam Din (Adam Shah). Sebab tu dia nak cepat kahwin dengan Lisa supaya semua gangguan tu berhenti. Malangnya bila Sam nak melamar Lisa, mereka berdua dipukul oleh Haikal kemudiannya diculik dan dibawa ke kilang PV6, Klang. 

Sam cuba minta bantuan dari Jeff lepas semalaman di sana dan diserang bertubi-tubi. Boss (Harun Salim Bachik) arahkan Jeff pergi ke PV6 yang merupakan kilang lama syarikat mereka sebab dia tak nak kehilangan klien penting syarikat. Jeff minta bantuan Zura (Neelofa), kawan baik Lisa untuk check sama ada hint atau jejak yang ditinggalkan. 

Kekuatan movie S.A.M adalah pada jalan cerita yang memaparkan isu psikologi dalam masyarakat dan plot twist menarik yang dipersembahkan pada second half. Namun disebabkan pengarah terlampau fokus pada action scene dekat second half buatkan momentum cerita menurun sebab meleret walaupun ada masanya terkejut dengan tindakan si lelaki misteri. 

Better kalau pengarah fokus pada flashback yang menceritakan kehidupan kanak-kanak lelaki (Fimie Don) dan tunjuk kenapa dia boleh menghidap schizophrenia. Kita nampak ayah dia (Mubarak Majid) mengamuk sebab dapat anak sakit tapi kemarahan tu kesan dari perangai anak dia. Zaman dulu memang pantang betul kalau ada ahli keluarga yang sakit mental ataupun down-syndrome. 

Lakonan Shaheizy Sam cemerlang dengan perubahan emosi dan karakter terutamanya pada second half sebab first half lebih fokus pada percintaan dia dengan Lisa. Padanan Sam dengan Lisa menonjolkan chemistry yang kuat untuk babak romantik. Movie S.A.M. adalah movie kedua mereka bekerja bersama sebagai pasangan bercinta so tak ada masalah langsung untuk deliver. Soundtrack Ajari Aku nyanyian Anuar Zain menaikkan mood dan suasana percintaan mereka berdua. 

Lakonan supporting cast ada yang okay ada yang mehhhh macam Azad yang berjaya menaikkan elemen seram dengan karakter psiko dan obsess dengan Lisa. Dia berjaya shift mood dari romantik kepada seram walaupun muncul sekejap je. Sama juga dengan Adam yang menimbulkan ketegangan antara Din dan Sam. Berbeza dengan Syamsul ataupun Neelofa yang muncul lebih banyak tapi kayu dan try hard. 

Memandangkan movie S.A.M dibikin di bawah penerbitan Skop Productions jadi bab visual memang tak ada masalah sangat. Close up banyak membantu lakonan setiap watak sebab kebanyakannya ekspresikan melalui reaksi muka terutama pada second half movie. Cuma ada beberapa scene di tempat gelap sampai tak nampak apa yang berlaku. Transition pun kemas dan sharp. 

Movie S.A.M ni best nak layan walaupun dah 9 tahun berlalu and thanks to Netflix sebab tayang salah satu movie berkualiti dalam industri perfileman tempatan. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8.7/10

Drama Review | Love Alarm 2

Director : Kim Jin-woo

Writer : Workshop R (Cha Yeon-su, Kim Seo-yi, Kwon Ji-young)

Cast :  Kim So-hyun, Jung Ga-ram, Song Kang, Kim Si-eun, Song Seon-mi, Ki Do-hoon, Lee Jae-eung

Production Company : Studio Dragon, Production H

Distributor : Netflix

Genre : Sci-fi / Romance / Drama

Running Episodes : 6 episodes

Release Date : August 22, 2019 – March 12, 2021

Trailer : 


Sequel kepada drama romantik terbitan eksklusif Netflix kali ni dihasilkan oleh penulis dan pengarah yang berbeza. Season 1 bersiaran sebanyak 8 episod dan berlatarkan kehidupan di zaman sekolah menengah dan Season 2 dengan susur masa 4 tahun kemudiannya. Kalau season lepas penceritaannya ada banyak sub-plot tapi kali ni lebih tertumpu kepada watak-watak utama sesuai dengan konsep adult life. 

Kim Jo-jo (Kim So-hyun) makin rapat dengan Lee Hye-yeong (Jung Ga-ram) dan cuba untuk belajar mencintai lelaki tersebut walaupun apps Love Alarm dia tak mampu bergetar setiap kali Hye-yeong datang dalam radius 10 meter dek kerana shield yang dipasang. Dia cuba untuk mencari di mana Cheon Duk-gu (Lee Jae-eung) berada sebab dia nak buang shield tersebut tanpa sedar yang Duk-gu bunuh diri 4 tahun lepas.

Hwang Sun-oh (Song Kang) pula teruskan kehidupan seperti biasa bersama kekasihnya Lee Yuk-jo (Kim Si-eun) walaupun terasa kosong. Ibu dia, Jeong Mi-mi (Song Seon-mi) cuba untuk berbaik bila ayah dia curang. Apa guna apps Love Alarm kalau bergetar tapi dalam masa yang sama curang juga dengan perempuan lain? Bila Sun-oh berjumpa kembali dengan Jo-jo, dia tak peduli kalau apps Love Alarm tak bergetar sebab dia tahu mata tak mampu menipu. 

Masa dalam Season 1 dulu ada diceritakan side effects apps Love Alarm ni bila 23 orang bunuh diri akibat tiada yang sayang. Rentetan dari kejadian tu, ada pembunuhan yang berlaku dalam Season 2 tapi tak diberi perhatian sangat pun sebab perasaan Jo-jo lagi penting dalam cerita ni. Tapi bagi kesan besar lah terhadap syarikat Love Alarm yang dimiliki oleh Brian Cheon (Ki Do-hoon). Kalau tak ditangani dengan cepat nanti para pelabur akan lari pula. 

Kecewa dengan jalan cerita Love Alarm 2 ni sebab dari awal lagi dah nampak watak Jo-jo akan pilih untuk bersama dengan Hye-yeong sebab dia sentiasa ada untuk Jo-jo. Sedangkan Jo-jo tak adil pada Sun-oh terus buang dia tanpa sebab. Macam mana pulak penulis boleh fikir yang Jo-jo memang suka dengan Hye-yeong dari awal tapi perasaan dia terganggu bila Sun-oh datang. Data yang Duk-gu tunjuk pun masa Jo-jo spend time dengan Hye-yeong je. Kenapa tak tunjuk data masa Jo-jo jumpa Sun-oh?  

Rasanya pengarah patut tutup kisah ni masa Season 1 sebab buat sakit hati je tengok Sun-oh dilayan macam tu. Tak adil langsung pada watak dia. Nampak sangat Sun-oh mengalah sebab dia sayangkan Hye-yeong. Bila dia lepaskan Jo-jo, dia dapat balik berkawan dengan Hye-yeong padahal bukan salah dia kalau Jo-jo dengan Hye-yeong insecure. Hye-yeong tak peduli dah dengan janji yang dia buat dekat Sun-oh asalkan dia dapat Jo-jo. Kejam! 

Bab visual dan sinematografi memang cantik lah sebab di bawah studio Netflix so bab yang tu terjaga dari Season 1 lagi. Lighting dalam scene pun ikut mood watak masa tu macam lighting yang kelam untuk menambahkan perasaan suram dan sepi dalam kehidupan Sun-oh walaupun dia ada kekayaan dan populariti. Berbeza dengan scene Jo-jo dan Hye-yeong yang dipaparkan dalam visual yang dreamy. 

Cantik sangat rumah Hye-yeong sebab kelopak bunga ceri sentiasa beterbangan dalam kawasan rumah dia. Simbolik kepada rasa cinta Hye-yeong yang suci dan jujur terhadap Jo-jo. Nampak tak team production memang nak Jo-jo end up with Hye-yeong? Macam lah Sun-oh mainkan perasaan Jo-jo masa diorang bercinta dulu. Dalam Season 1 masa Sun-oh bercinta dengan Jo-jo, banyak shot diambil berlatarkan bunga canola sebagai simbolik kebahagiaan dan kebanggaan sebab Sun-oh memang nak semua orang tahu perasaan cinta dia dekat Jo-jo. 

Ni lah jadinya kalau satu drama tapi digarap oleh team production yang berbeza. Mungkin pada awalnya team production bergaduh dan terbahagi kepada dua. Satu team Hye-yeong, satu lagi team Sun-oh so masing-masing dapat bajet untuk buat dua cerita dengan jalan cerita yang lebih kurang sama. Kan senang kalau diorang bagitau awal-awal drama ni ada dua jalan cerita, dua ending so kalau suka watak ni, tengok version yang ni. Haihhh

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 5.8/10

Movie Review | Oru Adaar Love (2019)

Friday, 14 May 2021

Director : Omar Lulu

Writer : Omar Lulu, Sarang Jayaprakash, Lijo Panadan

Cast : Roshan Abdul Rahoof, Noorin Shereef, Priya Prakash Varrier, Siyadh Shajahan, Vaishak Pavanan, Dilruba Aswad Alqamar, Shivaji Guruvayoor, Arun A Kumar, Anjali Nair

Production Company : Ousepachan Movie House

Distributor : Ousepachan Screen Media

Genre : Romance / Comedy

Running Time : 143 minutes

Release Date : 14 February 2019

Trailer :


Masa tahun 2019 ada dua gif yang famous dari movie Malayalam ni sampaikan rasa nak tengok. Lagipun genre mvie ni ringan je, romance comedy yang berlatarkan kehidupan remaja sekolah. Roshan (Roshan Abdul Rahoof) jatuh cinta pandang pertama dengan Priya (Priya Prakash Varrier) sejak hari pertama gadis tersebut berpindah ke Don Bosco, High Secondary School. 

Dengan bantuan dari kawan baik dia, Gadha John (Noorin Shereef), Roshan semakin rapat dengan Priya dan bercinta. Satu hari ketika mabuk di sebuah majlis kahwin, tanpa sengaja Vishakh aka 'Pavanna' (Vaishak Pavanan)terhantar video lucah dalam group Whatsapp sekolah dari handphone kepunyaan Roshan. 

Ekoran dari perbuatan tersebut, Roshan yang dipersalahkan sehingga digantung sekolah selama seminggu oleh Pengetua (Shivaji Guruvayoor). Priya pula tak nak imej dia tercemar dengan perbuatan Roshan lalu ambil keputusan untuk putuskan hubungan mereka berdua. Gadha yang simpati dengan nasib malang Roshan pujuk pakcik dia yang bekerja sebagai Inspektor Polis untuk selamatkan Roshan. 

Bila Pengetua setuju untuk batalkan suspension Roshan, kawan-kawan satu geng dia lega dan berterima kasih dengan Gadha. Francis E. Manavalan (Siyadh Shajahan) cadangkan supaya Gadha berpura-pura bercinta dengan Roshan untuk buat Priya cemburu dan minta maaf kepada Roshan. Tapi Roshan sedar yang dia selesa dengan kehadiran Gadha sebagai teman hidup berbanding Priya yang posesif. Bak kata Arun (Arun A Kumar), ramai lagi orang yang boleh buat kening dan wink macam Priya haha

Jalan cerita Oru Adaar Love ni agak lambat lah nak sampai ke klimaks sebab dipenuhi dengan friendship moments Roshan dengan kawan-kawan dia. Masa babak klimaks tu muncul kita dah tahu dah sebenarnya apa yang akan jadi sebab watak tersebut dah bagi peringatan dah pun cuma tak tahu apa pengakhiran terhadap dua watak utama. For me klimaks tu nampak merepek sebab tiba-tiba je muncul sedangkan diorang berenam je tahu kemana diorang nak pergi. Kalau director tambah scene di mana pergerakan mereka diintip mungkin nampak realistik sikit lah. 

Actually confuse dengan Roshan, dia nak bagi promise ring ataupun engagement ring sebab macam awal je dik non. Sekolah pun tak habis lagi kau dah nak propose dah. Scene dari para guru dan seniors agak draggy dan tak perlu ada pun sebenarnya sebab masing-masing try hard nak buat lawak tapi hambar. Tak semena-mena movie ni jadi panjang tapi flat. 

Visual dari Sinu Sidharth memainkan peranan dengan menonjolkan kegembiraan pada kesemua watak utama. Baik kebahagiaan Roshan dengan Priya sebagai pasangan yang bercinta mahupun sinematografi persembahan seni yang dipaparkan. Ada beberapa scene yang disunting dengan mood dreamy untuk menggambarkan fantasi percintaan Roshan. Music album dari komposer Shaan Rahman kebanyakannya high beat, energetik dan menaikkan mood untuk beberapa scene sesuai dengan kehidupan anak muda.

 

First half movie ni dah syok dah dengan percintaan Priya-Roshan, scene pelajar lelaki cuba mengurat Sana (Dilruba Aswad Alqamar) dan scene lain tapi bila masuk second half dah mula bosan sebab semua plot berubah. Dialog pun tak ada yang puitis ataupun kelakar sebab kebanyakannya conversation biasa je. Tapi ada certain scenes yang vulgar dan misogynist. 

Sebenarnya skrip asal memaparkan jalan cerita yang lain tapi bila klip wink Priya jadi viral, pengarah tukar beberapa scene untuk tambah screentime Priya. Tambah pula masa tu dia dilabel sebagai ‘National Crush’ sekaligus bagi perhatian dan free marketing terhadap movie dengan budget rendah ni. Kebanyakan watak utama juga merupakan pelakon remaja yang baru debut dalam dunia lakonan sebab tu lakonan tak berapa nak okay sangat. Boleh la nak layan secara santai. 

p/s : Muka Priya tu ada iras Mimi Lana. Cantik! 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 6.2/10

 

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Mayim Bialik, Melissa Rauch, Kevin Sussman, Carol Ann Susi,  John Ross Bowie, Brian Posehn, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco, Christine Baranski, Kate Micucci, Brian Thomas Smith, Stephen Hawking, Alessandra Torresani, Elon Musk

Genre : Sitcom

Running Episodes : 24 episodes

Release Date : September 21, 2015 – May 12, 2016

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Trailer :

Season 9 ni awal-awal lagi dah bagi kebahagiaan kepada peminat Leonard (Johnny Galecki) dan Penny (Kaley Cuoco) even trailer pun adalah jemputan kahwin dari mereka berdua. Lepas 8 tahun bersiaran finally pasangan ni berkahwin jugak walaupun on and off dalam beberapa season. 

‘Penny we are made from particles that have existed since the moment the universe began. I like to think those atoms traveled 14 billion years through time and space to create us, so that we could be together and make each other whole.’ – Leonard’s wedding vow

Dalam season 8 Sheldon Cooper (Jim Parsons) lari bila Amy (Mayim Bialik) suggest untuk tinggal bersama since Leonard dengan Penny akan berkahwin. Penat dengan kerenah Sheldon bila Amy terpaksa tunggu 8 tahun untuk Sheldon buka hati dan terima dia dalam hidup, Amy decide untuk keluar sekejap dari relationship tu. Of course Sheldon tak terima keputusan tu dengan hati terbuka dan buat kawan-kawan dia pilih sama ada masuk team dia atau berpihak pada Amy. 

Dalam episod 7 – "The Spock Resonance", Leonard dengan Penny dapat tahu yang Sheldon nak propose Amy sebab dia simpan cincin pusaka nenek dia. Sebab tu lah dia sedih sangat Amy minta masa untuk fikir balik tentang hubungan diorang. Dalam episod 8 - "The Mystery Date Observation", Amy dah move on dan bercinta dengan ahli fizik dari UK. 

Tak ambil masa yang lama pun untuk Sheldon sedar yang Amy merupakan orang yang penting dalam hidup dia macam sebelum ni dalam episod 3 Season 4 – The Zazzy Substitution. Dalam episod 10 - "The Earworm Reverberation", Sheldon try untuk ingat balik apa melodi yang stuck dalam kepala dia sampai mengganggu kerja seharian. Leonard cuba bantu tapi tak berhasil. Rupanya lagu Darlin’ dari The Beach Boys. Lirik dia sweet sangat.

 

Lepas kematian Mrs Wolowitz (Carol Ann Susi), Howard Wolowitz (Simon Helberg) dapat berita yang Bernadette (Melissa Rauch) mengandung. Pelik jugak lah kenapa penulis buat watak Howard jadi takut dan panik bila dapat tahu pasal tu sedangkan dalam Season 5 dia jugak yang yakinkan Bernadette bila isteri dia buat keputusan untuk taknak ada anak. Tiba-tiba dalam Season 9 ni situasi terbalik pulak.  

Relationship Raj (Kunal Nayyar) dengan Emily Sweeney (Laura Spencer) makin kuat tapi bila I expect both of them will last, penulis masukkan watak Claire (Alessandra Torresani) untuk kacau Raj. Tak faham jugak kenapa watak Raj nak jadi tamak bila dah jumpa girlfriend yang serasi dengan dia. Dari awal season lagi dah diperkenalkan Raj sebagai seorang yang romantik dan penyayang. Tambah pula dia suka layan movie romantic yang famous di US. In real situation, lain pulak jadinya. 

Dalam season lepas, Leonard Nimoy meninggal da nada episod khas untuk tribute kepada pelakon terkenal tersebut. Dalam episod 7 -"The Spock Resonance", Will Wheaton bawa Adam Nemoy berjumpa dengan Sheldon untuk rancangan dokumentari mengenai ayah dia. Menjerit tengok episod 9 -   "The Platonic Permutation" sebab Elon Musk buat cameo bila Howard, Raj, Bernadette dengan Emily jadi sukarelawan untuk NGO. Kalau jadi Howard memang gagap jugak lah bila tengok Elon Musk cuci pinggan sama-sama dekat sebelah. Fuhhh ketaq lutut!

Dalam season ni sekali lagi director letak watak yang jarang ada scene bersama macam Bernadette dengan Sheldon dan Amy bersama Howard spend time together. Amy dengan Howard balik ke fasa awkward just like dalam season 7. Interesting take on Bernadette and Sheldon bila dia bagitahu kenapa dia suka sangat dengan keretapi. Bernadette yang garang mula jadi lembut sebab pregnancy dan Sheldon pula mula terbuka untuk isi kehilangan Amy dalam hidup dia. 

Happy tengok bila Sheldon mula berkawan baik dengan Howard dan Bernadette. Season-season sebelum ni pun penulis buat beberapa episod khas supaya Sheldon dengan Howard spend time together. Dalam episod 18 - "The Application Deterioration" paling sweet bila Sheldon letak 25% profit dalam tabung pendidikan anak Bernadette dengan Howard.

'Oh I've always valued education over money. And the very fact you needed a written guarantee of respect made me realize how dismissive I've been of your contributions. And I just hope this scholarship can rescue your child from the subpar education and meenial life of an engineer.' - Sheldon Cooper

Dah 9 season baru I perasan yang diorang tak pernah makan pun makanan diorang. Ada la beberapa scene bila Penny makan batang saderi atau buah. Tapi main dish dekat cafeteria ataupun dinner night bukannya bersentuh pun. Diorang just makan sikit lepastu dah berubah ke scene lain. Kunal dengan Kaley bagitahu semua makanan tu betul-betul ada masa diorang shooting tapi tak sempat pun nak makan. Kadang tu Kaley makan je betul-betul sebab dia lapar sangat. I know how you feel Kaley.. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.6/10