Movie Review | Silam (2018)

Thursday, 13 May 2021

Pengarah :  Jose Poernomo

Penulis Skrip :  Lele Laila

Pelakon : Zidane Khalid, Surya Saputra, Wulan Guritno, Nova Eliza, Anna Tairas, Richelle Georgette Skornicki, Dania Michelle, Rasyid Albuqhari, Rafael Putra Ismy  

Syarikat Produksi :  Pichouse Films

Pengedar : MD Pictures, Netflix 

Genre :  Seram

Durasi Tayangan :  80 minit

Tarikh Tayangan : 13 Desember 2018 (Indonesia), 18 Julai 2019 (Malaysia)

Trailer :


Sejak ayahnya, Angga Adityo meninggal dunia, Baskara (Zidane Khalid) sering ke kubur dan mengadu nasib kerana sentiasa dimarahi oleh ibunya, Fina (Nova Eliza). Baskara habiskan masa dengan ke sekolah dan ukir anak patung. Satu hari Baskara terjumpa gambar pakcik kembar dia, Anton Prasetyo (Surya Saputra) yang tinggal di Manggarai, Jakarta Selatan. 

Dia nekad untuk melarikan diri ke sana supaya beban dan kesedihan ibu dia berkurang. Baskara plan untuk pergi ke Manggarai selepas dia balik dari lawatan muzium bersama rakan sekelasnya. Dek kerana perbuatan Baskara yang tertawakan teman sekelas kerana dia tak percaya dengan hantu. Kata kawan baik dia, selepas deria keenam Baskara diaktifkan, dia akan dapat melihat semua makhluk halus di sekelilingnya. 

Di muzium, Baskara dikunci oleh kawan-kawan sekelas kemudiannya terhentak di lantai. Akibat hentakan kuat tersebut, deria keenam Baskara mula aktif dan dia sering diganggu ke mana saja dia pergi. Setibanya di Manggarai, kedatangan Baskara disambut baik oleh keluarga Paman Anton. Baskara boleh tinggal di situ selama mana yang dia suka. 

Tapi setiap malam dia akan diganggu oleh beberapa hantu perempuan yang masuk dari tingkap bilik dia. Kehadiran Irina (Dania Michelle) banyak membantu Baskara melawan ketakutan dan tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam rumah tersebut sebab Nenek Irina (Anna Tairas) adalah dukun di kawasan tu. 

Jalan cerita Silam ada misteri yang disimpan sehingga ke hujung cerita dan ending dia lebih kurang sama dengan movie The Conjuring bila roh jahat disimpan di dalam patung seperti Anabelle. Bila dah tengok movie ni baru tahu yang movie Silam adalah spin-off dari Danur franchise. Nasib baik lah spin-off, kalau salah satu installment utama dari franchise Danur, memang kena tengok dari awal sampai habis lah supaya tak ketinggalan mana-mana point. 

Dalam movie ni pun ada scene yang dibiarkan tergantung macam scene Paman Anton sekeluarga bersembunyi dalam bilik ataupun larang si kembar turun ke bawah setiap malam. Siapa budak perempuan yang mengusik Baskara dalam bilik tu dan kenapa ramai hantu perempuan di luar rumah Paman Anton? 

Bila movie seram kebanyakan masanya dalam gelap lah tapi not bad sebab movie ni tak lah terlampau gelap sampai tak nampak apa yang jadi. Cuma VFX dia nampak kartun bila hantu muncul untuk ganggu Baskara. 

Sebagai pameran utama dalam filem seram, Zidane Khalid deliver dengan bagus baik dalam scene emosi ataupun scene dia terpesona dengan kecantikan Irina. Kesian tengok dia kena marah dengan Fina walhal dia dibuli oleh kawan sekelas. Mungkin Fina kemurungan tapi tengok pada harta yang ditinggalkan ayah dia, tak rasa mereka hidup melarat. Entahlah sebab tak diceritakan sangat tentang keluarga mereka ni. Mungkin sebab tu juga movie ni jadi mehhh sebab banyak persoalan yang mengganggu. Mungkin pengarah expect penonton dah baca novel Silam kot. 

Bila plot twist muncul tu macam hmmm mudah sangat ni pengarah dan penulis buat cerita. Rasa terkejut pun tak muncul sebab dah boleh agak dah kenapa Baskara mengalami gangguan macam tu dan kenapa keluarga Paman Anton berperangai macam tu. Mungkin pengarah cuma nak banyakkan filem di bawah Danur Universe sebab perangai produser Manoj Punjabi ni suka release movie banyak-banyak walaupun jalan cerita teruk. Entah KPI apa dia nak kejar entah. I harap dia happy lah. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 4.8/10

Movie Review | I Know What You Did Last Raya

Wednesday, 12 May 2021

Pengarah :  Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen

Penulis Skrip :  Wan Aida Wan Yahya

Pelakon : Erra Fazira, Waheeda, Azlee Jaafar, Lan Pet Pet, Zamarul Hisham, Khatijah Tan, Ebby Yus, Piee

Syarikat Produksi : Grand Brilliance

Pengedar :  Netflix

Genre : Komedi / Seram

Durasi Tayangan : 91 minit

Tarikh Tayangan : 14 November 2004

Trailer :

Happy betul dapat tengok movie best under terbitan Grand Brilliance arahan Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen ni sebab movie I Know What You Did Last Raya famous sangat masa zaman awal millennium dulu. Zaman ni Waheeda tengah famous dengan lagu Wassini dan dapat banyak contract berlakon dengan Prof. 

Kisah parodi dari movie US, I Know What You Did Last Summer (1997) bermula dengan 5 sekawan pulang ke kampung pada malam raya. Dalam perjalanan tu Lan (Lan Pet Pet) terlanggar kambing dan tuan empunya (Ebby Yus) kambing jugak. Disebabkan panik, takut dan Lan taknak reputasi sebagai golfer terkenal rosak di mata media, Yassir (Zamarul Hisham) ajak mereka semua alih kambing ke tepi jalan dan teruskan perjalanan sebab kedua-dua makhluk tak cedera pun. 

Sampai je dekat kampung, masing-masing berjanji untuk tak buka mulut tentang rahsia mereka dalam perjalanan tadi. Tapi gangguan demi gangguan berlaku pada mereka semua sampai Yassir, Lan, Mira (Erra Fazira) dan Shahida (Waheeda) ambil keputusan untuk pulang ke bandar malam raya kedua. Yassir paling cuak sekali sebab dia nampak depan mata kambing dan tuannya dalam perjalanan balik dari masjid. 

Fazzly (Azlee Senario) tak nak ikut mereka berempat sebab dia ada cuti lagi seminggu sedangkan mereka yang lain ada urusan kerja yang perlu diselesaikan. Dalam perjalanan balik ke bandar, kereta Lan rosak sebab paip bocor. Lan syak mereka semua disabotaj oleh orang yang sama dan orang tersebut tahu tentang rahsia mereka. Siapa orang tersebut, kena la tengok movie ni dekat Netflix. 

Walaupun movie yang bertemakan raya ni adalah parodi kepada movie slasher tapi dalam movie I Know What You Did Last Raya tak ada pembunuhan atau cubaan membunuh pun. Sebab tu movie ni boleh jadi tontonan keluarga pada Hari Raya secara santai. Bab komedi tu mungkin ada percanggahan lah sebab lawak dalam movie ni adalah lawak yang trending masa zaman tu. Macam setiap watak akan ulang balik perkataan dengan mimik muka. Kalau sekarang tengah in dengan lawak pickupline, tapi zaman 2004 dulu lawak yang macam dalam movie ni lah yang menghiburkan. Mungkin generasi Z tengok tak boleh nak layan tapi kalau untuk Gen X atau Y, movie ni mengimbau kenangan. 

Zamarul Hisham kemain handsome masa muda dulu tapi dalam movie ni watak dan screentime dia agak terhad sebab Lan Pet Pet lagi famous dengan bakat dia ajuk suara. Scene dia sergah kawan-kawan dia dengan suara kambing tu memang mengekek lah. Chemistry dia dengan Waheeda pun menjadi. Since Waheeda talent di bawah Grand Brilliance, watak dia sentiasa menjadi tumpuan. Di awal movie pun dia dah menyanyi lagu Panggilan dekat fashion show Raya.

 

Kelakar tengok flashback sebab ada Aedy Ashraff dengan Eric Fuzi lakonkan watak Fazzly dan Lan masa kecil dulu. Supporting cast macam Khatijah Tan, Piee, Dynas Mokhtar pun deliver watak dengan baik di samping pelakon utama. Bila tengok balik jarak rumah dengan kereta diorang rosak tu tak la jauh mana pun. Scene tuan kambing dekat dalam terowong bawah dengan jarak dekat kereta Lan tu pun tak jauh mana. Tapi persoalannya betul ke yang tu tuan kambing ataupun orang yang rakam? 

Tak tahu lah Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen sebenarnya perasan ke tak yang pelakon dia tersalah skrip dekat first half movie. Scene Mira marah diorang semua tengah tidur tu dia kata apa nak jadi dah buka puasa pun tidur lagi padahal belum berbuka. Scene Lan bagitau diorang yang hari tu hari last Raya padahal last puasa sepatutnya. 

Since movie I Know What You Did Last Raya ni diterbitkan pada tahun 2004, visual dia tak lah sharp sangat walaupun ditayangkan di Netflix. Tapi okay lah, masih lagi boleh dilayan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 9/10

Movie Review | Bella & Jamie (2019)

  

Pengarah : Fairul Nizam Ablah, Ghaz Abu Bakar

Penulis Skrip :  Liyana Jasmay, Fairul Nizam Ablah

Pelakon : Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman, Sharifah Nadia, Dynas Mokhtar, Bell Ngasri

Syarikat Produksi :  Mermaid Studios Sdn. Bhd.

Pengedar :  United Studios Sdn. Bhd.

Genre :  Komedi / Drama 

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 31 Januari 2019

Trailer :


Debut movie Liyana Jasmay sebagai penerbit dalam industry perfileman mengangkat tema Teman Sejati Selamanya bila Bella (Juliana Evans) dan Jamie (Liyana Jasmay) berkawan sejak kecil sehingga besar. Kejutan buat mereka berdua bila Uncle Bad (Khir Rahman) dan Aunty Maryam (Sharifah Nadia) nak berkahwin. Bella & Jamie akan bertukar status dari kawan baik kepada adik-beradik tiri. 

Malangnya sejak pulang dari New York, Jamie dapat tahu Bella bercinta dengan Reza (Izzue Islam), bekas kekasih yang pernah tinggalkan dia dulu. Jamie kecewa Bella tak berterus-terang dengan dia walaupun dia pernah beri peluang. Jamie bertindak untuk putus kawan dengan Bella dan cari peluang untuk putuskan hubungan ayah dia dan ibu Bella. 

Konflik diorang kecil je sebenarnya macam Reza utarakan dari awal tapi masing-masing ego tak nak mengalah. Walaupun watak Reza tak dikembangkan sangat tapi dia antara yang rasional dan matang dalam movie ni. Tak pasti umur Jamie dengan Bella berapa tapi around 25 macam tu la kot. Masing-masing terlampau dimanjakan dan disuap sampai tak pandai berfikir. 

Kecewa jugak lah bila penulisan Liyana Jasmay ambil jalan singkat dengan matikan watak Reza hanya kerana untuk tonjolkan friendship Jamie dan Bella. Reza dah pesan dekat Bella yang dia taknak join plan mereka berdua yang melibatkan Mastura (Dynas Mokhtar) tapi Jamie anggap Reza annoying. Lepastu scene Reza dah ada teman wnita baru instead of berbaik dengan Bella. It would be nice dan watak Jamie nampak matang kalau dia dah move on dan sedar kenapa Reza putuskan hubungan kemudian pilih Bella. Kena lah dengan pendirian Reza yang anggap cinta tu sesuatu yang misteri dan tak boleh dipaksa. 

Suka dengan chemistry Khir Rahman dan Sharifah Nadia sebagai pasangan bercinta sebab relationship diorang matang dan romantik. Mungkin sebab sesuai dengan my age yang dah masuk 30s, suka dengan lelaki yang stabil dan tenang. Sweet lah Khir Rahman berlakon scene romantik sebab intonasi suara dia tu fuhhh cair! 

Walaupun Dynas Mokhtar muncul sekejap je tapi watak dia menaikkan momentum penceritaan dengan strong character sebagai bekas kekasih Bad. Bila dia tanya Jamie ‘Dah besar kan? Dah pandai fikir kan?’ memang puas betul dengar. Dekat scene tu nampak yang pilihan kita adalah cerminan personaliti kita. Kalau sejenis tak matang, pilihan yang dibuat pun nampak tak bijak langsung. Watak Jay (Bell Ngasri) pun kelakar setiap kali muncul.

Dinamik Liyana Jasmay dengan Juliana Evans sebagai kawan baik nampak kuat sebab diorang memang best friend in real life pun. Cumanya watak mereka berdua tak dikembangkan sangat atau bermain dengan emosi untuk genre drama. Terlampau santai untuk friendship sejak kecil dan terlampau mudah Bella putus asa dengan Jamie. Lagi syok kalau ada flashback yang boleh menguatkan naratif persahabatan mereka berdua. 

Sinematografi dari Pete Abdullah menaikkan mood penceritaan dalam naskhah chick flick yang santai ni. Props yang digunakan nampak terpengaruh dengan konsep perumahan di NY bila mereka sekeluarga buat BBQ di rooftop. I pulak yang risau sebab nampak awan cerah sebab kilat sana sini. Scene foodtruck tu macam kesian pulak dekat customer sebab makan dekat tempat panas. Iklim Malaysia tak sama dengan New York. Dekat sana even matahari tegak atas kepala pun tetap ada angin sejuk dia. Dekat sini mau berbelang muka. 

Soundtrack untuk Bella & Jamie quite fun dengan lagu Manisnya Senyumanmu nyanyian Liyana Jasmay sendiri under KRU Music. Lagu asal adalah nyanyian Feminine tapi Liyana record dengan nafas baru khas untuk movie ni. Comel je tengok Liyana dengan Jue Evans menari dalam kereta tu tapi potong betul Reza pergi tegur pasal diorang tengah bergaduh.

 

Masa movie Bella & Jamie tayang tahun 2019 tak dapat sambutan pun sebab Liyana cakap dia tak fokus dengan marketing and promos. Nasib baik masuk dekat Netflix, boleh la cover balik duit modal. Walaupun movie ni tak lah menghiburkan sangat tapi not bad lah nak layan sambil masak rendang raya. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6/10

Movie Review | Story of Kale: When Someone's in Love

Sunday, 9 May 2021

 

Pengarah :  Angga Dwimas Sasongko

Penulis Skrip :  M. Irfan Ramly, Angga Dwimas Sasongko

Pelakon : Ardhito Pramono, Aurélie Moeremans, Arya Saloka, Roy Sungkono, Gilbert Pohan, Azizah Hanum, Tanta Ginting, Dwiky Al Asyam 

Syarikat Produksi : Visinema Content, Visinema Pictures 

Pengedar :  Netflix

Genre :  Drama / Romantik

Durasi Tayangan : 77 minit

Tarikh Tayangan : 23 Oktober 2020 (Indonesia)

Trailer :


Bulan Februari lepas tengok movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (2020) hasil sutradara pengarah yang sama, Angga Dwimas Sasongko dan jatuh cinta dengan watak Kale (Ardhito Pramono). Masa tu pun dah dapat tahu yang prequel juga spin-off movie tu akan berkisarkan tentang kisah percintaan Kale dengan seseorang yang pernah buatkan dia bahagia juga menderita sampaikan dia reject cinta Awan. 

Dalam movie tu digambarkan Kale sebagai seorang yang memahami dan puitis tapi berbeza watak dia dalam movie  Story of Kale: When Someone's in Love sebab watak dia baran dan manipulasi keadaan. Kale dah lama pendam perasaan pada manager band Arah iaitu Dinda (Aurélie Moeremans) tapi Dinda in relationship dengan Argo (Arya Saloka) yang baran. 

Kale rasa Argo tak layak jadi pacar Dinda sebab suka marah dan pukul. Suka memanipulasi keadaan. Lepas Dinda dengan Argo putus, Kale bagitahu yang dia nak lebih dari sekadar teman dan dia cemburu tengok Dinda ambil berat ahli band yang lain. Dinda okay je sebab dia pun suka dengan Kale tapi lama-kelamaan Dinda perasan yang Kale pun sama seperti Argo. 

“Enggak ada orang yang bisa bertanggung jawab di atas hidup kita selain diri kita sendiri.” – Dinda.

Flow movie Story of Kale: When Someone's in Love ni kreatif jugak lah sebab movie ni start dengan Dinda minta putus kemudian flashback macam mana Dinda dengan Kale rapat. Bersilih ganti antara masa lalu dan masa sekarang setiap kali Kale persoalkan di mana silap dia. 

“Aku bingung kenapa aku selalu kehilangan orang yang aku sayang.” – Kale.

Since I dah tengok movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini dan kenal watak Kale sebagai yang matang dan romantis, rasa tertanya tu membuak bila tengok Dinda tega minta putus dan pengen keluar dari rumah walhal projek album mereka berdua dah siap. Pengarah slowly buka pekung dan build up moments dan jawapan kenapa hubungan mereka berdua toksik. Terdiam bila tengok scene Dinda nampak perangai sebenar Kale. Dia baru je berjaya keluar dari toxic relationship dengan Argo tapi terjebak dengan relationship yang sama walaupun dengan lelaki yang berbeza. Susah tau nak keluar kalau bercinta dengan lelaki jenis suka manipulate dan baran ni. Been there and got out. 

Visual dari Bagoes Tresna Aji menyuntik mood romantic setiap kali watak Kale dan Dinda berbicara soal cinta. Tone kebanyakan scene disetkan gloomy supaya sesuai dengan perasaan Kale dan Dinda yang mula pudar. Music score dan music album dari Ofel Obaja Setiawan dan Ardhito Pramono sweet dan melankolik. Suara Ardhito kedengaran harmoni bila berduet dengan Aurélie Moeremans untuk lagu I Just Couldn’t Save You Tonight. 

Antara movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini dengan Story of Kale: When Someone's in Love, rasanya prequel lagi syok mungkin sebab relatable dengan hidup kot. Tambah pula konflik dia lebih heavy berbanding rahsia keluarga Ajeng dengan Narendra. Of course tak boleh nak compare masalah setiap orang tapi untuk genre drama, movie prequel ni lebih sarat dengan drama. Sarat dengan suntikan emosi dan bermain dengan perasaan. 

Lakonan Ardhito Pramono tampak cemerlang sebagai peran utama dengan pelbagai range of emotion dari awal movie sampai ke hujung. Nampak lengkungan karakter dia dari seorang yang ingin buatkan Dinda bahagia dan berubah menjadi seorang yang matang kemudian belajar dari silapnya. Berubah menjadi seseorang yang bertanggungjawab kepada kebahagiaan diri. Chemistry dia dengan Aurélie Moeremans pun sweet walaupun kesudahannya berubah toxic. 

‘Melangkah maju tidak harus bersama tapimu akan selalu ada dihati. Berakhir untuk awal yang baru. Berakhir… tidak dalam jiwa’ - ARAH

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Searching for Sheela

Director : Shakun Batra

Writer : Shakun Batra

Cast : Ma Anand Sheela, Karan Johar, Bharka Dutt

Production Company : Dharmatic Entertainment, Jouska Films

Distributor : Netflix

Genre : Documentary / Biography / Crime

Running Time : 58 minutes

Release Date : 22 April 2021 (USA)

Trailer :


Sebelum ni tak pernah kenal pun siapa Ma Anand Sheela yang pernah terkenal di USA dan India pada zaman 80-an. Tahu pasal dia pun bila Priyanka Chopra kena saman oleh Ma Anand Sheela sebab nak keluarkan movie based on her crime(s) or life. Tiba-tiba Alia Bhatt dengan Karan Johar jumpa dia dan nak terbitkan dokumentari dengan movie. Ma Anand Sheela puji Alia Bhatt sesuai untuk lakonkan biopic dia. 

Tup tup tahun ni keluar dokumentari di bawah terbitan Dharmatic Entertainment milik Karan Johar bercerita tentang perjalanan Ma Anand Sheela balik ke India selepas 35 tahun meringkuk di dalam penjara atas beberapa pertuduhan mengenai jenayah yang dilakukan. Dia dibebaskan awal sebab berkelakuan baik. 

Of course the only reason I tengok dokumentari ni sebab ada yang bertanya my view on this. With all the hypes on this person, I think I need to take a look what fuss is all about. Sebelum tengok dokumentari ni and for those yang clueless, Ma Anand Sheela adalah setiausaha kepada spiritual guru, Bhagwan Shree Rajneesh di Wasco County dari tahun 1981 hingga 1985. 

Sheela cadangkan kepada Bhagwan untuk buka ashram di Big Muddy Ranch seluas 64,000 ekar untuk Osho Movement. Tahun 1984 dah mula ada konflik dengan penduduk setempat dan pihak berkuasa jadi Sheela cuba untuk ambil dua kerusi dalam pilihanraya tapi gagal. 

Untuk kurangkan jumlah pengundi, Sheela guna bakteria Salmonella enterica Typhimurium untuk meracun 751 orang di 10 buah restoran. Bakteria ini dibeli di sebuah medical supply di Seattle, Washington dan 10 buah restoran tersebut adalah test-run sebelum digunakan secara besar-besaran pada hari pilihanraya. Tahun 1986 Sheela ditahan di German dengan bukti sample bakteria yang sama dan network wiretaps.  

Dalam dokumentari yang membosankan selama 58 minit hanya menceritakan yang Ma Sheela Anand sepatutnya dah bersih selepas keluar dari penjara tapi media masih lagi bercerita tentang jenayah dia. Dia balik ke India cuma untuk melawat rumah orang tua dan beberapa tempat yang istimewa pada dia tapi dia disambut oleh Karan Johar kemudiannya beberapa event lain sampai jadi tour. 

Sheela bercuti selama 20 hari di India dan berjumpa dengan peminat dia di beberapa tempat. Setiap tempat dia pergi dia akan persoalkan kenapa journalist suka tanya soalan yang sama. I mean what she expects though? She did a huge crime, 751 people were contaminated through water. Dia bunuh suami dia dengan injection. Racun Hakim William Hulse dan banyak lagi. How vile a person can be? 

Karan Johar menggunakan platform yang dia ada untuk bersihkan nama Ma Anand Sheela. Yikes! Sebelum ni Raju Hirani bersihkan nama Sanjay Dutt dalam movie Sanju, sekarang ni Karan Johar nak ikut jejak yang sama. As far as I know movie Priyanka nak buat tu based on her crimes dan bukan nak bersihkan imej. Menyedihkan tengok dokumentari ni sebab yang katanya peminat tu kebanyakannya anak muda, yang tak hidup pada zaman dia pun. Bayangkan kalau diorang yang kena racun bakteria tu sampai masuk hospital. 

I don’t really think this is a documentary tapi lebih kepada vlog Ma Anand Sheela balik ke India. Mungkin Karan Johar layan vlog Alia Bhatt lepastu decide nak buat yang sama dengan MAS tapi tayang dekat Netflix. I belum tengok Wild Wild Country sebab I dah lemau tengok Searching for Sheela. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 4.4/10

Movie Review | Rann (2010)

Director : Ram Gopal Varma

Writer : Rohit Banawlikar, Aman Singh, Ram Gopal Varma

Cast : Amitabh Bachchan, Ritesh Deshmukh, Paresh Rawal, Sudeep, Monish Behl, Rajat Kapoor, Suchitra Krishnamurthy, Rajpal Yadav, Gul Panag, Neetu Chandra, Simone Singh, Rajkummar Rao, Anuj Tikku

Production Company : Cinergy Pictures, Friday Entertainment Venture, Vistaar Religare Film Fund

Distributor : PVR Pictures, Vistaar Religare Film Fund, Big Bang Films Production, WSG Pictures

Genre : Crime / Political / Thriller

Running Time : 137 minutes

Release Date : 29 January 2010

Trailer :


Nampak dekat Reddit ada topik pasal movie Ram Gopal Varma yang lama banyak yang best dan Rann (Perang) adalah salah satunya. Kebetulan movie ni keluar dekat Amazon Prime Video terus decide nak tengok. Movie Rann bertemakan news channel sebagai medium yang melaporkan apa yang berlaku dalam dan luar negara. Tapi bagaimana kalau news channel berubah kepada mencipta berita untuk kepentingan politik negara? 

Vijay Harshwardhan Malik (Amitabh Bachchan) merupakan CEO kepada India 24x7 selama 30 tahun dan menjaga reputasi beliau sebagai pemberita yang melaporkan kebenaran. Malangnya beberapa sponsors besar seperti Coca-Cola mula tamatkan kontrak sejak TRP mereka jatuh dan kalah dengan idea baru oleh channel Headline24 yang dimiliki oleh bekas pekerja mereka Amrish Kakkar (Monish Behl).

Impian Purab Shastri (Ritesh Deshmukh) tercapai bila dia diterima masuk bekerja di India 24x7 sebab dia minat sangat dengan Vijay Harshwardhan Malik. Tapi idea dan prinsip yang dia pegang bercanggah dengan pendirian Jay Malik (Sudeep) sehingga mencetuskan ketegangan antara mereka berdua. Bila idea yang diusahakan dicuri dan mengalami kerugian sebanyak Rs30 crore, Jay setuju dengan idea abang ipar dia, Naveen (Rajat Kapoor) untuk create news berkenaan terrorism attack yang berlaku. 

Video lakonan ni haruslah menjadi batu loncatan kepada Mohan Pandey (Paresh Rawal) yang dah lama mengimpikan jawatan Perdana Menteri. Dia bayar Rs130 crore kepada Jay Malik dan India 24x7 dah jadi medium PR kepada aktiviti politik. Purab pula menyiasat siapa sebenarnya Khanna (Anuj Tikku) dan kebenaran di sebalik video yang dipaparkan. 

Walaupun cerita ni ada banyak watak yang terlibat tapi tak susah pun untuk kenal mereka semua sebab masing-masing ada kekuatan karakter dalam permainan politik kotor yang berlaku. Untuk tahun 2010 mungkin plot ni kelihatan baru tapi bila tengok pada tahun 2021, dah boleh nampak sebab masa dalam kes Sushant Singh Rajput pun news channel Aaj Tak News dengan India Today diarahkan untuk membuat permohonan maaf secara terbuka sebab manipulasi keadaan dan menipu supaya dapat tambah TRP dan tarik brand besar. 

Since movie ni shoot dengan bajet rendah dan banyak production house yang labur so boleh faham la bila visual dia tak cantik mana. Kebanyakan scene guna satu camera je so banyak close up shots dan raw videos. Music album movie Rann yang digubah oleh komposer Dharam-Sandeep dengan lirik yang ditulis oleh Vayu menggambarkan situasi yang berlaku. 

‘Now every street is loudly proclaiming all leaders are robbers and people have been cheated.’

Jarang dapat tengok Riteish berlakon dengan watak serius sebab dia debut dalam movie kelakar then continue dengan watak-watak dan movie genre comedy. Bila dia berlakon watak Purab ni nampak dia serius dan menakutkan especially scene masa dia pergi interview Mohan Pandey. Nampak tegang sangat scene tu. RGV minat dengan lakonan Paresh Rawal dalam watak serious sebab tu dia minta Paresh lakonkan watak ahli politik yang licik. Sama juga dengan Manish Behl yang menyerlah dengan watak licik dia. It just like he was born with it. 

Pertama kali tengok Sudeep sebab dia rupanya pelakon Kannada dan debut di Bollywood pada tahun 2008. Bila tengok gaya dia ada mirip gaya Arjun Rampal. Mungkin dia cuba belajar dari watak Arjun dalam movie Om Shanti Om (2008) sebab lenggok dan lagak dia sama. Rajpal Yadav pula kelakar setiap kali muncul. Dalam movie ni ada cameo dari Rajkummar Rao tapi dekat credit scene tak ada nama dia. Tahun 2012 baru dia debut dalam movie Shahid sampai menang National Award. 

Movie ni mungkin bukan pilihan ramai sebab membincangkan isu politik dan konspirasi media. Kebanyakan scene dia lebih kepada beberapa watak berbicara tentang strategi untuk naik atas. Watak yang berpegang pada kejujuran berbicara tentang prinsip mereka setiap kali konflik terjadi. Tapi yang menjadikan movie ni menarik selain dari lakonan dan sutradara yang bagus, dialog juga kekuatan pada genre drama. Recommended!

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9/10

Movie Review | Mumbai Saga

Director : Sanjay Gupta

Writer : Sanjay Gupta, Vaibhav Vishal

Cast : John Abraham, Emraan Hashmi, Sunil Shetty, Kajal Aggarwal, Rohit Roy, Anjana Sukhani, Mahesh Manjrekar, Prateik Babbar, Samir Soni, Amole Gupte, Gulshan Grover

Production Company : T-Series, White Feather Films

Distributor : AA Films, Amazon Prime Video

Genre : Crime / Action

Running Time : 128 minutes

Release Date : 19 March 2021

Trailer :


‘The Portuguese named this city Bom Bahia and gave it as a wedding gift to British. It wasn’t their fathers’ property! And British changed its name to Bombay. But now is enough! This city won’t be known by name given by the British. This city is belong to our Goddess Mumba Devi, she’s our Mother. This city will no longer be known as Bombay but as Mumbai!’ - Bhau

Filem Mumbai Saga arahan Sanjay Gupta diadaptasikan dari kisah kehidupan sebenar gangster Amartya Rao Naik a.k.a DK Rao di Mumbai pada era 80-an hingga 90-an. Pada ketika inilah ibu negara India berubah nama dari Bombay kepada Mumbai. 

Bermula dengan penindasan yang berlaku terhadap dia sekeluarga bila geng Gaitonde (Amole Gupte) selalu minta wang perlindungan 2 hari sekali sehinggakan para peniaga sayur di situ tak mempunyai duit simpanan untuk bayar bil keperluan. 

Bagi Amartya (John Abraham) tiada guna pun melawan gangster ni sebab mereka bersekongkol dengan pihak polis bila Seema (Kajal Aggarwal)sering pertikaikan setiap kali mereka semua diserang. Tapi selepas Arjun ditolak jatuh ke rel keretapi, Amartya dah bulat hati untuk lawan Gaitonde dan konco-konco dia. Dari situ dia mula dapat bantuan dari Bhau (Mahesh Manjrekar), ahli politik yang berpengaruh di Mumbai. Musuh Amartya adalah musuh dia juga. 

Muncul watak Khaitaan (Samir Soni) yang ingin menjual kilang perusahaan milik datuk dia yang bakal menghancurkan kehidupan 2,000 orang pekerja. Khaitaan merupakan sekutu Gaitonde yang kemudiannya serang Arjun (Prateik Babbar) ketika dalam perjalanan pulang ke rumah sebaik sahaja tiba dari London. Mendengar berita tersebut buatkan Amartya meradang dan bunuh Khaitaan pada siang hari di kawasan terbuka. 

Pihak polis arahkan Vijay Sarvarkar (Emraan Hashmi) untuk mengetuai operasi untuk menangkap Amartya. Tambah pula habuan yang ditawarkan Sonali Khaitan (Anjana Sukhani) sebanyak Rs100 juta dirasakan sangat berbaloi walaupun berbahaya untuk nyawa mereka. Bhau pula tak masuk campur dalam hal Amartya sebab langgar arahan dia walaupun pihak polis dijaga oleh Bhau. Macam mana Amartya nak survive u kena tengok sendiri lah filem ni. 

Dah lama nak tengok movie ni sejak barisan pelakon diumumkan sebab ada ramai pelakon famous dengan genre action macam John Abraham, Emraan Hashmi, Suniel Shetty, Jackie Shroff, Prateik Babbar dan ramai lagi. Kemudian Jackie Shroff tarik diri dan digantikan dengan Samir Soni but still okay lah sebab watak dia tak ada action scene pun. 

At first ingatkan Sanjay Gupta nak present dalam template crime thriller tapi kecewa tengok trailer sebab lebih kepada masala. Mungkin sebab nak balik modal since audience dekat sana lagi suka dengan masala. Malangnya movie ni flop. Nasib baik ada OTT platform untuk selamatkan. Sanjay Gupta memang terkenal dengan filem bertemakan kehidupan gangster dan multi-cast jadi plot cerita Mumbai Saga dan ending dia dah boleh agak dah sebab selalu layan movie dia. Dalam beberapa scene lakonan John Abraham mirip gaya Sanjay Dutt yang banyak naikkan movie arahan dan penulisan Sanjay Gupta. 

Bila ada dua nama besar dalam satu movie, either dua hero akan sama-sama naik ataupun ada yang tenggelam dengan kehadiran lagi seorang dan Mumbai Saga jatuh dalam kategori kedua bila watak Vijay tenggelam dengan screentime yang terhad juga watak yang tak dikembangkan dengan baik. Walaupun masing-masing diikat dengan tali yang sama tapi pendirian masing-masing berbeza. 

Judging dari poster Mumbai Saga, masa dekat ending tu mengharapkan plot berubah kepada Vijay dan Amartya akan bergabung menentang Bhau sebab position dua watak acukan pistol ke arah bertentangan. Malangnya meleset sama sekali. Nampak tak macam mana poster pengaruhi judgment audience dengan hint yang minimal? 

Watak sampingan yang lain nampak tersia dan lemah macam watak Murali Shankar (Suniel Shetty) yang muncul untuk ajar Amartya dan kawan-kawan dia tanpa dialog yang padu atau meninggalkan impak pada penceritaan. Watak Seema pun macam tak perlu ada. Scene Arjun kena serang tu patutnya dial ah pergi tolong alihkan Arjun tapi beria berlari nak bagitahu Amartya yang jauh dari stesen keretapi. 

Visual dengan tona warna kuning untuk menggambarkan suasana kehidupan di kota Mumbai pada era 80-an agak mengganggu. Walhal banyak je movie yang berlatarkan era tu tak guna filter sephia. VFX asal boleh dan music album serta background music dari Amar Mohile yang mengecewakan.

 

Since movie Mumbai Saga terbitan T-Series dan White Feather Films diadun dalam template masala, ada beberapa stunt clichés dan stunt choreography yang menjengkelkan. Masa tengok trailer dah boleh agak dah tumbuk melayang beberapa kaki jauhnya, seret-menyeret dan lain-lain. Tak seperti stunt choreography dalam movie action thriller yang dilakonkan oleh John seperti Force ataupun Rocky Handsome (2016). Dinamik John dan Emraan pun lesu sehinggakan melemahkan momentum second half movie.

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.2, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0 = 3.8/10