Lunch Terakhir Sebelum Puasa Di Dapor Berasap

Wednesday, 14 April 2021

 

Memandangkan dah nak puasa dan kebetulan kedai yang selalu kitorang order lunch set tu tutup, kitorang decide nak makan dekat luar tapi lepas teliti semua cadangan macam tak cun je, kitorang pilih la makan dekat Dapor Berasap King Salai, Jalan Airport Lama Subang ni. 

Sebelum ni managing partner pernah lunch dekat sin ilepastu puji sedap. Ada jugak lah beberapa orang pernah recommend lunch dekat sini sebab sedap. So why not lah try kan? Bukan selalu dapat makan dekat luar dengan kawan office. 


Walaupun restoran ni dekat je dengan office tapi jalan menghala Skypark memang selalu sangat jam. Nak pulak masa peak hour macam lunch ni memang mengundang lah cerita dia. Masa sampai tu susah nak cari parking satu hal sebab kawasan dia sempit. Nasib baik lah depan kedai mamak tu ada kosong. Masa tu memang ramai sangat orang, nasib baik ada dua, tiga meja kosong. Kalau ikutkan nak duduk dekat kawasan belakang ni sebab boleh tengok kapal terbang take off sambil layan angin. Mesti syok makan dekat situ. 


Yang bestnya dekat sini tak payah tunggu makanan lama-lama sebab semua lauk dah tersedia. Sesuai lah dengan nama dia Dapor Berasap sebab diorang dah salai semua lauk awal-awal lepastu hidang dekat kaunter. Tinggal pilih je sama ada nak set itik salai, keli salai, ayam salai, daging salai ataupun siput sedut. Set nasi dia ada nasi putih, timun, lauk dengan sambal. Ulam disediakan untuk add-on ikut range harga yang dia bagi lah. Tempe dengan telur masin pun available. 


Bab air je la tak best sebab air balang RM1. Nak order air lain kena tunggu lama sebab peak hour ni semua pekerja dia fokus dekat tempat lain. Nak tak nak minum air balang RM1 je lah. Kenapa lah dia tak buat air sarsi, ngam la sikit pasang dengan masak lemak. Haaa tibehhh


Set nasi dia tak mahal pun dalam RM7 je which is standard price lah dekat area Subang Airport ni. Lagipun masak lomak dia sedap sampai rasa nak tambah nasi tapi ikut nafsu, lemak membiak hebat pulak so kita ikut akal je lah. 


Masa makan memasing tak bercakap sangat sebab kitorang kejar masa untuk balik office sebelum jam 2. Boss dah pesan jangan balik lambat tapi kalau sembang Melayu, lambat 5 minit still considered on time hshs

Muka kenyang memasing

Nampak kan semua pinggan licin? Lain pinggan lain lauk so boleh kata semua lauk dia sedap. Berbaloi sangat makan dekat sini. Bila balik office mata memasing layu je sebab kenyang sangat. 

'Dapor Berasap tu letak dadah ke? Kenapa high je lepas makan ni?'

Next time kalau makan dekat sini nak ambik meja dekat area open space tu pulak. Siapa yang suka makan lauk salai ni boleh singgah makan sini. Recommended!

Drama Review | Familiar Wife (2018)

Tuesday, 13 April 2021

Director : Lee Sang-yeob

Writer : Yang Hee-sung

Cast : Ji Sung, Han Ji-min, Jang Seung-jo, Kang Han-na

Production Company : Chorokbaem Media

Distributor : tvN, Netflix 

Genre : Romantic / Drama

Running Episodes : 16 episodes

Release Date : 1 August 2018 – 20 September 2018

Trailer : 


Cha Joo-hyuk (Ji Sung) bekerja di KCU Bank, berkahwin dengan Seo Wu-jin (Han Ji-min) dan mempunyai dua orang anak yang masih kecil. Perkahwinan mereka berdua mengalami masalah dan bagi kesan terhadap karier dan mental health masing-masing. Satu hari Joo-hyuk terjumpa Lee Hye-won (Kang Han-na), crush dia masa zaman university dulu. Tak sangka Hye-won simpan perasaan pada dia dan masih lagi membujang. 

Terdetik dalam hati, mungkin jalan cerita dia lebih bahagia kalau berkahwin dengan Hye-won yang cantik dan kaya-raya. Tak perlu bergaduh tentang duit kebanyakan masa, tak perlu penat bekerja dan banyak lagi hal lain yang bermain di kepala dia. Dalam perjalanan pulang, dia tolong lelaki gelandangan dalam train kemudiannya dapat upah syiling 500won tahun 2006. Lelaki tu mumbling tentang fenomena kemunculan dua bulan.

Tanpa dia sedar syiling tu lah yang bantu dia patah balik ke tahun 2006, bila Hye-won ajak dia keluar teman tengok persembahan orkestra di universiti dulu. Hari yang sama juga dia terpaksa pilih untuk selamatkan Wu-jin kemudiannya memilih untuk berkahwin dem menjaga Wu-jin sepanjang hidup dia. Tapi dengan syiling tu dia mampu ubah perjalanan hidup dia sebagai suami Hye-Won. 

Bila dia ubah perjalanan hidup dia, dalam masa yang sama perjalanan hidup Wu-jin juga berubah menjadi rakan sekerja di KCU Bank dan bercinta dengan kawan baik dia, Yoon Joong-hoo (Jang Seung-jo). Makin kuat Joo-hyuk cuba mengelak untuk rapat dengan Wu-jin, makin banyak insiden yang berlaku sampaikan Wu-jin susah untuk menidakkan perasaan cinta pada Joo-hyuk. 

Sikit demi sedikit Joo-hyuk perasan banyak perkara yang dia terlepas pandang antaranya ibu mertua (Lee Jung-eun) dia yang sakit kerana Alzheimer, perangai dan karakter sebenar Wu-jin yang dia ambil ringan selama berkahwin dan banyak lagi. Macam mana dia nak perbetulkan balik keadaan tu kena tengok dekat Netflix lah drama romantik yang bertemakan alam perkahwinan ni. 

Dah lama nak tengok drama Ji Sung ni tapi asyik terlupa so bila muncul dekat Netflix, terus tekan play tanpa ragu. Kalau drama Ji Sung memang tak pernah mengecewakan lah selain rupa paras dia yang kacak, lakonan dia pun mantap. Dia menangis, I pun menangis sekali. Keluar scene romantik, I berangan dapat partner macam dia IRL. Chemistry Ji Sung dengan Ji-min antara kekuatan drama Familiar Wife. 

Dua episod awal drama Familiar awal terbitan Chorokbaem Media ni agak perlahan sebab baru nak kenalkan watak dan situasi kehidupan watak-watak utama. I okay je sebab Netflix boleh adjust speed sampai 1.5x haha. Supporting cast macam rakan sekerja dekat KCU Bank dengan family Joo-hyuk semuanya deliver watak masing-masing dengan baik. Dekat episod-episod hujung ada kemunculan cameo untuk penuhkan quota 16 episod walaupun tak perlu. Nasib baik cameo handsome, tak la terasa sangat masa berjalan. 

Malas nak sembang bab visual, audio, wardrobe dan props sebab team dah buat yang terbaik untuk menghidupkan suasana dan mood walaupun ada scene cliché macam scene Joo-hyuk dengan Wu-jin guna pasu bunga sebagai alas dari terkena hujan ataupun scene hero selamatkan heroin. Since hero dia Ji Sung so I okay je. Berbunga je I tengok. Dah la OST guna lagu SF9, tambah lagi satu koleksi lagu diorang hehe

 

Kalau dah namanya jodoh, lari macam mana pun, deny macam mana pun perasaan tu tetap datang jugak, sudahnya berkahwin jugak. Tapi macam mana both individu jaga marriage tu yang penting. Kalau ikutkan dalam both timeline perkahwinan Joo-hyuk dengan Wu-jin, ujian tetap datang cuma kita nampak perbezaan antara toxic dengan healthy relationship macam mana. 

Happy sangat tengok scene Joo-hyuk happy bila Wu-jin naik pangkat sedangkan dia lebih senior. Susah kot nak jumpa lelaki macam tu sebab banyak jumpa jenis ego dan insecure. From my point of view as female audience, drama ni terbaik dari penulisan dia yang paparkan realiti perkahwinan tanpa prejudis rasa terhadap mana-mana gender. Masing-masing ada silap dia, masing-masing ada peranan masing-masing. Campak lah banyak kali 500 won tu kalau dah namanya kehidupan manusia tetap ada kesilapan yang perlu dijadikan pengajaran.  

Lepas drama Secret Love (2013), Kill Me Heal Me (2015) dengan Innocent Defendant (2017), boleh la masukkan Familiar Wife dalam drama wajib tonton lakonan Ji Sung. Lepasni nak layan Dr. John dan Devil Judge pulak! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | Sunday (2008)

 

Director : Rohit Shetty

Writer : K. Subash, Tushar Hiranandani, Robin Bhatt, Sajid-Farhad (dialogues), Chandra Sekhar Yeleti

Cast : Ajay Devgn, Ayesha Takia, Arshad Warsi, Irrfan Khan, Mukesh Tiwari, Anjana Sukhani, Murli Sharma, Vrajesh Hirjee, Ali Asgar

Production Company : Eros Entertainment

Distributor : Eros Entertainment

Genre : Mystery / Comedy

Running Time : 130 minutes

Release Date : 25 January 2008

Trailer :


Official remake dari movie Telugu, Anukokunda Oka Roju (2005) yang diarahkan oleh Chandra Sekhar Yeleti mengisahkan tentang Saher (Ayesha Takia) yang tertanya-tanya tentang kehilangan hari Ahad dia. Yang dia ingat cuma pada Sabtu malam dia keluar bersama kawan baik dia, Ritu (Anjana Sukhani) ke disco. Keesokan paginya dia berjumpa dengan Chakki (Vrajesh Hirjee) untuk hang out tapi kawan-kawan dia geram sebab Saher lupa pasal plan untuk tengok wayang bersama. 

Saher terserempak dengan Ballu (Arshad Warsi) si pemandu teksi yang meminta duit tambang teksi sebanyak Rs420. Kumar (Irrfan Khan), kawan Ballu pula tak sudah-sudah menggelar Saher sebagai hantu. Lelaki (Murli Sharma) yang tak dikenali juga berpesan kepada Saher supaya jangan balik hingga lewat malam. Bertambah pelik bila ada sekumpulan gangster cuba untuk membunuh Saher tapi nasib dia baik bila terserempak dengan ACP Rajveer Randhawa (Ajay Devgn). 

Kebetulan, ACP Rajveer adalah calon suami yang dipilih oleh mak dia jadi tak ada masalah untuk dia cari tahu apa yang berlaku pada hari Ahad walaupun pada awalnya Saher dengan kawan-kawan dia berpendapat yang polis adalah jalan terakhir sebab stress dengan perangai meminta rasuah mereka. ACP Rajveer dengan pembantu dia ACP Anwar (Mukesh Tiwari) menyiasat kes Saher sebab ada kemungkinan dia terlibat dalam pembunuhan seorang lelaki di Central Park, tak jauh dari disco pada malam yang sama. 

Dulu dah pernah tengok movie ni dengan family dekat Zee TV tapi dah tak ingat dah kenapa dia boleh lupa tentang hari Ahad dan kenapa dia diganggu oleh beberapa orang ni. Plot jalan cerita ni menarik tapi disebabkan olahan pengarah Rohit Shetty, movie crime mystery jadi lawak hambar padahal ada potential pergi jauh kalauikut template genre crime thriller. Sayang lah watak Saher tak menjadi keutamaan sebaliknya ACP Rajveer yang cuma membantu menyiasat sahaja. 

Walaupun ada pelakon sampingan yang bagus dengan lakonan tapi Arshad Warsi dengan Irrfan Khan disia-siakan dengan watak yang lemah sedangkan dinamik komedi mereka yang selamatkan movie Sunday dari tenggelam dalam kebosanan. Elemen saspen dan misteri pun kelihatan hambar dalam beberapa scene sedangkan pengarah dah grip attention pada scene permulaan bila watak Suhasini dibunuh oleh seseorang. Terlampau banyak sub plot pun antara kelemahan jugak sampai hilang arah tuju. Kalau movie Rohit Shetty dah tahu dah keutamaan dia dekat mana – scene lumba kereta lepastu melambung sana sini. 

Movie Sunday adalah movie kedua arahan Rohit Shetty lepas success dengan first installment franchise Golmaal. Boleh nampak dia selesa bekerja dengan Ajay Devgn, Arshad Warsi dan Tushar Kapoor. Dalam movie ni Ajay nampak try hard sangat untuk nampak cool dengan makan aiskrim dan tampar orang sesuka hati guna pangkat dan kuasa yang dia ada. Mungkin tahun 2008 nampak kelakar lah tapi 2020 nampak menjengkelkan sangat.  

Transition movie ni ikut trend zaman tu lah sebab ada part yang mosaic macam Power Point slide show. Ada scene yang shoot dalam gelap sampai mencacatkan penceritaan da nada juga tone yang tak sesuai digunakan. Music album pun tak best walaupun banyak high beat dan penampilan istimewa dari Esha Deol dengan Tushar Kapoor dalam item songs. Kalau buang lagu pun tak ada masalah sebab pengarah dan penulis boleh fokus pada misteri hari Ahad.

 

Bila tengok balik agak kecewa lah sebab kalau pengarah Chandra Sekhar Yeleti approach director lain yang lebih berpengalaman dan power dalam genre crime thriller mungkin movie ni lebih menarik. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.3, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.2/10

Apa kita buat bila chambee nak keluar? 

Kita CELEBRATE!

K k gurau je. Bulan lepas our managing partner ajak lunch dekat Restoran Ketam Manis Seafood, Cyberjaya sebab nak celebrate graduation day Aina since bulan Mac adalah bulan terakhir dia chambering dekat Messrs Ram Reza & Muhammad branch PJ. 

Kebetulan pula bulan Mac ada banyak news baik untuk corporate department sebab menang dua kes besar. Alang-alang dah banyak news best, kita kumpulkan sekali untuk makan sedap sikit lah dekat tempat baru. 



Actually restoran Ketam Manis Seafood ni kepunyaan one of our client dan antara yang terkesan sebab PKP so kitorang datang untuk cheer them up. Restoran ni dah buka sejak 6 tahun lepas dan semua seafood yang ada dekat restoran ni dapat stok dari Sabah. Semua fresh dan sedap. 


Restoran ni ada dua tingkat dan tingkat atas macam private room, sesuai lah untuk corporate event atau family gathering sebab pakej dining datang dengan karaoke set. Since kitorang nak have fun celebrating, book la tingkat atas sebab En. Hisham dah pesan nak dengar suara-suara emas menyanyi. 


Dalam bilik ni boleh muat 5 atau 6 meja bulat kalau disusun rapat tapi sebab kitorang tak ramai pun tengahari tu dalam 3 buah meja disusun jarak-jarak supaya semua selesa. Lagipun makanan agak banyak sampai penuh. Nak ambik gambar pun kena berdiri.


Untuk meraikan hari graduasi Aina, set lunch ada ketam masak pedas, ikan siakap masak asam, honey lemon chicken, tofu, udang butter, salted egg squid, shark fin soup dengan brokoli cendawan goreng. Ni pertama kali makan ikan siakap masak asam sebab selalunya masak stim ataupun 3 rasa je. Masak asam ni tak syok dekat hidung sebab bau dia agak kuat tapi bila makan dengan nasi panas-panas boleh bertambah nasi tu.









Salted Egg Squid dia paling laku keras, toleh dua kali dah habis licin dah kena makan. Patutnya tolak honey lemon chicken pastu buat sotong ni dua pinggan baru ngam pergi dia haha. Sementara tunggu ketibaan VIP dari Mahkamah Rayuan tu kitorang dah curi-curi makan sikit sotong ni. Satu sebab lapar, satu lagi sebab bau dia wangi sangat. Tak tahannnnn!

Hectic chedule - sebelum makan pun discuss pasal kes


'Kak Ana, I belajar peribahasa ni dekat sekolah dulu. I ingat lagi sampai sekarang. Bila lapar semua lemak!'

'Hah? Apa benda tu?'

'Bila kita lapar semua rasa sedap.'

'Kau sekolah mana ni Aina? Siapa ajar peribahasa tu?'

'Ada lah peribahasa tu.'

'Kau Google sekarang, nak tengok wujud ke tak.'

I dah buat poll dekat Twitter dengan IG, ramai yang tak tahu peribahasa ni. Kalau korang pernah dengar, kabo dekat komen bawah kita tengok berapa ramai geng Aina. 

Since VIP dari court lambat sikit nak sampai, En. Hisham tukar tentatif untuk short briefing then ucapan Aina lepastu makan. Since I tak record ucapan Aina then I tak ingat dah. Lagipun kitorang plan nak buat farewell party on 31st March. Tapi hmmmm tak sangka pulak kena pergi training haha

Muka fresh dari Mahkamah Rayuan. 

Around 1.30 petang semua dah ada so En. Hisham jemput semua yang selalu layan karok pergi ke depan. Ramai rupanya yang excited jumpa set karaoke lepas dah lama terperap dekat office.  




Dalam semua orang tengah berlumba nak karok, I toleh belakang nampak Alia tengah makan ketam... As expected sebab dekat masa company trip dulu dia jugak yang enjoy makan ketam padahal orang lain dah layan teh tarik. 


Dah kenyang makan, dah puas karok haruslah habiskan masa dengan bergambar. I really think they should create more Instgrammable section dekat ruang atas ni sebab lighting dah cantik tapi backdrop kosong je. 




Nasib u lah Izani kena ambik 50 keping gambar kak Nora....

Forgot to mention, wifi dekat restoran Ketam Manis ni laju jugak and their customer service best sangat. Mungkin sebab our client tapi tengok gaya and ada jugak baca previous status memang service dekat sini bagus and friendly. Even social media diorang pun aktif jugak. 


Bab payment pun memudahkan sangat sebab boleh bayar guna debit ataupun e-wallet. Restoran Ketam Manis ni selang dua buah kedai je dari Taco Bell yang baru bukak haritu. Masa kitorang pergi ni diorang tengah busy untuk opening event. Rasanya tak lama nanti makin sesak la kot tempat ni gara-gara Taco Bell. Bab parking la a bit tough dekat area ni. Lain dari tu semuanya okay. 

Anyway untuk Aina, congrats dah habis chambering dekat Ram Reza & Muhammad and good luck jadi beauty blogger. Ada rezeki kita lepak sembang pasal movies! 

Susu merupakan sejenis minuman yang baik untuk kesihatan. Walau bagaimanapun, semua itu merupakan sesuatu yang selalu kita dengar menerusi iklan yang ditayangkan di kaca televisyen. Hakikatnya, sejauh manakah kebenaran tentang faedah minum susu? Adakah ia boleh mengelakkan penyakit osteoporosis atau tulang rapuh?

Klik gambar untuk dapatkan lebih banyak artikel kesihatan

Semua orang tahu, susu mengandungi kalsium yang dapat mengekalkan kekuatan tulang. Oleh sebab itu, secara logiknya, minum susu sudah pastilah dapat mengelakkan penyakit osteoporosis. Namun, menurut sebuah kajian pada tahun 2014 oleh Michaëlsson, et al., minum terlalu banyak susu sebenarnya boleh membawa mudarat kepada kesihatan!

Berapa banyak susu yang boleh saya minum?

Menurut kajian tersebut, minum susu lebih daripada 3 gelas sehari bukan sahaja dapat meningkatkan risiko kematian, ia juga membuatkan tulang anda lebih mudah untuk mengalami keretakan. Malah, wanita yang dilaporkan minum lebih daripada 3 gelas susu sehari juga mempunyai risiko kematian sebanyak 2 kali ganda berbanding wanita yang hanya minum segelas susu.

Walau bagaimanapun, kaum Adam tidak terkesan dengan perkara ini seperti kaum Hawa. Namun, lelaki yang gemar minum susu yang banyak juga menunjukkan peningkatan dalam kes kematian. Tapi, bukankah minum susu baik untuk kesihatan tulang?

Perkara ini mungkin tidak benar jika anda mengambil terlalu banyak susu. Malah, faedahnya juga akan hilang dan ia tidak mampu lagi untuk melindungi pengamalnya daripada menghidap tulang rapuh ataupun keretakan tulang.

Susu merupakan sumber utama sejenis gula yang dikenali dengan nama D-galactose. Menurut beberapa eksperimen yang dijalankan terhadap haiwan, pendedahan terhadap terlalu banyak D-galactose adalah berbahaya kepada kesihatan.

Malah, dos D-galactose yang rendah juga menunjukkan kesan yang seakan-akan penuaan di dalam kalangan haiwan, termasuklah jangka hayat yang lebih pendek, inflamasi kronik dan juga degenerasi neuron.

Bersederhana ketika minum susu

Menurut sebuah kajian yang diterbitkan di dalam British Medical Journal, keretakan tulang pinggul paling banyak berlaku di negara yang mempunyai pengambilan kalsium yang tertinggi. Malah, wanita yang minum 3 gelas susu ke atas setiap hari mempunyai penambahan risiko sebanyak 60% untuk menghidap keretakan tulang pada masa hadapan. Oleh sebab itu, mengapa kita diberitahu sejak kecil untuk minum susu sebagai sesuatu yang sihat?

Sebenarnya, jika diambil secara sederhana, susu dapat melindungi kita daripada penyakit kronik. Malah, pengambilan secawan susu sehari sudah cukup untuk memenuhi rekomendasi nutrisi harian. Menurut Cleaveland Clinic, jika anda inginkan tulang yang sihat, elakkan minum susu lebih daripada 1 gelas sehari.

Jika anda seorang penggemar susu, sudah tentulah anda akan rasa risau tentang penemuan ini. Walau bagaimanapun, kajian yang dilakukan oleh Michaëlsson, et al. masih mempunyai beberapa kelemahannya yang tersendiri.

Disebabkan kajian ini memerlukan pesertanya untuk melakukan anggaran jumlah susu yang diminum dalam masa setahun, dapatannya mungkin tidaklah setepat yang disangka. Malah, bukti yang sedia ada juga belum cukup untuk melakukan sebarang kesimpulan.

Kepentingan vitamin D dalam diet seharian

Untuk mendapatkan tulang yang sihat, anda perlulah mengambil diet yang kaya dengan vitamin D dan kalsium bilamana kalsium sudah lama dikaitkan dengan kesihatan tulang. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu mengenai kebaikan vitamin D yang dapat menggalakkan penyerapan kalsium.

Vitamin D – yang turut dikenali sebagai sunshine vitamin dihasilkan selepas badan terdedah kepada pancaran matahari. Vitamin ini penting untuk pembinaan tulang yang kuat dan sihat serta meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus di dalam badan.

Tanpa vitamin D yang mencukupi, tulang boleh menjadi rapuh dan halus. Malah, pembentukan tulang baharu juga akan terhenti. Vitamin D juga dapat melindungi warga emas daripada penyakit osteoporosis atau tulang rapuh. Selain minum susu, ada banyak lagi makanan yang kaya dengan kalsium. Sebagai contoh, keju, yogurt, soya, brokoli, buah oren, sardin dan salmon. Semua makanan ini boleh menjadi pengganti susu jika anda risau mengenai pengambilan susu yang berlebihan.

Kesimpulan

Berdasarkan penjelasan di atas, tidak ada masalah jika anda ingin meneruskan pengambilan susu. Walau bagaimanapun, mungkin faedah minum susu tidaklah sebesar yang anda harapkan. Selain susu, ada banyak lagi cara yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan osteoporosis dan menguatkan tulang.

Sebagai contoh, bersenam, mengambil vitamin D yang mencukupi dan makan secara sihat dapat membantu pembentukan tulang yang kuat.

Ingin mengambil suplemen vitamin D? Tidak ada masalah. Walau bagaimanapun, pastikan anda melakukan konsultasi bersama doktor atau ahli farmasi yang bertugas jika anda ingin mencuba suplemen baharu.