Movie Review | Phir Hera Pheri (2006)

Tuesday, 27 April 2021

Director : Neeraj Vora

Writer : Fahad Irshad

Cast : Akshay Kumar, Sunil Shetty, Paresh Rawal, Bipasha Basu, Rimi Sen, Johnny Lever

Production Company : Base Industries Group

Distributor : Base Industries Group, Netflix

Genre : Comedy

Running Time : 153 minutes

Release Date : 9 June 2006

Trailer :

Sequel kepada Hera Pheri (2000), Raju (Akshay Kumar), Shyam/Ghanshyam (Sunil Shetty) dan Baburao Ganapatrao Apte, ataupun selesa dipanggil Babu Bhaiya (Paresh Rawal) hidup dalam kemewahan setelah berjaya selamatkan cucu perempuan Devi Prasad. 

Shyam masih lagi bekerja di bank tapi kehilangan Anuradha (Tabu) dalam kemalangan, Raju pula melepak sama macam sebelumnya selepas kematian ibu dia kerana sakit tua dan Babu Bhaiya masih lagi belajar untuk hidup dalam kemewahan. Scene dia mandi dekat swimming pool tu kelakar sebab dia dah terbiasa mandi dari telaga belakang rumah dia. 

Satu hari Raju dapat panggilan dari Anuradha (Bipasha Basu) yang menjemput dia datang ke pejabat untuk laburkan duit. Jaminan Anuradha, duit yang dilaburkan akan berganda pulangannya dalam masa 25 hari. Malangnya minimum untuk pelaburan haruslah bernilai Rs10juta sedangkan jumlah duit Raju, Shyam dan Babu Bhaiya baru Rs3 juta. Raju dapat idea untuk pujuk Pappu (Rajpal Yadav) laburkan Rs2 juta. Baki lagi Rs5 juta tu Raju cagarkan mansion mewah mereka bertiga. 

Of course lah dah boleh agak kan yang Anuradha tu penipu je sebab pejabat dia pun dekat dalam bangunan yang masih belum siap dibina. Kenapa Raju boleh percaya dengan Anuradha pun tak faham. Mudah sangat dia laburkan semuanya tanpa fikir panjang. Even Shyam yang ada kelayakan pengajian tinggi pun boleh percaya dengan pujuk rayu Raju. 

Sudah lah ditipu, dalam sekelip mata sahaja mereka bertiga hidup papa kedana kemudiannya diancam pula oleh anak buah Tiwari (Sharat Saxena) sebab Pappu pinjam Rs2 juta dari dia. Mereka bertiga kena pulangkan balik Rs4 juta dalam masa 3 hari. Mana diorang nak cari duit sebanyak tu padahal masing-masing tak ada kerja. 

Pengarah untuk sequel berbeza dari yang original sebab Priyadarshan rasa yang magic cuma akan berlaku sekali sahaja sebab tu Neeraj Vora gantikan tempat pengarah untuk franchise comedy di bawah terbitan Base Industries Group. Kalau nak bandingkan, rasanya suka lagi hasil kerja Neeraj sebab cerita lebih menarik dengan dialog yang lebih kelakar. Masih lagi mengekalkan konsep yang sama di mana pergaduhan antara banyak pihak berebut satu ganjaran besar. 

Dalam sequel ni watak Shyam tak menyerlah sangat dan Suniel claim yang Akshay Kumar cut banyak scene dia. No wonder lah third installment tak dapat nak proceed sebab dah ada perbalahan antara pelakon utama. Sayang lah sebab banyak franchise comedy macam Golmaal, Dhamaal dengan Fukrey mula dapat perhatian disebabkan Hera Pheri buka platform untuk audience terima filem komedi. 

Sama seperti first installment, Phir Hera Pheri tak mempunyai lagu yang best di dalam music album dia walaupun item song ada cameo Dia Mirza. Mungkin sebab I tak suka sangat dengan taste Himesh Reshammiya lagipun tak suka dengan suara penyanyi sengau macam tu.

 

Visual antara kelemahan dalam movie Phir Hera Pheri especially scene dekat sarkas bila geng Tiwari, geng Munnabhai (Johnny Lever), Chota Chetan (Razak Khan) dan Kachara Seth (Manoj Joshi) berebut nak Raju, Shyam dengan Baburao langsaikan hutang mereka. Ada juga beberapa scene yang tak perlu masuk macam scene dua orang anak buah Tiwari yang tinggi lampai dan berbadan sasa.  

Tapi kelemahan ni tak lah merosakkan jalan cerita sepenuhnya dan masih lagi syok nak layan perjalanan watak-watak utama berkomplot untuk selamatkan Anjali (Rimi Sen) dan dapatkan kembali duit mereka yang hilang dicuri. Movie ni boleh ditonton di Netflix 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 8/10

Movie Review | Hera Pheri (2000)

Sunday, 25 April 2021

 

Director : Priyadarshan

Writer : Neeraj Vora, Anand Vardhan

Cast : Akshay Kumar, Paresh Rawal, Sunil Shetty, Tabu, Gulshan Grover, Kulbhushan Kharbanda, Om Puri

Production Company : A. G. Films

Distributor : A. G. Films

Genre : Comedy

Running Time : 143 minutes

Release Date : 31 March 2000

Trailer :


Diadaptasikan dari movie Malayalam, Ramji Rao Speaking (1989), kisah bermula dengan watak Shyam (Suniel Shetty) pergi ke sebuah bank di mana mendiang ayah dia pernah bekerja di sana. Mengikut akta, Shyam dapat bekerja di situ untuk gantikan tempat ayah dia. Malangnya ada pekerja senior juga meninggal pada tarikh yang sama dan bank tersebut cuma memerlukan seorang staff baru. Anuradha (Tabu) yang terdesak dan hidup dalam kemiskinan curi jawatan tersebut dari Shyam. Dia minta Shyam bayar Rs50,000 kalau nak dia berhenti dari jawatan tersebut.

Terbeban dengan nasib malang dia, Shyam pergi ke rumah Baburao Ganpatao Apte (Babu Bhaiya) (Paresh Rawal) untuk menyewa. Dia perlu berkongsi dengan seorang lagi penyewa sebab bilik di rumah Baburao agak terhad. Tak sangka penyewa tersebut ialah Raju (Akshay Kumar), lelaki yang disangka mencuri dompet dia. Sejak dari hari tersebut mereka berdua bagaikan anjing dengan kucing sampai Baburao terpaksa jadi orang tengah. 

Satu hari Shyam dapat panggilan dari Kabira (Gulshan Grover) minta duit tebusan sebanyak Rs1 juta. Shyam tak ambil peduli pada awalnya tapi bila dapat tahu yang talian telefon rumah Baburao tertukar dengan rumah Devi Prasad (Kulbhushan Kharbanda) dalam Yellow Pages, dia nak bagitahu hal sebenar sebab nyawa cucu perempuan jadi taruhan. Tapi Raju halang sebab dia nak minta Devi Prasad dua kali ganda jumlah wang tebusan sebab Kabira tak kenal pun siapa Devi Prasad, sama juga sebaliknya.

 

Dalam masa yang sama, Khadak Singh (Om Puri) datang menuntut hutang Rs35,000 dari Shyam sebab adik dia nak berkahwin hujung minggu tu. Raju pula perlukan duit untuk jaga ibu dia yang sudah uzur. Dengan masalah hutang yang ditanggung oleh mereka bertiga, hanya plan ni sahaja jalan untuk mereka keluar. Macam mana diorang nak laksanakan rancangan tu kena tengok sendiri lah movie ni. 

Movie Hera Pheri ni movie komedi pertama Akshay Kumar sejak dia debut dan bawa imej action hero. Tak sangka disebabkan Hera Pheri dapat sambutan kerana jalan cerita yang kelakar dan comic timing Akshay, sampai sekarang Akshay Kumar berlakon dalam movie komedi setiap tahun. Suniel Shetty pula diambil berlakon untuk gantikan Sanjay Dutt yang pada masa ni sibuk dengan kes mahkamah. Chemistry Akshay, Suniel dan Paresh Rawal buatkan movie ni nampak hidup dan kelakar. I yang tak suka dengan Suniel Shetty pun terhibur dengan watak dia yang naïf dan senang diperdaya dengan Raju.

 Sinematografi dari Jeeva paparkan kehidupan rakyat kelas bawahan di Mumbai dengan suasana slum area di mana keterdesakan hidup dan masalah ekonomi yang melanda. Ada juga dialog dari Raju yang tekankan masalah hidup mereka takkan selesai kalau hidup dengan jujur. Music album Hera Pheri di tahap sederhana sebab tak semua lagu best. Lagu Main Ladki Pom Pom tu kelakar, sesuai dengan scene Anuradha nak mengorat Shyam. My fav song dari tahun 2000 sampai sekarang - Jab Bhi Koi Haseena dengan Tun Tunak Tun.

Movie Hera Pheri ni antara cult comedy di Bollywood dan banyak meme diambil dari sini sebab tu rasa nak tengok balik sebab dah tak ingat dah jalan cerita dia macam mana. Even dah 21 tahun pun still lagi kelakar bila layan. Mengekek je gelak tengok perangai diorang bertiga. Sayangnya dekat Netflix belum available lagi yang first installment, nasib baik ada dekat website lain. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.7 = 9/10

Movie Review | Homunculus (2021)

Director : Takashi Shimizu

Writer : Hideo Yamamoto (manga)

Cast : Gô Ayano, Ryo Narita, Anna Ishii, Yukino Kishii

Production Company : Booster Project

Distributor : Avex Pictures, Netflix

Genre : Psychology /Thriller / Horror

Running Time : 115 minutes

Release Date : 2 April 2021 (Japan)

Trailer :


Lepas hilang ingatan, Susumu Nokoshi (Go Ayano) hidup sebagai gelandangan dalam kereta dia yang diletak di tepi jalan. Bukan setakat hilang ingatan, hilang pekerjaan malah dia juga hilang emosi ataupun rasa empati. Tak jumpa makna untuk hidup. Satu hari Manabu Ito (Ryo Narita) approach dia dan tawarkan untuk buat trepanation sebagai kajian tentang manusia. 

Ito perlukan masa selama seminggu sahaja untuk tengok sama ada kajian dia berjaya ataupun tidak. Setiap hari Ito akan bayar sebanyak 70,000 yen kalau Nokoshi setuju bekerjasama. Awalnya Nokoshi menolak sebab dia sendiri pun ada banyak duit walaupun dia gelandangan tapi selepas kereta dia diambil, nak tak nak dia terpaksa terima tawaran Ito. 

‘When human are born, they have a gap in their skull meaning there is a hollow space. But after a year and half, that hole closes up and the skull starts pushing on the brain.Therefore if we open a hole in the skull and improve the blood circulation, it would activate the brain again, just like how it was at birth.’

Selepas trepanation, Nokoshi nampak Homunculus pada beberapa orang dengan menggunakan mata kiri dia. Homunculus adalah manusia kecil dalam otak setiap manusia. Perbezaan fizikal Homunculus bergantung pada kesihatan mental seseorang. Dari pengetahuan yang Nokoshi ada, dia cuba bantu beberapa orang secara tak sengaja dan membantu Ito dalam kajian medik dia. 

Sehinggalah Nanako muncul kembali dalam hidup Nokoshi dan separuh dari ingatan dia datang kembali. Ito cuba halang sebab ingatan Nokoshi ada kaitan dengan kehilangan Nanako tapi diabaikan. 

Movie arahan Takashi Shimizu ni diadaptasikan dari manga Homunculus yang agak popular di Jepun. I tak baca manga so tak tahu lah cerita asal dia best ataupun tak tapi satu benda yang pasti movie ni gagal diolah dengan baik. Menarik pada 50 minit awal lepastu bingung dan bosan sebab pace yang perlahan. Mesej dari movie ni menarik lah sebab ada yang dapat bantu mental health di mana Jepun dibelenggu dengan masalah ni kerana level stress yang sangat tinggi. 

Tapi apa perlunya trepanation kalau cuma bertahan selama seminggu? Apa perlunya nampak Homunculus kalau meragut nyawa pada akhirnya? Ni bukan spoiler sebab Ito akan bagitahu pada awal movie. Part Nokoshi bantu yakuza tu je yang menarik. Part dia tolong student perempuan tu agak pelik sebab dia buat yang bertentangan dengan moral. Kalau dengan buat benda tu akan bantu masalah mental student tu, kenapa tak dia buat dari awal je padahal dia bekerja part-time dekat tempat macam tu. 

Movie ni agak jijik sebab penuh dengan darah dan beberapa scene yang menggelikan. Kalau baca review orang Jepun sendiri katanya movie ni art tapi entahlah tak boleh nak faham art berat macam ni. Dah la berat, jijik pulak tu. Menyesal jugak lah tengok sebab trailer dia macam not bad rupanya full movie agak sampah. Mungkin kena dengan selera sesetengah orang but not me for sure. Nasib baik lah Ito tu boleh tahan handsome. 

Tak pasti kalau movie ni ada sequel ke tak sebab ending dia macam tergantung tapi macam tak jugak. Mungkin pengajaran dari movie ni supaya manusia tak payah sibuk hal Homunculus? Penemuan ni pun pada abad ke-16 dan tak diteruskan di mana-mana terutama dalam bidang psikologi sendiri jadi buat apa kita nak sibuk kan? Tskkk

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.2, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 3.9/10

Movie Review | Saina (2021)

Director : Amole Gupte

Writer : Amole Gupte, Amitosh Nagpal (Dialogue)

Cast : Parineeti Chopra, Manav Kaul, Meghna Malik, Naishaa Kaur Bhatoye, Subhrajyoti Barat, Eshan Naqvi, Ankur Vikal

Production Company : T-Series Films, Front Foot Pictures

Distributor : AA Films

Genre : Biopic / Sports / Drama

Running Time : 135 minutes

Release Date : 26 March 2021

Trailer :


‘Saina, I’ve never feared for those who dream big which remain unfulfilled, the fear is for those who dream small and fulfill them.’ – Coach Rajan 

Movie biopic pemain badminton wanita yang sering mengharumkan nama India di acara sukan ternama, Saina Nehwal sejak awal lagi dikecam dan dilabel sebagai flop movie. Bermula dengan pelakon Shraddha Kapoor tarik diri sebab tak mampu nak bagi komitmen penuh untuk training, first look Sania yang kelihatan seperti sukan tenis dan pertikaian tentang tahi lalat Saina yang asyik berubah saiz dalam trailer. So I really don’t put any high expectation to this biopic at all. 

Shraddha ambil masa yang agak lama untuk shoot movie Sania walaupun dia kena train dengan Sania sendiri sampai dia ambil keputusan untuk keluar. Bila Parineeti Chopra masuk ganti tu, huge pressure untuk dia sebab kena training lepastu belajar karakter Saina dan juga accent Haryana dalam masa yang singkat. Dalam interview pun dia ada bagitahu yang dia stress dan minta bantuan Priyanka supaya dapat deliver dengan bagus since kakak dia pernah berlakon dalam biopik Mary Kom. 

Jalan cerita memang cliché habis dengan kisah si ibu latih si anak supaya dapat penuhi impian yang tak kesampaian dia. Untuk kisah Saina, ibu dia Usha Rani Nehwa (Meghna Malik) pernah main sampai district level tapi dipaksa kahwin dan kuburkan impian untuk jadi wakil negara. So bila dia nampak Saina  (Naishaa Kaur Bhatoye) ada bakat yang sama, Usha bawa Saina ke Lal Bahadur Shastri Stadium. 

Dekat sana Saina dilatih dan berkenalan dengan Kashyap, Rohan dan Damodar. Kemudiannya mereka berempat tukar training centre ke Rajan Academy. Coach Rajan (Manav Kaul) adalah bekas pemain badminton negara dan dia buka akademi dengan duit dia sendiri dan train secara percuma sebab passion dalam sukan badminton. 

Dekat situ la Saina jadi lebih kuat hasil tunjuk ajar dari Coach Rajan sampai lah ranking dia World No. 2 dan cipta sejarah dalam negara India. Masa tu tak ramai pemain badminton yang berjaya di mana-mana kejuaraan. Sebab tu Saina bangga dapat kalahkan pemain senior dari pelbagai negara dan bangga dilahirkan sebagai perempuan. Konflik dalam movie biopik ni timbul bila populariti mula kacau fokus dan dia terpaksa buang cinta untuk jadi World No. 1 dalam sukan badminton. 

Sebenarnya, drama dalam profession Saina lebih menarik bila dia terasa hati dengan jurulatih sebab lebihkan masa dengan ajar PV Sindhu. Dekat India, PV Sindhu adalah pemain badminton kedua selepas Saina. Dilatih dalam akademi yang sama dengan jurulatih yang sama. Saina dakwa Coach mula abaikan dia dan berat sebelah. Kashyap pernah bagitahu dalam interview yang Coach dengan Saina sama-sama ego dan kepala batu. Sudahnya Saina buat keputusan untuk keluar dari akademi tu dan berlatih di bawah Prakash Padukone, ayah kepada Deepika Padukone, pemain badminton kebanggan India. 

Tapi bila nampak dekat introduction scene ada credit kepada legal team, dah boleh nampak lah kenapa pengarah penulis Amole Gupte ubah jalan cerita dan fakta kenapa Saina keluar dari Rajan Academy. Even nama jurulatih pun ditukar. Padahal kalau Google bersepah je krisis terbesar dalam hidup Saina ni tambah pula Coach Gopichand sendiri cerita dalam autobiografi. 

Lakonan Parineeti Chopra sebagai Saina memang menjadi kalau tengok pada lenggok badan, karakter dan aksesori. Tapi macam I cakap awal tadi, Parineeti ada masa yang singkat untuk berlakon dalam movie ni lepas kes Shraddha Kapoor tarik diri so kebanyakan match tak ada feel sangat sebab scene dalam court diorang guna body double. Berbeza dengan pelakon kana-kanak, Naishaa yang lebih menyerlah game skills dia cuma dialog dia kurang lah. 

Piyush Shah did his best with visual and some scenes turns out amazing. Beberapa scene emosi dipaparkan dengan baik. Scene Manav Kaul paling bagus antara semua pelakon. Bila tengok dia bagi silent punishment dekat Saina tu, dengan kita yang tengok ni rasa takut sekali. Lepas Murder 2 dan Nail Polish, dia buktikan talent dia tanpa gagal dalam biopic terbitan T-Series Films dan Front Foot Pictures ni.

Music album dari komposer Amaal Malik menambah mood pada penceritaan dengan lirik yang dikarang oleh Manoj Muntashir dan Kunaal Vermaa. Ada 13 lagu yang dimuatkan dalam satu album di mana 9 buah lagu instrumental. Paling suka dengan lagu romantik Main Hoon Na Tere Saath nyanyian Armaan Malik.

 

Biopic Saina sarat dengan dialog dari Amitosh Nagpal yang bertemakan semangat kesukanan, sesuai lah dengan genre movie ni. Ada juga beberapa dialog yang mempertikaikan layanan berat sebelah yang berasaskan jantina. 

Masa tengok movie ni rasa berbelah bahagi jugak lah sebab banyak perlawanan Saina bertarung dengan pemain dari Malaysia. Tak tahu nak support mana satu haha antara punca kenapa excited tengok movie Saina ni jugak. Since badminton is my fav sport, lepas tengok movie ni terus rasa nak pergi hayun raket! 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

realme WILL BE MAKING A SEASON 3 GRAND LAUNCH FOR ALL YOUR FAVOURITE AiOT!

Friday, 23 April 2021

realme Watch 2 and Cobble Bluetooth Speaker being first to launch globally in Malaysia

In conjunction with Hari Raya festivities, realme will be launching a total of seven new AIoT devices ranging from earbuds, bluetooth speaker, lifestyle products and wearables. All seven devices will bring you to a whole new Dare to Leap experience as you’ll be more stylish and trendy. realme will broaden its audio field and Malaysians can expect amazing audio quality from realme Buds Q2, realme Buds Air 2 Neo as well as realme Cobble Bluetooth Speaker thanks to its Bass Boost+ technology and many more.

In terms of wearable devices, realme will be bringing its realme Watch 2 with 90 sports mode, large screen and strong battery life. To bring out the personality of young Malaysian fans, realme is introducing the realme Watch S Master Edition in a collaboration with famous Korean pop cultural artist, Grafflex. 

Apart from that, realme Malaysia is proud to be bringing home and lifestyle devices like realme Motion Activated Night Light  with modern and trendy design as well as realme Alkaline Batteries made from mercury-free environmentally-friendly materials.

The official launch of realme AIOT Grand Launch Season 3 will be live-streamed via realme's Facebook page on 30th April 2021, 12pm. Stay tuned!

Happy Birthday En. Fendy!

Thursday, 22 April 2021

Masuk je bulan April, bila bukak personal calendar atas meja dah nampak En. Fendy tulis birthday dia besar-besar supaya tak lupa since tahun lepas kitorang tak celebrate pun gara-gara first PKP. Tahun ni bila check schedule masing-masing, 9hb tu free, terus lock tarikh untuk celebrate. 

Lock tarikh untuk order kek dari bakery ni juga sebab nak merasa kek yang sedap ni kena book 2 atau 3 hari sebelum. Lotus Biscoff Cheesecake ni memang laku keras lah cerita dia, sedap sangat bila makan masa sejuk. Happy sangat bila dia melt dalam mulut fuhhh!


Masa birthday celebration En Fendy tu, boleh pulak kena selsema beberapa jam sebelum majlis. Sudahnya duduk dekat luar je, taknak bercampur dengan colleagues. Masa makan pun ambil sikit je lepastu makan dekat pantry. Dah la selsema, batuk pulak tu. Buatnya time makan terbatuk, mehhhh potong mood nak makan. Kebetulan masa tu jugak client nak datang pickup document so busy lah siapkan apa yang patut. Sempat nyanyi lagu Happy Birthday je masa tu lepastu busy balik. 


Untuk birthday party ni kitorang tak nak order banyak sangat makanan macam sebelum ni. Takut penuh meja sampai kena agihkan untuk bawa balik. So dah pesan awal-awal kalau boleh share order je. Untuk main course, order soto ayam, ada yang bawa Aglio Olio, birthday cake for dessert then Tropicana Twister untuk drinks. 


Soto ni pun banyak lebih padahal dah kurangkan kuantiti dari jumlah yang datang. Yang tak bestnya lauk dia sikit tapi suhun goreng melimpah kalah nasi impit dia. Nasib baik sedap. Boleh la kalau nak repeat lagi lepas ni. Masa dah habis makan tu tiba-tiba dapat call yang wife En Fendy nak hantar sandwich dari Garsa Kitchen dengan kek Chocolate Nuts. 

Dalam packaging box kek tu ada terselit ucapan sweet untuk En. Fendy. Sebagai geng kepochi dekat office tu, ramai la yang tunggu En. Fendy baca special wish dari wife dia. Btw kek tu sedap sangat sebab penuh dengan kacang. Sebab batuk, kita makan satu slice je lah bagi hilang kempunan. 

Actually kitorang plan nak belikan hadiah untuk En. Fendy tapi memasing busy sampai tak sempat nak pergi usha apa yang best. Cadangnya nak beli tie tapi tak sempatttt! Dah la badan tak sihat, lepastu banyak yang plan tak jadi. Tak bestnya rasa. Next year la kot gamaknya hahaha 

Btw, happy belated birthday En. Fendy, thanks for being such a cool boss/HOD/kawan bergosip dekat office. God bless youuuu! Pagi!!! 

Movie Review | Lahzeye Bi Payan (Janji Zehan)

Wednesday, 21 April 2021

 

Pengarah : Bernard Chauly, Zabrina Fernandes

Penulis Skrip : Bernard Chauly, Zabrina Fernandes

Pelakon : Nur Fazura, Amir Rezazadeh, Bront Palarae, Rabe'e Madani

Syarikat Produksi :  Wildsnapper

Pengedar :  Astro First Eksklusif, Astro On Demand, Astro Citra

Genre :  Romantik / Drama

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 14 Februari 2018

Mendapat tajaan dari syarikat penerbangan terkenal, Air Asia dan kerjasama Kementerian Pelancongan Negara Iran serta Kedutaan Besar Republik Iran di Malaysia, filem romantic drama ni mengisahkan percutian bulan madu pasangan suami isteri, Zehan (Nur Fazura) dan Arman (Amir Rezazadeh).

Zehan merupakan seorang penerbit TV dan sikapnya yang agak bossy dalam mengatur semua perkara jadi punca perbalahan dengan Arman. Kelakar jugak tengok scene Arman terkejut dengan habit shopping Zehan sedangkan majority semua perempuan pun macam tu. Tak dijelaskan kenapa Arman boleh assume Zehan berbeza sedangkan dia jatuh cinta dengan si isteri sebab raut wajah dan senyuman yang cantik lepas 6 bulan berkenalan. Lagipun dah datang Iran mesti lah nak shopping karpet dengan pinggan mangkuk cantik. Bukan senang nak dapat peluang pergi sana kan? 

Bukan nak backup Zehan tapi macam remeh sangat benda yang dia menyampah dengan isteri dia tu. Kalau jadi Zehan rasa nak marah jugak lah sebab honeymoon tak best. Bayangkan sampai je dekat airport Iran handphone Zehan hilang. Bila Zehan nak pergi cari, Arman kata biar dia je yang pergi padahal boleh je cari sama-sama sebab Zehan yang ingat jejak dia. Lepastu masa makan malam tu dia tak ada bagitau Zehan pun kena bersiap awal. Lepastu mengamuk then lari tinggalkan isteri macam tu je. 

Masa diorang pergi Persepolis tu pun menjengkelkan jugak bila Arman lupa nak masukkan bateri dalam kamera padahal dia brag dia bawa kamera. Kesian sangat dekat Zehan tak ada langsung gambar masa pergi honeymoon padahal view dekat Iran banyak yang cantik. Even tourist guide diorang pun terkejut tak ada kamera ataupun smartphone untuk ambil gambar. Tapi Zehan sabar je, takde pun nak tengking bagai walaupun dia digambarkan sebagai bossy. 

Apart from these scenes, penceritaan yang lain okay je lah untuk layan sambil iron baju. Kekuatan movie Janji Zehan ni pada keindahan negara Timur Tengah, Iran sebab tampilkan destinasi yang berbeza untuk berbulan madu. Selama ni pengarah pilih untuk ke negara dalam benua Eropah tapi Bernard Chauly dan Zabrina Fernandes bawa kelainan. Bukan setakat bandar Persepolis atau sejarah Yazd, malah senibina bangunan, dekorasi dan hiasan tembikar pun cantik sangat. Dipaparkan juga makanan-makanan terkenal di Iran macam Zereshk Polo, Ghormeh Sabzi, molasses delima ataupun pencuci mulut terkenal di Iran. 

Wardrobe Zehan pun cantik belaka, sesuai lah digayakan oleh Fazura yang memang up to date dengan fashion. Cuma agak rimas tengok shawl dia sebab letak macam tu je atas kepala. Kan lagi senang dia pin supaya terletak elok. Lagipun dia banyak bergerak dan cuaca agak berangin. 

Soundtrack untuk movie romantik ni guna lagu Fazura sendiri – Cinta Langka. One of my fav song dalam album Fazura (2107) sebab suara dia lembut dengan lirik yang menggambarkan perasaan dia bila jatuh cinta. Sesuai lah dengan mood honeymoon dalam movie terbitan Wildsnapper TV Sdn. Bhd. 


Rasanya pertama kali tengok movie Bernard yang diadun dalam template drama sebab kebanyakan movie hits dia adalah romantik komedi. Sayangnya movie Janji Zehan agak flat walaupun lakonan Fazura menyerlah dalam kebanyakan scenes. Dialog pun tak berjaya menghidupkan atau menarik perhatian. Mungkin sebab bahasa perantara atau mungkin sebab barisan pelakon yang agak terhad. Chemistry antara Fazura dengan Amir pun nampak canggung. Kelemahan terbesar dalam genre romantik tskkkk

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 6.2/10

Pasu Kaca RM2 Mr. DIY

Tuesday, 20 April 2021

Minggu lepas singgah Mr. DIY sebab nak beli tumblr baru since yang dekat rumah dah buang dah sebab dah lama pakai. Biasalah kalau masuk Mr. DIY mesti la ada barang lain yang tersangkut tanpa sengaja macam pasu kaca RM2.70 ni. 


Alasan tersangkut mesti lah sebab cantik padahal bukannya ada bunga pun dekat rumah. Dah lama nak pergi ke Lee Wah Florist tapi tak sempat lagi. So kita ambik je bunga plastik buat cukup syarat haha. Pasu ni tak lah tinggi sangat tapi berbaloi lah dengan harga dia kan?


Jalan pulak dekat area kaunter tu ternampak batu hitam ni. Grab jugakkkkk walhal tak tau pasaipa nak beli. Nasib baik muat letak dalam pasu kaca tu. Nampak cantik pulak bila masuk dalam pasu haha batu tu pun murah dalam 2 hengget lebih je. 


Letak dekat meja kerja so kalau hilang idea je tengok pasu kaca tu. Tapi kalau datang penyakit M memang tak boleh buat apa dah. Tidur aje pengubatnya gittewww

Movie Review | The Big Bull (2021)

Sunday, 18 April 2021

Director : Kookie Gulati

Writer : Kookie Gulati, Arjun Dhawan, Ritesh Shah

Cast : Abhishek Bachchan, Ileana D'Cruz, Sohum Shah, Nikita Dutta, Saurabh Shukla, Samir Soni, Mahesh Manjrekar, Ram Kapoor

Production Company : Ajay Devgn FFilms, Anand Pandit Motion Pictures

Distributor : Disney+ Hotstar

Genre : Crime / Drama

Running Time : 154 minutes

Release Date : 8 April 2021

Trailer :

Lepas tengok drama Scam 1992 : The Harshad Mehta Story yang diterbitkan oleh SonyLiv tahun lepas, rasa dah boleh agak yang movie The Big Bull lakonan Abhishek Bachchan ni takkan mampu dipersembahkan sama macam drama. Satu hal yang jelas, kes penipuan terbesar dalam sejarah negara India pada tahun 1992 cuma dipersembahkan dalam durasi masa yang agak pendek. Memang susah untuk build character development ataupun audience nak faham kelicikan Harshad di pasaran saham apabila India di ambang kemelesetan ekonomi. 

Latar penceritaan The Big Bull menggunakan set masa yang sama dari zaman 80an sehingga Harshad Mehta meninggal pada tahun 2001. Tetapi perubahan era tak diberikan perhatian oleh pihak produksi sehinggakan screenplay terjejas kerana pemakaian beberapa watak dan suasana persekitaran. Watak Meera Rao (Ileana D'Cruz)pada tahun 2020 dah tua tapi uban cuma di bahagian depan rambut tanpa sebarang wrinkles di bahagian muka. Kulit pun masih cantik. 

Dalam drama Scam 1992, nama watak-watak utama dikekalkan seperti Harshad Mehta sendiri, adiknya Ashwin Mehta dan Suchita Dalal, journalist yang exposed kegiatan haram adik-beradik yang menggunakan kelompongan dalam sistem perbankan di India. Berbeza dengan movie di mana penulis menggunakan nama Hemant Shah (Abhishek Bachchan), Viren Shah (Sohum Shah) dan Meera Rao juga beberapa watak sampingan yang lain. Entah untuk apa menggunakan nama samaran, hilang feel sebab tak real dan footage asal pun tak boleh digunakan dalam movie. 

Lakonan Abhishek Bachchan agak mengecewakan dan jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan mutu lakonan Pratik Gandhi sebagai Harshad Mehta. Abhishek nampak struggle dengan dialek Gujrati dan lenggok badan ketika berjalan disebabkan perut prostetik yang digunakan. Scene dia ketawa jahat pun nampak kelakar sangat sebab ketawa yang terpaksa dan dibuat-buat. Why?

Personally I feel Scam Story works for audience sebab penceritaan tu tepat dengan tagline yang diketengahkan ‘Risk Hai toh Ishq Hai’ (Take risks to live life) sebab tu bila watak Harshad mula dengan stock broker kemudian jadi besar, kita rasa connected dengan watak dia gara-gara impian dia untuk keluar dari kancah kemiskinan dan hapuskan sistem buli yang wujud dalam ekonomi. Disebabkan hal tu jugak lah journalist Suchita Dalal ada love-hate relationship dengan Harshad. 

Movie The Big Bull pula ketengahkan tagline ‘He Sold Dreams To Million’ tapi diolah watak Hemant Shah sebagai seorang yang tamak dan tergesa dalam membuat keputusan sedangkan ada scene di mana ramai yang berterima kasih pada Hemant sebab encourage rakyat biasa untuk belajar ilmu pasaran saham dan ubah nasib diri sekaligus bantu negara keluar dari pergelutan ekonomi. Kalau movie ni lebih fokus dengan tagline tersebut dan tak masukkan terlampau banyak plot, mungkin cerita lagi seronok untuk ditonton. 

Kalau dalam drama Scam 1992, tak banyak pun kisah cinta antara Harshad dengan isteri dia, Jyoti Mehta ditonjolkan sebab tu bukan highlight utama drama tu tapi berbeza dengan movie The Big Bull di mana banyak scene percintaan Hemant Shah dengan Priya (Nikita Dutta) walhal chemistry tak kuat atau meyakinkan. Tak ada drama atau impak pada plot ataupun watak. Dinamik antara Hemant dengan Viren pun nampak lemah. Sama juga dengan barisan pelakon veteran yang tersia kerana watak masing-masing yang digarap secara longgar. 

Visual under Disney+ Hotstar memang cantik onscreen tapi editing oleh Vishnu Rao nampak menjengkelkan bila sesetengah scene trim dan zoom untuk dramatic effect walhal gagal bila terganggu dengan gaya persembahan visual tersebut. 

Kalau diikutkan sebenarnya movie The Big Bull yang dikhabarkan akan ditayangkan terlebih dahulu tapi dek kerana pandemik covid-19, terpaksa lah produser Ajay Devgn hold sampai jumpa distributor. Mungkin diorang underestimate drama Scam Story di SonyLiv dan tak sangka kehebatan lakonan, skrip, BGM, screenplay dan banyak lagi faktor meletakkan drama tersebut sebagai drama terbaik pada tahun 2020. 

Bila movie The Big Bull keluar, I rasa lemau sangat nak tengok kerana beberapa faktor utama yang dinyatakan di atas. Bila kita dah tengok produk dengan kualiti terbaik, buat apa nak selesa dengan produk yang ala kadar kan? Tak guna lah Abhishek Bachchan nak bitter dekat Twitter perli orang tak suka lakonan dia ataupun suruh PR keluarkan artikel tentang rating Disney naik sedangkan kualiti movie dia jauh di belakang. Mungkin ego tercalar kerana lakonan outsider tskkk

1. Team Production +0.3, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 3.7/10